Hot! Jawapan Nasha mengenai kehadirannya bersama Najib di Gaza

on Saturday, January 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (gambar) menegaskan, beliau tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak khususnya dalam parti itu berikutan tindakan beliau menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, pada Selasa lalu.


Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.

"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian.

 Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Nasharudin mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam Pas yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.

Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong Pas dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Menurut Nasharudin, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.

"Sepanjang program lawatan ini diatur dan ketika dalam perjalanan ke Gaza, kita sama sekali tidak membincangkan soal politik Malaysia, apa yang kita bincangkan ialah apakah usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan sumbangan kita atas dasar sebagai seorang muslim bagi membantu Palestin," tegasnya.

Ditanya apakah beliau berhasrat untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan Pas berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri, Nasharudin berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dahulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan Pas yang faham. 

Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli Pas yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.

"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.

Mengulas hasil lawatan Najib ke Gaza, Nasharudin berkata, ia telah berjaya meningkatkan imej Malaysia sebagai model kepada Islam berbentuk praktikal dalam dunia moden ini.

"Malahan media-media Arab memuji keberanian Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Islam bukan dalam kalangan negara Arab masuk ke zon perang," katanya. -

"Kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin tetapi juga memberikan sumbangan-sumbangan bagi membantu mereka," katanya















© 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.