Archive for April 2012

default

Zaharim juak pencacai Ambiga & BERSIH dalam UMNO ??

on Sunday, April 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk2 BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan UMNO (Bahagian Bandar Tun Razak)...

Ini lahanat sebenar dalam perjuangan UMNO, siapa tahu detail tentang si bodoh gemuk-pendek ini sila email gua - masa untuk kita tamatkan karier politiknya sebelum menjadi barah lebih teruk dalam misi kita mempertahankan ALIF-BA-TA!!

sumber : leman de caprio





default

Wartawan Al Hijrah dibelasah perusuh gara-gara nak selamatkan polis..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah. Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

 Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi. Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.



 Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik. Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu. Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.



 Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya. Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

 Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu. Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’. 
darah berlumuran di kad medianya ..apa kata
peguam2 Pakatan bila penyokong mereka 
memukul wartawan tanpa belas kasihan ..


 Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu. Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

 Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan. Ketika artikel ini ditulis, Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 Terima kasih Bersih 3.0….




sumber : Mynewhub

default

Aishah mai Bersih 3.0 cari publisiti ?

on Saturday, April 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Apa tujuan penyanyi Janji Manismu , Aishah hadir ke demo ganas Bersih 3.0 hari ini ? Nak cari publisiti atau nak bertempur dengan polis ?

Adakah dia tahu demo Bersih ini cukup ganas dan mereka memang nak bertempur dengan polis ?

default

Live terkini ! Perusuh Bersih 3.0 lari bertempiaran di Jalan Petaling

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Gambar di bawah ini menujukkan pasukan Polis menghalau perusuh Bersih hingga di Jalan Petaling menuju Pasar Seni.

Mereka jelas masih tidak mahu berganjak lagi untuk pulang.

default

Warga emas Melayu diperkudakan Ambiga dan DAP ?#bersih

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Lihat la sendiri gambar warga emas Melayu yang hadir awal pagi lagi sanggup jadi barua kepada Ambiga dan DAP.

default

Live! Juak-juak Bersih mula serbu Masjid Jamek

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Jam 9 pagi - suasana di LRT Masjid Jamek mula dibanjiri juak-juak Ambiga berbaju kuning yang datang dari seluruh negara.

Mereka berada di tepi kaki lima Jalan Raja yang menuju ke Dataran Merdeka. Majoriti yang hadir awal pagi ini semuanya bangsa Melayu (juak khawarij Pas ) dan agak kurang dari kaum Cina dan India.

Seperti yang dijangka Penyokong tegar berasal dari Kelantan yang ramai .


default

Niat jahat BERSIH 3.0 dibongkarkan Zahrain

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Apakah niat jahat   BERSIH 3.0 nak diadakan hari ini oleh juak2 Ambiga dan pembangkang ?  Ramai yang tertipu dan terpukau dengan permainan mereka ini . Jom lihat video di bawah salah seorang pemimpin yang pernah bersama mereka mendedahkan niat jahat disebalik Bersih 3.0 ini

default

Panglima ATM berang kenyataan hasutan & fitnah oleh Nizar

on Friday, April 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tak habis-habis boneka komunis DAP iaitu   Nizar Jamaluddin melatah dan meroyan semenjak hilang kuasa setelah 11 bulan jadi Menteri Besar PAS,Perak.

Terbaru beliau   main sedap mulut tuduh di ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan kononya penglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) marah pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak setuju beliau meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

 Nizar mendakwa Perdana Menteri membuat permintaan itu semasa mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera. Hari ini pihak ATM telah bersuara dan cukup berang sekali dengan dakwaan fitnah berkenaan .


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan. 


 Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM. 


 Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

default

Agen perisik terhebat AS tersungkur di kaki pelacur Colombia ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

MEREKA telah disaring penuh teliti, malah ahli keluarga mereka juga ditemuramah terlebih dulu sebelum mereka diambil bekerja. Mereka memegang rahsia sulit berhubung soal keselamatan, dilatih menggunakan senjata dan berada hanya beberapa inci daripada pemimpin di negara paling berkuasa di dunia.



Ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) juga menjalani latihan sejak hari pertama bekerja untuk memastikan kejujuran, kebijaksanaan dan moral mereka berada pada tahap tertinggi. Bagaimanapun, imej kendiri, dedikasi dan keberanian ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia termasuk menggadaikan nyawa untuk presiden serta keluarganya serta pegawai-pegawai tertinggi AS itu hampir musnah dalam sekelip mata.

 Lebih mengejutkan, ia berpunca daripada seorang wanita. Semuanya bermula sehari sebelum kehadiran Presiden AS, Barrack Obama pada Sidang Kemuncak Benua Amerika yang berlangsung di Cartagena, Columbia pertengahan bulan lalu.

 Ketika itu, berlaku pertengkaran antara Dania Suarez, 24, dengan salah seorang ejen Perkhidmatan Rahsia di lobi Hotel Caribe yang bertaraf lima bintang. Dalam satu temuramah di Colombia, Suarez berkata, mereka berdua bertengkar kerana lelaki itu hanya membayar sebanyak RM90 bagi perkhidmatan seks yang diberikan.




Lalu, keadaan menjadi tegang sehingga pihak polis tempatan terpaksa campur tangan. Ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan berusia sembilan tahun itu berkata, dia sepatutnya dibayar sebanyak RM2,400. Faktor keselamatan Beberapa hari kemudian, Suarez memberitahu, kejadian itu telah tersebar di dalam akhbar. Apa yang lebih memeranjatkan, lelaki yang ditemuinya itu merupakan ejen Perkhidmatan Rahsia. "Saya sangat takut," katanya sambil menambah dia tidak mahu lelaki itu disoal siasat atau menerima hukuman, lapor akhbar Times.

 "Kejadian ini sangat besar. Ia melibatkan kerajaan AS. Saya dihantui kebimbangan. Saya menangis sepanjang masa," katanya meluahkan kebimbangan. Suarez dilaporkan telah meninggalkan bandar itu atas faktor keselamatan sebaik sahaja identiti dan wajahnya tersiar di media masa.

default

Pondan muda di Thailand nak jadi ahli politik ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BANGKOK: Seorang pondan mendapat tumpuan ramai di Thailand apabila mencatat sejarah sebagai orang yang pertama di kalangan golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai calon pilihan raya Wilayah Pentadbiran Nan.

 “Saya yakin pengalaman dan kemampuan saya akan berguna dalam pembangunan wilayah Nan,” kata Yonlada ‘Kirkkong’ Suanyos, 30, kelmarin. Walaupun dianggap sebagai muka baru dalam politik, Yonlada, sudah terkenal sebagai presiden Persatuan Wanita Trans Thailand. Sejak beberapa tahun lalu, Yonlada berkempen supaya diberi hak untuk berpolitik.

Selain itu dia turut memiliki perniagaan barang kemas sendiri selain mengendalikan stesen televisyen satelit. Tahun lalu, Yonlada dinamakan oleh pertubuhan media sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam di kalangan masyarakat Thailand.

 “Saya percaya golongan pondan dan golongan homoseksual akan memberi sokongan kepada saya,” katanya. Selepas menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 16 tahun, Yonlada adalah wanita secara fizikalnya tetapi dokumen rasmi masih menggelarnya lelaki. Beberapa personaliti hiburan turut menyokong kempen Yonlada untuk jawatan kaunselor Nan. Penyelaras projek bagi Yayasan M Plus, Pongthorn Chalearn, berkata kehadiran Yonlada dalam pilihan raya di Nan akan meningkatkan kepelbagaian politik. “Sudah lama lelaki menguasai politik negara ini.

Yonlada mempunyai peluang baik untuk menang kerana mendapat sokongan padu di utara wilayah itu. Ibunya pernah menjadi ketua komuniti Ban Suan Tan,” katanya. Yonlada bertanding sebagai calon nombor satu di bahagian pilihan raya satu di Tambon NaiWiang. Pencabarnya ialah Pawat Sattayawong and Suchart Jitbanjong, kedua-duanya lelaki. – Agensi


** Itu yang NGO dan banyak pihak menentang LGBT , takut benda-benda macam ni jadi la ..

default

Muhyiddin londehkan pembohongan Guan Eng terhadap rakyat PP

on Thursday, April 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment








Selepas DS Najib Tun Razak tibai ketua regim DAP ini di Nibong Tebal hujung minggu lalu , kini giliran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pulak londehkan pulak pembohongan Ketua Menteri yang kuat bohong in.

Muhyiddin mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng, membuktikan dakwaan kononnya beliau membangunkan negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan di Pulau Pinang. Katanya, dakwaan Lim kononnya membawa pelaburan asing adalah satu pembohongan kerana usaha membawa pelabur asing tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sumbangan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa serta agensi-agensinya.


"Dia (Lim) kata selepas sebulan menjadi Ketua Menteri sudah membawa sejumlah pelaburan yang besar, jadi saya mahu beliau buktikan dakwaan itu kerana semua itu adalah hasil Kerajaan Pusat dan kerajaan terdahulu."

Apa yang ada sekarang ini di Pulau Pinang juga adalah sumbangan kerajaan terdahulu, kita juga mahu tahu apa yang beliau telah sumbangkan terutama dalam membantu kos sara hidup rakyat di negeri ini yang semakin meningkat," katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini. Turut sama pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen; dan pemimpin komponen parti BN.

Muhyiddin berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya "menengek" dengan apa yang diusahakan dan dilaksanakan di negeri ini. "Beliau 'menengek' sahaja, buat sikit-sikit sahaja, oklah kerana semua sudah ada," katanya.


Katanya, Kerajaan Pusat sudah memberi sumbangan kepada rakyat Pulau Pinang lebih daripada apa yang diberikan oleh kerajaan negeri. "Kalau kerajaan negeri beri RM100, kita sudah beri lebih daripada itu," katanya. Sehubungan itu, beliau mengesa rakyat Pulau Pinang untuk melihat masa depan yang lebih baik dan menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau meminta pengundi kawasan Parlimen Bayan Baru mengembalikan kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen itu kepada BN demi kebaikan dan masa depan mereka.


- Posted using BlogPress from my iPad

default

KJ berjaya sekolahkan Ambiga dalam debat pilihanraya

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Jika tidak kerana penyokong-penyokongnya menguasai dewan Kelab Bukit Utama,dekat Kuala Lumpur  Rabu malam , Datuk S.Ambiga boleh malu apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjaya 'screw'  bos Bersih 3.0 itu dalam debat mereka berhubung pembaharuan sistem pilihan raya.
Sebagai peguam dan pernah menerajui Majlis Peguam, Ambiga hanya mampu berhujah cari segala hal kecil dan remeh untuk menyalahkan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) dan mendesak pilihanraya ditangguhkan selagi proses membersihkan senarai pemilih gagal dilaksanakan.
Selain menuntut kesemua lapan cadangan hasil perhimpunan haram Bersih 2.0 tahun lalu,  Ambiga turut membangkitkan penyalahgunaan kad pengenalan berkaitan gender dan alamat.
Isu undi pos turut dijadikan modal namun Khairy yang tampil cool sepanjang debat cukup bersedia dengan maklumat dan angka-angka bagi mematahkan hujah serta tuduhan Ambiga terhadap SPR.

Beliau tidak mempersoalkan hak Ambiga dan Bersih membangkitkan isu berkaitan SPR, tetapi adalah tidak wajar katanya rakyat diheret sama di jalanan sedangkan kerajaan masih meneruskan reformasi bagi penambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.

kj-ambiga-pc
Lagu lama mengkritik SPR oleh Ambiga hanya dapat sokongan pengikut beliau yang menguasai dewan kelab.Sewaktu majlis dibuka kepada penonton bertanya, beberapa orang pengikut Bersih menguasai soalan.
Malah, satu ketika seorang daripada mereka merampas mikrofon kerana mahu bertanya lebih panjang sedangkan masa diperuntukkan cuma 30 saat sahaja.
Daripada kira-kira 1,500 penonton dengan kira-kira 200 orang di luar dewan yang mengikuti debat satu sentengah jam itu menerusi skrin besar, hampir 1,000 orang adalah penyokong Ambiga.
Walaupun diasak pelbagai soalan, Khairy dapat menjawab dengan fakta dan angka menyebabkan Ambiga dan mereka yang bertanya terpaksa akur bahawa dakwaan mereka terhadap SPR bukan semuanya  tepat.

kj-ambiga3-debat
Ambiga juga tidak ada point baru selepas Khairy berjaya mematahkan hujah dan dakwaannya terutama isu kira-kira 42,000 pengundi yang belum dapat dibersihkan SPR dan isu undi pos.
Menariknya, Khairy mempelawa Ambiga berjumpa dan berbincang dengan SPR bukannya dan membuat macam-macam dakwaan terhadap suruhanjaya itu menerusi sidang media sahaja.
Walaupun, pada awalnya Ambiga berkeras menyalahkan dan menyatakan rasa tidak percayanya kepada SPR, Khairy dapat menyakinkan peguam itu untuk berjumpa dan berbincang dengan SPR.
Ditemui Agendadaily selepas debat itu, Khairy berkata, debat itu berjaya membuat Ambiga mengakui bahawa pendiriannya tidak mempercayai SPR, ‘lebur’ dengan debat malam tadi.

kj-ambiga-kecoh
“Akhirnya beliau mengakui dan sedia duduk bersama dengan SPR. Ini satu kemajuan yang dia mengakui bahawa pendirian beliau yang tidak percaya pada SPR dan minta pegawai SPR letak jawatan adalah tidak munasabah,” katanya.
Katanya, rakyat dan penyokong tahu bahawa semua angka disebuat Bersih tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada penjelasan yang semua harus dengar terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna kedegilan Bersih 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka juga pada Sabtu ini batal dengan pendirian lembut Ambiga terhadap SPR.
Ambiga menegaskan Bersih 3.0 tetap ke Dataran Merdeka walaupun di tawarkan lokasi baru di Stadium Merdeka.

kj-ambiga-salam
Beliau beri alasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru memaklumkan lokasi itu sedangkan perhimpunan itu hanya tinggal dua hari sahaja lagi.

Kononnya jika tukar lokasi ia akan mengelirukan mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu.
Barangkali kerana kedegilan itu juga, Ambiga terpaksa merah telinga ketika mahu meninggalkan majlis itu apabila bergema jeritan TIBAI...TIBAI...TIBAI oleh beberapa penonton yang mungkin juga nak lepas geram kerana memikirkan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya mainan politik pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebab itu ketika debat Khairy berkata, ianya bukan soal Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka tetapi soal pilihanraya yang adil dan bersih.
Hakikatnya malam tadi menyaksikan Ambiga hanya menang sorak sebaliknya Khairy walaupun batuk-batuk masih mampu berhujah dengan berjaya dan mematahkan pandangan buruk Ambiga dan Bersih terhadap SPR selama ini.- 26/4/2012- AGENDA DAILY 

default

Shila anggap tarian ghairahnya tak keterlaluan.

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








SEJAK akhir-akhir ini, anak dara penyanyi ND Lala, semakin dihujani kontroversi. Terbaru, tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini. Malah aksinya itu turut dikecam dalam sebuah akhbar mingguan.

 Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.





 “Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius. “Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu.


 Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu. Jelas Shila, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.

 “Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.

 “Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.


Komen GPB

Bukan masalah menari itu rasanya yang ramai tak suka  ...tapi punggung besar hang tu yang buat orang geram ditambah  aksi menari lagi  ... .hahaha...




default

Taktik China Doll untuk tinggal lama di Malaysia dibongkarkan !

on Wednesday, April 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Wanita warga China yang masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), tukang urut ataupun menjalankan aktiviti pelacuran, kini semakin bijak dan tidak lagi menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini, sebaliknya mereka mendapatkan pas jangka panjang melalui perkahwinan dengan lelaki tempatan.


Taktik berkenaan dikesan pihak imigresen dalam Ops 6P di beberapa pusat refleksologi dalam pusat beli-belah di Bandar Baru Sri Petaling, di sini, malam kelmarin.



Serbuan yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu menahan seorang lelaki dan 13 wanita warga China termasuk empat daripadanya pemegang pas lawatan sosial jangka panjang.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata hasil pemeriksaan di beberapa pusat urut terbabit, pihaknya mendapati semua yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sebagai pelancong dengan bekerja sebagai tukang urut.

“Kita juga mengesan empat daripada wanita terbabit yang mempunyai pas lawatan sosial jangka panjang (isteri kepada warga tempatan) dan mereka turut kami tahan kerana melanggar syarat pas yang tidak membolehkan mereka bekerja.

“Pihak imigresen mengesyaki keempat-empat wanita terbabit hanya menggunakan pas berkenaan bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini iaitu untuk tempoh lima tahun. Kita akan siasat perkara ini termasuk mengesan suami wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, perkara terbabit bukannya baru dan berdasarkan rekod serta beberapa tangkapan sebelum ini, siasatan mendapati kebanyakan wanita asing terutamanya warga China mendapatkan pas jangka panjang itu bertujuan untuk bekerja Malaysia.

Katanya, semua mereka kini ditahan selama 14 hari dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963.

“Dalam Program 6P di peringkat ke-5 ini iaitu penguatkuasaan, kita akan menjalankan pemeriksaan di empat daerah iaitu Brickfields, Dang Wangi, Cheras dan Sentul bersama-sama dengan agensi lain untuk menangkap warga asing yang berada di negara ini selepas tempoh pengampunan dan pemutihan berakhir 10 April lalu.

“Sejak tempoh berkenaan tamat, kita sudah menahan 399 warga asing dan tindakan ini akan dijalankan secara berterusan termasuk operasi bersepadu pada setiap minggu,” katanya

default

Anwar bakal melakukan pembohongan lagi kepada rakyat ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bakal melakukan pembohongan besar apabila mendakwa ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menyertai beliau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar bakal mengulangi pembohongan besar yang beliau lakukan pada 16 September 2008 kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan berikutan penghijrahan ramai wakil rakyat BN, walhal perkara tersebut tidak berlaku sehingga sekarang.

 Muhyiddin berkata, kenyataan Anwar tersebut tidak lebih untuk menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan besar sehingga sanggup melakukan pembohongan demi pembohongan. "Apakah rakyat masih nak terpedaya dengan kenyataan Anwar Ibrahim tentang hal itu?

Dia fikir kalau ada orang kita nak duduk dekat sebelah dia bercakap, nak masuk ikut dialah. "Pemimpin-pemimpin utama BN tahu lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, baik di Sabah, Kelantan, Sarawak sokongan meningkat dan jelas terbukti memang rakyat mahukan pimpinan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN

default

Nama Zahida Rafik semakin panas dan meletup !

on Tuesday, April 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.

Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.

Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”

Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?

Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”

Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”

Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.

Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”

Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya.

Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.

default

Chang Yeow dah sedia gempur regim DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang baru, Teng Chang Yeow yakin akan dapat memenangi semula sokongan rakyat di negeri ini terhadap BN.

Chang Yeow berkata, walaupun tugas berkenaan dilihat sukar dan penuh cabaran namun dia akan sedaya upaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada BN.

"Saya bukan sahaja kena berhadapan degan Ketua Menteri,Lim Guan Eng malah saya juga perlu berdepan dengan parti pembangkang yang lain.

"Namun cabaran itu akan ditempuh bersama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional yang lain agar kami dapat semula mentadbir negeri ini,"katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Kerja BN disini semalam.

Dalam pada itu, Chang Yeow berkata,hanya beberapa perubahan kecil sahaja yang akan dilakukan didalam jawatankuasa kerja BN memandangkan jawatankuasa sedia ada yang dipimpin oleh Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan telah mantap dan mempunyai semangat pasukan yang kukuh.

Menurutnya,beberapa jawatankuasa kerja baru akan ditubuhkan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Apa yang saya akan lakukan adalah memperjelaskan lagi skop tugas jawatankauasa kerja supaya kerja-kerja lain dan peranan-peranan lain akan dapat diperkukuhkan misalnya dari segi publisiti dan teknologi maklumat.

"Perkara ini akan diberi perhatian oleh jawatankuasa ini agar kita dapat memberikan tumpuan yang jelas terhadap setiap perkara terutamanya dalam menghadapi pilihanraya," katanya.


Komen GPB

Bakal CM baru P.Pinang dah sedia untuk berdepan Guan Eng dan regim DAP

default

Ramai puji rekabentuk Proton Preve , 2800 sudah ditempah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PROTON Holdings Bhd, yang melancarkan model global pertama Proton Prev baru-baru ini sudah menerima 2,800 tempahan dan kini bersedia untuk memasarkan kereta itu di Indonesia dan Thailand pada pertengahan tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sejak dilancarkan, ia mendapat sambutan amat menggalakkan dan pihaknya merekodkan tempahan sebanyak 2,800 unit.

“Ramai yang berpuas hati terhadap reka bentuknya dan ini memberikan kami keyakinan bahawa Proton Prev dapat menembusi pasaran domestik dan InsyaAllah ia akan berada dalam pasaran luar negara menjelang pertengahan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada pelancaran bilik pameran baru Proton di Jalan Ampang, kelmarin.

 “Kami akan mulakan dengan Indonesia dan Thailand dan menjelang akhir tahun kami akan memasarkannya di Australia pula. Inilah strategi kami dalam memastikan ia dipasarkan di Malaysia sebelum ke luar negara,” katanya. Syed Zainal yakin Proton dapat mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 4,000 unit Proton Prev.

 “Saya yakin kami dapat mencapai sasaran itu. Namun, kami mesti mendapat kerjasama daripada institusi kewangan bagi memberi pinjaman kepada mereka yang mahu membeli kereta. Setakat ini, kami memperoleh kerjasama daripada institusi kewangan untuk tujuan itu,” katanya. Syed Zainal juga berkata kira-kira RM2.5 juta dibelanjakan untuk menaik taraf bilik pameran Jalan Ampang kepada bilik pameran platinum.

Reka bentuk moden bilik pameran itu dengan muka bangunan menyerong dan dinding tanpa cermin, sinonim dengan gaya baru bilik pameran Platinum Proton di Mutiara Damansara. Beliau berkata bilik pameran itu penting memandangkan ia terletak berdekatan kebanyakan kedutaan dan oleh itu ia mesti berkualiti dan mencerminkan ciri-ciri Proton. Beliau juga berkata ubah suai bilik pameran itu adalah sebahagian pelan penyepaduan Proton yang diputuskan dua hingga tiga tahun lalu bagi memastikan kepuasan pelanggan. - Bernama

default

Anggota Tentera rebah semasa perbarisan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments



Demi Negara & Tugas .. seorang anggota tentera  dari RAMD telah rebah jatuh semasa perbarisan Istiadat Pembukaan Sidang DUN Negeri Sembilan .

 Memang kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan sama sekali di waktu seperti ini  . Hal ini kerana potensi untuk seseorang itu  pitam dan pengsan semasa berdiri memang  boleh berlaku .

Apapun ...GPB tabik kepada anggota kita yang rebah ini , atas nama negara dan tugas diamanahkan  beliau sanggup berdiri tegak sehingga jatuh rebah ke bumi ...






default

Bola yang hilang semasa Tsunami di Jepun dijumpai dekat Alaska

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebiji bola sepak dibawa tsunami, yang melanda Jepun Mac tahun lalu, sehingga ke perairan Alaska, akan dipulangkan kepada pemiliknya - seorang remaja berusia 16 tahun. Nama remaja itu, Misaki Murakami terdapat pada bola tersebut, yang dihadiahkan kepadanya tujuh tahun lalu. Kawasan timur Jepun dilanda malapetaka berganda - gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac. Bola itu ditemui oleh David Baxter lebih setahun selepas tsunami di Middleton Island, Alaksa.

 Pulau itu terletak kira-kira 112 kilometer dari tanah besar. Murakami dipetik media Jepun berkata, dia gembira kerana memang bola itu adalah miliknya.

 "Saya sangat gembira memandangkan saya tidak menemui apa-apa barang milik saya sehingga sekarang," katanya kepada stesen TBS semalam. Murakami tinggal di bandar Rikuzen-takata, yang teruk dilansa tsunami. Laporan BBC dan AP menyebut, pada hari kejadian, dia jatuh sakit dan hanya berada di rumah. Bagaimanapun dia berjaya melarikan diri ke kawasan tinggi apabila gemba bumi melanda, katanya dipetik Kyodo. Rumahnya turut dilarikan arus tsunami. Bola itu dihadiahkan oleh rakan sekelasnya pada 2005 apabila dia berpindah sekolah.

 Ia ditemui oleh warga Amerika Syarikat, David Baxter di kawasan pantai di Middleton Island. Menurut agensi NOAA, isteri Baxter, seorang rakyat Jepun, telah menterjemahkan tulisan pada bola itu termasuk nama sebuah sekolah dan mesej "semoga berjaya".

 Katanya, "kemungkinan ini peluang pertama sejak tsunami Mac 2011, sisa yang dibawa dari Jepun telah dikenal pasti dan boleh dipulangkan kepada pemiliknya." Pasangan itu dikatakan membuat perancangan untuk menyerahkan bola itu kepada Murakami.

Mereka juga ada menemui bola tampar tetapi tidak dapat dikesan pemiliknya. NOAA memantau sisa-sisa yang bergerak dari Jepun sejak tahun lalu. Bot Ryou-Un Maru, dari pulau Hokkaido, Jepun, juga dibawa tsunami sehingga Alaska

default

TIBAI bakal jadi penghalang Anwar Ibrahim jadi PM

on Monday, April 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Lebih 3,000 orang menghadiri pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di sini malam ini, yang dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.Ia diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip sebagai Mursyidul Am TIBAI manakala seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura dan mereka akan menggerakkan segala usaha bagi memastikan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri dihalang.

Mereka yang dijemput menyampaikan ceramah sempena pelancaran tersebut ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Ibrahim berkata, rakyat negara ini wajib menolak dan menggagalkan cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja menghadapi masalah moral yang kronik tetapi semakin jauh tersesat dalam perjuangannya.Kata beliau, Anwar juga mendokong fahaman pluralisme agama selain menyokong keselamatan Israel."

Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam.

HSaya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau."

Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar,"

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, rakyat perlu berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat keputusan tepat memecat Anwar, kerana kini terbukti segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu adalah benar.Menurutnya, jika Dr. Mahathir tidak memecat Anwar pada tahun 1998 dan sekarang negara ditadbir oleh beliau, Malaysia mungkin menerima nasib serupa sebagaimana dialami beberapa negara Arab yang kini musnah satu persatu akibat percaturan politik golongan Yahudi."


Dakwaan pemecatannya itu satu konspirasi tidak berasas, orang yang membawa masuk dan menaikkan Anwar adalah Dr. Mahathir, beliau merupakan pemimpin kesayangan Dr. Mahathir pada ketika itu tetapi pemecatan terpaksa dibuat kerana Anwar dikaitkan dengan masalah moral," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

default

Guan Eng terkedu rakyat Nibong Tebal dapat hadiah dari Najib !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk projek pembangunan di kawasan Parlimen Nibong Tebal demi memastikan keselesaan dan kemudahan untuk penduduk di kawasan itu.

 Perdana Menteri berkata kerajaan BN akan buat yang terbaik untuk membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat. "Rakyat mesti kita bela, mesti kita dahulukan," katanya dalam ucapan pada majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Simpang Tiga, Sungai Acheh di Nibong Tebal hari ini yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

 Peruntukan itu bagi pembinaan sebuah dewan orang ramai bernilai RM3 juta, mengecat semula pangsapuri (RM2 juta), membaik pulih rumah di perkampungan kaum India dan perkampungan Cina (RM2 juta) dan membina semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amin (RM1.5 juta). Najib berkata BN merupakan sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan dan membela rakyat bagi memastikan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup selesa dan harmoni.

 "Kerajaan BN adalah kerajaan yang konsisten, saya tidak kata kita sempurna dalam segala-galanya, kita juga ada kelemahan tetapi kecil, bagaimanapun jasa kita sejak dulu lagi terlalu banyak membawa kepada perubahan kepada landskap setiap keluarga di Malaysia," katanya. Beliau berkata dasar dan prinsip perjuangan BN adalah berlaku adil terhadap semua kaum.

 Selain itu, Perdana menteri berkata beberapa perancangan pembangunan juga sedang dirangka bagi Malaysia mencapai ststus negara maju di masa hadapan dan satunya daripada perancangan itu adalah menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pembangunan pertumbuhan ekonomi negara.

 "Dalam perancangan baru, kita lihat bandar-bandar besar adalah nadi pertumbuhan ekonomi negara, ada tiga pusat lain termasuk Pulau Pinang yang akan dijadikan hab pembangunan negara.

 "Kita akan masukkan ini dalam manifesto BN (bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang), janji kita Pulau Pinang akan jadi satu lagi hab utama negara dengan beberapa perancangan yang akan dihuraikan nanti," katanya. Dalam pada itu, Najib turut menjawab tohmahan pengkritik politik yang mengatakan BN tidak berubah:"BN sanggup lakukan perubahan dan kita mampu untuk berubah". - Bernama

default

Tanda salib di surau IPD Pendang ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


GPB yakin kalau sesiapa melihat tingkap surau berkenaan , pasti akan nampak lambang salib Kristian .  Memang wajar sekali perkara ini ditegur kerana ia berada pulak  di bangunan surau IPD Pendang .

Kalau pasukan Real Madrid pun sudah buang lambang salib di logo mereka, tak kan orang Islam yang mungkin menjadi kontraktor membina IPD ini tak mahu tukar yang lain kot .

default

Kisah benar ! Unit Amal PAS merajuk , diperlekehkan mahasewel

on Sunday, April 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Padan muka punya unit amal PAS . Nak pertahan sangat geng mahasewel gila ni ..hahaha . Sekarang amik la habuan dihina oleh puak-puak ni .

 Depa mana nak ikut cara Islam ..kalau ikut , depa tak kalung la bunga kematian di gambar Najib dan Khaled Nordin .

Mahasewel yang berkepala botak di atas ini pun relaks je   hisap rokok dan berpakaian macam tak cukup kain ini  kat situ atas nama hak asasi dan occupy dataran .





default

Live ! Najib umumkan Pengerusi BN baru P.Pinang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebentar tadi PM DS Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengumumkan kepimpinan baru BN PP yang akan diketuai oleh Setiausaha Agung GERAKAN Teng Chang Yeow bagi menggantikan TS Koh Tsu Koon .

Ia diumumkan dihadapan 5 ribu jentera BN P.Pinang di dewan Bukit Jawi Golf Resort.Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini.

 "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

 "Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini,” katanya.




default

Bayangkan airport Malaysia buat seperti ini ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Bayangkan kalau pihak berkuasa di lapangan terbang KLIA buat macam ni , GPB rasa puluh ribu lelaki hidung belang beratur  untuk temuduga jawatan ini ...hahaha.. yang tua dah  pencen pun  nak mohon nak  kerja lagi  ..


Negara mana la yang buat pemeriksaan seperti ini ...  mesti la negara  cukup  kuat pegangan LGBT & hak asasi mereka .   Mana tidaknya , nak buka baju dibenarkan   hingga mendedahkan bukit yang ranum di depan orang ramai .






default

RM 3.2 juta wang rakyat telah dibazirkan Guan Eng ?

on Saturday, April 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ini sifat hakiki regim DAP . Dulu mereka sering  menuduh BN membazir wang rakyat semasa memerintah dulu di P.Pinang ,tapi hari  ini Guan Eng sendiri yang selalu menjerit kerajaan Pakatan berjaya  jimatkan  wang rakyat .

CAKAP TAK SERUPA BIKIN BETUL APEK NI ........



Gerakan hari ini membidas kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Tindakan itu dianggap membazir kerana ia dikatakan masih belum diluluskan sedangkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dan Bagan Ajam.

 Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk orang ramai terlebih dahulu mengenai pelan tersebut dan menunggu kelulusan sebelum melantik mana-mana perunding. “Kerajaan negeri sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat bagi pembinaan terowong dasar laut.

 “Sepatutnya mereka mendapatkan pandangan orang ramai mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sehingga diluluskan terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pelan tersebut dipamerkan di tempat awam mulai Isnin lalu sehingga 28 April ini bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.




default

Penyerang Arsenal pun lakukan transformasi ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





ROBIN van Persie mengakui dia tidak begitu yakin mampu beraksi sebagai penyerang utama tetapi kini percaya mampu menjadi lebih berbahaya di depan gol.

Kapten Arsenal, Van Persie kini menjadi antara penyerang paling digeruni dunia dan dijangka mencapai angka 40 jaringan untuk kelab dan negara�nya musim ini.

Bintang Belanda berusia 28 tahun itu hanya mula mengetuai jentera serangan Gunners hampir tiga tahun lalu selepas pengurus, Arsene Wenger menjual Emmanuel Adebayor ke Manchester City.

Sebelum itu, Van Persie beraksi sebagai penyerang kedua, tugas yang sering disandang rakan senegaranya, Dennis Bergkamp di kelab itu.


“Itulah perancangannya sejak hari pertama,” kata Van Persie.

“Saya tidak pernah terfikir akan menjadi penyerang utama. Saya tidak pernah menggalas tugas itu sebelum ini. Saya pernah bermain di posisi itu beberapa kali ketika remaja tetapi ia bukan sesuatu yang istimewa.

“Kami hanya mencubanya selepas Adebayor meninggalkan kelab ini,”katanya.

“Pengurus tidak mencari pemain lain kerana yakin saya mampu melakukannya.

“Saya langsung tidak yakin mengenai tugas itu. Saya tidak pasti kerana saya jarang bermain di posisi ini.

“Kemudiannya dalam kempen pra-musim, kami mempunyai perlawanan menentang Inter MIlan. Saya bermain dengan baik dan menjaringkan gol kedua dan beliau memberitahu saya semua yang dirancang akan menjadi.

“Itulah langkah pertama untuk menjadi penyerang utama.

“Kadang kala anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda tidak bagus di posisi itu. Jawapannya hanya datang kemudian.

“Saya kini yakin mampu beraksi sebagai penyerang utama. Saya tidak tahu dan kini percaya. Lihat saja ke mana akhirnya. Lihat bagaimana saya boleh memaksa diri untuk mencapai peringkat maksimum.”

Kehebatan Van Persie menjadikannya pilihan utama untuk bergelar Pemain Tahunan PFA, Ahad ini.

Dia juga menjadi antara penyerang yang mendapat tumpuan dunia dengan kelab seperti City, Barcelona dan Real Madrid turut dikaitkan dengannya.

Van Persie hanya mempunyai baki setahun daripada kontraknya di Arsenal dan mengakui tidak akan membuat keputusan mengenai masa depannya sehingga akhir musim ini.

Penyokong Gunners pastinya khuatir mengenai kehadirannya di hotel pasukan Barcelona menjelang perlawanan Catalan menentang Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dia dilihat berbual dengan pemain senegara, Ibrahim Afellay dan mungkin bertemu dengan bekas rakan sepasukannya di Gunners, Cesc Fabregas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.