..

..
Archive for February 2010

default

Majlis Belia Felda vs ANAK , PAS dalang dalam porak perandakan FELDA

on Thursday, February 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR: Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) akan menjadi ejen untuk memberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai Felda bagi memastikan tiada pihak yang cuba memecahbelahkan golongan muda membabitkan generasi kedua dan ketiga Felda di negara ini.

Presidennya, Anuar Abd Manaf berkata, ramai yang tidak memahami mengenai dasar serta peranan Felda dan MBFM khuatir ada pihak yang memberi penerangan salah mengenai agensi berkenaan.

Sebagai contoh, beliau berkata, kewujudan Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang didakwa ditubuhkan secara haram untuk mewakili generasi muda di tanah rancangan, dilihat pihaknya cuba untuk memesongkan pemikiran generasi muda dengan kenyataan yang boleh mengelirukan mengenai Felda.



Apa sumbangan pulak juak-juak PAS terhadap peneroka ?? PAS adalah dalang utama dan cuba menjadikan ini sebagai isu politik murahan mereka. Gabungan Anak- Anak Peneroka (ANAK ) merupakan pertubuhan haram tidak diiktiraf yang dianggotai peneroka pro PAS


Kita tidak mahu persatuan ini terus menerus melakukan perpecahan. Kita mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya sebarang gerakan memecahbelahkan perpaduan dan usaha mengancam keharmonian warga Felda melalui manipulasi fitnah dan penyongsangan fakta oleh Anak,” katanya pada sidang media dan penyerahan memorandum `Riben Jingga’ kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab, di sini, semalam.

Anuar berkata, jika dulu hanya pengerusi persatuan belia yang boleh menyertai mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), tetapi sejak tahun lalu, Felda membenarkan lima lagi wakil MBFM menyertai mesyuarat untuk menyampaikan hasrat dan suara orang muda.


Komen PB


PB bukan anak peneroka FELDA dan malah tiada saudara mara pun sebagai peneroka FELDA . Tetapi PB terpanggil mengulas dalam isu kerana merasakan kerajaan Pusat yang menubuhkan FELDA sejak daripada zaman Tun Razak hingga lah Datuk Seri Najib telah banyak berjasa kepada peneroka2 daripada Generasi Pertama di Lurah Bilut hingga lah Generasi ketiga hari ini . Setiap tahun DS Najib akan balik Pahang dan akan umumkan bonus kepada peneroka FELDA hasil daripada keuntungan peniagaan FELDA .

Tuduhan jahat peneroka2 FELDA yang berkiblatkan PAS ini menerusi pertubuhan haram Gabungan Anak-Anak Peneroka (ANAK ) adalah bermotifkan politik kononnya selama 50 tahun peneroka FELDA ditindas. Ini cakap pakai akal ke tak ?? Siapa tindas siapa ??

Ini lah nama manusia yang tidak tahu bersyukur . Sepatutnya mereka ini patut muhasabah diri seiring dengan usia yang makin bertambah dan hampir ke penghujungnya . Jasa-jasa FELDA cukup banyak kepada peneroka , tanah percuma untuk pertanian ,peluang peniagaan , pertanian , rumah percuma , biasiswa berlajar , insuran percuma , bonus setiap tahun semua mereka nikmati .

Dalam Al Quran sendiri , Allah pernah menyebut dalam beberapa ayat yang mana ramai manusia tidak berterima kasih kepada Allah dan sedikit sekali orang yang bersyukur kepada NYA . Bagi orang yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat Allah , mereka itu beruntung kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberiannya , sebagai firmannya bermaksud


" Dan ( ingatlah juga ) tatkala Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat ) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmat-ku ) , maka sesungguhnya azab-ku sangat pedih "


default

Lompat masuk PAS dibenarkan kerana kembali ke perjuangan Islam

on Saturday, February 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang ‘melompat’ dari parti lain untuk menyertai Pas dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

“Orang Melayu yang kembali kepada Pas, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,” katanya.


SinarHarian




Nik Aziz kembali dengan ayat putar belit serta kenyataan merapunya demi untuk meraih sokongan yang semakin lemah kepadanya.

Seperti biasa, Nik Aziz memanipulasi soal dosa dan juga pahala didalam membuat kenyataan. Yang terkini dari mulut longkang ulamak politik tua ini ialah berkenaan soal lompat parti.

Bagi Nik Aziz, sesiapa yang "lompat parti" untuk menyertai Pas adalah merupakan satu tindakan terpuji dan juga diibaratkan sebagai kembali kepada asal perjuangan Islam. Begitu juga dengan orang melayu yang masuk ke dalam parti tersebut, ianya dianggap balik kepada Islam.

Berlainan pula nasibnya bagi pemimpin yang "melompat" ke parti lain. Nik Aziz menyifatkan mereka ini sebagai telah melakukan satu dosa.

Nik Aziz nyata berhadapan dengan krisis penyakit nyanyuk peringkat kritikal apabila meyifatkan pemimpin yang "melompat parti" selain kedalam Pas, telah mengkhianati amanah rakyat dan juga menanggung segala dosa semua rakyat yang mengundinya.

Ini menunjukkan sikap double standart didalam pemikiran ulamak politik tua ini. Bagaimana pula seorang pemimpin yang melompat menyertai parti Pas tidak dikira sebagai menanggung dosa dan mengkhianati amanah rakyat? Apakah sesiapa yang masuk kedalam Pas akan terhapus segala dosa darinya?

Bagaimana pula Nik Aziz dapat menilai Pas sebagai sebuah parti Islam sebenar jika kemelut yang berlaku didalam Pas itu sendiri tak kurang hebatnya dengan yang berlaku didalam parti-parti lain di negara ini?

Rasuah, salahguna kuasa, salahlaku moral, dan juga penyelewengan pun banyak berlaku didalam Pas yang Nik Aziz labelkan sebagai sebuah parti yang mengungguli Islam itu. Nik Aziz sendiri terpalit dengan tuduhan "tajaan haji" dan juga penyelewengan pembelian kek harijadi.

Dan di Kelantan sendiri banyak pemimpin Pas terlibat didalam salahlaku penyelewengan tender balak negeri. Begitu juga dengan kes salah laku moral melarikan anak dara orang dan juga skandal "menyundal" dengan isteri orang oleh beberapa pemimpin Pas.

Siapa yang berani menafikan semua ini ?

Jadi, apakah KPI yang Nik Aziz gunakan untuk menilai Pas itu sebagai sebuah parti yang benar-benar berpolitik berlandaskan Islam? Apakah dengan hanya pemimpin berserban sebesar bakul sayur dan juga berjubah sebesar kelambu sudah boleh dikatakan parti Islam ?

Ataupun apakah KPI keislaman parti Pas hanya dinilai melalui ustaz-ustaz politiknya yang berceramah sambil menyelitkan dua-tiga kerat hadis yang dihafal untuk memenuhi kantung-kantung derma?

Dengan menyatakan bahawa Pas itu sebagai sebuah parti yang lebih Islam dari parti melayu lain, secara tak langsung Nik Aziz berbohong kepada dirinya sendiri dan juga kepada pencacai jemaah Pas yang taksub kepadanya.

Nyata bahawa Pas tak jauh bezanya daripada parti politik lain yang bermatlamatkan untuk meraih undi dan juga mengimpikan kuasa pemerintahan.

Cuma sedikit perbezaan dengan Pas ialah, individu seperti Nik Aziz tanpa segan silu telah memanipulasi Islam sebagai alat untuk kepentingan peribadinya didalam politik.

sumber : mykmu.net

default

Hj Hadi sayang kepada negara dengan menyelar campur tangan MP Australia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.
"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.
Mengenai cadangan Pas untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.
Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku. - BERNAMA

Komen PB

Kepada puak2 PAS, lihat sendiri Bapa Presiden PAS sendiri menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Yang pemimpin2 PAS yang lain dok kalut sokong 50 ekor beruk MP Australia yang mahu campur tangan negara kita pasepa ???

Nampaknya Hj Hadi sebagai seorang Presiden PAS telah menunjukan bahawa beliau lebih semangat patriotik kepada negara daripada pemimpin2 PAS dan PKR yang lain yg lebih seronok sokongan orang luar supaya campur tangan isu dalam negara kita.



default

Laporan Dr Pornthip bohong , tiada kesan cekik pada TBH

on Friday, February 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock berkata bedah siasat pertama dijalankan dengan baik.

Dalam keterangannya hari ini, Shahidan (kanan) juga berkata kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur mangsa pula konsisten disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.

Menjelaskan lagi pendapatnya mengenai kecederaan pada dubur Teoh, Shahidan berkata: "Kecederaan pada bahagian tersebut adalah sebahagian daripada peristiwa jatuh, sebab patah dan corak-corak (kecederaan) mencadangkan ia begitu.

"Sebab, kalau kecederaan di bahagian belakang telah berlaku lebih awal, pada pendapat saya jenis kecederaan yang akan dialami Teoh mungkin akan berlainan. Saya merujuk kesan kecederaan yang lain juga adalah sama dan berlaku pada masa yang sama.

"Pada pendapat saya jika Teoh telah diperlakukan (ditembus) demikian peristiwa jatuh tersebut mungkin tidak boleh digambarkan kerana kecederaan di bahagian dubur itu agak hebat," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan laporan bedah siasat pertama yang dijalankan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberker yang mengatakan Teoh meninggal dunia akibat kecederaan berganda kerana terjatuh dari tempat tinggi.

"Mereka berdua telah menjalankan kerja dengan baik dan jika diberi kepada saya sukar untuk saya memberi laporan sebaik itu. Saya bersetuju dengan bedah saisat mereka," katanya.

Shahidan juga mempertikaikan laporan ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand yang berkata lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Sebaliknya, ahli patologi yang membuat bedah siasat kedua itu berkata jika dicekik, kesan lebamnya akan ketara secara tidak sama rata. klik di sini selanjutnya

default

Idham Lim hina orang Melayu

on Thursday, February 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 12 Comments



Betapa hinanya Melayu di kacamata seorang Adun Cina mualaf bernama Khalil Idham Lim. Dia lupa agaknya bahawa kemenangannya di DUN Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu.

Hina sangat Melayu hingga Idham melebalkan bangsa itu sebegini - “Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul”.

Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu itu disiat-siat lagi oleh Cina mualaf ini dengan ayat “Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.

Setelah disiat dengan rakusnya, Adun Pas itu mencincang pula daging Melayu yang dah hampir lumat itu dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam)”.

Penghinaan dan cacian Adun Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu – tak kiralah Melayu itu menganut ideologi Umno, ideologi PKR, ideologi DAP, ideologi Gerakan, ideologi PBB, ideologi PBS, ideologi Nahdatul Ulama malahan ideologi Pas.

Idham yang mengenal Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu ini, telah ratusan tahun menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tata susila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama dan adat sebangsa.

Apakah Idham mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ dan umara’?

Terlalu canggung apabila Idham yang Cina itu menyifatkan “UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'”.

Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia.

Tetapi sebaliknya dia merasa dirinya sebagai Cina telah terhina hanya kerana seorang pemimpin Melayu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah kediaman rasmi milik rakyat. Sebagai seorang Cina, dia sepatutnya tahu membezakan manakah perayaan agama bagi kaumnya, dan mana pula perayaan budaya.


Kokok siang pandang-pandang, kokok malam dengar-dengar.

Catatan Idham Cina mualaf itu boleh dibaca diblognya Cina Islam di sini

sumber : wangsa setia

default

"Australia ,,, Mind Your own business "

on Wednesday, February 17, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment









KP Pemuda UMNO Khairy memimpin sebagai protes terhadap Australia





salam my friend dulu ..











Hari ini Pemuda UMNO ,bersama MIC , PPP , Makhal Sakti , PERKASA , NGO- NGO dan blogger menyerahkan memorandum menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal kehakiman negara .

Syabas kepada Pemuda UMNO kerana telah menunjukkan keberanian sebenar . Jangan takut dan kita gegarkan suara rakyat yang cinta kepada negara ini demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada campur tangan negara asing . Tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang menghantar memorandum kepada kerajaan Malaysia ini menunjukkan negara Kangaroo ini telah mencerobohi batasan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka seperti Malaysia .

Penyerahan memorandum di kedutaan Australia ini merupakan amaran keras oleh rakyat Malaysia kepada negara itu supaya menghormati kedaulatan negara Malaysia .


"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," Khairy Jamaluddin KP UMNO Malaysia


"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini. Ini ingatan keras kepada semua Anggota Parlimen Australia," Presiden Makkal Sakti

"Kita meminta dengan sekeras-kerasnya. Mereka tidak ada hak mencampuri negara Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba mencampuri, kita akan memberi tentangan yang tidak ada hentinya. Kita adalah negara berdaulat.Mana-mana pihak berhak untuk menyuarakan (pendapat), tapi pada kita apa yang dikatakan ialah tempat dan masa yang salah," Datuk Bung Moktar Raden , Ahli Parlimen Kinabatangan







default

Bila jutawan Melayu diangkat seperti orang terkaya di Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apabila Malaysian Business menyiarkan 40 orang terkaya di Malaysia di dalam majalahnya , PB lihat blogger2 pencacai PAS , media haprak daily dan malaysiakini jelas menumpukan nama anak Tun M , iaitu Mohkzani Mahathir dan Datuk Seri Nazir Razak sebagai orang terkaya .

Sepatutnya orang yang paling terkaya lah yang sepatutnya menjadi tajuk utama contohnya " Robert Kuok kekal terkaya di Malaysia " . PB pelik mengapa PAS dan Malaysiakini lebih mahu menonjolkan jutawan Melayu yang ke 20 dan 40 ??

Begitu berlambak jutawan Cina yang kaya raya iaitu lebih daripada separuh 40 orang terkaya di Malaysia , mengapa jutawan Melayu ini diangkat seperti orang terkaya di Malaysia ??

Jika kita baca Malaysiakini lagi , macam haram la dia menceritakan kekayaan Mohkzani Mahathir dan Nazir Razak dulu di atas, dan nama Cina yang kaya seperti Robert Kuok dan Ananda Krishnan terletak di bawah sekali .

Mereka ini memang sengaja mahu sensasikan kekayaan Mohkzani dan Nazir kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan dengan pemimpin negara iaitu Tun M dan DS Najib Tun Razak .

baca juga cerita disebalik 40 orang terkaya ini

Bekas rakan kongsi bapa Anwar Ibrahim merupakan individu ke 3 terkaya di Malaysia

Kekayaan terus meningkat walaupun di tindas

default

UMNO Selangor bantu Sdr Bakri yang koma dilanggar Adun DAP

on Tuesday, February 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Selepas beberapa hari ini didesak oleh pelbagai pihak termasuk blogger kepada pemimpin UMNO di atas sana mengenai nasib pelajar Melayu Sdr Bakri yang terlantar di hospital kerana cedera parah dan koma selepas dilanggar oleh Adun DAP Selangor Ng Suee Lim , semalam UMNO Selangor hadir ke hospital melawat dan menghulurkan sumbangan .

UMNO Selangor menerusi Ketua Penerangannya Datuk Abd Shukur menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM 2000 kepada Bakri termasuk juga sumbangan RM 500 daripada Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor.Selain itu, UMNO Selangor juga berjanji akan memberi bantuan kepada Bakri bagi meringankan beban ditanggung keluarganya dan perkara ini akan diputuskan oleh perbincangan dengan PM Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi UMNO Negeri Selangor .


Syabas kepada UMNO Selangor di atas keprihatinan mengenai nasib yang menimpa Sdr Bakri ini . Nak harapkan kepada bantuan daripada kerajaan negeri Selangor , jika isu ini tidak membawa kepada kebaikan untuk mereka , jangan harap lah !!! Kes TBH dan Kugan mereka boleh lah support kerana isu ini dijadikan modal politik bagi mereka untuk hantam kerajaan balik .

Kepada semua pemimpin2 UMNO , jangan hanya melaungkan UMNO Juara Rakyat dengan membuat karnival sahaja , pergi la turun padang dan lihat masalah rakyat di kawasan masing -masing yang masih lagi memerlukan bantuan . Duit peruntukan itu ada semuanya masuk bahagian setiap bulan dan guna lah untuk membantu rakyat. Jangan dok cakap pulak tak ada peruntukan dan selepas itu senyap simpan .



default

Tiada dana upah driver sebagai alasan punca kemalangan

on Saturday, February 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Laporan Merdeka Review hari ini membela ADUN Sekinchan yang dituduh mabuk melanggar seorang mahasiswa yang bermotorsikal mengakibatkan beliau koma tanpa sedarkan diri sekarang.

Amat lucu apabila diberitahu ramai ADUN Pakatan tidak mempunyai dana untuk mengupah driver oleh itu kemalangan di kalangan wakil rakyat pembangkang tidak dapat dielakkan.

Merdeka Review melaporkan;

Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa kemalangan-kemalangan yang melibatkan wakil-wakil rakyat bukanlah perkara yang baru, lebih-lebih lagi untuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang selalunya memandu sendiri dan jarang-jarang ada yang mengupah pemandu peribadi atas sebab kekurangan dana.

Bakri masih dalam koma

Kalau begitu hampir 12 juta pengguna jalan raya di Malaysia sudah berlanggar sesama sendiri kerana tidak mampu membayar driver. Belum lagi pernah saya dengar orang terlibat dalam kemalangan memberi alasan punca adalah kerana tidak mampu membayar driver. Bagaimana lah orang yang mempunyai akal sebegini boleh jadi wakil rakyat.

Ng cuba membela diri dengan mengatakan beliau sebelum ini pernah terbabit dengan kemalangan semasa memandu proton Wira 1.5 dengan motorsikal yang ditunggang Melayu.

Saya sendiri yang memandu kereta Proton Wira 1.5 Manual juga pernah terlibat dalam dua kemalangan kecil yang melibatkan penunggang motosikal berketurunan Melayu. Yang pertama berlaku di Shah Alam apabila penunggang motosikal meluru keluar dari satu persimpangan jalan dengan lampu isyaratnya gagal berfungsi pada waktu kejadian.

Yang menarik di sini, mengapa Ng harus menyebut “berketurunan Melayu”?

Seterusnya Ng hanya membuat laporan polis terhadap penulis blog yang menuduh beliau langgar lari, namun beliau tidak pula buat laporan polis tentang laporan penulis blog yang mendakwa beliau mabuk semasa memandu kenderaan tersebut. Mengapa tiada laporan polis dibuat di atas pertuduhan mabuk itu? Apakah maksudnya memang benar Ng sedang mabuk?

Sekarang fahamlah kita mengapa ADUN Sekinchan terbabit dalam kemalangan tersebut. Pertama kerana tidak mempunyai driver dan yang kedua kerana yang menunggang motosikal itu Melayu. Kalau bukan Melayu yang menunggang motosikal pada hari itu dan beliau mempunyai driver, mungkin kemalangan tidak akan berlaku

Juga baca laporan blogger Khairul Rizal yang melawat sendiri Mohd Bakri, yang didakwa Mat Rempit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

sumber : WBH

default

Mana keadilan untuk Sdr Bakri yang dilanggar Adun DAP ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Dia minta keadilan untuk TBH, tapi siapa nak minta keadilan untuk budak Melayu
yang dia langgar lari semasa dalam keadaan mabuk tu? Siapa nak tolong? Ronnie Liu?


Nasib pelajar Melayu yang dilanggar oleh ADUN DAP Sekincan Ng Sue Lim




Bagaimanakah masa depan pelajar Melayu ini yang menjadi mangsa pemandu mabuk Adun Sekincam yang pernah menuduh Dr Khir Toyo memiliki rumah bernilai 24 juta ringgit ?

Jika terbukti dia mabuk ketika memandu, sah dia bersalah dan sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat yang bertanggungjawab dia hendaklah meletakkan jawatan segera.

Selalunya Pakatan Pembangkang lah yang sentiasa mendesak Adun atau MP Barisan Nasional supaya meletakkan jawatan jika ada kesilapan pada mata mereka.

Hari ini Allah telah tunjukkan bala telah menimpa orang yang fitnah Datuk Seri Khir Toyo . Sehingga kini, hanya UITM akan membantu keluarga dan Sdr Bakri dari segi kos perubatannya di hospital ketika lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah . Mana kerajaan negeri Selangor ?? Tak kan TBH dan Kugan sahaja kot dibantu ??

Kepada rakan2 blogger , kita tunjukan sokongan kita menuntut keadilan untuk Sdr Mohd Bakri !!


link
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2010/02/adun-sekinchan-ng-sue-lim-mabuk-dan.html

MANGSA LANGGAR OLEH ADUN SEKINCAN YANG DIKATAKAN MABUK

Mana Keadilan Untuk Mohd Bakri!! Ng Suwey Lim!! Jawab!!

default

Laporan polis terhadap Lynette Lincoln hina Nabi Muhammad dalam facebook

on Thursday, February 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



MOHAMAD Faizal Abdul Raub menunjukkan laporan polis yang dibuatnya mengenai facebook yang menghina Nabi Muhammad di Balai Polis Travers, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Seorang pegawai eksekutif sebuah syarikat keselamatan hari ini membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mohamad Faizal Abdul Raub, 29, berkata, dia terpanggil untuk membuat laporan polis itu selepas dimaklumkan oleh isterinya tentang komen yang dibuat oleh wanita terbabit dalam laman sosial tersebut pada 8 Januari lalu.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Travers di sini kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mohamad Faizal ketika ditemui di pekarangan balai polis berkata, sebagai umat Islam dia merasakan perlu membuat laporan polis kerana komen wanita itu boleh menimbulkan kemarahan dan menggugat ketenteraman kaum di negara ini.

"Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap wanita yang menamatkan dirinya Lynette kerana menghina pemimpin agung umat Islam," katanya.

Menurut Mohamad Faizal, isterinya yang mempunyai rangkaian dengan rakan-rakan Lynette mengesan komen itu dalam Facebook baru-baru ini dan memaklumkan kepadanya semalam.

Tambah beliau, Lynette dikatakan telah menutup akaun atas nama itu dalam laman sosial tersebut dan membuka akaun baru dengan nama Mary Lou.

Dakwa Mohamad Faizal, dalam akaun baru yang dibuka oleh Lynette, wanita itu ada menyatakan permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Komen PB

Syabas anak muda bernama Faizal yang terpanggil membuat laporan polis terhadap penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w oleh wanita yang menamatkan dirinya Lynette. Faizal adalah bagi PB adalaah pejuang Islam sejati dan berani mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad bukannya seperti sebuah parti itu yang hanya kononnya pejuangkan Islam tetapi bacul dek kerana menjaga hati sekutu mereka DAP.

PB harap Menteri Amaran Dalam Negeri cepat-cepat tangkap orang seperti ini . Jangan biarkan ada orang seperti ini cuba mencetuskan isu sensitiviti agama dalam negara kita


default

Nizar boneka DAP hina Mahkamah selepas kalah 5 - 0

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Akhirnya pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar menuju penamat apabila Mahkamah Persekutuan semalam memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau sendiri yang memilih Sistem Kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian kemelut politik di Perak. Dia yang membawa kes ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dan “mohon derhaka” terhadap pelaksanaan bidang kuasa Sultan Perak.

Nizar juga yang menimbulkan polemik, bersidang bawah pokok dan berceramah selama ini untuk meraih simpati sebagai asas pengadilan daripada orang ramai.

Keputusan diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.

Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.

Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.

Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.

Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.

Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas.

Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Berikut kenyataan Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan dan reaksi Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamuddin.

Saya melihat kenyataan Datuk Seri Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah.

Kenyataan Datuk Seri Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.

Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Justeru Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu :

1) melantik Menteri Besar
2) membubarkan Dewan Undangan Negeri

Justeru itu apabila Datuk Seri Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Datuk Seri Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.

Berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Nizar lah yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut.

Apa yang dinyatakan Datuk Seri Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.

Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah.

Dalam kes Nizar lawan Zambry ini telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Datuk Seri Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majority di Dewan Undangan Negeri, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang atau pun membuat representasi kepada Sultan Perak jika ada asasnya.


Petikan dari blog Dato Hafarizam

baca juga di sini Nizar jadi

pengemis kepada kerajaan Perak
bodoh bangang Nizar

default

Sokongan kepada blogger Jeffry Damien

on Wednesday, February 10, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



oleh Mat Rempit 1 Oren


Blogger kreatif yang telah didakwa oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan, petang semalam telah menyerah diri ke balai polis Permas Jaya. Laporan penuh dapat dibaca di The Star Online, di sini.

Buat Jeffry Damien pemilik blog Dimensi, doa kami rakan-rakan bloggers seperjuangan sentiasa bersama anda dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda mengatasi dugaan ini.

Amin..

Cabaran Pada PAS Jika Benar Adil

Hoi PAS kalau berani buat laporan polis pada blogger dan kartunis PAS yang menghina pemimpin negara seperti Zunar. Itu pun kalau beranila.. Kalau lu orang tahu apa makna keadilan sebenar yang korang tipu pengundi korang kat ceramah tu.

Buat laporan Polis pada blogger PAS, Bawean Termenung ini jugak yang buat gambar menghina Nik Aziz dengan menggambarkan Nik Aziz menendang Hassan Ali seperti di bawah ini.




Ini bukti Screen Shot blog dengan alamat blog die sekali tertulis dalam tu.




Amacam ada berani tak Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan?

Takkan nak buat laporan sekerat-sekerat kot. Ni hina dan fitnah Nik Aziz dan pemimpin PAS ni.

Gua janji dan sanggup sebulan tak makan nasi la kalau Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan buat report pasal gambar kat atas ni.

Gua dan rakan-rakan blogger tunggu.

Ada berani?

Sumber dari Blog UMB




Blogger PAS Monaz muslim
ini juga menghina
pemimpin Islam . Mana Pemuda UMNO ??
pergi lah buat report polis di atas gambar
yang menghina PM ini

Komen PB

Wahai pencacai PAS ada berani ke buat report gambar Nik Aziz ini ?? Jangan bersikap double standard dan senyap jika ada blogger PAS sendiri menghina ulama No 1 PAS ini .

Pejuang bangsa menyokong blogger Jeffrey Damien !!!

default

Adun Sekinchan Ng Sue Lim mabuk dan langgar pelajar Melayu ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Dia minta keadilan untuk TBH, tapi siapa nak minta keadilan untuk budak Melayu
yang dia langgar lari semasa dalam keadaan mabuk tu? Siapa nak tolong? Ronnie Liu?



ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.

www.selangordaily.com

Komen PB

PB harap pihak polis Selangor di Seksyen 11 Shah Alam jalankan siasatan ini telus dan adil . Jangan takut dan tunduk kepada tekanan oleh Pakatan Rasuah Selangor ini bagi mempertahankan pemimpin mereka yang sudah melakukan kesalahan undang2 ini . Pemimpin2 DAP yang chauvinist sepert ini tidak harus kita lindungi atau diberi muka undang-undang.

Buat pimpinan UMNO SELANGOR di atas sana , kenapa tak reti-reti lagi ke membela nasib pelajar Melayu yang koma ini ?? Tak kan nak tunggu arahan Najib kot baru nak pergi melawat keluarga ini .
Datuk Noh , Ketua2 Bahagian UMNO Selangor mana pi ?? Kata sudah jadi UMNO Juara Rakyat ???

Kepada Pakatan Rakyat pulak terutama PAS, mereka ini memang tidak akan melakukan pembelaan terhadap nasib malang pelajar Melayu ini kerana mereka hanya membela jika ada political milleage terhadap parti mereka . Tambahan lagi , ada pulak penyokong mereka cakap kita hanya membela Islam sahaja bukan bangsa Melayu .


PB juga setuju denga pandangan rakan blogger Pisau bahawa bayangkan lah jika yang dilanggar itu seorang pelajar berbangsa cina atau india,dan yang melanggar itu seorang Adun dari BN,apa akan terjadi? Pasti melompat punya puak2 chauvinist DAP dan beberapa pemimpin PKR dan PAS akan bising satu Malaysia mendesak Adun BN itu meletakkan jawatan .

Jadikan kes Teoh Beck hock sebagai contoh cukup la bagaimana sikap puak-puak berfikiran komunis dan chavinist ini menuduh SPRM bersalah sampai sanggup tunjuk perasaan dan dijadikan isu politik mereka . Ini kes sekarang Adun DAP langgar pelajar Melayu sapa nak bela ?? Awal2 lagi mereka dah salahkan pelajar Melayu ini .

Itu pun ada lagi Melayu dalam Pakatan yang masih lagi buta dan mengagungkan DAP chauvinis dan ultra kiasu ini . Mati hidup semula pun DAP tak kan tolong bela Melayu !!



default

Penulis blog sifatkan mental pemimpin Pas lemah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KOTA BHARU: Kelompok penulis blog menyifatkan laporan polis yang dibuat wakil Pas Kelantan, ekoran ilustrasi grafik Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, sebagai bukti kelemahan mental pemimpin pembangkang apabila mereka diserang balas.
Mereka mendakwa serangan politik versi seni itu dimulakan penyokong pembangkang sendiri sejak 10 tahun lalu menerusi pelbagai gambar penghinaan dan superimpose yang cuba memusnahkan peribadi pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pas Kelantan sudah panas, mereka tidak faham perang media versi seni. Selama 10 tahun, kita banyak dihidangkan pelbagai gambar penghinaan yang cuba memusnahkan pemimpin Umno dan BN.

“Ada kartunis propakatan yang menggunakan sepenuhnya media seni ini untuk menghancurkan kredibiliti maruah pemimpin Umno dan BN, namun satu laporan polis pun tidak pernah ahli Umno lakukan,” kata pengendali blog GAP.

GAP menyifatkan, Pas Kelantan kini tidak dapat menerima bidalan 'pulang paku buah keras' apabila pengendali blog muda menyerang balas pembangkang.

Blog Cucu Tok Selampit berkata, Nik Aziz sepatutnya menasihati penyokong pembangkang yang selama ini banyak menghina ketua negara menerusi pelbagai kaedah sama.

“Apabila ahli pakatan haram, sering kali membuat kartun jenaka sinis berbentuk fitnah, juak-juak pakatan bertepuk tangan.

“Bila kena dengan batang hidung sendiri, baru tahu betapa sakit dan peritnya. Baru tahu hendak membuat komen. Saya ingin bertanya kepada Nik Aziz, apakah yang dilakukan terhadap pemimpin negara dikira halal?,” katanya. - Berita Harian -

default

Tahniah Dr Zambry sebagai MB Perak yang sah !! 5 - 0

on Tuesday, February 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Turut bersidang ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Zambry bagaimanapun tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-10 di pejabat Perdana Menteri sempat memberi reaksi segeranya dengan menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan .

Dalam pada itu ketika ditemui media, Mohammad Nizar berkata, beliau menerima dan menghormati keputusan berkenaan.



Penyokong Zambry yang berdoa tanda kesyukuran selepas
diumumkan Dr Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah .


penyokong Zambry berbaju kuning yang sedang menunggu keputusan
mahkamah dengan penuh sabar

default

Selepas setahun seruan Anwar Ibrahim harus bertaubat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Hari ini sudah genap setahun Karpal Singh menyuruh Anwar Ibrahim bertaubat,cukuplah kekacauan dan memberi masaalah kepada negara. Tetapi hari ini Karpal pula yang membela Anwar di makhamah dalam isu liwat Anwar -Saiful .



Hari ini juga menyaksikan Karpal memohon agar hakim disingkirkan, tetapi harus diingat,Karpal Singh juga harus disingkirkan ,pendakwaraya harus memohon agar Karpal Singh disingkirkan kerana beliau sendiri membuat kenyataan di parlimen dahulu zaman Tun M menjadi PM bahawa Anwar terlibat dalam kes liwat : baca hansard parlimen :klik sini

Mungkin ramai anak muda lupa bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. (Baca Hansard Parlimen 1997 yang ada ucapan Karpal Singh sini)


kenapakah Karpal Singh sendiri berkata Anwar Ibrahim tidak bermoral?

Adakah Karpal tahu Anwar benar benar melakukan liwat?

baca juga di sii portal berpengaruh PAS menyatakan karpal ada motif politik menjadi peguambela Anwar .

default

PAS double standard !! PAS buat kartun jenaka terhadap BN boleh , tetapi jika kutuk mereka haram & berdosa .

on Monday, February 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Puak pakatan haprak kepanasan apabila kartun dan imej mereka menjadi bahan lawak dan dikartun oleh sahabat blogger jefrey.

Yang terbaru Haprak Daily akhbar lidah bercabang PAS menyiarkan laporan polis dibuat keatas sahabat blogger jefrey damien kerena mereka berasakan terhina apabila gambar seksi dan wali selipar sedang makan "kek" disiarkan.

Haprak Daily-Nik Aziz Kesal lakaran Blog Cuba Mengaibnya


KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.



Laporan polis dibuat telah mengesahkan genetik ahli PAS mempunyai naluri pondan,hati mudah tersentuh dan akan meracau jika mereka diserang,walhal selama lebih 12 tahun mereka menghina,fitnah dan caci maki para pemimpin UMNO dan BN melalui lakaran dan imej kartun,masih ingatkan anda gambar Tun Mahathir memakai baju paderi dan firaun?,sedikit sekelumit mereka tidak berasakan rasa mereka akan menjadi bahan pada satu masa kelak.Roda sudah berputar,ingatlah,kami blogger tidak akan gentar dengan ugutan dari jalang seperti PAS .

contoh kerja pakatan haprak yang kononnya mereka turut sama berasa 'lucu'


Heboh satu negara apabila Tian Chua menabur fitnah,juak PAS turut sama menjilat taik fitnah dengan mengedarkan gambar palsu Ds Najib?
gambar ini masih berada di blog Tian Chua dan Chegu Bard

Berkokok bersorak sakan para juak haprak percaya dengan gambar fitnah tersebut.Tetapi bagaimana pula gambar dibawah ini?

Kenapa?tak percaya ker?



Sekarang zaman sudah berubah,Pisau menyeru sahabat blogger agar tidak tunduk kepada ugutan oleh puak jalang politik ini. Sialan seperti PAS dan juak pakatan haprak harus diajar,pekung mereka sedikit demi sedikit telah terbuka,rakyat dipertontonkan sikap betapa munafik dan hipokritnya juak juak haprak PAS.

sumber : pisau.net


Komen PB

PAS memang parti double standard !! Depa buat kartun mcm orang gila oleh kartunis gila mereka Zunar dlm harakah tak pa , tetapi bila blogger pro kerajaan buat sikit , sudah kena laporan polis !! Sekarang ini , apa yang depa lakukan dahulu, telah pulang kembali mengenai muka sendiri. Mungkin sudah tidak tahan malu , dan perang saraf depa dengan menggunakan kartun dan ilustrasi serta photoshop element pun tidak menjadi lagi ,maka Haprak daily dan pencacai dalam PAS-Baru mula melalak dengan membuat tindakan bodoh membuat polis report ..haha

Wahai puak2 PAS, harus diingat perbuatan ini sebenarnya adalah balasan tuhan kepada PAS yang telah 11 tahun mengejek dan menghina pemimpin kerajaan menerusi kartun dulu .

PAS patut bertaubat !!!

default

Aasil Kazi Ahmad proksi Anwar di luar negara

on Sunday, February 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Aasil_depan_1_2
Anuar Shaari menunjukkan gambar Aasil Kazi Ahmad semasa sidang akhbar di Hotel Grand Seasons. Bersamanya ialah bekas exco Keadilan, Azwanddin Hamzah. Aasil difahamkan mengetahui banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra.- Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI


KUALA LUMPUR - Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, hari ini membuat pendedahan berkenaan penglibatan rangkaian Anwar di luar negara.

Aasil Kazi Ahmad disebut-sebut sebagai operative Anwar yang menguruskan semua rangkaian Anwar di luar negara.

"Aasil tahu banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra", kata Anuar Shaari dalam sidang medianya di di Hotel Grand Seasons petang tadi.

"Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," katanya lagi.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim merupakan tokoh Islam yang paling lantang memperjuangkan kalimah Allah kepada Kristian meskipun ditentang oleh majoriti ulama di Malaysia.


AasilAnwar
Aasil dan Anwar Ibrahim

Ketika ditanya adakah Aasil juga terlibat bersama Dato Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Anuar berkata persoalan itu harus kepada Dato Nazri sendiri.

Difahamkan Aasil dan Dato Nari merupakan pengamal media yang dipercayai terlibat dalam proksi aset Anwar di luar negara serta mempromosi imej Anwar di media antarabangsa.

Beberapa tahun lepas RPK telah melarikan diri ke luar negara, selepas kegagalan Anwar membentuk kerajaan pada 16 September 2008.

Menurut sumber RPK telah melarikan diri ke luar negara melalui Thailand dengan pertolongan Dato Shazril Eskay, seorang lagi rangkaian Anwar. Dato Shazril difahamkan telah menyediakan visa dan dokumen perjalanan RPK dari Thailand ke United Kingdom.

Baru-baru ini telah didedahkan RPK telah menginap di Trinity Court, Bayswater, London rumah kepunyaan isteri Kalimullah Hassan, seorang lagi bekas pengamal media NSTP.

RPK merupakan operative Anwar Ibrahim yang menjalankan propaganda politik di Malaysia melalui lamannya Malaysia-Today. Ramai yang berpendapat apabila RPK melarikan diri ke luar negara, sudah tentu akan dijaga oleh orang kanan Anwar di luar negara iaitu Aasil.

Aasil dan KJ
Aasil (kanan) bersama Khalid Jaafar dan Jeff Ooi. Kesemua mereka adalah pengamal media
AasilSaif
Aasil bersama Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong PKR
AasilPKR
Aasil dan logo PKR 'strategist'


Aasil merupakan warganegara Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat. Menurut sumber nama Aasil dicadangkan oleh Dr Jamal Barzinji, penggerak utama IIIT (International Institute of Islamic Thought) untuk menjadi pegawai khas Anwar di luar negara. Aasil juga terlibat aktif dalam ISNA dan IIIT.

sumber : AIDC

default

Raja Petra & Malaysia today pembohong palsukan dokumen

on Saturday, February 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments










oleh : mykmu.net

Dalam soaljawab antara Peguam Cara Negara II (DPP), Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dan mangsa, Mohd Saiful Bukhari dihadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam kes Sodomi II terhadap Anwar, Saiful menjelaskan bahawa Dr Osman di Pusrawi tidak ada memeriksanya.

Sebaik dimahu memeriksa dubur Saiful, dia telah diberitahu bahawa dia adalah mangsa liwat. Dr Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan mencadangkan Saiful terus ke Hospital Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra pada bulan Jun 2008 dan digunakan sebagai hujah pihak PKR dan PR dalam ceramah serta digunakan juga oleh peguam Anwar sebagai asas pembelaan adalah berdasarkan dokumen palsu.

Sila baca petikan soaljawab pagi Jumaat semalam berikut:


Q: Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk dapatkan pemeriksaan?
A: Tidak

Q: Sebelum ke HKL?
A: Saya pergi ke dua hospital

Q: Hospital 1?
A: Hospital 1 ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang

Q: Adakah tujuan sama dengan HKL?
A: Sama

Q: Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?
A: Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh Receptionist pada hari tersebut half day

Q: Dr Tawakkal ke mana?
A: Saya fikirkan hospital terdekat adalah PUSRAWI di Jalan Tun Razak KL

Q: Kamu pergi hospital pergi seorang atau ditemani?
A: Ditemani oleh bapa saudara

Q: Siapa nama?
A: Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya

Q: Adakah di PUSRAWI dapat jumpa Dr?
A: Ya, dapat

Q: Ingat nama atau rupa Dr tersebut?
A: Saya tak ingat nama tetapi boleh cam

[Panggil Dr Osman utk pengecaman]

Q: Kenal dia?
A: Ya

Q: Siapa?
A: Dia adalah Dr yang periksa saya di PUSRAWI

[Mohd Osman bin Abdull [dicamkan oleh SP1 sebagai Dr di PUSRAWI]

Q: Bila jumpa Dr osman, bagitau apa pada Dr. Osman?
A: Pada mulanya saya bagitau saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur

Q: Apa yang Dr buat?
A: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Q: Sepanjang pengetahuan kamu ada Dr guna apa-apa peralatan?
A: Ada, Dr ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan

Q: Bila bagitahu apa yang telah berlaku, apa Dr buat?
A: Dr terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar

Q: Ada kamu tanya kenapa Dr berhenti pemeriksaan?
A: Ya, saya tanya, Dr nasihati saya dua perkara, pertama hospital (hosp) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di makamah. Dr nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Q: Cadangkan, arahkan atau nasihat?
A: Cadangkan

Q: Adakah lihat alat itu yang digunakan?
A: Tak pasti

Q: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?
A: Saya ikut nasihat Dr Osman

Q: Terus pergi HKL?
A: Ya


Jika demikian, dokumen-dokumen laporan Pusrawi yang diguna sebagai hujah dalam tulisan-tulisan blog, ceramah dan risalah pembangkang untuk mempertahankan Anwar adalah berasaskan dokumen TIPU yang direka-reka oleh pemalsu.

Raja Petra tanpa memeriksa dan menyiasat menerima ianya sebagai asas untuk menolak tuduhan Anwar meliwat. Tidak menolak kemungkinan bahawa Raja Petra sendiri yang mengatur sebuah dokumen palsu dibuat.

Nampaknya dokumen yang konon disering disiarkan di Malaysia Today kemungkinan adalah dokumen palsu. Seterusnya kredibiliti Malaysia Today boleh dipersoalkan.

Tidak hairan mereka tahu Anwar lakukan liwat dan sengaja membohongi rakyat Malaysia dengan harapan sokongan rakyat dapat mengenakan tekanan ke atas mahkamah dan kerajaan untuk menyelamatkan Anwar.

Begitulah penipuan yang sanggup dilakukan terhadap rakyat yang naif dan digunakan oleh pembangkang untuk berkuasa.

Padanlah Karpal Singh hanya kata pembelaan mereka berasaskan sebab-sebab teknikal.

Dalam lain kata, dia tidak ada bukti yang boleh digunakan untuk menyangkal tetapi hanya mencari salah dari bukti dan saksi yang dibentangkan oleh pihak pendakwa.

Itu soal pembelaan dalam mahkamah. Bagaimana pula bab kesalahan menggunakan dokumen yang dipalsukan sebagai bahan bukti mahkamah dan ceramah dan risalah pihak pembangkang. Ini adalah satu kesalahan besar.

Pihak yang bertanggungjawab harus membuat permohonan mahkamah dan laporan polis terhadap kesalahan penggunaan dokumen yang dipalsukan!

Nota: Saiz imej dokumen-dokumen palsu Pusrawi dan surat doktor Pusrawi yang konon ditandatangan oleh Dr Osman yang diguna Karpal Singh terlalu besar untuk muatturun sini untuk siaran.

Bagi yang tidak pernah melihat dokumen-dokumen tersebut, sila lihat di blog Another Brick in the Wall
sini atau The Unspinners sini.

Komen Bapa Saudara Saiful: Video di sini


Below are the falsified medical reports:



Raja Petra had reproduced the medical report later with notes for mass distribution, below:


Karpal Singh had submitted the following medical report from Dr Osman in his opening address to dispell of any evidence of penetration, below:


When the report was produced, Dr Hasan Novandri of blog Minda Intelek had raised doubt on the reports. In his posting dated July 30, 2008 here and opther postings, Dr Novandri had questioned the dignosis TRO used in the Medical Report as not the right procedure for sodomy cases.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.