..

..
Archive for December 2008

default

Pas dibidas kerana tolak Pewaris

on Wednesday, December 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 30 Dis. - Pas bersifat 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menolak kehadiran ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka semalam.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Pas itu kerana pada masa sama parti itu menyokong pertubuhan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mengadakan demonstrasi.

''Pihak kami hadir untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di kawasan Masjid Tanah yang mengalami masalah kesihatan serta pencemaran sungai akibat operasi ladang ternakan babi yang masih berleluasa.

''Pas sepatutnya lebih prihatin terhadap isu mengenai orang Melayu dan agama Islam seperti yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Menurutnya, memorandum itu akan dihantar kepada semua pemimpin Melayu dan Islam dalam usaha memansuhkan ternakan babi di kawasan tersebut.

Semalam, majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.

Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, pihaknya tidak berniat merosakkan majlis ceramah perdana anjuran Pas tersebut kerana sebelum ini telah memaklumkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Kami terlebih dahulu telah menghantar notis mengenai penyerahan memorandum tersebut dua hari sebelumnya," ujarnya.

** PB merasakan Pewaris tak perlu la menghantar memorandum lain selepas ini kepada PAS kerana mereka kini bukan lagi hendak membela bangsa Melayu mereka sendiri tetapi mereka lebih suka menyokong NGO-NGO bangsa lain seperti Hindraf dan Jerit iaitu pertubuhan haram kerana atas dasar kepentingan politik Pakatan . Kalau dihantar memonrandum pun tentu mereka tidak ikhlas hendak menolong dan mungkin kena dibincang dulu dengan komponen Pakatan lain seperti hendak melaksanakan hudud dan Qisas.

default

Antara KJ & Husam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Laman-laman web pro pembangkang kini mempersalahkan Khairy Jamaluddin yang telah berjaya membangkitkan isu yang disembunyikan oleh Pas selama ini dengan memaksa Naib Presiden Pas, Husam Musa untuk menjelaskan kedudukan hukum Hudud dan Qisas yang selama ini diperjuangkan oleh Pas dan akhirnya terpaksa menyembunyikan isu ini dan menggantikan manifesto baru pada pilihan raya Umum yang lalu untuk mengkaburkan mata rakyat apabila Mereka bersetuju bersatu dengan Pakatan Rakyat.






Manifesto baru, negara berkabajikan sebenar adalah aksesories kepada Pas untuk memujuk rakyat bukan Islam untuk menerima Pas dalam pakatan rakyat. Husam dikatakan terperangkap dengan soalan Khairy Jamaluddin dan telah membuat kesilapan dengan jawapan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud dan Qisas sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.




Jawapan Husam ini menimbulkan satu suasana yang keliru dan tidak menyenangkan DAP yang sememangnya menentang Hudud dan Qisas. Keadaan bertambah celaru sehingga Nik Aziz dan Hj Hadi terpaksa mencampuri untuk menenangkan kembali keadaan dengan jawapan yang tidak konsisiten yang boleh di anggap sebagai jawapan untuk menyelamatkan keadaan dan hubungan parti mereka.






Terbaru, Nik Aziz berkata Pas akan melaksanakan hukum Hudud walaupun terpaksa menunggu 30 tahun yang merupakan jawapan untuk menyelamatkan maruah parti berkenaan yang tidak lagi memperjuangkan Hudud. Samy Vellu juga meminta Anwar Ibrahim untuk menjelaskan pendirian beliau sebagai Ketua pembangkang mengenai hukum Hudud ini.



Isu ini hebat diperkatakan di perdebatan kembali oleh pemimpin dari BN khususnya UMNO dan juga pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati kepada bom jangka yang dilepaskan oleh Khairy Jamaluddin menjelang pilihan raya kecil Terengganu. Isu ini sememangnya isu yang enggan diperdebatkan oleh Pembangkang terutamnya PAS dan Dap kerana mereka tidak sehaluan dalam memperjuangkan Hudud dan Qisas,

Isu ini timbul dalam satu forum Transformasi politik yang di adakan di Kota Bahru Kelantan oleh parti Pas dengan menjemput Khairy Jamaluddin sebagai penalist. Tujuan mereka untuk mengaibkan Khairy dalam forum ini akhirnya bertukar apabila Khairy berjaya memperbodohkan Husam dan impak yang diterima oleh Pas dalam Forum anjuran mereka sendiri sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Anak muda dari UMNO ini telah berani berhadapan dengan ribuan penyokong Pas dan pasti berani menghadapi ejekan dan kutukan mereka dan akhirnya berjaya mendedahkan kebodohan Naib Presiden mereka Husam Musa yang akhirnya dikatakan terperangkap dengan jawapan yang beliau berikan.

Seharusnya ada pihak lagi dari UMNO menganjurkan forum atau debat ulangan setelah Pas menganjurkan di Kota Bahru, baru-baru ini dan menjemput tokoh dari PAS dan PKR untuk menjadi penalist .

default

Kapten Zahar memang patut keluar UMNO

on Thursday, December 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Saya tidak terkejut mengenai berita Kapten Zahar ini keluar UMNO malah Good News for UMNO !! .

Tindak tanduk beliau sejak akhir-akhir ini dan isu surat oleh beliau ke PM yang mengatakan berlaku penyelewengan pembelian helikopter yang dapat kepada Eurocopter memang kita sudah nampak kebenarannya sehingga beliau digantung 3 tahun keanggotaan oleh parti . Kritikan beliau kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sendiri menunjukkan beliau tidak puas hati dan kecewa kerana gagal mendapat kontrak membekal helikopter dan dijaja ke seluruh negara cerita ini hingga PAC melakukan siasatan dan tiada berlaku penyelewengan pun.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.

Dalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi UMNO yang didakwanya membuat keputusan dengan tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.
Katanya, PAS dan UMNO adalah sama tetapi PAS lebih baik dari UMNO yang pernah beliau sertai sejak 26 tahun lalu.

Ditanya kenapa beliau memilih PAS dan bukan PKR, Zahar berkata, PKR bukanlah parti yang memperjuangkan Melayu. Tetapi pendapat saya PAS dan PKR sama sahaja kerana sekarang mereka dalam Pakatan Rakyat dan apa keputusan dan perlaksanaan hendak dibuat perlu merujuk parti dalam Pakatan dan Anwar Ibrahim tentunya. PAS sudah bersekongkol dengan DAP dan bagaimana mereka hendak membela Melayu dan di Perak sendiri DAP dan boneka mereka Nizar tetap bertegas mahu memberi tanah percuma di kampung-kampung baru walaupun melanggar Kanun Tanah Negara dan MTN juga telah melarang baru-baru ini.


lihat ceramah Gobalakrishnan menghina Islam dan orang PAS cuma gelak sahaja..

default

Beranikah Pas undang lagi KJ dalam program lain?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Oleh Malek Saiful Muda

KETIKA semua orang bercakap soal politik wang dalam Umno, pelbagai kelemahan dalam parti pemerintah ini, tiba-tiba muncul seorang anak muda, bernama Khairy Jamaluddin di Wacana Perdana, dekat Balai Islam Kota Bharu, Kelantan bercakap soal gabungan Pakatan Rakyat antara Pas, DAP dan PKR retak menanti belah.

Anak muda ini, yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, seperti mahu disisihkan dari hirerki kepimpinan Umno. Bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kerana kecemburuan yang menyaluti minda orang-orang Umno, termasuk pembangkang.

Bila orang-orang Umno menyerang anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini, pembangkang pun akan menyerang sama. Biasalah, tentuya tiada siapa yang mahu mempertahankan Khairy Jamaluddin kerana mempertahankannya ibarat satu dosa besar pula.

Yang peliknya, ketika menyerangnya, memfitnahnya dan mengutuknya, tidak dianggap sebagai dosa sebaliknya jika mempertahankannya, ia diibaratkan sebagai dosa pula. Hari ini, ketika menjadi penalis dalam Wacana Perdana, lontaran hujah Khairy Jamaluddin memerangkap Pas, DAP dan Parti Keadilan. Ketiga-tiga parti ini sedang bertelagah ekoran lontaran hujah Khairy Jamaluddin.

Siapa orang lain yang beria-ia sangat hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno mampu melakukan seperti apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin? Kenapa sekarang kebolehan anak muda yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ini tidak mahu diperkatakan? Mana suara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai sasaran pelurunya?

Inilah masalah kita, orang-orang Melayu. Kita lebih suka membicarakan hal buruk orang tetapi baiknya kita senyapkan sahaja. Tiada siapa, termasuk para pemimpin yang kanan dalam Umno mampu menampilkan diri, berhujah secara berani di celah-celah ribuan penyokong Pas, dengan tempik dan sorak mengejek, boleh bercakap dengan lancer dan tenang, walaupun sesekali kelihatan emosional.

Beranikah Pas menjemput Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi penalis seperti Wacana Perdana ini? Walaupun Pas menyediakan penalisnya Datuk Husam Musa dan seorang lagi, Prof Madya Abd Aziz Bari yang lebih mirip kepada pembangkang, tetapi Khairy Jamaluddin bukan calang-calang pemidato. Khabarnya, moderator, Prof Madya Mohamad Agus Yusof, seorang anak Kelantan juga berusaha memerangkap Khairy Jamaluddin dengan soalan-soalannya namun, dia pun silap kerana dia ingat di menjadi moderator budak-budak sekolah menengah berbahas.

Sebagai seorang peminat dan pengikut politik di Malaysia, saya tidak dapat menahan perasaan saya untuk mengatakan saya cukup berbangga melihat kepetahan Khairy Jamaluddin berhujah. Malahan, saya mengkaguminya walaupun selama ini saya tidak pernah mendengar cerita baik mengenai Khairy Jamaluddin dari mulut orang-orang politik dan mulut orang-orang Umno yang saya temui.

Selama ini, saya juga hampir-hampir terpengaruh dengan cerita kawan-kawan, kononnya Khairy Jamaluddin akan menjadi beban kepada Umno. Khairy Jamaluddin tidak akan mampu menjadi pemimpin besar Umno. Khairy Jamaluddin bukan pelapis dalam Umno. Khairy Jamaluddin buruk, seburuk-buruknya.

Hari ini, saya dengan penuh gagah, mahu berdepan dengan kawan-kawan, kenalan dan orang-orang yang selama ini mengatakan kepada saya Khairy Jamaluddin tidak baik, tidak berguna dan tidak layak dijadikan pemimpin. Saya mahu berhujah dengan mereka, walaupun mungkin hujah saya tidak sehebat hujah Khairy Jamaluddin 'memukul' Pas, Husam, Aziz Bari dan Agus tetapi sekurang-kurangnya, saya tahu Khairy Jamaluddin adalah potensial kepimpinan Umno.

Baru sekali Khairy Jamaluddin 'menyerang' - huru-hara Pas, PKR dan DAP dibuatnya. Sibuk Presiden Pas mengatakan, "saya akan merujuk dulu kepada Datuk Husam Musa mengenai apa yang diperkatakannya berkaitan Hudud."

Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menyatakan pendiriannya, DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud manakala Tian Chua dari PKR pula mengatakan perlaksaan Hudud merupakan sesuatu yang menyalahi persefahama dalam Pakatan Rakyat.

Khairy Jamaluddin juga menyerang Pas mengenai krisis dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Husam mengakuinya dan sekaligus mendedahkan bahawa ketiga-tiga parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini memang tidak sefahaman. Ketika mereka menyerang Barisan Nasional, sebenarnya mereka mahu menutup apa yang badai yang melanda gabuangan mereka.

Saya mengharapkan Umno membenarkan Khairy Jamaluddin terus mewakili Umno untuk menjadi penalis di mana-mana sahaja Wacana, Debat ataupun atas apa nama sekali pun kerana melalui Khairy Jamaluddin, Umno akan dapat menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa perjuangan Umno jauh lebih tulin dari perjuangan DAP, PKR dan Pas yang hanya menggunakan satu-satu isu, untuk tujan sementara.

Jika Pas berkempen di kawasan orang-orang Melayu, mereka akan mengambarkan mereka jauh lebih Islam dari orang-orang Umno. Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan orang-orang Cina, mereka akan mengambarkan bahawa mereka jauh lebih rasional dalam soal-soal perkauman dari orang-orang Umno.

Begitu juga seterusnya, jika mereka berada satu pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pemimpin-pemimpin Pas ini akan menjadi kecut, sekecut-kecutnya kerana mereka takutkan orang-orang Anwar dalam Pas, jika mereka tersilap perhitungan bercakap soal-soal Islam, perpaduan dan perkauman.

prokhairy.com

default

Pemimpin PAS Husam takut dengan gertak DAP

on Wednesday, December 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Datuk Husam.

APA DAH JADI ??? ini petikan lagu Tan Sri S.M Salim .. dalam masa beberapa hari , Husam menukar wajah dari berani seperti singa dalam Wacana Transformasi Politik dengan YB KJ dengan dengan menyerah diri kepada pemimpin DAP sebelum berjuang . Dalam forum itu
Husam menjawab dengan jelas "kita akan buat." YB KJ selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa "kita akan buat" sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan dan iltizam untuk buat undang-undang hudud dan qisas .

Jika pada permulaan pusingan pertama mukadimah forum itu Husam menerangkan panjang lebar tentang dengan ayat2 Al Quran dan kaitkan dengan kepimpinan iaitu Prinsip ,jadi mana pergi pegangan prinsip politik Husam dan PAS sendiri . Lihat dalam video lagak Husam dalam wacana itu seperti Hero di depan ribuan penyokong tegar PAS dengan bersemangat mengkritik UMNO tetapi apabila digertak sikit oleh DAP ,terus longlai dan surrender .

Adakah PAS akan berkahwin dengan DAP yang terang-terangan menolak dasar Islam PAS? Adakah PKR akan karam sebagaimana ia pernah karam pada 2004 terutama di kawasan orang Melayu? Adakah dasar PAS yang memperjuangkan Islam dan Hudud selari dengan dasar Pakatan dan di manakah PAS sekiranya memerintah nanti? Adakah PAS menjadi anak tiri dalam Pakatan ??

Sebenarnya PAS kini bukan sahaja menghadapi masalah 'penjenamaan' semula dengan kemasukan kaki buli dan kaki samseng dari HINDRAF,JERIT atau ALONG Apek. PAS menswastakan agenda dan matlamat mereka dengan menjadi Pengasas Projek Babi Tercantik dan Terbersih di Kedah dan Selangor .

Realitinya, PAS masih ditakuk lama. Yang berbeza ulama dah tak ramai lagi dalam PAS. Orang Melayu pula mengalami krisis mental dan budaya mat rempit, dadah, zina dan pengangguran- PAS bukannya nak tolong, tapi nak jadi ALONG untuk membelasah orang Melayu dan memalukan Melayu di hadapan Cina.

Bukan itu saja, PAS sanggup menggelarkan dasar Islam Hadhari sebagai sesat dan tak betul sedangkan dasar Amal Maaruf Nahi Mungkar DAP di Pulau Pinang dianggapnya sebagai lebih mulia dan terbilang disamakan zaman Khalifah Umar Abd Aziz.

Bila pemimpin DAP baca bismilah, PAS kata itulah pemimpin Islam. Bila Lim Guan Eng sembang pasal Umar Abdul Aziz, PAS dah tarbiahkan kepada penyokong tegar Lim ini sebagai khalifah. Bila muncul team Erdogan dalam PAS diketuai oleh Husam dan rakan-rakan ,PAS menjadi lebih cacar marba dan kita ;ihat cukup banyak perbezaan pendapat dikalangan mereka. PAS selama bersekongkol dengan DAP ,pejuangan mereka sudah jauh tersasar dari landasan mereka dan nak kata nak pejuangkan orang Melayu tentunya mesti merujuk kepada LIm dan Karpal . Di Pulau Pinang sendiri ,Isu I-Dance buat lah 100 kali demontrasi di Masjid Batu Permatang Pauh ,DAP buat pekak je malah Pemuda DAP mengkritik lagi Pemuda PAS Pulau Pinang.

default

Kehadiran KJ di Wacana Transformasi Politik Malaysia di Kelantan menaikan martabat pemimpin muda melayu

on Monday, December 22, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Secara keseluruhannya baik dari segi keberanian, gaya berhujah, semangat untuk berwacana jelas Khiray boleh diberi 57% manakala Husam 43%. Peratus ini tanpa menolak peratus untuk seorang lagi ahli panel. Kepada penganjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri patut diberi pujian atas usaha mengadakan wacana itu. Mungkin pada masa akan datang perlu diperbaiki sedikit sebanyak kelemahan yang ada.

Dari segi profesional atau gaya pedebatan, Husam agak emosi dan tertekan berbanding Khairy yang datang sebagai tetamu banyak merendah diri dan bersikap terbuka dan apologetik kepada Nik Aziz. Khairy jelas membuat persiapan baik secara fakta dan minda untuk berdepan dengan ribuan penyokong Pas. Keikhlasan terserlah kepada Khairy baik dalam memberi hujah atau harapan untuk mematangkan proses politik khasnya antara Umno dengan Pas.
klik di sini blog mso

Saya angkat topi dan tabik sekali untuk Khairy Jamaluddin atas keberanian beliau menjadi ahli penal wacana bertajuk Transformasi Politik Malaysia di Kelantan baru-baru ini.Lebih lagi wacana ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang tentunya ia dipenuhi dengan ribuan penyokong PAS. Untuk orang UMNO yang juga seorang ahli parlimen BN, Khairy pula berdepan dengan orang kuat PAS, Dato’ Husam Musa yang juga dikenali bukan calang-calang orang dari kalangan ahli PAS.

Tidak banyak boleh saya komen tentang isi dan kandungan wacana itu kerana saya tidak menghadirinya. Tetapi saya melihat wacana ini telah mengangkat nama Khairy yang selama ini menjadi fokus parti pembangkang mengecam beliau hanya kerana Khairy adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia.
Kehadiran Khairy pastinya sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan banyak persoalan dari Husam yang tentunya juga akan membelasah BN dari segala sudut bagi meyakinkan penyokong PAS yang hadir.

Daripada siaran yang terbit dalam blog-blog, Khairy telah mengiktiraf forum itu sebagai satu tanda kematangan politik yang baru sesuai dengan tranforamasi politik sebagai memberi ruang kepada demokrasi politik seluas-luasnya.

Begitu juga sebelum ini Khairy yang sentiasa berfikiran terbuka terhadap pendedahan seumpama ini seperti yang beliau pernah mengesyorkan debat antara calon ketua pemuda tentang isu semasa, telah ditakuti oleh calon lain terutama Datuk Mukhriz lantas menolak debat itu.

Rupa-rupanya tanpa debat itu, Khairy telah diberi peluang di pentas lebih besar berdebat dalam wacana Transformasi Politik Malaysia anjuran Kerajaan PAS pula. Ini telah menunjukkan Khairy memang terbuka dan sedia mempunyai keberanian untuk menentang sesiapa juga mengenai perihal negara.

Atas sebab itu juga, Khairy menyatakan beliau sangat setuju dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayup untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sisi dialog demi kepentingan bersama.

Sepertimana yang dikatakan dalam wacana itu bahawa dulu Presiden PAS merupakan Ketua Pembangkang, tetapi sekarang PAS wujud sebagai rakan junior di bawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat. Ayat ini adalah untuk memberi kesedaran kepada PAS bahawa mereka telah ‘turun pangkat’ dalam perjuangannya walaupun usia PAS jauh lebih lama daripada Keadilan.

Dalam pada Husam Musa menyebut keangkuhan politik dalam BN pula, Khairy dengan mudah sahaja menempelak keangkuhan politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘mendabik dada’ kononnya akan menukar kerajaan pada 16 Sepetember lalu telah gagal dikotakan. Ini satu keangkuhan yang sepatutnya disedari oleh PAS sebagai anggota Pakatan Rakyat yang bercakap seperti guruh petir, tetapi hujan tak jadi.

Khairy menyifatkan PAS dalam Pakatan Rakyat bagaikan terperangkap dengan percanggahan ideologi sesama parti sekutunya dalam banyak isu yang diibaratkan bagai retak menanti belah.

Walaupun Husam tidak mengakuinya, tetapi itulah sebenarnya yang berlaku sekarang. Sekurang-kurangnya ahli PAS yang hadir sama pada malam itu akan balik berfikir betapa nasib mereka yang pada ketika ini pemimpin mereka masih tidak sedar mereka dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana yang digambarkan dalam rencana mengenai wacana tersebut bahawa Professor Aziz Bari dari UIA yang sepatutnya mewakili golongan akademik telah gagal memberi hujah berdasarkan stastistik dan kajian serta dirasakan berat sebelah adalah kerana beliau sebenarnya takut.

Beliau tidak mempunyai cukup keberanian dan kurang bersedia untuk berdepan dengan situasi di mana orang BN dan PAS berbicara politik. Beliau dijemput mungkin untuk menjadi perhiasan semata-mata kerana mungkin beliau berfikir, bila berada di Kelantan negeri pemerintahan PAS, beliau terpaksa condong pada pihak PAS.

Ini menunjukkan sebagai seorang profesor yang datangnya pula dari UIA, juga pengecut, tidak sepertimana Khairy yang berpendirian beliau bukan datang untuk bertengkar, tetapi menyatakan yang benar dengan persembahan yang waras.

Apapun tanggapan hadirin yang rata-rata orang PAS yang mungkin beberapa kerat ahli UMNO yang hadir di wacana itu, yang penting hendak saya perkatakan ialah ‘SYABAS’ kepada Khairy yang telah merintis jalan ke arah bersemuka sebegini rupa untuk menyatakan pandangan beliau bukan sahaja bagi pihak UMNO, tetapi seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk mencari pedoman betul dalam membuat pemilihan dan keputusan.

Ia tentunya sesuatu juga untuk khasnya orang yang sentiasa mencari jalan merendah-rendahkan Khairy supaya menyedari kita bukan sahaja memerlukan pemimpin muda yang hanya pandai cakap, tetapi mahu yang bersedia mendepankan keberaniannya dengan hujah bernas, lancar dan berfakta. Syabas! Khairy.

Oleh Mahfir Sabtu (www.kpmu.net)

default

Wacana Transformasi Politik -KJ berani

on Sunday, December 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Ketibaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Balai Islam, Kota Bharu jam 9 malam tadi disambut dengan gema laungan "takbir" oleh hampir dua ribu penyokong PAS. Dewan ini dibanjiri oleh manusia setelah selesai solat Isya' dan bagi memastikan ribuan hadirin diluar dapat melihat aksi wacana ini, beberapa skrin ditempatkan di beberapa tempat strategik di sekeliling dewan.




Di dalam suasana yang begitu hangat di kubu kuat PAS ini, sebuah wacana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" telah selamat dilansungkan. Setelah YB Dato Husam Musa menyampaikan hujah beliau yang banyak berkisar kepada pemimpin yang berteraskan taqwa, adil dan rahmah, beliau menghuraikan falsah 5 P iaitu; Prinsip, Polisi, Perancangan, Personality dan Parti Politik. Di dalam hujahnya beliau telah banyak membidas kepimpinan Barisan Nasional, terutamanya UMNO.



Apabila tiba giliran Khairy untuk memulakan hujahnya Khairy telah menyentuh isu kontrak sosial dan bagaimana prinsip pemerintahan BN yang jujur dan bertunjangkan amanah. kejujuran. keadilan dan kesaksamaan dalam kepimpinan.

Khairy juga telah mengambil kesempatan untuk mengiktiraf forum ini sebagai satu tanda kematangan politik yang baru; sesuai dengan transformasi politik, dimana dengan adanya ruang demokrasi politik, beliau berkesempatan untuk hadir sebagai seorang panelis di dalam wacana yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri PAS.

Khairy tidak menafikan terdapat impak dalam corak politik tanahair. Namun yang demikian, Khairy beranggapan bahawa tsunami politik 8 Mac itu juga memberi kesan kepada PAS. Jika dahulu Presiden PAS merupakan Ketua pembangkang , tapi sekarang PAS wujud di Dewan Rakyat wujud sebagai junior partner dibawah Ketua Pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat.

Dalam mengulas tuduhan Dato Husam Musa atas keangkuhan politik yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional, Khairy menyentuh tentang keangkuhan politik yang dipamerkan oleh Ketua Pembangkang Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam menjanjikan pertukaran Kerajaan Pusat pada tanggal 16 September 2008. Tarikh ini merupakan satu janji yang tidak dapat dikotakan

Khairy menyemarkkan sokongan kumpulan kecil Pemuda UMNO yang turut hadir apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat belum diuji. Tegas beliau, percanggahan ideologi yang cukup besar wujud dalam Pakatan Rakyat sekarang. Begitu banyak isu yang menemui kebuntuan termasuk soal islam, kontrak sosial, hak orang Melayu, Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain. Bak kata pepatah, bagai retak menanti belah.

Khairy juga mengundang para hadirin untuk menyelami realiti transformasi politik. Beliau mengajukan persoalan samaada hakikat 8 Mac itu disebabkan undi rakyat (undi positif) atau undi protes. Jika undi protes bermakna ia bukan transformasi politik. Dalam mengakui kemungkinan di negeri Kelantan, undi yang diberikan oleh PAS undi positif, di negeri lain keputusan ini mungkin disebabkan oleh undi protes. Beliau menyatakan keyakinan bahawa pada tahun 2013, insya – Allah BN akan kembali di tampuk pemerintahan.

Beliau juga menggariskan permulaan Reformasi dasar Barisan Nasional seperti penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah, Suruhanjaya Kehakiman dan pemindaan AUKU sebagai langkah permulaan positif yang dapat menguntungkan rakyat.

Di dalam sesi moderator pula Khairy menjawab beberapa tomahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada parti UMNO oleh Dato Husam Musa dan Professor Aziz Bari. Laporan politik wang yang begitu banyak di dalam musim pemilihan ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO serius dalam memastikan perubahan di dalam UMNO.

Beliau juga membidas sikap tidak adil dalam pemerintahan yang ditunjukkan oleh sesetengah negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ulas beliau, ketika Menteri dan Menteri Besar UMNO diheret kedalam makhamah, mereka diminta berehat dan tumpu kepada usaha untuk mebela nama mereka, namun dua ahli EXCO negeri Perak dibenarkan untuk meneruskan tugas mereka walaupun dibelenggu dengan tuduhan yang begitu serius. Khairy juga menyentuh tentang laporan pertelingkahan di dalam PAS; dimana kumpulan Pro Anwar dan PAS tulen dilihat bertembung.

Khairy juga telah menyarakan kepentingan untuk UMNO dan PAS berdialog dan berbahas mengenai beberapa isu penting seperti perlembagaan, bahasa, agama, ISA, dan sebagainya demi kepentingan kaum. Beliau memberi contoh persetujuan Ketua Dewan Pemuda PAS, Salehuddin Ayub untuk mengadakan sesi untuk membincangkan ISA sebagai satu permulaan sesi dialog demi kepentingan bersama ini.


KJ CABAR HUSAM LAKSANKAN HUKUM HUDUD & QISAS

Dalam wacana ini, apa yang amat mendukacitakan ialah profesionalisme panelis ketiga, Profesor Aziz Bari dari UIA menjadi tajuk perbincangan di akalangan para hadirin. Sebagai wakil golongn akademik, beliau seharusnya memberi hujah berdasarkan statisitik dan kajian dan bukannya memberi ceramah politik yang berat kepada satu pihak.

Dato Husam Musa pula tidak menunjukkan kematangan yang layak bagi kepimpinan tertinggi PAS apabila beliau tidak menjawab soalan samaada dari moderator mahupun para hadirin dan sebaliknya lebih tertumpu kepada serangan peribadi, politik dalaman UMNO dan politik PAS. Apa yang memeranjatkan para hadirin ialah apabila Dato Husam "melenting" dan mengajak kumpulan kecil Pemuda UMNO untuk berdebat dengan beliau apabila mereka meminta jawapan kepada persoalan yang telah diajukan.

Sidang akhbar yang dihadiri oleh Khairy Jamaluddin dan Dato Husam Musa jelas menunjukkan ketegangan dan tekanan yang dirasai oleh Dato' Husam.

Kesimpulannya, ramai yang berpendapat kemenangan politik malam ini terletak pada bahu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini kerana bukan sahaja beliau telah mengambil risiko yang begitu tinggi di dalam jangkamasa pemilihan UMNO ini untuk beradu tenaga dengan Naib Presiden PAS di kubu kuat PAS, malah beliau telah berjaya menangkis forum yang berat sebelah disebabkan oleh hujah Profesor Aziz yang berbau politik pembangkang.

Apa yang penting, wacana ini telah membuka ruangan demokrasi politik baru untuk generasi muda sekaligus memberi harapan baru untuk politik di Malaysia. Inilah pembaharuan berani yang menjangkau ungkapan, kata-kata dan slogan semata-mata.

pautan

Khairy Jamaluddin akui pemimpin PAS matang berpolitik

Pakatan retak menanti belah-khairy

Tahniah KJ berjaya titik Husam-blog zemi


Sumber KULITPISANG.COM

ulasan PB

Tahniah YB KJ yang berani menyahut cabaran turun ke kubu PAS sendiri berjuang mempertahankan UMNO/BN walaupun diketahui moderator dan panel lain menyebelahi pembangkang.Pastinya kemampuan berhujah ,kepetahan dan keberanian diperlukan untuk berdepan di kubu kuat musuh dan YB KJ berjaya membuatkan hadirin penyokong PAS terpegun dan pemimpin PAS Datuk Husam sendiri tenggelam untuk menjawab persoalan dari moderator dan panel yang lain. Bagi saya negeri Kelantan bukanla kubu pembangkang tetapi adalah kubu YB KJ sendiri yang mendapat pencalonan terbanyak dari Bahagian Pemuda UMNO di Kelantan. Tentunya hadirin yang hadir dalam Wacana ini akan menilai kehebatan anak muda ini baik dari orang parti UMNO mahupun PAS , siapa yang lebih berani dari orang yang menggunakan slogan BERANI BERUBAH !!

default

Fitnah dah jadi perkara biasa bila ada pertandingan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh Hassan Mohd Hussein (Sandakan)

MENUJU penghujung Mac 2009, di mana jawatan-jawatan penting dalam Umno dipertandingkan, akan menyaksikan semakin banyak fitnah dan tuduhan tidak berasas ditaburkan oleh mereka yang ‘makan upah’ dari seseorang yang merasakan dirinya tidak mempunyai harapan untuk menang.

Paling teruk difitnah ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hingga kedatangannya ke IJN ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran mengikut nafsu penulis itu. Alhamdulilah, Khairy Jamaluddin sendiri sudah menjawab secara detail dalam lamanya www.rembau.net bagi memberi penjelasan.

Jika selama ini Khairy Jamaluddin seperti tidak mahu respon apa-apa dengan dakwaan dan fitnah yang dihalakan kepadanya, tetapi kali ini beliau bertindak proaktif.
Sebenarnya, sesiapa sahaja yang hendak bertanding, boleh menceritakan kebaikkan mereka sendiri dengan track-record yang sudah mereka buat. Tidak ada gunanya memburuk-burukkan calon lain hanya kerana kita tidak mempunyai apa-apa jasa dan sejarah yang hendak ditunjukkan.

Mereka yang menulis, apa-apa sahaja yang mereka tulis, bukan boleh dilupakan begitu sahaja. Semua tulisan mereka, perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka yang mahu menulis tidak bertanggungjawab, adalah lebih baik jika mereka mencari pekerjaan lain kerana menulis dengan tujuan memfinah, bukan kerja orang Islam yang percaya kepada dosa dan pahala.
Saya tidak mahu mengulangi fitnah yang ditulis penulis berkenaan di sini, kerana jika saya tulis semula apa yang ditulisnya, seolah-olah saya memanjangkan pula fitnahnya untuk bacaan ribuan pembaca yang tidak tahu yang mana benar dan yang mana tidak.

Oleh itu, apabila Khairy Jamaluddin membuat keputusan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, beliau tentulah sudah bersedia dengan serangan dan fitnah seperti ini tetapi, sebagai penulis, saya ingin mengingatkan rakan-rakan penulis yang lain, tidak kira di mana medan penulisan mereka, sama ada di lama-laman web, blog atau media cetak, ingatlah setiap tulisan kita akan dipertanggungjawab bukan sahaja di dunia malahan, di akhirat juga.


Kalau kita fikirkan semasak-masaknya, yang bertanding ini semuanya orang Umno. Sesiapa pun yang menang, mereka orang Umno. Yang kalah, pun orang Umno. Yang penting, Umno itu menang dan tidak timbul soal menang dan kalah setiap calon yang bertanding.
Kalau mereka faham semua ini, untuk apa berkempen dengan memfitnah? Apakah mereka yang mahu menawarkan diri kurang keyakinan untuk menang jika tidak membuat fitnah kepada saingannya? Dari tiga calon yang bertanding, masing-masing ada track-record. Khairy Jamaluddin dengan penglibatannya selama lapan tahun dalam Pergerakan Pemuda, empat tahun sebagai Exco dan empat tahun lagi sebagai Naib Ketua Pemuda.
Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula dengan rekodnya sendiri manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dengan rekodnya. Apakah jika tidak memfitnah, mereka tidak mampu untuk bersaing dengan Khairy Jamaluddin?
Saya kerap membaca laman-laman web mengenai politik dan saya dapat membaca pelbagai komen dan tulisan dengan bahasa yang cukup jijik dan kotor, selain fitnah yang mereka tabor dengan tiada langsung rasa bersalah.
Amatlah malang jika penulis yang menulis itu merasakan mereka seronok menulis dan membuat fitnah yang akhirnya akan menyebabkan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Seorang bekas wakil rakyat dari Selangor ketika dihubungi memberitahu, Dr. Khir Toyo ketika mula-mula menjadi Menteri Besar pernah berjanji akan mengadakan lawatan mengejut ke kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Selangor setiap Jumaat satu kawasan, tanpa memberitahu wakil-wakil rakyat kawasan tersebut terlebih dahulu, gagal memenuhi janjinya itu.
Menurutnya, bukan sahaja tidak melakukan lawatan mengejut seperti yang dijanjikan itu, malahan, selama menjadi MB Selangor, masih banyak tempat yang dia tidak sempat menjejakkan kakinya kerana kesibukannya melayan taikun-taikun yang mengila mahu membangunkan pelbagai projek di Selangor.
Tidak hairanlah mereka hairan, bagaimana Dr. Khir sempat menyolek wajahnya dari berkulit kehitaman menjadi keputihan selain kerap ke Australia kerana melawat anaknya yang belajar di sana.

“Saya percaya jika dia bijak menggunakan masa yang ada, tentulah dia sempat membuat tinjauan dan lawatan ke banyak kawasan di Selangor yang akhirnya menyebabkan rakyat menolak BN di bawah kepimpinannya,” kata bekas wakil rakyat ini lagi.


sumber : www.kpmu.net

default

Wan Ahmad Farid calon taruhan BN

on Saturday, December 20, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman, kira-kira pukul 4.52 petang ini. - Utusan.

** Tahniah Datuk Wan Ahmad Farid kerana dipilih sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Saya harap pengalaman di Permatang Pauh yang berlaku masalah dalaman dalam bahagian itu sendiri tidak berulang di Kuala Terengganu . Harap pemilihan Datuk Farid adalah pilihan tepat dan daya penarik untuk menarik sokongan golongan muda dan rakyat Kuala Terengganu.

default

Tahniah Pak Lah dan KJ

on Wednesday, December 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nori selamat lahirkan anak kedua, Timor Abdullah

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini mendapat cahaya mata kedua yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan.

Isteri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, Nori Abdullah, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada pukul 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut melawat anak perempuannya itu di PMC dan gembira dengan kelahiran cucu keenam beliau.

Anak sulung Abdullah, Datuk Kamaluddin Abdullah dan isterinya Datin Azreen mempunyai empat orang anak.

Khairy dan Nori mendapat anak pertama mereka, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September tahun lepas.

Ulasan PB

Semoga dengan rezeki anak kedua ini yang dinamakan Timor Abdullah memberi kemenangan kepada YB KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan Mac ini.Tahniah buat KJ dan Nori.moga-moga anak mereka akan membesar dengan sihat dan baik.InsyaAllah.

default

Adakah benar sokongan Muhkriz tidak luntur??

on Tuesday, December 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Sokongan kepada Mukhriz tidak luntur...

Penyokong Datuk Mukhriz Mahathir yakin bahawa sokongan bahagian-bahagian kepada ahli Parlimen Jerlun itu untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, tidak akan luntur walaupun pemilihan jawatan itu akan hanya berlangsung Mac depan.

Sehubungan itu, Pegawai Khas kepada Mukhriz, Amran Ali menolak tanggapan bahawa sokongan mereka kepada Mukhriz ibarat 'hangat-hangat tahi ayam' ekoran pelbagai isu yang melanda parti itu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

"Bukan berkurangan, tapi tempoh kempen terlalu panjang. Oleh kerana kempen terlalu panjang, maka akan ada keluh kesah dari kalangan perwakilan.

"Tapi di hujung (tarikh berkempen) akan ada sentuhan yang membolehkan kemenangan (berpihak kepada Mukhriz)," kata Amran kepada Malaysiakini.(SENTUHAN AJAIB @ HABUAN APA DI HUJUNG ITU ?? )
Selepas mesyuarat bahagian berakhir 9 November lalu, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno memperolehi pencalonan terbanyak di antara calon-calon yang layak bertanding jawatan tersebut.

Beliau mendapat 74 pencalonan, diikuti bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan 62 pencalonan dan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin (53 pencalonan).

Siri pertemuan

Mukhriz mendapat sokongan padu dari 14 daripada 15 bahagian di Kedah, Johor (13 bahagian), Pahang (8 bahagian) dan Negeri Sembilan (4 bahagian).

Amran berkata, Mukhriz sedang mengadakan siri perjumpaan dengan perwakilan dan akar umbi untuk bertukar-tukar pandangan bagi memperkukuhkan lagi pergerakan Pemuda Umno.

Beliau menolak tanggapan bahawa siri perjumpaan tersebut melanggar tata etika kempen yang dikawal selia oleh Majlis Tertinggi.

"Majlis pertemuan dengan perwakilan diadakan untuk berbincang dan bertukar fikiran, tanpa ada agenda dan kepentingan peribadi.

"Datuk (Mukhriz) menawar diri untuk berkhidmat (kepada parti)," kata Amran lagi.

Beliau berkata, pihaknya juga bertemu dengan golongan muda di peringkat bahagian bagi menarik balik sokongan mereka kepada pergerakan Pemuda Umno bagi memperkasakan lagi Umno.klik di sini

sumber:malaysiakini.com

ulasan PB

-Jika sokongan muhkriz tidak luntur walaupun menggunakan pencuci hebat Dynamo @ Kuat Harimau ,tetapi mengapa Muhkriz bulan lepas terdesak sehingga mahu menjadi Hero mahu menghapuskan aliran pendidikan SRJKC dan SRJKT ke sistem pendidikan baru .

- Yang pasti ,apabila Muhkriz ditekan oleh pelbagai pihak pastinya ada Bapa dia akan tolong di saat genting membantu anaknya. Sokongan besar dari bapanya yang seoerang politkus yang bijak cukup berpengaruh sekali dan mampu melenyapkan mulut orang dari mengkritik anaknya dengan strategi seperti contoh mahu menyenaraikan nama pemimpin UMNO dalam blognya yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan pencalonan lepas.

default

Fairus sembunyi dan sukar ditemui

on Monday, December 15, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemuda PAS: Fairus sukar ditemui
Abdul Rahim Sabri | Dec 10, 08 12:07pm
kemaskini 7:52pm Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya.

"Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

Kata sumber itu lagi, pertemuan Pemuda PAS dengan Mohammad Fairus yang juga exco agama negeri antara lain bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal Islam dan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu di negeri tersebut.

Walaupun mendapat maklum balas daripada pemimpin negeri itu melalui surat atau faksimili untuk berjumpa tetapi tiada tarikh khusus ditetapkan, kata sumber lagi.klik disini

PB - macam lawak je apabila baca cerita tentang si mahaguru silat fairuz ini yang menjadi ADUN kawasan saya .Kalau banyak sangat orang cerita dibelakang tidak elok dan perkara itu betul-betul berlaku, baik la YB Fairuz berundur dari jawatan TKM1 itu dan maybe Ustaz Lim boleh beri kepada Malik Kassim yang lebih proaktif dan nampak buat kerja. Kesilapan Lim Guan Eng juga memilih Fairuz berdasarkan kelulusan akademik tetapi sebenarnya tidak tahu buat kerja sejak menjadi TKM1 PP dan pemimpin melayu ini jugalah diharapkan oleh Melayu Pulau Pinang untuk membela nasib mereka.Jika Pemuda PAS PP pun tidak puas hati kerana sukar menemuinya untuk perbincangan tentang hal ehwal negeri inikan pulak nasib rakyat yang mahu mengadu padanya masalah2 seperti longkang sumbat,pokok tumbang atas rumah,jalanraya berlubang ...

default

BN mampu menang di Kuala Terengganu pada 17 Januari

on Tuesday, December 9, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari 2009 dan hari penamaan calon pula pada 6 Januari. Pengumuman ini telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi Jumaat.

Pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat dijangka antara UMNO dan PAS. UMNO akan mempertahankan kerusi ini yang mana pilihanraya ini akan menyaksikan sokongan yang sama berat (50 - 50)dan UMNO pasti mahu mempertahankan kerusi ini.

Selepas Permatang Pauh , kita mendapati banyak isu timbul seperti ketuanan melayu ,agama islam ,hak keistimewaan orang melayu dipertikai ,hak kesamarataan diamalkan oleh pembangkang ,berlaku sedikit pepecahan dalam PR sendiri antara PAS dan PKR-DAP dan semua ini akan menjadi isu hangat di ceramah2 kempen di Kuala Terengganu .

Berlainan dengan di Permatang Pauh ,isu kempen di sana berkisar harga minyak ,kes liwat /sumpah saiful dan ia juga kubu kuat Anwar Ibrahim sendiri . Kebarangkalian untuk BN menang saya rasa ada dan mungkin kelebihan undi melebihi dari PRU 12 . Kemenangan besar itu mungkin susah tetapi jika melihat trend dan mood orang Melayu sekarang yang mungkin telah sedar dari kesannya dari jatuhnya 5 negeri ke Pakatan Rakyat dalam PRU 12 lalu ,harapan untuk BN cerah di Kuala Terengganu .Insyallah kalau ada trip ke Kuala Terengganu dari Bahagian saya untuk support BN di sana ,saya akan turun support BN Terengganu .

pautan
Tiga Faktor Beri Kelebihan BN Terus Kekal Di Kerusi Kuala Terengganu

default

Datuk Shah Rukh Khan

on Saturday, December 6, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Hari Sabtu, segalanya berlangsung seperti dirancang. Bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan kini bergelar Datuk setelah menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Berbaju Melayu hitam lengkap bersamping yang diikat ala P Ramlee, Shah Rukh menerima darjah tersebut daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob sempena sambutan hari jadi ke-70 beliau di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.



``Saya berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pengiktirafan ini dan menjadikan saya penerima pertama anugerah ini untuk bintang filem Bollywood,''

Katanya, Melaka mempunyai banyak tempat yang indah dan beliau akan datang semula ke sini untuk membuat penggambaran pada masa depan.

"Melaka mempunyai banyak kawasan yang mempunyai panorama yang indah dan saya akan memperkenal negeri ini kepada dunia," katanya.

Beliau juga berjanji untuk membantu kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah studio filem tertutup yang secara tidak langsung akan memajukan industri perfileman Malaysia.

demikian reaksi Shah Rukh selepas menerima anugerah berkenaan. Beliau juga berjanji untuk datang kembali ke Melaka bagi menjayakan rakaman sebuah filemnya tahun hadapan dan juga memberikan komitmen untuk membantu kerajaan negeri Melaka untuk membangunkan sebuah studio tertutup. Sebelum ini melalui filem One 2 Ka 4 lakonan Shah Rukh Khan, telah memaparkan kawasan-kawasan menarik di negara ini termasuk kawasan peranginan A' Famosa Resort, Melaka. – 6/12/2008

pautan

Terpukau Shah Rukh Khan berpakaian baju Melayu


* Tahniah Dato Shah Rukh Khan menerima anugerah Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan beliau merupakan bintang Asia pertama menerima anugerah tersebut .Saya amat meminati artis bollywood Shah Rukh Khan selain Salman Khan dan pastinya anugerah ini akan menjadikan Malaysia terkenal di Bollywood.

Melihat SRK memakai pakaian Melayu seperti orang Melayu pulak dan dengan anugerah ini beliau dapat mempromosikan Melaka khususnya dan juga Malaysia sebagai lokasi pilihan filem Bollywood.

default

Cerita disebalik Soi Lek & ketuanan Melayu..

on Thursday, December 4, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Apabila saya membaca cerita yang diposting di blog Gap ,baru saya tahu cerita disebaliknya isu ketuanan Melayu ini dan Ketua Penghapus Ketuanan Melayu Utama adalah Melayu sebangsa kita sendiri iaitu Anwar Ibrahim.klik di bawah ini

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008/12/gempar-pertemuan-sulit-anwar-dan-chua.html

Selalu banyak yang kita dengar dan membaca di akhbar contohnya Utusan ,punca utama ketuanan Melayu diperlekehkan kerana ada orang Melayu yang menyokong dibelakang mereka.Tetapi kini rupanya terdapat juga anggota pemimpin komponen BN sendiri terlibat dan menyerang UMNO dengan isu ketuanan Melayu supaya bangsa Melayu membenci UMNO dan BN.Kini kita sudah tahu siapa dalang semua ini dan musang berbulu ayam.

Pendedahan berani oleh blog GAP bahawa berlaku satu PERTEMUAN SULIT diantara Anwar Ibrahim dan Dr Chua Soi Lek disebuah café bertempat di Mont Kiara beberapa malam yang lepas kini menjadi spekulasi adakah Anwar dalang kepada sikap biadap Dr Chua..?? Malah kata Timbalan Presiden MCA itu bahawa kenyataannya tidak ada kena mengena dengan parti MCA dan mungkin ini adalah disuruh oleh Anwar .

Jika betul la berlaku pertemuan ini ,maka episod baru bermula Anwar kini cuba mencari dan mengambil apa jua peluang terhidang di depan matanya untuk kepentingan politiknya. Kes Arif shah itu pun telah menunjukkan PKR cepat menghidu peluang untuk memancing pemimpin BN menyertai mereka .Seperti isu ketuanan Melayu ini ,Anwar bijak menggunakan peluang yang ada dengan menjadikan ketuanan melayu sebagai isu baru membunuh UMNO .

UMNO harus berhati-hati dengan situasi sekarang ini dan tidak mustahil akan ada lagi hero mereka akan muncul.Saya berpendapat BN perlu juga bertindak kepada individu-individu yang terlibat hubungan dengan Pakatan Rakyat seperti tindakan UMNO memecat Zaid Ibrahim.Saya yakin Soi Lek tidak akan dikenakan tindakan apa-apa oleh parti dia seperti apa yang UMNO buat pada Ahmad Ismail . Inilah yang dikatakan Melayu kini ditekan oleh pelbagai pihak dan kita sendiri mengambil tindakan terhadap orang kita sendiri walupun kenyataannya itu telah disalah tafsir /putar belit oleh media cina.

default

Apabila Muhkriz BERANI BERUBAH ..lain pulak jadinya.

on Wednesday, December 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.

Namun kenyatan Mukhriz tersebut, telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Barangkali, Mukhriz belum cukup ilmu untuk berpolitik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan beliau seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah. Apatah lagi jika sesuatu perkara yang cuba dibangkitkan itu menyentuh 'dasar' yang telah diwartakan.

“Sejak merdeka, kita telah mempunyai system pendidikan pelbagai aliran dan sejak 50 tahun sampai sekarang kita tidak Nampak masaalah dan mungkin ada pihak yang mengatakan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) menjadi penghalang kepada perpaduan nasional.

“Tetapi dari pengamatan saya yang merupakan ‘produk’ dari SJKC, sedikit pun tidak menghalang saya untuk menyemai semangat perpaduan pada diri saya dan juga pada anak-anak saya,” demikan kata-kata dari Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berasa terkilan dengan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung cadagan pelaksanaan satu system pendidikan dan menganggap perkara itu sebagai satu yang luar biasa.

By Bro Jinggo

sumber: senapang-patah.blogspot.com

pautan

jawab muhkriz jawab..ada lagi

UMNO patut bangkit bersuara...komponen BN perlu tutup mulut

default

Ketuanan Melayu adalah Institusi Raja...mereka yang pertikai adalah penderhaka

on Tuesday, December 2, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketuanan Melayu adalah Institusi Raja...mereka yang pertikai adalah penderhaka


Konsep ketuanan Melayu sepatutnya tidak perlu dibincang secara terbuka. Ketuanan Melayu bukan bermakna Melayu itu tuan dan kaum lain adalah hamba. Ketuanan Melayu bukan bermaksud UMNO mesti memerintah. Ketuanan Melayu adalah institusi Raja-Raja Melayu yang telah wujud sejak sebelum merdeka…kalau sesiapa tidak setuju dengan institusi Raja-Raja ia adalah satu penderhakaan tetapi UMNO akan tetap mempertahankannya,” ujar beliau.

Nazri dengan tegas terus berkata, ia dijadikan alasan olah parti-parti komponen sebagai punca kepada kekalahan BN dengan meletakkan alasan kerana konsep ketuanan Melayulah rakyat menolak BN.

“Yang kalah ialah mereka. Daripada 40 kerusi yang ditandingi oleh MCA, mereka cuma menang 15, GERAKAN cuma menang dua itupun di Gerik ia adalah kerusi UMNO sebenarnya, MIC juga begitu.

“Namun UMNO masih tetap unggul…jadi kenapa ketuanan Melayu dipersalahkan dan hendak dihapuskan,” tegasnya. klik disini

pautan

Punca ketuanan Melayu diperlekeh

Punca ketuanan Melayu dihina

default

PPP dan Kayveas diminta blah segera dari BN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

PPP dicabar keluar BN segera

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Parti Progresif Rakyat (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas supaya segera keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya ke-13 pada 2012.

Beliau berkata, PPP sering membuat 'kacau' dalam BN dan yang terbaru mengugut akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
''Saya minta Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya menyahut ugutan Presiden PPP, Datuk M.Kayveas dengan menyingkirkan segera PPP.

UMNO Bahagian Tanjong Malim menggesa Kayveas membawa keluar partinya daripada BN jika terus mengugut kerajaan meminda Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M. Kayveas agar tidak mengeluarkan kenyataan berupa ugutan kepada Barisan Nasional (BN).



Saya rasa tindakan Presiden PPP cukup angkuh dan opportunist mengeluarkan kenyataan itu dan boleh mengeruhkan keadaan lagi .Dahulu beliau la yang bising dan mengugut minta jawatan menteri daripada kerajaan untuk PPP ,kerajaan bagi jawatan kepadanya dan beberapa pemimpin mereka seperti T Murugiah dalam kabinet.

BN dan UMNO tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponen dan Kayveas telah membuat berkali-kali ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapat sokongan murahan penyokongnya dan senada dengan pembangkang.Parti PPP kalau ikut sejarah dan rekod mereka bukanlah parti yang besar dan mempunyai keahlian yang ramai dan PPP ini hanya bergantung kepada BN sahaja semata-mata untuk kekal relevan dan bernafas dalam arena politik tanahair ini.Sikap angkuh dan sombong pemimpin PPP tidak ubah seperti parti pembangkang yang melihat diri mereka hebat itu sudah keterlaluan .

PPP tidak perlu menggunakan alasan ISA untuk parti itu terpaksa keluar bertindak keluar daripada BN . Mereka sendiri boleh memilih jalan mana yang harus dituju .
PPP boleh mengikut jejak SUPP jika tidak sealiran dengan BN lagi dan BN tidak akan rugi PPP ini keluar @ BN sendiri menghalau PPP keluar !! BN tidak wajar melayan sebuah parti kecil yang gemar menimbulkan kontroversi .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.