..

..
Archive for February 2011

default

Skuad Olimpik Malaysia menang 2 - 0 ke atas Pakistan

on Wednesday, February 23, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Syabas kepada skuad Olimpik Malaysia yang berjaya membenam cabaran Pakistan 2 - 0  dalam perlawanan Pra Kelayakan Olimpik London 2012 .   Gol skuad muda negara ini dijaringkan oleh
Wan Zaharul Nizam & Mohd Irfan Fazail yang mana mereka dari pasukan Harimau Muda A .

2 gol  yang dijaringkan  pasukan kita merupakan gol cukup cantik terutama gol pertama rembatan kencang dari luar kotak penalti . Malaysia juga sepatutnya memanfaatkan peluang menjaringkan lebih banyak gol selepas seorang pemain Pakistan dilayangkan kad merah kerana menenfang penjaga gol Apek .

Harap Ong Kim Swee dapat menajamkan lagi penyudah di barisan serangan  terutama penyerang Ahmad Fakri Saraani & Ahmad Shakir Ali yang nampak kurang menyerlah pada perlawanan itu .

Syabas & tahniah skuad negara  .. teruskan perjuangan  ..  Malaysia Boleh !




default

DAP memang ancaman besar kepada umat Islam !

on Thursday, February 17, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PERUBAHAN demi perubahan dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. Selepas tidak mempedulikan rayuan peniaga-peniaga Melayu yang premis perniagaan mereka dirobohkan, kini Ketua Menterinya Lim Guan Eng mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk hal-ehwal bukan Islam semalam.

Portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri. Bermakna Guan Eng yang menjadi Exconya, manakala Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P Ramasamy dilantik timbalan pengerusi portfolio tersebut. Cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr. Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.

Pengumuman itu pula diumumkan semalam iaitu selepas sehari umat Islam menyambut Maulidur Rasul.

Bagi Guan Eng, penubuhan portfolio tersebut sebagai tanda sambutan Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

Katanya lagi, ia mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap mempromosi keharmonian dan kefahaman antara agama.

Portfolio baru itu akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara membabitkan agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Pada teorinya nampak 'cantik' tetapi dari sudut pelaksanaannya mungkin terdapat banyak tanda tanya! Mungkin ada agenda tersirat daripada apa yang tersurat.

Adakah ia benar-benar dapat menjadi sebagai satu pendekatan keharmonian di kalangan masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya di negeri ini?


Atau ia sebagai alat yang boleh disalah guna untuk menggugat kedudukan agama rasmi negara kita iaitu Islam.

Langkah ini boleh menimbulkan kontroversi sebagai mana yang berlaku tentangan umat Islam terhadap Suruhanjaya Antara Agama beberapa tahun lalu.

Jelas kini, DAP yang baru mempunyai kuasa peringkat negeri sudah menunjukkan belang. Bayangkan jika ia dapat berkuasa memerintah Malaysia. Kita amat bimbang dengan status agama Islam negara ini pada masa depan.

Mungkin bagi masyarakat bukan Islam, mereka menyambut gembira penubuhan portfolio itu. Tetapi umat Islam akan mulai rasa bimbang akan wujud pelbagai tuntutan di kalangan penganut agama lain.


KLIK DI SINI SELANJUTNYA

default

Habislah PAS ...Shah Rukh Khan bakal bantu kempen BN di PRK Merlimau !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Akhbar hari ini memuatkan kisah mengenai King Khan Bollywood Datuk SRK yang menjalani pengambaraan filem sequel  kedua  DON di   Sg Udang , Melaka .  Satu pengiktirafan kepada negeri Melaka pimpinan DS Mohd Ali Rustam kerana telah dipilih sebagai lokasi pengambaraan untuk filem terbaru SRK ini. SRK juga pada 2009 pernah menerima anugerah oleh TYT Melaka bergelar Datuk .

Adakah satu kebetulan pengambaraan filem DON dengan PRK Merlimau yang bakal bermula kempen pada 26/2/2011 ini ?  Apa yang KM Melaka ini sembang dengan SRK hingga 3 jam ??



Macam ada chermistry antara  Datuk SRK & Datuk Seri Mohd Ali Rustam ... Ali Rustam darah Melayu benggali  manakala SRK berdarah Pattan Afganistan ...



Pelakon utama My Name Is Khan ini mengakui suka  negeri Melaka yang kerana terdapat pelbagai tempatan menarik & cantik .  Tetapi ada seorang itu mengaku nak jadi macam Shah Rukh Khan dan dok jaja lah dirinya di ceramah-cemrah dengan berkata " My Name Is Anwar , I'm not a terrorist.. hahaha

default

Salam Maulidul Rasul 1432 ......

on Tuesday, February 15, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL 1432

PB ingat lagi  di zaman kanak-kanak semasa sekolah agama rakyat dulu , menyertai perarakan sempena  Maulidul Rasul  ini sambil berselawat kepada nabi . Semoga umat Islam di negara dapat  menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang meletakkan kepentingan  perpaduan ummah  di kalangan manusia sebagai asas utama . Wassalam .

default

Sharifah Sofea baru tahu Valentine Day itu haram .......

on Saturday, February 12, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments


Kenal tak ini pelakon  kacukan Mat Saleh -Melayu bernama Sharifah Sofea ini ? Yang popular berlakon dalam drama Nur Kasih ..nampaknya kali ini dia bikin kontroversi lagi seperti dulu yang mana gambarnya main dengan  anjing tersebar luas di internet

Kini minah ini cuba bikin panas lagi dengan pertikaikan entang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. 

Beliau tweet dalam twitternya seperti ini , “Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan”?


Apa kejadahnya minah ini  cakap ? Adakah dia baru dok di Malaysia ? Sudah lama dah hari valentine ini diharamkan oleh Majlis Fatwa .  Mana dia amik  tau ..sibuk pi clubbing dan berlakon  je ..nasib baik ada tweeter kot sekarang ini ..baru tahu tentang isu2 semasa. 

PAS elok pi berdakwa kat minah ini apa itu Valentine Days ..haha

default

Video ibubapa pelajar Mesir bersyukur & berterima kasih kepada kerajaan

on Tuesday, February 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



default

Mubarak dakwa dikhianati Barat , kesian PAS kena kencing direct oleh Yahudi & AS ,

on Saturday, February 5, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

PAS hari ini bukan main syok betul berdemo ...selain di KL , di bawah ini adalah sebahagian gambar penyokong2 bangang PAS menyokong gerakan rakyat Mesir mendesak Hosni Mubarak letak jawatan.

menariknya di sini puak-puak kopiah putih PAS menuduh Mubarak adalah proksi kepada Yahudi & AS . Lihat la gambar2 banner mereka yang cantik betul dibuat ... tetapi sayang depa ini tak tau apa pun situasi sebenar  konflik di negara Firaun itu .


negara Tunis ?? Kat mana tu woii puak2 PAS ..tak ada dalam peta pun


Konflik di Mesir ini PB lihat didalangi oleh oleh negara Barat  melalui campur tangan mereka dalam peralihan kuasa di negara itu .  Itu yang Mubarak dakwa Barat telah mengkhianati negara Mesir ..


Parti Demokratik Nasional (NDP) Mesir, yang diketuai Presiden Hosni Mubarak, mendakwa Barat yang diletakkan kepercayaan selama ini telah mengkhianati negara itu, antara sekutu rapat Amerika Syarikat (AS).

Hosni, 82, kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang masuk hari ke-11 hari ini dan juga tekanan pentadbiran Obama dan beberapa negara lain supaya berundur segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-Hosni sedang berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada perhimpunan yang dikenali sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.Dalam temu bual dengan BBC sebentar tadi, Setiausaha NDP Dr. Mohamed Kamal berkata, kuasa Barat telah mengkhianati negara 80 juta penduduk itu.

“Ya, Barat telah mengkhianati Mesir,” kata beliau dalam temu bual bersama BBC hari ini menjawab soalan tekanan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barat supaya meletakkan jawatan dengan segera.


Persoalannya , jika betul Mubarak adalah proksi AS & Barat ... mengapa beliau dakwa dikhianati ? Adakah AS & Israel sebagai dalang semua gerakan ini untuk menjatuhkan Mubarak ?

Jadi di sini ... jika AS & Israel terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Mubarak ini , bermakna  parti PAS yang menyokong gerakan rakyat  menjatuhkan Mubarak itu bersekongkol la  bersama Yahudi & AS.

Nasihat aku kepada puak2 kopiah putih PAS ...kalau tak tahu apa yang berlaku di Mesir ,,jangan dok buat pandai !

default

Kerajaan UMNO/BN nak buat solat Hajat doakan keselamatan , PAS pulak mahu demo !

on Friday, February 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan UMNO /BN sentiasa prihatin dengan nasib yang dialami rakyat Malaysia di Mesir . Walaupun telah dihantar misi menyelamat ribuan rakyat kita di sana , semalam  kerajaan menyeru pulak diadakan solat Hajat memohon keselamatan pelajar & rakyat Malaysia di sana .

Bukan seperti PAS yang sibuk hendak ajak rakyat berdemo saja & menyalak sana sini salahkan kerajaan .  Kerajaan BN tidak pernah memilih bulu seperti PAS  dalam menyelamatkan rakyat kita di sana . Tidak kira la pelajar itu anak PAS, anak PKR ka .. semua kita selamatkan kerana mereka rakyat Malaysia .


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu.

Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.