Majlis perkahwinan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri.
Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indahmenjadipenyeri Dewan Merdeka Pusat DaganganDuniaPutra(PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.
Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri RosmahMansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.
Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.
Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.
Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringipaluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi SAW.
Pengantin lelaki yang mengenakansut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.
Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lainserta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78.
Pasangan ini mula terpaut antara satu samalainketikaUmmiHafilda berkunjung ke klinik Dr Zamanuntuk mendapatsuntikanVitaminC.
Tetamu 'tercuit' apabila DidieAliasdanFarouk Hussinyangbertindak sebagai pengacara majlismengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.
Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yangmerupakanwarga Pakistan kerana pandai mengambilhatiorang tuaterutama ibunya.
Mereka bernikah di Pakistan,minggu lalu.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan rayaumumnanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden PartiKeadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.