AYAHANDA BERANG GELARAN INI DILABEL GANGSTER !!

on Tuesday, September 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Masyarakat diminta tidak melabel gelaran 'ayahanda' sebagai gengster atau terlibat dengan aktiviti kongsi gelap hanya kerana nama itu dicemari oleh individu tidak bertanggungjawab.

Presiden Pertubuhan Persahabatan Malaysia (Sahabat), Syed Husain Al Shahab berkata, gelaran 'ayahanda' diberi oleh pertubuhan itu kepada seseorang individu bertujuan mengeratkan silaturahim selain memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara.

"Ahli pertubuhan ini dilarang sama sekali terlibat dalam aktiviti kongsi gelap atau rumah perjudian.

“Ahli akan diambil tindakan termasuk dilucut keahlian sekiranya tidak mematuhi larangan atau mengganggu perniagaan.

“Malahan kita sama sekali melarang ahli terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan pertubuhan,” katanya kepada Sinar Harian.

Begitu pun katanya, pertubuhan itu berhak menghantar perwakilan demi ukhuwah dan mempertahankan institusi beraja.

Syed Husain juga meminta masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada ahli pertubuhan itu menyalahgunakan kuasa atau terlibat dengan jenayah.

“Kami menyokong penuh usaha pihak polis membanteras jenayah dalam Ops Cantas dan tidak mahu mempertahankan ahli atau bersekongkol dengan aktiviti tidak bermoral yang pasti merosakkan keharmonian negara.

“Pertubuhan ini dibuat atas niat murni membantu ahli dan masyarakat dalam membina peluang perniagaan, kebajikan ahli dan membanteras ajaran sesat,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya meminta supaya pihak polis memantau kegiatan memberi gelaran 'ayahanda' palsu atau individu membeli pangkat kerana ia mencemarkan imej pertubuhan berdaftar.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.