SELEPAS BUAT ONAR DALAM NEGARA, DI AUSTRALIA PULAK BUAT HAL !!

on Tuesday, October 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim perlu menghormati pendirian dan peraturan negara luar, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. 
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Anwar sebelum ini yang menzahirkan rasa meluatnya terhadap kerajaan Australia yang padanya tidak mengutuk amaran oleh Malaysia kepada penuntutnya dinegara itu, supaya tidak menghadiri ceramah beliau di Adelaide.
 
Mengulas lanjut Zahid berkata, kerajaan Australia sebagai contoh sudah tentu mempunyai peruntukan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar yang menuntut di negara tersebut, dan seharusnya Anwar menerimanya secara terbuka.
 
"Kita harus menghormati peraturan dan perundangan di negara luar, tentunya ada peraturan yang tidak mengizinkan hal ehwal politik di sesebuah negara menjadi bahan perbincangan di negara luar. 
 
"saya fikir sebarang tindakan yang dilakukan oleh Australia perlu dihormati oleh mana-mana pemimpin politik di negara mana pun," katanya ketika ditemui wartawan di parlimen sebentar tadi. 
 
Kontroversi ini timbul apabila penasihat pelajar di konsulat Malaysia di Sydney dilaporkan mengirim emel kepada pelajar awal minggu ini memberi amaran akan mengenakan tindakan kerasl jika mereka menghadiri ceramah Anwar.
 
Stesen penyiaran ABC melaporkan, penuntut Malaysia yang tinggal di Australia digesa melalui emel oleh penasihat pelajar di konsulat Malaysia supaya tidak menghadiri ucapan Anwar mengenai demokrasi, merupakan sebahagian acara Festival Idea yang berlangsung hujung minggu lalu. 
 
Tambahnya lagi, Anwar yang menjadi orang asing ketika mengunjungi negara itu sepatutnya tidak memberi reaksi yang disifatkannya sebagai tidak wajar. 
 
"Pada saya kita harus menyesuaikan diri pada negeri berkenaan bukan mana-mana negeri hormat kepada mana-mana orang luar," jelas beliau.
 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    ha..ha..ha...bang non..bang non... x habis2

  2. Anonymous says:

    Dia ingat dia ramai kwn kt US, dia bole buat sesuka hati mak bapak dia?? sedar la sikit nuar oiiii kau tuh org dh tk pandang dh...KAU FIKIR KAU SIAPA?? ptuiiiii...

  3. Anonymous says:

    Ini lah masaalah nya dengan manusia yang tak pandai tapi nak tunjuk pandai. Manusia yang nak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin sampai bila2 pun, bongkak macam dia sorang saja yang pandai tapi tak sedar diri yang dirinya dah tak laku lagi. Anwar ini bukan pemimpin peringkat global pun...dia tidak boleh mewakili rakyat Malaysia dan saya sebagai rakyat Malaysia TIDAK sekali2 mengizinkan dia mewakili saya sebagai rakyat Malaysia. Parti PKR diapun ada berapa orang sangat ahli2nya. Yang meramaikannya adalah dari PAS dan DAP. Saya percaya pemimpin2 luar negara hanya berlakun je bila berdepan dengan mamat ni.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.