SELEPAS MALAYSIAKINI, GILIRAN MAJLIS PEGUAM SERANG @Zahid_Hamidi

on Wednesday, October 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




 Majlis Peguam mengecam ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis di Melaka dan menyifatkan sebagai suatu kesalahan berat dan boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.

Presidennya Christopher Leong menegaskan tindakan Ahmad Zahid tersebut sebagai tidak bertanggunjawab dan memalukan.

"Menteri Dalam Negeri nampaknya melampaui batas dan kemungkinan telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Leong juga menegaskan tiga pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid dalam ucapannya seperti didedahkan Malaysiakini merupakan satu kesalahan dan tidak menghormati undang-undang.

Pengakuan yang dibuat Ahmad Zahid antaranya mengenai arahan menembak tanpa beri amaran, mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dibuat mengikut arahannya dan juga tahanan tanpa bicara selama dua tahun.

"Majlis Peguam mengutuk kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana ia menunjukkan sikapnya tidak menghormati undang-undang dan hak asasi manusia serta tidak menghormati debat yang berjalan di Parlimen.

"Kenyataan beliau memalukan dan menyebabkan negara dan kerajaan diaibkan," katanya lagi

Leong juga mengkritik Ahmad Zahid yang sehingga kini masih lagi gagal mengemukakan bukti kononnya pemansuhan  beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)sebagai punca peningkatan jenayah berat kebelakangan ini walaupun telah berjanji untuk bentang di Parlimen.

"Beliau gagal mengemukakan data bukti untuk menyokong hujahnya.

"Sebaliknya, beliau dilaporkan telah berpakat dengan Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Ketua Polis Negara untuk meminda PCA," katanya.

Leong juga berkata tindakan Ahmad Zahid menghalau wartawan daripada membuat liputan membuktikan beliau mengakui kesalahannya mengeluarkan kenyataan sedemikian, serta sanggup mengancam media untuk semata-mata memenuhi kehendaknya.

"Cubaannya untuk menutup mulut media adalah isyarat beliau mengakui kesalahan dalam kenyataannya," katanya lagi.

Semalam, media melaporkan, Ahmad Zahid semasa dalam satu Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat di Melaka telah bercakap mengenai beberapa isu sensitif antaranya melibatkan isu penjenayah masyarakat India serta mempertahankan kumpulan haram Melayu yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Dalam rakaman sepanjang 20 minit di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh tersebut, Ahmad Zahid telah juga telah mengecam seorang Timbalan Menteri kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) 2013 yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.

"Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi," katanya dipetik berkata dalam laman portal berita online.

Pindaan rang undang-undang PCA yang diluluskan baru-baru ini di Dewan Rakyat akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut.



7 Responses

  1. Anonymous says:

    Cinabeng sepatutnya tidak bersuara atau beri pendapat,mereka dah hilang kelayakan selepas PRU13 lalu. Ini kerajaan malayu/bumiputra jadi pihak cinabeng ni kena lah patuh apa jua dasarv kerajaan ,mereka hilang suara dalam kerajaan apabila MCA tiada dalam kerajaan. Ugutan pihak cinabeng ni dibakul sampahkan aje..baru dia orang tahu siapa tuan.Hidup Zahid Hamidi ,jangan rasa gundah pedulikan mereka yang sokong Zahid orang melayu .Jadi biarkan agenda melayu dimainkan. Kalau cinabeng nak kan suara mereka didengar sokong lah BN/UMNO . bagi keraajaan majoriti 2/3 barulah boleh bagi pendapat.Majlis Peguam pun patut letakkan orang melayu sebagai presiden untu keselamatan kerajjan. pedulikan mereka. macam anjing salk bukit.

  2. Anonymous says:

    Majlis peguam sudah patut tukar

  3. Anonymous says:

    Si Anuwar wat macam2 kat wartawan dan sering menburuk2kan Negara takda pulak Majlis Peguam nak kata apa2. Memang Majlis Peguam adalah sarang pembangkang. tidak boleh diharap dan tidak tulus.

  4. Anonymous says:

    Majlis peguan sepatutnya berbincang tentang imej yg teruk bercalar ,

  5. Anonymous says:

    Peguam pun boleh rancang bunuh sosila,ambiga pula xbuat bersihkan pemilihan CEC DAP. Peguam tak boleh pakai... Sume lawyer politik auta lebih.

  6. Anonymous says:

    Apa punya majlis peguam daaaaa...zahid cuma tidak mahu menjawab wartwan Malaysiakini kerana suka memutarbelitkan kenyataanya.Pendekata Malaysiakini buat laporan tidak betul.Senang cerita Malaysia kini kaki kencing.

    Wartawan dari berita lain ok jer zahid jawab dng mesra...

    Presiden Majlis peguam lu titon kaaaa...

  7. Anonymous says:

    Hello Majlis peguam banggang...yg si Nuar tuh dok sergah wartawan boleh plak lu tutup mata..., lu nie wakil semua peguam di malaysia kaa?? ptuiiii laaa..elok tukar nama "Majlis Peguam Parti Pembangkang" laa..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.