Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku di Jelutong! !

on Friday, January 18, 2013 by Keris Pusaka
 - No Comments


Semakin melampau!   Dalam masa Pas P.Pinang anggap isu kalimah Allah ini selesai, timbul pulak  gerakan untuk mengkristiankan pelajar Islam di sekolah melalui penyebaran bible.

Menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah salah mengikut  perlembagaan persekutuan.

Persoalannya, mengapa gerakan kristianisasi berani dilakukan secara terbuka  di P.Pinang? 

Mana pergi MAINPP memantau isu walaupun telaj berulang kali berlaku?  GPB mohon pihak polis menyiasat isu ini dan menangkap dalangnya.l

GEORGETOWN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.