Lim Guan Eng bakal dikenakan tindakan akta Hasutan

on Friday, December 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.

"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.

Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan. - Utusan

Komen PB

Ini lah padahnya bila mulut celupar sangat dan hantam orang sana sini . Mereka seperti biasa , inkues belum habis lagi dan bedah siasat sudah
2 kali , Khalifah Umar PAS sudah tunjuk hero dan kepakarannya mengatakah Teoh Beck Hock mati dibunuh .

Apa kepakaran anda wahai LGE ?? setakat kelulusan akauntan boleh ke jadi Doktor forensik ???
Tapi kita tengok la , jika LGE dipanggil oleh polis untuk soal siasat ini nanti, pastinya dia akan tuduh polis zalim , dan paling best konspirasi oleh UMNO . Ini lah ayat-ayat lazim yang diucapkan oleh mereka walhal mulut sendiri yang celupar sangat .


2 Responses

  1. Bro, setuju sangat....... bukan setakat hasutan kes TBH saja, malah patut dihukum gantung kerana menentang KDYMM Agung..... banyak perkara melampau yang LGE ini telah buat....

  2. Unknown says:

    saye pun setuju..LGE ni yg sepatutnye jatuh terhempas mcm TBH tu.kalo boleh di replace kan dengan mendiang TBH tu lg bagus. dah la mulut ckp ikot sedap..lepas tu tindakan mcm orang x berpelajaran... kitorangg student2 IPTA syok je kutuk die sebab die ckp die pemimpin tapi perangai x serupe pemimpin.. masih perlu di pimpin..ade ke pijak muke orang.. muke bangse die sendiri pon die pijak.ade classmate aku chinese die ckp "itu LGE pastot kasi mati saja.. die boley kasi pijak muka kawan cina die jugak.." sbb class mate aku tu ckp..,mcm mane die x suke pon ngan kawan die..slagi kwn die tu cine die xkn timbulkn mslh. tu minda student je pon. mcm aku tgk nizar la..sanggup ikut telunjjuk cina,,pijak poster saudara seISLAM sebab x sefahaman dalam politik.. student2 yg taksub ngan TUan GUru, IR ape jadah semua ckp..dpe naek segan ngan PAS sbb sikap nizar..tu la sbb nila setitik..rosak susu sebelanga..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.