Archive for January 2013

default

Hot ! Betina DAP meroyan iklan BN di KTM Komuter !

on Thursday, January 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB seronok melihat meroyannya betina  chauvinis  DAP Hannah Yeoh   bila iklan gambar &  video berbayar oleh BN Selangor di iklankan di dalam  komuter ECS  KTMB .

Apa masalahnya ??  ....  BN bayar la bukan  letak situ free  . Ini salah satu teknik pemasaran /marketing yang baik  ..ingat bisnes je ke , politik pun guna juga ...

DUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh juga berkata beliau ada mendengar rungutan pengguna berhubung paparan iklan tersebut.

"KTM perlu segera mengeluarkan jumlah bayaran (yang dibuat oleh BN). Kalau beri kepada BN, sepatutnya diberi juga kepada parti lain.

"Kalau mengabaikan perkara ini (umum harga iklan), berhenti caj pengguna. Ini tidak adil sebab ini negara demokrasi. 

"Rakyat beli tiket, bukan semua pengguna mahu mendengar propaganda BN," kata Hannah dalam sidang media di pejabatnya pagi ini.






Ooo hang bengang pasal DAP  nak minta letak iklan  tak dapat ke ??

Itu hak  KTMB & kerajaan la , apa hal DAP nak menyibuk pulak ?? Sekarang sapa yang memerintah ??

Kalau DAP memerintah pun , ingat nak bagi juga ka ?? Nak guna dewan-dewan untuk ceramah   di P.Pinang pun tak bagi . Ini hang nak meroyan pasal nak letak iklan di komuter pulak ..kah kah kah ..bodoh !


" Bukan semua pengguna mahu dengar propaganda BN " ...itu tajuk meloyakini letak untuk kasi panas ini berita ...




GPB nak jawab senang je ..kat Selangor & Penang  bukan main lagi billboard sebesar-besar tunjuk muka MB , Ketua Menteri penipu , Exco2 dengan macam propaganda lagi .

 GPB pun  nak cakap juga " bukan semua rakyat mahu tengok propaganda Pakatan " 

Jadi , kalau pencacai2 DAP & Pakatan rasa   tak mahu dengar video BN  tu bila naik Komuter kerajaan ..tak payah dengar  seperti mana rakyat lain  meluat tengok banner gampang  PR.





default

Video : Shukor Adan dalang pencetus pergaduhan Selangor VS ATM

on Tuesday, January 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kelana Jaya: Kapten Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar menegaskan insiden pergaduhan membabitkan rakan sepasukannya dengan pemain Tentera yang meletus sejurus tamat perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam Jumaat lalu bukan berpunca daripada Afiq Azmi.

Sebaliknya, pemain pertahanan Red Giants itu yang kini mengikuti latihan pusat bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia pantas menuding jari kepada pemain tengah The Gladiators, Shukor Adan sebagai punca bermulanya insiden malang itu.
Walaupun mengakui tindakan Afiq melakukan provokasi di hadapan bangku simpanan pasukan Tentera tidak wajar, namun Asraruddin tidak mahu kesalahan itu dituding kepada sebelah pihak saja, sebaliknya ia perlu dilihat secara menyeluruh sebelum kejadian itu meletus.


“Afiq tidak akan provokasi kalau tak ada benda lain yang menjadi punca dan bagi saya sesuatu yang tidak logik kalau provokasi itu berlaku tanpa sebab. Saya pertahankan Afiq sebab tindakan itu dilakukannya bersebab.

“Kalau tengok daripada rakaman video perlawanan, ketika Shukur Jusoh diarahkan keluar padang oleh pengadil, apa tindakan yang dilakukan pemain tengah Tentera itu pada Shukur? - BH-

default

Hot ! Nazmi mohon maaf kepada Aidil Zafuan pasal teman wanitanya !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.



nazmi faiz


Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
rita


Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. - SUMBER-

default

Dalang isu kalimah Allah terus lari daripada wartawan

on Sunday, January 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap tidak mahu memberi reaksi berhubung isu kalimah ALLAH yang dibangkitkannya, walaupun sebelum ini beberapa kali wartawan cuba mendapatkan maklum balas daripadanya.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tidak mahu mengulas isu berkenaan buat masa ini dan hanya akan menjawab melalui kenyataan bertulis.

“Saya tak nak buat sebarang kenyataan lagi buat masa ini dan saya hanya akan jawab isu ini melalui kenyataan bertulis.

“Saya bimbang bila saya ulas sekarang kenyataan itu ia akan diputarbelitkan media,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan majlis pembukaan Kompleks Pasar Sri Aman di Relau di sini, semalam.
Guan Eng sebelum ini dikatakan cuba melarikan diri daripada wartawan yang mahu mendapatkan reaksinya dan menolak untuk bercakap dengan media mesra Barisan Nasional (BN) berkenaan isu itu.

Sementara itu, beliau diminta mengulas mengenai tindakannya itu yang seolah-olah baling batu sembunyi tangan berkata, “biarlah orang nak kata apa pun dan saya tetap tidak mahu menjawab lagi,” katanya.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan Guan Eng dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu menunjukkan beliau masih dengan pendirian yang sama.

“Bukan dia tak mahu jawab tetapi saya rasa dia masih lagi tetap dengan pendiriannya yang mahukan kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan Islam.
“Di Sabah dan Sarawak, ia telah diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah dan tentangan, jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di semenanjung kerana ia tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.

default

Hot! Kit Siang salahkan menteri UMNO/BN kematian William Yau

on Saturday, January 26, 2013 by Keris Pusaka
 - 6 Comments

Hari ini kematian tragis seorang  kanak-kanak Cina William Yau telah dipolitikkan oleh bapak rasis Dap iaitu Kit Siang di twitternya yang menyalahkan sepenuhnya kepada kerajaan.

Tetapi ia dibidas oleh Khairy Jamaluddon di facebooknya yang persoalkan sikap pemimpin ini  menyalahkan pemimpin Umno/BN  dan menyebarkan Malaysia sudah tidak selamat termasuk kanak2.

Bagi GPB, tindakan biadap kit siang ini menyalahkan kerajaan BN hanya jika berlaku kepada anak bangsa cina sahaja.

Kalau berlaku kepada bangsa Melayu , sorry la dia nak tweet spt ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot! Jawapan Nasha mengenai kehadirannya bersama Najib di Gaza

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan, beliau tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya dalam parti itu berikutan tindakan beliau menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, pada Selasa lalu.


Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian.

 Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Nasharudin mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam Pas yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong Pas dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Menurut Nasharudin, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

"Sepanjang program lawatan ini diatur dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, kita sama sekali tidak membincangkan soal politik Malaysia, apa yang kita bincangkan ialah apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan sumbangan kita atas dasar sebagai seorang muslim bagi membantu Palestin," tegasnya.

Ditanya apakah beliau berhasrat untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan Pas berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri, Nasharudin berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dahulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan Pas yang faham. 

Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli Pas yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.

"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.

Mengulas hasil lawatan Najib ke Gaza, Nasharudin berkata, ia telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai model kepada Islam berbentuk praktikal dalam dunia moden ini.

"Malahan media-media Arab memuji keberanian Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Islam bukan dalam kalangan negara Arab masuk ke zon perang," katanya. -

"Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin tetapi juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi membantu mereka," katanya















© 

default

Kantoi ! Pencacai Pakatan guna sumber media Israel hentam Najib pi Gaza

on Friday, January 25, 2013 by Keris Pusaka
 - No Comments


Rupa-rupanya pencacai Pakatan termasuk Anwar yang memperlekehkan lawatan Najib ke Gaza bersumberkan media propaganda israel

Media zionis ini memainkan isu kononnya Mahmoud Abbas kecewa Najib tidak ke Palestin .Kebenarannya Najib tibldak boleh  melalui ruang udara Israel kerana negara kita tidak mempunyai hubungan dengan negara zionis itu.

Jadi di sini siapa sebenarnya yang hipokrit tahap durjana ? Sebarkan berita propaganda zionis burukkan usaha seorang  pemimpin Islam yang mahu mahu satukan Hamas dan Fatah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot! Baru je bertunang, Liyana Jasmay dah boleh bikin aksi peluk ??

by Keris Pusaka
 - No Comments

KURANG dua minggu saja lagi, pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay, 24, menanti detik bahagia bergelar isteri.

Memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan.

Namun, dalam keterujaan itu, pasangan ini dihimpit kontroversi menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.

Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.

Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan badan, akhirnya, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon, mengeluarkan rasa terkilan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,

"Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

"Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu," katanya dengan nada kesal.-sinar harian-

Komen GPB

Sepatutnya tak boleh dibuat pun aksi ini  walaupun gambar yang diambil  ini hanya untuk  simpanan peribadi. ingat kalau dah dapat lesen bertunang dah boleh peluk ke ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot! Anwar terikut kebodohan Nasrudin perlekeh Najib ke Gaza

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza sebagai “kurang bijak” kerana tidak melawat pergerakkan Fatah dan pemimpinnya Mahmoud Abbas.
 
48 jam selepas lawatan bersejarah Perdana Menteri ke Gaza itu – yang pertama oleh pemimpin daripada negara bukan Arab, Anwar menegur Najib kerana kononnya tidak mengiktiraf pergerakan Fatah yang berpangkalan di Tebing Barat, ruang udara wilayah itu dikuasai oleh rejim Tel Aviv. 
 
Kelmarin, Najib menjelaskan bahawa rejim Zionis enggan memberi kebenaran untuk rombongan beliau menggunakan ruang udara itu bagi melawat Tebing Barat selagi Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Justeru Najib terpaksa menumpu lawatannya ke Gaza sahaja yang dikuasai oleh Hamas.
 
Najib berkata Malaysia mahukan Fatah dan Hamas merealisasikan hasrat menubuhkan kerajaan gabungan secepat mungkin demi keamanan di bumi Palestin.
 
Anwar mendakwa lawatan Najib itu hanya untuk mencari sokongan pengundi Melayu di Malaysia dan menolak penjelasan Najib mengenai punca beliau tidak dapat ke Tebing Barat yang dikuasai oleh Fatah dan presidennya Mahmoud Abbas.
 
“Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” katanya.
 
Anwar sebelum ini terjebak dalam kontrovesi Asia Tengah apabila didakwa membuat  membuat kenyataan pro-Israel dalam wawancara dengan akhbar Wall Street Jo

default

Hot! Guan Eng diberi tempoh 48 jam minta maaf isu kalimah Allah !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda hari ini mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.

Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.

"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.

Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.

"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya. - Bernama

default

Live! 15 ribu umat Islam berhimpun di Sambutan Maulidul Rasul GERAK Himpun

on Thursday, January 24, 2013 by Keris Pusaka
 - No Comments

Sekarang ini GPB berada dengan lebih 15 ribu umat Islam di Masjid Bandar Perda menyertai Sambutan Maulidul Rasul anjuran NGO Islam. Acara seterusnya di sini ialah Forum Maulidul Rasul yang  menampilkan ahli panel terdiri YB Shahbudin Yahya, Ustaz Shamsul ( Mindan Pondok) dan Pengerusi Jati Datuk Dr Hassan Ali.

Perarakan maulidul rasul ini bermula dari padang Politeknik Sbrg Perai diketuai oleh Pengerusi BPUNPP Dato Zainal Abidin Osman bersama lebih15 ribu umat Islam yang terdiri  daripada NGO, Umno Bahagian, agensi kerajaan kerajaan persekutuan dan juga  KRT.

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot ! Gambar Najib di bumi Gaza ,berjuang untuk umat Islam Palestin !

on Tuesday, January 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini    DS Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor yang selama ini di maki hamun dan di FITNAH bermacam-macam oleh puak-puak   pembangkang  telah berada di bumi  Palestin mengadakan lawatan kemanusiaan .

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

 Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 KM  dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

 Di Gaza, beliau  akan melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.

 Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.


Bakal PM Pakatan ini yang menyokong  keselamatan Israel tak 
boleh diterima rakyat Malaysia ..


default

Kerajaan iktiraf tokoh Islam Asia Tenggara

on Saturday, January 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Tika ini Seminar Nusantara bertajuk Islam Di Asia Tenggara, Cabaran & Harapan sedang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC yang membariskan ramai ahli panel, ilmuan, tokoh Islam dan ulama terkemuka dari beberapa negara di Asia Tenggara.

Program bercorak ilmu ini merupakan anjuran bersama MyKMU.Net dengan kerjasama Persatuan Generasi Bestari (Bestari), manakala penaja utama ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Kira-kira 1,000 orang peserta dari seluruh negara akan berkampung di sini sehingga Ahad nanti untuk sama-sama menelaah dan mengupas hala tuju umat Islam di rantau ini untuk kebaikan bersama.
Ucaptama seminar ini dimulakan oleh Pensyarah terkemuka dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr. Sidek bin Baba malam tadi yang antara lainnya menekankan pentingnya umat Islam sama-sama mencari titik temu dalam usaha untuk memantapkan kesatuan ummah.
Beliau juga turut mengulas serba sedikit isu kalimah Allah s.w.t yang sekarang ini masih hangat diperdebatkan sambil menyeru umat Islam khususnya para peserta mengambil iktibar kesan buruk dan akibat penggunaan kalimah Allah oleh Kristian seperti yang berlaku di Indonesia.

Sementara itu sekitar jam 12.30 tengahari nanti Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dijadualkan hadir di PWTC serentak dengan itu akan merasmikan seminar ini di Dewan Tun Abdul Razak 1.
.Sumber: Mykmu.net

default

KAFA dakwa Komando GGK untuk kawal Johor DT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Petaling Jaya: Kehadiran anggota Rejimen ke-21 Grup Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu memang dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebelum perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT).

Perkara itu disahkan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui 
selepas perlawanan antara FELDA United dan Kelantan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang semalam. 
Bagaimanapun, katanya kehadiran GGK itu sebenarnya dengan tujuan mengiringi pasukan Johor DT, bukan untuk persediaan andai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli menyaksikan perlawanan terbabit. 

“Saya ada tanya seorang pegawai GGK berpangkat mejar ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Bharu mengenai tugasan anggota terbabit.

“Mejar itu kata mereka ditugaskan untuk mengiringi pasukan Johor DT. Saya tanya, tak bolehkah iringi tanpa pakaian lengkap tetapi katanya tak boleh. Jadi saya kata okey, saya tak mahu halang.

“Saya juga tanya kepada setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim, siapa kenamaan yang akan hadir dan dia beri enam nama tetapi tiada nama Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor. 

“Pagi perlawanan saya tanya lagi, pun Suhairi jawab hanya kita-kita saja,” katanya.

Semalam akhbar melaporkan anggota GGK yang berada di stadium berkenaan, ditugaskan sebagai persediaan langkah keselamatan kerana Sultan Johor dilaporkan akan berangkat menyaksikan perlawanan pada malam itu.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kehadiran anggota yang berpangkalan di Kem Iskanar, Mersing itu bukan untuk mengawal atau menjaga pasukan Johor DT, sebaliknya sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP).


default

Hot ! Giliran Dr Asri persenda perkahwinan sah Fathul Bari ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Memalukan.. Perkahwinan yang sah disisi agama Ustaz Fathul Bari terus dijadikan isu dan dipersendakan .Kali ini giliran Dr Maza pulak komen di twitter dan menariknya dibalas segera oleh Fathul Bari. Apa niat sebenar Dr Asri? Adakah dia masih lagi berdendam kepada ulama muda ini?

default

hot! Najib & Rosmah hadir perkahwinan adik pemimpin PKR! !

on Friday, January 18, 2013 by Keris Pusaka
 - No Comments

Majlis perkahwinan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri.

Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indahmenjadipenyeri Dewan Merdeka Pusat DaganganDuniaPutra(PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.

Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri RosmahMansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.

Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.

Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.

Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringipaluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi SAW.

Pengantin lelaki yang mengenakansut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.

Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lainserta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78.

Pasangan ini mula terpaut antara satu samalainketikaUmmiHafilda berkunjung ke klinik Dr Zamanuntuk mendapatsuntikanVitaminC.

Tetamu 'tercuit' apabila DidieAliasdanFarouk Hussinyangbertindak sebagai pengacara majlismengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.

Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yangmerupakanwarga Pakistan kerana pandai mengambilhatiorang tuaterutama ibunya.

Mereka bernikah di Pakistan,minggu lalu.

Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan rayaumumnanti.

Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden PartiKeadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

Hot! Nik Aziz kecewa Pakatan tolak keputusan Majlis Syura

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Ini satu lagi bukti jelas Pas kini terperangkap dengan perjanjian  dalam Pakatan berhubung isu kalimah Allah  . Kenyataan Azmin umpama suara Anwar  dan  Dap yang mana tetap berpegang kepada persetujuan bahawa Pakatan membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam.

Nampaknya suara Majlis Syura ulama Pas dah tidak laku dalam Pakatan begitu juga dengan Nik Aziz.  Apa reaksi pencacai -pencacai Pas ? Nak ikut Pakatan ke Putrajya dengan benarkan kalimah Allah dijual atau ikut Majlis Syura ?


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

 Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan.

 “Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.

 “Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

default

Hot! Apa masalahnya Fathul Bari kahwin isteri No 2 ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Bila timbul isu perkahwinan ulama muda Umno  Ustaz Fathul Bari  kahwin bini No 2 di Selatan Thai , apa masalahnya ? Kalau  beliau berkahwin secara sah di sisi agama , ok la.

Ostat2 Pas pun kahwin 2-3 juga di sana secara senyap , jadi apa yang nak diherankan ? UFB bukannya amik duit Rasuah  atau ditangkap khalwat seperti Ostat Kaunseling 3pagi tu.

Cuma yang GPB tabik kat UFB, isteri keduanya adalah warga  Filipina bernama Maria Joy Erlado yang beragama  Kristian. Bukan senang nak mengislamkan seorang yang Kristian dan itu yang beliau  berkahwin di  Selatan Thailand.

Tentang rupa isteri UFB, GPB gerenti mesti lawa punya ...kalau yang kaki tengok drama sana tentu dah boleh bayangkan punya..haha...

Apapun Tahniah Ustaz Fathul Bari ...kalau ada petua tu Ustaz.,kongsi2 la dengan kami ni..hehe





p/s : gambar itu adalah Gadis Muslim Filipina... Mungkin muka macam ini kot?

default

Hot! Lagi demontrasi kalimah Allah di P.Pinang!!

by Keris Pusaka
 - No Comments




Selepas tiada langsung penarikan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung desakan kalimah Allah digunakan penganut Kristian , sebentar tadi NGO Jaringan Muslimin P.Pinang ( JMPP) melakukan demontrasi aman di depan kediaman TYT P.Pinang.
Mereka turut menyerahkan  memorandum  kepada  TYT  P.Pinang agar kalimah suci umat Islam ini dipertahankan.Selain itu, mereka juga mendesak agar pihak polis dan Menteri KDN mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng yang menimbulkan isu ini walaupun telah dijelaskan sebelum ini kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umatIslam
Ternyata ramai umat Islam di negeri sudah hilang sabar mengenai tuntutan Guan Eng dalam isu kalimah Allah ini.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Ii

default

Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku di Jelutong! !

by Keris Pusaka
 - No Comments


Semakin melampau!   Dalam masa Pas P.Pinang anggap isu kalimah Allah ini selesai, timbul pulak  gerakan untuk mengkristiankan pelajar Islam di sekolah melalui penyebaran bible.

Menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah salah mengikut  perlembagaan persekutuan.

Persoalannya, mengapa gerakan kristianisasi berani dilakukan secara terbuka  di P.Pinang? 

Mana pergi MAINPP memantau isu walaupun telaj berulang kali berlaku?  GPB mohon pihak polis menyiasat isu ini dan menangkap dalangnya.l

GEORGETOWN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

default

2 tahanan lolos masih lagi bersembunyi di P.Pinang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Polis Pulau Pinang percaya dua tahanan yang lolos dalam kejadian minggu lepas iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, masih berada di negeri ini.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, mereka tidak bergerak jauh dan masih bersembunyi di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.
"Operasi Kesan Gelugor masuk hari ke-11 hari ini dan gerakan memburu dua tahanan itu giat dijalankan dan kita percaya mereka masih berada di sekitar Pulau Pinang.
"Kita juga turut memperluaskan kawasan operasi ke Bagan Serai, Nibong Tebal dan sekitar utara Perak serta kawasan Bukit Mertajam di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.
Katanya polis juga percaya dua tahanan itu masih berhubung dengan beberapa rakan mereka bagi meminta bantuan makanan dan duit.
Abdul Rahim turut meminta mereka untuk menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan kerana tindakan dua tahanan itu bersembunyi hanya membuang masa dan tiada kesudahannya kerana polis tetap akan menahan mereka.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin lepas, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki mereka selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di sini pada Khamis.
Dua hari kemudian polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, pula menyerah diri di Pasar Awam Penanti manakala Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan di sebuah kafe Internet di Berapit di sini. - BERNAMA

default

Hot ! Penjelasan TMJ mengenai kehadiran anggota komando di stadium !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

 "Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

 Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

 Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

 "Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.



 Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

 Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

 Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda. Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan. "

Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama


** Dah nama pun pasukan termahal & elit bola sepak Malaysia ..mesti la kawalan kena elit juga ..itu pun TRW tak faham-faham lagi ..hahaha

default

Hot ! #Listen Sharifah Zohra akan jawab tuduhan di You tube

on Thursday, January 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.

“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lal

default

Hot! Pegawai Daerah kerajaan DAP didakwa cabul isteri orang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lalu. Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara jam 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.

 Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

 Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.

 Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes berkenaan. Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes. Roslan membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

default

Polis P.Pinang pantau sekolah direkrut jadi gangster !!

on Wednesday, January 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Polis sedang memantau kegiatan kumpulan kongsi gelap yang merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan mereka.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sejak sesi persekolahan bermula awal bulan ini, polis telah menerima beberapa laporan dari ibu bapa dan guru mengenai anggota kumpulan kongsi gelap menunggu di luar kawasan sekolah dan mempelawa para pelajar menyertai kumpulan mereka.
"Pemantauan sedang giat dilakukan dan kita telah mengerahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) supaya meronda di kawasan sekolah yang telah dikenal pasti di sekitar daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Phor Tay di Sungai Dua hari ini.
Beliau berkata, URB akan melakukan rondaan sebelum dan selepas waktu persekolahan bagi membanteras kegiatan itu. - BERNAMA



Komen GPB 


GPB menyambut baik pemantauan pihak Polis negeri diketuai  Ketua Polis Datuk Rahim Hanafi  di sekolah-sekolah mengenai kegiatan terbaru merekrut  menjadi ahli kongsi gelap dikalangan pelajar  .

 Ini juga hasil daripada maklumat ibubapa & guru  kepada pihak polis sekaligus membuktikan hubungan pihak berkuasa dengan rakyat berpisah tiada. 



default

Hot ! Pencacai Pakatan panas telinga kalau lihat video ini #HKR112 !!

on Tuesday, January 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Memang panas telinga punya pencacai-pencacai Pakatan kalau lihat komen daripada Datuk Ahmad Maslan yang mengulas mengenai HKR112 & himpunan shamsidar yang gagal minggu lepas.


 

default

Polis yakin 2 banduan lari bersembunyi di Permatang Pauh !

on Monday, January 14, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



TASEK GELUGOR -  Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini.
 
Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.
 
"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan
hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar.
 
Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.
 
"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.
 
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi.
 
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.
 
"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.
 
"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.
 
Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.
 
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
 
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
 
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama

default

Hot! Sebab Himpunan #HKR112 #KL112 gagal

on Sunday, January 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah kegagalan sebelum ia bermula, itu rumusan yang boleh dibuat.

Dan petang tadi, ia terbukti apabila kehadiran peserta tidak mencapai 10 peratus pun daripada jumlah asal yang dijanjikan.

Mungkin ini adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat agar jangan terlalu gelojoh meletakan angka dalam himpunan yang dibuat.

Itu adalah sindrom ‘over confident’ dan sindrom seperti itu kerap memakan diri.

Isunya mudah…bila anda mencanangkan jumlah satu juta…maka haruslah ia mencapai satu juta. Paling tidak setengah juta pun ok lagi…kata orang boleh tutup sebelah mata.

Bila tidak…maka apa ertinya? Ertinya ia sudah gagal. Semudah tu sahaja.

Sebenarnya HKR telah gagal dari hari pertama lagi…bukan hari ini.


Pemilihan Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung 30,000 orang sudah mencerminkan betapa penganjur sendiri tidak yakin dengan jumlah yang mereka canang.

Memang betul tidak ada stadium yang mampu menampung 1 juta orang, tetapi kalau guna stadium Bukit Jalil dengan kepasiti berkali ganda, nampaklah keyakinan penganjur dengan jumlah kehadiran.

Jangan bagi alasanlah di luar stadium ada ratusan ribu lagi apa semua…memang ada peserta tetapi tidaklah mencapai jumlah itu okay.

Poster dan macam-macam lagi pelekat dan t-shirt dengan gagahnya menyebut 1 juta rakyat…yang datang berapa…50 000, 60 000 atau 100,000 orang… itu bukan satu juta.

Persoalannya mengapa ia tidak mencapai jumlah itu?

Mungkin sebab ia mustahil…

Mungkin juga sebab pemilihan Mat Sabu sebagai bos HKR sendiri sudah mencerminkan satu kegagalan.

Tolonglah ok…Mat Sabu dengan tokey karpet Deepak Jaikishan rasanya setaraf aje.

Letaklah seorang yang benar-benar ada karisma…seorang yang bila dia berjalan pun orang dah rasa hormat..belum lagi masa dia bukak mulut.

Ini Mat Sabu…bukak mulut aje…lepas lima minit dah umum hendak kutip derma….tak salah…tapi bila Mat Sabu cakap;“Hari ini kita mahu kutip sekurang-kurang setengah juta ringgit.

“Kamu datang kamulah yang bayar,” ….what la you bro! Itu benda biarlah pengacara yang cakap..bukan bos program yang cakap.

Satu lagi….apa matlamat yang hendak dicapai hari ini…

Kalau ikut Mat Sabu nak capai kutipan setengah juta lah kan.

Dengar kata ada 8 tuntutan …antaranya memartabatkan bahasa kebangsaan…

Maaf yea…salah seorang jurucakap dari DAP siap sebut….Rakyat Jelita….bukan Rakyat Jelata.

Tuntutan yang dibawa tidak mencerminkan sebahagian peserta yang hadir. Nasib baik hanya 8 peratus sahaja yang hadir adalah dari kalangan ahli DAP, kalau tidak entah apa-apa istilah lagi yang akan didengar.

Kalau kita lihat dari segi tuntutan, ambil contoh Bersih…ia membawa satu mesej, tak kisah la mesej tu betul ke tidak, tapi yang penting satu benda…so orang senang faham.

Masa Bersih kita tak tengok orang persoalkan Apa…tapi lebih bertumpu kepada Kenapa…tapi di bawah Mat Sabu…ramai jugak yang bertanya Apa…apa objektif…apa sasaran…apa punya perhimpunan ni?

Kalau dilihatkan…apa yang hendak dipertontonkan ialah…kami pembangkang dan kami ramai penyokong…kami boleh berkumpul pada bila-bila masa.

Ok….

Namun bila berkumpul, semua isu yang diutarakan seperti royalti minyak dan alam sekitar adalah isu lama…isu yang sudah dijawab kerajaan berkali-kali.

Hakikatnya pihak pembangkang dilihat hanya mengemukakan isu-isu yang berbentuk harapan tanpa langsung menyentuh isu-isu berhubung kesepakatan dan kesekataan Pakatan Rakyat dalam hal seperti Kalimah Allah serta sikap DAP yang langsung tidak memberi muka kepada ahli Melayu dalam parti mereka.

Sayang…

Himpunan yang sepatutnya mencerminkan bahawa pembangkang dan Pakatan Rakyat benar-benar sudah mendapat sokongan majoriti dan bersedia untuk mengambil alih pentadbiran berakhir tanpa sebarang kesan yang abadi…di akhirnya yang tinggal cumalah Abby Abadi sahaja.- MyNewsHub-

default

Terkini ! Polis berjaya tangkap 2 banduan lari di Kubang Semang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Polis hari ini berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth. 
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, Mohamad Farid Akhtar, 24, dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, diberkas di dua lokasi berasingan di kawasan Kubang Semang di sini antara jam 9 dan 9.30 malam, hasil risikan dan maklumat awam.

“Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. Mereka yang masih diburu ialah Hamzani Harun, 37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39.

default

Terkini ! Ambang #KL112 buat Mat Sabu dah gelabah , sambutan hambar

on Friday, January 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Festival Rakyat: Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu ternyata gagal.

Himpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam masih lagi tidak berlangsung seperti yang dijadualkan.

Ini kerana, jumlah pengikut yang hadir pada himpunan pada malam ini tidak mencapai jumlah 500 orang seperti yang disasarkan oleh Pengerusi Penyelaras Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

Hingga kini, jumlah pengikut yang hadir dianggarkan tidak melebihi 200 orang.

Padang Kelab Sultan Sulaiman masih lagi lengang dan tidak diisi oleh pengikut-pengikut yang hadir.

Ketika ini, penganjur Festival Rakyat memaklumkan himpunan malam ini bermula jam 9.00 malam.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terpaksa meminta orang ramai yang berada dan berjalan di luar kelab untuk masuk ke padang memeriahkan himpunan Festival Rakyat.

Festival Rakyat diadakan malam ini sebagai upacara mengira detik #KL112 iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada hari esok yang bertempat di Stadium Merdeka.

Ceramah dalam festival sepatutnya berlangsung jam 8.15 malam.

Seramai 47 orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pengikut-pengikut HKR.

Antaranya seperti, Teng Chua, Cikgu Normala, Profesor Bala Subramaniam, Abby Abadi, Hairi Othman dan ramai lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.