Archive for April 2008

default

Ketuanan Melayu Perak sudah tergugat .

on Monday, April 28, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



DAP sekali lagi berjaya menguasai Perak apabila Adun Tronoh (DAP) V Sivakumar a/l Varatharaju dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan, sementara Adun Jelapang (DAP) Hee Yit Foong (DAP) dipilih menjadi timbalannya.

Kenapa kedua-dua jawatan penting ini diberikan kepada kafir harbi? Sekurang-kurangnya salah satu jawatan ini patut disandang oleh seorang Melayu Islam sebagai “check and balance”.

Setelah semua portfolio penting exco kerajaan negeri Perak dibolot oleh DAP, mereka sekali lagi berjaya membolot jawatan penting ini. Nampaknya, mereka telah berjaya menguasai Perak sepenuhnya tanpa perlu memegang jawatan Menteri Besar kerana mereka sudah mempunyai boneka yang cukup senang untuk dicucuk hidungnya.
Apabila DAP kafir harbi menjadi Yang Dipertua Dewan maka senanglah mereka memastikan hanya agenda-agenda politik mereka sahaja mendapat tempat. Isu-isu yang menyentuh hak kepentingan Melayu Perak sudah pasti disisihkan dan mereka akan lebih seronok membahaskan perkara yang akan menguntungkan puak pro kafir harbi.

Kekecewaan saya melihat MB Nizar menjadi anjing suruhan DAP amat menyedihkan dan memalukan saya sebagai umat Islam dan bangsa Melayu. Ternyata MB Nizar lebih sayangkan jawatan politik daripada memperjuangkan agama dan bangsa.
Saya doakan umat Islam Melayu di Perak akan mendapat pembelaan sewajarnya kerana DAP pasti akan cuba menyisihkan mereka dengan menggunakan MB Nizar sebagai boneka.

MB ini hanya melakukan tugasan seperti yang diarahkan oleh kafir harbi dan tidak mempunyai pegangan sendiri. Saya lihat setiap keputusan yang dibuat oleh MB boneka ini hanya menguntungkan puak kafir harbi DAP sahaja. Contoh terdekat ialah pemberian tanah bernilai RM500 juta kepada penyokong pro-DAP dang kelulusan tanah bernilai jutaan RM kepada sebuah kilang yang membiayai DAP kafir harbi semasa PRU 12.

default

ANWAR CUBA BELI KERAJAAN CARA JALAN BELAKANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Written by Otai Siber
Monday, 28 April 2008
Anwar cuba mencemari kebersihan demokrasi di Malaysia apabila cuba membelakangi pilihan rakyat yang disuarakan melalui pilihanraya. Sikap Anwar yang cuba membeli ahli politik dengan berbagai cara membelakangkan suara rakyat yang telah memilih calon politik mereka untuk mewakili mereka di kawasan masing-masing.

Anwar membongkar sendiri keperibadian buruk beliau hanya kerana mahu mencapai cita-cita beliau yang telah terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar disifatkan oleh rakyat Sabah sebagi tidak 'Gentelman' kerana memilih jalan singkat dan tidak menghormati hak rakyat Sabah kerana memainkan sentimen yang memalukan rakyat Sabah. Kata mereka lagi, hak kami mahu dinafikan dengan pembelian wakil rakyat kami dan jika ini berlaku bermakna kami dirompak dan diliwat oleh Anwar melalui jalan belakang yang tidak kami restui.

Mereka juga berkata, jika Anwar boleh membeli ahli politik hari ini, tidak mustahil satu hari nanti Anwar boleh juga menjual Malaysia kerana Anwar menyifatkan demokrasi adalah bahan dagangan. Anwar dikatakan terdesak untuk mencapai kerusi PM sekarang kerana menyadari api menyokong pembangkang tidak akan lama bertahan dan akan mulai reda dalam waktu yang singkat, menyedari calon-calon yang dipilih mewakili parti PKR bukanlah calon yang berkualiti dan hanyalah calon tangkap muat .

Sesiapa sahaja yang mahu bertanding menjadi calon PR pada pilihanraya 2008 boleh menjadi calon asalkan sudi bertanding untuk PR. Pastinya calon-calon ini tidak dapat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat kerana tidak mempunyai kualiti kepimpinan.

Buktinya di Perak, PR tidak ada calon yang berkualiti untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak. Selain dari itu faktor menunaikan janji manifesto pembangkang akan menjadi isu yang akan dipertikaikan oleh rakyat kerana manifesto yang dijanjikan oleh pembangkang adalah manifesto yang dirangka bukan untuk dilaksanakan tetapi hanya manifesto yang mustahil hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Segala ini akan terbongkar tidak lama lagi dan sokongan rakyat kepada PR akan menurun dan jika ini berlaku dan diwaktu itu Anwar belum lagi mencapai cita-citanya pasti ianya akan tinggal menjadi mimpi sahaja. Selain dari sibuk membeli Anwar sepatut melihat kebelakang dan merenung kembali apakah kemenangan yang PR kecapi ini adalah kerana kerja kuat mereka dan apakah rakyat benar-benar menyokong parti berkenaan kerana benar-benar menyokong Anwar.

Kemenangan mereka sebenarnya adalah satu kemenangan yang mana rakyat hanya mahu menghukum kerajaan BN dan bukan kerana menyokong PR. Oleh kerana rakyat tiada pilihan, mereka terpaksa memilih PR kerana bosan dengan sikap pemimpin BN yang mempunyai banyak masalah. Sikap dan usaha PM untuk memperbaiki BN amat dinantikan oleh Rakyat dan tidak mustahil mereka akan kembali menyokong BN sekiranya BN telah mula perbaiki dan diperkemaskan kembali.

PKR juga bukanlah sebuah parti dominen dalam PR seperti UMNO yang merupakan sebuah parti dominen di dalam BN. Mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain dan terpaksa menghormati antara satu sama lain untuk memerintah, bukan semua wakil rakyat dari DAP dan PAS yang bersetuju dengan penonjolan Anwar sebagai Perdana Menteri. DAP tidak pernah menyuarakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri melainkan parti yang dicucuk hidung PAS sahaja yang beria-ia memainkan perang saraf bersama Anwar. Malahan dalam PKR juga ada yang bersungut dan tidak bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri.

Kesian ...... apabila terdengar rungutan ahli parlimen PAS yang tidak sebulu dengan Anwar, apakah Anwar lebih baik dari Pak Lah mahu pun Najib kata mereka. Apakah ketika Anwar berada dalam kerajaan dahulu, Anwar adalah pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat? Soal mereka .Apakah istimewanya Anwar untuk kita angkat dia sebagai Perdana Menteri. Parlimen manakah yang diwakili oleh Anwar. Cakap berdentang – dentum, parlimen pun tak boleh masuk. Rungut beberapa wakil parlimen PAS.

Rakyat biasa yang tidak pro kepada kerajaan juga bila ditanya apakah mereka mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, mereka hanya membisu dan terbayang wajah kekesalan di raut wajah mereka dan tidak seorang pun yang pernah berkata , Anwarlah yang ganti Pak Lah.

Tapi sekiranya ini berlaku, rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa demokrasi kita telah dikorup oleh Anwar yang mahukan demokrasi berjalan bersih. Tetapi dia sendiri yang korupkan sistem demokrasi ini dan ............... padanlah muka Tun dan penyokong mereka. Ini yang mereka mahukan.

Inilah Anwar yang kita kenali yang kini terdesak dan kemaruk sangat mahu menjadi Perdana Menteri

default

Ketamakan Kuasa Bermula -Future PM Anwar Ibrahim

on Thursday, April 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun 'bunyinya seperti bahan lawak'. (DARI MANA BELIAU MEMPEROLEHI WANG YANG BANYAK ?SIAPAKH YANG MEMBIAYAI PERGERAKAN BELIAU ?)

Anwar juga dipetik sebagai berkata, pihaknya memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.
Sementara AFP pula melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi Perdana Menteri 'dalam tempoh tiga tahun ini'.(BUKTI KETAMAKAN KUASA ANWAR.HJ HADI HENDAK LETAKKAN DIMANA? KERAKUSAN KUASA BAAL MEMBAWA REBAH BUAT ANWAR SEBAGAIMANA BELIAU MEMBUNUH KARIER POLITIK ALLAHYARHAM TUN GHAFAR)

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi Perdana Menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi". "(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa,"(BERLAGAKNYA ANWAR ) katanya kepada agensi berita antarabangsa itu. Begitupun akhbar harian semalam melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Eric Majimbun berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Posted by MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

default

ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?

on Wednesday, April 23, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA NAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA



KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.





1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )



2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)



3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )



4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).


wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.

Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.



Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.

default

BPR bawah parlimen. 'perjuangan saya tidak sia-sia' - ezam.

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.


Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh di negara ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan sesuatu yang amat berani."Secara peribadi gerakan memerangi rasuah merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam perjuangan saya. Sejak menerajui Angkatan Muda Keadilan (PKR) dan kemudian mengasaskan Gerak inilah asas perjuangan saya.

"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Penstrukturan semula itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.Mohamad Ezam berkata, langkah paling signifikan untuk membebaskan negara ini daripada rasuah ialah memastikan BPR menjadi sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.

Sementara itu, beliau mengajak semua rakyat memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha merealisasikan rancangan tersebut.Katanya, Gerak mengajak seluruh lapisan masyarakat melihat secara positif terhadap keputusan ini. "Rakyat diminta memberi sokongan dan kerjasama yang wajar kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan cita-cita murni tetapi penuh cabaran .

default

Sejarah Anwar Ibrahim - Pengkhianat Bangsa & Negara!!!!!!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.

Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Dato’ Seri Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!

Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”!

Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.

Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, “Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!

Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!

Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Mahathir dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.

Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia Cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.

Perkara ini “unprecedented” dan Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.

Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan factor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Mahathir dalam mempersoalkan sikap Mahathir terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad!

Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!

Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Mahathir.

Apabila sesekali Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Mahathir masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian p dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…”

Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk dating ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Mahathir, Anwar akan menang!

Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu!

Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!

Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!

Anwar akan berasa tidak selamar atau “insecured” kalau Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar .

Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.
Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Mahathir bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.
ShareThis

default

Ucapan Ketua Pemuda DAP di Ipoh -tersuratnya

on Friday, April 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Baru-baru ini di Stadium Perak, Ipoh berlangsung satu perhimpunan besar-besaran yang dipanggil Black 14, dihadiri oleh ahli PAS, PKR dan DAP. Kita hayati antara kandungan ucapan Nga Hor Ming, Ketua Pemuda DAP Perak di dalam tulisan yang dihitamkan:-

“Kerajaan Perak akan memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung baru di negeri Perak. Nilainya dianggarkan sebanyak RM500 juta. Ini akan menyebabkan nilai hartanah di negeri Perak akan melambung tinggi dan meningkatkan keyakinan pelabur”

Cuba kita singkap maksud sebenar daripada pernyataan beliau. Kampung-kampung baru akan lebih banyak dibuka. Siapakah bakal penghuni-penghuni baru di kampung baru tersebut? Adakah orang melayu yang akan dapat untung? Sudah tentulah kawasan-kawasan tersebut bakal didiami oleh orang-orang bukan melayu dan dengan hak milik tanah yang begitu lama, akan dapat mengekalkan hak milik tanah itu kepada orang bukan melayu. Hasilnya, pada masa depan, orang melayu di Perak akan sukar untuk membeli tanah kerana semuanya telah dimiliki dan dengan harga yang bakal melambung, orang melayu Perak tidak mampu untuk membeli tanah tersebut. Anehnya, kenyataan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang-orang melayu yang hadir!

30% jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan akan dibuka kepada anak-anak Perak yang berkelayakan, berkaliber dan berdedikasi”

Jika dahulu, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan tempatan ini dimonopoli oleh orang melayu. Jadi sekarang siapakah golongan anak-anak Perak yang berdedikasi yang dimaksudkan oleh Nga Hor Ming? Apakah tujuan beliau mengubah sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan lagi cita-cita politik DAP untuk menguasai negeri Perak.


Politik perkauman sudah tidak relevan lagi di zaman moden ini….”
Benarkah politik perkauman sudah tidak relevan lagi?

Prinsip DAP sudah diketahui umum adalah untuk menjaga kebajikan kaum cina. Tidak perkaumankah DAP?

“Kita tidak lagi akan mengutamakan kebajikan satu kaum sahaja. Bagi kita, masalah orang melayu adalah masalah negara, masalah orang cina adalah masalah negara dan masalah orang india juga adalah masalah negara…”


Adakah kita orang melayu cukup bersedia untuk sama-sama memikirkan tentang masalah orang cina dan india tatkala bangsa kita sendiri pun masih belum berjaya? Masih ramai orang melayu yang miskin yang perlukan perhatian. Masalah orang melayu perlulah diberikan keutamaan sesuai dengan kedudukan bangsa kita yang menjadi penduduk pribumi negara ini. Inilah yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu hingga mereka sanggup mengorbankan nyawa. Tepukan gemuruh hadirin melayu kepada kenyataan Nga Hor Ming ini jelas menunjukkan yang orang-orang melayu sudah mula melupakan jasa-jasa pejuang melayu terdahulu hanya kerana terlalu percaya kepada tipu helah DAP.

“Sudah tidak ada lagi ketuanan melayu, ketuanan cina atau ketuanan india. Yang penting adalah ketuanan rakyat!”


Wah, lihatlah betapa kurang ajarnya DAP menafikan ketuanan melayu yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. DAP masih lagi memperjuangkan dasar Malaysian Malaysianya yang suatu ketika dahulu ditentang hebat oleh nenek moyang kita. Melayu semua! Tidak pernahkah kalian terfikir di manakah agaknya kedudukan kita hari ini jika tidak bernaung atas nama ketuanan melayu? Adakah kita cukup hebat untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain? Lihat sajalah di universiti-universiti awam, jika tidak kerana adanya program matrikulasi untuk orang-orang melayu, sudah tentulah orang melayu adalah penuntut yang paling sedikit di universiti. Tapi sekali lagi, orang-orang melayu yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh untuk Nga Hor Ming.

Kesimpulannya, janganlah kita mudah terpedaya dengan tipu-tipu helah DAP ini. Mungkin gagasan Malaysian Malaysia ini akan jadi jadi relevan suatu hari nanti tapi bukan sekarang. Melayu masih banyak ketinggalan. Ini bukan masa yang sesuai untuk kita membuang masa melayan karenah jahat DAP yang sudah semestinya akan merugikan kita. Jangan bila dah terhantuk baru nak terngadah! Hari ini mungkin kita memberikan tepukan gemuruh kepada DAP kerana ucapan mereka tetapi tidak mustahil satu hari nanti mereka pula yang bertepuk tangan apabila melihat kita mengemis di negara sendiri.

default

Racist ke UMNO ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



UMNO memang parti racist!!

Tapi ...

racist UMNO tidak pernah merampas harta benda bangsa lain.

racist UMNO tidak pernah mempertikaikan hak bangsa lain mengamalkan sosial adat budaya bangsa lain.
(Di Indonesia dan Thailand ... no such thing as hak bertutur dgn bahasa ibunda mereka... tiada sekolah China atau India)

racist UMNO tidak suroh berperang dgn org lain.
(di Fiji dan di Afrika, anak temapatan terpaksa mengangkat senjata untuk mempertahankan hak mereka)

racist UMNO hak memperjuangkan hak org Melayu di TANAH MELAYU!

racist UMNO menjaga kepentingan bumiputera!!


Racist UMNO yang di perkatakan ...
masih lagi berpegang kepada lunas Islam.

tapi kini .......

-Ketuanan(milik) melayu kita dicabar kini diagungkan pula KETUANAN RAKYAT !!!
-DEB dihapuskan di Perak dan Pulau Pinang untuk beri laluan kepada open tender yang dikatakan lebih adil tetapi yang tersuratnya menyempitkan lagi kontraktor melayu dan pemberian 100% kepada cina dari tender hingga ke bahan binaan . Melayu tak dapat apa2- Isu babi bakal digunakan untuk merampas tanah orang melayu
- Sekarang ini semua isu-isu seperti rasuah ,penyelewengan,gila kuasa ,penindas semua disalahkan kepada melayu .bermakna hanya bangsa melayu yang buat salah .. aku cukup marah apabila parti bangsaku UMNO dituduh macam2 oleh parti dap, dan juga komponen BN sendiri MCA dan MIC . bila parti mereka kalah ,mereka salahkan UMNO ,diri sendiri yang salah tak mahu mengaku ..
-Geran tanah di Perak diberi secara percuma oleh Nizar tetapi yang dapat majoriti CINA


kata2 PM Tunku Abd Rahman

“….orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu…”

default

Kalau ada bukti, bawa ke mahkamah - Rashid

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

BUTTERWORTH 17 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menghentikan tuduhan melulu kepada mana-mana pihak berhubung dakwaan penyelewengan tanah di negeri itu, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa jika mempunyai bukti kukuh berhubung isu tersebut.
Bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, sekiranya mempunyai bukti sahih, kerajaan negeri boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah atau merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Dalam hal ini tidak perlulah kerajaan negeri hendak main serkap jarang atau membuat apa-apa tuduhan kepada mana-mana pihak. Kalau ada bukti, rujuklah kepada pihak berkuasa.

"Kalau mereka pandai buat kerja, perjumpaan sebegini sebenarnya tidak perlu. Sepatutnya kalau ada bukti, bawalah perkara ini ke mahkamah atau rujuk kepada BPR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini memetik kenyataan Guan Eng yang meminta Abdul Rashid memberikan penjelasan mengenai dakwaan penyelewengan tanah di negeri ini selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan untuk memberi peluang kepada Abdul Rashid untuk berbuat demikian sebelum bertindak mendedahkan mengenai penyelewengan yang didakwa itu.
Abdul Rashid merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mengulas mengenainya, Abdul Rashid berkata, beliau tidak perlu membuat sebarang penjelasan berhubung perkara itu kerana kerajaan negeri boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara itu melalui agensi atau jabatan yang berkenaan.

"Saya bukan orang suruhan yang boleh disuruh buat itu ini, kalau mahukan maklumat, mereka buatlah rujukan kepada pejabat-pejabat tanah, mereka pastinya ada menyimpan rekod-rekod berkenaan," jelasnya.
Beliau menambah, Guan Eng tidak seharusnya membuat kenyataan berbaur tuduhan secara terbuka berhubung isu tersebut kerana ia jelas memberi imej yang buruk kepada kerajaan negeri sebelum ini.


TINDAKAN BERANI RASHID YANG TIDAK GENTAR UGUTAN DAN TUDUHAN FITNAH DAP DAN BUDAK HINGUSAN FAIRUS KHAIRUDDIN .. RASHID SUDAH MENUNJUKKAN TARINGNYA ..HIDUP MELAYU !!!

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA DAN JUGA PULAU PINANG

default

Perkampungan Cina

on Thursday, April 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



China village plan to lure investors

KLANG: In a bid to lure more investments from China to Selangor, the state government is planning to build a China village that will provide an investor-friendly working environment.
The China village would have basic facilities and infrastructure such as a college or university set up by the education centre from China, an international school and housing areas.
State Investment, Industry and Commerce Committee chairman Teresa Kok said the plans for the village were in the preliminary stages.
“We want to continue to attract more investors, especially from China, into the state which has international standard industrial zones such as Pulau Indah and the Science Park to cater to them,” she said after meeting members of the Chinese Chambers of Commerce and Industry from Klang, Kuala Lumpur and Selangor here yesterday.
Also present at the function were Sungai Pinang state assemblyman Teng Chang Khim and state Local Government, Research and Development Committee chairman Ronnie Liu.
Improving the investment environment for investors was crucial as Malaysia was competing with other South-East Asian countries like Thailand and Cambodia that were also very attractive to investors, she added.



Dari pemerhatian aku..sultan2 di tanah melayu sudah berasa tidak puas hati dengan cina..kita lihat sultan kelantan dah buka mulut..aku harap lepas ni ramai lagi sultan buka mulut..bila semua sultan buka mulut..orang melayu pun akan menentang habis habisan cina ni..
Percayalah..aku rasa sultan selangor tengah panas dengan cina ni..tunggu masa je nak keluar media..bukan tu saje..aku rasa orang2 melayu kat johor dengan melaka pun tengah panas ni..
Ini pandangan aku..once orang melayu mengamuk..habislah berjangkit2 kat negeri Johor, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang..memang dkat negeri2 ni orang melayu memang tunggu masa sahaja..ye la dengan isu syarat pekerjaan, isu makanan yang tak halal diorang letak halal, isu agama islam, isu hak melayu, isu hina sultan..tunggu masa je..

default

Projek babi macam taktik Israel?

on Tuesday, April 15, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Projek penternakan babi yang diuruskan secara lebih moden seperti di Selangor, kini bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, dianggap satu usaha popular pembangkang memenangi hati pengundi bukan Melayu.
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad mengajak orang Melayu berhati-hati dengan langkah seumpama Pakatan Rakyat ini kerana ia boleh menghakis hak dan keistimewaan mereka.
"Kita bimbang yang menjadi tawaran dalam usaha meraih sokongan politik orang-orang bukan Melayu itu, ialah hak-hak orang Melayu.

"Bahkan sensitiviti orang-orang Melayu, dirasakan, tidak perlu lagi dipelihara. Tidak mengapa ladang ternak babi dibangunkan berdekatan kampung Melayu," kata Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

"Apakah ini suatu tindakan halus untuk mengusir orang-orang Melayu dari kampung halaman mereka sebagaimana Israel mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka?"
Beliau berucap sedemikian di awal forum 'Memperkasakan Perpaduan Melayu untuk Kesejahteraan Nasional' sempena Perhimpunan Perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau sebelum itu mengajak peserta program berwaspada dengan perkembangan baru politik susulan keputusan pilihanraya umum 8 Mac yang menolak BN dan menguntungkan pembangkang, termasuk parti Melayu seperti PAS dan PKR.
"Waspadalah wahai bangsaku terhadap trend politik orang-orang Melayu kini, akibat situasi politik pasca pilihanraya umum ke-12. Parti politik Melayu yang mendapat sokongan orang bukan Melayu, sedang dan akan mengambil langkah-langkah popular demi mengekalkan sokongan itu untuk mereka," katanya, juga mantan setiausaha agung PAS yang menyertai Umno pada 1988.

Beliau juga bimbang dengan kemerosotan pengaruh BN dalam kalangan pengundi bukan Melayu.
"Yang kehilangan sokongan orang-orang bukan Melayu pula, berusaha menarik semula sokongan itu. Kita bimbang yang menjadi tawaran dalam usaha meraih sokongan politik orang-orang bukan Melayu itu, ialah hak-hak orang Melayu," tambah cendekiawan Melayu itu.

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "perpecahan yang diinstitusikan", Mohd Nakhaie menganggap kerajaan Pakatan di Perak sebagai "kuda tunggangan dan boneka orang bukan Islam" demi memuaskan kehendak politik pembangkang "menumbangkan kerajaan yang dipimpin orang Melayu."

"Inilah antara akibat perpecahan yang diinstitusikan. Bagi saya, ini adalah satu tragedi yang tidak boleh dilupakan," katanya.
Menurutnya lagi, perpecahan orang Melayu dalam dua kumpulan besar - BN dan Pakatan - melemahkan kuasa politik mereka walaupun jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat cukup untuk membentuk kerajaan sendiri.

"Di Perak, orang-orang Melayu dalam Umno dan PAS adalah majoriti di DUN. Jika bersatu mereka boleh membentuk kerajaan yang mampu mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu. Tetapi kerana perpecahan antara kedua-dua parti politik ini telah diinstitusikan, perkara yang sepatutnya berlaku untuk mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu, tidak berlaku," katanya.

"Di parlimen sekarang kerusi di tangan orang-orang Melayu berjumlah 129 kerusi.
"Walaupun kerusi yang disandang orang-orang Melayu adalah majoriti, namun perpecahan di kalangan mereka yang telah diinstitusikan atas garis akidah yang dipolitikkan dan politik yang diakidahkan, dimangkinkan pula oleh politik kebencian, tidak akan memberi apa-apa jaminan bahawa majoriti itu akan dapat mempertahankan kuasa politik orang-orang Melayu," katanya.

"Ini kerana jumlah kerusi (ahli parlimen Melayu) berkenaan berpecah dua kepada 86 kerusi BN dan 43 kerusi dalam Pakatan Rakyat."

Pada bahagian awal ucapannya, Mohd Nakhaie berkata generasi tua bukan Melayu menjelang kemerdekaan menerima hakikat bahawa negara ini milik Melayu yang memberi jaminan hak dan keistimewaan kepada penduduk peribumi itu.
"Penyerahan kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu adalah bersyarat. Mereka mestilah menghormati hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Semua persetujuan itu diabadikan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak boleh dibangkitkan lagi dan telah diaktakan sebagai perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak."

Namun begitu, tambahnya, generasi muda bukan Melayu tidak menghormati persetujuan ini dan orang Melayu turut terikut-ikut dengan rentak perjuangan bukan Melayu.
"Alasan mereka (bukan Melayu) bahawa, sebagai rakyat, mereka berhak menikmati persamaan mutlak. Hak istimewa orang-orang Melayu dianggap diskriminasi. Semua agama mesti dilayan sama rata bagi menghormati hak dan kebebasan beragama.

"Hakikatnya, persamaan yang dituntut itu tidak adil, kerana ia dibuat tanpa menghargai sejarah dan syarat mereka (bukan Melayu) diterima sebagai rakyat negara ini," katanya.
"Malangnya, terdapat di kalangan sebahagian kecil orang-orang Melayu terikut-ikut dengan rentak perjuangan orang-orang bukan Melayu yang tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami sejarah negara ini.

"Berlandaskan perjuangan hak asasi manusia dan kebebasan beragama konon, mereka (generasi muda Melayu) melihat bahawa hak istimewa orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama negara, tidak relevan lagi.

"Hak kita yang sah, tetap hak dan sebarang usaha merampas hak itu atau mengeluarkannya daripada garis kesinambungan sejarahnya, mestilah ditentang.
"Suara meremehkan hak kita kian lantang. Usaha jahat itu mesti ditentang dengan tegas dan berkesan. Jika dibiarkan, dayuslah kita. Bangsa yang dayus, tidak berhak hidup. Putaran sejarahnya, lambat laun akan berhenti."

"Sebagai bangsa bermaruah di bumi sendiri, kita tidak akan membiarkan kata-kata 'tak kan Melayu hilang di dunia' menjadi sepi, sesepi tanah perkuburan."

Menjawab sebab perhimpunan itu memberikan tumpuan pada perpaduan bangsa, bukannya perpaduan umat Islam, Mohd Nakhaie berkata perpaduan Melayu lebih mampu diusahakan di negara ini berbanding perpaduan umat yang bersifat sejagat.
"Yang mampu disuarakan kini, hanya perpaduan orang-orang Melayu, yang beragama Islam. Mereka adalah sebahagian daripada umat Islam seluruhnya. Pun begitu, suara perpaduan Melayu itu sendiri berhadapan dengan cabaran yang tidak mudah dihadapi," katanya.

"Kami cuba berpijak di tanah rata, tidak tersesat dalam impian idealisme penyatuan umat di seluruh dunia, tidak mahu terkandas di persimpangan, jalan seribu liku.

"Kami cuba melihat hanya yang nampak, yang nampak dengan mata kasar dan dengan hati nurani. Kami sedar, jika orang Melayu di negara ini tersungkur, kedaulatan Islam juga turut tersungkur, justeru orang-orang Melayu adalah pendukung agama suci ini," katanya.
Tambahnya lagi, orang Melayu selalu berpecah kecuali sewaktu menentang Malayan Union pada 1946 dan menghadapi senario rusuhan antara kaum pada 1969.

"Perpecahan kali ini (pilihanraya 2008) lebih parah. Justeru perpecahan telah diinstitusikan, berlandaskan perbezaan politik dan akidah.
"Apabila politik diakidahkan dan akidah dipolitikkan, ditambah pula politik kebencian, akibatnya perpecahan (Melayu) membentuk institusinya."

default

Strategi Pinggirkan Bangsa Melayu sekarang ini Oleh Cina

on Monday, April 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Di sini saya senaraikan beberapa strategi untuk meminggirkan orang melayu yang dilakukan oleh orang cina malaysia. Saya berharap strategi bangsa pemakan ?!@#$@# ini dapat dipatahkan secepat mungkin..

1.Syarat bahasa mandarin
Cina ?!@#$@# ini telah menetapkan syarat bahasa mandarin untuk bekerja di syarikat2 mereka..Ini secara langsung menunjukkan mereka meminggirkan orang melayu yang ingin mendapatkan pekerjaan..kesannya ramai orang melayu menganggur..Isu pelajar melayu tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah propaganda semata-mata..

2.Pengambilan pekerja asing
Majikan cina cenderung mengambil pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di syarikat mereka..ini secara tidak langsung meminggirkan orang melayu..kita lihat situasi sekarang bangsa asing lebih diberi keutamaan berbanding bangsa melayu..

3.Perolehan kerusi yang banyak dalam DAP
Dengan keadaan orang melayu berpecah belah..orang cina bersatu di dalam parti DAP..mereka berjaya menawan sebuah negeri melayu di utara..mari kita lihat sama ada orang melayu di Penang terpinggir seperti orang melayu di singapura ataupun tidak..

4.Pembinaan keretapi laju ke singapura..saingan kepada ktmb dan akhirnya hilang lah nama keretapi TANAH MELAYU..
Ini merupakan satu strategi jangka panjang untuk menghilangkan nama TANAH MELAYU..Oleh itu kita bangsa melayu perlu bersatu padu menolak projek ini yang secara jelas tidak membawa kebaikan kepada orang melayu secara total..ini adalah satu bentuk untuk memecah monopoli melayu dalam industri rel..

5.Ruang sewa tinggi yang tidak masuk akal dipusat2 membeli belah
Unutk mengelakkan orang melayu dari menceburi bidang perniagaan di pusat2 membeli belah..cina ?!@#$@# ini telah merangka satu pelan strategi untuk meminggirkan orang melayu dengan mengenakan sewa tinggi kepada melayu..selain itu mereka juga akan membuat masalah kepada perniagaan melayu dengan pelbagai cara untuk menyuruh orang melayu gulung tikar..

6.Harga rumah yang mahal di bandar
Pelan jangka masa panjang dan saya rasa strategi mereka ini telah berjaya..orang melayu terus dipinggirkan di bandar..kita lihat situasi di bandar2 besar majoriti cina memilih DAP berbanding parti yang bekerjasama dengan melayu..kita boleh lihat betapa halusnya strategi cina ini..

7.Isu penternakan ?!@#$@#
Isu penternakan ?!@#$@# ini juga merupakan strategi masa panjang untuk mengeluarkan orang melayu dari tanah sepang..kita lihat mereka ini membina kandang ?!@#$@# haram dekat dengan kawasan melayu dengan harapan orang melayu akan berpindah dari situ..Justeru orang melayu terus dipinggirkan di dalam negeri mereka..

8.Propaganda open tender
Jika melayu mendapat tender..boleh dikatakan 60% nilai tender pergi kepada cina ?!@#$@# ini..60% itu terdiri daripada bahan mentah,jentera dan pelbagai peralatan yang dijual dan dimonopoli oleh cina..tapi jika cina yang dapat tender..100% nilai tender pergi kepada diorang..dengan mewujudkan sentimen bahawasanya orang melayu terlibat dengan gejala rasuah kronisme dan nepotisme mereka mengambil peluang ini dengan memperkenalkan open tender..apa yang saya tahu open tender ini menyebabkan orang melayu tidak akan ada bisness langsung sebab tidak diberi peluang..cara nak elakkan gejala rasuah dan kronisme ini adalah menguatkuasakan lagi undang2..bukan dengan memperkenalkan open tender orang melayu langsung tidak diberi peluang dalam perniagaan..

saya berharap orang melayu akan sedar dengan strategi2 yang mereka rencanakan..jangan biarkan cucu cicit kita terpinggir di dalam negara mereka..di dalam tanah tumpah darah nenek moyang mereka..kita perlu selidik setiap kenyataan pemimpin2 cina ini..

Malaysia for malay..
Buy chinese product last..

Forum mykmu.net

default

Berita Anwar di akhbar minggun Gereja Anglican UK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Speaking up: the opposition leader Anwar Ibrahim at a rally in Kuala Lumpur


A watershed for Malaysia

The elections have weakened Islamisation, says Peter Riddell

AFTER WINNING a 57-seat majority in the national 222-member parliament in the Malaysian elections at the weekend, one would expect the Barisan National Alliance to be celebrating its return to power. Not so: members of the Alliance have been stunned by the result, and many have called for the resignation of the incumbent Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi.

Despite its re-election, the stocks of the Alliance have deteriorated dramatically. In the previous parliament, the Alliance had a 177-seat majority; it also controlled 12 of Malaysia’s 13 states, but, in state elections held at the same time as the national ones, the Alliance was thrown out of power in four more states.

Many parts of Malaysia’s multiracial and multifaith society are discontented with Alliance policies. Religious minorities, who make up 40 per cent of this largely Muslim country, have felt particularly aggrieved. The Christian community (which constitutes nine per cent of the population) has been alienated by issues such as the continuing rhetoric from senior government figures about Malaysia being an Islamic state.

Islamic authorities have also tried to ban the use of the word “Allah” by non-Muslims in their worship and publications. Christians argue that the term is well established as the way of referring to God in the Malaysian-language Bible.

Hindus and Buddhists have joined in these protests. The former have witnessed the demolition of a number of temples. Thousands of Hindus took to the streets of the capital in November, claiming economic exclusion and discrimination in government policies.

Yet public discontent with the government has gone beyond religious issues. In Malaysia, race and religion are closely intertwined, so religious discrimination has a knock-on effect on racial tensions. In the words of the Malaysian Christian academic, Dr Albert Walters: “The alarming slide in race relations continues, along with the rising influence of Islam, thus giving rise to racial and religious polarisation in Malaysian society. Some of the most racially charged rhetoric seems to be coming from the ruling party itself.”

One of the Alliance government’s most trenchant critics has been the Malaysian Islamic Party (PAS), which has vied for half a century with the Alliance for the hearts and minds of Malaysia’s Muslims, and has often called for an Islamic state. In an effort to marginalise PAS, the government introduced its own agenda of Islamisation. In the state of Trengganu, for example, the government has built 62 mosques over the past four years.

In this election, PAS played its cards differently. Rather than calling for an Islamic state, which had alienated non-Muslim voters, PAS focused on social welfare and advocacy, even fielding some women and non-Muslim candidates. The change in strategy paid handsome dividends. Its share of the federal parliament increased from seven to 23 seats.

The rise of another opposition group, the PKR Justice Party, has been even more significant. Its principal spokesman is the charismatic Anwar Ibrahim, the former Alliance Deputy Prime Minister, who fell foul of Prime Minister Abdullah’s predecessor, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mr Ibrahim and his Justice party were able to tear the mantle of Muslim moderation from the Alliance’s grasp. At the same time, the Justice party, through skilful candidate selection, succeeded in appealing to Malaysia’s non-Muslim minority.

Net result: Justice Party representation in the national parliament increased from one seat to 31. It will be the senior partner in the new coalition governments in three of the five states that are not controlled by the Alliance.

Many of Malaysia’s racial and religious minorities are rejoicing, and with good reason. First, the traditional more-Islamic-than-thou tussle between the Alliance and PAS has been pushed off centre-stage. It has been replaced by a competition pitting the Alliance, which claims to be pluralist yet Islam-friendly, with a loosely allied opposition, now led by the Justice Party, which speaks the language of multi-ethnic and multifaith equality.

In the wake of the election result this week, Mr Ibrahim said: “The people have voted decisively for a new era, where the government must be truly inclusive, and recognise that all Malaysians, regardless of race, culture or religion, are a nation of one.”

Even the Islamist PAS old guard, represented by its spiritual leader, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, was forced to speak in similar terms, declaring: “We will approach this victory from an Islamic point of view, and this means everyone is equal. . . All are brothers and sisters. There should be no more dividing people along racial lines.”

Other factors could still emerge. As one Malaysian pastor said: “The opposition in the form of PAS cannot be an option, as they [ultimately desire] an Islamic state. The opposition in the form of the Justice Party is untested, and therefore cannot be predicted accurately.”

Nevertheless, these elections represent a watershed for Malaysia in terms of the nation as a whole and its religious minorities. Although the same government has been returned to power at national level, the political scene is now witness to a vibrant and powerful opposition. This can only give a shot in the arm to the ailing democracy of Malaysia.

Dr Peter G. Riddell is Professorial Dean of the Centre for the Study of Islam and Other Faiths at the Bible College of Victoria, in Australia. He is the author of Islam and the Malay-Indonesian World (Hurst, 2001).

http://www.churchtimes.co.uk/content.asp?id=53361



Gambar Anwar Ibrahim sedang 'speaking up' sambil dijulang oleh penyokong-penyokongnya disiarkan oleh akhbar mingguan gereja Anglican United Kingdom. 'Syabas' Anwar, anda bukan sahaja telah menjadi wira Yahudi, malah jaguh gereja Nasrani!

default

Kelahiran semula Anwar ke politik Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Esok dijangkakan beribu-ribu anak-anak muda Melayu akan menyambut 'kelahiran semula' jaguh gereja dan wira Yahudi bertopengkan pemimpin Islamik ini.

Yang PKRnya dengan kesamarataan antara kaum.

Yang PASnya dengan 'memperjuangkan syiar Islam'.

Lebam mata atau tidak, yang ketaranya, beribu-ribu anak muda Melayu ini sanggup menutup sebelah mata kepada hakikat betapa Anwar Ibrahim adalah budak peliharaan pihak asing untuk memadamkan api kebangkitan Islam, menamatkan 'penindasan kaum minoriti' dan menegakkan 'demokrasi tulen' cara Barat.
Beribu-ribu anak muda Melayu ini sanggup menutup sebelah mata kepada fakta betapa Anwar Ibrahim telah mencurah minyak kepada sentimen anti-Melayu di kalangan bukan Melayu, dan memperkudakan naluri orang-orang Melayu untuk memperjuang agama, semuanya agar beliau dapat melampiaskan nafsu untuk berkuasa.

Kepada penganut-penganut ajaran PAS, bukalah mata anda kepada hakikat ini. Bukalah hati anda untuk menerima hidayat. Lihat sahaja gambar pemimpin anda, Haji Abdul Hadi Awang (tiga daripada kanan Anwar Ibrahim), kini menjadi tatapan penganut-penganut Kristian di Eropah. Balaci kepada Barat untuk menegakkan 'demokrasi tulen'

default

'Lebih baik saya letak jawatan' Ketua Kg kecewa dengan MB puppet DAP

on Sunday, April 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


MOHAMAD TARMUDI menunjukkan salah sebuah bangsal menternak babi di Kampung Tumbuk, Sepang semalam

'Lebih baik saya letak jawatan'

Oleh SAIFUL AFFENDY
SAPRAN

SEPANG - "Buat apa mengetuai sebuah kampung yang ada ladang ternakan babi, lebih baik saya letak jawatan kalau projek itu dilaksanakan."

Demikian tegas Ketua Kampung Tumbuk, Mohamad Tarmudi Tushiran yang benar-benar kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ternakan ladang babi moden di kampungnya sehingga sanggup meletakkan jawatan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau tidak mahu masyarakat luar memanggilnya sebagai ketua kampung yang bagaikan menyokong keputusan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri menentang sekeras-kerasnya projek itu.

"Saya tak nak nanti bila projek ini dah siap orang ramai gelar saya sebagai 'ketua kampung babi', lebih baik saya berundur (meletak jawatan) dulu," jelasnya.

Malah beliau turut kesal dengan Kerajaan Negeri Selangor yang baru berusia sebulan itu untuk meneruskan projek tersebut kerana katanya, keputusan itu dibuat tanpa perbincangan dengan penduduk kampung.

"Mereka (kerajaan negeri) memanglah beritahu projek ternakan babi ini dilakukan secara moden dan selamat, tapi pernahkah wakil kerajaan negeri meninjau kawasan kampung ini sebelum buat keputusan itu? Tidak ada pun.

"Saya harap ada di kalangan wakil kerajaan negeri melawat kampung ini kerana tapak ternakan babi itu memang berhampiran dengan penduduk selain tapak perkuburan islam," katanya.

Jelas beliau lagi, berdasarkan pengalamannya melawat ladang penternakan babi di Jerman tahun lalu, ia jauh berbeza dengan situasi yang berlaku di kampungnya.

"Untuk pergi ke ladang babi di sana (Jerman), ia memakan masa selama lima jam dan sepanjang perjalanan tak ada satu pun rumah, tapi kalau projek di sini terlaksana, lima minit perjalanan dah jumpa ladang babi," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tetap akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden bernilai RM100 juta menggunakan teknologi dari Jerman di Kampung Tumbuk.

Namun, bantahan demi bantahan telah diterima terutamanya dari penduduk di kampung itu selain beberapa kampung lain antaranya seperti Kampung Tanjung Sepat, dan Kampung Batu Laut.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa buah kampung di kawasan tersebut mendapati, kawasan penternakan babi yang diusahakan sebelum ini begitu banyak sehingga menyebabkan sungai telah tercemar.

Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Abdullah Fakeh memberitahu, jika projek ternakan babi di Kampung Tumbuk diteruskan, pencemaran tetap akan berlaku.

"Lihat saja kampung saya yang hampir kebanyakan sungai telah tercemar akibat aktiviti ternakan babi yang berleluasa di sini dan ia mungkin bakal berlaku di Kampung Tumbuk," katanya.

default

Lesen Terbesar Babi- Hukum PAS yang berbeza-beza.

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, begitu bersungguh- sungguh menguar-uarkan konsep perjuangan mereka yang bertunjangkan negara kebajikan.
Di Selangor, keputusan kerajaan negeri yang segera meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat, merupakan hadiah negara kebajikan yang melukakan hati rakyat.
Sebelum ini, PKR dan Pas menjaja ke seluruh negara membelasah BN yang mencadangkan projek itu. Malah, pendu- duk kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang, pasti masih mengingati risalah yang diedarkan Pas menjelang pilihan raya umum lalu mengenai projek itu.

‘Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Tapi babi tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Memang bagi orang Islam, babi merupakan perkara paling sensitif sekali. Tidak ada orang Islam sanggup menyentuh haiwan itu.’

Tapi kini Dato' Hassan Ali selaku Exco Agama Islam berkata " Dengan menggunakan teknologi dari Jerman, masalah pencemaran yang disebabkan oleh babi sebelum ini dapat dihapuskan dan tidak akan timbul lagi,''
PAS adalah parti yang cakap tidak serupa bikin dan bermuka-muka untuk kepentingan jawatan sahaja. Mengapa PAS hebohkan isu kerajaan Melaka tidak berjaya tutup kandang babi di Melaka sedangkan sekarag PAS berkuasa di Selangor dan Perak tetap sanggup mengalah dengan DAP dalam kes kandang terbesar di selangor.
Berapa jenis hukum Islam yang PAS pakai? untuk UMNO dan BN lain dan PAS lain ke?. Kalau bawah BN, PAS eksploitasikan dan buat isu. Adakah lain parti lain hukumnya?Agama Islam mana yang PAS amalkan?. BN kalau benarkan kandang babi dikatakan salah dan PAS buat tak apa. Allah dah tunjukkan kepada PAS bahawa jangan cakap je mengenai Islam dan bukan senang jadi pemerintah. SEkarang PAS dan PKR terkena

default

Cadangan minta Sultan campurtangan isu Babi

on Wednesday, April 9, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Aku rasalah kita patut mintak Tuanku Sultan negeri-negeri Melayu terbabit supaya campur tangan dalam isu-isu membabitkan pemilikan tanah untuk tujuan yang ada kaitan dengan BA-BI nih.. Cuma Tuanku Sultan aje yang dapat menghentikan keje GILA para pemimpin ‘puppet’ Melayu ni dari terus-menerus bagi tanah kepada cina untuk tujuan yang menjijikkan macam bukak lading BA-BI 100 juta, perkampungan cina, tanah pertanian dan lain-lain.. Tuanku Sultan harus sedar modus operandi mereka ni untuk mendapatkan tanah-tanah orang Melayu.. Orang Melayu nih, tanah bekas tanah kubor diorang sanggup lagi duduk tapi kalau tanah bekas ladang BA-BI ni diorang tak nak!Ladang BA-BI ke perkampungan cina ke semua tu ‘carmouflage’ aje.. 10, 20 tahun lepas tu diorang jual tanah tu kepada sedara diorang kat Singapork .. Dahla ternak BA-BI tu tujuan sebenar nak bagi sedara diorang kat Singapork dapat bekalan BA-BI !Esok-esok entah-enatah dekat istana nantipun ada ladang BA-BI RM100 juta !

Bukak celik mata kita dah lihat dah kepimpinan Melayu dibeberapa negeri bawah Pakatan Rakyat sekadar menjadi ‘PUPPET’ kepada pemimpin racist yang sepatutnya dipersoalkan tentang kesetiaan mereka kepada bumi Malaysia ini.. Aku sampai sekarang tak faham kenapa mereka ni masih mendabik dada mengaku rakyat dipihak mereka sedangkan dasar-dasar kerajaan negeri yang telah mereka laksanakan setakat ini terbukti hanya menguntungkan sebelah pihak.. MB Selangor, MB Kedah dan MB Perak ternyata sekali menjadi ‘puppet’ yang berkesan kepada puak-puak racist ini dalam mengetepikan kepentingan orang Melayu sebagai penduduk majoriti. Di neger-negeri terbabit.. Yang memalukan tu adalah kenapa orang Melayu diketepikan kerana menatang ‘BA-BI’? BA-BI sebagai seekor menatang yang haram disisi Islam digunakan sebagai SUBJEK untuk mengetepikan orang kepentingan orang Melayu.. Ketiga-tiga MB Melayu terpaksa akur kerana isu menatang BA-BI akibat desakan puak-puak racist seperti DAP? Isu BA-BI terbukti berkesan untuk memiliki tanah-tanah orang Melayu atau mewujudkan kelompok komuniti puak-puak racist yang tak mau bercampur dengan bangsa lain dan bersifat kiasu macam DAP.. Aku hairan kenapa MB-MB puppet ni kena mengalah dengan tuntutan yang langsung takde asas ni? Berapa peratuskah KDNK negara ni diperolehi daripada BA-BI? Berapa peratuskah hasil buangan menatang ni dgunakan untuk penjanaan tenaga elektrik sedangkan dulu rakyat dihasut oleh puak-puak racist untuk menolak penggunaan insenirator untuk memproses sisa buangan?NAMPAK TAK BAGAIMANA ORANG MELAYU DI SELANGOR DAN KEDAH DITIPU UNTUK DAPATKAN TANAH? Di Kedah pulak, BA-BI dibenarkan dijual secara terbuka seolah-olah macam jual ikan.. Berapa ramai orang Kedah makan BA-BI?

Yang lebih memalukan tuh, ada pulak Ustazah exco PAS nama Halimah dari Pulau Ketam yang menyokong isu penternakan menatang ini di Selangor? Anda belajar agama Islam kat mana? Pakai kepala lutut ke?Kenapa anda tak menjadikan diri anda sebagai contoh terlebih dahulu dengan masuk restoran cina dan makan bersama-sama dengan Teresa Kok di atas meja yang ada BA-BI panggang seekor? BERANI? Ataupun anda memlihara menatang tu kat rumah anda untuk menujukkan keterbukaan anda kepada Teresa Kok? Harap TUDUNG aje labuh, dalam badan penuh TAIK!Memang tak sia-sia Dewata Raya PAS melawat Bukit Pelandok dulu!Exco PKR pun terang-terang nampak kebodohannya.. Sanggup dia makan elaun hasil penternakan BA-BI? MEMANG PAS DAN PKR NIH TAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN MENATANG NIH!

Walaupun Dolah jadik pemimpin ‘slow’ , tetapi takdelah dia sebodoh pemimpin-pemimpin ‘puppet’ PKR dan PAS nih? MUNAFIK, GILA KUASA, BODOH, DUNGU, MENIPU, PEMBELIT, MAKAN DUIT HARAM semua cukup sifatla diorang nih!


PAS = Pig And Sons /PAS FOR ALL = BABI
PKR = Parti KinziR
PR = PoRk
BA = BA bi
DAP = Daughter And Pig
PAP = Pig And Papa...

default

Khalid tidak berani bertanggunjawab ?salahkan orang lain

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

MB Khalil yang takut kepada rakyat yang marah dan tidak mempunyai perasaan bertanggungjawab cuba mengalihkan kesalahan itu kepada MB Besar sebelumnya. Jika betullah MB Khalil seorang yang berani dan telus dia sepatutnya tidak cuba untuk menipu rakyat dengan mengatakan keputusan itu pernah dibuat oleh MB sebelumnya. Jika dia betul-betul ingin membela rakyat dan selepas mendengar bantahan daripada rakyat, dia sepatutnya tidak membenarkan projek itu diteruskan. Bukankah kerajaan pimpinannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat, apalah guna jika luahan rasa rakyat tidak mahu didengar. Pada masa yang sama nasib babi pula yang dibela, maka kita takut rakyat akan memanggil pakatan ini sebagai Pakatan Babi.

Kenapa pula projek seperti ini mendapat keutamaan kerajaan PR? Adakah babi menjadi agenda utama PR? Kenapa mesti dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira perasaan dan pendapat rakyat?

Siapa yang MB Khalil takutkan? Rakyat atau DAP kafir harbi?

MB Khalil dan semua Pakatan Rakyat sepatutnya mengubah mentaliti sebagai pembangkang yang suka menyalahkan orang lain. Mereka kini adalah kerajaan dan mestilah berani bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Ini tidak, budaya mencari salah orang masih menebal dalam hati mereka walaupun mereka telah berjaya membentuk kerajaan.

Saya rasa jika projek ini diteruskan oleh Pakatan Rakyat, maka ternyata PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP untuk kepentingan kaum mereka sahaja. Cuba anda bayangkan wang RM 100 juta itu disalurkan untuk memperkembangan ladang ayam dan lembu di Selangor. Sudah pasti harga-harga ayam dan daging yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini dapat dikurangkan.

Jika projek mega babi yang bernilai ratusan juta ringgit ini berjaya meraih keuntungan yang besar, adakah rakyat Selangor akan menerima hasil daripada perniagaan babi. Tidak hairan suatu hari nanti, wang kebajikan yang disalurkan kepada golongan miskin dan pembinaan masjid di Selangor adalah hasil daripada keuntungan perniagaan babi yang berjaya.


Ketika dihubungi, Dr Khir menjelaskan, mesyuarat Exco yang dipengerusikannya pada 30 Januari lalu ada membincangkan perkara itu tetapi pada dasarnya meluluskan pembinaan ladang babi bersaiz kecil saja.

Beliau dipetik sebagai berkata “Ketika itu, kita tidak bersetuju dengan saiz kawasan ladang kerana kita mahu kawasan yang lebih kecil untuk menempatkan ternakan babi. Lokasinya belum kita lulus kerana mahu
mendengar pandangan penduduk kampung.


“Kita tidak mahu wujud ladang besar sehingga menjadi pengeksport babi. Sebab itu, kita minta (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perdagangan) Datuk Tang See Hang, membuat kajian terperinci berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas keputusan kerajaan negeri meluluskan projek itu.

default

Khinzir- Rakyat tertipu oleh Pakatan Rakyat

on Tuesday, April 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini PAS hanya mampu membisu dan bersetuju dengan kerajaan PKR yang telah meluluskan ladang pembiakkan Khinzir ( babi ) dengan jumlah peruntukan yang begitu besar sebanyak RM100 juta untuk diternakan di negeri Selangor. Jika dahulu PAS merupakan parti yang paling lantang sekali mengkritik akan isu pembiakkan khinzir (babi) ini kerana ianya pasti akan mencemarkan alam sekitar terutama sekali sungai dan udara yang akan dicemari dengan air najis dan juga udara yang tidak bersih dengan bau najis khinzir (babi).
Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.
Bayangkanlah jika peruntukkan sebanyak RM100 juta kepada ladang ternakan ini , berapa banyak khinzir yang akan membiak dan tentu sekali akan memberikan kesulitan kepada penduduk berhampiran dan kepada sungai yang mengalir sepanjang negeri Selangor.

Selain itu juga di khuatiri penyakit JE yang akan merebak, kerana jika terlalu banyak Khinzir, penyakit ini akan mudah merebak. Kerajaan Barisan Nasional pernah menutup dan membunuh banyak Khinzir dan terpaksa menerima tentangan dari penternak Khinzir demi keselamatan rakyat dan kerajaan sanggup menjadi tidak popular dengan penternak Khinzir demi menyalamatkan keadaan yang tidak sihat jika sekiranya ladang-ladang ini dibiarkan bebas tumbuh bagaikan cendawan. Tetapi PKR pula pada pilihanraya yang lalu sanggup berjanji kepada penternak ini supaya mereka akan jadi popular dan meraih undi dari mereka.

Hari ini PKR terpaksa melaksanakan janji yang telah mereka buat untuk meraih undi dari penternak-penternak Khinzir bagi mengundi mereka pada pilihanraya yang lalu. PKR terpaksa menunaikan janji mereka untuk memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta seperti yang telah mereka janjikan walaupun apa yang dilakukan oleh PKR adalah bertentangan dari kehendak rakyat negrai Selangor. Inilah hadiah yang paling istimewa terutamanya kepada orang Melayu khusunya ahli PAS yang tertipu dengan PKR di negeri Selangor.
Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini,kerajaan negeri sepatutnya memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat

Isu haram bukan lagi isu yang akan disentuh lagi oleh PAS kerana PAS kini berada dalam keadaan dimana mereka hidup untuk memimpin dengan mereka-mereka yang tidak mengenal hukum haram dan halal. PAS terpaksa menyesuaikan diri mereka tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif mengenai agama kerana PAS kini bersubahat dan berkongsi kuasa dengan Parti yang tidak mengiktirafkan Islam.Ksemua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berka ta, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.
Ramai yang berpendapat wang RM100 juta itu adalah satu pembaziran kerana ia hanya melibatkan satu bangsa sahaja. kita tidak septutnya melayan kehendak satu bangsa sahaja kerana wang RM100 juta itu adalah wang rakyat dan termasuk wang kita. Dalam secara tidak sengaja kita juga telah menyumbang dan mebantu mereka untuk membiak Khinzir (Babi).

Kami menyeru agar bangsa Melayu untuk bangun untuk menentang projek kerajaan negeri Selangor ini kerana ianya amat memalukan dan merugikan.Kita tidak seharusnya berdiam diri dan melihat sahaja akan ke pimpinan kita yang kian lupa diri dan melakukan satu tindakan diluar kehendak pengundi yang mengundi mereka dahulu.

default

Projek Koridor Selangor Maju : RM100 juta ternak besar-besaran

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kontroversi penyiaran gambar lima ekor "babi panggang" dalam laman web ahli Parlimen Seputeh & ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kpd pengumuman oleh Teresa bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM 100 juta bagi tujuan pembinan ladang ternakan babi moden.

Beliau mempersoalkan kenapa isu penyiaran gambar itu menjadi kontroversi melahirkan rasa gembiranya dengan keputusan kerajaan negeri itu meluluskan projek penternakan babi itu dan menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain.

Teresa juga memaklumkan Exco bertanggungjawab dalam bidang pertanian ialah Yaakob Sapari dari PKR merupakan pakar dalam bidang pertanian moden.
Teresa juga memaklumkan keputusan mesyuarat Exco Selangor berkenaan penyiaran memanggang 5 ekor babi panggang sebagai meraikan kejayaannya pada pilihan raya umum lalu di Salak Selatan. Nasib baik tak jemput jentera Melayu!!! Mungkinkah lima ekor babi yang dipanggang itu menggambarkan kejayaan pembangkang menguasai lima negeri

Penyiaran gambar berkenaan mempunyai banyak tafsiran. Ramai berpendapat ia menguatkan keyakinan orang ramai DAP yang mendakwa parti berbilang kaum sebenarnya adalah parti yang kuat "Kecinaannya".



Tahniah buat wakil-wakil rakyat Melayu khususnya Pas kerana bersama meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang".
"Mereka dah beri kelulusan untuk ternakan babi besar-besaran di Selangor, aku nak tanya mereka bila pula nak beri kelulusan untuk ternak lembu, kambing dan ayam buat orang Melayu.

Ini membuktikan Menteri Besar hanyalah boneka yang dicucuk hidung. Inilah sandiwara yang mereka mainkan.

default

PM beri penjelasan serangan dari Ku Li dan TDM

on Sunday, April 6, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PM: Ku Li punca Umno kalah di K'tan
Apr 6, 08 4:50pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya "melihat diri sendiri" kerana beliau pernah menjadi punca kekalahan parti itu di Kelantan pada 1990.

Malah, tegas presiden Umno, salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimen Tengku Razaleigh juga jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Calon BN di Galas, Saufi Deraman, gagal mempertahankannya dan tewas kepada calon PAS Che Hashim Sulaiman.
Che Hashim menang dengan majoriti 646 undi. Pada 2004, Saufi menewaskan Che Hashim dengan majoriti 1,729 undi.

Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN - Galas, Nenggeri dan Paloh. Tengku Razaleigh berjaya mempertahankan kerusi parlimennya itu dengan majoriti 4,394 undi berbanding 6,598 pada 2004.

Dalam pilihanraya umum 1990, Tengku Razaleigh yang ketika itu menjadi presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) telah menyertai barisan pembangkang yang dikenali Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama PAS dan Berjasa.
S46 merupakan parti serpihan Umno yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila Umno diharamkan akibat krisis selepas beliau gagal menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno pada 1987.

Perhimpunan khas
APU berjaya merampas Kelantan dari BN, PAS dan S46 kemudian menubuhkan kerajaan campuran di negeri tersebut.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan Umno selepas pilihanraya umum 1995 selepas S46 dibubarkan apabila beliau dan Dr Mahathir saling maaf-bermaafan.

Menjawab soalan di sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua penerangan Umno bahagian di ibu negara hari ini, Abdullah berkata, Tengku Razaleigh pernah dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, tetapi beliau juga gagal mengembalikan negeri itu ke tangan BN.

Presiden Umno juga kecewa kerana beliau dimaklumkan bahawa Tengku Razaleigh "tidak membantu" Umno Kelantan dalam pilihanraya umum lalu.
Tengku Razaleigh juga telah menyatakan hasratnya bersedia dicalonkan bertanding jawatan presiden menentang Abdullah dalam pemilihan Umno Disember depan.

Abdullah juga berkata, beliau tidak faham sikap Dr Mahathir yang seolah-olah bersikap "berdolak-dalik" dalam pendiriannya terhadap kerajaan dan pembangkang.

'Keluar arahan'

"Apabila kita (Barisan Nasional) menang besar dalam pilihanraya umum 2004, beliau kata ini kuat sangat, tak elok, mesti ada pembangkang, seolah-olah beliau dapat terima pembangkang sepanjang masa," kata Abdullah.
"Apabila pembangkang naik (menang besar), saya ingat beliau nak merayakannya, (tapi), beliau hentam kita balik...
"Mengapa boleh jadi begini, nampaknya menang banyak pun tak boleh... sikitpun tak boleh...(jadi) apa yang boleh?" tegas Abdullah lagi.

Selain itu, kata Abdullah, beliau juga didakwa terlalu berkuasa sehingga ahli kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak berani bersuara, sedangkan menurut beliau lagi, pelbagai sekatan dan arahan dibuat oleh Dr Mahathir sewaktu masih berkuasa.
"Kononnya zaman saya tidak ada kebebasan, semua orang takut. Tetapi depa kata (kepemimpinan) saya lembik tapi (ada) orang takut kat si lembik - seolah-olah dalam kabinet, (menteri) bodoh belaka, (menantu saya) Khairy (Jamaluddin) seorang yang pandai yang menentukan segala-galanya.

"Tuduhan-tuduhan yang tidak ada batas… hentam begitu sahaja. Apakah pada masa dulu (era Dr Mahathir) tidak ada sekatan-sekatan tertentu… "Bila Dr Mahahtir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussein (Onn), saya tahu reporter semua dipanggil jangan memberi liputan berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein.

"Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu, bukan saya tak tahu," katanya.
Dalam operasi besar-besaran tangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 yang digelar Operasi Lalang, lebih 100 ahli politik termasuk tiga pemimpin Pemuda Umno dan aktivis ditangkap.

Menurut Abdullah lagi, pada zaman Dr Mahahtir, arahan dibuat dari masa ke semasa agar orang tertentu tidak dipilih.
Kini, katanya, ahli-ahli umno sudah berani bercakap memberi pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku masa dulu ketika Dr Mahathir masih berkuasa.

default

Ucapan Ikhlas dari Pak Lah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SUARA RAKYAT DI DENGARI HARAPAN RAKYAT AKAN DI TUNAIKAN

Written by Nurul
Sunday, 06 April 2008

(KRONOLOGI PERJUMPAAN PM DENGAN KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN)

10.05 pagi ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai di PWTC hari ini bagi bertemu dengan Ketua-ketua Bahagian dari seluruh tanah air bagi untuk memberi penerangan dan taklimat mengenai prestasi BN pada PRU12 baru-baru ini.



Dewan penuh sesak sehingga para hadirin terpaksa berdiri dikeliling dewan, lebih kurang 1,300 orang tidak dapat masuk ke Dewan Tun Hussien Onn, membuat pilihan untuk menunggu di perkarangan luar dewan sahaja.



Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dimana para hadirin menyeru kepada Allah S.W.T agar Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di beri kekuatan agar saling bersatu serta bantu membantu dalam menerajui negara. Sejurus acara bacaan doa Lagu Negaraku dan UMNO dimainkan bagi menaikan semangat patrioritik dikalangan pemimpin UMNO dan rakyat.



Majlis terus di hangatkan dengan ucapan dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang menyentuh isu kepimpinan Perdana Menteri yang sentiasa dikritik, dan di palit dengan tuduhan-tudahan palsu. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa perkara meletakan semua kesalahan di atas bahu pemimpin sama sekali tidak adil dan perlu di perbetulkan.



Tan Sri Muhammad turut menyarankan agar presepsi rakyat terhadap Perdana Menteri harus diubah bagi menguatkan lagi parti keramat melayu UMNO.



Dalam mengharungi zaman teknologi tinggi seperti sekarang, banyak kritikan yang UMNO terima jadi, UMNO juga memerlukan masa untuk menyesuaikan parti sejajar dengan perkembangan dunia dan teknologi.



UMNO pernah melalui zaman krisis dan hampir terkubur yang disebabkan anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan melayu dan orang dalam UMNO itu sendiri. UMNO dan orang Melayu harus menghentikan pergaduhan sesama sendiri dan harus memandang ke hadapan bagi berhadapan dengan musuh.



UMNO tidak boleh gagal, jika gagal UMNO gagallah Melayu, sebagai seorang melayu dan juga rakyat kita harus memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk memperkukuh dan memperkasakan Parti UMNO dalam tahun 2008 ini supaya menjadi lebih baik dari tahun 1999.



Tan Sri Muhammad juga menambah, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang kukuh berdiri di belakang Perdana Menteri dan akan sentiasa bergading bahu mengatasi masalah negara bersama.



Bermula jam 10.45 pagi Perdana Menteri menggambil tempat untuk berucap, Ucapan beliau yang amat bertenaga dapat mengupas beberapa isu yang menjadi persoalan yang tidak terjawab sebelum ini.. Ramai yang merasa lega dan faham akan kedudukkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan seharusnya beliau diberikan kepercayaan yang penuh untuk memimpin negara dan mengepalai pucuk kepimpinan UMNO dan BN.



Beliau menggambil keputusan untuk mula bercakap setelah sekian lama mendiamkan diri apabila sentiasa diselar oleh pihak tertentu, bagi menjaga kepentingan parti UMNO dan berhasrat akan memperkuatkan parti setelah sokongan rakyat semakin berkurangan.



Sekarang adalah masa untuk memperbaiki keutuhan parti ini kerana ada pihak yang ingin merobohkan parti UMNO.



Kerajaan faham dan mengerti akan mesej yang disampaikan oleh rakyat kepada pemimpin, rakyat mahukan pembahruan, rakyat mahukan pembentukan semula badan kehakiman, dan Pak Lah akui perlaksanaannya masih belum cukup dan tidak memuaskan hati rakyat.



Pak Lah akui selepas 2004 rakyat meletakan harapan yang tinggi, yakni kita harus buat yang terbaik, kenaikan harga minyak dan barang meningkat membuatkan rakyat marah. Tapi ini bukan bermakna kami tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.



Pihak kerajaan sentiasa mencari jalan agar dapat mengurangkan beban rakyat, dan kerajaan turut menjelaskan apa yang telah dilaksanakan. Kita mungkin tidak sedar sekarang demi memenuhi kehedak kita sebagai rakyat, semua bebanan dihalakan ke Petronas dan adakah penubuhan Petronas itu hanya untuk memberi subsidi kepada kita?



Sebagai rakyat kita sudah semestinya mahukan pembangunan, tapi apa yang berlaku , rakyat lebih cenderung mahukan subsidi dari pembangunan.



Tugas kerajaan bukan sedikit, pelbagai isu harus ditangani, isu agama, isu kuil, dan isu hindraf yang akhirnya membuat masyarakat India menolak kerajaan demi kepentingan bangsa mereka. Kebecian berasaskan agama dan bangsa semakin menjadi-jadi, termasuk juga bangsa cina yang tidak pernah berpuas hati dengan bangsa melayu.



Mereka menggangap orang melayu kuat kerana DEB diberi keutamaan pada orang melayu bagi mengkuhkan ekonomi orang melayu manakala pinjaman SME, diberi keutamaan kepada orang melayu dan pekerja sektor awam seperti polis dan askar dimana majoritinya bumiputra. Inilah yang menyebabkan orang cina tidak senang dengan orang melayu.



Pak Lah turut menjawab isu yang dibangkitkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir yang menyatakan kita memerlukan parti pembangkang yang kukuh, bukan menahan dan menangkis pembangkang tapi seolah menggalakannya.



Bila pembangkang kuat Pak Lah dihentam oleh Tun. Adakah ini adil sedangkan Tun sendiri yang menggalakan pembangkang.



Jika dibangdingkan dengan tahun 1999, sokongan yang kita dapat sekarang adalah jauh lebih baik, kita masih mendapat sokongan dari masyarakat melayu dibandar dan diluar Bandar contohnya seperti Felda.



Semasa berkuasa Tun guna ISA, operasi lalang yang dianggapnya begitu kuat. Tetapi apa yang jadi sebaliknya apabila Pak Lah berkuasa, "Tun cakap saya lembik saya lemah dan dalam pada masa yang sama dia cakap orang takut dekat saya, saya tak nak cakap lagi (mengenai Tun Dr Mahathir) sebab banyak benda akan timbul nanti".



Pak Lah turut menjawab isu di mana orang ramai mahukan Tun menyiasat Video kes Lingam sedangkan perkara itu tidak berlaku di zaman Pak Lah. Khairy dituduh sebagai penentu kabinet dan senarai calon, "saya lebih kenal siapa menatu saya dari orang luar".



"Segala urusan kabinet dan senarai calon adalah diselenggarakan dan ditentukan oleh saya sendiri bersama Najib dan Radzi Sheikh Ahmad." Ini sama sekali tidak melibatkan Khairy ataupun tingkat empat seperti yang dituduh pihak tertentu.



Mereka hanya menyampaikan laporan-laporan Pak Lah, tetapi keputusan adalah tanggunjawab saya dan bukan mereka. Kini timbul isu kuota dalam UMNO, Pak Lah dengan tegas berkata bahawa sistem kuota itu bukan dibuat olehnya atau di zaman pemerintahannya.



Apa yang menjadi fokus Pak Lah sekarang adalah ingin mengotakan janji beliau yang mahu membasmi kemiskinan yang seakan sudah menjadi penyakit keturunan di negara ini. Tetapi pelaksanaan ini harus diteliti dan diperhalusi dari segi faktor budjet terutamanya.



Pak Lah juga mahu lebih banyak ruang diberi kepada rakyat untuk membincangkan isu semasa dengan bebas. Koridor-koridor akan diteruskan bagi merealisasikan misi negara kukuh. Pak Lah juga berhasrat dapat membantu meningkatkan lagi modal insan, sokongan terhadap parti bagi menarik kembali kepercayaan rakyat terhadap kempimpianannya.



Banyak perkara yang harus kita selesaikan, kita harus menyusun semula parti kita dan berhadapan dengan kencaman perang siber. Kita juga harus melihat sikap kita terhadap agama kerana agama telah menjadi satu isu besar terhadap pihak bukan islam.



Pak Lah turut menjawab tuduhan Tun yang kerajaan tidak ada peluang untuk menggambil kembali negeri yang sudah terlepas ke tangan pembangkang, ketika berkuasa adakah Tun berjaya menggambil kembali Kelantan? Ku Li pula tidak banyak yang dilakukan dalam usaha menawan Kelantan malah beliau kalah satu kerusi di kawasan beliau sendiri.



Kita harus sedar motif PKR hanya untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, segala isu yang dibangkitkan oleh Anwar tentang media samalah seperti membuka pekung didadanya sendiri, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri Anwar orang yang mengawal media. Ia adalah pakatan Mahathir dan Anwar itu sendiri.



Ketika mula menjadi Perdana Menteri arahan pertama Tun Dr. Mahathir adalah Media tidak boleh membuat sebarang liputan tentang Tun Hussein Onn. Begitu mudah Tun lupa perkara yang dipratikkan oleh beliau sehingga menjadi satu tradisi selama 22 tahun di arena pemerintahan beliau.



Di akhir ucapan, Pak Lah menegaskan bahawa musuh kita adalah pembangkang yang tidak senang denga melayu. Semasa beliau memilih Najib sebagai timbalan beliau, apa yang beliau mahukan adalah bekerja bersama Najib, "saya sudah hampir 70 tahun, berapa lama lagi saya boleh bertahan, kita harus pulihkan parti keramat kita, Insyallah bila kamu (Najib) ambil alih nanti segalanya akan menjadi lebih baik", 2020 bukan untuk saya, mungkin Najib sebagai orang nombor satu negara yang akan melaungkan negara maju, bangsa kita maju" tambah Pak Lah lagi.

Pak Lah turut berharap dapat bersama-sama meraikan detik itu nanti walaupun ketika itu beliau mungkin duduk di kerusi roda. " Saya bukan tamak (kuasa) saya bersyukur", akhiri beliau.

default

Pulihkan survival politik UMNO

on Saturday, April 5, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pulihkan survival politik UMNO

Oleh: AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)

BAGAIMANAKAH orang Melayu hendak melangkah ke hadapan dengan suasana politik sekarang? Kejutan keputusan pilihan raya umum hampir sebulan lalu masih terasa. Senario kegagalan menangani keluhan rakyat akhirnya menghukum UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ada yang tidak malu-malu mendakwa pucuk pimpinan Melayu gagal memahami dan menganalisis suara orang bawah.

Namun, apa yang berlaku ibarat pergolakan dalam urusan rumah tangga. Misalnya apabila suami dan isteri bergaduh, mereka akan berbaik-baik semula semata-mata kerana mahu menjaga hati anak-anak atau tidak mahu rumah tangga runtuh.

Oleh itu, suami dan isteri menyimpan perasaan masing-masing. Apabila sering berlaku pergaduhan, akhirnya apa yang dipendam selama bertahun-tahun akan meletup juga, sebab punca masalah keluarga tidak ditangani dengan baik.

Perkara ini juga berlaku dalam rumah tangga UMNO/BN. Sejak krisis kepimpinan UMNO 1987 yang kemudian melahirkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1988. Setelah berpisah ia kemudian berbaik-baik dan S46 dibubarkan pada 1996 atas kepentingan dan perpaduan Melayu.

Dua tahun kemudian, timbul pula isu pemecatan Anwar Ibrahim dan kemudian ramai ahli UMNO berpecah-pecah hingga lahir Parti Keadilan.

Sudah tentu, pergolakan demi pergolakan dalam rumah tangga UMNO menyebabkan semangat perjuangan ahli UMNO juga berkecamuk dan luntur.

Jika dilihat pada orang Melayu pula, ramai sudah tidak merasa erti kemerdekaan dan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apabila ramai tidak faham dan tidak ambil kisah, maka mereka berani lontar bantahan dan tidak peduli perjuangan UMNO/BN. Ini yang sedang berlaku.

Menurut penganalisis politik, Datuk Dr. Abdul Razak Omar, hikmah kekalahan UMNO/BN pada 8 Mac lalu adalah “Allah mahu beri 50 peratus ujian kepada orang Melayu supaya kita renung dan ambil iktibar.

“Tuhan boleh beri ujian 100 peratus tapi Allah seolah-olah masih sayangkan orang Melayu dan mahu uji 50 peratus sahaja iaitu lima negeri jatuh ke tangan parti pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

“BN masih memerintah dengan majoriti mudah 140 kerusi Parlimen dan pembangkang 82 kerusi,” jelas Abdul Razak.

Pada pendapat beliau, inilah masa orang Melayu patut buka mata. Tetapi persoalannya, adakah kita sedar tentang ujian Allah itu? UMNO kini berada di persimpangan jalan. Jika tidak, kuasa UMNO akan terhakis.

Kajian atau pengamatan awal menunjukkan Melayu sekarang tidak peduli ketuanan Melayu lagi. Ramai yang tidak kisah hak Melayu dipinggirkan dan seolah-olah tidak peduli kedaulatan raja-raja Melayu.

Bagi Abdul Razak, Neo Malayan Union sedang muncul dalam arena politik tanah air. Malah kemunculan gabungan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat jika tidak ditangani boleh mendorong pembentukan sistem dua parti di negara ini seperti Republikan dan Demokrat di Amerika Syarikat – siapa kuat dia yang memerintah.

Persoalannya, sanggupkah orang Melayu menerima sistem ini wujud dengan akhirnya kuasa ketuanan Melayu boleh terlucut dan dirampas oleh bukan Melayu. Melayu perlu fikirkan keadaan ekonomi mereka yang masih ketinggalan dalam pasaran terbuka.

Sebab itu pemimpin Melayu yang tulen dan ikhlas memperjuangkan hak survival Melayu perlu keluar membetulkan dan memulihkan kepincangan dalam UMNO. Pemimpin tulen itu diharap dapat memimpin pemimpin di bawahnya supaya berkualiti dan senada dengan perjuangan agenda bangsa – bukan agenda diri.

Sanggup

Ahli-ahli UMNO perlu cari pemimpin mereka yang sanggup bekerja tanpa ada agenda tersembunyi. Sebab itu pemimpin UMNO yang ada perlu berfikir di luar kotak untuk selesaikan masalah dalam rumah tangga UMNO sendiri.

Senario politik mutakhir menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih secara jelas menyatakan hasrat untuk mentadbir negara.

Dalam konteks ini menurut Abdul Razak, jika pemimpin tertinggi UMNO yakin kepada Perdana Menteri boleh meneruskan kepimpinan negara, mereka perlu akur dan bersikap terbuka dan proaktif untuk membantu Pak Lah menyusun pentadbiran parti.

“Langkah utama ialah duduk semeja tanpa prejudis memikirkan bagaimana hendak menumpukan kepada usaha-usaha pemulihan keyakinan rakyat dan ahli-ahli parti.

“Langkah kedua, kepentingan diri di kalangan ahli Majlis Tertinggi (MT) mesti ditolak ke tepi. Tidak ada guna memegang jawatan MT atau menteri jika kapal sudah hendak tenggelam,” kata Abdul Razak.

Oleh itu kata beliau, kesetiaan dan komitmen parti perlu diperkukuhkan. Pada tahap sekarang usaha menyusun langkah gagah dan menjenamakan semula parti juga perlu dilakukan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyatakan keputusan segera diperlukan untuk menghindar kesangsian kalangan ahli UMNO.

Elemen mengambil kesempatan dengan menangguk di air keruh perlu dielak. Ahli-ahli UMNO yang ikhlas dalam parti perlu bersama pemimpin parti untuk menyelesaikan masalah dan bukan mengeruhkan lagi suasana.

“UMNO perlu ditunjukkan kukuh supaya kesangsian ahli tidak bertambah bercelaru. Pak Lah mungkin menyedari kesilapan yang membawa kekalahan. Oleh itu buang kelemahan dan pandang ke hadapan dengan bertindak lebih proaktif,” kata Abdul Razak.

Tindakan menyalahkan satu sama lain atau menuding jari akan merugikan bangsa. Jika isu sekarang ialah survival Melayu, bagaimana ahli parti hendak bangsa Melayu survive dalam situasi politik yang tidak menentu sekarang.

Tindakan yang diambil oleh ahli UMNO mesti boleh membantu mewujudkan situasi memulihkan keyakinan ahli parti. Pemulihan boleh bermula dari cawangan dan bahagian UMNO untuk mencari pemimpin yang tulen, ikhlas, komited tanpa kepentingan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.