Betapa hinanya Melayu di kacamata seorang Adun Cina mualaf bernama Khalil Idham Lim. Dia lupa agaknya bahawa kemenangannya di DUN Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu.
Hina sangat Melayu hingga Idham melebalkan bangsa itu sebegini - “Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul”.
Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu itu disiat-siat lagi oleh Cina mualaf ini dengan ayat “Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.
Setelah disiat dengan rakusnya, Adun Pas itu mencincang pula daging Melayu yang dah hampir lumat itu dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam)”.
Penghinaan dan cacian Adun Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu – tak kiralah Melayu itu menganut ideologi Umno, ideologi PKR, ideologi DAP, ideologi Gerakan, ideologi PBB, ideologi PBS, ideologi Nahdatul Ulama malahan ideologi Pas.
Idham yang mengenal Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu ini, telah ratusan tahun menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tata susila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama dan adat sebangsa.
Apakah Idham mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ dan umara’?
Terlalu canggung apabila Idham yang Cina itu menyifatkan “UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'”.
Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia.
Tetapi sebaliknya dia merasa dirinya sebagai Cina telah terhina hanya kerana seorang pemimpin Melayu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah kediaman rasmi milik rakyat. Sebagai seorang Cina, dia sepatutnya tahu membezakan manakah perayaan agama bagi kaumnya, dan mana pula perayaan budaya.
Kokok siang pandang-pandang, kokok malam dengar-dengar.
Catatan Idham Cina mualaf itu boleh dibaca diblognya Cina Islam di sini
sumber : wangsa setia
Idham Lim hina orang Melayu
on Thursday, February 18, 2010
by Generasi Pejuang Bangsa
-
12 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2010
(308)
-
▼
February
(27)
- Majlis Belia Felda vs ANAK , PAS dalang dalam po...
- Lompat masuk PAS dibenarkan kerana kembali ke perj...
- Hj Hadi sayang kepada negara dengan menyelar campu...
- Laporan Dr Pornthip bohong , tiada kesan cekik pa...
- Idham Lim hina orang Melayu
- "Australia ,,, Mind Your own business "
- Bila jutawan Melayu diangkat seperti orang terkaya...
- UMNO Selangor bantu Sdr Bakri yang koma dilanggar ...
- Tiada dana upah driver sebagai alasan punca kemal...
- Mana keadilan untuk Sdr Bakri yang dilanggar Adun...
- Laporan polis terhadap Lynette Lincoln hina Nabi M...
- Nizar boneka DAP hina Mahkamah selepas kalah 5 - 0
- Sokongan kepada blogger Jeffry Damien
- Adun Sekinchan Ng Sue Lim mabuk dan langgar pelaja...
- Penulis blog sifatkan mental pemimpin Pas lemah
- Tahniah Dr Zambry sebagai MB Perak yang sah !! 5 - 0
- Selepas setahun seruan Anwar Ibrahim harus bertaubat
- PAS double standard !! PAS buat kartun jenaka ter...
- Aasil Kazi Ahmad proksi Anwar di luar negara
- Raja Petra & Malaysia today pembohong palsukan dok...
- PKR ditalqinkan di Parlimen Sik
- Seluar dalam Levi dihadiahkan Anwar dan tiub KY Jelly
- Apa dah jadi dengan alibi Anwar dulu ??
- Liwat : 2 paku yang paling ditakuti Anwar
- Hari pertama kes liwat, Malaysiakini over sangat a...
- Menjelang perbicaraan kes liwat Anwar , tunda lag...
- Mengapa sehingga sebulan putus tindakan terhadap Z...
-
▼
February
(27)
saya tak rasa tersinggung sebab itulah realitinya.. menjdikan kita lebih berfikir di mana kita sekarang sebenarnya
rupanya cina mualap ni lupa sejarah asal usulnya ditanah MELAYU.kerana MELAYU yg ditanah MELAYU inilah yg sudi menerima cina dari negara cina datang merempat ke tanah MELAYU dulu.maka dia dapat bersuara dengan undi MELAYU sendiri. baru setahun jagung tidak merasa perit menentang penjajah tiada keringat menyubur bumi lantas petah mencerca bangsa yg bersejarah melapang dada menyantun budi menyambut sudi kehadiran mereka.kalau diikut kata jebat sudah kutikam mulut yg jahat. inilah manusia berkepala lancau mulut berkudis berbau loji kumbahan.celako..celako..celako
apa yg salahnya dengan kata2nya itu?
Bukankah itu realitasnya bangsa kita?
Mulia sangatkah melayu? Konon perjuang bangsa,agama ditolak tepi...Isi perot sendiri...Sahabat sebelah dibiar kebulur mati...
Itukah melayu?
Melayu haprak!
Salam Azman,
Antara adab di dalam berdakwah, hendaklah dilakukan secara hikmah, bukanya sumpah seranah dan melakukannya dengan bongkak dan sombong...
Memang itu realitinya tetapi bagi saya, sepaptutnya dia memberi teguran dan komen yg membina. Bukannya menghentam orang Melayu. Apa dia lupa siapa yang mengundi dia?
Salam 1Malaysia,
orang boleh bagitau YB Idham balik begini, Cina tak boleh lari dari babi, Cina tak boleh lari dari menipu...senang sajakan... kita sekarang harus seperti kata seperti kata bidalan lama, 'begitu gendang begitu tari..."
Idham Lim tu masih Cina walaupun dirinya memeluk Islam. Cina tetap menjadi bangsanya. Naluri Cinanya masih tebal dalam dirinya, sebab itulah dia masih mengamalkan budaya nenek moyangnya. Mungkin atas sebab itulah juga dia mempersendakan Zambry buat majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina tempoh hari.
Artikel teersebut di tulis oleh Al Brangi, keturunan Batak Karo agaknya; mengikut kata Lim. Di Perak kan banyak keturunan dari pulau seberang. Tahniah kepada Lim yang menyirakan artikel tersebut di blognya. Ini hanya menunjukkan betapa rendahnya akal pemikiran doktoranduk lim ini. Mengata orang perkauman dan sebagainya, namun di hatil kecil Cinanya dia sendiri juga mengamalkan perkauman.
Nak buat macamana. Lim begitu kecewa apabila kerajaan Cina yang disokongnya rebah di Perak akibat seorang Cina juga keluar dari sebuah parti Cina cauvanis. Kawannya yang juga keturunan Cina gagal mempertahankan jawatan dan kerajaan Cinanya walaupun berkali-kali ke Mahkamah. Hakim-hakim Melayu yang membuat keputusan tersebut pun dimaki hamun oleh Lim dan suku-sakat Cinanya.
ini kenyataan seperti seorang pemimpin Cina walaupun beliau beragama Islam . Kalau beliau seorang pemimpin Islam , beliau tidak kan menghina saudara seagama dengannya ..
kalau mahu tegur pun , jangan lah menghina langsung adat resam budaya orang Melayu .
Apakah salah bubur asyura dibuat oleh orang Melayu setiap tahun ??
Kalau ya pun marah dengan Zambry kerana kerajaan nizar komunis kalah 5 -0 , jangan lepaskan geram itu kepada orang Melayu !!
Melayu sekarang dah terlebih pandainya.
Kena kutuk pun takpe, Membela pengutuk lagi.
Taksub2.
salam sejahtera,
saya seorang melayu yang berketurunan melayu dan tinggal dlm kejiranan melayu. Dimasa kecil dikampung saya, semua orang2 tua dan pertengahan... alim2 dan rendah hati belaka. Hampir disetiap malam diadakan kelas agama dari ustaz yg berilmu biarpun sekolah akademik sampai darjah 2 shj. Masa berlalu...maka orang2 yang belajar dan mengjar ini pun telah menyambut seruan Ilahi. Manusia kian mengejar harta, bersosial yang terlebih..maka generasi hari ni pincanglah semua akhlaknya. Dari kecil saya tanamkan dalam diri saya, saya Islam kerana saya mahu Islam, bukan ikut-ikutan. Saya belajar agama dan belajar mengenal Kekasih Ilahi semuanya..Memang benar apa yang dikata oleh penulis. Kita bangsa Melayu sebenarnya sangat sensitif..sensitif yang tidak mengarah kepada agama dan pencipta. Marahnya pula sangat bernafsu sedangkan junjungan mulia dan para sahabat dan tabiin, semuanya penyabar. Saidina Ali r.a pernah diludah tetapi beliau hanya bersabar dan mendoakan yg terbaik shj. kita juga bersifat perkauman kerana kita tidak pernah mahu masuk dan menyelami kelompok bangsa lain atas nama Ilahi..misalnya cina dan india... Alhamdulillah selama 13tahun saya berusaha mencari ulama seperti Tok Kenali untuk berguru, akhirnya pd tahun 2008 saya dengan rendah hati diterima berguru pada guru yang alim.Maha Suci Allah...memang benar...orang mukmin itu hatinya sentiasa menangis kerana Ilahi. Apatah lagi bila disebutkan nama Allah...hati yang tenang..,gementar tiba2 seolah-olah jelasnya kehadiran Ilahi disisi mereka. Dan aku juga menangis...menangis kerana benarlah selama ini aku yang buta tidak mencari orang mukmin utk belajar. Aku berasa aku sudah cukup bagus kerana belajar di sek. agama dari kecil sampai dewasa. Yang aku jumpa dahulu hanya orang2 yang hanya tahu bercakap...itu haram. ini makruh, itu sesat, itu batal..ini zindik..ini bidaah, itu haram lagi diharamkan...dan byk lg.. Dengan Guruku ini, tidak pernah sekali Beliau mengatakan siapa2 sesat.. Bahkan dia mengatakan ''Seandainya semua manusia diatas dunia ini menuduh engkau sesat..maka bertenang dan bersabarlah.teruslah berpegang pd tali Ilahi..Tetapi jika YANG MAHA SATU itu mengatakan engkau sesat..awas kau...!!!'' aku terus menangis dikaki Guruku..seakan Beliau tembus pandangannya melihat hatiku yang penuh daki dosa. Ya Tuhan benarlah ini Guru yang sejati kerana Guru yang sejati...orang akan berusaha mencari, tetapi jika guru biasa, dia yang akan kesana sini utk mencari murid. Alhamdullillah, selama 3 tahun aku belajar dan mengamalkan Tassauf, aku telah membantu seramai 8 orang utk memeluk agama suci. Itupun semuanya atas izin Ilahi kerana aku adalah hamba yang sememangnya sgt lemah dah bodoh dihadapan Ilahi. kini aku beruasaha memperbaiki diriku kerana kita adalah cermin kepada agama. maaf andai terluka.wassalam.
hee...sikalang mau cakap sikit aja ya brada LIM...jgn lu kena carik ikat dlm guni. cakap jgn ingat ini singapura. jgn lupa,ada 7 org belum tidur..siapa itu 7. sendiri jumpa.sendiri jawab. klu bg rokok,jgn ambik terus ye brada lim..sabar menanti..jgn diusik bangsa yg diam..sbb bila dia bgun dr tidur...batu keramat boleh terbelah dua..jgnlah lupa brada LIM.....kutuk pn bkn PM boleh tukar bangsa ca ya nun alif...lu cakap mcm x belajar peribadi nabi..nabi x penah kutuk bangsa lain..kaa lu masih ikut puteri Guanyin agama lama lu..puih~
besarg kepala nampak...dah tak sedarg dirilah tu...jangan terlalu berburuk sangka pada sesiapapun...janganlah kokok berderai2...tetapi penuh bergelumang najis...