..

..
Archive for February 2015

default

BN TAK TANDING PRK CHEMPAKA , FOKUS PEMULIHAN BANJIR

on Wednesday, February 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Menurut ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan keputusan bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Cempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.

default

KES LIWAT ANWAR : JANGAN RAYU NEGARA ASING MENCABULI KEDAULATAN MALAYSIA @KhairyKJ

on Thursday, February 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




 Pergerakan Pemuda UMNO menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara sekali gus mengundang kepada langkah mencabuli kedaulatan Malaysia.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga tidak boleh menerima situasi dimana kes yang dibicara oleh mahkamah di Malaysia menjadi sebahagian daripada dasar dua hala Malaysia dan Amerika.

"Sebarang usaha untuk kes Anwar Ibrahim dijadikan 'bilateral issue' oleh kerajaan Amerika akan dianggap sebagai usaha mencampur tangan dalam isu dalaman kami dan mencabuli kedaulatan Malaysia.

"Kami juga berharap tiada rakyat Malaysia yang akan mendesak mana-mana kerajaan luar untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia dalam kes ini," katanya dalam kenyataan media di dalam laman sosialnya, di sini hari ini.


Khairy mengulas petisyen yang diwujudkan di laman web White House bagi mendesak Kerajaan Amerika Syarikat untuk meletakkan kebebasan Anwar Ibrahim sebagai dasar utama hubungan dua hala antara Amerika dan Malaysia.

Petisyen tersebut dimulakan oleh bekas Duta Besar Amerika ke Malaysia, John Mallot dan hanya boleh ditandatangani warganegara Amerika sahaja.

Kata Khairy, walaupun petisyen tersebut tidak boleh dihalang kerana ia merupakan amalan demokrasi di Amerika, pihaknya menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.

"Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim tidak disekat untuk memberi sokongan kepada beliau di mahkamah dan di depan Penjara Sungai Buloh.

"Parti-parti politik yang menyokong Anwar Ibrahim bebas untuk bertanding pilihanraya akan datang. Ruang bersuara dan pentas demokrasi sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menjuarai isu Anwar Ibrahim.
"Tetapi jangan sesekali meminta campur tangan kerajaan asing dan mencabuli maruah, kebebasan dan kedaulatan negara kita," katanya.


default

KENYATAAN UMNO P.PINANG ISU ANWAR DIPENJARA 5 TAHUN @dzainalabidin @NajibRazak

on Tuesday, February 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



1. Kes liwat antara Dato Seri Anwar yang di bawa oleh bekas pembantunya yang berlangsung selama 7 tahun telah berakhir. Beliau telah diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dan beliau telah menggunakan semua ruang yang tersedia untuknya dalam sistem Kehakiman negara.

2. Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan Anwar bersalah seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. Kita berharap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah.

3. Dengan keputusan penjara 5 tahun, Ahli Parlimen Permatang Pauh telah hilang kelayakan dan akan menyebabkan kekosongan di kerusi Parlimen Permatang Pauh; dan pilihanraya kecil perlu diadakan untuk memilih seorang Ahli Parlimen yang baru.

4. UMNO Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah perlu dalam mengadakan persiapan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya PRK di Permatang Pauh sejak Mahkamah Rayuan  memutuskan pada tahun lalu yang Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Berikutan dengan perkembangan terkini, UMNO dan BN Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh akan terus meningkatkan persiapan dan persediaan jentera parti untuk menghadapi PRK P44.

5. Kita perlu menunggu kenyataan rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum membincangkan perkara-perkara lain susulan daripadanya.


YBhg Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Selasa, 10 Februari 2015

default

Terkini ! Tian Chua ditahan polis kerana hasut rempuh Istana Kehakiman

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Tian Chua ditahan polis kerana menghasut penyokong2 Anwar merempuh pagar halangan untuk masuk Istana Kehakiman melalui jalan belakang.






default

Terkini ! Kehadiran Macai Rakyat Hakim Negara di mahkamah memalukan Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Keadaan terkini di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya .

Kelihatan Macai Rakyat Hakim Negara sedang berkumpul di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan kepada DSAI.

Kehadiran dianggarkan sekitar 800 orang







default

HASIL KETEGASAN BOIKOT PENIAGA , HARGA BARANG MULA TURUN ! @IsmailSabri60

on Monday, February 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hasil saranan yang dimulakan Menteri DS Ismail Sabri yang gesa boikot peniaga tidak mahu turun harga .. hari ini kesannya di dada akhbar  ia boleh diturunkan dengan kuasa dan hak pengguna.

Rasis ka desak turun harga barang ?

Siapa yang untung ? Sudah tentunya rakyat bukan Ismail Sabri ..

MCA patut malu kerana mempolemik isu turun harga barang  ini kepada perkauman ..





default

BILA USTAZ KAZIM DEDAH RAHSIA JACKIE CHAN SUKA SONGKOK DIPAKAINYA

on Wednesday, February 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kuala Lumpur: “Jackie ada maklumkan kepada saya, dia teruja memakai songkok dan bersungguh-sungguh mahu tahu mengapa perlu memakainya.

“Saya terangkan kepadanya, ia antara prosedur ketika menerima pingat kebesaran di negara ini,” kata penceramah bebas , Datuk Mohammad Kazim Elias yang berkongsi pengalamannya beramah mesra dengan pelakon antarabangsa, Datuk Jackie Chan pada Ahad lalu.

Ketika itu, Mohammad Kazim atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim dan Jackie dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), membawa gelaran Datuk dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohammad Kazim, Jackie tiba pada 8.45 dan duduk di sebelahnya.
“Kami sempat berbual dan beramah mesra kira-kira 20 minit. Dia kagum melihat suasana di dalam istana dan saya turut jelaskan beberapa perkara termasuk barangan yang terdapat di sini (istana) untuk pengetahuannya.
“Saya akan ingat sampai bila-bila apabila dia menegur tali kasut saya terbuka ketika tiba giliran kami untuk menerima pingat. Dia seorang yang baik hati, mudah mesra dan tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, Jackie memaklumkan, dia bangga dan tidak menyangka dapat menjejakkan kaki di Istana Negara selain dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk.

“Jackie sempat memberitahu, dia bakal berlakon filem baru bersama pelakon Bollywood pada April ini,” katanya.
Menurutnya, ketika berbual-bual dengan rakan dari China sebelum ini, dia dimaklumkan bahawa Jackie adalah seorang dermawan.

Katanya, antara yang diberitahu, Jackie individu terawal membantu mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004 dengan memberi sumbangan tertentu.

“Ramai yang mempertikai dia mendapat gelaran Datuk. Itu hak kerajaan negara ini kerana mungkin Jackie seorang yang dermawan tanpa rakyat Malaysia tahu,” katanya.

Difahamkan, Jackie turut mempunyai yayasan atas namanya yang memberi sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Malaysia.

Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie dikatakan membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit selepas meninggal dunia.
Berdasarkan laporan Forbes pula, Jackie tersenarai antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal, malah sumbangannya mencecah jutaan ringgit kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan miskin

default

SEBAB POLICE STORY 3 POPULARKAN KL , JACKIE CHAN DAPAT DATUK

on Tuesday, February 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor hari ini membela pelakon antarabangsa   Jackie Chan   yang menerima pingat yang membawa gelaran Datuk semalam.

Jackie Chan telah memberikan sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya menerusi filem popularnya, "'Police Story 3' pada tahun 1992 selain memiliki bilangan peminat yang ramai di sini, katanya.

"Jackie Chan adalah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan boleh menaikkan nama Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya, kerana itu dia layak menerima anugerah ini," kata Tengku Adnan.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitternya itu dibuat susulan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya.

Jackie Chan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.