Skandal Pasir , 34 orang ditahan termasuk S/U Exco Selangor

on Thursday, January 21, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PUTRAJAYA 20 Jan. – Seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik antara 34 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan nilai suapan RM280,000 dalam kes penyeludupan pasir di beberapa negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, suapan tersebut turut melibatkan tiga kes rasuah seks bertujuan memudahkan proses permohonan dan kelulusan mendapatkan pasir.

Menurut beliau, setiap individu yang terlibat didakwa menerima nilai suapan di antara RM500 sehingga RM50,000.

“Daripada jumlah tangkapan, 24 daripadanya melibatkan kakitangan kerajaan termasuk lima pegawai kanan.

“Tangkapan yang dibuat semalam dan hari ini juga melibatkan lima orang awam dan tiga pekerja swasta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Salah seorang yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad yang bertugas sebagai setiausaha sulit kepada Exco kerajaan Selangor, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan kelulusan kontrak perlombongan pasir dan lawatan ke China baru-baru ini.

Komen PB

Ini lah bukti Pakatan Haram adalah Pakatan Rasuah !! Pakatan Haram tidak akan terlepas dari rasuah ini sebab mereka kini sudah berkuasa di beberapa negeri . PB pernah mengikuti bengkel pencegahan jenaayah oleh PDRM , menurut pegawai polis yang memberi ceramah itu , jenayah akan berlaku bila mempunyai peluang dan keinginan.

Jadi, peluang ketika berkuasa sudah ada dan keinginan untuk kaya cepat menunggu tiba .. Rasuah menjadi pilihan utama untuk mereka ini di ketika mereka sedang berkuasa sebagai kerajaan . Tetapi di dalam blog2 PAS mula mereka menuduh SPRM bual hal lagi kononya dan ada pulak menyatakan ini konspirasi SPRM terhadap negeri Selangor .

Menariknya kenyataan oleh Datuk Syukri Jalil dalam TV3 semalam , SPRM membuat penangkapan ini bagi menambah sumber pendapatan kerajaan negeri semula selepas tertangkapnya dalang skandal penyelewengan pasir ini hingga merugikan sumber pendapatan negeri seperti Selangor . PB masih ingat lagi DS Khir Toyo pernah mempertikai mengapa sumber pendapatan negeri melalui royalti pasir tahun lepas berkurangan . Jadi , memang benar la berlaku skandal penyelewengan pasir ini di Selangor dan terbukti semalam mereka telah ditahan .

Pakatan Haram memang korup


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.