..

..
Archive for January 2015

default

PENGANJUR BENGANG MEDIA TULIS PERLAKUAN CABUL AKSI K POP PELUK PEMINAT

on Monday, January 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Berikutan insiden kurang menyenangkan yang kini hangat diperkatakan mengenai  tingkah lakubeberapa peminat  perempuan Melayu Islam yang terlalu teruja dengan kumpulan artis K-Pop, B1A4, pihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan duduk perkara melalui laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah isi kandungan penjelasan tersebut:

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4)  Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.


default

KJ SINDIR BERAPI GADIS MELAYU SANGAP GILA PELUK ARTIS K-POP !!

on Sunday, January 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."



Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.


Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli.com.my

default

FB Silbi Natiays@Iblis Syaitan rupanya juruteknik ditahan sebar berita palsu banjir

on Thursday, January 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Polis Kelantan menahan seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kuantan, Pahang, pada 10 pagi semalam.
“Suspek dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa.
“Perkara ini menjadi viral pada 27 Disember lepas dan kita telah buat laporan pada 29 Disember seterusnya menahan seorang lelaki yang juga seorang juruteknik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.
Mazlan berkata, lelaki itu kini direman tiga hari sejak semalam bagi membantu siasatan.
Menurut Mazlan polis kini sedang menjejaki seorang lagi lelaki berusia 30-an kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp.
“Kita telah kenal pasti suspek dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat…suspek dipercayai menyebarkan maklumat kononnya terdapat mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai,” katanya.
Mazlan berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA
+++
Punyalah banyak nama pena yang baik dan indah bunyinya boleh dipilih untuk akaun sosial facebook, nama Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ia berbunyi Iblis Syaitan juga yang dipilihnya.
 Ini punya orang kalau dah Iblis Syaitan nama penanya dah tentulah pengikut taksub pembangkang ..

default

PAKAR CAKAP PUNCA BANJIR TERUK KELANTAN SEBAB TEBANG BALAK #BANJIRMOVE

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pakar alam sekitar mendakwa aktiviti pembalakan di Kelantan untuk program dipanggil ladang rakyat adalah punca banjir besar melanda negeri Pantai Timur. Dakwaan itu susulan daripada penafian Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob projek pembalakan kerajaan negeri menjejaskan 100,000 penduduk, ‎dengan menyatakan ia berpunca daripada pembersihan tanah secara haram. Mereka mendakwa program tersebut menyebabkan kesan besar terhadap hutan di Gua Musang dan Kuala Krai iaitu dua daerah paling teruk terjejas dan juga dikenal pasti antara kawasan pelaksanaan ladang getah klon balak (LTC).

 Ia merupakan sejenis pokok getah yang ditanam untuk penghasilan kayu balak. Penebangan secara berterusan sejak program itu bermula pada 2006 menyebabkan tanah dan serpihan mengalir dan memendapkan sungai seperti di Sungai Galas, Lebir dan Kelantan yang melalui Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Baru. Air dari sungai yang tersumbat itu kemudian menyebabkan ia melimpah hingga menjadi banjir ketika hujan lebat pada Disember.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan dakwaan itu dengan berkata kerajaan negeri sentiasa menghadkan kawalan penebangan kawasan hutan seperti ditetapkan Putrajaya.

Tauke balak DAP juga kaya raya , yang merana rakyat Kelantan 



 Program pengurangan kemiskinan Laporan media sebelum ini menyatakan program itu meliputi kawasan lebih 70,000 hektar di Kelantan bagi membangunkan ladang tersebut. Kerajaan negeri mendakwa program tersebut dapat mengurangkan kemiskinan di negeri itu dan rakyat berpendapatan rendah yang menyertai skim peladangan akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM200.

 Program itu dijalankan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang memiliki tanah tersebut. Ladang Rakyat dikritik kerana mengambil tanah daripada pemilik persendirian termasuk tanah adat Orang Asli.

 Ketua Audit Negara mengkritik program ladang rakyat dalam laporannya pada 2012 kerana menceroboh tanah adat Orang Asli. Apabila membabitkan ladang rakyat dengan banjir, pakar alam sekitar percaya ia ‎mempunyai kaitan dengan tindakan mengambil tanah dari kawasan hutan simpan negeri bagi projek tersebut.

 Pakar perhutanan Lim Teck Wyn berkata mengikut undang-undang 1984, kawasan hutan simpan simpan negeri hanya boleh digunakan aktiviti ‎pengeluaran kayu. Apa saja berkaitan dengan pertanian, menanam beras, buah atau minyak kelapa sawit dilarang.

 "Penebangan di hutan melibatkan jenis pokok tertentu dan anda hanya menebang dan mengambil pokok balak seperti cengal dan meranti tanpa menjejaskan hutan," kata Lim kepada The Malaysian Insider. ‎Lim berkata dalam tempoh 10 tahun, kerajaan negeri tidak mengendahkan saranan Jabatan Perhutanan dengan meneruskan projek LTC tersebut.

 "Mereka mendakwa ladang LTC ini digunakan untuk membekalkan kayu balak," kata Lim. Ia menyaksikan perdebatan apabila undang-undang 1984 bagi kawasan hutan simpan negeri masih digunakan untuk membekalkan kayu balak.

 ‎Katanya melihat daripada sudut ekologi aktiviti pembersihan hutan bagi membina ladang menyebabkan tanah terhad dan menjadikan sungai cetek.

 "Dan Kelantan mempunyai kadar pembersihan hutan simpan negeri paling tinggi di Semenanjung Malaysia," katanya.

 Ramalan Orang Asli 

 Penduduk yang pertama kali merasa impak kerana aktiviti pembersihan hutan adalah masyarakat Orang Asli di Gua Musang. ‎Sejak 2012, media seperti New Straits Times, The Star and the Malaysiakini melaporkan bagaimana mereka menentang aktiviti tersebut di atas tanah adat mereka. 

"Orang Asli biasanya berdaya tahan tapi mereka juga terkejut dengan paras air banjir mendadak," kata Colin Nicholas daripada Center for Orang Asli Concerns (COAC). COAC merupakan gerakan yang menghantar bekalan kepada Orang Asli di Kelantan apabila kampung mereka terputus hubungan akibat banjir.

 ‎Lim berkata, paras air banjir mendadak adalah punca daripada aktiviti pembersihan hutan. ‎"Di sebuah kampung, air naik dengan begitu cepat dan seorang ibu terjatuhkan bayinya semasa mereka sedang menyelamatkan diri," katanya.

 Nicholas berkata bayi tersebut diselamatkan namun mati beberapa hari selepas itu kerana demam dipercayai akibat tenggelam dalam air. ‎Sebanyak lapan kes dilaporkan membabitkan Orang Asli menentang kerajaan negeri dan dibawa ke mahkamah, setengahnya membabitkan pencerobohan tanah adat bagi projek ladang rakyat. Nicholas berkata akibat pembersihan tanah dirasai Orang Asli yang menjangkakan bencana itu.

 ‎"Kadar pembersihan hutan meningkat selepas projek ladang rakyat dijalankan," katanya. Cuaca yang tidak normal tapi bukan hakisan Amar mengakui Kelantan melakukan aktiviti pembersihan hutan tapi menafikan ianya menjadi punca banjir teruk.

 "Kita ada data negeri beberapa hari ini mengalami cuaca luar biasa, hujan berterusan. "

Terdapat dua hari bilangan air hujan bersamaan dengan jumlah hujan yang dialami Kelantan pada sebulan tahun lepas," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Katanya air banjir juga terus meningkat akibat air pasang.‎ Memetik laporan daripada pakar iklim berkata gabungan monsun akhir tahun, air pasang dan fenomena La Nina menyumbang kepada banjir luar biasa di Pantai Timur.

 Mengenai dakwaan keluasan tanah hutan digantikan dengan ladang rakyat beliau berkata Kelantan menghadkan dengan 5,960 hektar seperti ditetapkan Majlis Tanah Negara. "Lesen pembalakan dan membawa keluar pokok diberikan Jabatan Perhutanan Negeri dan ia perlu dijawab jabatan persekutuan

, "Kita terdekat di antara peraturan pembatalan di kawasan hutan simpan negeri dan tanah kerajaan negeri," katanya. ‎Amar mengakui sungai utama di Kelantan semakin mengecil namun menafikan ia berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan,

 ‎"Ini adalah kerana tidak ada air dalam sungai, jadi pasir di dasarnya tidak ditolak keluar ke dalam laut dan menjadi cetek,” katanya. Katanya banjir di Kelantan adalah situasi tahunan biasa yang berlaku namun tahun ini paling teruk kerana hujan luar biasa.

 "Pada 1962 kita dilanda dengan bah merah dan ia adalah paling buruk namun ketika itu tidak ada aktivit pembangunan," katanya. – 4 Januari, 2015.

default

TAUKE BALAK KELANTAN TEBANG MACAM TAK ADA UNDANG-UNDANG -MENTERI

on Sunday, January 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment











default

RIBUT : KERAJAAN PUSAT PERUNTUKKAN RM2 JUTA BAIKI RUMAH ROSAK @dzainalabidin @RRafizal @ReezalMerican

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membaik pulih 549 rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di sini Isnin lepas, kata anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata 25 peratus daripada jumlah rumah terlibat telah selesai dibaiki secara bergotong-royong manakala baki dijangka siap sebelum sekolah dibuka pada 12 Januari ini.

"Kerja membaik pulih diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian hari ini.




Beliau berkata peruntukan membaiki rumah yang rosak sama ada bumbung diterbangkan angin atau ditimpa pokok, diberi berdasarkan tiga tahap kerosakan, di samping bantuan kilat berupa wang tunai antara RM200 dan RM500. 

Dalam pada itu, Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Firefly Airlines hari ini turut menyumbangkan 600 hamper bantuan untuk diagih kepada mangsa ribut.   



Dalam kejadian antara 8 malam dan tengah malam 29 Disember lepas, puluhan kedai makan, sekolah dan sebuah masjid terjejas akibat dipukul ribut melibatkan kira-kira 1,500 penduduk.

Antara kawasan terlibat ialah 236 buah rumah di Kampung Sungai Rusa, Permatang Pasir (112), Kuala Sungai Pinang (39), Sungai Pinang (63), Pulau Betong (64), Jalan Bharu (21) serta Kuala Jalan Baru dan  Pantai Acheh masing-masing tujuh buah.

Jabatan Meteorologi sebelum ini dalam kenyataan berkata ribut berkenaan membawa angin Langkisau dengan kelajuan 50 kilometer sejam dan ia disifatkan yang terburuk sejak 1967. - Bernama




default

Pemuda balun Mr Bean PAS bebal hina Umno idea kerajaan campuran

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



MAHFUZ JANGAN HINA UMNO !

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar tidak sepatutnya menghina Umno dengan melabelkan parti itu sebagai 3P kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan campuran di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata, idea tersebut dikemukakan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub, bukan daripada pemimpin Umno atau BN.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena itu ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getah dan beliau perlu meminta maaf kepada Umno dan BN.

"Menggelar Umno sebagai pendera, zalim dan pembuli adalah satu penghinaan. Sekalipun Mahfuz tidak setuju dengan idea itu, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata itu kepada Umno," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahfuz yang disiarkan dalam sebuah portal web bahawa "cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-Pas di Kelantan menunjukkan 'betapa jahat' parti lawannya itu."

Mohd Razlan berkata, Pas sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pusat yang berusaha menghulurkan bantuan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

“Kerajaan Kelantan tidak mempunyai dana yang cukup untuk memulihkan semula kemusnahan akibat banjir. Kita tidak nampak keikhlasan Pas atas bantuan yang diberikan Umno,” katanya.

Mohd Razlan berkata, kenyataan Mahfuz itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak sensitif terhadap nasib yang menimpa rakyat di Kelantan.

“Kemusnahan dan kehilangan harta benda tidak dirasai oleh beliau (Mahfuz), cuba turun padang dan rasai kesusahan yang ditanggung mangsa banjir.

“Umno telah membuka tangan untuk bersatu dengan Pas selepas berpuluh tahun berpecah, cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan diri,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas itu sentiasa bersangka buruk terhadap pemimpin Umno dan berfikiran jumud terhadap idea kerajaan campuran.

Nazir berkata, walaupun Mahfuz pemimpin Pas tetapi beliau adalah orang luar Kelantan yang tidak memahami masalah rakyat negeri itu yang menghadapi masalah selepas ditimpa musibah banjir.

"Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri tidak menolak idea itu. Tindakan Mahfuz yang menghina Umno kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan campuran menunjukkan sikap tidak matangnya sebagai pemimpin," katanya.

default

14 individu penyebar berita palsu banjir diburu SKMM

on Saturday, January 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan
ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor
iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

default

VIRAL LORI HANTAR BANTUAN MANGSA BANJIR DITAHAN ADALAH PALSU #Pray4PantaiTimur

on Thursday, January 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang menjadi viral di kebanyakan media sosial mengenai lori syarikatnya ditahan pihak berkuasa ketika menghantar bantuan ke Dabong, Kelantan, kelmarin.

Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim berkata, lori yang membawa makanan segera ke kawasan itu dapat meneruskan perjalanan tanpa sebarang sekatan mahupun gangguan daripada mana-mana pihak seperti yang disebarkan di media sosial.

“Team Sabasun selamat pulang dari Dabong, Kelantan, tiada apa masalah berlaku dan berita yang disebarkan adalah tidak benar malah saya tidak mengenali langsung individu terbabit.

“Individu itu juga mendakwa kenyataan yang dimuat naik dalam akuan Facebook miliknya yang dikatakan dipetik daripada Facebook rasmi Sabasun juga adalah sama sekali tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Salmi lagi, perjalanan mereka mendapat kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dari segi perjalanan dan juga ketika pengagihan makanan di pusat-pusat pemindahan serta rumah penduduk terjejas banjir.

Misi bantuan yang diketuai Pengarah Operasi, Che Salman Che Ibrahim itu selamat tiba di Terengganu pada jam 4 pagi semalam.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan pihak tidak bertanggungjawab itu dan berharap tidak ada lagi kenyataan palsu yang dibuat membabitkan syarikat saya,” katanya.

Bagaimanapun, Che Salmi belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu itu dan pada masa sama, memberi amaran supaya ia dihentikan segera. 

default

MB KELANTAN SALAHKAN PEMBALAKAN HARAM PUNCA MALAPETAKA BANJIR #Pray4PantaiTimur

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan PAS Kelantan hari ini berkata jika kejadian pembalakan yang tidak terkawal berlaku di negeri itu, ia mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. 

Mengulas teguran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri itu sentiasa mematuhi had pembalakan yang dibenarkan. "Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.

 "Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu. Semalam, ditanya adakah faktor utama banjir di Kelantan disebabkan pembukaan tanah yang berleluasa di kawasan berbukit di Kuala Krai dan Gua Musang, Najib tidak menolak kemungkinan kecuaian manusia menjadi faktor penyumbang bencana itu.



 "Pembukaan tanah secara berleluasa terutama sekali pembalakan yang berlebihan memberi kesan kepada alam sekitar kerana tidak ada penahan semulajadi untuk menahan air daripada terus ke sungai-sungai dengan begitu pantas,” katanya. Najib menyifatkan banjir buruk yang melanda negeri itu bukan satu fenomena tetapi bencana atau malapetaka besar kerana keadaan air naik begitu tinggi dan mendadak sehingga banyak rumah tenggelam.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, Putrajaya akan membuat kajian “post-mortem” secara mendalam bagi mengenal pasti punca sebenar banjir luar biasa itu, meliputi banyak faktor termasuk perubahan cuaca, penerokaan dan pencerobohan hutan, penarahan bukit selain kekurangan infrastruktur mengalihkan air ke laut.

 Ahmad berkata, apabila mendengar beberapa pihak menyifatkan banjir di Kelantan disebabkan pembalakan tidak terkawal, beliau berpandangan ia perlulah dirujuk terlebih dulu kepada pihak kerajaan negeri.

 "Perlu diketahui juga yang insiden banjir boleh juga berlaku akibat beberapa faktor lain seperti fenomena limpahan air hujan yang berlebihan sebagaimana yang dilaporkan Jabatan Meteorologi dan hal ini berlaku hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia," katanya. Menurut pemangku ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu, kerajaan negeri Kelantan sekarang dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.



 "Setelah saya sendiri meneliti situasi di tempat yang agak parah dilanda banjir seperti di Kuala Krai, ianya amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan persekutuan," katanya. Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus menyalurkan bekalan kepada mangsa banjir di negeri itu.

 Ahmad yang pada minggu lepas mengakui beliau juga terperangkap dalam rumahnya yang dinaiki air berkata, banjir itu hendaklah diteliti juga daripada sudut pengajaran dan hikmah bagi meneguhkan akidah dan iman umat Islam. – 31 Disember, 2014 -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.