..

..
Archive for October 2013

default

APA PETANDA MAHFUZ BEAN RAMAL PAS MENANG MAJORITI 500 UNDI #PRKSgLimau

on Thursday, October 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Daripada menang 2000 undi  yang dimenangi TS Azizan pada PRU13 yang lalu , kini PAS hanya yakin menang mudah 500 undi di kubu kuat mereka .

Apakah Mahfuz semakin tak yakin dengan   pengundi di   kubu kuat PAS yang mengundi Azizan dulu akan terus mengundi Ustaz Azam ?  

Adakah faktor gambar super impose tipu calon mereka jumpa TS Azizan menyebabkan Mahfuz yakin boleh menang 500 undi ??    Ini kerana akhbar Sinar Harian yang dedahkan penipuan PAS itu laris hingga habis dijual di  seluruh  Sg Limau

Cuma nasihat GPB kepada jentera BN .. jangan confident sangat kerana kita perlu teruskan lagi  usaha menyakinkan pengundi Sg Limau supaya lebih ramai   BERANI BERHIJRAH kepada BN kali ini .


insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995.

 "Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis. 


Jelas, apa yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu mengundang rasa kurang senang dikalangan penduduk Sungai Limau. Mahfuz macam tak yakin dengan sokongan mereka.

default

PROGRAM TOK GURU PAS MASUK BENDANG JADI BAHAN LAWAK ORANG PESAWAH #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Program Tok Guru masuk bendang kelmarin bukan sahaja untuk digambarkan  untuk  gimik politik tetapi juga memalukan Presiden PAS sendiri . 

Ini kerana ia menjadi bahan lawak  kerana mereka   menabur benih padi ketika air sawah penuh dan sepatutnya air itu  ia perlu dikurangkan . 

Apakah ini satu lagi sabotaj oleh orang dalam PAS terhadap Presiden mereka ketika kempen PRK Sg Limau  ??  Satu persatu  episod lebai  malang berlaku dalam kempen PAS kali ini  .






Lidah rasmi Pas, Harakah semalam telah melaporkan berkenaan program 'Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi' yang di hadiri oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Program yang diadakan di itu dikatakan bertujuan untuk memohon kepada Allah agar benih padi subur dan memberikan hasil yang banyak pada musim depan.

 Malah Hadi Awang turut mengenakan pakaian baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang sebagai gimik sambil menabur biji benih padi di petak sawah.

 Secara asasnya tiada apa yang salah dengan program tersebut, namun apabila diteliti ternyata program yang diadakan itu mempunyai unsur-unsur syirik.

 Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Dr. Fathul Bari Mat Jahya ketika dihubungi mengatakan 'ritual' tersebut bukan merupakan amalan sunah. Malah Nabi Muhammad saw juga tidak pernah melakukan perkara sepertinya.

 "Apa yang dibuat oleh Tuan Guru, Hadi Awang itu dikira perkara yang umum, selama mana tidak ada unsur syirik atau sebagainya.

 "Berkaitan doa awal tanam pagi, di dalam as-sunah kalau kita teliti atau dikaji ia tidak boleh dikhususkan.

Bimbang ia akan jadi satu amalan tetap, sehingga kalau tak buat ritual tersebut, (dan kebetulan) padi tak bagus atau tak jadi. Ia akan dikategorikan sebagai bidaah.

 "Amalan macam ni, (berkemungkinan) akan disusuli dengan perasaan kalau benda ni tak buat, tidak akan berkat.. sekiranya ia tidak dibuat rumah tidak akan didirikan dengan baik, padi tidak akan tumbuh yang macam ni ada unsur syirik.

 "Kerana ada ritual tertentu sehingga masyarakat menjadi percaya dan kaitkan dengan ibadah. Patut dibuat secara umum dan bukannya ada ritual tetap" katanya.

 Beliau turut mempertikai sikap pembangkang yang 'double standard' sambil merujuk tindakan mereka yang menghentam hebat program 'ancak' yang dikaitkan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suatu ketika dahulu.

 "Contohnya masa isu Ancak, pembangkang hentam kaw kaw.. yang ni boleh tapi masa Dr Zambry tak boleh" tegas beliau lagi. Yang hairannya, tiada seorang pun pemimpin Pas yang dianggap sebagai ulama tampil untuk mempertikaikan tindakan Hadi Awang ini.

 Sedangkan ketika isu 'ancak' hampir kesemua dari mereka tampil menghentam dan mengkritik kononnya melakukan amalan yang bukan merupakan Sunah Nabi Muhammad saw.

 Kesimpulannya inilah wajah sebenar pembangkang yang penuh dengan sikap hipokrit dan double standard yang perlu didedahkan kepada rakyat.

default

Penyokong PAS sedia " Berani Berhijrah " selepas ketiadaan Azizan #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang penyokong setia Pas, Awang Cha,87, menyahut slogan 'Berani Berhijrah' yang dibawa Barisan Nasional(BN) apabila berjanji akan menyokong calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini.

Awang berkata, pada awalnya, dia adalah penyokong BN namun setelah belajar agama di sekolah pondok sekitar kawasan berkenaan, sokongan politiknya berubah kepada Pas.

"Saya sokong Pas kerana rasa hormat kepada guru-guru agama yang mengajar ketika itu dan sokongan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pula kerana Allahyarham adalah orang tempatan dan kawan lama saya. Ketika beliau menjadi wakil rakyat, kadang-kala saya bertemunya," katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita ketika menerima kunjungan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman yang melawat isterinya, Jah Mat Saman,83, yang sakit tua di sini semalam.

Menurut Awang, keadaan kini sudah berubah selepas ketiadaan Azizan yang merupakan tokoh dikaguminya apatah lagi selepas terdengar beberapa masalah yang melanda Pas kebelakangan ini.

"Awal tahun lepas, ada terdengar masalah yang melanda parti seperti dakwaan wujudnya krisis dalaman tetapi apabila bertemu Azizan, beliau tidak bercerita lanjut.

"Kali ini pula, ramai orang BN datang bertemu saya dan meminta supaya memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Rasanya sudah sampai masa untuk kembali kepada BN apatah lagi Azizan tiada lagi," katanya. Ditanya mengenai calon yang dipertaruhkan Pas iaitu Mohd. Azam Samat, Awang berkata, dia difahamkan Pas meletakkan orang tempatan namun tidak kenal calon berkenaan.

default

Selagi ada bulan & bintang , BN terus bela nasib nelayan #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan bernilai RM500,000 bagi tujuan baik pulih jeti nelayan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.

Muhyiddin berkata, selain bantuan baik pulih jeti, sebuah pasar juga akan dibina di kawasan itu bagi memastikan nelayan mampu memasarkan hasil laut sendiri dan mengelakkan monopoli orang tengah.

 Kata beliau, bantuan itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan nelayan di kawasan Sungai Limau malah komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu golongan nelayan adalah ikhlas.

"Usaha kerajaan untuk membantu nelayan, petani, peladang dan penternak adalah satu jihad kerajaan yang berterusan iaitu selagi ada bulan dan matahari,'' katanya ketika berucap pada majlis Sarapan 1 Malaysia di Kuala Dulang Kecil di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob. Menurut Muhyiddin, golongan yang terlibat dalam industri perikanan dan pertanian merupakan satu kumpulan istimewa pada pandangan mata kerajaan kerana industri pemakanan merupakan industri penting bagi memastikan kesinambungan negara.

"Kita akan terus berusaha untuk membela nasib masyarakat nelayan, kita bantu, tidak akan mengabaikan mereka kerana golongan itu adalah kumpulan penting," ujarnya. Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengundi di kawasan DUN Sungai Limau perlu mengundi tanpa mengikut emosi pada Isnin ini.

"UMNO dan Pas adalah Islam, kalau nak undi jangan ikut emosi, kita pilih orang yang boleh bantu kita, boleh bela nasib kita, boleh sampaikan kemahuan kita kepada kerajaan.

"Orang itu ialah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim iaitu calon BN, kalau calon Pas dia setakat boleh dengar masalah kita tetapi tidak mampu berbuat apa-apa, sebab Pas bukan kerajaan negeri dan tidak ada kuasa di peringkat Pusat," jelasnya. Sementara itu, ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Pusat Daerah Mengundi Titi Batu di sini, Muhyiddin berkata, kerajaan bersikap adil dalam memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Sebagai contoh, ketika krisis di Mesir, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM21 juta bagi tujuan membawa pulang pelajar kerana bimbangkan keadaan keselamatan pelajar di sana. "Kita bawa balik mereka semua dengan selamat tanpa bertanya terlebih dahulu kepada mereka ibu bapa mereka penyokong parti mana malah ada antara mereka bila dah selamat sampai ke negara kita bersalam dengan saya pun tidak di lapangan terbang, tapi itu tak apalah kita bagi bantuan kepada semua," katanya. Pada majlis itu juga, beliau telah mengumumkan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Jerai, geran pinjaman bernilai RM700,000 untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan RM33,900 untuk Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KARISMA). Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131031/po_04/TPM-umum-bantuan-RM500000-untuk-baik-pulih-jeti-nelayan-Sungai-Limau#ixzz2jGBhexhF © Utusan Melayu (M) Bhd

default

PAS semakin kering idea , gambar Muhkriz pulak jadi bahan kempen #PRKSgLimau

on Wednesday, October 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jarang sekali kita nak jumpa banner calon PAS berjumpa pemimpin Umno dipamerkan dalam kempen PRK mahupun PRU sebelum ini  .

Ianya hanya di PRK Sg Limau je ada..menariknya selepas gambar super impose dengan Arwah TS Azizan  kantoi , kali ini Pas guna gambar Muhkriz pulak.

Apakah Pas nak tumpang pengaruh Muhkriz selaku MB Kedah ?

Memalukan !!



default

TERKINI ! PENJELASAN @AzeezPutera TENTANG FITNAH SUSU MAHFUZ BEAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mr Bean Mahfuz semakin tertekan di PRK Sg Limau .  Selepas kantoi menipu gambar super impose calon mereka jumpa TS Azizan , kali ini fitnah susu pekat expired pulak jadi bahan mereka .
 
Gambar ini dalah jenama susu pekat yang bakal diberikan pada penduduk pada program yang dianjurkan UMNO Bahagian Baling hari ini  . Nampak besar sekali lagi jenama antara susu Mahfuz Bean dengan susu yang dipamerkan ini .

Tarikh luput yang tertera pada susu pekat diatas adalah pada 03.03.2014.



KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian susu tamat tempoh merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. Ketua UMNO Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi.

"Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily,"

"Adalah amat memalukan apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap yang dicemari dengan penemuan susu pekat, didakwa telah luput tarikh. Tambah Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, menjelang pilihan raya, bermacam-macam perkara boleh terjadi, tambahan pula perkara yang tidak ada pun boleh diadakan.

Contohnya, menurutnya, gambar-gambar 'superimposed' menggunakan teknik 'Photoshop' di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya ingin membawa legasi Allahyarham.

"Selain itu, Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi didapati berbohong apabila menggunakan isu bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas.

"Saya bertemu dan bertanya sendiri kepada bapa Datuk Seri, dia (Baharom) menafikan dakwaan tersebut,'' katanya.

Sementara itu menurut Abdul Azeez, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang dilakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang suka berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci al-Quran demi kepentingan politik.

default

ZED ZAIDI BELASAH ABBY ABADI KAITKAN UMNO DENGAN MAKSIAT ARTIS !!

on Monday, October 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.


"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.




Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

Abby mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.


Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?



Anne memberitahu Umno sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.


"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.


Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya. 

default

PANAS ! OSTAZAH ABBY DAH KELUARKAN FATWA SESAT UNDI UMNO BERDOSA #PRKSgLimau

on Sunday, October 27, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, dakwa penyanyi dan pelakon, Abby Abadi. 

Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau malam tadi dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair. 

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri. 

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam. 

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan. 

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalahberdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya. - antarapos



** Sejak bila Abby boleh tentukan dosa & pahala orang ye ?? Dulu Nik Ajis sekarang ini Abby pulak. Lain kali  jangan hnya cakap   undi UMNO berdosa ,  undi PAS mendapat PAHALA besar perlu juga.... hahaha..

default

HOT ! GAMBAR OSTAZAH ABBY SOUND LAKI DEPAN PENYOKONG PAS @ #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Garang  juga muslimah PAS sejati ini iaitu Ostazah Abby ...sampai boleh sound suami lagi .

Dulu Norman   kena  , kali ini giliran  laki baru pulak la  ..hahaha




Kesian Abby...Dah la tengah panas terik..tengah bendang..pakai jubah hitam..kereta rosak la pula..EP tak pasti la sama ada insiden ini berlaku sebelum atau selepas menabur fitnah..tapi apa yang pasti ini satu bala buat Abby..

Kalau tak silap EP..kereta ni ada kenangan manis antara Abby dan bekas suaminya..kiranya lama juga la Abby pakai kereta ni..mungkin dah sampai masanya untuk tukar kereta..duit fitnah kan banyak...kalau tak silap EP kalau satu ceramah sampai 2 ke 3 ribu...betul tak??

Inilah akibat kalau kerja menabur fitnah..ada saja dugaan yang mendatang..selamat satu kampung di Sg Limau tak dapat doaa sebab tak sempat nak dengar fitnah yang bakal ditaburkan oleh Abby...

Nasihat EP..sudah sudah lah buat kerja yang terkutuk ni..cuba belajar bersyukur dengan apa yang ada..kata nak cari keredhaan Allah..tapi perangai tak serupa bikin...

**Kesian EP tengok laki Abby..kena kontrol siot..siap kena marah masa kereta rosak tadi..."you buat apa kat luar..masuk dalam kereta.."..amboi..garangnya Abby.. SUMBER 




**KALAU TAK CAYA..TANYA LEMAN RAJA TAK LAWAK..DIA ADA KAT SITU

default

KERAJAAN BN ZALIM ,RAKYAT AKAN HABISKAN DUIT BR1M 3.0 HANYA 2 MINIT #PRKSgLimau

on Saturday, October 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Politik air liur terus menjadi senjata PAS di Sg Limau melalui ceramah2 besar mereka.

Semalam semasa GPB berada di PDM Kabu 10 berdepan Rumah UMNO P.Pinang , mereka terus tarik GEAR 5 menghentam BN iaitu   isu nasional & negeri  .

Bila petang kelmarin PM membentangkan Bajet 2014 ,  segala apa yang baik nak dilakukan kerajaan dikutuk mereka .

Pemberian BR1M 3.0  kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000  yang dinaikkan sebanyak RM650  menurut mereka akan habis dalam masa 2 MINIT sahaja oleh rakyat . Ia tak cukup untuk tampung kos sara hidup rakyat  dan kerajaan BN adalah ZALIM !  Ini lah seekor  contoh pemimpin yang tak ikut cara Islam yang mengajar kita apa itu bersyukur .



Selain itu , isu kenaikan harga gula juga terus dihentam  mereka . Yang bangang tu depa kata orang UMNO  ini  kaya &  sokong kenaikan ini sebab mereka banyak kena  kencing manis .

 Itu lah tahap pemikiran ala budak tadika PASTI  yang didendangkan di ceramah  mereka walhal mereka lupa Arwah TS Azizan kena potong kaki disebabkan kencing manis .





Isu negeri pulak mereka menghentam Muhkriz kerana tak meneruskan amanah TS Azizan iaitu dengan tutup KUIN & tak meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Pulau Tuba . Mereka kata Muhkriz perintah Kedah tak pentingkan  pendidikan & hanya pembangunan.

Kita nak tanya puak-puak PAS ini ke mana pergi duit yang telah diluluskan untuk pembinaan Maahad Tahfiz ?

Nak tahu lebih lanjut tentang projek ini baca cerita blog hebat Kedah , Medan Tempur Kedah 


Sebenarnya duit yang Pas dah luluskan nak bina projek ni dari tahun 2011 sampai 2013 dah habis dikerjakan oleh Pas untuk tujuan lain.. FAHAM TAK DUIT PERUNTUKKAN UNTUK BINA MAAHAD TAHFIZ NIE PUAK PAS DAH SEBAT UNTUK BUAT BENDA LAIN....

Hangpa pikiaq tengoklah Pas cadang projek pembinaan Maahad Tahfiz ni tahun 2011 lepastu majlis pecah tanah pada 12 Feb 2012 dan dijangka siap pada akhir tahun 2013..Tapi awat masa awal tahun 2013 pun Pas tak buat jugak.. Sebab apa ?? Duit takdak lahhh...




Duit peruntukkan guna untuk apa tu elok hangpa tanya Exco Pas yang bertanggungjawab sebelum ni, nama dia Taulan Rasul.. Ce tanya dia..Tu pun kalau dia berani jawablah..

Bila Pas tangguh projek ni sampai bertahun tahun hangpa tak bising.. Tapi bila Kerajaan BN Kedah yang  baru pegang 40 hari cakap nak tangguh hangpa kata BN zalim.. Zalim apanya kalau duit yang hangpa kata dah lulus tu puak hangpa sendiri perabih guna kat tempat lain...

Kerajaan BN yang baru ni kata tangguh bukannya nak batal pun.. Dah hangpa perabih duit kot lain sebab tulah tangguh.. Lainlah kalau duit tu tak usik dah tentu projek ni berjalan seperti biasa..

Aku rasa elok Ketua Pemuda Pas Kedah Mad Ya tu pi tanya dulu Taulan Rasul duit tu pi kemana.. Jangan tunjuk sangat kebodohan tu.. Buat malu ja kena punggai..

Sebelum tu lupa pulak nak habaq, bini Ust Mad Ya ni pengetua sekolah Maktab Mahmud Pendang kan ?? Nak kami dedah penyelewengan dalam Maktab Mahmud pulak ka ??








default

Gula Naik jadi modal ceramah depan ribuan ahli Pas #PRKSgLimau

on Friday, October 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Sudah dijangka Malam ini kempen di PRK Sg Limau akan fokus kepada Bajet 2014.

Kenaikan harga gula dan BR1M yang diumumkan PM hari ini menjadi modal pembangkang untuk hasut pengundi Sg Limau benci BN dan Muhkriz .

Tapi apa kan daya walaupun gear 5 digunakan  penceramah PAS , tapi kehadiran pengundi Sg Limau termasuk ahli tegar Pas hambar sekali.

Ini gambar ceramah Pas malam ini di Kg Dulang Kecil.



default

Kerajaan Dap perintah ala kuku besi & untung golongan elit -Zulkifli

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Bekas naib presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang dan Pengarah Global Tourisme, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru dan surat rasmi mengenainya sudah dihantar kepada pihak yang berkenaan, berkuatkuasa semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan medianya hari ini, Zulkifli berkata beliau masih kekal sebagai ahli parti itu yang disertainya sejak 26 tahun lalu.

"Justeru itu tindakan yang saya ambil berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin parti DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui kerajaan negeri.

"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini adalah tidak menyebelahi rakyat. Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf "elit" sahaja.

"Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator," katanya.

Dalam kenyataannya juga, beliau mendakwa ungkapan kepimpinan berteraskan "Saidina Umar Abdul Aziz" adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti kepada rakyat.

"Justeru itu, saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," katany

default

BELUM JADI YB , CALON PAS DAH BOHONG ADA HUBUNGAN KELUARGA TS AZIZAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KELUARGA ARWAH TAN SRI AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG

CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.



PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.

default

BETUL KE NI KAWASAN KUBU KUAT PAS ? #PRKSgLimau

on Thursday, October 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Indah khabar dari rupa.. itu lah gambaran awal ketika kempen hari pertama di kawasan yang dikatakan kubu kuat Pas, Sg Limau.

Bagaimana puak2 Pas dok temberang cakap Muhkriz tempang dan tak boleh tawan Dun Sg Limau kembali ke tangan BN kerana ini kubu kuat Pas.

Ceramah Pas semalam yang dihadiri Hadi Awang pun tak ramai pengundi .

Persoalannya , di mana pengundi yang dulu mengundi arwah TS Azizan ? Ini yang di target oleh Pas supaya kekal undi mereka.






default

TERKINI ! JAWAPAN MUHKRIZ TENTANG PROJEK ZIPY YAN YANG JADI MODAL PAS #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Projek Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) akan dibatalkan jika penduduk tempatan masih membantah pembinaannya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih berbincang dengan penduduk di kawasan yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perbincangan akan terus dilakukan untuk memberi penjelasan kepada penduduk terbabit agar mereka memahami manfaat yang bakal diterima kelak.

"Kita mengambil pendekatan berbincang dengan penduduk. Kerajaan mempunyai rancangan lain untuk penduduk di kawasan berkenaan.  

"Tetapi jika mereka tidak bersetuju dan terus membantah, kita akan batalkan projek itu walaupun ia akan membawa limpahan pembangunan di kawasan Yan," katanya ketika ditemui media di pekarangan Dewan Datuk Madi semalam.

Sungguhpun begitu, Mukhriz yakin penduduk akan memahami manfaatnya melalui rundingan dan perbincangan yang diadakan secara berterusan dengan mereka.

Menurutnya, kerajaan negeri berpegang kepada falsafah bahawa setiap projek pembangunan yang bakal dilaksanakan perlu mendapat persetujuan penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu dan ia memberi faedah kepada kumpulan ramai.

Mukhriz berkata projek itu turut menghadapi masalah dan tentangan penduduk ketika dicadangkan kerajaan Pas sejak lima tahun lalu.

"Menteri besar ketika itu (Allahyarham Azizan Abdul Razak) juga memahami tentangan daripada penduduk. Jadi ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan walaupun kerajaan BN tekad untuk merealisasikannya," katanya.  

Mengenai peluang dalam PRK Dun Sungai Limau, beliau yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, BN tetap mempunyai harapan kerana ia mahu menawarkan perkhidmatan yang sejajar dengan rancangan di peringkat negeri.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri mempunyai perancangan menyeluruh untuk melaksanakan pelbagai projek di seluruh negeri dan berharap penduduk Sungai Limau turut menerimanya.

"Adalah lebih mudah jika pengundi di sini memberi peluang kepada calon BN menjadi wakil mereka bagi memudahkan pentadbiran.

Mengenai kempen Pas agar pengundi mengekalkan kerusi itu kepadanya kerana kemenangan BN tidak akan membawa apa-apa perubahan, beliau berkata kemenangan BN akan memudahkan segala urusan termasuk mendapatkan projek dari pusat jika perlu.

"Adalah lebih mudah jika wakil rakyat Sungai Limau adalah dari BN kerana kerajaan negeri juga dari parti yang sama," katanya.

default

HANYA MP BN KECAM TUNTUTAN COMANGO , PAS MENGAPA DIAM !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Beberapa penyokong kerajaan hari ini mengecam tindakan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) membawa laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva kerana beberapa perkara yang dikemukakan kumpulan itu bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) berkata Comango dilihat berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk membawa agenda yang boleh mengancam Islam dan mempromosi seks songsang.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2013 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau mengaitkan tindakan Comango itu sebagai 'bunga-bunga' yang menjurus kepada ancaman perpaduan agama di dalam negara yang disifatkannya sebagai ancaman keselamatan alaf baharu. 

"Ada beberapa perkara yang dibawa oleh Comango mencabar dan menggugat kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan
.
"Ia juga dilihat cuba memperjuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), murtad... adakah ini menyentuh hak asasi manusia?" soalnya
Pandangan beliau disokong Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang menyifatkan apa yang terkandung dalam laporan Comango ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) boleh merosak dan memudaratkan pegangan rakyat di negara ini.

"Perincian yang dituntut oleh Comango bukan menyentuh isu-isu hak asasi manusia sahaja tetapi turut merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender. Hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama," katanya.
Selain itu, katanya Comango juga mempersoal kes penggunaan kalimah Allah, mengenai Syiah dan hak seorang bapa untuk mengIslamkan anak bawah umur, menuntut undang-undang jenayah Syariah dihapuskan dan memberi persepsi negatif penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri yang berusaha berdakwah kepada orang Asli, serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku karya penulis kontroversi Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta'. 

"Ini semua isu panas dan mengundang perasaan tak puas hati dalam kalangan rakyat, bercanggah Perlembagaan dan hak orang Islam.

Sebab itu, saya minta kerajaan buka mata dan ambil perhatian seterusnya selaraskan tindakan yang perlu supaya hak-hak istimewa rakyat di Malaysia jangan dipertikai di peringkat antarabangsa.

"Jangan sampai kita serah diri dan orang lain yang tentukan apa yang disuap ke mulut kita," tegasnya.

Comango merupakan gabungan kira-kira 50 NGO Malaysia yang merangka kandungan laporan mengenai hak asasi manusia untuk dikemukakan kepada UPR esok di Geneva. 

Setiap empat setengah tahun, kumpulan kerja UPR dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB akan menilai rekod hak asasi manusia kesemua 193 negara anggota PBB.
Persidangan dewan bersambung esok. - Bernama




SAMPAI kiamat pun Islam tidak akan terima tuntutan yang dibuat Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana ia bercanggah dengan Islam dan kedudukannya sebagai agama Persekutuan.




Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tuntutan itu lebih bersifat hak asasi manusia, bukan hak beragama Islam.

“Saya lihat Comango memperjuangkan hak itu (tuntutan) berdasarkan pentakrifan mereka tentang sesuatu agama kerana golongan sebegini diibaratkan seperti tiada Tuhan.

“Malah mereka percaya apa yang diperjuangkan lebih suci dan perlu dipenuhi. Padahal Islam menganggap tuntutan itu adalah kufur serta salah di sisi agama,” katanya.

Dr Asri berkata, umat Islam tidak akan membiarkan tuntutan Comango yang telah diamalkan di beberapa negara barat seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, dihalalkan di negara ini.

Katanya, Comango tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian, malah mereka sepatutnya menghormati agama ini sebagai satu budaya dalam masyarakat.

Beliau yakin, umat Islam tidak akan mengiktiraf tuntutan sedemikian kerana Islam mempunyai pegangan tersendiri.

“Kita berpegang pada al-Quran dan hadis. Saya yakin tidak mungkin berjaya membuat tuntutan itu di negara Islam meskipun mereka berjaya di negara Kristian.” katanya.

default

BEKAS CALON BEBAS DEDAHKAN AKAN PASTIKAN PAS KALAH #PRKSgLimau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Di mata calon Bebas kerusi Sungai Limau, PAS tidak sekuat mana.
Sobri Ahmad berkata, walaupun kerusi merupakan kubu kuat pembangkang, tetapi BN masih mempunyai peluang menang.

“BN boleh menandingi kelebihan PAS jika meraih 60% sokongan pengundi muda, di samping menawan peti undi Sedaka (1,088 pemilih) dan Kampung Titi Batu (1,142 pemilih) serta memfokus pengundi bukan Melayu di DUN Sungai Limau,” katanya.
Kekuatan PAS tertumpu di Bukit Besar (1,519 pengundi), Bukit Choras (712), Gelam Tiga (599), Sungai Dedap (1,032), Matang Buluh (940), Simpang Tiga Luar (690) dan Ulu Sedaka (832).
Tetapi tidak semuanya mengundi calon PAS kerana faktor pepecahan dalaman parti itu pada PRU-13 lalu, respon pengundi dijangka berbeza kali ini, katanya.
5,255 pengundi baru
Beliau menambah, daripada seramai 27,222 pemilih berdaftar direkodkan bagi PRK tersebut termasuk dua pengundi di luar negara, sebanyak 5,255 adalah pemilih baru yang bakal menentukan kemenangan, berbanding pengundi tradisi PAS sekitar 12,000 manakala BN kira-kira 9,000 pengundi.
Sejak lima penggal lalu, daripada 19 pusat daerah mengundi, PAS menang 12 sementara BN hanya menang tujuh saja, dakwa Sobri.
Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa kawasan tertentu jentera BN tidak boleh menembusi kubu kuat PAS.
“Hanya NGO yang boleh masuk ke kawasan tersebut, ini yang saya lakukan dalam PRU 13 lalu.
“Mereka tidak boleh terima kalau orang masuk itu orang Umno, tapi kalau masuk dengan NGO mereka terima.
“Ini yang saya buat dulu…,” tambah Sobri lagi.

`Tidak mahu wakil rakyat PAS’
Seorang lagi bekas calon bebas iaitu Abdullah Hashim memberitahu, beliau dan penyokong akan bekerja kuat untuk memastikan PAS kalah.
Menurutnya, PAS tidak pernah pernah membawa kemajuan kepada penduduk Sungai Limau.
Bekas aktivis PAS itu menambah, selama ini PAS hanya menipu penduduk Sungai Limau.

“Kami tidak mahu wakil rakyat PAS lagi,” katanya.

default

Terkini ! Penyokong Pas kena Sawan di hari penamaan calon #PRKSgLimau

on Wednesday, October 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pagi ini di hari penamaan calon berlaku kejadian seorang penyokong Pas terkena sawan hingga berbuih mulut .

Nasihat GPB ..kalau taksub sekalipun Pas, tak payah la turun mai kalau sakit demam ke.

Tapi ada juga macai2 Pas tak percaya itu penyokong mereka kena sawan . Depa tuduh itu pelakon Umno .Haha..




default

Terkini ! Gambar hari penamaan calon #PRKSgLimau @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ini lah gambaran awal di hari penamaan calon PRK Sg Limau pagi ini di dewan Madi , Yan.

TPM dan ramai pemimpin Umno telah berkumpul sejak awal pagi lagi untuk  mengiringi calon BN Dr Ahmad Sohaimi ke pusat penamaan calon .








default

FAKTA MENGENAI HUTANG NEGARA DIPUTERBELIT PAKATAN DIDEDAHKAN PM @NajibRazak

on Tuesday, October 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Kerajaan komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, kerajaan akan memastikan paras defisit terus turun kepada empat peratus daripada KDNK tahun ini.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil dan pinjaman hanyalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

“Komitmen tersebut penting bagi mengawal paras hutang sebagai peratusan KDNK agar tidak melebihi 55 peratus, selain memastikan kemapanan fiskal negara dalam jangka panjang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara dan peratus hutang negara berbanding KDNK sehingga kini.
Najib berkata, unjuran rasmi kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan bagi akhir tahun ini akan diterbitkan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang akan diedarkan di Parlimen pada Jumaat ini.

Beliau berkata, hutang negara adalah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar negeri sahaja.

“Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (PABK) dan sektor swasta. Pada akhir Jun lepas, jumlah hutang negara adalah sebanyak RM284.7 bilion atau 28.2 peratus daripada KDNK," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hutang negara yang dimaksudkan hutang Kerajaan Persekutuan, maka ia melibatkan hutang yang ditanggung Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.


“Sehingga Jun lepas, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada KDNK.

“Daripada jumlah tersebut, RM502.9 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.5 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri," katanya.


Katanya, jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Najib berkata, kerajaan terus melaksanakan dasar pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.

default

SELEPAS BUAT ONAR DALAM NEGARA, DI AUSTRALIA PULAK BUAT HAL !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim perlu menghormati pendirian dan peraturan negara luar, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. 
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Anwar sebelum ini yang menzahirkan rasa meluatnya terhadap kerajaan Australia yang padanya tidak mengutuk amaran oleh Malaysia kepada penuntutnya dinegara itu, supaya tidak menghadiri ceramah beliau di Adelaide.
 
Mengulas lanjut Zahid berkata, kerajaan Australia sebagai contoh sudah tentu mempunyai peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar yang menuntut di negara tersebut, dan seharusnya Anwar menerimanya secara terbuka.
 
"Kita harus menghormati peraturan dan perundangan di negara luar, tentunya ada peraturan yang tidak mengizinkan hal ehwal politik di sesebuah negara menjadi bahan perbincangan di negara luar. 
 
"saya fikir sebarang tindakan yang dilakukan oleh Australia perlu dihormati oleh mana-mana pemimpin politik di negara mana pun," katanya ketika ditemui wartawan di parlimen sebentar tadi. 
 
Kontroversi ini timbul apabila penasihat pelajar di konsulat Malaysia di Sydney dilaporkan mengirim emel kepada pelajar awal minggu ini memberi amaran akan mengenakan tindakan kerasl jika mereka menghadiri ceramah Anwar.
 
Stesen penyiaran ABC melaporkan, penuntut Malaysia yang tinggal di Australia digesa melalui emel oleh penasihat pelajar di konsulat Malaysia supaya tidak menghadiri ucapan Anwar mengenai demokrasi, merupakan sebahagian acara Festival Idea yang berlangsung hujung minggu lalu. 
 
Tambahnya lagi, Anwar yang menjadi orang asing ketika mengunjungi negara itu sepatutnya tidak memberi reaksi yang disifatkannya sebagai tidak wajar. 
 
"Pada saya kita harus menyesuaikan diri pada negeri berkenaan bukan mana-mana negeri hormat kepada mana-mana orang luar," jelas beliau.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.