Kezaliman politik PP, pijak gambar kena potong kaki

on Wednesday, December 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

nasib yang menimpa Krishnan Nair





BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.

S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.
BERNAMA




Hanya memijak gambar Lim Guan Eng ketika demo di Sidang Dun Pulau Pinang lepas, Uncle S Krishnan Nair telah diserang ala mafia oleh samseng2 ketika mahu pulang ke rumah di Mak Mandin .


Menurut beliau ketika menceritakan kejadian itu , lebih kurang jam 10 malam itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Mak Mandin , sekumpulan lelaki India yang lengkap bersenjata tajam menyerangnya sehingga beliau menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.


Krishnan Nair merupakan seorang pemimpin penduduk yang banyak berjasa di kawasannya itu serta menjawat jawatan Naib Pengerusi Rukun Tetangga selama 14 tahun . Selain itu, beliau juga terlibat dalam isu Kampung Buah Pala ketika perobohan oleh kerajaan negeri PP .

Beliau yakin tindakan oleh sekumpulan lelaki yang menyerangnya ini didalangi oleh pihak yang berdendam dengannya ketika demontrasi bantahan di Sidang DUN PP terhadap Lim Guan Eng dan juga kerajaan negeri PP .

Menurut beliau lagi, samseng-samseng ini lebih fokus mahu memotong kakinya dan ini dicakap sendiri oleh mereka . Persoalannya , adakah ini berkaitan balas dendam di atas ekoran tindakan beliau yang memijak gambar Lim Guan Eng ketika di Sidang Dun PP lepas ???




Rumusan yang boleh kita buat daripada isu ini , Apa kejadahnya ini semua ??? Inikah sikap Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan rakyat ?? Rakyat marhaen bersuara sikit saja sudah diserang sebegini rupa ?? Ini lah akibatnya bila kuasa di tangan mereka, siapa yang cuba melawan akan menerima nasib sepertimana Uncle Krishnan .


Adakah ini menunjukkan bahawa ini stail Lim Guan Eng dan juga rejim kerajaan DAP bertindak ala2 samseng a.k.a mafia bagi menangani kritikan dan suara dari penduduk2 setempat ??


Jika mengikut kenyataan yang diberikan oleh Krishnan Nair, pihak yang melakukan tindakan samseng ini bagi menidakkan kritikan secara berterusan daripadanya. Ini kerana beliau sedang berusaha untuk menyuarakan kes Kampung Muhibbah ( Rumah Hijau ) di Mak Mandin pula dari mengalami nasib yang sama seperti Kampung Buah Pala.


Setakat ini , pihak Pemuda Umno/BN Pulau Pinang sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah terbabit dan bersama2 penduduk di Kampung Muhibbah Mak Mandin didalam memperjuangkan hak mereka.


Bagi Isu Rumah Hijau Kampung Muhibbah ini PB dan rakan blogger seperti Pisau dan Che Wan akan mendedahkan pembohongan kerajaan negeri DAP ini terhadap penduduk di kampung yang berusia 40 tahun ini yang didiami Melayu ,Cina dan India.


1 Malaysia Rumah Hijau

VS

Rejim Kerajaan DAP



baca juga isu ini di sini









4 Responses

  1. Anonymous says:

    kalau mereka perintah Malaysia, habis mulut yang cakap pasal melayu kena potong. tangan2 bloggers yang menulis tentang mereka di potong. inilah kerajaan berkebajikan.

    - WBhim

  2. Salam bro, kalaulah Melayu masih tidak sedar bentuk pemerintahan yang bakal di bawa DAPig ini, entahlah......

  3. Dollah says:

    Setiap apa yang kita buat itulah pembalasan yang kita akan terima

  4. Unknown says:

    beb...aku x ckp aku sokong bn atau umno..tp it is better than kite di pijak dgn DAPig ni..

    kalo DApig memerintah x mustahil la pasni kite kene minum air sabun pastu kene pijak perot..lim guan eng ni suke main pijak2..bile kene pijak padan muke...

    LGE ni ala2 komunis beb..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.