..

..
Archive for November 2013

default

KENAIKAN GAJI MB SELANGOR & EXCO TAK AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT

on Friday, November 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu kenaikan gaji MB dan Exco Selangor terus dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk dari pembangkang sendiri .  Malah ia lebih tinggi daripada gaji dibayar di negeri PR lain iaitu P.Pinang dan Kelantan.

Di ketika rakyat Selangor dihimpit masalah infrastruktur , air   dan perumahan rakyat , pemimpin negeri lebih sibuk menjaga poket sendiri .





Kenaikan gaji Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertambahan sebanyak 87 peratus hingga 373.3 peratus dilihat tidak munasabah bagi negeri yang masih mempunyai masalah dari segi infrastruktur.

"Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai terbiar.

"Kenaikan gaji tidak salah, malah menjadi keperluan. Namun biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN, berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu 373.3 peratus.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.
Tambah Hamidzun, kerajaan negeri seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kewangan yang diperoleh daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Lihat sahaja dari segi pungutan cukai, lewat membayar cukai pintu, dikenakan denda sehingga RM200, lambat melunaskan cukai tanah, dikenakan denda RM100.

"Seolah-olah pihak kerajaan negeri mengambil kesempatan terhadap wang yang diperoleh daripada hasil tekanan yang dikenakan terhadap pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, sidang tersebut sepatutnya mengusulkan sekali kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri itu memandangkan mereka turut bekerja bersama pemimpin-pemimpin tersebut dalam mentadbir Selangor.
"Kenaikan kakitangan kerajaan negeri perlu setimpal dengan kenaikan gaji ADUN, sekurang-kurangnya 50 peratus atau 89 peratus," katanya.




Penasihat Ekonomi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar kenaikan gaji kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta Exco kerajaan negeri sebagai terlalu tinggi. Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat PKR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kadar kenaikan itu yang meningkat antara 87.5 dan 373.3 peratus.

 Menurut Anwar, Abdul Khalid sudah menjelaskan alasan mengenai kadar kenaikan itu kepadanya dan kini giliran rakyat pula mendapat penjelasan daripada beliau sendiri menerusi media. “Saya tidak merasakan kita boleh menggunakan alasan kadar kenaikan gaji di Sarawak.

Dalam parlimen walaupun ada usul kenaikan gaji sebelum ini, kita setuju sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan. “Pada saya kenaikan itu wajar tetapi apa yang berlaku, adalah terlalu tinggi dan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kita setuju (kenaikan) sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini. Beliau mengulas tindakan DUN Selangor semalam yang meluluskan kenaikan gaji kesemua ADUN berkuat kuasa tahun hadapan dengan Timbalan Speaker menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

 Selain disebabkan bebanan tugas yang dipikul wakil rakyat, antara alasan yang dikemukakan Abdul Khalid mengenai kadar kenaikan itu adalah berdasarkan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak. Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta supaya kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

 Sambil menyifatkan kadar kenaikan itu juga sebagai terlalu tinggi, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan kadar kenaikan mendadak itu berpunca daripada desakan pihaknya. “Kami langsung tidak menyebut tentang kenaikan gaji ADUN atau Exco Selangor dalam memorandum BBC Selangor yang dihantar kepada kerajaan negeri.

Apa yang kami sentuh hanya mengenai soal pembangunan, pendidikan, belia dan sebagainya. “Malah kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan BBC Selangor serta pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Dalam masa tidak sampai seminggu selepas mereka kata nak kaji kadar kenaikan ini, tiba-tiba semalam mereka dah mengumumkannya," kata beliau.

default

OSTAZAH ABBY PERTAHAN KONSERT ROCK PAS SEBAB BUKAN MAKSIAT !!

on Wednesday, November 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Dulu PAS adalah yang paling lantang menentang konsert  ROCK  kerana tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia .  

Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica? 

 "Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu," katanya dalam satu kenyataan.



Hari ini bila mereka sendiri anjur konsert Rock menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack  , mereka mempertahankan melalui macai tegar iaitu Ostazah Abby dengan alasan ia bukan maksiat & tiada bercampur lelaki & perempuan di pentas.

Ini lah sikap double standard PAS ..bila kena batang hidung sendiri , mula lah guna fatwa2 untuk menghalalkannya .



default

PKR P.Pinang pun tumpang sekaki balun Jeff Oii biadap

on Tuesday, November 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Hari ini nampaknya PKR & UMNO P.Pinang  senada membalun mulut korap Jeff Oii yang menghina penjawat awam MPPP .  Mungkin sudah hampir dengan pemilihan parti , pemimpin mereka pun nak nak cari isu seperti mana Pas hentam DAP di muktamar . 

Apa reaksi  TOKONG DAP mengenai isu ini ??

Tak mahu jawab atau lebih mudah  menyalahkan ini salah UMNO & putar belit media ??

Ini soal maruah penjawat awam yang dihina pemimpin biadap Dap 


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang hari ini tampil mempertahankan bos mereka Mansor Othman, sekali gus mengkritik anggota Parlimen Jelutomg daripada DAP Jeff Ooi kerana menggelar penjawat awam sebagai "kucing kurap".

Naib Ketua AMK negeri Dr Afif Bahardin berkata, kebiadapan Ooi terhadap penjawat awam berpangkat rendah dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu tidak boleh diterima.

..... In the latest ‘kucing kurap’ spat between DAP and PKR, the Penang PKR Youth wing has come out to defend their boss, Mansor Othman. 
State PKR Youth vice-chief Dr Afif Bahardin said Jelutong MP Jeff Ooi’s rudeness in describing Penang Municipal Council (MPPP) low-ranking civil servants as ‘kucing kurap’ (small fry) is uncalled for. 
Afif said Mansor, the state PKR chief and Nibong Tebal MP, was not interfering in Ooi’s constituency but merely suggesting that he respect others, even if they are low-ranking staff. 
“To label someone ‘kucing kurap’ is simply unprofessional,” Afif told Malaysiakini.
“Don’t treat civil servants as BN leaders used to treat them as every civil servant has dignity and a noble profession,” added Afif, who is state executive councillor on health. 
On Sunday, Ooi blasted Mansor for chiding him over his ‘kucing kurap’ remark which was an apparent attack against MPPP president Patahiyah Ismail. 
Ooi was unhappy that MPPP had despatched low-ranking and ill-informed staff to handle his complaints over illegal hawkers in his constituency. 
Ooi had also raised the concerns of investors who threatened to pull out their multi-million ringgit investments due to MPPP’s delay in processing their development plans. 
Ooi had then suggested that Patahiyah quit her post if she cannot perform as well as her predecessors. 
In response, Mansor demanded that Ooi apologise over his “demeaning” remark, saying it does not reflect the spirit of Pakatan, and urging him to air his complaints internally. 
Afif said as part of the Pakatan Rakyat team, Ooi could air his grievances directly to the state exco and state government. 
As a DAP leader, who used to be chief of staff to Chief Minister Lim Guan Eng, Ooi can share his problems with his bosses, including state DAP chief Chow Kon Yeow. 
Chow is also state exco member for local government, who oversees MPPP. 
“Why is there a need to go to the media? We are after all in Pakatan and should communicate and discuss matters internally,” said Afif. 
‘Penangites want leaders who are polite and sensible’ 
“There is no use being rude or arrogant as I believe Penangites want leaders who are polite and sensible,” he added. 
“I urge Jeff Ooi to apologise to the civil servants,” he quipped. 
Ooi had stood by his remarks, refusing to apologise, saying his remark was neither derogatory nor demeaning. 
Ooi also blamed Mansor, whom he added has yet to be accountable for the loss in Balik Pulau in the May 5 election as the parliamentary seat was captured by BN’s Dr Hilmy Yahya. 
Afif said there is no guarantee that even if a DAP candidate is placed in Balik Pulau, the seat could be retained. 
“We must remember, in Balik Pulau, money politics and election irregularities were rampant, just ask our candidate (Muhammad Baktiar Wan Chik) there,” said Afif. 
“To move forward is to look see how Pakatan could work together to reform the election process, and make it free and fair,” he added. 
“Instead of being arrogant, Pakatan leaders should continue to push hard and demand electoral reforms,” he stressed.

... The Star pula melaporkan pemimpin UMNO tidak melepaskan peluang untuk membelasah pemimpin DAP yang memang terkenal dengan cakap ikut suka dia saja ni...


..... GEORGE TOWN: Penang Umno has demanded that Jelutong MP Jeff Ooi issue an open apology and retract his statement on calling low ranking Penang Municipal Council officers kucing kurap (people of no significance). 
Its liaison committee chairman Datuk Zainal Abidin Osman said Penang Chief Minister Lim Guan Eng should also take action against Ooi. 
"If not, Lim is reflected that he is of the same view as Ooi," Zainal Abidin, who is also JKP Sdn Bhd chairman said after the Corporate Integrity Pledge signing ceremony at Eastin Hotel Penang on Monday. 
He added that the then Barisan Nasional administration had enjoyed good cooperation with civil servants and had never utter rude and vulgar words towards them. 
Zainal Abidin also chided Ooi for being disrespectful and unethical for the latter's remark.
"I took his statement as an insult and humiliation to all MPPP staff as well as government servants," he said.

default

@NajibRazak tibai Anwar U- TURN menipu tuduh kerajaan seludup 40 ribu Bangla

on Monday, November 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



- Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.
‘‘Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.

‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.



‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula,’’ katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.

Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.

‘‘Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara ‘candle light dinner’, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.

‘‘Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.

‘‘Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil,’’ katanya.

default

Kesan Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS dah beri isyarat !

on Sunday, November 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Anda lihat lah sendiri bila menang saja Mat Sabun  Timb Presiden Pas..terus saja budak syiah menyokongnya di twitter.

Tapi ada juga penyokong Pas yang marah dan kecewa bila jawatan No 2 Pas dimenangi Mat Sabun .




default

Hadiah kereta MINI COOPER bukan untuk menunjuk ?

on Sunday, November 17, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Zainab 1, tidak menyangka bapanya, Zukila Deraman, 36, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kelmarin. Dia dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooperberharga RM210,000 oleh bapa berikutan kejayaannya tersebut.
1395428_10202585333098450_637243808_n

Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila berkata :-
“Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya. Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut. Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya.
Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam. 

Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31. Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya lagi:
“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini. Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.
Tiada niat menunjuk – Hadiah kereta untuk tunai janji
“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk. Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. 
Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila.
Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan. Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.


Komen GPB

Adik GPB semasa   mendapat kejayaan dalam keputusan cemerlang UPSR hanya buat kenduri kesyukuran . Tak perlu pun Mini Cooper..

default

LEPAS HENTAM KHAIRY , KINI BERSAMA ANAK LIBERAL PKR ??

on Wednesday, November 13, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Dulu CT hampir menjayakan konsert anjuran kerajaan DAP  tapi bila dihentam teruk penyokong kerajaan , beliau telah menarik diri .  Kali ini dia menghentam Menteri kerajaan BN pulak iaitu KJ kerana balun  FAM yang kebal kritikan .

Lepas tu pulak gambar dia  dengan anak liberal pemimpin agung PKR iaitu Nurul Izzah ...

Ada apa-apa ka ??




 Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza hari ini menegur cara Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai biadap apabila secara lantang mengkritik orang yang lebih tua daripadanya.

 "Sebagai menteri muda & being look up rasanya KJ perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah.

 Lantang tak perlu biadap dengan yang lebih tua," demikian status Twitter penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan. Teguran itu ada kaitan dengan kenyataan-kenyataan KJ mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak kebelakangan ini termasuk mengaitkan bekas skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir sebagai 'budak suruhan' persatuan sukan itu.

 Sebelum itu, KJ membidas Nasir yang didakwa membela FAM dan berpendapat orang luar jangan campur tangan dalam 'peperangan' beliau dengan FAM. “Jika beliau (Jamal) bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur.

 Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia kelmarin.

 Bagaimanapun, Jamal menafikan beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap menteri muda itu yang berterusan mengkritik FAM.

default

LAKARAN WAJAH SUSPEK PEMBUNUH PEGAWAI JAIP DAH DIKENALPASTI !!

on Tuesday, November 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Polis Pahang hari ini mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek, Ahad lalu.

 Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.

 "Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi. BH

default

PENGUATKUASA JAIP DITEMBAK MATI BUKTI SYIAH SANGGUP MEMBUNUH !

on Monday, November 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa sedang berehat di dalam rumah bersama isteri dan anaknya.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum seorang lelaki memakai jubah hitam serta berkopiah putih berumur lingkungan 50-an keluar dan memanggilnya.

"Sebaik sahaja mangsa menghampiri suspek, seorang lagi suspek berumur lingkungan 30-an dari tempat duduk belakang tiba-tiba meluru keluar dari kereta lalu melepaskan tiga das tembakan dan terus melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dua daripada tembakan itu mengenai mangsa mengakibatkan pegawai itu mengalami pendarahan teruk dan meninggal dunia di tempat letak kereta rumahnya.




Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu habis-habisan suspek yang menembak mati Allahyarham Ahmad Raffli.

Dalam kenyataan beliau menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Khalid memberitahu polis akan berusaha menjejaki mereka yang bertanggungjawab dalam kes itu.

"Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan takziah kepada waris Ustaz Raffli di Kuantan. Kami akan jejak pembunuh ini. Insya-Allah," kata beliau.

Allahyarham merupakan seorang pegawai penguat kuasa agama yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.

Pada 28 September lalu, Allahyarham yang mengetuai serbuan Bahagian Penguat Kuasa JAIP menahan seorang imam berusia 64 tahun dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah.

Menurut Zakaria, polis percaya kejadian itu bermotifkan bunuh kerana berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang dari satu minit.

"Kita percaya suspek berlegar-legar di kawasan perumahan mangsa beberapa kali sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa.

"Bagaimanapun kita masih menyiasat motif kejadian itu sama ada berkaitan dengan tugas mangsa sebagai ketua penguat kuasa," katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

default

Kalau Menteri dah bosan tegur , FAM ini kebal kritikan ka ?? @khairyKJ

on Sunday, November 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui, beliau sudah bosan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkannya tidak boleh menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak.

Pengakuan terbuka Khairy itu dibuat sebagai mengulas kenyataan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang tersinggung dengan kritikan Menteri Belia dan Sukan itu terhadap FAM.

Saya tidak ada dendam kepada sesiapa, saya tegur FAM atas keprihatinan saya hendak melihat bola sepak maju ke depan, takkanlah persatuan sukan dah jadi kebal. Sampai menteri tak boleh cakap apa-apa.


Ekoran kenyataan tersebut, Khairy menegaskan, segala kritikan yang dilontarkan selama ini adalah bertujuan demi kemajuan bola sepak tanah air dan tidak bermaksud untuk membalas dendam kepada sesiapa pun yang berada di dalam kepimpinan FAM.

Menurut Khairy, kritikan yang dilakukan selama ini adalah sebagai bukti yang beliau amat sayangkan bola sepak Malaysia dan mahu melihat sukan nombor satu negara itu terus maju.

Namun, katanya, hasratnya itu telah disalah ertikan apabila dituduh berdendam dengan FAM pula.




Apa ini mengarut, saya cakap bukan sebab saya dendam, saya cakap sebab saya sayangkan bola sepak, saya luahkan apa yang rakyat cakap, tak percaya masuk dalam Facebook, masuk dalam Twitter tengok (rakyat) komen lagi teruk apa yang saya cakap.

Ini saya berlapik lagi, jadi, tolonglah jangan cari orang yang dah tak ada apa-apa dan lepas itu suruh dia cakap, ini bukan dia cakap, ini FAM baling batu sembunyi tangan," tegas beliau.


Malah, ketika ditanya pemberita mengenai kekalahan 0-3 pasukan kebangsaan kepada Kuwait dalam perlawanan persahabatan kelmarin, beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut dan sebaliknya meminta pihak media mengajukan persoalan tersebut kepada FAM.

Saya tak tahu, kena tanya FAM, saya cakap nanti, FAM dia panggil semua bekas pemain, seperti Jamal Nasir suruh kritik saya, malas hendak cakap," ujarnya.

Ditanya lagi sama ada beliau tidak mahu lagi memberi komen mengenai FAM selepas ini, Khairy berkata: Saya akan komen dari semasa ke semasa, tapi hari ini saya fed-up dengan FAM."

default

Terkini ! Pembunuh kejam pegawai AM Bank telah ditangkap @PDRMsia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Suspek yang dikatakan menembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, bulan lalu, berjaya diberkas awal pagi tadi.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
 
"Rakyat Malaysia janganlah jemu jemu bersama-sama @PDRMsia membanteras jenayah. Bersatu kita, hancurlah penjenayah@relamalaysia @KDNPUTRAJAYA," Ujar Khalid menerusi Twitter rasmi beliau.
 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.
 
Polis Di-raja Malaysia (PDRM) turut mewar-warkan tangkapan itu dalam laman Twitternya.
 
"Suspek bunuh pegawai bank diberkas polis berjaya tangkap suspek kes rompak & tembak mati pegawai bank di Johor Bharu pagi tadi," ujar PDRM di laman twitternya.  
 
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan dilaporkan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
 
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
 
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
 
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

default

Hot ! Macai pembangkang tuduh kerajaaan tipu , GST dah dilaksanakan !

on Saturday, November 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


NaK bohong pun agak-agak macai pembangkang  ni. Dalam berita semua orang tahu PM dah umum GST hanya akan dilaksanakan pada April 2015.

Bagaimana macai pembangkang ni boleh tuduh Kastam paksa peniaga ini kenakan GST hanya berpandukan notis & resit yang diciplak ?

Kalau betul Kastam paksa , tunjukkan bukti surat arahan daripada Kastam  bukannya notis  ciptaaan peniaga seperti ini .

Apakah ini kedai puak2 PR yang bersekongkol untuk disebarkan  berita palsu bagi menghasut rakyat bahawa kerajaan telah menipu dalam perlaksanaan  GST.



default

Laungan Azan : Kerajaan PR Selangor arah siasat surau !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyiasat isu sebuah surau di Taman Tasik Prima, Puchong didakwa melaungkan azan terlalu kuat sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan secara baik apabila kedua-dua pihak iaitu penduduk dan ahli jawatankuasa surau akan dipanggil untuk mengadakan perbincangan.

 Menurutnya, isu laungan azan ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian antara mana-mana pihak kerana umum sedia maklum negara ini terdiri daripada berbilang kaum serta agama dan ia seharusnya diterima dengan hati terbuka. 

“Dari segi penerimaan (laungan azan) ini adalah sebahagian daripada budaya hidup. Jadi tiada isu yang terlalu besar.

Bagaimanapun, kita (kerajaan negeri) akan dengar rintihan mereka dan dapat mengatasinya dengan usaha bersama. 

“Masyarakat berbilang kaum mesti menghormati budaya dan agama antara satu sama lain. Perkara ini boleh diselesaikan oleh PBT saja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Selangor, di sini, semalam.

Abdul Khalid juga mengakui setakat ini pihaknya tidak menerima bantahan daripada mana-mana pihak berhubung isu memperlahankan laungan azan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan pergi ke surau berkenaan dalam keadaan marah ketika azan berkumandang di surau berkenaan kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

Jemaah yang berada di pekarangan masjid enggan mempedulikannya dan berbincang sesama sendiri pendekatan yang perlu diambil sebelum mereka mengenal pasti lelaki berkenaan dan menunaikan solat Maghrib.


Komen GPB

Mengapa kerajaan PKR hanya arahkan disiasat surau bukannya seorang lelaki gila yang memaki hamun dengan kata2 kesat kepada jemaaah di perkarangan masjid ?

Inilah akibatnya mengundi PR..Islam langsung tidak dibela sebaliknya ditekan lagi demi menjaga hati chauvinist.

default

Proton Perdana akan datang mirip Honda Accord !!

on Friday, November 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Menarik! Portal automobil Paultan.org telah mengeluarkan beberapa gambar spyshots Proton Perdana Replacement Model (PRM)

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan bercadang untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif yang dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan dengan model Honda Accord. 

Tetapi rancangan itu dibatalkan. Sebaliknya, kerajaan telah memilih Proton Perdana model terbaru yang dinamakan Model Penggantian Perdana atau Perdana Replacement Model (PRM).






PRM dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton telah melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer.










Proton Perdana PRM akan diumumkan pada bulan Disember ini. Klik Sini

sumber :  Dr MIM

default

PRK Sg Limau : BN kalah bermaruah , Pas menang dalam berduka !

on Monday, November 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



BN walaupun tewas tapi tewas bermaruah. PAS menang dalam duka kerana tewas dibanyak lubuk mereka sendiri.

BN menang di 10 PDM manakala PaS hanya 9 PdM.

Keputusan tak rasmi

PAS : 12068
BN : 10985

MAJ : -1083


PAS hanya menang 9 Peti undi berbanding PRU lepas 13 peti undi.

BN berjaya memenangi 10 Peti Undi berbanding PRU 13 yang hanya menang 6 peti undi.

 Undi majoriti PAS pada PRU13 sebanyak 2774 namun kali ini PAS hanya berjaya menang 1084 undi sahaja.

 Kesimpulannya BN berjaya di Prk Sg Limau ini berbanding PAS yang tewas di banyak PDM serta ahli PAS yang semakin ramai berhijrah kepada Barisan Nasional. BN menang Moral

default

PANAS ! Gambar Pas eksploitasi kanak -kanak untuk kempen #PRKSgLimau

on Sunday, November 3, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini merupakan hari terakhir kempen di PRK Sg Limau   . Bila anda melalui di tepi jalan samada di jalan Yan - Sg Dedap atau Guar Chempedak - Alor Setar ,  jangan terkejut melihat kanak-kanak mengibarkan bendera Pas di tepi2 jalan berdekatan khemah2 PDM mereka .

Yang GPB kesalkan kanak-kanak yang tidak tahu apa2 politik dibiarkan berdiri di tepi jalan kibar bendera Pas  dalam keadaan hujan petang ini di Sg Limau .

Ini lah Pas ..bukan sahaja ziarah warga emas seperti bapa Jamil Khir pun ditipu , tapi kanak2 juga dipergunakan

default

Panas ! Dalang gantung replika kaki potong dibelasah orang kampung ! #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




GPB baru mendapat berita bahawa kira-kira  4.30 pagi tadi bahawa 2 lelaki  dalam keadaan cedera dipercayai telah dipukul oleh beberapa orang kampung dan  ditangkap ketika sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16.

Kedua - dua suspek juga dipercayai ahli PAS berasal pokok Sena. Kini mereka telah diserahkan kepada Polis.

Padan muka ..nak tuduh BN tapi rupa-rupanya kerja jahat terdesak Pas untuk mencetuskan provokasi dan kebencian terhadapa BN .

default

Terkini ! Ceramah Anwar dipenuhi orang luar , sambutan kaum Cina hambar ! #PRKSgLimau

on Saturday, November 2, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


 - Ceramah para pemimpin pembangkang termasuk penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini tidak mendapat sambutan daripada kaum Cina.

Kira-kira 1,800 pengundi Cina di pekan berkenaan tidak keluar untuk mendengar ceramah pembangkang yang diadakan khusus untuk menarik undi mereka.

Jika berdasarkan jadual yang diperolehi ialah pertemuan Anwar dengan kaum Cina, tetapi ceramah malam ini hanya dipenuhi oleh orang Melayu yang datang dari kampung berdekatan.



Terdahulu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali yang berucap menyatakan rasa kecewa kerana kurangnya kehadiran kaum Cina dan menyindir kaum tersebut sebagai menyokong parti MCA yang tidak pernah menjaga kebajikan kaum berkenaan.

Lebih memalukan menunjukkan Azmin tidak faham dengan politik setempat apabila beberapa dia merujuk para pengundi di Sungai Limau terdiri daripada golongan pesawah dan nelayan sebagai golongan miskin papa kedana.

Tindakan beliau menyebabkan orang ramai terdiam, seolah-olah tidak selesa dengan gambaran tidak betul yang diberikan .

default

Hot ! Kopiah Putih adalah hak mutlak PAS , Umno tak boleh pakai #PRKSgLimau

on Friday, November 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Ada ke dalam bab pemakaian kopiah putih oleh orang Islam hanya khusus untuk penganut Pas?

GPB tak paham betul ..maknanya orang Umno hanya layak pakai songkok la bukan kopiah

Habis tu Anwar dan Azmin pakai kopiah itu apa plak ?

default

5 Penggal Sg Limau di tangan Pas yang laungkan berkebajikan #beraniberhijrah #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sudah 5 penggal Dun Sg Limau di tangan Pas . Walaupun 1 penggal Pas memerintah kerajaan Kedah , nasib pengundi yang miskin terutama warga emas tak dibela.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.