Archive for May 2011

default

PANAS ! Lagi fakta berapi tentang kenaikan tarif elektrik

on Tuesday, May 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Bila PB baca blog member  Pisau.net ... memang dalam tikaman pisau dia tu kepada puak-puak  yang dok melalak pasal kenaikan tarif elektrik  segala benda yang naik harga dalam negara ini disalahkan BN . 


Yang Kerajaan DAP kenakan surcaj bil air di P.Pinang yang membebankan rakyatnya tak ada sapa pun bising .Nanti PB akan dedahkan keluhan rakyat tentang surcaj DAP ini kaut duit rakyat . 





oleh: Pisau.net

Bila sebut saja barang naik semua marah kat BN,tak kiralah barang apa pun dari beras hinggalah kepada gas .Kontol Anwar naik tutuh jantan betina pun pakatan marah kat BN.

Hebat jugak BN boleh kawal harga minyak diseluruh dunia. Jalan penyelesaian yang diambil tidak menaikkan harga RON95 melegakan seluruh rakyat di negara ini tetapi menaikkan kemarahan haprak pakatan kerana tidak berupaya bermain isu ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat.


Kurang seminggu kemudian pengumuman dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui penyelarasan tarif baru. Peluang ini diambil oleh haprak pakatan yang sememangnya bebal berfikir untuk menyerang apa saja yang ada didepan mereka.


Siapa pun tak sebut selama ini kerajaan memberi elektrik percuma kepada rakyat,Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.

Siapa yang dapat? Rakyat miskin!


Bayangkan kalau Guan Eng yang bagi percuma kepada rakyat,sudah pasti seluruh negara di kempennya dia berjaya menyalakan lampu diseluruh pelusok dengar memberi secara percuma.Malangnya kerajaan yang ada sekarang ini bukan jenis populis. Tak ada Seekor pun juak haprak pakatan sebut tentang hal ini kerana mereka semua berduit berada.


Yang marah semua ni adalah golongan berada depan rumah paling kurang kereta 2 buah,rumah paling kurang ada 1 hingga 2 buah aircond,LCD,komputer,golongan ini billnya lebih dari RM77,selebihnya naik dari 0.07sen hingga RM30 tapi rokok isap jugak,kereta modified jugak,pasang ekzos,sport rim,tinted cermin macam macam la,kat anak anak beli Play Station jugak.Kalau bill elektrik terlebih itupun kalau guna banyaklah."Rakyat" marah pasal terpaksa tambah belanja "RM1" sehari.


Ada yang memberi alasan,inilah sebahagian punca kenaikan harga barang,jawapannya mudah sepertimana harga gula naik,takkanlah gula naik sekilo 20sen ,segelas teh tarik pun boleh naik sampai 20-30 sen walhal gula yang digunakan tak sampai beberapa gram. Samalah dengan elektrik,kalau pekilang dan peruncit naikkan harga barangan atas alasan tarif elektrik naik memang celakalah diaorang ni.


Pelbagai alasan dan hujah,berkokok sana sini kerana mereka ada jalan penyelesaian,berkokok memang mudah daripada nak bertelur yang mengeluarkan hasil.


Pada TNB memang mudah bercakap sebab mereka hanya berkira tentang ringgit dan sen,mereka hanya berkira tentang untung tahun ini berapa billion yang boleh dicapai.Untung banyak banyak tapi tak dikembalikan pada rakyat buat apa?


Memanglah siapa pun tak setuju dengan kenaikan tarif ini ,Pisau pun tak bersetuju, sedikit sebanyak memang membebankan rakyat.Tapi itu bukan alasan untuk kita memperbodohkan diri sendiri hingga gagal berfikir. Juak haprak pakatan kerjanya hanya menyalahkan lawan dan menghasut rakyat,sebaliknya gagal untuk mendidik dan menyedarkan rakyat siapakah dalang disebalik kenaikkan harga barang.


Pisau juga setuju apabila perjanjian IPP harus dikaji semula ,kita tidak tahu apa yang termaktub didalam perjanjian IPP memandangkan yang mula mula sebut tentang perkara ini adalah Anwar,apa yang keluar dari mulut beliau sebenarnya 1 pun tak boleh percaya,justeru perjanjian ini harus didedahkan dan dikaji semula agar tidak dimanipulasi oleh haprak pakatan.Sebahagian IPP yang dibina adalah kroni kroni Anwar semasa beliau menjadi menteri kewangan,sebab itulah beliau berani mencabar kerajaan.


Pokok pangkalnya kerajaan BN tidak populis,mengadai kepentingan politik demi kepentingan negara agar tidak menjadi popular dalam membuat keputusan penting demi kepentingan rakyat.

default

Mesti Baca ! Fakta mengenai kenaikan tarif elektrik .

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








Bila PB menbaca tentang fakta tentang kenaikan tarif elektrik ini , baru kita faham secara rasionalnya tentang kenaikan ini .  Tadi semasa di kantin di office pun PB sempat sembang dengan rakan sekerja , dan PB jelaskan  bahawa tiada kenaikan kepada yang pakai kurang 200kwj  sebulan. 


Baru mereka faham sebab ini hanya kepada pengguna yang mengguna lebih tenaga elektrik. Ikuti fakta yang PB petika dari blogger elit tersohot Blog MIM tentang fakta kenaik tarif elektrik .










Jika merujuk kepada kenyataan TNB : Pengguna Domestik / Kediaman:


- Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.


- Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.


- Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman(4.4 juta pengguna);


- Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)


- Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)


Jika merujuk kepada statistik-statistik di atas, isu kenaikan tarif elektrik sepatutnya dapat diterima oleh rakyat. Persoalannya, apakah rakyat peduli sama ada TNB terpaksa menanggung kenaikan operating yang berdasarkan kepada kenaikan bahan api seperti gas dan arang batu?


Inilah persoalan asas yang perlu difikirkan apabila kita membincangkan tentang kenaikan tarif elektrik oleh TNB.






TNB menyumbang 55% daripada total kapasiti industri melalui aset logi termal dan 3 skim hydroelektrik utama di Semenanjung Malaysia. Dan mereka akan menaikkan harga purata tarif elektrik akan meningkat sebanyak 7.12 peratus atau pun 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj berkuat kuasa 1 Jun.

Alasan yang diberi ialah kenaikan harga gas daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU berkuat kuasa 1 Jun. Begitu juga harga arang batu yang dikatakan meningkat sebanyak US$35.

1. Apakah TNB tidak membeli dan mempunyai simpanan gas dan arang batu untuk penjanaan sebelum 1 Jun 2011?

2. Jika ada, di manakah rasionalnya tarif dinaikkan jika TNB masih mempunyai simpanan gas yang dibeli dengan harga lama?

3. MiM juga ingin bertanya, apakah TNB masih menghantar bil melalui pos?

Jika ya, MiM berpendapat bahawa TNB dapat mengurangkan kos operating jika TNB menggunapakai cara lama mereka iaitu menghantar bil direct terus oleh pembaca meter yang datang ke rumah atau premis.

Dengan cara ini, TNB tidak perlu lagi membayar kos untuk mengpos bil-bil elektrik.


4. Jika merujuk kepada laporan akhbar, TNB tidak menyebutkan tentang satu isu besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut iaitu kekurangan bekalan gas. MiM tidak faham kenapa tetapi bekalan gas yang tidak menentu dan tidak mencukupi merupakan salah satu faktor yang sangat dirisaukan oleh TNB.

Malah, pengeluaran elektrik oleh penjana kuasa yang menggunakan gas telah jatuh dengan signifikan sebanyak 20.4% pada 2nd suku jika di bandingkan dengan 1st suku FY2011.



5. Bagaimana pula dengan status 3 loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB?

Apakah loji tersebut tidak menikmati harga bahan bakar yang lebih rendah daripada harga semasa?



Walaubagaimana pun, isu kenaikan tarif elektrik sudah pasti akan dijadikan peluru untuk menghentam kerajaan BN. Persoalannya,


Apakah pemegang-pemegang saham ini peduli jika BN diburuk-burukkan dan dihentam oleh parti pembangkang? Apakah mereka akan simpati jika BN kalah PRU13 nanti?

Apa pun, MiM berharap agar penerangan diberikan secukup-cukupnya oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Jangan hanya mengharapkan media perdana sahaja sama seperti isu-isu kontroversi lain yang menyentap hati rakyat.

Begitu juga dengan pemantauan harga-harga barang keperluan rakyat yang mungkin akan dinaikkan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasikan isu tarif baru ini.









BILAKAH tarif elektrik yang baru akan berkuat kuasa?

Tarif elektrik yang baru akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2011. Semasa tempoh peralihan, iaitu dalam bulan pertama kadar tarif baru berkuat kuasa, bil elektrik akan dikira berdasarkan kaedah prorata. Dengan kata lain, penggunaan elektrik sebelum tarikh kuat kuasa akan dikira berdasarkan kadar tarif lama manakala penggunaan elektrik selepas tarikh kuat kuasa adalah berdasarkan kadar tarif yang baru.

Berapakah kenaikan tarif elektrik pada semakan tarif kali ini?Kadar tarif purata akan meningkat sebanyak 7.12 peratus.

Kenaikan ini disebabkan oleh:

Kenaikan purata 5.12 peratus disebabkan peningkatan harga gas asli kepada sektor tenaga sebanyak 28 peratus daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU)

Kenaikan purata sebanyak 2.0 peratus bagi menampung sebahagian daripada kenaikan kos pembekalan elektrik sejak semakan tarif asas yang kali terakhir dilaksanakan pada Jun 2006

Pakej ulangkaji tarif ini juga merangkumi kadar dan diskaun tambahan seperti berikut:
Diskaun 10 peratus ke atas bil elektrik bulanan yang sedang dinikmati sekolah dan institusi pengajian tinggi Kerajaan, rumah ibadat dan badan kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan dikekalkan. Diskaun 10 peratus ini juga akan diberikan kepada institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.

Pengguna Thermal Energy Storage (TES) akan menikmati kadar diskaun lebih tinggi untuk penggunaan dalam tempoh luar puncak.

Pengurangan kadar Firm Standby untuk Co-generators bagi menggalakkan inisiatif Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency) dan Demand Side Management (DSM).
Syarikat rawatan air, pengagihan air dan pembentungan akan dikategorikan di bawah Tarif Perindustrian.

Sejajar dengan Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011, Kerajaan akan mengenakan 1 peratus bagi Feed-in-Tariff (FiT) untuk Dana Tenaga Boleh Baharu (RE) yang akan berkuat kuasa mulai 1 September 2011. Dana itu akan digunakan untuk promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Dana ini akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Berapakah purata kenaikan bil tarif elektrik yang dialami oleh setiap segmen pengguna?

Pengguna Perindustrian akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35 peratus (dalam lingkungan 6.2 peratus sehingga sekitar 10 peratus).
Pengguna Perdagangan akan mengalami kenaikan purata sebanyak 8.35 peratus (dalam lingkungan 6.2 peratus sehingga sekitar 8.35 peratus).
Pengguna Domestik/Kediaman dengan penggunaan bulanan tidak melebihi 200kWj tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif. Pengguna Domestik/Kediaman dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWj.
Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif


Dengan ini, tiada kenaikan tarif kepada 75 peratus pengguna (4.4 juta pengguna):
Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)
Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 – 300kWj (1.1 juta pengguna)


Apakah impak terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band)?

Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) dikekalkan pada 200kWj sebulan.
Pengguna Domestik/Kediaman dalam jaluran 1 hingga 200kWj sebulan tidak pernah mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik semasa semakan-semakan tarif sejak tahun 1997 lagi. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar subsidi pada 21.8 sen/kWj. Jumlah isi rumah ini meliputi kesemua 200,000 isi rumah miskin (pendapatan tidak melebihi RM750 sebulan).

Apakah rasional utama kenaikan tarif kali ini?


Kenaikan tarif elektrik pada kali ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas asli kepada sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU mulai berkuat kuasa 1 Jun 2011.
Kenaikan harga gas asli ini adalah selari dengan keputusan Kerajaan berhubung mekanisme penetapan harga gas asli yang mana harga gas asli disemak secara berkala berpandukan kepada trend harga pasaran semasa.

Memandangkan 50 peratus daripada campuran kos bahan api (fuel cost mix) untuk pembekalan elektrik adalah daripada gas asli (TK2010), pertambahan kos bahan api disebabkan oleh semakan harga gas ini menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik pengguna.

Salah satu komponen utama lain dalam kos bahan api TNB ialah kos arang batu ( 48.3 peratus daripada campuran kos bahan api pada TK2010).

TNB hanya mendapat balik sebahagian daripada kos pembelian arang batu kerana semakan tarif kali ini masih berdasarkan kepada harga arang batu pada USD85/tan CIF (CV5500 kcal/kg) (sebagaimana harga yang digunapakai semasa semakan tarif pada Mac 2009) walaupun harga purata arang batu bagi enam bulan pertama TK2011 adalah USD100/tan CIF dan pada ketika ini harga arang batu adalah sekitar USD 120/tan CIF.

Nota: CIF: Cost, Insurance & Freight

Ketika pengumuman keputusan kewangan baru-baru ini, TNB telah mencatatkan keuntungan. Mengapakah TNB masih memerlukan semakan tarif asas?
Kali terakhir semakan tarif asas dibuat ialah pada Jun 2006. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos pembekalan elektrik mengalami peningkatan terutama disebabkan kos yang di luar kawalan termasuklah kos modal, peralatan dan bahan, inflasi, kos pertukaran wang asing dan kos pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik.

Pada ketika ini, pulangan (Return on Ratebase, RoRB) TNB adalah jauh lebih rendah daripada kos modalnya (Weighted Average Cost of Capital, WACC) dan dijangka akan terus merosot sekiranya tarif asas semasa dikekalkan. Semakan tarif asas diperlukan untuk memastikan supaya Industri Pembekalan Elektrik di Malaysia terus berdaya maju.

Pinjaman TNB pada masa kini adalah tinggi sekitar RM21.3 bilion pada 2010. TNB juga memerlukan perbelanjaan modal sekitar RM4 bilion hingga RM5 bilion setahun untuk pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik pada masa hadapan.

Adakah Kerajaan akan terus memberikan rebat elektrik kepada pengguna Domestik/Kediaman yang menggunakan elektrik kurang daripada RM20 (bersamaan dengan 91.7 kWj) sebulan?

Rebat daripada Kerajaan kepada pengguna Domestik/Kediaman yang menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2011.

Mengapa TNB masih menggunakan arang batu sedangkan harga arang batu terus meningkat?

Di bawah Polisi 5- Bahan Api Kerajaan, TNB perlu mempelbagaikan sumber bahan api dan ini termasuklah dengan menggunakan arang batu sebagai salah satu opsyen. Ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan TNB kepada gas asli kerana sumber itu semakin menyusut. Di samping itu, polisi untuk mempelbagaikan sumber bahan api adalah bagi menjamin keselamatan bekalan tenaga jangka panjang untuk negara.
Keputusan Kerajaan untuk membina loji janakuasa berasaskan arang batu telah dibuat pada awal 1980-an yang pada ketika itu harga arang baru adalah lebih rendah. Walau bagaimanapun peningkatan permintaan komoditi sejak akhir-akhir ini telah menyaksikan peningkatan harga komoditi (arang batu dan lain-lain) sehingga ke paras yang tinggi.

Mengapa TNB tidak mempertimbangkan opsyen penjanaan tenaga yang lain seperti solar, angin dan biomass?

TNB telah menjana elektrik daripada sumber bersih seperti hidro, hidro mini dan sisa-sisa buangan. Di antara projek tenaga boleh baharu (RE) utama yang bakal dilaksanakan kelak ialah projek hidro Hulu Terengganu dan Ulu Jelai dan juga loji janakuasa berasaskan biomass yang dibangunkan dengan kerjasama Felda dan juga projek pilot solar PV berkapasiti 5MW di Putrajaya.
Walau bagaimanapun, penjanaan elektrik daripada sumber RE adalah lebih mahal (iaitu tidak berdaya saing) berbanding dengan sumber konvensional terutama bagi penjanaan elektrik berskala besar. Selain daripada itu, teknologi terkini RE hanya membolehkan penjanaan tenaga dalam kapasiti dan skala yang terhad.
Adalah dijangkakan bahawa pelaksanaan mekanisme Feed-in-Tariff (FiT) kelak akan membantu perkembangan dan pembangunan penjanaan elektrik daripada sumber RE di Malaysia.

Bagaimana saya boleh menjimatkan bil elektrik?

TNB menggalakkan para pengguna untuk menggunakan elektrik secara cekap. Sebagai contoh, pengguna boleh menggunakan lampu dan peralatan elektrik yang lebih cekap tenaga. Peralatan yang berkadaran kuasa tinggi seperti pemanas, penghawa dingin dan motor industri haruslah digunakan secara berhemah untuk menjimatkan tenaga. Pengguna juga disarankan untuk bertukar kepada peralatan-peralatan yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi.

Adakah TNB akan terus memberi diskaun kepada badan-badan kebajikan?

TNB akan terus memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada sekolah-sekolah Kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi Kerajaan, rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi kebajikan yang berdaftar dengan Kerajaan. Di samping itu, diskaun sebanyak 10 peratus ini akan turut ditawarkan kepada institusi-institusi pengajian yang ditaja sebahagiannya oleh Kerajaan.

Mengapakah pengguna Tarif Industri Khas (TIK) mengalami peningkatan yang sedikit lebih tinggi berbanding pengguna Perindustrian biasa?

Ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pemberian subsidi kepada industri secara berperingkat-peringkat. Walaupun dengan peningkatan kadar tarif yang sedikit lebih tinggi ini, pengguna TIK akan terus menikmati kadar tarif diskaun yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pengguna Perindustrian biasa. Perbandingan tarif Perindustrian di negara serantau menunjukkan bahawa tarif Perindustrian TNB yang baru ini masih lagi kompetitif.

Saya adalah seorang pengguna Co-generator. Bagaimanakah tarif baru ini memberi kesan kepada saya?

Untuk tarif elektrik yang baru ini, kadar baru dikenakan untuk caj Top-Up dan caj Standby. Perbezaan utama dalam tarif baru ini ialah tiada lagi caj-caj Firm dan Non-Firm untuk Standby sebaliknya hanya satu caj Standby sahaja akan dikenakan.

Kadar Standby yang baru (seperti 1 Jun 2011) akan dikenakan kepada pengguna-pengguna berikut:

Semua Co-generator yang baru; dan
Co-generator sedia ada yang berhasrat untuk bertukar kepada kadar Standby yang baru ini.

Bagi Co-generator sedia ada yang ingin mengekalkan kadar Standby (Firm dan Non-Firm) seperti sebelum ini, mereka akan dikenakan kadar Standby (Firm dan Non-Firm) sebagaimana sebelum ini bersama-sama dengan kadar Top-Up yang baru (bermula 1hb Jun 2011).

Apakah Feed-in-Tariff?

Feed-in-Tariff (FiT) akan diperkenalkan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia berkuatkuasa 1 September 2011.
Kutipan FiT akan digunakan untuk membiayai Dana RE yang akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority, SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. SEDA adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia hal berkaitan RE dan FiT di Malaysia.

Dana RE itu akan digunapakai untuk merangka kadar-kadar FiT yang cukup menarik untuk menggalakkan syarikat dan pihak individu melabur dalam penjanaan daripada Sumber Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimanapun, FiT bukanlah bertujuan untuk membolehkan pemaju-pemaju RE mengaut keuntungan berlebihan. Ia sebaliknya adalah untuk mengatasi halangan-halangan pasaran supaya rakyat boleh bersama-sama Kerajaan menyumbang kepada penjanaan tenaga hijau, dalam masa yang sama dapat menjamin tahap keselamatan pembekalan elektrik negara di samping menjana peluang ekonomi baru.

Apakah tujuan pelaksanaan FiT?

Pada ketika ini, penjanaan elektrik daripada sumber RE adalah sangat mahal dan tidak kompetitif berbanding loji janakuasa berkapasiti besar yang menggunakan sumber konvesional bahan api fosil. Kos per unit yang lebih tinggi ini menyebabkan pelaburan dalam RE tidak menarik minat para pelabur dan utiliti elektrik.

Pelaksanaan FiT bertujuan menggalakkan pertumbuhan RE di Malaysia. Kutipan FiT ini akan digunakan untuk memberi subsidi perbezaan harga antara kadar tarif premium dengan harga jualan seunit elektrik yang pada ketika ini dinikmati oleh pemaju-pemaju RE di bawah program REPPA (harga jualan maksimum pada 21 sen/kWj).

Mekanisme FiT telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara seperti Jerman dan Sepanyol dan telah dikenal pasti sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan RE di negara-negara tersebut.

Apakah itu mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass-Through, FCPT)?


Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme Pelepasan Kos Bahan Api (Fuel Cost Pass-Through, FCPT) bagi sektor pembekalan elektrik.

Mekanisme FCPT membolehkan utiliti elektrik memindahkan kos bahan api untuk penjanaan elektrik yang disebabkan oleh ketidaktentuan harga bahan api (gas asli dan arang batu) kepada para pengguna dengan menaikkan atau menurunkan tarif elektrik. Pertambahan kos bahan api disebabkan oleh kenaikan harga bahan api akan menyebabkan tarif elektrik meningkat. Sebaliknya penurunan/penjimatan dalam kos bahan api akan dipulangkan kembali kepada para pengguna dengan pengurangan tariff elektrik. Mekanisme ini telah digunapakai oleh utiliti-utiliti di banyak negara seperti Singapura, Thailand, Filipina, Jepun, USA (contohnya Florida) dan Eropah.
Mekanisme FCPT akan dilaksanakan setiap enam (6) bulan sekali selari dengan kajian semula harga gas asli setiap enam (6) bulan yang mana turut mengambil kira harga pasaran arang batu dan minyak semasa.

Bagaimanakah tarif elektrik yang baru ini dapat menggalakkan lagi Teknologi Hijau?

Pengguna Thermal Energy Storage (TES) ditawarkan kadar diskaun yang lebih tinggi untuk penggunaan elektrik luar puncak (kadar diskaun meningkat daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj).
Selain daripada itu, kadar Firm Standby untuk Co-generator dikurangkan bagi menggalakkan inisiatif-inisiatif penggunaan Teknologi Hijau, Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency, EE) dan Demand Side Management (DSM). Pengurangan kadar Firm Standby adalah daripada RM25/kW sebulan kepada RM12/kW sebulan (bagi pepasangan Co-generator Voltan Tinggi) dan RM14/kW sebulan (bagi pepasangan Co-generator Voltan Sederhana).

default

Harga Minyak Petrol, LPG , Diesel tak naik , Pakatan memang sah penipu !

on Wednesday, May 25, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.



“Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

“Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.


Komen PB 

Terima kasih kepada Perdana Menteri DS Najib dan barisan kabinet yang membuat keputusan untuk  mengekalkan harga semasa minyak bagi petrol ,LPG dan diesel  . Walaupun pelbagai progpaganda oleh Pakatan Rakyat  serta portal pro pembangkang yang memainkan isu harga minyak akan dinaikkan  , tetapi tenyata hari ini cakap  mereka hanya lah satu pembohongan .

PB juga ingin mengucapkan syabas kepada Pemuda UMNO Malaysia pimpinan  Khairy Jamaluddin yang memainkan peranan penting sebagai pendesak dan membawa suara rakyat  jika subsidi minyak ini dikurangkan .

Terima kasih Kerajaan BN .. bukti Rakyat didahulukan dikotakan !

default

Takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat

on Saturday, May 21, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menyedihkan,  ...itulah yang PB dapat katakan apabila melihat gambar -gambar mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. 


Kita sedekahkan  Al Fatihah kepada semua mangsa dan semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman . 

























Gambar Ihsan Aizudin Saad di Berita Harian




default

Kes liwat : Anwar Pandi Kutty perlu bela diri , lambaian Sg Buloh semakin dekat

on Monday, May 16, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.
Dalam penghakiman lebih dua jami itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa".

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

default

Jom tengok apa yang Guan Eng bohong dalam surat kepada Menteri Amaran ..

on Saturday, May 14, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Guan Eng ini kalau tak bohong satu kali dalam sehari memang tak senang la hidup dia . Bab nak menipu dan putar belit memang Ketua Menteri ini paling No 1 di Malaysia . Dalam surat kepada Menteri Amaran pun nak diselitkan juga bohong iaitu pasal jalan altenatif kononnya dibantah Pemuda UMNO PP . 


Lihat di bawah ini artikel yang dipetik dari bro Pisau.net




Petikan dari Surat Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disiarkan oleh Haprak Daily portal lidah bercabang khawarij PAS:-


Sejak bila Pemuda Umno menyokong jalan bertol?Jalan Alternatif yang dibina sejak 2007 adalah dibina oleh Umno dan kerajaan BN:


Semua orang tahu,sudah ada jalan alternatif yang dibuat oleh kerajaan BN yang merentasi diantara Taman Bagan dan keluar ke Jalan Chain Ferry,jalan alternatif ini dibina oleh kerajaan BN sebaik saja tol lebuhraya BORR dibina sekitar tahun 2007 untuk penduduk setempat mengelak daripada membayar tol atas hasil usaha daripada UMNO!Dalam masa yang sama jalan alternatif dari Seberang Jaya keluar ke (Taman Chai Leng) melalui Penang Bird Park turut dibina.



Terlalu banyak jalan alternatif untuk mengelakkan daripada membayar tol,adalah tidak munasabah jika kita hanya mengunakan jalan sepanjang 1km akhirnya terpaksa juga melalui jalan alternatif yang dibina sejak sekian lama oleh kerajaan BN.



Sebaliknya Lim Guan Eng menyusahkan rakyat yang keluar dari Sg Nyior ke Jalan Siram untuk ke Jalan Raja Uda atau Jalan Telaga Air dengan adanya lampu isyarat baru di tengah Jalan Siram yang semua orang tahu sesak dari simpang empat Sg Nyior hinggalah perkuburan India Jalan Siram.selanjutnya klik sini



Sedangkan ketika itu, Ketua Pemuda Umno PP Shaikh Hussin menerjah Guan Eng semasa sidang akhbar,beliau sendiri berkata menyokong jalan yang dibina oleh Guan Eng bersambung dengan jalan tanpa tol oleh kerajaan BN.



Lidah biawak ni tak pernah cuba untuk bercakap benar.Kita akan dedahkan video pembohongan Lim Guan Eng tidak lama lagi.

default

Skandal projek SPICE Kerajaan DAP dibongkarkan ....

on Saturday, May 7, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Projek Spice berdekatan PISA  yang dicadangkan mahu dibina oleh Kerajaan regim Guan Eng terus ditikaikan oleh pelbagai pihak .  Terbaru Gerakan Pulau Pinang melondehkan pelbagai penyelewengan sehinggakan kerajaan negeri melanggar peratusan undang-undang. 

Tenyata kerajaan regim DAP  sanggup  menolak undang2 dan peraturan sedia ada demi kerakusan  mereka untuk meluluskan projek terbabiit  untuk kayakan kroni2 DAP . 

Kalau undang2 pun sanggup apek ultra kiasu ini redah, inikan pulak mereka cuba menyorok rahsia kepentingan premis judi terbabit .  Walaupun mereka melaung-laungkan ketelusan , tetapi telus apa pulak .




GEORGETOWN - Kerajaan Negeri dibidas kerana begitu berahsia dan menyorok pelbagai maklumat daripada pengetahuan umum mengenai cadangan projek Pusat KonvensyenAntarabangsa Pulau Pinang (Spice) bernilai RM300 juta.

Ketua Biro Kerajaan Tempatan parti Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng berkata, banyak perkara yang menimbulkan keraguan dan tanda tanya selepas kerajaan mengumumkan pembinaan projek itu atas sebahagian tapak Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri didapati melanggar peraturan dan undang-undang apabila bersetuju dengan syarat pemaju projek agar dibenarkan membina 1,500 unit rumah tambahan dalam projek perumahannya di Pulau Pinang.

Persetujuan itu menunjukkan Kerajaan Negeri sudah melanggar peraturan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Dasar-Dasar danGaris Panduan (Jabatan Perancangan Bandar) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana pemaju membina rumah melebihi kepadatan yang dibenarkan mengikut keluasan tanah dan kawasan tertentu.

Tindakan itu akan menjadi ikutan pemaju projek lain pada masa akan datang untuk meletakkan syarat tertentu walaupun ia menyalahi peraturan atau undang-undang.

“Kerajaan Negeri sepatutnya menguatkuasakan undang-undang untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan bukan melanggarnya dengan mengikut kehendak syarikat pemaju,” katanya pada sidang media di Bilik Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, kos projek itu juga terlalu tinggi (RM300 juta) walaupun hanya menggunakan tapak yang lebih kecil berbanding Pisa RM105 juta dengan keluasan lebih besar.

“Projek Spice tiga kali ganda lebih mahal dari Pisa sedangkan ia terletak dalam kawasan projek Pisa. Kita tidak tahu apa bentuk pembangunan yang dirancangkan sedangkan Pisa mengandungi tiga bangunan besar iaitu stadium, pusat akuatik dan bangunan letak kereta lima tingkat,” katanya.

default

Lagu khas untuk Pakatan Rakyat a.k.a Penyamun Rakyat ........

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

default

Terkini ! Kerana video seks Anwar , ranking Blogger Pakatan sudah tewas kepada blogger Pro BN

on Thursday, May 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bila aku baca artikel blogger pencacai  Pakatan dan DAP ini  , dia meroyan sekarang ini ke mana hilangnya pengaruh blogger-bloggger Pakatan di dunia blog politik Malaysia. 


Bertambah menarik lagi , pendedahan video seks Anwar Ibrahim terus meningkatkan ranking blog-blog PRO BN seperti PAPA GOMO yang sekarang merupakan No 1 ranking  blog politik di Malaysia menewaskan blog sosialis  Tukar Tiub . 


Jika kita lihat data ranking di atas tidak termasuk blog Pisau dan Gelombang Rakyat  yang tidak dimasukkan dalam list  , ia menunjukkan kepada kita  penyebaran dan pendedahan video ini telah berjaya  sampai kepada ke pengetahuan rakyat di Malaysia  . Itu tidak termasuk  lagi dalam penyebaran melalui facebook . 

Syabas kepada rakan-rakan blogger Pro BN semua ...


teruskan perjuangan bro !!!

default

Siapa menentang penyatuan UMNO - PAS adalah pengkhianat Islam - Mufti Perlis

on Wednesday, May 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kalau Guan Eng cakap sebelum ini penyatuan UMNO - PAS membentuk rasis + ekstremis  ,  dan beberapa geng Erdogan  marah sangat . Hari ini Mufti Perlis pulak gelarkan siapa yang menentang penyatuan ini sebagai pengkhianat Islam.




KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam. Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat. Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut. Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan. Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi. - Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.