..

..
Archive for September 2013

default

HOT ! HAIRIE MINTA PAS BANTU ARTIS PARTI , CERAMAH DAH KURANG KE ??

on Monday, September 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu. Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

 “Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

 “Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

 Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

 Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata. 

“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

 “Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

 Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah. “Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

 “Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya. Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

 Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

 “Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya. Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. -mStar

default

Markas SYIAH Gombak diserbu JAIS temui tilam & pelincir KY Jelly ??

on Sunday, September 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Syabas kepada JAIS yang menyerbu markas Syiah di lubuk mereka iaitu Gombak . Cuma yang menarik kali ini mereka menemui benda pelik iaitu   tilam & pelincir seperti KY Jelly di dalam bilik hubungan pendidikan antara Imam Syiah dan anak muridnya .

Apakah berlaku gejala maksiat seks atau liwat  disebalik ajaran Syiah ini ??




Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'. 

Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir. 

Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan. 

Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...- minaq jinggo-




JAIP Tahan Imam Disyaki Pengikut Syiah 


ROMPIN: Seorang imam dipercayai pengikut ajaran syiah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur dekat sini Jumaat. Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata imam berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lepas. Menurutnya, turut dirampas dalam operasi kira-kira 2 petang ialah beberapa buku dan peralatan dipercayai berkaitan dengan ajaran itu.

 "Antara barang yang dirampas ialah tiga ketul batu turba, sepaket tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dipercayai dari Iran," katanya kepada pemberita di sini Sabtu. Beliau berkata lelaki itu berdepan kemungkinan tuduhan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

 Ahmad Raffli berkata Pahang telah mewartakan pengharaman ajaran syiah pada 12 September lepas. Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ditahan, imam yang berasal dari Kelantan itu ada bersama anak lelakinya berumur 32 tahun manakala isteri imam itu dipercayai berada di kediaman mereka di Felda Selancar.

 Imam yang bertugas di ladang itu mendapat tauliah daripada JAIP sejak 20 tahun lepas, kata Ahmad Raffli sambil menambah lelaki itu dipercayai hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dengan tidak menyebarkannya kepada orang ramai. Imam itu dipercayai aktif menyertai aktiviti sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan ajaran itu serta kerap mengunjungi beberapa markas ajaran syiah termasuk di Gombak, Selangor.

 Ahmad Raffli berkata JAIP akan sentiasa memantau pergerakan mana-mana kumpulan atau individu yang cuba menyebarkan ajaran itu di negeri ini dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti mereka berbuat demikian. - BERNAMA

default

Apa yang pembangkang takut sangat pindaan PCA ? @Zahid_Hamidi

on Saturday, September 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan atau untuk menakut-nakutkan pihak pembangkang dan masyarakat sivil.
 
Ujarnya tujuan asasnya adalah untuk memerangi jenayah bagi ntuk memastikan keselamatan awam.
 
"PCA bukan undang-undang menggantikan ISA. Kuasa menteri juga ditiadakan kerana kerajaan komited untuk tidak memberi kuasa kepada menteri bagi mengelak kerajaan dituduh menyalahgunakan kuasa oleh rakyat.
 
"Kami tidak layan perbezaan yang dikemukakan oleh pembangkang tetapi kerajaan serius dalam mengawal atau membasmi jenayah.
 
"Pembangkang jangan buat andaian tidak tentu pasal. Saya ucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi sokongan pada pindaan undang-undang ini," katanya dalam satu forum pencegahan jenyah yang diadakan di Putrajaya hari ini.
 
Tiga pengamal undang-undang akan dilantik bagi mengganggotai badan pencegahan jenayah yang merupakan hakim mahkamah tinggi, rayuan yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

default

MANTOP ! VIDEO BINI MAT YO KURANG AJAR JADI BAHAN LAWAK SUPER SPONTAN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




 Video tentang kes panas Bini Mat Yo dengan Pak Guard rupa-rupanya telah menjadi modal artis pelawak negara dalam show Super Sponton . Ia dimulakan oleh Jep Sepah dan diikuti oleh Johan dan Nabil .

 Jom Layan ...class beb !!

 PAKCIK DAYUS.. PAKCIK... DAYUS PAKCIK DAYUS ..

.SAYA TAK BODOH SAYA TAK BODOH SAYA TAK BODOH ..


 

default

Rahmad tak mahu lagi jadi barua Melayu dalam DAP , umum keluar parti

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak pada Sabtu mengumumkan keluar daripada DAP berkuatkuasa serta-merta.
Tegasnya, keputusan itu diambil selepas menggambarkan kehadirannya dalam parti itu dalam tempoh singkat sebagai tragis dan tragedi hitam dalam hidupnya.
Rahmad juga berasa kecewa dengan kepimpinan parti yang diterajui Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
“Saya hilang kepercayaan terutamanya terhadap setiausaha parti, oleh itu, saya di sini mengumumkan keluar daripada parti berkuatkuasa serta-merta.
“Parti ini sentiasa menggambarkan ia parti berbilang kaum tetapi hakikatnya tidak. DAP bukan parti untuk orang Melayu.
“Sekumpulan kecil orang Melayu dipergunakan untuk menghidupkan teg parti berbilang kaum. Tiada satu kerusi untuk orang Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum yang lalu di Pulau Pinang,” katanya.
-mStar

default

UMNO P.Pinang bantu bela balu Arwah Koperal Zal Azri @dzainalabidin @NajibRazak

on Friday, September 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


UMNO P.Pinang terus membela orang Melayu di negeri ini walaupun ia ditadbir kerajaan Dap . 

Hari ini Dato Zainal Abidin Osman bersama pimpinan Umno negeri  hadir menziarah balu arwah Koperal Zal Azri yang terkorban ketika bertugas dlam  OPS Cantas  di Melaka baru-baru ini .

UMNO negeri juga turut menyampaikan sumbangan wang kepada keluarga arwah anggota polis  bagi meringankan beban  selain rawatan percuma di klinik untuk mereka . 

Syabas kepada Umno ..teruskan usaha membantu dan membela orang Melayu PP !



default

Nazri jawab isu anak dituduh beli rumah RM 7 juta !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi menepis tuduhan yang mendakwa anaknya memiliki harta di luar kemampuan.
Kali ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeluarkan kenyataan dengan bukti dokumen kononnya Mohamed Nedim Abdul Aziz membeli sebuah banglo berharga RM7.2 juta.
“Dia boleh beli istana, bukan masalah saya,” kata Nazri kepada wartawan apabila ditanya di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau kelihatan seperti terpinga-pinga mengenai tuduhan terbaru itu.
Pada mulanya Nazri seolah-olah terkejut dan bertanya: “Rumah apa?”
SAMM menerusi ketua penyelarasnya, Badrul Hisham Shahrin hari ini meminta Nazri menjelaskan bagaimana anaknya mampu memiliki hartanah mewah itu.
"Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglo anaknya ini.
"Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak?” katanya melalui kenyataan media.
Badrul juga tidak menolak kemungkinan wujudnya dakwaan itu berkait rapat dengan pemilihan Umno yang bakal berlangsung Oktober nanti.
Ini bukan kali pertama Nedim mendapat perhatian media.
Baru-baru ini beberapa pemblog mempersoalkan keputusan Nazri melantik Nedim sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Bagaimanapun, Nazri menjelaskan Nedim hanya dilantik sebagai pegawai penyelaras di kawasan Parlimennya di Padang Rengas dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
Tahun lalu pula, Nedim didakwa memiliki sebuah kereta mewah sumbangan ahli perniagaan kontroversi Michael Chia.
Bagaimanapun, Nazri menepis tuduhan itu dengan menyatakan beliau tidak “tidur” dengan anaknya.

default

Mengapa Dr Mazlan perlu disokong tanding Timb Ketua Umno Bahagian Prmtg Pauh ??

on Thursday, September 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 - Pengalaman ketika bersama Telekom Malaysia (TM) serta menjadi ahli Pas selama lebih 20 tahun akan digunakan sebaik-baiknya oleh Dr. Mazlan Ismail untuk membantu keperluan parti sekiranya menang dalam pemilihan UMNO bahagian bulan depan.  

Menurut Mazlan, keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dibuat kerana beliau yakin mampu menyumbang kepada parti serta mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

 Selain itu, pengalamannya ketika bekerjasama dengan jentera parti ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 juga amat bermakna dalam membantu memartabatkan lagi UMNO.

 "Saya yakin dengan sokongan dari akar umbi serta berbekal pengalaman dalam dunia korporat di Telekom Malaysia serta sebagai ahli Pas selama lebih 20 tahun boleh digunakan untuk membantu UMNO bahagian ini.

 "Malah, masa pilihan raya umum lalu, tempoh berkempen hanya 15 hari, namun saya berjaya menarik undi lebih 10,000 orang, jadi untuk pemilihan bahagian ini, kempen lebih lama," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Turut hadir ialah pengarang buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Mazlan akan berhadapan dengan penyandang jawatan itu, Datuk Nasir Abdullah dan bekas calon Barisan Nasional (BN) Penanti, Ibrahim Ahmad. -Utusan Malaysia

default

LAGI PENDEDAHAN ISTERI MAT YO MAKI & TENDANG PAK GUARD !!

on Wednesday, September 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 50 Comments




Mungkin telah ramai menonton video isteri pemain bola sepak kebangsaan kita iaitu Mat Yo bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan kerana dimarahi oleh pengawal keselamatan akibat kesalahan parking. 

Ramai yang berkata isteri Mat Yo ini sangat biadap kerana menghemburkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan itu. GPB tak terkejut pun kerana sebelum ini pun dia pernah maki Presiden KAFA seperti anjing . klik di sini

Menurut video berkenaan, Mat yo yang berada di luar kereta hanya mampu berdiri dan tidak melakukan apa-apa tindakan semasa pergaduhan. Mungkin beliau malu dengan orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut kot.

Lihat video pergaduhan isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan .  

Manusia ini bila dah kaya raya & senang ..mula lah angkuh & sombong dan angggap orang lain seperti pakcik guard ini seperti mat bangla  . 

 Kalau macam ini lah punya perangai bini di luar , macamana agaknya  di rumah ?? 

surat cinta utk isteri Mat Yo  







 Lihat juga video pengakuan Pakcik Guard ini mengenai kejadian dimaki & ditendang isteri Mat Yo



 

default

AYAHANDA BERANG GELARAN INI DILABEL GANGSTER !!

on Tuesday, September 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Masyarakat diminta tidak melabel gelaran 'ayahanda' sebagai gengster atau terlibat dengan aktiviti kongsi gelap hanya kerana nama itu dicemari oleh individu tidak bertanggungjawab.

Presiden Pertubuhan Persahabatan Malaysia (Sahabat), Syed Husain Al Shahab berkata, gelaran 'ayahanda' diberi oleh pertubuhan itu kepada seseorang individu bertujuan mengeratkan silaturahim selain memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara.

"Ahli pertubuhan ini dilarang sama sekali terlibat dalam aktiviti kongsi gelap atau rumah perjudian.

“Ahli akan diambil tindakan termasuk dilucut keahlian sekiranya tidak mematuhi larangan atau mengganggu perniagaan.

“Malahan kita sama sekali melarang ahli terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan pertubuhan,” katanya kepada Sinar Harian.

Begitu pun katanya, pertubuhan itu berhak menghantar perwakilan demi ukhuwah dan mempertahankan institusi beraja.

Syed Husain juga meminta masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada ahli pertubuhan itu menyalahgunakan kuasa atau terlibat dengan jenayah.

“Kami menyokong penuh usaha pihak polis membanteras jenayah dalam Ops Cantas dan tidak mahu mempertahankan ahli atau bersekongkol dengan aktiviti tidak bermoral yang pasti merosakkan keharmonian negara.

“Pertubuhan ini dibuat atas niat murni membantu ahli dan masyarakat dalam membina peluang perniagaan, kebajikan ahli dan membanteras ajaran sesat,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya meminta supaya pihak polis memantau kegiatan memberi gelaran 'ayahanda' palsu atau individu membeli pangkat kerana ia mencemarkan imej pertubuhan berdaftar.

default

Terkini ! Guan Eng akan dijatuhkan perwakilan DAP di pemilihan CEC ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ahli dan perwakilan DAP didakwa menolak kepimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.

“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.

“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.

“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.

“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.

Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri dipraktikkan untuk mencengkam parti.

“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.

“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katany

default

HOT ! KEMATIAN ANGGOTA POLIS OPS CANTAS JADI BAHAN LAWAK MACAI PAKATAN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pengorbanan anggota keselamatan Polis yang menjaga keselamatan negara terutama dalam OPS Cantas khas terus diperlekehkan dan dihina .

Terbaru seorang anggota Polis berasal dari P.Pinang terkorban ketika bertugas disebabkan  hentakan batu oleh penjenayah . Tetapi berita kematian arwagh  menjadi bahan lawak di facebook oleh tora-tora tua di bawah ini .







Nyawa anggota polis ini  tak  ada nilai ka ??  Polis pun manusia.. Polis pun insan biasa.. Polis pun ada perasaan.. Polis pun ada keluarga.. Ada anak bini..

Tolong hormat la sikit  ! Kalau jadi kepada keluarganya sendiri baru padan muka !


- Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.

 Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini. Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.

 "Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Shahrom berkata suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini. Beliau berkata serbuan ke kawasan kilang itu dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

 Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 "Zal-Azri telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai anggota polis dan baharu dua bulan ditukarkan ke bahagian itu berdasarkan perkhidmatan cemerlangnya sebelum ini di Alor Gajah," katanya. Raja Shahrom berkata Zal-Azri yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan dua anak.

default

Blogger Gay tua meroyan Pas nak bekerjasama dengan Umno !!

on Sunday, September 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com.
Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".
"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.
"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.
Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk  bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
    
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.  
    
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
    
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.  
   
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
   
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
Paparan berita mengenai kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno ini juga menjadi berita pilihan pembaca di Sinar Harian Online hari ini apabila ia berada di kedudukan teratas segmen '5 paling hot'.

default

Propaganda Komunis Chin Peng mati 16 Sept satu penipuan & dirancang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang. Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September). Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

 "Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

 "Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

 Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua. Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

 Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu. Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

 "Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

 Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UM




Di bawah adalah kenyataan Khairul Azwan Harun, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tentang isu Chin Peng kepala komunis :


Video : Chin Peng komunis


default

APA KEJADAHNYA TORA-TORA INI SUMPAH LAKNAT DI PWTC , MAHU MALUKAN PEMUDA UMNO ??

on Saturday, September 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





GPB nak tanya  siapa dia  tora-tora yang bikin panas hari ini  buat  sumpah laknat sempena  nak lawan KP UMNO Malaysia , Khairy Jamaluddin  ??  

Kalau setakat nak bersumpah laknat  hanya untuk  bikin provokasi di PWTC   dan cari  publisiti murahan  depan puluhan pihak  media , itu sebenarnya tak ikhlas . 

Agenda tora -tora ini bersumpah sebenarnya hanya nak malukan institusi Pemuda UMNO  . Kalau dia nak bersumpah tak   makan rasuah jika menang Ketua Pemuda  itu boleh hak dia tapi dengan menuduh semua keseluruhan institusi  Pemuda UMNO itu rasuah  itu sudah melampau !! SIAL !!

Perwakilan Pemuda perlu tolak tora-tora ni !!


Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.

Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.

"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.

"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.


Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.


default

Bukan 50 sen tapi 5 sen nilai Melayu dalam Dap !! @dzainalabidin

on Friday, September 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Seorang ahli DAP, Amran Ahmad berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Amran, yang merupakan anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor berkata, nilai tersebut sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti itu terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

"Perjuangan bapa saya dalam DAP, sejak-sejak mereka (DAP) menang, ada mereka hargai tak? Ada mereka nyatakan perjuangan bapa saya? Pernah mereka nyatakan nama bapa saya dalam DAP? Tak pernah.

"Bila mereka nak pakai, mereka nak tarik sokongan kaum India, mereka letak nama P Patto (timbalan setiausaha DAP). Satu apa pun perjuangan bapa saya dalam DAP tak disebut," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zulkifli sebagai berkata penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.

Dalam masa yang sama, Amran turut membidas parti itu yang enggan membuka penyertaan kepada ahlinya untuk bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini.  

"Saya ni ahli, sudah empat tahun.. pun tak bagi bertanding.  Mereka kata ini kongres la, nak pakai calon lama la.. Bagi saya itu semua mengarut. Itu semua satu cara untuk menyekat Melayu lain bertanding dan mengekalkan muka yang sedia ada. Itu saja," katanya sambil menambah, terdapat ramai lagi ahli Melayu yang kecewa ekoran tidak dibenarkan bertanding.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dalam sidang medianya pagi tadi berkata beliau kecewa dengan kenyataan Zulkifli.

"Kenapa sekarang? Saya kecewa dengan pemimpin lama yang membuat komen seperti itu ketika ini," katanya lagi.

Zulkifli adalah seorang daripada lapan calon Melayu yang akan bertanding bagi merebut jawatan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan hujung bulan ini.

default

Anwar kantoi cuba kaitkan Najib dalam Projek IC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sedia ada masih meneruskan pemberian kerakyatan kepada warga asing.
 
Menurut Najib, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menjalankan apa-apa projek sulit.
 
“Tak ada projek sulit yang kami lakukan dan apa-apa projek sulit adalah mengikut undang-undang negara dan dibuat berdasarkan perlembagaan negara kita,” katanya.
 
Anwar hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pemberian kerakyatan kepada warga asing atau lebih dikenali dengan jolokan Projek IC tidak wajar dipertanggungjawabkan kepada Tun Dr Mahathir semata-mata.
 
Menurut Anwar, projek berkenaan diteruskan ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

default

Abu Chin Peng : Pemuda UMNO sokong keputusan kerajaan , MCA boleh blah !! @khairykj

on Thursday, September 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) dibawa masuk ke Malaysia.

Beliau berkata tindakan membenarkannya hanya akan melukakan hati semua rakyat Malaysia terutama anggota keluarga, orang awam dan pihak keselamatan negara iaitu tentera dan polis yang terbunuh akibat kekejaman pihak komunis ketika zaman darurat dulu.

"Malah ia akan turut melukakan hati anggota keselamatan yang pernah berkhidmat pada waktu itu dan masih hidup sekarang," katanya di sini hari ini.

Khairy berkata mendiang tidak mengambil tawaran untuk kembali ke Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia selepas termeterai perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 di Hatyai, Thailand dahulu.

Mengulas cadangan MCA untuk membawa pulang sama ada jenazah atau abu mendiang, beliau berkata: "MCA boleh cakap apa saja mereka mahu dan itu kenyataan mereka...ini kenyataan daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia dan saya menyokong keputusan dibuat Perdana Menteri dan kerajaan".

Di Kuala Lumpur, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata keputusan kerajaan itu adalah tepat dan wajar.

Beliau berkata masih banyak rakyat negara ini yang membenci tindakan PKM yang membunuh kira-kira 10,000 orang, termasuk 5,900 anggota keselamatan pada zaman darurat dari 1948 hingga 1960.

"Semasa penglibatannya dengan PKM, Chin Peng banyak melakukan keganasan tanpa memikir perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) hari ini.

Mengulas tindakan pihak yang cuba mengagung-agungkan Chin Peng sebagai wira negara, pengerusi MCCC itu berkata golongan ini tidak tahu sejarah.

"Kalau tahu sekalipun, mereka buat-buat tak tahu sebab mereka ada agenda sendiri," katanya.

Di MELAKA, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kematian Chin Peng tidak sepatutnya diratapi atau ditangisi, malah rakyat Malaysia yang berbuat demikian boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara.

Beliau berkata keganasan terhadap rakyat Malaysia satu ketika dulu tidak boleh dimaafkan dan rakyat yang meratapi atau menangisi pemergian pemimpin komunis itu seolah-olah menyanjung keganasan yang dilakukannya.

"Kematiannya bukan kehilangan buat negara dan mereka yang menangisi kematiannya adalah mereka yang meredakan perbuatannya membunuh banyak rakyat Malaysia tidak berdosa.

"Banyak wanita menjadi balu, anak-anak jadi yatim disebabkan Chin Peng, adakah layak Chin Peng diratapi atau ditangisi terutamanya oleh generasi masa ini?," katanya dalam kenyataan.

"Pesaka menyokong penuh tindakan kerajaan yang menghalang mayat atau abu Chin Peng ditanam di negara ini," katanya.

Chin Peng, 88, yang tinggal dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada Isnin akibat sakit tua. - Bernama

default

HOT ! SEBAB WAJAH ANWAR BENGKAK TERBONGKAR !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Penampilan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini yang kelihatan lesu adalah disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.
Sumber memberitahu The Star bahawa Ketua Pembangkang itu tidak menjalani sebarang pembedahan seperti yang dilaporkan oleh media.
Sebuah portal berita melaporkan Anwar tidak sihat kerana mata dan pipi beliau kelihatan bengkak dan terdapat kesan jahitan di bawah telinganya.
"Tidak, tiada sebarang kesan jahitan. Dia hanya alah kepada beberapa ubat tetapi beliau kini semakin sihat," kata sumber.
Anwar kelihatan ceria apabila menghadiri permohonan pendengaran rayuan kes liwat di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan kesan bengkak di atas pipi kanannya.
Dalam perkembangan lain, sumber turut memberitahu Anwar akan bertemu Pope Francis I di Rome pada hujung bulan ini.
Difahamkan pertemuan itu adalah sebahagian daripada dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rome.



**

default

GILIRAN MELAYU PKR BANTAH KERAJAAAN BANTU EKONOMI BUMIPUTRA !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




PKR menyokong pendirian PAS berhubung Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan kerajaan. Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PKR senada dengan PAS kerana berpandangan setiap kaum wajar mendapat hak yang sama rata tanpa sebarang diskriminasi.

 "PKR menghormati dan menyokong pandangan itu kerana di pihak PKR sendiri, ianya sangat selari," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar perkarangan kamar mahkamah di sini hari ini.

 Terdahulu, PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ia hanya fokus kepada satu kaum sahaja. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.

 Mengulas lanjut Saifuddin berkata PKR juga sebelum ini telah mengeluarkan satu dokumen 'Agenda Ekonomi Malaysia' pada 2007 yang menolak pemberian bantuan berdasarkan kaum. Justeru katanya program yang diperkenalkan kerajaan itu tidak dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat yang memerlukan.

 "Itu juga tidak jauh berbeza dengan pendirian PKR yang pernah diungkap dalam satu dokumen, yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar pada 2007.

 "Dokumen yang dinamakan Agenda Ekonomi Malaysia itu menegaskan tentang keperluan Malaysia berganjak daripada pemilihan berasaskan warna kulit, kaum kepada tindakan berdasarkan keperluan," ujarnya.

 Kerajaan sebelum ini mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, berpayungkan MEB, yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Lima strategi utama itu adalah meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

default

Khairy tak gentar siapa pun nak tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO @KhairyKJ

on Tuesday, September 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya jawatan itu dipertandingkan dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu bertanding.

Khairy yang akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan berkata, beliau mengambil sikap terbuka terhadap pertandingan ketua pergerakan itu.

"Kita sudahpun buat pindaan perlembagaan empat tahun lepas dan tiada sekatan dan proses pencalonan untuk jawatan ketua pemuda ataupun untuk apa jawatan sekali pun," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penajaan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Golf Challenge di sini hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat beberapa individu termasuk anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, Akramsyah, yang mahu bertanding jawatan itu.
Mengenai saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menasihati pemimpin muda diberi peluang menjelang pemilihan parti, Khairy berkata, perkara itu memang diamalkan dalam parti sejak sekian lama.



** Jika anak Sanusi Junid iaitu Akramsyah secara rasmi sah mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 21hb ini ..

 GPB jangkakan satu pertembungan yang menarik   2 pemimpin muda dalam UMNO . 

Akramyah pasti akan cuba meraih sokongan solid penyokong Muhkriz & Khir Toyo jika mahu menang dengan jawatan Ketua Pemuda ini . Tapi harus diingatkan kali ini pengundian calon pimpinan Pemuda UMNO di Pusat atau Bahagian  dibuat perwakilan Pemuda  cawangan . 

Akram  pulak tidak begitu dikenali dikalangan ahli Pemuda berbanding KJ . 

Inilah kelebihan yang ada kepada KJ  dan kali ini beliau bertanding jawatan UMNO  dengan menjawat jawatan  Menteri .











default

VAT 69 nak sekolahkan macai PR agungkan Chin Penang pejuang negara !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Persatuan Veteran VAT69 Komando menyelar tindakan sebahagian ahli politik pembangkang yang mengangkat kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai gugurnya seorang pejuang negara.

Ahli jawatankuasa persatuan itu, Halim Ishak berkata, biarpun PKM menentang penjajah seperti Jepun dan British, namun PKM mempunyai agenda tersendiri.

Katanya, perjuangan PKM bukan untuk kemerdekaan negara tetapi menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

"Agenda mereka sudah jelas. Jika PKM ingin membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, mengapa pasukan Polis Hutan turut dibunuh?

"Adakah kumpulan ini perlu diangkat sebagai pejuang negara? Sudah tentu tidak kerana keperitan yang ditanggung oleh ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang tidak dapat digambarkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang mengangkat kematian Chin Peng sebagai pahlawan.

Mengulas perkara sama, Halim berkata, semua pihak seharusnya menjaga sensitiviti keluarga mangsa kepada kerakusan PKM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, biarpun bersifat peribadi.

"Sebagai ahli politik, mereka sepatutnya tahu keperitan ditanggung oleh keluarga mangsa terutamanya pasukan  keselamatan yang menggadaikan nyawa demi kedaulatan negara.

"Saya berpandangan, golongan ini perlu mengikuti program anjuran Veteran VAT69 Komando supaya beliau boleh 'disekolahkan' semula berhubung sejarah perjuangan pasukan keselamatan," katanya.

Semalam, Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober 1924.

default

Khairy jawab fitnah KBS guna RM650 ribu untuk jalan kaki ke Putrajaya

on Monday, September 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam Bos KBS sendiri  iaitu YB Khairy  sendiri telah menjawab tuduhan fitnah macai2 pembangkang di media sosial berhubung dakwaan kerajaaan berbelanja sebanyak RM650 ribu untuk program jalan kaki dari Besut ke Putrajaya oleh seorang ahli UMNO.

Khairy mendakwa tiada langsung wang rakyat/kerajaaan digunakan dan penajaan sebanyak RM650 ribu daripada pihak swasta .

default

Ulamak PAS sudah tak percayai tahaluf siasi dengan PKR

on Sunday, September 15, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib  mencadangkan agar PAS mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.


"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.


Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.



Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.


Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.


Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.


"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun.

default

TERKINI ! LELAKI INDIA UGUT BUNUH POLIS DITANGKAP !

on Friday, September 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

. - Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan, 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam.

Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu hadir di IPD berkenaan pada pukul 9.30 pagi ini.


Dalam kejadian itu, seorang individu yang menggelarkan dirinya Murugan Nagaretinam di laman sosial Facebook menulis kenyataan berbahasa Inggeris iaitu "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or IGP?" (Bolehkah seseorang mengupah penembak untuk menembak mati polis atau KPN?")


Kenyataan itu dipercayai dipaparkan susulan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, Melaka, semalam.


Berikutan itu, satu laporan polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada pukul 9.35 malam tadi bagi membolehkan siasatan dila


Artikel 

default

TERKINI ! TAHNIAH POLIS , BERJAYA TEMBAK MATI PENJENAYAH BERSENJATA !

on Thursday, September 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Syabas kepada pasukan  POLIS yang berjaya menembak mati penjenayah bersenjata hari ini .

Dah ada bukti senjata pistol ditemui di kereta  , lowyar2 pembangkang nak kata suruh polis tak ikut SOP lagi ke  ??



Pada jam lKurang 0920hrs @ 12/9/2013 berhampiran persimpangan lebuh SPA dan AMJ satu kejadian tembak menembak berlaku antara pasukan polis dgn 2 penjenayah yg menaiki m/kar jenis perodua myvi warna silver No pendaftaran Perodua 2698

- ketika pasukan sedang menjalankn rondaan telah terserempak dgn kenderaan dinaiki saspek dlm keadaan yg mencurigakan. Saya dan Pasukan cuba tahan m/kar tersebut setelah memperkenalkan diri sebagai polis dgn memakai jaket bertulis polis telah terdengar beberapa letupan dari arah dalam kereta saspek dan pada masa yg sama terlihat salah seorg memegang sepucuk pistol

- pasukan kemudian membalas tembakan sehingga tiada lagi ancaman keselamatan terhadap saya dan pasukan sehingga saspek berjaya di tumpaskan
- setelah pemeriksaan rambang dapati:-

1) Taruman a/l. Sp Perumal. Sivalingam kpt: 850928055641 ( dipercayai palsu)
Dipercayai kpt original
Selvam A/L Devadasan (Raja@cella)
Kpt:780313-01-6143
Alt:no14, Jalan Teratai 51, Taman Johor Jaya 81100 johor Bahru.

Semakan r/jenayah:
1) Gemas rpt: 264/97 sek.324kk - dihukum
2) Gemas rpt 193/03 sek. 379kk- Tangkap
3) PPA S.renggam 0000/07 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
4) PPA S.renggam 0000/08 Sek. POPC 7A (1)- Ditahan
5) Sungai Petani rpt 0000/08 Sek. POPC 4B- Dihadkan
6) Sungai Petani rpt 7466/09  Sek. POPC 4A (1)(f)- tangkap
7) PPA Machang rpt 0000/10 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
8) PPA Machang 0000/11 Sek. POPC 4 (1)- Ditahan
9) PPA Machang 0000/12 Sek. POPC 7B (1)- Ditahan
10) Desa Cemerlang rpt 6226/12 Sek.307 KK - Wanted

2) Sivanesan a/L kalaiarasu

Kpt: 881209055559
Alt: no 323 Jalan Merak  14 Taman Thivy Jaya seremban N.sembilan.
Rekod Jenayah:
1) Bandar seri jempol 1665/12 adb 15(1)a


- kenderaan yg digunakan
- Perodua 2698 No chasis PM2M302S002004096

- barang yg dijumpai didlm m/kar
2- sepucuk pistol jenis warna hitam dijumpai iaitu dikaki penumpang dan satu dibelakang badan pemandu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.