..

..
Archive for January 2010

default

Guruh dan halilintar di mesyuarat Exco Pemuda UMNO bagi tahun 2010

on Friday, January 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ikut ceritanya timbul ‘ guruh dan halilintar ‘ semasa mesyuarat Exco Pemuda UMNO Malaysia di ibupejabat UMNO di PWTC petang Khamis.


Kalangan Exco Pemuda dikatakan panas berdebat tentang prestasi kepimpinan pergerakan itu dan hala tujunya selama ini yang dianggap oleh sesetengah pihak agak lesu. Malah ada seorang Exco yang naik angin sampai mencabar kepimpinan Khairy.

“Suasana mesyuarat semalam memang panas sikit” kata satu sumber yang layak dipercayai kepada Agendadaily pagi Jumaat bila ditanya desas desus yang berlegar tentang hal itu.

Difahamkan suasana panas itu timbul semasa mereka menilai prestasi Pemuda UMNO setakat ini.
Sebelum ini memang sudah terdengar desas desus ada kalangan Exco yang tidak puashati segala macam.

Dalam pada itu Khairy dikatakan menghadapi suasana sukar ekoran ada sebahagian dalam barisan Exconya terdiri dari penyokong Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Namun semasa sidang akhbar berlangsung selepas mesyuarat tiga jam berkenaan suasana nampak macam tenang-tenang saja.


Khairy serius berbincang dengan Naibnya Datuk Razali Ibrahim


Beliau memulakan sidang media dengan memberitahu perancangan pemuda untuk kempen menambah jumlah keahlian sebanyak dua kali ganda dari jumlah tahun.

Menurut Khairy, bukan sekadar penambahan ahli, namun dua syarat penting keahlian telah dapat dipenuhi iaitu pertama, kualiti yang melalui proses latihan dan kedua, kuantiti ahli.Beliau lebih menekankan soal kualiti ahli yang perlu melalui proses latihan, program politik dan program lain yang boleh mengisi semangat perjuangan untuk ahli baru pergerakan pemuda UMNO.


“Ianya akan menjadi penanda aras (KPI) terhadap pencapaian Pergerakan Pemuda.” Tegas beliau.

Persoalannya, bolehkah Pemuda mencapai dua kali ganda penambahan keahlian sedangkan pemuda itu sendiri telah dilihat tiada penyatuan dan bermasalah.Bagi menjawab hal itu, Khairy tidak menafikan ada tanggapan itu namun beliau positif bahawa dalam keadaan begitu pun Pemuda mampu memperolehi 25,000 ahli mengatasi sayap-sayap lain maka dengan usaha pemantapan gerak kerja yakin akan dapat melipat kali ganda jumlah tersebut.

Ketika diminta mengulas kedudukan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini terutama dikalangan barisan kepimpinan, Khairy jelas membayangkan suasana dalam mesyuarat itu agak ‘panas’ bila beliau berkata, banyak bincang soal gerakan, program, kelemahan dan apa yang perlu diperbaiki.

“Saya amat berpuashati dengan perbincangan hari ini, kita dapat banyak pandangan dan juga imput kepada menambahbaik pengurusan pentadbiran dan gerakan pergerakan pemuda. Saya yakin tahun ini setelah kita merancang beberapa aktiviti dan program yang kita umumkan pada masa akan datang, gerakan pemuda itu akan nampak lebih jelas dan kemas.Banyak perkara kita dapat bincang secara terbuka hari ini dikalangan exco,” tambah Khairy.

Menyentuh sokongan di kalangan Exco-Exco Pemuda yang dikatakan menyesakkan beliau dalam mengurus insititusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy menjelaskan bahawa beliau telah meminta supaya merapatkan barisan di peringkat kepimpinan tertinggi pemuda.

“Saya melihat walaupun ada beberapa pandangan dan teguran namun komitmen kita untuk bersatu memang amat tinggi.” Katanya.

Ditanya komitmen dikalangan Exco untuk memantapkan Pemuda, Khairy berkata, “semua dalam Exco Pemuda termasuk saya sendiri, pucuk pimpinan pemuda umno dan ketua-ketua Pemuda negeri perlu penambahbaikkan dari segi kerja kita. Kalau kita sudah rasa selesa maka kita takkan dapat buat apa yang mahu kita buat iaitu untuk memastikan generasi muda bersama dengan kita.”

Katanya, “usaha ke arah penambahbaikkan kerja kita sendiri maka itu amat positif. Saya rasa semua exco pun ada ketetapan dan menyatakan komitmen akan turun ke bawah, akan turun ke bahagian dan bahagian angkat masing-masing. Saya telah memberi komitmen pada biro dan sebagainya, saya rasa kita melihat ke depan dan tidak lagi toleh ke belakang selepas ini.”


Menjawab soalan 10 bulan selaku Ketua Pemuda dan kekangan yang dilaluinya, Khairy memandang perkara itu bukan kekangan tetapi dilihat dari sudut tanggungjawab politik kerana tahun lepas banyak masa dihabiskan untuk membantu gerak kerja pilihan raya kecil, perhimpunan dua kali tahun lepas dan kursus, ianya lebih kepada asas tanggungjawab kita.

Menurut Khairy, pada 2010 ini, dengan pelancaran Juara Rakyat, parti induk pun baru nak bergerak dari segi kesan parti untuk mendekati rakyat dan saya harap pemuda akan dapat bersama dengan Presiden parti untuk pastikan Juara Rakyat ini ada kesan dan juga penglibatan pemuda tapi bukan melepaskan batuk ditangga tetapi penglibatan yang betul-betul dirasai.

Mengenai tanggapan Pemuda UMNO semakin lesu dan lemah, Khairy berkata, “ini bukan soal makin lesu dan lemah tapi soal tanggapan dan soal penyusunan strategi yang memerlukan masa, inilah untuk kita mula bergerak.

“Saya harap selepas ini dapat dilihat Pergerakan Pemuda sejauhmana kita dapat bantu Presiden kearah penambahan ahli dan penambahan sokongan orang muda terhadap Pergerakan Pemuda.” ujarnya.-29/1/2010


sumber : agenda daily

Link

Exco minta Khairy lepaskan jawatan KP UMNO - mykmu.net

default

Kepala babi di masjid , siapa yang melakukan semua ini ??

on Wednesday, January 27, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



PB terkejut bila mendapat berita pada pagi ini di facebook apabila ada beberapa kepala babi dilemparkan ke perkarangan masjid di Jalan Klang Lama iaitu di masjid Taman Datuk Harun dan masjid Taman Sentosa. Tindakan celaka ini merupakan ancaman terbaru oleh syaitan bangsat yang mahu menimbulkan isu perkauman dan agama di negara ini .

Kedua-dua masjid ini juga tidak jauh daripada Taman Medan iaitu kawasan yang pernah berlaku kontroversi isu perkauman dulu . PB harap tindakan segera diambil oleh pihak polis dengan menangkap pihak yang kurang ajar dan haramjadah ini agar isu -isu sensitiviti ini tidak menjadi parah .

Persoalannya , siapakah anak haram dan bangsat yang melakukan perbuatan laknat ini ?? Menteri KDN jangan hanya beri amaran saja , tangkap saja orang ini supaya negara kita aman dan tenteram !!

default

Blog Aduka bangsat dapat pembelaan Harakah , blogger UMNO pulak dituduh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

Haprak Daily
Hina Sultan: Polis juga diiminta siasat Cybertrooper Umno


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa Polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kes menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

DPPWP berharap bukan Aduka Taruna sahaja yang disiasat dan didakwa, sedangkan orang lain dilepaskan. Rakyat akan melihat Aduka Taruna sebagai kambing hitam dan Polis akan dianggap berat sebelah jika siasatan menyeluruh tidak dibuat.

Nampaknya portal Haprak Daily menuduh pulak blogger UMNO demi mengalihkan isu bahawa blogger bangsat Aduka Taruna ini yang menghina Sultan. Dewan Pemuda PAS ini hanya menyalak sahaja tetapi penakut dan sehingga hari ini tiada lagi laporan polis dibuat oleh pemimpin PAS terhadap blogger mereka.

Jadi, PAS seperti biasa akan menuding jari kepada pihak lain untuk melepaskan diri dalam hal ini .Malah rakan blogger Papa gomo juga dituduh kononnya menghina Sultan kerana mengeluarkan kenyataan tidak rasmi mengenai kemangkatan Sultan.
Persoalannya , adakah dengan mengeluarkan kenyataan tidak rasmi kemangkatan Sultan dikira sama menghina Sultan sepeerti blogger haprak PAS , Aduka Taruna ??

Jelas menunjukkan kepada kita bahawa PAS menerusi Haprak daily membela Aduka taruna yang bangsat ini . Aduka Taruna memang blogger PAS dan sememangnya PAS perlu bertanggungjawab di atas kenyataan biadap Aduka Taruna yang menghina Sultan .

default

Impian PKR tawan Pahang berkecai , Azan letak jawatan !!

on Tuesday, January 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Ahli Parlimen PKR Azan Ismail semalam membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang .klik di sini

Menurut sumber , antara sebab perletakan jawatannya adalah disebabkan berlaku penyelewengN dalam pengurusan kewangan dan kutipan derma serta isu "cah keting" !!

"Saya antara ahli parti yang menegur kerajaan negeri Pahang serta kerajaan pusat terutama berkaitan laporan audit, (tapi) apabila dalam parti (sendiri) ada elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," katanya.

Jelas sekali Azan sebenarnya mempunyai masalah dengan Pengerusi PKR Pahang iaitu Datuk Fauzi Abd Rahman . Berlaku politik cas keting dalam PKR Pahang hingga memberi tekanan terhadap dirinya membuatkan beliau ingin meletak jawatan. Nampaknya Azan sendiri sudah tidak tahan dengan politik dalam PKR yang sebenarnya sudah tahap teruk membuatkan beliau mengambil keputusan dengan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Biro Keahlian PKR .

Perletakkan jawatan ini pastinya memberi tamparan hebat kepada Anwar ,Fauzi dan Fuziah yang baru sahaja melakukan Konvensyen di sana dan melancarkan misi menawan Pahang pada PRU 13 ini . Harapan mereka kini berkecai dengan perletakkan Azan dan masalah dalaman PKR kini sudah didedahkan .

Bukan sahaja berlaku di Pahang ,malah baru -baru ini di Selangor iaitu Bahagian PKR Kuala Selangor yang dipimpin oleh MB Selangor membubarkan bahagian mereka . Di Pulau Pinang juga turut sama masalah dalaman hingga Anwar Al Juburi membuat rombakan dengan menukar jawatan Pengerusi PKR Negeri PP Datuk Zahrain Hashim kepada Dr Mansor Othman .

PKR sebenarnya mempunyai banyak masalah dalaman, korup ,penyelewengan ,cas keting dalam parti mereka tetapi untuk menutup segala kesalahan dan menonjolkan betapa suci murninya parti mereka menuding jari semua ini kepada UMNO kononnya ini perbuatan UMNO .PB setuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri , TS Muhyiddin Yassin iaitu yang meramalkan ramai lagi ahli dan pemimpin PKR akan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan parti .

default

Lagi penghinaan kepada Almarhum Sultan Johor

on Monday, January 25, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pierre Lim
adjectives for mahathir, hmmm let me see...demagogue, attention-seeker/whore, spoilt little bastard, judge-fucker, shit-kicker, user, manipulator, liar, fraud, Malaysia's freddy marcos, sore loser, dictator, tyrant, deputy PM fucker, racist, anti-semite, distorter of the truth, packie fucker, mr. 30%, pharoah, mahazalim, madey, Doc Cock, whiner, ...actor, these are what i can think up right now.

you sure both fuckers can stand each other in the same grave? hmmm, how about we bury both fuckers in the 69 position, ie. giving each other blowjobs
Semalam pada pukul 1.35 ptg ·

sumber papa gomo


PB menyarankan kepada Melayu Johor, NGO2 Melayu supaya segera ke balai polis bagi membuat laporan polis terhadap orang yang bangsat dan biadap seperti ini . Tangkap saja penyokong pakatan haprak ini dan jangan biarkan orang seperti ini suka2 hati menghina Raja-Raja Melayu !! Ini lah sebenarnya produk dari Pakatan haprak yang haramjadah dan bangsat !!

Manakala di blog gutter ,blog yang seringkali menghina Islam.Allah dan Melayu turut sama menghina Almarhum Sultan Johor. klik ("sultan johor died Bravo")

manusia Bangsat dan haramjadah ini patut diambil tindakan !!!


Polis "DIRAJA" Malaysia harus ambil tindakan dan siasatan secepat mungkin!

Kepada Menteri Amaran , jangan hanya beri amaran , tangkap saja orang yang biadab semua ini !!!

default

PAS perlu bertanggungjawab blogger mereka yang menghina Sultan Iskandar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Akhirnya blogger PAS , Aduka Taruna sudah menyerah diri kepada polis di IPD Kota Bharu .Rupa-rupanya blogger PAS ini tinggal di Kelantan dan penyokong setia Tok Guru Nik Aziz Al Menantunya .. klik disini

Walaupun aduka taruna sudah memohon maaf , tetapi sudah terlambat kerana rakyat Malaysia cukup terguris dgn kata-katan biadap dan kurang ajar ini . PAS pulak seperti biasa akan menafikan terus Aduka Taruna ini blogger PAS termasuk lah balaci-balaci blogger mereka .Malah dikatakan juga blog ini yang memulakan PAS Reform dan tidak melalui blogger PAS yg lain .

klik di sini kenyataan geng2 balaci PAS menafikan blogger Aduka Taruna blogger PAS dan juga di sini

Haha nak tergelak pun ada bila baca artikel penafian oleh blogger balaci PAS ini dan mereka cuba lepas tangan dalam hal ini . Mungkin Aduka Taruna ini juga turut berada di Konvensyen blogger PAS dulu tetapi bila beliau ditimpa kecelakaan , buat tak kenal terus ..haha Dulu bukan main lagi menyokong PAS Reforms sehingga buat kempen di dalam blog masing -masing menentang Hadi Awang dan ustaz Nasha .

Aduka Taruna sememangnya Blogger pakatan Pembangkang dan di daftarkan sebagai blogger PAS. Kalau tak mengapa beliau promosi menjula iklan jual T-Shirt PAS ??? Malah ada juga mangkuk dan bangan yang menuduh aduka taruna ini adalah blogger UMNO ..haha




PAS REFORM sebenarnya gerakan yang Aduka Taruna laksanakan, dan modus operandinya adalah menentang kepimpinan Hj Hadi dan Nasharudin .


Malah Aduka Taruna dan Puak nya juga melancarkan JIHAD LANGGAR Haji Hadi!

Jika Haji Hadi sebagai Presiden PAS mereka kumpulan Aduka Taruna ini mereka tentang,

Persoalannya siapa kah Pimpinan PAS yang menyokong pergerakkan Aduka Taruna dalam PAS Reform ini?

Siapa Pimpinan PAS yang MENSPONSOR Aduka Taruna ini ?



default

Blogger PAS kurang ajar dan bangsat

on Saturday, January 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Negara hari ini berkabung kerana kemangkatan Sultan Johor. Semua rakyat berasa amat sedih dengan berita yang mengejutkan ini .

Tetapi menyedihkan dan cukup kurang ajar serta bangsat blog pro-PAS ini ialah memberi komentar di dalam blog

Blog tersebut ialah Aduka Teruna (klik di sini)



Si Bangsat ini menulis :-

Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shopping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid.



Logo PAS di dalam Blog tersebut.




Ini lah ajaran PAS kepada blogger2 nya yang memberi artikel yg cukup biadab dan kurang ajar .


** Sebagai rakyat Malaysia , patik mohon untuk merafak sembah setinggi-tinggi takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.

Al-Fatihah..

default

Nik Aziz bengang isu cas keting disensasikan ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KOTA BHARU 22 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk dalam parti lain. Katanya laporan yang hanya mengaitkan parti itu dengan 'cah keting' adalah tindakan yang bersifat ‘khianat’.

“'Cah keting' tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada 'cah keting.


“'Cah keting' laki bini (suami isteri) ada 'cah keting', kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil. (Media) tak sebut.


“Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas,” katanya ketika mengampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan hari ini. -



Komen PB

PB sudah menjangka Nik Aziz pasti U turn balik kenyataannya di dalam isu berlaku Cas keting dalam PAS . Mengapa Nik Aziz melenting sangat bila sentuh Cas keting dalam PAS ?? Kalau dalam UMNO ,bukan main lagi hebat mulut depa mengutuk UMNO . Double standard betul !!

Cakap la terus terang Nik Aziz sebenarnya yang bimbang budaya Cas Keting ini kerana ia mengugat kedudukan beliau di kerusi MB Kelantan . Jangan dok tuding jadi menyalahkan media dan semua orang pun tahu cas keting memang berlaku dalam PAS .

default

Roadshow Nizar gagal , label Nizar Boneka DAP tetap tidak hilang

on Thursday, January 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Nijar Boneka DAP akan terus kekal
di persepsi orang Melayu Perak




Menyambut ulangtahun dirinya hilang kuasa, bekas MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan PKRt di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Dia perakui ianya berpunca anggapan orang ramai bahawa semasa beliau memegang jawatan MB, beliau adalah boneka DAP dan tindak tanduknya telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Dia telah tidak henti-henti buat roadshow. Sayangnya roadshow yang tak renti-renti oleh Nizar telah backfire. Rakyat sudah letih dengan propaganda berlebih-lebihan Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Sana sini orang dah muak dengan politik.

Rakyat mahu Nizar berbalik buktikan diri sebagai ADUN dan MP. Sebenarnya dia patut bersyukur dapat merasa jadi MB selama beberapa bulan kerana dia memang tak layak. Dia sudah banyak lupa diri dan banyak sangat buat peel macam orang gila.

Sementara Zambery yang terus sabar dan terus beri tumpuan terhadap tanggungjawabnya telah mula meraihkan hasil.

Menghampiri Feb 6hb, kerajaan BN telah dapat membawa pelaburan sebesar RM11.6 billion. Berbanding masa Nizar zaman syok beri tanah dan balak kepada kroni Ngeh dan Nga yang hanya RM2.5 billion. Apa Nizar nak jawab?

Anwar pun tengah buat roadshow. Dalam roadshow siap defend Nizar dari tohmahan boneka. Dengar Anwar di Bukit Sentiasa sini dan seterusnya.

Isi kosong.Takdak apa dicerita. Tak jawab jelas-jelas dan terus terang persoalan yang dihadapi. Dia cuba pusing tuduh rasuah tapi bab rasuah semua sedang ditangani. Semua tuduhan basi yang tak ada bukti.

Ini pun nak backfire.

sumber : the unspinners

default

Skandal Pasir , 34 orang ditahan termasuk S/U Exco Selangor

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PUTRAJAYA 20 Jan. – Seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik antara 34 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan nilai suapan RM280,000 dalam kes penyeludupan pasir di beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, suapan tersebut turut melibatkan tiga kes rasuah seks bertujuan memudahkan proses permohonan dan kelulusan mendapatkan pasir.

Menurut beliau, setiap individu yang terlibat didakwa menerima nilai suapan di antara RM500 sehingga RM50,000.

“Daripada jumlah tangkapan, 24 daripadanya melibatkan kakitangan kerajaan termasuk lima pegawai kanan.

“Tangkapan yang dibuat semalam dan hari ini juga melibatkan lima orang awam dan tiga pekerja swasta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Salah seorang yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad yang bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Exco kerajaan Selangor, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China baru-baru ini.

Komen PB

Ini lah bukti Pakatan Haram adalah Pakatan Rasuah !! Pakatan Haram tidak akan terlepas dari rasuah ini sebab mereka kini sudah berkuasa di beberapa negeri . PB pernah mengikuti bengkel pencegahan jenaayah oleh PDRM , menurut pegawai polis yang memberi ceramah itu , jenayah akan berlaku bila mempunyai peluang dan keinginan.

Jadi, peluang ketika berkuasa sudah ada dan keinginan untuk kaya cepat menunggu tiba .. Rasuah menjadi pilihan utama untuk mereka ini di ketika mereka sedang berkuasa sebagai kerajaan . Tetapi di dalam blog2 PAS mula mereka menuduh SPRM bual hal lagi kononya dan ada pulak menyatakan ini konspirasi SPRM terhadap negeri Selangor .

Menariknya kenyataan oleh Datuk Syukri Jalil dalam TV3 semalam , SPRM membuat penangkapan ini bagi menambah sumber pendapatan kerajaan negeri semula selepas tertangkapnya dalang skandal penyelewengan pasir ini hingga merugikan sumber pendapatan negeri seperti Selangor . PB masih ingat lagi DS Khir Toyo pernah mempertikai mengapa sumber pendapatan negeri melalui royalti pasir tahun lepas berkurangan . Jadi , memang benar la berlaku skandal penyelewengan pasir ini di Selangor dan terbukti semalam mereka telah ditahan .

Pakatan Haram memang korup

default

Sam AMK buat lawak bodoh tunjuk hero

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) mempersoal tindakan kerajaan yang tidak mengheret orang Umno-Barisan Nasional (BN) yang giat menyemarak isu kalimah ‘Allah’ dalam laman sosial facebook, sebaliknya mengkambinghitamkan seorang pelajar.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata, kerajaan menutup mata kepada dalang sebenar kumpulan yang menamakan diri sebagai ‘Menentang Penggunaan Nama Allah oleh Golongan Bukan Islam’ dalam facebook.
Menyifatkan tindakan itu sebagai pendakwaan terpilih, beliau hairan kerana pengendali dan pegawai kumpulan itu, tidak diheret sama ke mahkamah. "Kumpulan itu jelas didukung orang Umno-BN. Kenapa tidak dakwa mereka? Mengapa hanya pelajar sahaja didakwa, bagaimana pengendali laman itu?
"Maknanya, tangkapan itu untuk meredakan keadaan sahaja sedangkan pelaku sebenar yang membakar gereja terlepas begitu sahaja," katanya kepada Suara Keadilan.
Antara pentadbir kumpulan itu ialah Exco Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz dan Mohd Ridhuan Tee Abdullah manakala antara pegawainya ialah Datuk Mukhriz Mahathir.

FreeMalaysiaToday


Nampaknya, Ketua Angkatan Muda Keadilan ini tidak mampu untuk membezakan diantara maksud "ancaman" dan juga "bantahan" didalam isu sentimen agama yang melanda negara sekarang.

Shamsul Iskandar ini telah menyerlahkan akalnya yang pendek serta kurang cerdik didalam membuat kenyataan berkenaan isu kalimah Allah dan juga kes serangan keatas gereja diseluruh negara.

Mengapa pula Ketua AMK yang kurang akal ini mempertikaikan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan islam didalam FaceBook?

Apakah menjadi kesalahan di mata Ketua Angkatan Muda Keadilan ini jika umat islam menyuarakan rasa tidak senang mereka demi untuk memperjuangkan kesucian kalimah Allah itu sendiri?

Ternyata Anwar telah melakukan kesilapan yang paling besar didalam melantik orang yang tak berotak seperti Shamsul Iskandar ini sebagai Ketua pemuda parti Keadilan.

Jika Ketua Angkatan Muda Keadilan sendiri sudah terserlah kurang cerdik seperti ini, pasti yang menjadi pencacai mengikut menyondol dibelakang Shamsul Iskandar ini penuh dengan selut sahaja didalam kepala mereka.

Inilah jadinya apabila tahu diri itu kurang berakal tetapi mahu berlagak seperti seorang yang cerdik.

Kaldai takkan berubah menjadi kuda walau bagaimana disolek sekalipun. Ia tetap akan berbunyi seperti kaldai juga.

sumber : che wan

default

Talqin untuk PKR Kuala Selangor , MB Selangor hilang sokongan

on Wednesday, January 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


akibat terlalu dengar cakap DAP daripada Sultan dan rakyat
PKR kawasan MB Selangor sendiri umum keluar parti


KUALA SELANGOR 20 Jan. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan.

Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar. – Utusan

MB boneka ini bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada rakyat Selangor, malah dari bahagian sendiri.

Selangor dikuasai oleh DAP, kerana DAP merupakan parti yang terbanyak mendapat sokongan dalam DUN Selangor (namun masih dibelakang BN), cuma oleh kerana syarat Mentri Besar mesti daripada orang Melayu, maka Khalid dipilih.

Beliau bukan sahaja tidak boleh bekerja, malah hendak bercakap pun susah.

Selangor semakin bankrap sehingga duit zakat mahu digunakan untuk meneruskan agenda politik Pakatan Selangor, terutamanya bagi membersihkan photo-photo salah seorang EXCO yang terdedah di internet.

Oleh kerana sudah bankrap, penasihat ekonomi yang telah disabit dengan kes liwat, rasuah dan salahguna kuasa dilantik menjadi penasihat ekonomi dengan berbayarkan elaun sebanyak RM1.

Lawatilah negeri Selangor, tahun melawat Selangor 2010 – negeri bankrap pemimpin korup.

Selangor maju 2010.

Fakta negeri Selangor, wbhimpedia;

  1. Negeri yang pernah menjadi nadi ekonomi Malaysia, kini hampir bankrap.
  2. Satu-satunya negeri yang mempunyai wakil rakyat celebrity.
  3. Gaji paling murah di dunia, RM 1.
  4. Projek mega – Ladang babi Sepang, kuil sek. 19
  5. BTN diharamkan, arak dihalalkan
  6. Kereta rasmi – Toyota Camry dan Toyota Lexus (kenderaan peribadi turut ditanggung oleh kerajaan negeri)
  7. Anda pernah tonton filem Godfather atau Underworld? Selangor juga ada.
  8. Negeri pemaaf – anda bersekedudukan, anda dipeluk dan disambut seperti wira
  9. Penjenayah diarak disepanjang jalan macam mati syahid.

Selamat datang ke Negeri Selangor. Semuanya tidak mustahil di sini.


sumber : written by him

default

Adik Mr Bean buat lawak bodoh cuba bohong rakyat

on Tuesday, January 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad memberikan kenyataan "Kerajaan BN jimat 1.3 bilion untuk gula, bazir 1 billion untuk F1" di haprak daily jelas memperlihatkan tahap kebodohan terlampau ,beliau dengan tanpa rasa bersalah mengfitnah kerajaan tentang perbelanjaan kononnya kerajaan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1 billion untuk sukan F1.

"Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat." -haprak daily


Itulah kenyataan beliau yang mengharapkan rakyat percaya pembohongan dan fitnah kerajaan membazirkan wang hanya semata mata sukan F1. Sedarkah beliau sukan ini dibiayai oleh syarikat syarikat korporat?Sedarkah pembiayaan di bayar oleh Air Asia dan Naza :klik sini dan sini

The FIA said the team principal will be leading Malaysian entrepreneur Tony Fernandes. The 45-year-old set up Asian budget airline Air Asia and, with a net worth of US$220 million (RM770.57 million), is Malaysia’s 15th richest man, according to Forbes Malaysia 2009 rich list.

Investors in the new team are Air Asia co-founders Datuk Kamarudin Meranun and Fernandes as well as SM Nasarudin SM Nasimuddin of Naza.



Sila beri bukti jika benar benar kerajaan yang menaja RM1billion jangan kamu yang sedia bodoh sanggup memperbodoh dan meremehkan minda rakyat. Belia berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa supaya membangkitkan kemarahan rakyat.

Buat pembaca ,inilah salah satu contoh bagaimana pemimpin PAS membuat fitnah dan berbohong kepada masyarakat secara terang terangan.Mereka hanya pandai membuat kenyataan namun tidak memberikan bukti dan fakta yang jelas.Pisau mencabar agar beliau memberikan bukti atau beliau sepatutnya meletak jawatan jika gagal memberikan bukti.

Buang saja gelaran ustaz jika yang keluar dari mulut kamu hanya najis najis yang mengotorkan hati rakyat. Buang saja ketayap dan jubah kamu kerana memalukan alim ulamak lain.

Bohong,Penipu,Fitnah,Menghasut & Samseng itulah PAS


sumber : pisau.net

default

PAS membangun bersama DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan Allah agar menjauhkan parti berkenaan daripada amalan tersebut.

Katanya, amalan itu turut membuktikan Pas bukan sahaja sama seperti parti lain, malah lebih teruk daripada itu.

"Lebih baik jika Nik Abdul Aziz berdoa untuk diri sendiri, keluarga dan menantunya agar tidak menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan daripada berdoa untuk 'cah keting'," katanya selepas merasmikan Perkasa Negeri Johor di sini semalam.

Menurutnya, jika 20 tahun dahulu Nik Abdul Aziz sering berdoa untuk kesejahteraan rakyat Kelantan tetapi kini beliau terpaksa berdoa untuk 'cah keting' agar amalan itu tidak terus berleluasa dalam parti.

"Ini semua kerana Pas tidak lagi membangun bersama Islam, tetapi membangun bersama DAP," katanya.



Komen PB

Inilah akibatnya apabila Islam dipinggirkan oleh PAS dan memilih membangun bersama DAP , kini rahsia berlakunya cas keting dalam parti mereka selama 20 tahun ditutup telah terbongkar . Siapa yang dok cas keting Nik Aziz ini ?? Adakah dari team Erdogan dan pro muzakarah ?? atau Nik Aziz sendiri yang takut kuasanya tergugat di Kelantan .

Kenapa Nik Aziz takut sangat dengan cas keting ?? Mungkin cas keting pada pemimpin lain Pok Nik tak ambik kisah tetapi cas keting ini menuju ke kerusi beliau sendiri .. haha

default

Malaysian Maverick:Ada plot memalukan Mahathir,menghina orang Melayu dan negara

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SEORANG kawan wartawan dari seberang tambak yang rajin mengikuti perkembangan politik di negara ini menghantar email kepada penulis – setelah membaca buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick : Malaysian In Turbulant Times - berpendapat wujud unsur-unsur halus dan terancang untuk memalukan orang Melayu, Umno dan kerajaan Malaysia.

Dan yang lebih ketara, pengarang sengaja memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia keempat dengan dakwaan sentimen melulu dan menimbulkan fakta sejarah yang mengelirukan.

Barry Wain kelihatan tidak suka Mahathir dan ketara mendedahkan cerita memburuk-burukkan bekas perdana menteri yang banyak berjasa kepada negara dan disegani diperingkat antarabangsa. Barry cuba menutup kemasyhuran nama dan sumbangan Mahathir sebagai pemimpin Islam yang masih dihormati dan lantang bersuara menentang agenda barat/ zionis yang menindas umat Islam serata dunia terutama di Palestin.

Sahabat yang sudah meneliti kandungan buku itu berkata, ini mungkin agenda asing dari barat atau sekutunya di rantau sebelah sini yang cuba menidakkan jasa Mahathir kepada kemajuan dan pembangunan negara yang sudah dikagumi dunia dengan idea serta dan ilham beliau yang diakui kebanyakan negara membangun dan Islam.

Menurut beliau , buku itu ditulis sedemikian rupa dengan motif negatif untuk menguji tahap kesabaran dan kebijaksanaan orang Melayu serta kebijaksanaan pemimpin negara di bawah Datuk Seri Najib untuk menangani kandungan buku tersebut yang jelas sengaja menafikan sumbangan besar Mahathir.

Mahathir didakwa memerintah selama 22 tahun secara kuku besi (diktator) dan membazirkan duit rakyat sebanyak RM 100 billion dengan pelbagai projek mega yang dikatakan kononnya tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat. Mahathir didakwa cuba membuat kelainan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan mega yang menguntungkan diri dan menjulang namanya (maverick) tetapi membawa kesan sedikit kepada kebaikan negara.

Mahathir dituduh membelanjakan banyak duit kerajaan sesuka hati dalam projek besar yang dikatakan berubsur agenda peribadi dan sesetengahnya membazir duit rakyat. Soalnya, benarkah semua tuduihan itu? Apakah benar sebesar itu jumlah pembaziran yang dilakukan Mahathir (RM 100 billion) - yang boleh menyebabkan negara jadi muflis sekarang ini jika dakwaan itu benar?

Benarkah semua projek Mahathir membazirkan duit negara dan rakyat Malaysia? Apakah projek PLUS, KLIA, MSC, Menara Berkembar Petronas, Proton, Pelabuhan Tanjung Pelepas, pembangunan Putrajaya dan banyak lagi itu tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara?

Apakah Barry – dikatakan salah seorang pakar pemikir (think-tank) bagi pemerintah Singapura – buta mata dan sejarah tentang semua kejayaan yang sudah dibina diktator Mahathir dan dinikmati rakyat selama 22 tahun pemerintahannya?

Banyak negara dan pemimpin negara dunia ketiga dan Islam seluruh dunia mengakui dan memuji kebolehan Mahathir sebagai pemimpin negara membangun yang berjaya kecuali penulis upahan seperti Barry yang sebenarnya menafikan sejarah pembangunan Malaysia yang dicipta di zaman Mahathir?

Kenapa sekarang apa yang disebut Barry sebagai kelemahan dan kediktatoran Mahathir diungkit dan dibangkit secara berlebihan setelah beliau lama bersara? Kenapa tidak buku itu ditulis di zaman Mahathir masih menjadi perdana menteri supaya beliau dan kerajaan dapat menjawab? Sebenarnya siapa dalang di belakang Barry yang telah mengokestrakan penulisan buku tersebut?

Apakah motif sebenar bekas editor Asian Street Journal itu memilih Malaysia dan Mahathir menjadi bahan kritikannya dan tidak pemimpin dan negara Asia lain yang lebih bermasalah dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Mengapa Barry menulis buku itu mengenai Malaysia dan pemimpinnya sedangkan jika beliau berani mengkritik pemimpin Asia lain seperti di Singapura, beliau bakal menerima nasib yang amat malang - dikenakan saman berjuta-juta dollar?

Sahabat saya itu berpendapat buku itu seharusnya tidak dibenarkan beredar di negara ini kerana ia menggambarkan imej buruk negara dan boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mencintai negara ini kerana argumen yang dibentangkan berlandaskan fakta samar, diceduk di sana sini dan tidak tepat serta ditulis mengikut sentimen pengarang yang ketara bencikan Mahathir – atas sebab-sebab agenda peribadi yang tidak diketahui.

Barry juga cuba mahu mengelirukan rakyat kebanyakan tentang fakta sejarah dan tahap kemajuan yang sudah tercipta dan terbina lama dalam pemerintahan Dr Mahathir dengan membangkitkan isu-isu kelemahan-kelemahan lama yang sudah ketinggalan zaman dan tidak sepatutnya diungkit, tidak relevan dan jauh lebih kecil dibandingkan sumbangan besar Mahathir kepada kepesatan kemajuan dan pembangunan negara yang sudah diciptnya.

Barry menuduh Mahathir sebagai pemimpin diktator dari Asia yang amat berkuasa dan mementingkan agenda diri padahal beliau lupa ada pemimpin Asia lain lebih kejam - yang diketahui lebih zalim dan lebih berkuku besi dari Mahathir? Pemerintahan siapa lebih toleran dan bertolakansur jika dibandingkan bekas pemimpin Asia lain yang pernah menjadi diktator dan lama memerintah dibandingkan dengan Mahathir?

Siapa lebih bertimbangrasa dan menghormati suara rakyat di mata pemimpin- pemimpin parti pembangkang di bandingkan dengan bekas perdana menteri Singapura yang ketara lebih kejam dan zalim dari Mahathir? Semua orang tahu berapa banyak pemimpin pembangkang yang jatuh muflis di negara jiran itu akibat tindakan mahkamah yang sengaja dikenakan dan diatur ke atas mereka kerana kritikan yang tidak seberapa terhadap dasar pemerintah Singapura?

Barry sepatutnya mencungkil dan mendedah kisah sebenar kediktatoran dan kekejaman dasar pemimpin Singapura yang lebih ketara kejam dari Mahathir - jauh lebih toleran dan beradab? Barry ketara menulis buku itu dengan mesej memburuk-burukkan pemimpin dan negara Malaysia dengan dakwaan yang sengaja dicungkil untuk tatapan rakyat bukan Melayu supaya membenci Mahathir.

Jelas tulisan Barry sudah menjadi kecaman kebanyakan rakyat Malyisa yang celik sejarah dan cintakan negara ini kecuali segelintir mereka yang berfikiran seperti Barry yang sengaja memperkecil kebolehan pemimpin-pemimpin Melayu.

Jika Barry menulis buku yang sama menghentam semua bekas perdana menteri Singapura - termasuk yang sekarang - beliau boleh digelar penulis jantan yang hebat, tapi beranikah beliau berbuat demikian? Beliau tidak akan berani kerana sedar, takut dan mungkin sudah faham kekejaman pemimpin negara jiran itu yang bersedia membawa siapa saja – termasuk Barry – ke mahkamah dengan saman jutaan ringgit atas dakwaan membawa fitnah dan mengkritik dasar pemerintah yang kononnya tidak benar.

Beliau berani menghentam pemimpin Malaysia kerana undang-undang negara ini agak fleksibel tidak seperti di Singapura. Kerajaan menganggap apa saja kritikan adalah biasa – boleh diterima dan dibenarkan dalam batas kebebasan yang dibenarkan. Namun tulisan Barry agak keterlaluan dan bermotif tidak baik. Sepatutnya beliau boleh didakwa di mahkamah atas dakwaan yang keterlaluan jika Mahathir berhasrat berbuat demikian.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak perlu kerana sebuah buku yang dianggap remeh, tidak relevan dan menyebabkan nama beliau disanjung dalam isu terpencil yang menguntungkan dirinya tetapi tidak membawa faedah kepada negara. Barangkali Barry lebih suka bukunya dilarang beredar di negara ini supaya namanya boleh dijulang.

Namun beliau lupa perkara sebaliknya boleh berlaku. Beliau juga boleh menjadi sasaran kritikan dan ancaman kepada rakyat yang setia di negara ini yang mungkin boleh bertindak di luar jangkaan dan luarbiasa terhadap diri beliau dan juga penerbit buku tersebut - berpengakalan di Singapura - jika buku itu dibenarkan beredar di negara ini dan mendapat liputan luas.

Adakah ini motif sebenar Barry dan orang-orang yang berselindung di belakangnya? Adakah beliau sengaja mencetuskan isu yang konterversi supaya rakyat boleh membenci Mahathir sekaligus pemimpin Melayu dan negara ini?

Isu pengunaaan nama Allah sudah menjadi pengajaran terbaik kepada rakyat semua kaum di negara ini bahawa isu yang sensitif dan separuh tidak benar, tidak boleh dipermain dan dipandang ringan. Mungkin pengharaman buku karangan Barry Wain itu adalah jalan terbaik untuk menimbus isu dan memadam niat jahat penulis upahan seperti beliau yang cuba mensabotaj pemimpin dan negara ini.

Abdul Aziz Ismail@IZMAS ,Skudai, Johor Darul Takzim

LINK

- AGENDA DAILY

default

Hebat kekayaan kerabat dinasti Nik Aziz di Kelantan

on Monday, January 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Kenderaan Rasmi S/U Politik Nik Ajis yang berharga hampir 300Ribu, ada nafsu juga orang pas nak pakai kereta mewah ekk... aku ingat depa ni tak dak nafsu, ye la depa ni bukan malaikat, tapi kalau bab kutuk umno pakai kereta mewah, depa la no 1.

Nik Abduh letak jawatan, wahh bersedia betul dia yee... ye la, dia kan bakal Setiusaha politik MB Kelantan menggantikan Anual Bakri, bukan senang oo..nak lepaskan jawatan Ahli Majlis MPKB, Pengarah Binaraya PKINK dan Penasihat dan Penaung Saffron Integrated Marketing, penasihat di saffron bukan macam anwar jadi penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor bergaji seringgit, penasihat di saffron melayakan nik abduh memiliki rumah agam bernilai RM 500 Ribu di Rantau Panjang.

Bukan jadi rahsia lagi nik abduh la bakal pengganti anuar bakri, semua orang pas dah bercakap pasal benda ni, kalau tak buat apa dia letak 3 jawatan sekali gus, hanya dengan menjadi S/U Politik adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan hayat politk nik aziz, letak anak dan menantu, takan anak dan menantu dia nak khianati dia kut. so pada nik ajis, tahniah la ekk.. dulu kau kata umno mengamalkan kronisma, lantik anak menantu pegang jawatan dalam kerajaan, sekarang ni kau pun buat juga.

sumber : darul ehsan today

Komen PB

Kaya raya kerabat Nik Aziz ini rupanya selama 20 tahun mereka berkuasa di negeri Kelantan . Tetapi kesian kepada penyokong2 mereka yang terpaksa menderma kepada perjuangan parti mereak tetapi pemimpin di atas sana kaya raya . Patut la berlaku budaya Cah keting dalam PAS kerana jika mendapat pangkat dan kedudukan tertinggi , maka bertambah senang la projek masuk .


default

Mr Bean menyalak suruh Hishamuddin letak jawatan

on Sunday, January 17, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


KUALA LUMPUR, 17 Jan: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan wajar melepaskan jawatan atau diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

Hishammuddin dan Musa kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing-masing dan Najib kena tunjuk pada rakyat ‘kaki bangku’ seperti kedua-duanya tidak ada tempat dalam kabinet dan kerajaan.

“Buang saja mereka, baru Najib boleh bercakap
walk the talk,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena . klik disini

-Mr Bean PAS -


Nampak Mr Bean PAS ini tak habis2 attack kerajaan dalam isu gereja terbakar ini . Sebelum ini beliau la yang buka cerita PM dan TPM tiada di Malaysia dan membuat dakwaan negara tidak stabil dan diambang bahaya . Kali ini Mr Bean yang cakap tanpa fakta dan hanya berpandukan sedap mulut sahaja terus meminta Menteri KDN Dato Seri Hishamuddin dan IGP meletakkan jawatan @ diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

PB rasa kalau dia jadi Menteri KDN pun ,dia akan lalui benda yang sama saja situasi ini seperti mana Hishamuddin alami sekarang . Adakah Mahfuz mahu Hishamuddin kerah polis jaga gereja di seluruh negara sepenuh masa ke ?? Lepas tu perompak ,peragut , mat rempit sapa nak pi tangkap ?? Mr Bean nak jaga depa ini semua ke ??

Lebih baik beliau pergi suruh Menantu kesayangan pemegang kunci syurga supaya segera meletak jawatan hari ini berikutan Nick Ajis sendiri sudah mengaku kesilapannya sehingga terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta daripada syarikat swasta Sensa Timur Sdn Bhd . Malah hari ini Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis meminta siasatan dibuat terhadap pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam berhubung urusniaga pembelian kompleks perniagaan Bazaar Tok Guru di Kota Bharu. klik di sini


Video ini menceritakan segalanya, kroni didahulukan ,Anak menantu diutamakan. Atas kuasa Allah,
diperlihatkan betapa munafiknya junjungan besar PAS.Kotor dan jijik dahulunya hanya ada pada Umno,
namun doa beliau di tunaikan Allah,diperlihatkan kepada rakyat betapa penjaga kunci pintu syurga ini dan partinya 14 kali teruk
lagi daripada UMNO.

default

Anwar Konspirator disebalik isu Kalimah Allah - Zahid Md Arif

on Saturday, January 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

baca pendedahan oleh Zahid Md Arif dalam isu kalimah Allah dan kaitannya dengan Anwar . Zahid menceritakan bagaimananya isu ini bermula sehingga kini .



SEBARKAN VIDEO INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM !!!

default

Joker PAS pulak tunjuk hero dalam isu kalimah Allah , yang bantah dan berdemo dituduh penjahat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



HaprakDaily melaporkan segolongan pengadai nama Allah dari parti PAS mengadakan pertemuan dengan pihak gereja kononnya untuk berdialog.Walhal perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum timbulnya isu pengunaan nama Allah di adili di makamah.Mereka juga sepatutnya berfikir dan bermuzakarah baik buruknya sebelum membuat sebarang keputusan. klik sini dan sini

"Sebenarnya isu ini bukan isu sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga kepentingan politik sempit mereka. Bagi PAS berdialog adalah cara terbaik untuk masyarakat bukan Islam" -mujahid rawa

Siapakah yang bersungguh sungguh benarkan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune?Perlakuan dan tindak tanduk PAS seolah olah mengambarkan mereka langsung tidak terlibat dalam perselingkuhan haram bersama PKR untuk membuat kerja kufur.Mereka mahu mengkambing hitamkan golongan yang membuat demo membantah pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.


mujahid patut mencontohi Ustaz Hafiz Nordin
Mantan KP PAS Pulau Pinang yang turun berdemo
membantah penggunaan kalimah Allah oleh gereja




Nama Allah sudah menjadi nilai komersial buat PAS,boleh digadai beli demi politikal mileage bersifat gampangan .

Pisau tidak mempertikaikan untuk mengadakan dialog,dan ia adalah amat baik demi mencapai persetujuan secara bersama atas rasa saling hormat menghormati,tetapi mengapa harus sekarang membuat dialog setelah PAS sendiri membuat keputusan tanpa memikirkan kesan baik atau pun buruknya.

Mereka seolah olah mahu menunjukkan keterbukaan yang liberal walhal dalam masa yang sama berpendirian seperti acuh tak acuh,mereka adalah manusia munafik dan jelas sekali sifat sifat mereka dipertontonkan kepada rakyat Malaysia betapa sifat jalang tidak dapat di sorok sorok lagi.

Sikap baling batu sembunyi tangan PAS dipertontonkan dengan membuat kenyataan mengutuk perbuatan membakar gereja,dan ya Pisau tidak nafikan perbuatan membakar rumah ibadat penganut agama lain adalah perbuatan bacul dan amat dilarang oleh Islam. Perlakuan PAS seolah olah mengambarkan golongan yang membuat demo bantahan terhadap pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune tidak rasional , jahat dan tidak bertolenransi.Walhal demo bantahan diadakan secara aman dan tidak berlakunya keganasan. Kerja jahat dan ganas setahu Pisau yang mahir hanyalah PAS dan PKR.Mana mungkin Umno terlibat.

Adakah tindakan PAS membuat keputusan menyokong pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune mewakili umat Islam Malaysia? Mengikut pemahaman Pisau,mana mungkin jalang seperti PAS menjadi suara umat Islam ,quran dan nama allah tidak ada nilai langsung pada mereka.Ia hanyalah bersifat value added dalam pasaran politik mereka,maka PAS sememangnya tidak berkelayakan langsung.

PAS cuba nak jadi hero dalam isu ini,walhal diri sendiri bacul untuk berdepan DAP dengan permasaalahan prinsip hudud dan qisas didalam 'dasar' Pakatan Rakyat.Banyak lagi perkara PAS sememangnya tidak berani angkat muka pada DAP.

Kesimpulannya, yang membenarkan guna nama Allah jadi hero dan juara,yang membantah guna nama allah jadi bangsat dan tidak rasional.

Apa kata kita terbalikkan senario isu ini. katakanlah KDN di bawah kerajaan BN membenarkan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune dan di sokong pula oleh UMNO. agaknya siapa yang paling cepat buat demo besar besaran di jalan raya tuduh Umno kufur dan pengadai nama Allah?


Realitinya melayu Islam takkan bersatu,dan jangan harap akan bersatu, Isu nama Allah pun tidak dapat bersatu,apatah lagi jika membabitkan isu isu lain. Melayu Islam akan hancur.Jika ini berterusan kaum majoriti bakal diperintah dan dijerut oleh minoriti. Selepas itu kita sama sama tepuk tangan ucapkan tahniah antara satu sama lain..Bravo!

default

Kerajaan Kelantan hilangkan RM 50 juta kerana Ariffahmi

on Friday, January 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.

Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.
Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

sumber : kickdefella


Komen PB

Patut la samseng2 PAS ini hantar kapak terbang kepada Kickdefella . Bukan setakat kek RM 500 sahaja tetapi berlambak lagi rasuah dan penyelewengan berlaku di dalam kerajaan negeri yang bergelar Serambi Mekah ini . Dasyat juga Al Menantunya Nick Ajis ini bila berkuasa di PMBK rupanya , semua projek jutaan ringgit dia control dan manage tetapi akhirnya lingkup saja . RM 50 juta duit rakyat Kelantan lebur begitu saja oleh keran kebodohan Nik ajis ikut cakap menantunya .

Patut la rakyat di Kelantan miskin ,kemudahan prasarana kurang, masjid tidak dibina dek kerana banyak duit kerajaan negeri lepas oleh projek menantu Nik Ajis ini . Sepatutnya duit kerajaan negeri untuk pembangunan rakyat tetapi tidak sampai kepada rakyat dan dilesapkan angkara menantu nick ajis .

Memang patut pun Mahfuz Omar menyalak suruh Ariffahmi ini berundur segera . PB cadangkan juga kepada Mahfuz yang suka sangat Suruhanjaya Diraja ini agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja khas bagi menyiasat dakwaan dan tuduhan Kicdefella terhadap Nik ajis dan menantunya ini kerana ini adalah isu yang serius melibatkan wang rakyat Kelantan jutaan ringgit !!

Kepada penyokong PAS , dulu tuduh UMNO parti rasuah sangat tapi sekarang Nik ajis dan menantu ini hilangkan RM 50 juta duit rakyat Kelantan . Lepas ni duit royalti tak payah la dok tuntut kerana itu semua akan masuk poket pemimpin2 PAS sendiri bukan pergi kepada rakyat kelantan pun . Lihat wang bernilai RM 5o juta cukup la , bijak betul Nik Ajis menguruskan kewangan negeri .

default

Mr Bean PAS cakap negara sudah tidak stabil

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Mr Bean Malaysia gila publisiti

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran politik Malaysia yang dilihat tidak stabil, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar petang tadi mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar negara.

Bagi beliau, salah seorang pemimpin tersebut sewajarnya berada dalam negara kerana isu kalimah ‘Allah’ dan beberapa insiden pengeboman gereja masih gagal ditangani kerajaan.

“Wajarkah Perdana Menteri dan timbalannya meninggalkan negara, ketika negara diambang bahaya...(iaitu) isu kalimah (Allah) tak selesai-selesai dan beberapa gereja terus dibom sehingga masyarakat berasa seperti tak selamat,” jelasnya. “Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tak ada dalam negara. Najib baru bertolak semalam (ke Arab Saudi) dan Muhyiddin sekarang berada di Landon...siapa yang perlu dipertanggungjawabkan kalau apa-apa tercetus di dalam negara? KDN?”

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein wajar dipersalahkan juga kerana dilihat lebih bermain politik dari memastikan kestabilan dalam negeri kembali pulih belakangan ini.

“Sampai sekarang tiada penyelesaian (dari KDN), paling tidak tangkap saspek...kata wajah sudah dikenal pasti...(Polis perlu) siasat dan dakwa, jangan sekadar buat kenyataan politik, kerana ini (kes gereja dibom) isu keselamatan negara,” tegasnya.klik di sini



Komen PB

PB suka mengulas dan baca kenyataan Mr Bean PAS ini kerana apabila dia menyalak dalam Haprak daily cukup mengelikan hati .

EKORAN POLITIK MALAYSIA TIDAK STABIL .. Apa maksud sebenar ayat ini oleh Mr Bean dan juga penulis penjilat tegas PAS ini ?? Adakah negara kita sudah kucar kacir sehingga pelabur dan pelancong tidak berani datang ke Malaysia lagi ekoran politik Malaysia tidak stabil seperti yang ditulis oleh haprak daily ini ?? Adakah kedai-kedai ditutup @ darurat diisytiharkan ketika ini sehingga haprak daily ini menggambarkan Malaysia sudah tidak stabil !! Ini semua tuduhan palsu oleh mereka ini yang cuba membuatkan rakyat benci kepada kerajaan .

Tuduhan Mr bean pulak kononnya negara di ambang bahaya ini ialah kenyataan orang gila yang cuba mengelirukan rakyat . Polis sendiri memberi amaran dalam isu ini jangan dengar khabar2 angin @ sms dan boleh merujuk sendiri maklumat di IPD berdekatan . Mengapa Mr Bean ini kalut sangat dalam isu ini ?? dia seperti cukup seronok betul menyalahkan kerajaan sehingga lawatan Najib dan Muhyiddin ke luar negara pun dipertikaikan .Bila dia pergi Medan, Indonesia berseronok di sana ketika berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat tahun lepas , tak pulak ada orang lain mempertikai absent beliau ke Dewan Rakyat ??

Isu pembakaran gereja yang berlaku di negara disebabkan perbuatan jenayah individu tertentu. BUKANNYA PENGEBOMAN GEREJA seperti yang berlaku di negara-negara luar sehingga menggugat keamanan di Negara. Ambil contoh pengeboman yang berlaku macam di selatan Thailand, Indonesia, Pakistan, Iraq, India dan banyak lagi. Wahai Datuk Mahfuz Omar, janganlah mereka-reka cerita bohong dengan niat memberi gambaran buruk tentang kerajaan kepada rakyat, khususnya pemimpin-pemimpin negara asing. Janganlah nak membakar api kemarahan penganut-penganut agama lain terhadap agama sendiri.

Berkaitan dengan siasatan polis sekarang ini , Timbalan IGP sendiri sudah memaklumkan sudah ada petunjuk wajah dan fizikal suspek tetapi perlukan masa lagi untuk meneliti maklumat ini . Awat Mr bean ini gelojoh sangat , dalam bab keselamatan kita perlu rasional ,ada bukti dan tidak bertindak mengikut perasaan dan melulu . Insyallah kita serahkan tugas ini kepada pihak polis untuk selesaikan kes ini tidak lama lagi ..

PAS jangan cuba hendak menimbulkan ketegangan kaum dan agama dalam hal ini .. mereka cukup seronok negara ini kucar kacir bagi membolehkan mereka hantam BN . Selepas itu Mr Bean and the geng boleh la tunjuk sebagai hero dan tonjol diri itu hebat kononnya mementingkan keamanan dan keselamatan rakyat .





default

Kaki ampu Anwar dalam PAS buak lawak lagi ..

on Thursday, January 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


kaki ampu kuat Anwar Al Juburi

KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh Umno sebagai dalang sebenar di dalam perkara itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran klik di sini


Komen PB

1. Sejak bila pandangan Anwal Al Juburi ini seperti mewakili pandangan keseluruhan rakyat Malaysia ?? Anwar tidak layak bercakap mewakili rakyat Malaysia kerana dia adalah ketua pembangkang dan sememangnya dia akan beri pandangan mesti hantam kerajaan .

2. Kenyataan Ustaz Idris yang menyifatkan apa yang dikatakan Anwar sebagai teguran cukup bangang sekali dan jangan ingat rakyat bodoh ke apa yg Anwar cakap memang berunsur fitnah jahat dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan . Nak bodek dan ampu Anwar pun berpada-pada la ..

3. Ini Anwar Al Juburi sejak bila dilantik jadi Penasihat KDN dan dok hantam KDN tidak buat apa2 dlm isu gereja terbakar ini ??


4. Buat kaki ampu terbaru seperti Ustaz idris , lihat video ini bertapa hipokrit dan pembohong besar si Anwar ini



default

Mr Bean PAS buat lawak bodoh lagi pertikai program UMNO Juara Rakyat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Mr Bean menyalak lagi ...

Setelah program Umno Juara Rakyat berakhir baru baru ini, terdengar salakan dari jauh Naib Presiden PAS .Pak lawak yang di angkat menjadi naib presiden PAS atau dikenali panggilan mesra Mr Bean PAS membuat kenyataan sekali lagi meremehkan minda rakyat terutamanya penyokong PAS sendiri.

Kenyataan beliau di Haprak Daily seolah olah ibarat meludah ke langit, mempersoalkan bantuan yang diberikan kepada rakyat.


Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan pengumuman Najib yang memperuntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Haprak daily


Kenyataan dangkal beliau adalah satu percubaan memperbodohkan rakyat,beliau mempersoalkan dari mana datangnya wang untuk membantu rakyat. Pisau dengan senang hati mengingat kamu wahai Mahfuz,jangan hanya tahu membuat kenyataan bodoh bodohkan rakyat tanpa berfikir panjang.Kerajaan BN yang terasnya adalah UMNO adalah di pilih oleh rakyat,di undi oleh rakyat,kerajaan BN yang terbentuk sehingga sekarang adalah pilihan rakyat.Maka kerajaan ini adalah kerajaan RAKYAT! UMNO PILIHAN RAKYAT!

Bantuan yang diberi semestinya adalah datangnya dari sumber kewangan kerajaan rakyat,adakah Pemimpin kerajaan PAS Kedah atau Kelantan mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu rakyat? Jika berlakunya kebakaran,banjir ,bencana alam dan bantuan kepada fakir miskin adakah pemimpin PAS mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai kesemua permasaalahan rakyat? adakah PAS mengeluarkan dana kewangan parti,jika ada ,dari mana datangnya dana parti PAS? Yang pasti Kerajaan negeri bawah pemerintahan PAS mengunakan dana kewangan kerajaan negeri. Yang akhirnya jika bantuan diberi maka akan keluarlah di dada akhbar Haprak Daily PAS adalah prihatin kepada rakyat.

Jika benar benar mengunakan duit sendiri,sila berikan bukti,bila,dimana dan kepada siapa bantuan diberikan.Kalau setakat RM100-RM300 tak payah heboh heboh,ramai lagi pemimpin dalam Malaysia buat perkara yang sama.

Adakah Ds Nizar mengeluarkan wang poket sendiri untuk membantu mangsa bencana alam? Adakah Mahfuz keluarkan duit poket sendiri bantu perbaiki infrastruktur masyarakat dikawasan parlimen yang diwakili?Adakah Nik Aziz wali selipar mengeluarkan duit poket sendiri memberi pampasan kepada mangsa KB Mall?Kesemuanya tidak! kesemua wang bantuan kepada rakyat datangnya dari dana yang diperolehi dari sumber kerajaan negeri yang kamu perintah. Takkan perkara sebegini perlu kamu perbodohkan rakyat?

Usah bercakap soal wang rakyat,PAS sejak dari dulu mengambil wang derma rakyat pada setiap ceramah fitnah mereka sebagai sumber wang poket pemimpin sendiri. Maki hamun ,mencarut dan fitnah dibayar rakyat kononnya fisabillilah,tetapi rakyat di tipu hidup hidup kononnya untuk perjuangan parti,walhal untuk perut pemimpin PAS sendiri.

PAS usah mendabik dada, tanggungan kos perbelanjaan muktamar di Ipoh pada 16 April 2008 sebelum ini pun hasil wang rakyat atau lebih mesra sebagai wang tokey balak yang PAS curi. Habis kesemua yang hadir muktamar di Ipoh makan dan menikmati dari hasil yang HARAM! Buat muktamar menelan belanja RM1juta .dari mana datangnya dana itu? Dana PAS? Atau mengunakan kepentingan kerajaan negeri Perak ketika pemerintahan MB tunggangan DAP! Sudah sudahlah berbohong: klik sini

Jika kerajaan BN PILIHAN RAKYAT yang terasnya UMNO mahu membantu rakyat,membelanjakan wang rakyat untuk rakyat ,apa masaalahnya,apahal Mahfuz menyalak? Rakyat beri sambutan pada UMNO ,PAS sakit hatikah?

sumber : pisau.net

default

Jangan terperangkap permainan politik Anwar yang semakin terdesak - Ezam

on Wednesday, January 13, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.

"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.

Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi.

"Dan kenyataan dia di Australia sebulan sebelum isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia meletus memaparkan agenda jahatnya," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.