Archive for 2020

default

MAMPU KAH UMNO BERSENDIRIAN TANPA KERJASAMA POLITIK DENGAN PN ??

on Wednesday, October 14, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Add caption


Mampukan UMNO bersendirian masuk PRU 15 tanpa kerjasama dengan PN ? 


Itu lah persoalan yang diperdebatkan penganalisis dan pemerhati politik selepas UMNO pertimbang menarik diri menyokong kerajaan PN dan meletakkan syarat baru jika mahu meneruskan kerjasama politik ini . 

Jika UMNO bersendirian maka undi pengundi Melayu di kawasan majoriti dan campuran akan berpecah dan menguntungkan PH seperti mana pada PRU14.

Cuma saya  tertarik dengan pandangan berbeza Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa yang anggap UMNO berhak semak kerjasama untuk pastikan muafakat lebih perkasa dan tersusun .



Kalau apa yang saya faham daripada kenyataan  ini ialah UMNO mahu terus kerjasama politik  jika PN sedia runding dan setuju syarat diletakkan  secara bertulis . 

Ini kerana sokongan  UMNO kepada PN kini   hanya  yang dilabel FOLLOWER sahaja  dan segala dasar kerajaan dan perancangan ekonomi ditentukan daripada pemimpin  parti PPBM sahaja  .

Lihat la sendiri dalak Kabinet PN , UMNO hanya diletakkan di Kementerian tidak penting dan tidak dekat  membantu rakyat

Tetapi jika ada keputusan kerajaan yang ditentang rakyat seperti pengabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang dianggap bailout wang rakyat  , UMNO juga turut dipersalahkan sebab sebahagian kerajaan PN walhal yang membuat keputusan itu adalah KHAZANAH yang tiada langsung kaitan dengan  pemimpin UMNO .


Jadi , kenyataan Biro Politik UMNO semalam adalah tindakan yang bijak bagi menilai kembali kerjasama longgar ini dengan kerajaan PN dan menyedarkan kembali Muhyiddin agar jangan tamak sangat kuasa .  

Cukup cukup la seorang GILA KUASA macam Anwar Ibrahim . 

UMNO pernah  bersendirian ?  

Ya , mereka sudah lalui  pada   PRU14 .

Tapi mampukah BERSATU ??   Kerusi yang  lompat daripada UMNO adakah mampu mereka pertahankan ?? MP   Tasek Gelugor pun  menang hanya 81 undi ..


Saya berpandangan UMNO , BERSATU , PAS  saling memerlukan kerjasama  sebelum PRU15 bagi solid mendapat undi Melayu agar tidak berpecah .

Kalau nak bergaduh UMNO dengan PPBM sekarang ini  memang tepat sekali berbanding ketika nak PRU15.  Apa tak puas hati buat je ugutan sekarang kepada Muhyiddin agar dia sedar sikit tidak mempergunakan UMNO dan menikam seperti berlaku di PRN  Sabah . 



default

NAJIB DEDAHKAN KENAPA UMNO PERTIMBANG TARIK DIRI DARIPADA KERAJAAN PN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 



Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat.

Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.
Sememangnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan yang tidak mengambil kira suara akar umbi.
Jika akar umbi tak mahu, pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan.
Walaupun saya bukan lagi ahli Biro Politik UMNO atau ketua perhubungan mana-mana negeri (dan tidak hadir mesyuarat tersebut), saya ingin memberi pendapat saya.
Semasa PM7 letak jawatan secara mengejut, pendirian UMNO masa itu ialah untuk pilihan raya umum diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik masa itu.
Namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan kita diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN.
Di sebalik kegembiraan bahawa kerajaan PH sudah tumbang, ramai penyokong dan akar umbi UMNO masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan PPBM sebab PPBM telah banyak mengambil Ahli Parlimen serta ahli parti dan kita baru bertembung di PRK Tanjung Piai.
Selama berbulan-bulan selepas kerajaan PN dibentuk, ramai yang juga mahu kita tolak PN dan kukuhkan MN.
Ramai yang juga percaya bahawa jika kita tidak membentuk kerajaan PN bersama, PPBM serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk PPBM juga akan terkubur pada PRU15.
Namun apa yang berlaku di Sabah (termasuk mengambil kerusi UMNO dan PN letak calon bebas untuk pecahkan undi BN), kenyataan-kenyataan dari ketua Armada PPBM serta perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMNO.
Sebagai contoh, PM adalah dari PPBM dan pengganti PM iaitu Azmin juga dari PPBM sekarang.
Dalam hal ekonomi, menteri kewangan bukan dari BN mahupun PAS.
Menteri yang jaga ekonomi dan yang jaga perdagangan luar juga bukan dari BN ataupun PAS.
Begitu juga dengan Khazanah dan Petronas.
Malah, tiada seorang pun dari UMNO atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid.
Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula bersama tiga orang menteri PPBM.
(UMNO kini digelar gila kuasa pulak?)
Sebab kita bersama dalam kerajaan PN, suka atau tidak, UMNO dan BN juga akan turut dipersalahkan jika adanya keputusan ekonomi yang meragukan ataupun ekonomi bertambah teruk walaupun tiada seorang dari BN atau PAS terlibat dalam sebarang keputusan yang melibatkan ekonomi.
Contohnya seperti gesaan berulang-kali UMNO untuk moratorium pinjaman dilanjutkan atau diberi kepada Sabah tidak didengar oleh kerajaan PN serta penggabungan UEM Sunrise dengan Eco World yang diteruskan dan bakal menyebabkan kerajaan hilang syarikat hartanah terbesar negara dengn pemilikan tanah terbesar walaupun UMNO sudah bantah langkah ini sejak tahun lalu.
Dari segi pengawalan Covid pula, Majlis Keselamatan Negara menolak cadangan Menteri Kesihatan dari UMNO untuk melaksanakan kuarantin wajib untuk mereka yang pulang dari Sabah sebelum PRN.
Keputusan MKN untuk mula-mula tidak mewajibkan kuarantin mandatori di pusat kuarantin kerajaan bagi mereka yang pulang dari luar negera serta kegagalan Menteri PPBM untuk mengasingkan tahanan serta SOP yang sepatutnya turut menyebabkan kluster Sivagangga di Kedah dan penularan amat teruk di Sabah serta beberapa lagi pusat tahanan di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.
Dan kini, UMNO turut dipersalahkan bagi gelombang ketiga Covid pada masa kini.
Sejak kerajaan PN dibentuk, pemimpin BN mempertahankanya (termasuk saya yang juga sering memberi pelbagai saranan yang seterusnya diambil kerajaan) biarpun ramai keputusan atau kesilapan adalah dilakukan oleh menteri PPBM sebab itu adalah janji kami semasa membentuk kerajaan PN.
Namun ramai yang rasa ini tidak adil sebab yang buat silap mereka tapi yang mempertahankan mereka adalah ktia pula.
Keputusan UMNO semalam adalah untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.
Keputusan mesyuarat UMNO semalam tidak menyentuh tentang sokongan kepada Anwar jadi PM ataupun bekerjasama dengan DAP (namun Guan Eng tentu happy jika dia berpeluang kerjasama dengan saya).
Memandangkan sentimen akar umbi serta lapisan pemimpin UMNO, saya rasa keputusan semalam adalah munasabah dan tidak keterlaluan sebab ianya mampu membuka ruang lebih besar dan lebih adil untuk kami menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi dan membendung Covid.
Dan jika Perikatan Nasional boleh didaftarkan sebagai parti politik, kenapa pula Muafakat Nasional tidak boleh?
Ini selaras dengan jawapan saya bulan lepas bahawa saya adalah "orang parti" dan akan menyokong penuh keputusan rasmi parti biarpun ada kala saya tak setuju secara peribadi tetapi saya akan bincang melalui saluran dalaman dan tidak akan mengkritik secara terbuka.
"Najib to support party's decision on Anwar"
Pendirian saya tiada kena-mengena dengan kes-kes mahkamah saya seperti dimainkan propaganda-propaganda PH dan Tun Mahathir sebab saya tetap percaya saya tidak bersalah.
Apa yang saya buat selama ini ialah demi rakyat serta parti dan saya boleh jawab pada Allah.
Saya yakin dan pasti saya dapat membersihkan nama saya dan didapati tidak bersalah termasuk di mahkamah rayuan jika sistem perundangan adalah adil dan bebas dari pencaturan Tun Mahathir dan kerajaan PH dahulu untuk memangsakan saya.
Berhubung dengan itu juga, saya tidak mahu menerima apa-apa jawatan menteri biarpun dalam kerajaan PN ataupun apa-apa kerajaan baru selama kes-kes saya belum selesai dan nama saya belum dibersihkan.
Bagaimanapun, nasihat saya pada UMNO dan kerajaan PN secara am ialah pemulihan ekonomi, pengawalan Covid serta kebajikan Rakyat adalah keutamaan dan apa-apa langkah politik yang dilakukan tidak boleh dibenarkan untuk menjejaskannya.
Menteri-menteri dari UMNO dan BN dalam kerajaan PN sekarang perlu sentiasa menumpukan fokus sepenuhnya kepada keutamaan ini pada ketika ini.

NAJIB RAZAK

default

PUAD ZAKARSHI KRITIK KJ

on Sunday, August 2, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

𝐊𝐉, 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐑𝐈𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐈. 

Oleh: Mohd Puad Zarkashi

Semalam, posting saya ada sentuh sikit pasal KJ. 

Akibatnya terdapat beberapa komen terhadap KJ. Elok saya perjelaskan.

Ini bukan nasihat saya kepada KJ. Saya tidak layak menasihati beliau. Kalau nasihat pun belum tentu dia dengar

Sebab itu saya kata ini adalah kritikan. Maaf kerana tulis panjang sikit. 

Tidak ada salahnya saya mengulas komen KJ terhadap Najib bila dia dihukum bersalah. 

Jangan anggap ini sebagai perang sama sendiri atau perpecahan.

Ini politik terbuka. KJ suka politik terbuka. KJ kata ini cita rasa orang muda sekarang.

Tetapi jangan pula orang yang membuat komen awal dikatakan OK, manakala yang membalas komen dianggap pemecah belah.

Perbezaan pendapat OK, tetapi jangan berpecah sampai hilang kuasa. Perang Mahathir - Muhyiddin menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Perang Anwar - Azmin juga menyebabkan PKR kehilangan kuasa dan jawatan Menteri. Anwar pula gagal lagi jadi PM.

Ada tiga isu yang saya mahu sentuh terhadap komen KJ itu.

Pertama, walaupun KJ membuat kenyataan menyakitkan hati, Najib membalasnya dengan ucapan terima kasih tetapi sindiran tajam. 

Dia tidak menghentam KJ. Dia mengucap tahniah kepada KJ kerana bekerja kuat setiap hari sehingga tumbangnya kerajaan PH.

Sebab itu menurut Najib, KJ dapat ganjaran kerana dilantik Menteri oleh Muhyiddin.

Tetapi apakah KJ faham sindiran tajam dan pedas dari Najib itu.

Sejak BN kalah, KJ senyap menghilangkan diri. Dia jarang mengkritik pembohongan PH meggunakan fb dan twitter beliau.

Kelibat KJ juga jarang nampak. Sedangkan Najib pusing seluruh negara menggunakan platform Bossku untuk jumpa akar umbi.

KJ ada?

Kedua, KJ kata jangan taksub kepada individu. Kita kena move on. 

Sebenarnya rakyat tidak taksub kepada Najib sebagai individu. 

Mereka taksub kepada perjuangannya dan jasanya. Dia penunai janji. Mereka juga taksub kepada kesabaran dan kegigihannya. 

Najib sudah tidak ada apa apa lagi untuk ditawarkan. Dia bukan Perdana Menteri. Dia bukan ada syarikat perniagaan yang besar.

Dia banyak hutang. Hutang ikat jamin, hutang LHDN sampai RM1.69 Bilion.

Ramai kawan kawan rapat lari meninggalkan dia. Tetapi rakyat biasa dan anak muda tidak lari. Mereka mengerumuni Najib diketika dia sudah tidak ada apa apa.

Itu tanda baik. Itu tanda mereka taksub kepada perjuangan Najib. Mereka ingat jasa Najib. Mereka melihat kebangkitan Najib setelah dilanyak begitu teruk.

Cuba KJ bandingkan dengan diri sendiri. Setelah tidak lagi menjadi Menteri. Tidak ada jawatan dan tidak ada apa yang ditawarkan apakah rakyat masih mengerumuni beliau

Mereka suka KJ dulu mungkin kerana taksub kepada penampilannya. Taksub kepada stokin merah yang dipakai bukan kerana perjuangannya. Populariti begitu cepat hilang.

Itu taksub individu namanya. Itu patut ditolak. Ia tidak menambah apa apa kepada parti walaupun KJ jadi Ketua Pemuda dua penggal.

Ketiga, KJ kata jangan heret parti dengan keputusan Mahkamah. Ini tuduhan kedua KJ kepada Najib. 

Dulu apabila Najib mula didakw, KJ kata jangan jadikan UMNO sebagai perisai dan pembela. 

Ia pantas dijawab oleh Najib bahawa dia tidak akan menggunakan parti untuk membelanya. Dia letak jawatan Presiden UMNO. Dia ke Mahkamah tanpa menganjur demonstrasi.

Kini KJ bangkitkan isu yang sama. Tahukah KJ, bila PH tumbang, ada usaha oleh Ketua Ketua Bahagian supaya kes Najib digugurkan. Najib menolak dan mahu terus melawan di Mahkamah.

Justeru, taksub rakyat kepada Najib adalah taksub kepada perjuangannya. Itu melahirkan teman sejati. Teman dalam “Perjuangan”.

Apakah KJ ada teman sejati seperti itu. Akan sampai masanya, bila tiada jawatan dan kuasa kita akan ditinggalkan keseorangan.

Sebab itu jangan jadi pemimpin populis. Parti tidak untung apa apa.

Semoga Najib tabah dan Istiqamah. Kepada KJ, “Jangan hanya tahu erti mewarisi kepimpinan. tetapi tidak tahu erti mewarisi perjuangan”. 

Maafkan saya. Selamat menyambut Raya Qurban. 

Link: https://www.editormalaysia.com/15946/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kj-bacalah-kritikan-saya-ini-puad-zarkashi

default

SEJARAH LOMPAT PARTI MAHU DILUPAKAN PH

on Tuesday, June 16, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.

1. Sabah.

BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? - TEBUK TUPAI?

2. Kedah.

PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar.

Kerajaan ini kerajaan apa? - TEBUK DINDING???

3. Perak

Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak.

Apa nama sesuai utk Kerajaan ini? - TEBUK LANTAI??? Lompat ke PH halal... lompat tinggalkan PH HARAM...????


default

PSYWAR MAHATHIR TAK MENJADI , INGAT MUHYIDDIN MACAM DIRINYA KE ?

on Saturday, June 13, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ada ENAM Ahli Parlimen UMNO yang ada kes di Mahkamah. Dari kes tuduhan songlap hingga ke kes di bawah AMLA.

Mahadet dakwa mereka semua akan didapati TIDAK bersalah oleh Mahkamah kerana Muhyiddin Yassin perlukan mereka kekal sebagai Ahli Parlimen dan tidak hilang kerusi kerana Muhyiddin hanya ada sokongan majoriti yang tipis.

Ada kelas psywar Mahadet kali ini.

Mahadet cuba bayangkan Muhyiddin Yassin pun macam dia jugak, boleh tentukan hasil perbicaraan di Mahkamah ikut kehendak dia.

Semasa Mahadet jadi Perdana Menteri, tuduhan terhadap Zahid Mad Arip (kes Felda bersama Isa Samad) yang jadi Setiausaha Politik PM telah digugurkan. Akhirnya Zahid Mad Arip jadi saksi pihak pendakwaan, bukan lagi tertuduh.

Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng telah ditarik balik oleh Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet sendiri walaupun kes sudah mula perbicaraan dan memanggil saksi-saksi. Keputusan yang telah membuat SPRM terkejut.

Pertuduhan terhadap Rizal Mansor juga ditarik balik oleh Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet. Rizal Mansor katanya kini jadi saksi pendakwa pulak dalam perbicaraan pertuduhan rasuah terhadap Rosmah Mansur. Plea bargaining jugak kut.

Cuma satu silap dalam psywar Mahadet ini bagi mereka yang tahu sikit sebanyak tentang Undang-undang.

Mahadet beri contoh pengguguran pertuduhan kes terhadap Riza Aziz dan Musa Aman.

Pengguguran kes terhadap Riza Aziz, anak Rosmah Mansur dibuat atas persetujuan Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet juga iaitu Tommy Thomas sebelum Tommy atau nama sebenarnya Mohan letak jawatan bila kerajaan persekutuan berubah tangan.

Pengguguran kes terhadap Riza Aziz, anak tiri Najib Razak dibuat dengan sokongan oleh Gopal Sri Ram, Penolong Pendakwa Raya yang dilantik oleh Tommy Thomas, Peguam Negara yang dilantik oleh Mahadet sendiri.

Gopal Sri Ram dikatakan salah seorang antara "budak suruhan" Mahadet. Pendedahan oleh Apandi Ali, bekas Peguam Negara beberapa hari lalu boleh dirujuk.

Pengguguran 46 kes terhadap Musa Aman dibuat oleh Peguam Negara berdasarkan afidavit oleh Gani Patail. Gani Patail adalah seorang lagi bekas Peguam Negara yang dikatakan rapat dengan Mahadet malah Gani Patail dituduh sebagai salah seorang Tan Sri dalam komplot menangkap dan mendakwa Najib Razak sebelum PRU14 lalu.

Kes SRC International Najib Razak sudah selesai bicara. Keputusan sama ada Najib Razak akan disabitkan atau dilepaskan daripada tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd akan diketahui pada 28 Julai.

Kes rasuah Ku Nan pun pula tergantung setelah Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ku Nan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes yang sedang dihadapinya itu.

Kes-kes Empat Ahli Parlimen UMNO yang lain masih di awal peringkat perbicaraan. Lambat lagi nak ada apa-apa keputusan.

Lagi pula, kalau Makhamah Tinggi menjatuhkan hukum bersalah terhadap Enam Ahli Parlimen UMNO berkenaan pun, mereka masih belum lagi akan kehilangan kerusi mereka. Mereka masih ada peluang untuk buat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Selepas PRU15 pun belum tentu akan selesai ...


Azizi Safar

default

LORETTA BERSEKONGKOL VVIP MALAYSIA FITNAH NAJIB ??

on Tuesday, May 26, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


1MDB

Maklumat dari Department of Justice Amerika Syarikat telah menemui bukti terdapat pembabitan bekas peguam negara iaitu, Lorreta Lynch yang didapati bersekongkol dengan beberapa individu penting dari malaysia untuk hanya menjatuhkan DS Najib Razak berkaitan tuduhan 1MDB.

Ia diperkuatkan lagi dengan pembabitan NGO berprofil tinggi di Amerika Syarikat milik George Soros Open Society dan Clinton Global Foundation.

Komplot ini telah dirancang sebelum PRU14 lagi bagi memastikan DS Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU14 lalu lalu dan seterusnya membuka jalan untuk mengheret bekas PM itu ke mahkamah sebagaimana yang telah dirancang.

Namun demikian, DOJ Amerika Syarikat gagal menemui sebarang bentuk bukti untuk mensabitkan Dato Seri Najib berkaitan isu kontroversi 1MDB sehinggalah mereka melakukan siasatan dalaman dan menemui terdapat penglibatan secara langsung oleh bekas peguam negara Amerika Syarikat Lorreta Lynch dengan VVIP dari Malaysia yanh dipercayai dari parti pembangkang semasa PRU14 dengan mensasarkan tuduhan palsu untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.

BUKTI KES TIDAK SEMPURNA

Perbicaraan Dato Seri Najib telah pun sampai ke penghujung dan apa yang memeranjatkan, pihak pendakwaraya gagal memberikan bukti yang kuat bagi mendakwa atau mensabitkan DSNR.

Malah, didapati pihak pendakwa mengeluarkan bukti bersifat “SISI”, iaitu melalui keterangan tanpa dokumen seperti yang diperlukan pihak mahkamah.

Melalui maklumat itu juga, jelas kes ini di dapati cacat sekaligus menimbulkan elemen elemen yang hanya berpaksikan rekaan semata-mata dan tiada sabitan kukuh disebabkan banyak keraguan.

KES BAKAL DI GUGURKAN

Maka, berdasarkan kepada perkembangan dari Department of Justice Amerika Syarikat, kes ini akan ditutup sedikit masa lagi kerana tiada keperluan untuk meneruskannya berikutan terlalu banyak kelemahan berlaku dalam tuduhan tidak berasas tersebut.

Yang paling ketara bilamana pihak pendakwa terkial kial untuk mencari bahan bukti yang tidak pernah wujud untuk dipersembahkan pada mahkamah.

default

FAKTA KERAJAAN PH PUNCA GAGAL BENDUNG KLUSTER TABLIGH

on Sunday, April 19, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



nampak ini kita masuk lagi musim nak cari salah siapa kenapa Covid merebak dalam negara - terutama siapa yang salah dengan kluster Tabligh.

Rata-rata pemimpin PH masuk mode "in denial".

Sebab itu, Najib beri fakta lagi.

FAKTA 1. PH tak pernah naikkan status amaran Covid:

"Malaysia will not increase virus alert status, says Wan Azizah"
https://www.themalaysianinsight.com/s/217795

FAKTA 2. PH tak pernah halang perhimpunan umum (termasuk perhimpunan Tabligh).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/tiada-halangan-untuk-perhimpunan-persidangan-kata-tpm/

Malah sehingga 11 Mac (iaitu sehari selepas kes pertama berhubung Tablgh dikesan), PH masih jemput orang himpun beramai-ramai dalam ceramah seluruh negara untuk menghasut Rakyat menolak PH.

11 Mac 2020: Jelajah Harapan mula tunjuk bunga-bunga sokongan, kata Mahfuz
https://malaysiadateline.com/jelajah-harapan-mula-tunjuk-bunga-bunga-sokongan-kata-mahfuz/

Ini adalah bukti PH TAK PERNAH ada niat untuk hentikan perhimpunan awam.

Semua perhimpunan dan acara awam hanya dilarangkan seluruh negara pada 13 Mac 2020 (iaitu 2 hari selepas menteri-menteri kabinet dilantik)

COVID-19: Semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa ditangguh sehingga 30 April - PM
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-semua-perhimpunan-mesyuarat-antarabangsa-ditangguh-sehingga-30-april-pm-233640

FAKTA 3: Apabila pengarah WHO memberi amaran bahawa Malaysia bakal mengalami gelombang besar Covid, kerajaan PH tak hirau. 

Malah mereka kata amaran WHO akan cetuskan kebimbangan Rakyat:

12 February 2020 (dua minggu sebelum acara Tabligh bermula): 
KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat – Dzulkefly
https://malaysiagazette.com/2020/02/12/kkm-khuatir-kenyataan-pengarah-who-cetus-kebimbangan-rakyat-dzulkefly/

FAKTA 4: Kerajaan PH tak pernah halang semua pelancong dari China (hanya beberapa wilayah sahaja), dari Korea Selatan, dari Iran atau dari Itali.

Larangan ini hanya dikeluarkan pada 11 Mac 2020 iaitu hari pertama kabinet baru masuk kerja:

11 Mac Kabinet larang warga Itali, Iran, Korea Selatan masuk Malaysia
https://www.malaysiakini.com/news/514234

FAKTA 5.
Oleh kerana kerajaan PH tak pernah haramkan himpunan besar-besaran maka pada 12 Feb 2020, pihak polis serta DBKL telah memberi kelulusan kepada Masjid Seri Petaling untuk mengadakan himpunan 16,000 orang pada 27 Februari hingga 1 Mac.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156862632130952/?type=3

Pada masa DBKL memberi kelulusan, siapa Menteri WP dan seiapa Menteri jaga agama?

Pada 24 Feb 2020 iaitu hari kerajaan PH tumbang dan juga 3 hari sebelum acara tabligh bermula, siapa Menteri WP dan seiapa Menteri jaga agama?

Adakah Menteri jaga agama pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid dalam Malaysia?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan?

Pada 27 Feb hingga 29 Feb iaitu 3 hari pertama acara Tabligh, siapakah PM interim?

PH masih mahu nafi?

Tanya Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh:
https://www.facebook.com/hannahyeoh/posts/10158099069674034


Najib Razak 

default

TS MUHYIDDIN KINI DEKAT DI HATI RAKYAT MALAYSIA

on Saturday, March 28, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





TS Muhyiddin Yasin naik menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan. Beliau didatangkan ujian secara serentak. Ketidakstabilan politik, keadaan ekonomi yang teruk dan terkini ancaman kesihatan dunia.
.
Aku bukan mahu bercerita politik. Tapi kalau korang sedar, popularity PM kita semakin menaik. Tahap likeability beliau meningkat ketika terpaksa berhadapan dengan Covid-19.
.
Perkara ini tidak mungkin berlalu unnoticed. Semua orang perasan. Apa yang TSMY buat memang timely kena pada masa dan ketikanya.
.
1. Press conference tersusun dan dikawal

Kalau tengok, hampir setiap hari ada press conference. Seperti susunan orkestra, diaturkan begitu baik sekali. Kalau bukan PM yang berucap, ada Menteri Kanan. Di penghujung petang akan ada laporan dari Kementerian Kesihatan.
.
Nampak teratur, ada orang bekerja di belakang tabir, dan rakyat diberi  maklum perkembangan semasa. Nampak seperti jentera kerajaan bekerja.

2. Ucapan kena pada masa
.
Ini aku rasa bila orang mula cair dengan watak TSMY. Mula-mula beliau merayu supaya dia duduk rumah, macam bapa bagi pesanan pada anaknya.
.
Kemudian beliau baca doa pula. Tahniah kepada penyedia teks ucapan PM. Ia memang menyenangkan hati yang mendengar.
.
3. Memotong gaji Menteri

Potong gaji menteri dan timbalan ini memang sudah jadi idaman rakyat. Lebih lagi kalau yang tidak perform, terasa menghabiskan sumber negara.

Sedikit sebanyak, potong gaji ini dilihat dapat membantu negara menyelamatkan ekonomi. Orang makin suka.
.
4. Beri penyelesaian terus

Pendekatan TSMY mudah sahaja. Selesaikan masalah harian rakyat. Tidak perlu cerita polisi dan aturan yang rumit atau perlu kemahiran berfikir aras tinggi. Straight-forward.
.
Apa yang menekan rakyat seperti tiada gaji, sesak bayar bil dan loan dan masih rasa mudah berbelanja. Itu yang diberi perhatian.
.
Dan sejak pengumuman pakej ransangan ekonomi semalam, hanya beberapa suara kritis yang kelihatan di Whatsapp atau media sosial.
Feeling good.
.
5. Figura bapa-bapa

TSMY sangatlah sesuai cara bapa bercakap dengan anak, atau atuk bercakap dengan cucu. Lebih banyak mendengar, faham dan respon ditutur satu-satu. Cara beliau bercakap selalu gunakan bahasa mudah, semua lapisan masyarakat boleh faham. Straight tanpa belok-belok.
.
Cerita beliau terselamat dari kanser pankreas hanya menambah keyakinan masyarakat terhadap keikhlasan seorang bapa, dan bukan agenda politik semata-mata.
.
6. Bahasa mudah

TSMY jarang didengar menggunakan bahasa atau perkataan bombastik. Bahasanya lateral, bahasa biasa. Contoh yang diberi seperti Makcik Kiah semalam trending meletup-letup.
.
Satu lagi bahasa yang digunakan down to earth. Merendah diri.

"Kami mungkin bukan kerajaan yang anda pilih, tetapi kami akan lakukan yang terbaik."

"Saya terima hakikat yang saya datang sebagai Perdana Menteri bukan dalam masa yang terbaik."
.
Ayat-ayat orang berjiwa besar, orang yang mengakui kelemahan dan kesilapan. Orang yang merendah diri tetapi berjanji akan berusaha dengan perbaiki diri.
.
Musuh politik pun tiada point untuk membantai. Kerana Covid19 ini isu baru yang tidak pernah ditangani sebelum ini. Berbeza sangat.
.
Pembangkang ketandusan cara. Bila PM kelihatan seperti menyebelahi rakyat, habis semua cybertrooper kena hentam balik. Tiada isu yang recycle seperti kasut sekolah, wang sara diri dan bantuan kerajaan seperti kerajaan terdahulu.
.
Mood rakyat cool sahaja ketika ini. Ini adalah faktor kenapa orang rasa tenang. Kita mudah rasa senang dengan daya lembut dan memujuk begini.
.
Apapun, perjalanan politik beliau masih jauh. Terlalu awal untuk nilaikan pretasi sebenar. Tetapi Covid-19 cabaran pertama menguji kebijaksanaan politik Perdana Menteri Malaysia yang bernama TS Muhyiddin Yassin.
.
Jom kita sama-sama doakan supaya pemimpin kita diberi hidayah dan petunjuk dalam mengemudi perjalanan pembangunan negara.

Amin Ya Rabb.


default

COVIND19: BUKAN SALAH JEMAAH TABLIGH , LIHAT KRONOLOGI INI !

on Thursday, March 26, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini DS Najib  back up Jemaah Tabligh. Mereka juga mangsa. Tapi DSN minta mereka tampil dapatkan rawatan dan jangan sorok maklumat. 👍🏼

DSN jelaskan lagi dengan kronologi tentang siapa punca masalah wabak Covid-19 ni. Memang KERAjaan PH adalah lahanat. 😡

Tapi paling kelakar tahap dewa adalah dalam kronologi itu, hari kerajaan PH melingkup iaitu 24 Februari 2020 dinamakan oleh DSN sebagai hari Khalid Samad naik belon. 😝

Sure Lid sakit ati. 🤣

*************

Saya tahu ramai yang sedang salahkan jemaah Tabligh.

Dan saya faham ini ialah kerana kluster terbesar kes Covid dalam Malaysia ialah dari perhimpunan 16,000 orang Tabligh pada 27hb Feb hingga 1 Mac.

Dua hari dahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah pun menasihatkan orang ramai tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mengesan mereka serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Bukan jemaah Tabligh pun yang mahu dijangkit virus. Mereka juga mangsa.

Dan mereka tidak pernah menyalahi apa-apa undang-undang kerana mereka memohon dan mendapat lulusan penuh dari pihak-pihak berkuasa termasuk pihak polis dan pihak DBKL di bawah kerajaan PH masa itu.

Pihak polis pun tak salah memberi kelulusan pada 12 Feb 2020 (seperti dalam surat) kerana masa itu, kerajaan PH tak pernah menghalang perhimpunan umum besar-besaran atau menaikkan status amaran negara.

Tengok kronologi ini:

29 Jan 2020: Tiada halangan untuk perhimpunan, persidangan, kata TPM
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/29/tiada-halangan-untuk-perhimpunan-persidangan-kata-tpm/

7 Feb 2020: Singapura naikkan status amaran Virus Corona jadi Oren
Singapore raises coronavirus outbreak alert to Orange
https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/02/07/singapore-raises-coronavirus-outbreak-alert-to-orange

8 Feb 2020: Malaysia tak akan naikkan status amaran seperti Singapura.
Malaysia will not increase virus alert status, says Wan Azizah
https://www.themalaysianinsight.com/s/217795

11 Feb 2020: Covid-19: WHO beri amaran kepada Malaysia dan negara serantau (Bagi menjawab WHO, Menteri Kesihatan PH masa itu kata keadaan di Malaysia adalah terkawal)
https://www.sinarharian.com.my/article/69771/KHAS/Koronavirus/Covid-19-WHO-beri-amaran-kepada-Malaysia-dan-negara-serantau

12 Feb 2020: PDRM memberi lulusan untuk acara Tabligh di Masjid Seri Petaling. (surat) kerana kerajaan PH tak pernah halang perhimpunan besar dan tak pernah naikkan status amaran seperti negara Singapura.

24 Feb 2020: Lid naik belon panas untuk melancaran Fiesta Belon udara antarabangsa 2020.

27 Feb hingga 1 Mac 2020: Perhimpunan tabligh 16,000 orang berlangsung.

29 Feb 2020: Muhyiddin dilantik PM.

2 Mac 2020: PH umum mereka telah lancarkan jelajah serta ceramah seluruh negara untuk melawan kerajaan PM8 (jelas menunjukkan PH tak pernah bantah atau ada niat untuk haramkan perhimpunan umum besar-besaran.

10 Mac 2020: Kes Covid pertama jemaah Tabligh dikesan.

Sebab itu, jangan salahkan Tabligh lagi kerana mereka tak menyalahi apa-apa undang-undang dan mereka mendapat kelulusan penuh dari kerajaan masa itu.

Tapi apa yang penting sekarang ialah semua jemaah Tabligh yang pernah hadir acara itu memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memberitahu siapa yang mereka pernah berhubung dengan dan ke mana mereka pernah pergi sejak acara itu.

Dan juga orang ramai yang pernah berhubung atau ada kontak dekat dengan ahli jemaah Tabligh yang hadir pada acara itu dikehendaki untuk berhubung dengan KKM untuk disaring serta-merta.

Yang lain, teruskan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.

-Najib Razak

Link: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156862632600952/?d=n

default

TAHNIAH KERAJAAN PN , GUNAPAKAI IDEA DS NAJIB KETIKA KRISIS WABAK COVIND19

on Wednesday, March 25, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Aku melihat idea DS Seri Najib Razak kerajaan Malaysia tengah pakai untuk lawan Covid-19.DS Najib suruh kita buat kuarantin, hadkan pengerakan rakyat, terus ada PKP dilancarkan dan impaknya, trajektori awal kita nak jadi macam Italy terus menurun dan kita buat masa ini berjaya elak malapetaka yang sama.

Bila DS Najib Razak cadangkan stimulus ekonomi harus disegerakan, siap dengan cadangan membenarkan rakyat ambil duit dari tabung KWSP mereka, terus kerajaan sediakan pelan jangka pendek dengan cadangan KWSP diterima sebahagian daripada rancangan jangka pendek.

Dan DS Najib Razak nampak ni seminggu-dua minggu lebih awal sebelum seluruh dunia terhumban dalam krisis ekonomi dek Covid-19. Semoga cadangan lain macam BSH dibuka untuk semua lapisan, dinaikkan dan disegerakan akan diikuti juga awal bulan April nanti bila pelan sebenar diumumkan.

Lepas tu DS Najib Razak cadangkan kita jadi macam Korea Selatan.Kita buat saringan percuma, kita kejar setiap rakyat kita supaya buat saringan. Ini bukan masa tunggu dan lihat.

Mana-mana yang dijangkiti terus kuarantin sebelum deme jangkitkan kat orang. Hari ini, Director General of Health, Dr Noor Hisham Abdullah baru jer umumkan kita akan ikuti langkah Korea Selatan.

Sebab KS berjaya buru setiap yang terjangkiti inilah yang membawa kepada kejayaan mereka kawal Covid-19 meski suatu masa, mereka berada di tangga kedua paling teruk di dunia.

Kalau Dato Seri Najib Razak jadi PM lagi hari ni, percayalah lagi cepat kita keluar dari krisis.
Lani PM yang anda jatuhkan dulu atas fitnah-fitnah daripada PH.Tapi ternyata buah akalnya sentiasa boleh dipakai.

Patutlah zaman DS Najib Razak dulu, pasaran saham kita dikenali sebagai The World’s Longest Bull Run.Patutlah DS Najib Razak bawak kita keluar dari krisis ekonomi 2008 dengan cara kita tak terasa apa-apa pun padahal itu krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah, jauh lebih teruk daripada krisis kewangan 1997-1998 zaman Mahathir dulu.

Dia DS Najib Razak ialah PM yang Malaysian dont deserve, tapi kita sangat perlukan pada saat seperti ini.

Copy paste FB Lokman Noor Adam

default

WAN AZIZAH ,HANNAH YEOH TAK TAHU KE PM UMUM RM160 JUTA UNTUK KKM ?

on Friday, March 20, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sejak tak jadi Menteri ini dan sekarang negara hadapi krisis Covind19  ,  nampaknya Mantan Menteri PH ini cuba menjadi hero kepada rakyat 

Tapi kalau nak jadi hero pun cuba semak dulu fakta bukan main serbu sahaja .  

Ini yang terjadi kepada Mantan Menteri & Timb Menteri KPWM iaitu DS Wan Azizah Wan Ismail dan Hannah Yeoh . 

 Sebenarnya kelmarin 19hb Mac , YAB PM sudah mengumumkan peruntukkan tambahan RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan.




Kenyataan Media Bersama Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Ahli Parlimen Pandan dan Hannah Yeoh Ahli Parlimen Segambut bertarikh 20 Mac 2020

1. Berikutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, terdapat beberapa sektor pekerjaan di barisan hadapan (frontliners) yang sedang merisikokan kesihatan dan keselamatan mereka bagi memastikan kita selamat di rumah.

2. Oleh itu, kami menggesa mereka yang di barisan hadapan seperti doktor, jururawat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis trafik, pegawai Imigresen, pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai penguatkuasa di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti topeng muka dan pembersih tangan (hand sanitizer) dengan kadar segera.

3. Kerajaan seharusnya menyediakan peruntukan kewangan tambahan kepada sektor pekerjaan di barisan hadapan ini dan bukannya menggunakan peruntukan sedia ada agensi terbabit.

4. Kita wajar melindungi mereka yang sedang berusaha melindungi kita di rumah.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut


 

default

TENTERA AKAN BANTU POLIS PANTAU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI AHAD INI !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





MKN memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing bernula hari Ahad.

Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke Singapura untuk terus bekerja tetapi mereka diperlukan untuk menginap di Singapura untuk tempoh 2 minggu ini.

Kerajaan Singapura bersetuju menyediakan tempat tinggal bagi mereka untuk tempoh ini.

Selepas 2 minggu ini, pekerja Malaysia akan disaring oleh kerajaan Singapura sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan kepada semua pelajar yang terpaksa duduk di kolej-kolej kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu ini.

default

KENYATAAN MEDIA MKN TENTANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 18 MAC 2020

on Wednesday, March 18, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







default

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIKUATKUASAKAN 18 Mac - 31 Mac

on Tuesday, March 17, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perintah larangan

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan

hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit, kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam,
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat  selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan
dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk  sekolah harian, sekolah berasrama penuh,

sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan


6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran,
kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

default

UMNO KERJASAMA KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL BERSYARAT HINGGA PRU15

on Friday, March 13, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi & Majlis Kerja Tertinggi UMNO    cukup jelas dan terang tentang  tentang  kerjasama UMNO menyertai kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin / Perikatan Nasional .

-Ini disebabkan ada dikalangan pemimpin UMNO termasuk dalam MKT   tidak puas hati agihan jawatan Menteri kepada UMNO dan kementerian penting dalam kerajaan . 

- Jadi kenyataan Presiden telah merungkai persoalan ini bahawa UMNO menyokong Kerajaan Perikatan Nasional ini adalah bersyarat & ia kekal hingga PRU15 . 

- Lebih menarik lagi Naib Presiden DS Khaled Nordin menambah MKT UMNO juga  setuju kerajaan PN hanyalah perikatan antara ahli Parlimen UMNO   bukan kerjasama parti . 

-  Ia seperti kerajaan Perpaduan pernah  dicanangkan Mantan PM Interim dulu tetapi ditolak UMNO PAS disebabkan kehadiran juga  parti yang diangap tidak rasisnya  iaitu DAP . 

-  Pertukaran jawatan SUA UMNO & Ketua Penerangan juga mempunyai kaitan iaitu bagi mengurangkan kehadiran orang  MKT  UMNO dalam Kabinet Muhyiddin . Jika dilihat majoriti lantikan Menteri/Timb dari UMNO adalah Ahli Parlimen biasa .

- Ini juga mungkin sebagai langkah mengurangkan damage kepada UMNO  jika sebarang tindakan diambil kerajaan Muhyiddin menemui kegagalan . Sama juga pendirian parti GPS yang nampak lebih bijak dengan hanya sertai Kabinet Muhyiddin bukannya sertai Perikatan Nasional.

- Jadi  , kepada pimpinan UMNO dari pusat hingga bahagian, ingatlah  ini bukan kerajaan UMNO /BN ataupun Muafakat Nasional tapi kerajaan Muhyiddin  PPBM hingga PRU15 yang mungkin tak sampai 3 tahun sahaja lagi.

- Walaubagaimanapun ,  sekiranya  UMNO PAS terus berada  dalam kerajaan PN sekarang ini hingga PRU15 juga merupakan kelebihan cukup besar menghadapi pilihanraya  berbanding ketika menjadi pembangkang. 

-UMNO perlu terus fokus bersama PAS bagi menghadapi PRU15 dan tidak mustahil juga  kita akan berlawan semula dengan Pakatan Harapan Anwar -Mahathir lagi .







default

KEBIADAPAN SAIFUDDIN HINA PENYAKIT PM 8 DIKECAM NETIZEN

on Sunday, March 8, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Ini lah Perangai orang PH bila anda tidak lagi bersama mereka

Semasa  DS Najib Tun Razak pecat TS  Muhyiddin sebagai TPM  & itu hanya musuh politik,  Najib  tak pernah memburuk-burukkan atau mengaibkan dia atau mana-mana musuh politik secara peribadi seperti apa yang sedang dilakukan oleh PH.

Malah netizen juga turun berang & mengkritik penghinaan oleh Setiausaha Agong PKR ini di media sosial.

Tak mustahil jika Tun Mahathir tidak bersama lagi mereka tentu akan menerima nasib yang sama seperti TS Muhyiddin

---
Saifuddin turut memberitahu, beliau masih ingat, Ahli Parlimen Pagoh itu sering mengambil cuti sakit ketika berada dalam Kabinet hingga pernah datang untuk menghadiri mesyuarat hanya sekali dalam sebulan.

Ujarnya, beliau tidak pernah terfikir bagaimana seorang pesakit kanser seperti Muhyiddin boleh memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sedangkan jawatan itu penuh dengan segala macam tekanan.

https://malaysiagazette.com/2020/03/08/selepas-tidak-lagi-sekapal-saifuddin-dedah-kisah-muhyiddin/

default

JAWAPAN UNTUK MAT SABU TANYA KENAPA TAK BOLEH TUNGGU 5 TAHUN ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Bang Mat,tanya kenapa tak boleh tunggu 5 tahun ?

Siapa yang berterusan memaksa Tun Mahathir serahkan jawatan PM pada Anwar? 

Hinggakan PM merajuk letak jawatan Perdana Menteri dan terbubarnya kerajaan PH selama 22 bulan  !!!

 Malah Tun Mahathir sendiri kata dia OK jika Muhyiddin jadi PM ...sekarang bantah pulak ..


Bak kata Bang Mat, “elephant with elephant figth, grass will suffer!”. Kesian rakyat!

default

KRONOLOGI PERIKATAN NASIOANAL & TEWASNYA GRAND MASTER PENCATUR POLITIK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





KRONOLOGI PEMBENTUKAN KERAJAAN
PERIKATAN NASIONAL


1. Tun Mahathir tidak boleh lari sepenuhnya daripada apa yang berlaku dengan menyalahkan pihak lain. Soalan yang beliau akan tergagap untuk jawab: Kenapa perlu letak jawatan PM-7?

2. Nama Tan Sri Muhyiddin muncul disebabkan "lakonan" ego Mahathir yang terlalu tinggi. Tidak ada sebab untuk PH menyalahkan Tan Sri Muhyiddin kerana beliau memilih untuk berpijak di bumi nyata... bahawa DAP terlalu tamak, gopoh dan angkuh dengan kuasa sekaligus mengundang kemarahan orang-orang Melayu; ditambah Anwar yang bak kata Tun Mahathir, "gila-gila hendak jadi Perdana Menteri tapi dia tak boleh"..

3. Tan Sri Muhyiddin nampak tegas dan jelas dalam mengambil pendirian berkaitan menolak DAP sebagaimana dihasratkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia.

4. Sekiranya PH masih percaya dengan permainan politik Mahathir, bersedialah mereka untuk sekali lagi menjadi mainan main-main Mahathir. Takkan tak boleh fikir, kalau Tun M tak buat macam ini, bagaimana mungkin orang selain Anwar mengganti tempat beliau?

5. DS Anwar tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri selagimana beliau bersekongkol dengan DAP.

6. Soalan penting yang belum ditanya: Dimanakah pencatur sebenar, Tun Daim?



default

Jika ada penyelewengan, kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




“Jika ada penyelewengan, kita akan bawa Lim Guan Eng ke mahkamah, dia tidak boleh terlepas begitu sahaja… bukan kita mahu balas dendam tapi ini adalah masalah negara dan kita harus pertahankan,” ujar Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Jelas beliau, persoalan yang sehingga kini tidak terjawab adalah di mana duit hasil penjualan aset negara dan duit yang diambil daripada Petronas kerana ianya tidak disalurkan kepada kementerian ataupun diberi kepada rakyat.

“Dia letak duit dimana… saya ingat dia adalah menteri kewangan paling pandai rupanya paling bodoh, tidak tahu bagaimana hendak cari hasil untuk negara, dia pinjam, ambil duit dari Petronas 82 bilion kemudian ambil lagi 10 bilion. Tidak cukup dengan itu dia jual harta kita.


“… nak kata bagi kepada kementerian tidak ada… bagi kepada petani, pesawah pun tidak ada jadi dimana semua duit itu?,” soal beliau ketika berucap merasmikan persidangan serentak cawangan UMNO bahagian Pagoh di sini hari ini.

Mohamad yang lebih mesra dipanggil Tok Mat juga memperingatkan semua pemimpin untuk bersedia menghadapi PH apabila Parlimen mula bersidang nanti.

“Saya pasti sidang Parlimen akan tegang… mereka akan menyerang hendap dan lakukan apa sahaja untuk gagalkan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Maka sekarang bukan masa untuk bersenang-lenang, buat yang terbaik dan jangan berlengah. Pastikan kerajaan yang didirikan dijalankan dengan baik dan jangan gelojoh, buat elok-elok dengan waras dan yang penting kita kena baik di hati,” ujar beliau.
Tambah Tok Mat, UMNO adalah sebuah parti yang kuat diakar umbi dan bukannya di bangunan PWTC sahaja.

“UMNO umpama sebatang pokok, kita tidak kuat di daun walaupun cantik tapi pokok kuat di akar umbi, yang bekerja mencari makan adalah akar umbi, begitulah UMNO.
“Ketika ombak besar melanda UMNO dan BN pada PRU-14, disebabkan akar umbi kita kuat maka kita dapat terus bertahan dan meneruskan perjuangan. Inilah yang dinamakan perjuangan… perjuangan bukan terletak pada jawatan ataupun imbuhan.

Untuk rekod, berikut adalah antara harta negara yang telah dijual oleh PH sepanjang mentadbir negara selama 22 bulan:

1. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit…).
2. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018 (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/…).
3. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/axiata-jual-semua-kepentingan-…).
4. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin…).
5. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 (Rujuk:https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag…).
6. Kementerian Kewangan (MOF) menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/…/takkan-seluar-dalam-pu…/).
7. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…).
8. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…).
9. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/drb-hicom-jual-11-peratus-kepe…).
10. Axiata pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/anak-syarikat-axiata-jual-pern…).
11. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-signs-framework-a…).
12. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/fgv-sells-unit-china-grand-industr…).
13. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-unit-to-divest-office…).
14. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/…/malakoff-pays-us-70m-for-desar…).
15. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/484209…).
16. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/…/khazanah-to-sell-prince-court-…).
17. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/…/khazanah-sells-its-controlling-sta…).
Ini semua belum termasuk harta Tabung Haji dan lain-lain lagi. – UMNO ONLINE

default

PERBINCANGAN PERBENTUKAN PERIKATAN NASIONAL TELAH DIRANCANG BERBULAN BULAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perbincangan mengenai pembentukan Perikatan Nasional telah dilakukan lebih awal, menurut bekas perdana menteri Najib Razak, lapor Reuters.
Najib dipetik Reuters pada Rabu berkata "perbincangan mengenai gabungan baru telah berlangsung selama berbulan-bulan."

Reuters turut melaporkan perancangan politik yang membawa kepada Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri telah bermula beberapa bulan dahulu dengan pengetahuan beliau yang juga pengerusi Bersatu.


 Rancangan itu menyasarkan untuk menyekat Presiden PKR Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri, menurut ramai sumber yang memberitahu Reuters.
Bagaimanapun, semua perancangan itu tidak menjadi, kata sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai pertukaran kerajaan tersebut kepada Reuters tetapi enggan dinamakan "kerana perkara berkenaan sensitif."


 Susulan kemelut politik itu, Dr Mahathir telah dikalahkan rakan dan sekutu rapatnya, termasuklah Muhyiddin Yassin yang mengambil alih jawatan perdana menteri.
Beliau juga dilaporkan tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Salah satu sumber yang rapat dengan Muhyiddin dipetik Reuters berkata, "matlamat utamanya ialah untuk semua orang menghalang Anwar."


 Reuters juga melaporkan sumber berkata: "Muhyiddin dan Mohamed Azmin Ali, ketika itu anggota parti (PKR pimpinan) Anwar berhubung dengan pembangkang Umno dan PAS bagi meneroka kemungkinan peluang penjajaran (baru politik)."
Berdasarkan rancangan asal, langkah menyekat Anwar ini dikatakan akan bermula selepas Sidang Kerjasama Asia Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November depan.



Persoalan mengenai peralihan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Anwar akan ditentukan di parlimen dan dijangka presiden PKR itu tidak akan mendapat undi majoriti ketika sidang Dewan Rakyat, kata laporan itu lagi.
Bagaimanapun, Mahathir enggan bekerjasama dengan semua pemimpin Umno, khususnya Najib yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Jurucakap Mahathir, Muhyiddin, Anwar dan Azmin bagaimanapun enggan mengulas permintaan Reuters untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal ini. – Mkini

default

TOK MAT DEDAH UNDI PERCAYA PAS KEPADA TUN M STRATEGI PERANGKAP PH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

 


SABTU: 7 Mac - Rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad bulan lalu dirancang untuk mengganggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menggagalkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan (Tok Mat) yang mempengerusikan jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional (MN), berkata ia adalah sebahagian tugas mereka sebagai pembangkang ketika itu.

"Itu sebabnya dalam mesyuarat kita katakan, PAS buat kenyataan, kita buat undi percaya kepada Perdana Menteri, kerana kita tau Bang Non (Anwar) nak jadi Perdana Menteri.

"Undi percaya pada PM Mahathir, kita bubuh satu bom asap, tengok macam mana dia lari tengah malam atau pun tak.

"Kita memang rancang begitu, supaya biar dia kelam kabut, dia dah syak wasangka antara satu sama lain. Itulah yang retakkan kedua-dua belah.

"Zaman kita sekarang zaman pelik, memang pelik. Mana ada pembangkang nak undi percaya kepada Perdana Menteri. Pembangkang selalunya buat undi tak percaya, dia (PH) pening kepala," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Pagoh pagi tadi.

Video ucapan tersebut disiarkan oleh laman Facebook UMNO Online.

Desakan penyokong Anwar kepada Mahathir untuk meletakkan jawatan dikatakan sebagai sebab mengapa Bersatu bergabung dengan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baru.
Langkah itu mencetuskan krisis politik yang menyebabkan Mahathir meletak jawatan.

Ia berakhir dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menjadi tonggak gabungan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, BN, dan PAS, dengan sokongan dari GPS.
Mohamad juga menafikan bahawa UMNO merampas kuasa daripada kerajaan PH.

"Sebenarnya kita tak merampas kuasa sesiapapun. Kerajaan Pakatan Harapan yang jatuh, kerajaan Pakatan Harapan yang terbubar," katanya.

Bagaimanapun, beliau juga mengatakan bahawa sekiranya kerajaan PH dibiarkan maka ia akan menyebabkan orang Melayu menderita.

"Kerajaan PH kalau kita biar lagi 2 hingga 3 tahun akan datang, kemudaratan yang amat dasyat kepada orang Melayu dan agama Islam.

"Itu yang kita perlu cegah, itu yang perlu kita turunkan mereka segera, tapi mereka turun terlalu cepat kita pula ternganga," katanya berseloroh.

default

UMNO SUDAH HANTAR PM NAMA PEMIMPIN UNTUK DILANTIK TPM

on Friday, March 6, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan parti itu menyasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata pihaknya mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak bagi mengisi jawatan timbalan perdana menteri.

“Bagaimanapun, itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira beberapa pertimbangan mengikut senarai yang diputuskan oleh UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi, di sini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 bagi kes pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, dalam ucapan khas Perdana Menteri bertajuk ‘Rayuan Kepada Rakyat Malaysia’, Muhyiddin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.
– BERNAMA

default

TAK SAMPAI SETAHUN SUMPAH LAKNAT , LATIPAH KOYA LETAK JAWATAN KP SPRM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Latheefa berkata, beliau menyerahkan surat peletakan jawatan itu, pada Isnin lalu.

Latheefa bagaimanapun berkata, perkara itu tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ia adalah keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan untuk berbuat demikian adalah tidak berasas.

“Niat saya adalah untuk kembali praktis sebagai peguam hak asasi, ” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, Latheefa berkata, beliau berjumpa dengan Perdana Menteri, semalam bagi memberi penjelasan berhubung keputusannya untuk meletakkan jawatan.

“Kami mengadakan perbincangan yang sangat mesra dan beliau faham berhubung kedudukan saya.

“Saya juga menjelaskan kepada Perdana Menteri berhubung usaha dan tindakan yang sedang dilaksanakan untuk memulangkan semula wang 1MDB di luar negara. Beliau sangat menyokong penuh usaha ini, ” katanya.


 KOMEN GPB

Tak sampai setahun sumpah laknat oleh DS Najib Razak & Datuk Ahmad Maslan , nampaknya doa orang dianiaya sudah nampak dimakbulkan  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.