Archive for June 2014

default

TUDIA !! TUN M NAK KELUARKAN MODEL BARU PROTON SAGA 3 TAHUN DEPAN !!

on Saturday, June 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai ‘Saga 3’ bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.
Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.
Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. 
Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.
Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely. sumber 

default

PEMBORONG DIESEL KEBAL , KPDNKK TAKUT UNTUK SIASAT ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB tertarik pendedahan UTUSAN  hari ini   mengenai persoalan mengapa pemborong berlesen diesel tidak disiasat dan diaudit ?

Adakah mereka ini KEBAL ??  Setakat ikan bilis je OPS Titik  ini ditangkap , tak beri kudis pun kepada penyangak diesel ini .

Apa yang kita bimbang ialah lesen mereka dapat untuk simpan  diesel  ini akan  disalahgunakan.



Sebenarnya kebanyakkan tauke2 pemborong diesel  ini dikuasai ultrakiasu  . 

Contohnya ,  terdapat  sebuah syarikat GLC yang ternama  di mana   syarikat supplier diesel untuk syarikatnya  hanya dari seorang tauke  ultrakiasu  . Menariknya   beliau menggunakan pelbagai nama syarikat  untuk control  menjual diesel industri ini kepada syarikat GLC ini . 

Bayangkan kalau mereka ini  dapat diesel subsidi dari sindekit dan jual pulak   kepada industri ???  





Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat aktif untuk membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi namun kementerian tersebut dilihat masih belum menyentuh isu pokok yang memungkinkan gejala itu berlaku.

Satu sumber berkata, sehingga ke hari ini KPDNKK dilihat masih belum melakukan sebarang pengauditan terhadap pemborong-pemborong yang sebelum ini didakwa sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam sindiket penyelewengan bahan bakar tersebut.

"Kita masih ternanti-nanti tindakan KPDNKK terhadap golongan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kementerian itu dilihat lebih menumpukan kepada masalah remeh temeh dan bukannya persoalan pokok iaitu mengaudit semua pemborong berlesen dan syarikat yang diberi permit.

"Walaupun persoalan ini pernah ini ditimbulkan tetapi kita lihat tiada tindakan dilakukan oleh kementerian tersebut,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Malah sumber berkenaan berkata, penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan dapat dihapuskan, kalau sekadar KPDNKK membekukan lesen tanpa membuat penilaian semula terhadap kesemua lesen yang diberikan kepada pemborong.

"Saya tidak faham kenapakah KPDNKK sukar sangat hendak melakukan pengauditan tersebut, kalau tidak ada tenaga, mereka boleh meminta kepada kerajaan untuk membenarkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan,'' katanya.

Sumber itu berkata, pengauditan tersebut amat penting bagi mengelakkan pemborong yang tidak bertanggungjawab terus melakukan penyelewengan diesel bersubsidi.

"Kita tahu sebahagian besar daripada mereka terlibat tetapi selagi pengauditan tidak dilakukan selagi itulah mereka yang selama ini sudah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui aktiviti haram itu akan bebas daripada perbuatan jenayah tersebut,'' katanya
.
Oleh itu, sumber tersebut mengingatkan, kementerian itu tidak perlu beria-ia hendak memperkenalkan sistem baru yang dikatakan akan mampu mengekang penyelewengan diesel bersubsidi sedangkan sistem dalaman sendiri masih berkeceramuk.

"Kenapa perlu tumpu kepada pelaksanaan sistem yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit sedangkan sistem pengurusan dalaman berkaitan pengagihan dan pemberian lesen pun masih banyak masalah,'' katanya.

Sumber itu juga menarik perhatian bagaimana sehingga ke hari ini KPDNKK melalui Ops Titik hanya mampu menumpaskan sindiket-sindiket kecil sahaja.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar masih lagi beroperasi, saya percaya kementerian tersebut mempunyai maklumat berkenaan,'' kata sumber itu. -UTUSAN- 

default

TUN M UMUM PROTON VERSI KOMPAK DILANCAR HUJUNG TAHUN INI

on Tuesday, June 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR 20 - Model versi kompak pertama Proton Holdings Bhd., (Proton) bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, model baharu itu adalah berlainan daripada model-model Proton sedia ada, dan merupakan usaha terbaharu syarikat kereta nasional itu untuk menyertai persaingan segmen kompak.

Beliau berkata, dari segi harga, ia jauh lebih murah daripada model-model import yang setaraf, tetapi lebih tinggi sedikit daripada harga model terdahulu.

Jelasnya, penghasilan model baharu itu membabitkan perbelanjaan yang tinggi sekitar RM2 bilion dan turut diuji di dalam cuaca berbeza.

"Jika nak dibandingkan dengan kereta daripada import yang sama setaraf dengannya (kereta kompak Proton) kita (Proton) masih murah, tetapi lebih tinggi daripada harga model terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Proton mula mempromosi pengenalan model kompak itu sejak pertengahan 2013 termasuk mengadakan peraduan kepada orang ramai untuk memberi idea nama yang akan digunakan oleh model itu.

Antara kriteria nama yang dimahukan ialah ia mesti dalam Bahasa Malaysia, tidak lebih enam huruf, boleh dikombinasikan huruf dan nombor serta tidak berkaitan dengan nama haiwan.

Dalam pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, untuk model itu Proton menjalankan kajian secara terperinci dan membabitkan pandu uji mencecah 100,000 kilometer.

"Di dalam jarak tersebut, kita menghantar kereta itu ke Sweden untuk mengujinya di dalam cuaca sejuk dan di negara-negara Asia Barat untuk cuaca panas. Penghasilannya bukan mudah kerana ia membabitkan 3,000 komponen berlainan yang mana sesetengahnya perlu diimport, hal ini mengambil sedikit masa" kata beliau.

Mengenai pasaran eksport kereta itu katanya, kajian pasaran ke atas negara-negara perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan setiap negara mempunyai perundangan dan selera pasaran berbeza yang mungkin melibatkan perubahan kepada reka bentuk kereta.

Tambah Dr. Mahathir, penghasilan kereta baharu ini turut menggunakan teknologi Lotus khususnya untuk aspek kawalan dan pemanduan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Proton menyedari pengenalan model kompak itu bakal menyaingi Perodua yang selama ini menguasai jumlah jualan tahunan (TIV) Malaysia menerusi kereta-kereta kompak.

Bagaimanapun katanya, Perodua tetap mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan syarikat itu hanya menggunakan konsep pemasangan dan menukar nama kereta Jepun sedia ada dengan kos perbelanjaan lebih rendah.


default

Wanita Umno mahu ambil remaja OKU jadi anak angkat @WanitaUMNOMsia @Najibrazak

on Monday, June 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU),Muhammad Firdaus Dullah,15,yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata‎, Wanita UMNO sedia menimbang untuk mengambil remaja berkenaan menjadi anak angkat seandainya tiada pihak mahu menjaganya.

"Dari segi penjagaan,kita sedia untuk mengambil Firdaus sebagai anak angkat. Selepas kisahnya disiarkan media, saya rasa terpanggil untuk membuat lawatan.

"Kita ada 1.3 juta ahli di seluruh negara, kita mahu orang ramai membuat laporan terus kepada Wanita UMNO jika takut untuk menghubungi agensi penguatkuasa seandainya ada kes seumpama ini lagi," katanya.

Shahrizat berkata demikian semasa sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tunku Jaafar di sini.

default

AIR ASIA JAWAB ISU WANITA HAMIL DIHALAU NAIK PESAWAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.

"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.




Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.

Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.

“Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS  terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.

“Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.

Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.

“Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan.  Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?

“Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih.


Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.

“Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).

“Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya.

Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.”

Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.

Tertakluk peraturan

Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.

Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.

Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.

"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.

"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.

AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.




*** Kalau peraturan ketat menjadi pegangan syarikat Air Asia dan tidak kompromi terhadap situasi kecemasan dll ... 

maka GPB nasihatkan kepada yang  penumpang  &  diri sendiri juga  jika   dalam keadaan  demam dan  wanita hamil , janganlah   memilih penerbangan ini disebabkan peraturan ketat ini . 

Lagi tragis kalau terkandas  di negara asing & duit pulak kehabisan .. memang malang tak berbau .  

Terima kasih Air Asia di atas penjelasan ini .......





default

SUAMI ISTERI GAGAL ZIARAH JENAZAH BAPA GARA-GARA DIHALAU PILOT AIR ASIA

on Sunday, June 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Tidak lama dahulu, AIR ASIA yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terhebat di dunia yang gagal menjelaskan cukai lapangan terbang bertindak zalim dengan menghalau penumpang, iaitu seorang wanita yang hamil. Wanita berkenaan bagaimanapun, diselamatkan oleh MAS, syarikat penerbangan negara yang cuba diambilalih oleh Air Asia dan sentiasa diburuk-burukkan oleh Air Asia.

Dalam kejadian di Denpasar, Bali, Indonesia pada tahun 2011, Air Asia diarahkan membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011 apabila seorang suri rumah yang hamil diarahkan turun dari sebuah pesawat Air Asia di Denpasar, Bali, Indonesia. Alasan penghalauan tersebut adalah, surirumah tersebut tidak mempunyai sijil perubatan yang menyatakan dia layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan.

Air Asia diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM43,999 kepadanya apabila syarikat penerbangan Tony Fernandes itu didapati bersalah, kejam dan tidak berperi kemanusiaan oleh mahkamah.  

Pada Mei 2013, seorang ibu dan seorang anaknya, dihalau keluar dari kapalterbang oleh kakitangan Air Asia di Ho Chin Minh City, Vietnam dengan alasan, anaknya menghidap demam campak, walaupun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chin Minh City sebelum itu, penerbangan yang digunakan oleh ibu-anak itu adalah Air Asia.

Semalam, Air Asia sekali lagi menghalau penumpang. Sepasang suami isteri yang melakukan perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur selama 5 jam dengan menggunakan MAS, tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi apabila mereka cuba menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit, si isteri yang sedang hamil 7 bulan, dihalau keluar dari pesawat oleh juruterbang.


Apakah alasan 'TIADA SURAT PENGESAHAN DOKTOR' menjadi alasan buat juruterbang bernama AHARON YARIR BIN AHMAD untuk menghalau pasangan tersebut?

Mengapa hanya Air Asia yang bermasalah sedangkan MAS yang membawa pasangan tersebut dari Seoul ke Kuala Lumpur untuk perjalanan selama 5 jam, tidak pula berhadapan dengan sebarang masalah?

Pasangan suami isteri tersebut yang dihalau dari pesawat itu, perlu mengambil contoh PATRICIA KAREN CHIEW MEI YIK dan suaminya, MICHAEL JANUARIUS yang menyaman AIR ASIA dan menang kerana penganiayaan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Tony Fernandez itu. (BACA DI SINI)



SUMBER :
http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/air-asia-perlu-diajar-dan-perlu-diboikot.html






*** GPB simpati nasib sepasang suami isteri ini  tidak sempat menatap wajah bapa mereka yang meninggal dunia gara-gara sikap tidak prihatin  Air Asia . 

Itu lah beza MAS dengan Air Asia ..semua orang nak  benda yang  murah tapi adakah anda berpuas hati service mereka ?? 




default

PEMILIHAN PKR KECOH LAGI SEBAB BERLAKU RASUAH & SALAHGUNA KUASA !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor kecoh apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang individu dipercayai penyokong kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika proses pemilihan berlangsung kira-kira pukul 1.35 petang ini, calon ketua cabang berkenaan, S.Manikavasagam difahamkan menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba berkempen di pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Bagaimanapun, teguran Manivasagam itu dibalas oleh individu terbabit sehingga tercetus perang mulut sehingga terpaksa dileraikan oleh para penyokong serta anggota jawatankuasa pemilihan parti.

Manikavasagam ketika ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan ia cuma salah faham yang dikatakan berpunca daripada orang luar yang cuba berkempen.


"Tidak ada (gaduh), cuma salah salah faham sikit-sikit sahaja. Ada orang tukar-tukar chai (risalah nombor calon)...orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR Pusat," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses mengundi kira-kira pukul 3.20 petang ini.

Sebelum itu, Manikavasagam enggan memberikan ulasan mengenai kejadian tersebut atas alasan tidak mahu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR memandangkan beliau pada 15 Mei lalu pernah digantung keahlian sebelum ditarik balik oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu.

Tindakan ke atas Manikavasagam dibuat susulan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kapar itu menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Abdul Khalid terbabit dalam politik wang dalam pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lalu.

Manikavasagam menerusi laporan sebuah portal berita, antarapos.com hari ini bagaimanapun mendakwa masih wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Memetik laporan portal itu, Manikavasagam berkata, beliau difahamkan terdapat satu acara keraiaian diadakan di Kolej Inpens bagi menjamu ahli-ahli parti sebelum mereka dibawa ke tempat mengundi di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini.

"Dari awal saya dah cakap saya bantah rasuah, tapi hari ini saya kecewa kerana masih ada lagi berlaku rasuah tetapi apa pun saya akan laporkan kepada biro politik dan kita akan serah kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) atau jawatankuasa disiplin parti," kata Manikavasagam.

Sementara itu, pemilihan PKR Cabang Kuala Langat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra, Banting menyaksikan pergaduhan dua kumpulan dipercayai penyokong calon ketua cabang dengan penyokong penyandang jawatan itu yang menarik diri daripada pencalonan sebelum ini.

Pergaduhan itu berlaku ketika hampir proses pemilihan cabang berkenaan ditutup pada pukul 7 malam tadi.

Difahamkan pergaduhan tercetus setelah salah satu pihak tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus.

Pemilihan semula PKR Cabang Sabak Bernam di Dewan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pula turut kecoh apabila terdapat ahli parti itu didakwa cuba melakukan provokasi untuk meraih undi sehingga berlaku pertengkaran kecil.

Seorang ahli PKR cabang berkenaan yang enggan dikenali mendakwa, pengedaran terlalu banyak risalah nama calon telah menimbulkan kerumitan kepada pengundi.

"Ada juga beberapa individu yang sudah dilucutkan keahlian daripada PKR, dilihat membantu memancing undi dan menimbulkan kekecohan dengan mengoyakkan gambar calon bertanding.

"Apabila ada penyokong calon berkenaan ternampak kertas itu dikoyakkan, mulalah kecoh kerana mereka tidak puas hati," dakwanya - UM

default

Terkini ! TPM berundur hanyalah rekaan politik - @NajibRazak

on Friday, June 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kenyataan Akhbar

1.  Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik"  pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai  hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri,  YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa  mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan  Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib
20 Jun 2014

default

Biro Kebajikan Umno lancar Program sempena Ramadhan Al Mubarak @AzeezPutera @NajibRazak

on Wednesday, June 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Alhamdulillah hari ini Presiden Umno DS Mohd Najib Tun Razak melancarkan program Ramadhan Peringkat Nasional oleh Biro Kebajikan Umno yang diketuai MT Datuk Azeez Abd Rahim.

Biro kebajikan Umno akan mengagihkan sumbangan kurma dan air zam-zam ke semua masjid di seluruh negara .




default

Selepas gagal FELDA , Harakah serang UITM sebagai sasaran dibidas !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Mengulas laporan Harakah mengenai Uitm Kayakan UMNO

Pembangkang sekarang menggunakan lidah rasmi Harakah untuk menghentam UiTM selepas calon DAP Teluk Intan menyerang UiTM sebelum ini.

Persamaan Harakah dan Dyana ialah keduanya Melayu dan mereka dipergunakan untuk menyerang dan mempertikaikan institusi milik Melayu ini.

Ini adalah agenda tersusun Pakatan Pembangkang yang mahu rakyat melihat bukan Cina,bukan India tetapi Melayu yang pertikaikan Institusi Melayu sendiri.

Apa yang diperbesarkan oleh Harakah ini adalah untuk menutup permasalahan yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi yang diurus tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang.

Saya adalah bekas pelajar UiTM dan cukup kesal dengan Harakah apabila berterusan menyerang UITM demi memenuhi agenda Bukan Islam.

Apa yang disiarkan oleh Harakah mengenai UiTM alat Kaya UMNO adalah suatu yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai niat yang kurang baik.

Sebenarnya mereka bukan sahaja mahu serang UiTM tetapi mahu serang UMNO.

Apabila mereka melihat situasi sekarang UMNO semakin kuat,sokongan kepada UMNO semakin meningkat mereka mencari jalan macam mana mahu jatuhkan UMNO. Sebelum ini mereka menyerang FELDA kerana bagi mereka FELDA sumber kekuatan UMNO. Ternyata mereka gagal bahkan mereka memohon maaf diatas segala pertuduhan yang dibuat.

Sekarang mereka menjadikan UITM pula sasaran. Dan saya percaya rakyat bijak menilai niat sebenar Pakatan Pembangkang.

Tidak mustahil selepas ini mereka akan menyerang banyak lagi Institusi yang bagi mereka kubu kuat UMNO.

Saya mahu ingatkan semua. UiTM ini BUKAN MILIK UMNO, UITM adalah milik RAKYAT dan UMNO lah Parti yang memperjuangkannya.

UiTM bukan mengkayakan UMNO tetapi UMNO lah yang berjuang "mengkayakan" UITM.

Kaya disini ialah mengkayakan rakyat dengan Ilmu,mengkayakan rakyat dengan latihan keusahawanan,mengkayakan rakyat dengan latihan kemahiran.

Deen Qassim
Pengerusi Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR)

default

KELEMAHAN JAIPP GAGAL BUKTIKAN MUALAF NORA TEOH BERAGAMA ISLAM

on Thursday, June 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan wanita yang sebelum ini didakwa seorang mualaf, Teoh Cheng Cheng sebenarnya bukan seorang Islam ketika meninggal dunia Sabtu lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Zaim Md Yadim membuat keputusan itu selepas mendapati wujud keraguan dalam keterangan dua saksi yang dipanggil dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selain mendapati wanita berkenaan masih lagi mengamalkan cara hidup ajaran Buddha seperti yang dinyatakan oleh teman rapat si mati dan anak sulungnya.

Dalam penghakimannya, Zaim berkata, terdapat keraguan pada borang pendaftaran dan sijil akuan memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kepada si mati pada November 1997.

"Terdapat keraguan dalam borang tersebut iaitu isu tarikh yang berbeza, ada tiga tarikh.

"Pertama, tarikh di dalam buku daftar ialah 10 November 1997, tarikh di muka surat pertama borang permohonan untuk masuk Islam ialah 6 Disember 1997 dan tarikh akuan pihak si mati menandatangani borang ialah 16 Disember 1997.

"Plaintif tidak dapat memberi alasan yang konkrit mengenai perkara ini. Mahkamah juga mendapati tarikh 10 November 1997 adalah selepas 10 hari si mati melahirkan anak sulungnya.

"Jadi agak pelik si mati yang baru bersalin hadir ke JHEAIPP untuk mendaftar masuk Islam," katanya.


 Zaim berkata, mahkamah turut mengambil kira keterangan teman rapat dan anak sulung si mati yang juga saksi ketiga dan keempat dalam kes itu.

Beliau berkata, kenyataan anak sulung si mati yang juga saksi keempat bahawa kali terakhir mereka bersembahyang mengikut ajaran Buddha adalah bulan lalu sebelum kematian Cheng Cheng.

"Saksi keempat juga menyatakan ibunya masih mengamalkan cara hidup Buddha dengan menyembah berhala dari tarikh dia didakwa memeluk Islam sehingga mati.
 
"Amalan dan kehidupan si mati itu langsung tidak mencerminkan dia sebagai seorang Islam malah ada bukti di ruang tamu dan luar rumah wanita itu terdapat berhala," katanya.
 
Berdasarkan keterangan serta bukti, beliau berkata, mahkamah memutuskan bahawa wanita terbabit bukan bergama Islam dan mayatnya akan diserahkan kembali kepada ahli keluarga untuk dikebumikan mengikut kepercayaan dan agama dianutinya.

Sebelum ini, MAINPP memohon semakan status wanita berkenaan bawah Seksyen 61 (3) (10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang iaitu pengisytiharan bahawa seseorang yang sudah mati itu sama ada Islam atau sebaliknya.

Dalam prosiding yang dijalankan semalam, empat saksi dipanggil memberi keterangan iaitu dua saksi MAINPP iaitu wakil pendaftar mualaf dan dua saksi bagi pihak keluarga si mati iaitu teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang berusia 17 tahun.

Keluarga si mati diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAINPP diwakili Noor Asyimah Ramli.

default

MALIK WAJAR BERTANGGUNGJAWAB , BUKAN SALAHKAN PEGAWAI JAIPP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Abdul Malik Kassim hari ini memohon maaf bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di atas tindakan pegawainya yang  menghentikan satu majlis pengkebumian Buddha  pada 9 Jun kerana mendakwa si mati telah memeluk Islam.

Abdul Malik turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga si mati iaitu, Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya (Nora Teoh) yang meninggal dunia pada 7 Jun.

Menurut beliau, tindakan pegawai JAIPP menuntut mayat Teoh tidak mendapat pandangan daripada Pengarah JAIPP, Bahagian Penguatkuasa JAIPP, Jabatan Mufti dan Pegawai Agama Daerah terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil,  yang mana ianya selalu dipraktikkan oleh JAIPP ketika menangani kes-kes seumpama itu sebelum ini.

“Tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati Tan Mah Suan yang berusia  64 tahun dan keluarganya ketika mereka sedang menghadapi saat mendukacitakan.

Selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya juga kesal kerana hanya mengetahui insiden ini melalui wartawan yang menghubungi saya pada 9 Jun pukul 5 petang,” katanya di dalam satu kenyataan media.

Kata Abdul Malik, ketika dimaklumkan perkara berkenaan, beliau bersama Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berada di Kuala Lumpur dan sedang menghadiri mesyuarat di JAKIM.

“Apa yang lebih dikesalkan, pegawai-pegawai JAIPP berkaitan yang saya hubungi mengatakan mereka tidak  mengetahui akan perkara berkenaan” jelas Abdul Malik.

Namun begitu, Abdul Malik serta barisan exco dan kerajaan negeri menghormati keputusan keluarga untuk merujuk isu berkenaan ke mahkamah dalam memutuskan status keislaman si mati. 

Si mati yang dikenali sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa memeluk agama Islam lebih kurang 17 tahun lalu. Nama Islamnya didaftarkan sebagai Nora Teoh Abdullah.

Tindakan pegawai JAIPP yang datang ketika upacara keagamaan sebelum pengkebumian sedang berlangsung itu memeranjatkan ahli keluarga dan sanak-saudara si mati. Mereka tidak mengetahui si mati sudah memeluk Islam.

Menurut laporan The Malaysian Insider, ibu si mati, Tan Ma Suan mempersoalkan kalau betul anaknya memeluk Islam, kenapa JAIPP mengambil masa yang agak lama untuk bertindak. Teoh dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh dari sebuah apartmen pada Sabtu.-awani- 







** Hairan seorang Exco Agama tak tahu apa2 tentang apa dilakukan pegawainya dan wartawan sendiri yang perlu beritahu beliau tentang isu ini  . MEMALUKAN !!

Selain itu , kelemahan JAIPP dibawah  Malik Kassim memang patut dikritik    dan mengapa mereka mengambil masa lama untuk menuntut mayat  walaupun rekod memeluk islam sudah ada  ??   



default

121 JEMAAH UMRAH SYUKUR PULANG TANAHAIR DITANGGUNG UMNO MALAYSIA @AzeezPutera @NajibRazak

on Tuesday, June 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Sejumlah 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu selamat pulang ke tanah air hari ini atas bantuan dan pembiayaan yang ditanggung oleh UMNO.

Kesemua mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang di sini pada pukul 6.18 petang hari ini dengan menggunakan pesawat penerbangan syarikat penerbangan tambang murah Arab Saudi, Flynas.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kesemua 121 jemaah berkenaan terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu apabila agensi yang membawa mereka gagal membawa mereka pulang.

"Kesemua mereka melakukan umrah sejak 21 Mei lalu menerusi agensi yang beribu pejabat di Taiping, Perak.

"Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimaklumkan mengenai kes itu telah mengarahkan agar kesemua jemaah ini dibantu dan kita menanggung kos tambang balik RM1,750 seorang," kata Abdul Azeez kepada wartawan ketika ditemui di sini petang tadi.




Menurut Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji, kesemua jemaah tersebut menunaikan umrah melaui pakej berharga RM3,700 seorang.

"Sebenarnya pakej paling murah ialah RM4,500. Jadi kalau RM3,700 itu memang tidak munasabah.

"Saya ingin nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan pakej-pakej umrah yang murah ini. Harga tambang kapal terbang pun tak cukup dengan pakej berkenaan," kata Abdul Azeez.

Jelas beliau, jemaah yang dibawa pulang ini adalah kumpulan terbesar yang pernah dibantu oleh UMNO. Sebelum ini kumpulan yang dibantu adalah kecil iaitu paling ramai lima orang.





Abdul Azeez, yang juga Ahli Parlimen Baling, berkata, kerajaan telahpun mewujudkan sebuah Majlis Kawal Selia Umrah bagi menagani kes-kes penipuan berkaitan ibadah tersebut.

Menurut beliau, Kementerian Pelancongan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan; Lembaga Tabung Haji; Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan beberapa pihak lain telahpun melakukan perbincangan kaedah untuk memantau dan menyelia pakej umrah.

Abdul Azeez berkata, beliau akan membawa isu penipuan melibatkan ibadah umrah ini untuk perhatian ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen tidak lama lagi.-UTUSAN ONLINE

default

POLIS sahkan kematian lelaki India dalam tahanan sebab sawan @PdrMsia

on Sunday, June 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Polis hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki yang merupakan tahanan reman berusia 26 tahun di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini pada Sabtu akibat serangan sawan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Baharom Abu berkata, tahanan S. Aginraj disahkan mati pada pukul 7.05 petang semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak Rabu lepas.

``Ketika ditahan tahanan itu mengalami sesak nafas dan sawan, jadi pihak polis menghantarnya ke HBM untuk rawatan pada Rabu sebelum dilaporkan mati semalam.

``Hasil bedah siasat pada pagi tadi di Hospital Seberang Jaya di sini oleh Pakar Patalogi Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen ke otak yang menyebabkan sukar bernafas atau sawan,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya tahanan berkenaan bersama seorang rakannya berusia 31 tahun ditahan di Perai dekat sini pada pukul 8.15 malam pada 2 Jun lalu selepas ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan sebuah kilang ketika mereka memunggah 12 ketul besi jenis `pig iron' menggunakan sebuah motosikal.

Baharom berkata selepas ditahan dua lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu direman selama empat hari sehingga Jumaat di lokap Ibu Pejabat Polis SPT.

``Tahanan itu telah dibawa ke HBM pada 4 Jun lalu kerana mengalami sawan dan dilaporkan dalam keadaan stabil menyebabkan pertuduhan terhadapnya terpaksa dilakukan di katil hospital.

``Dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diberi jaminan sebanyak RM8,000 manakala rakannya diberi jaminan sebanyak RM3,000 dalam perbicaraan berasingan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada hari sama,'' katanya.

Beliau berkata, waran terhadap Aginraj sepatutnya dilanjutkan sehingga hari ini kerana keluarganya tidak mampu 
membayar wang jaminan tersebut.

Sementara itu, anggota keluarga Aginraj dalam sidang akhbar berasingan di Hospital Seberang Jaya hari ini mempersoalkan tindakan mahkamah meletakkan jumlah jaminan yang tinggi berbanding rakannya.

Adiknya Regina berkata, keluarganya hairan dengan keadaan abangnya yang lemah dan langsung tidak kenal anggota keluarga ketika sedang dirawat di hospital. - BERNAMA



** harap pihak pembangkang jangan  cuba politikkan dengan menuduh kematian ini  berpunca ketika dalam tahanan  Polis.  Ini kerana  kematian mendiang telah disahkan  Doktor pakar adalah  akibat sawan.

Tak perlu nak jadi pakar perubatan tak bertauliah ye wahai2 pemimpin PR...

default

Majlis Peguam dibidas ,Najib saman Malaysiakini ikut hak asasi - Rais

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia," tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.

Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

"Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan," katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.


default

Umno Malaysia bantu 121 jemaah umrah terkandas pulang @azeezputera @NajibRazak

on Saturday, June 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu, akan dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jemaah berkenaan akan dibawa pulang esok menaiki penerbangan Flynas dari Jeddah pada jam 10 malam waktu tempatan.

Beliau berkata, jemaah itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin ini kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kumpulan jemaah itu difahamkan mengikuti pakej di bawah Syarikat Madain Taqwa Travel Agency beroperasi di Perak dikatakan menawarkan harga pakej serendah RM3,999 bagaimanapun gagal menguruskan tiket penerbangan pulang jemaah seramai 268 orang.

Baki 147 jemaah sudah pulang ke tanah air dengan perbelanjaan masing-masing.



default

SINDIRAN TUN DAIM KEPADA YTL YANG LUPA BANTUAN DIBERIKAN KERAJAAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menasihatkan semua ahli perniagaan yang berjaya di negara ini agar belajar bersyukur kerana kejayaan mereka selama ini adalah hasil daripada bantuan kerajaan.

Beliau menegaskan, golongan tersebut tidak mempunyai kedudukan untuk bersikap angkuh dengan memburuk-burukkan kerajaan sedangkan mereka mendapat banyak kemakmuran daripadanya.

"Syarikat-syarikat yang berjaya ini tidak patut memburukkan negara dan kerajaan kerana mereka ini mendapat pertolongan yang banyak. Sebaliknya, mereka perlu insaf dan bersyukur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd., (YTL) Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang dilaporkan berkata syarikatnya tidak mengamalkan unsur-unsur negatif sejak dulu dan buktinya 85 peratus daripada perniagaan YTL adalah di luar negara.

Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia di sini kelmarin, Francis dilaporkan berkata, Malaysia perlu segera bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.
Namun begitu, Francis hari ini berkata, artikel mengenai kapitalisme kroni telah dipetik melalui gambaran yang salah dan beliau memohon maaf jika kenyataan beliau dalam artikel itu menyinggung dan memberi kesan kepada mana-mana pihak.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana ayat yang diucapkan pada majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh baru-baru ini telah disalah tafsir seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahasa Inggeris, sebelum ini.

Mengulas lanjut, Daim berkata, beliau kecewa dengan tindakan memburuk-burukkan kerajaan oleh mana-mana rakyat termasuk ahli perniagaan.

"Gejala berkenaan harus dihentikan. Memang tidak sesuai bagaimana kita berjaya dengan mengaut kekayaan negara kita, tapi memburukkan kerajaan akhirnya umpama pepatah habis madu sepah dibuang," katanya.


default

FITNAH GAMBAR DIDAKWA DI MALAYSIA TELAH TERJAWAB

on Friday, June 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa penyebaran gambar-gambar sekumpulan muslim yang berada di geraja melalui media sosial bukan berlaku di negara ini.

Kenyataan itu dikeluakran Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara ACP Datin Asmawati Ahmad di Facebook milik PDRM.

“Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini”, menurut Datin Asmawati.

Katanya lagi, penyebaran gambar-gambar itu seolah-olah cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

PRDM turut menasihatkan orang ramai agar tidak terus mempercayai apa sahaja yang dimutturun ke laman sosial tanpa sebarang bukti dan pengesahan daripada pihak PDRM.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam”.


Komen GPB

Hakikat sebenarnya, gambar  para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.