..

..
Archive for November 2008

default

Aktiviti YB KJ di Rembau

on Sunday, November 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

setiakawan

Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya dalam DUN Paroi ketika siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah, lawatan ke Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang dihadapi penduduk saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan dan kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih.


Ditemuramah oleh para wartawan yang mengikuti siri lawatan bertemu rakyat dan memperkasa program CARI yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan miskin dan susah.


Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.


Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.


Mendengar rintihan seorang warga emas yang memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas.



Makan Tengahari di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.

sumber : www.rembau.net

* Melihat gambar-gambar dari laman web beliau mengingatkan saya kepada lagu YB oleh Nd Lala .Inilah tanggungjawab dan amanah untuk wakil rakyat agar membantu rakyat apabila rakyat dalam kesusahan dan perlukan bantuan.

* Yb KJ walaupun seorang pemimpin dari golongan muda tetapi beliau adalah anak muda yang berjiwa rakyat .Gaya kepimpinan beliau dan peribadinya yang mudah mesra dengan rakyat cukup dikagumi dan saya berpendapat rakyat Rembau bertuah memiliki Anak muda bernama Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin mereka.

default

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

on Saturday, November 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

TAJUK UTAMA : RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :

1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.

2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha I BPN




setiakawan

default

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal-AL FATIHAH

on Friday, November 28, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal
28/11/2008 7:27pm

KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

ulasan

-semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang yang beriman

-Sudah pasti tak lama lagi akan ada satu pilihan raya kecil(PRK) untuk Parlimen K.Terengganu(P36).Dalam PRU-12 yang lepas Datuk Razali menewaskan Ayam Jantan PAS iaitu Mohd Sabu dengan majoriti 628 undi sahaja. Perlu diingat jumlah undi rosak ialah 931.

-Kita akan pastikan Kuala Terengganu akan kekal bersama UMNO/BN ,PREPARE FOR BATTLE AT KUALA TERENGGANU !!! BANGKIT LA SEMUA PEJUANG UMNO !!!

default

‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "

on Thursday, November 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.Selaku PM Malaysia dan Presiden UMNO ,walaupun tiada majlis besar-besaran seperti di negara-negara lain mungkin hari jadi Pak Lah diraikan bersama keluarga terdekat seperti Brother KJ .

Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Mungkin apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.

Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu

Teruskan berjuang Pak Lah !!!



setiakawan

default

The Fabulous KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Khairy Jamaluddin, young, tall, dark and handsome. Pria yang hitam manis, tinggi lampai, hidung mancung dan berkarismatik, pemimpin muda yang paling popular, sama atau lebih popular dari Mawi.

Kehebatan KJ di iktiraf oleh Tun Dr. Mahathir. Tun semasa jadi PM hanya bergaduh dengan pemimpin besar dunia, ‘buy British goods last, bergaduh dengan Amerika, Australia’ dan Tun mengakui kehebatan anak muda yang berada di tingkat empat nampaknya lebih berkuasa dari tingkat lima.

KJ adalah Naib Ketua Pemuda yang paling beruntung mendapat liputan percuma di kalangan bloggers dengan mencipta macam-macam skandal mengenai Khairy. Dan di usia muda begini tiga buku sudah ditulis mengenainya. Muka KJ ada ‘commercial value’. Boleh jual punya tanpa jadi artis. Bukan mudah mahu mendapat publisiti sehebat yang diberikan pada Khairy. Itulah tanda-tanda orang bertuah.

Orang Melayu ini perangai macam ‘londoners’ suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, ‘transformer’ pun boleh berkecai.

Tapi Khairy nampaknya terus steady. Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer, satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.

Khairy tak perlu takut sebab dalam politik, ujian adalah perkara biasa. Lagi tinggi dan lagi besar jawatan yang dicita-citakan, lagi besar ujian yang terpaksa di hadapi.

Sama ada dalam politik mahupun perniagaan, ramai bijak pandai yang hancur berkecai, bangkrup. Orang beruntung sentiasa saja menang bila bintang sudah terang. Mereka yang sinar bintangnya malap sampai tua tak berganjak akhirnya gugur macam tahi bintang saja.



Satu perkara yang saya suka mengenai anak muda yang berasal dari Rembau ini ada budi bahasanya, menghormati orang tua dan pandai menegur sapa. Biarpun Khairy lahir di luar negara, dibesarkan di luar negara dan mendapat pendidikan di luar negara tetapi dia tahu macam mana hendak bergaul dengan orang bawah. Dia tahu bagaimana nak dekatkan diri dengan orang kampung.


KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja. Ramai pemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?

Tak kenal maka tak cinta. Itulah yang terjadi pada anak-anak muda yang tak tahu sejarah para pejuang bangsanya.

Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.

Khairy pernah cuba meletakkan jawatan, diatas permintaan ramai dia terpaksa menerima semula jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda. Di bawah antara komen pemimpin veteran:

“Kita kena ingat Khairy jadi Naib Ketua bukan dia sendiri pilih, bukan Perdana Menteri pilih tetapi Pemuda yang pilih”

Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu ‘mind set’ anak-anak elite, VIP?

Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelam di dalam ‘comfort zone’? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidak ada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi. Cuba baca buku ‘Rich Dad Poor Dad’ oleh Robert Kiyosaki.

Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.

KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik dan dunia penulisan, memiliki “political will”. Sejak dia menuntut di London lagi perbahasannya sudah lantang sekali, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.

Salahkah kalau dia bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri diumur yang muda? Najib ketika umur 29 tahun jadi Menteri Besar Pahang. Rahim Tamby Chik 29 tahun jadi Ketua Menteri Melaka. Isa Samad umur 31 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ghadafi umur 29 tahun jadi Presiden Libya sampai hari ini.

Di Amerika satu perkara biasa bila anak muda bercita-cita mahu jadi Presiden USA. Apa salahnya jika mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin dan memperjuangkan nasib bangsanya?

Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka (the lowest depth of the fire)

Surah An-Nisaa’, ayat 145.





Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf ‘global’.

Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi dunia tanpa sempadan akibat boleh berfikir secara ‘lateral thinking’ mengikut Edward De Bono. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?

Kebangsawanan ‘elite’ V.I.P. atau V.V.I.P merupakan nikmat daripada Allah untuk segelintir manusia. Tidak semua manusia dilahirkan boleh jadi ‘raja’, anak raja apa lagi menantu Raja atau Pemangku Raja. Tan Sri Muhammad Taib pernah menjadi menantu Sultan Selangor. Dato Syed Omar al-Idrus pula pernah menjadi pemangku Sultan Terengganu.

Islam mengiktiraf kedudukan dan kelebihan kaum ‘bangsawan’ dan orang besar-besar yang menjadi ketua kaum. Sebab itu kedudukan ‘raja-raja’, ketua satu-satu kaum sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan oleh Rasulullah SAW setelah mereka memeluk Islam.

Khairy bukannya orang Melayu pertama yang menuntut di Oxford, lahir dalam keadaan serba kemewahan dan terdedah kepada politik global. Tapi KJ berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi ‘world figure’.

UMNO hari ini, cakap salah tak cakap salah. Dari tak cakap baik terangkan perkara sebenar. Berkata benar sekali pun pahit - sabda Rasulullah SAW. Memang sukar mahu mencari yang terindah dikalangan yang terbilang macam buah durian yang sudah penghujung.

Apakah orang UMNO ada pilihan selain dari memberi orang muda peluang? Sampai bila kita terpaksa memilih yang terbaik dikalangan yang terbuang? Sampai bila kita mahu beritahu mereka yang tak sedar diri, tak mahu cermin muka ‘enough is enough’.

Lebih baik pilih lebah dari pilih langau, tahukah anda beza antara lebah dan langau? Lebah menyengat tapi menghasilkan madu. Langau biarpun cantik sentiasa terpalit dengan yang busuk. Macam kereta Lamborghini yang chassisnya sudah bengkok. Berhentilah berangan nak masuk F1.

Tahukah anda apa itu Oxbridge? Persatuan antara Oxford dan Cambridge. Kenapa ibubapa memilih Oxford, Cambridge, Harvard dan Universiti yang ada nama besar dan sudah yang establish? Dan kenapa orang membeli kereta dan pakaian yang berjenama? Pepatah Melayu ada mengatakan ‘alah membeli menang memakai, berlian tercampak ke Pelimbah masih tetap berlian’. Untuk apa pilih kaca yang disangka permata?

Para peminat saya ingin tahu apa pandangan dan pendapat saya mengenai menantu Pak Lah yang menjadi perhatian dan tumpuan ramai. Apa istimewanya KJ hingga ketika kebanyakan bloggers dan ramai orang memburukkannya, saya sanggup menentang arus membelanya?

Saya fikir tak ada lagi keburukan Khairy yang tidak didedahkan dan tidak disebarkan kepada pengetahuan umum. Entah berapa banyak kata nista, fitnah yang dilemparkan, Khairy ‘diboo’ semasa berucap, apa lagi seksaan yang belum dirasai oleh KJ. Namun KJ tetap steady, masih tabah, kuat dan berpengaruh seperti pepatah Cina pohon yang tunduk bila angin kencang bertiup ke kiri ke kanan dahannya tidak akan serkah, akarnya tidak akan tercabut. “From a tiny seed to a mighty oak tree”. Itulah yang ditunjukkan oleh KJ.

Bangsa Melayu perlu berani, bangsa Melayu perlu ada hero dan pahlawan untuk membela bangsanya. Bagaimanapun soalnya siapakah hari ini yang boleh diharapkan untuk menjadi wira yang akan membela Melayu?

Keberanian ini juga termasuk kebebasan bercakap. Apabila kita berani bercakap dan berani menegur itulah freedom atau demokrasi.

Kenapa Pemuda Melayu hari ini tiba-tiba dijangkiti sindrom penakut? Pelik bila ada Pemuda yang berani seperti Khairy, ramai sangat yang bertukar menjadi Firaun. Akhirnya orang Melayu sudah tidak tahu kepada siapa mereka hendak harapkan lagi.

Kita bukan tidak tahu keberanian yang ada pada orang Melayu dulu semakin hari semakin pupus. Apakah ini tidak membimbangkan? Bangsa Melayu seolah-olah tidak ada orang-orang yang berani. Macam mana mahu jadi berani, ada saja orang berani mahu dicantas, ditebang, ramai sangat yang perangai macam Firaun.

Apa akan jadi apabila Melayu sudah jadi penakut? Bangsa lain akan hilang segan, malu, tak takut akhirnya bangsa tidak lagi akan terbela. Sedangkan Melayu sangat memerlukan orang yang berani?

Di samping memiliki sifat berani Khairy juga berilmu dan dilengkapkan dengan pengalaman bergaul dengan masyarakat antarabangsa selain dari kebijaksanaan dalam menyelesaikan apa juga isu berbangkit. Terserah pada mereka apa yang mereka hendak tulis. Saya tulis apa yang saya tahu saja.

Patutkah yang satu ini pun kita bunuh jadikan Hang Nadim? Akhirnya sudah tidak ada siapa lagi yang berani bangkit membela Melayu? Saat-saat seperti hari inilah bangsa Melayu memerlukan orang yang berani. Kalau dia buat silap kita tegur bukan bunuh seperti mereka cuba membunuh Tan Sri Rahim Tamby Chik. Tuah Rahim ada sampai sekarang tak mati. Siapa yang cuba bunuh Rahim? Siapa yang beria-ia benar mahu bunuh Zahid Hamidi dan KJ? Siapa sebenarnya Firaun Melayu zaman IT?

Dulu Arwah Khalid Jeffri, yang juga terkenal sebagai KJ, adalah Melayu keturunan Afghan. Dia adalah penulis yang berani. KJ Datuk Khalid Jeffri itu sudah jadi arwah Khalid, penulis buku yang membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Hebat gila KJ. Hari ini bila sebut KJ ianya Khairy Jamaluddin, nama ada umph, macam nama Datuk K suami Siti Nurhaliza?

Sekejam-kejam Zahid anak Muawiyah di Karbala, Iran yang membunuh semua keturunan Saidina Hussein anak Saidina Ali masih melepaskan Saidina Ali Zainal Abidin cucu Rasulullah SAW yang meneruskan zuriatnya hingga ke hari ini.

Apakah KJ masih belum lulus ujian? Dia mempunyi kekuatan fizikal, mental dan rohani. Kalau sudah seseorang itu mempunyai bintang yang cerah, orang cakap apa dan orang buat apa pun dia tak jatuh. Macam Mahathir dulu, masa jadi PM. Macam-macam orang kata tapi dia tak jatuh. Begitu juga dengan Khir Toyo, bukan sedikit yang nak jatuhkan dia, tapi dia masih mampu bertahan. Berapa banyak buku politik dan blogges yang menghentamnya? Pelik Melayu ini. Kalau macam itu akhirnya Melayu hilang didunia.

Apa akan jadi pada bangsa Melayu jika semua Pemuda yang kita ketengahkan mereka tak suka? Mahukah kita kalau Cina yang jadi Perdana Menteri? Kerja saya selaku penulis, saya tulis, saya senang dengan KJ kerana dia berani.

Apa yang telah kita lakukan selaku orang Melayu dan apa sumbangan kita dalam membangunkan bangsa kita? Anak-anak kita macam mana? Isteri kita macam mana?

Tuhan bersumpah atas nama buah tin dan buah zaiton diatas bukit Tursina, Nabi Musa gagal dibunuh oleh Firaun yang berjaya membunuh setiap anak lelaki dan turunnya kitab Taurat ‘The Ten Commandment’. Sampai bila nak berperangai macam Firaun, asal ada anak Melayu yang bijak kita pancung?

Sumber : thefabulouskj.blogspot.com

default

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER KE 3

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa danIsu berhubung NGO anti Islam di Malaysia


Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..


Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.


Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama


Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.


Resolusi Kelima: Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN )

default

Arak : Pas seperti anak tiri dalam Pakatan Rakyat

on Wednesday, November 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.

"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."

Tony Pua MP Petaling Jaya Utara




Tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Prinsip asasnya, kata beliau, ialah supaya kedai-kedai berkenaan tidak dilihat seperti menggalakkan minuman alkohol terutama di kalangan generasi muda dan orang Islam.

Menurut beliau, tiada apa yang harus dibimbangkan kerana dasar sekarang kekal dan "kami tidak menggalakkan umat Islam minum (alkohol) atau makan babi tetapi kita tidak akan menafikan hak orang bukan Islam untuk makan babi atau minum alkohol".


Datuk Seri Anwar Ibrahim


Adakah DAP fikir sentimen pengundi Melayu bila menggesa agar tulisan jawi dihapuskan, mansuh DEB, bila menaikkan juga papan tanda pelbagai bahasa di Pulau Pinang dan meminta agar pembesar suara masjid diperlahankan di Selangor? Jika PAS mahu terus relevan, jangan tunduk dengan desakan DAP. Bila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan, apakah DAP akan terus bertelagah dengan PAS atau keluar terus dari Pakatan Rakyat? Anwar Ibrahim akan menyebelahi siapa, PAS atau DAP?

Dalam isu pemangku PKNS, Anwar dilihat cuba untuk playsafe, dalam isu arak bagaimana pula?PAS adalah seperti ANAK TIRI dalam Pakatan Rakyat ,suara mereka kini tidak akan didengar malah akan dihantam sekeras-kerasnya . Dahulu PAS cukup lantang dan hebat ceramah menentang penjualan dan kilang arak di Selangor , kalau sapa ada kaset @ cd ceramah patut pergi pasang bagi pemimpin mereka denganr balik apa mereka cakap dulu. PAS tiada kuasa lagi hanya jadi pak turut termasuk di Perak Si Badut Nizar.

default

Apabila anak minta tolong bapaknya ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tun Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi cuba menggegarkan perwakilan dengan isu senarai pemimpin UMNO yang bermain politik wang yang mahu didedahkan melalui blog beliau, kali ini beliau berkata beliau mahu meneliti dahulu senarai berkenaan, bererti beliau menyatakan bahawa beliau telah mempunyai senarai berkenaan. Politik ugut mengugut Tun ini dilakukan kemungkinan kerana Tun terlalau terdesak kerana kepopulariti Mukhriz kini telah menurun dan Mukhriz sekali lagi terpaksa meminta bantuan ayahnya untuk menghidupkan kembali peluang beliau untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tun tidak sepatutnya mengamalkan politik ugut mengugut ini sehingga Tun terpaksa pula mengugut lembaga disiplin UMNO seolah-olah menuduh lembaga displin UMNO tidak berfungsi, yang paling buruknya Tun juga menuduh BPR juga tidak menjalankan tugas.

Atas kapasiti apakah senarai nama yang Tun akan siarkan itu pasti adalah nama-nama yang benar-benar mengamalkan politk wang dan atas bukti apakah yang Tun ada untuk mengesahkan mereka ini benar-benar bermain wang. Jika bukti Tun itu sahih dan benar, kenapa Tun tidak mahu membuat laporan kepada BPR. Sebenarnya apa yang Tun lakukan bukanlah sebenarnya mahu menghapuskan politik wang yang telah menular semenjak 22 tahun yang lalu. Tun sendiri mengakui bahawa ianya memang berlaku di zaman beliau tetapi tidaklah seteruk ini. Tun tentu faham kanapa kali ini begitu teruk sekali dan kenapa kali ini politik wang begitu kotor sekali.

Ini adalah kerana ada calon yang tidak berkelayakan mahu juga merebut jawatan tertinggi dalam UMNO. Jika Tun mahu menyenaraikan nama mereka yang Tun kata main politik wang, Tun janganlah cuba mengelakkan dua nama yang sememangnya jelas bermain politik wang yang telah memberikan alasan bodoh baru-baru ini. Alasan yang berbunyi, jika ada ejen-ejen yang memberikan wang atas nama beliau itu adalah mereka yang mahu memburukkan nama beliau, malangnya ejen-ejen yang memberikan wang atas nama beliau adalah orang-orang yang paling rapat dengan beliau. Beliau juga sanggup menarik diri jika beliau didapati memberikan wang, satu jaminan yang tidak ikhlas yang mahu membersihkan nama sebagai calon yang putih dan tidak main wang.

Kepada Perwakilan yang pernah menerima wang dari calon ini, eloklah jangan berikan undi kepada calon hipokrit ini yang mengaku diri bersih sedangkan buntut bergelumang dengan taik. Pastinya Tun akan membantu anak beliau, dan nama Mukhriz pasti bersih dan nama calon yang menentang anaknya disenarai hitamkan, begitu juga nama Muhyiddin Yassin akan bersih dan nama dua calon lagi akan tersenarai.

Elok juga Tun senaraikan nama-nama mereka-mereka yang main politik wang pada zaman beliau dahulu dan ketika beliau menentang Tengku Razaleigh dahulu kerana ramai orang UMNO mahu mengetahui ketelusan dalam bercerita mengenai politik wang. Apakah Tun juga antara mereka yang bersih dari politik wang dahulu kerana bercerita mengenai politik wang seolah-olah beliaulah yang peling bersih sekali dalam UMNO.

Inilah yang dimaksudkan oleh ramai ahli Pemuda, bila Mukhriz rasa macam nak kalah sahaja, beliau akan panggil ayahnya bantu !!!!! betullah apa yang mereka katakan.

www.kpmu.net

default

Pewaris di cabar oleh GMI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


ISA: GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencabar Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, Dato' Dr Maamor Osman yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Akta drakonian itu.

Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dalam Pewaris yang memperjuangkan isu yang menindas masyarakat umum melalui akta yang zalim ini," katanya.

ulasan

-Pewaris ,inilah cabaran pertama anda dan gendang sudah dipalu ,sahut la cabaran itu PEWARIS .. TUNJUKKAN KEJANTANAN ANDA MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU !!!

-GMI saya tidak nafikan sememangnya mendapat sokongan pembangkang seperti di perhimpunan haram baru-baru ini kebanyakan ahli PAS dan PKR ditahan oleh polis.

- Saya melihat 2 perbezaan dalam hal ini iaitu satu kelompok Melayu yang menyokong kekalkan ISA dan satu lagi kelompok kecl mahu hapus ISA. YB KJ pun sudah menghantar surat kepada YB Salahuddin untuk membincangkan Akta ISA ini samada masih relevan @ tidak . Kita menunggu apa cakap Yb Glamour PAS itu yang semestinya akan turunkan fakta2 dari hujahnya.

-Buat Dr Maaamor , teruskan pejuangan membela bangsa,agama dan negara!!

default

Mengapa Muhkriz tidak mahu debat ??

on Tuesday, November 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Isu debat kini telah senyap dan pasti ianya tidak akan menjadi kenyataan namun isu ini jelas membayangkan bahawa Khairy Jamaluddin dan juga Khir Toyo berada dipihak yang berani dan Mukhriz adalah dipihak yang menikus. Sebenarnya jika kita lihat dari segi positif, debat adalah satu cara berkempen yang paling efektif dan ianya dapat membuka peluang kepada ketiga calon untuk dinilaikan oleh perwakilan. Mukhriz menentang hebat cadangan berdebat ini kerana mungkin menyedari bahawa beliau adalah calon pemuda yang paling lemah sekali diantara kedua-dua calon yang lain.

Dengan adanya debat ini, bukan hanya perwakilan pemuda dapat menilaikan calon-calon yang akan menerajui Pemuda UMNO malahan ianya boleh memberikan penerangan yang jelas tentang hala tuju sayap muda UMNO ini kepada anak-anak muda yang masih belum menyertai pemuda. Ini adalah satu publisiti yang besar kepada Pemuda dan tidak wajar ditolak oleh kepimpinan Pemuda sebenarnya.

Dengan adanya debat ini juga kita dapat menilaikan betapa calon Pemuda UMNO ini dapat berfikir dengan pantas dan mereka juga layak menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana mereka akan berhadapan dengan Pemuda pembangkang yang sememangnya petah berdebat. Kita juga boleh menilaikan siapakah pemimpin yang mempunyai visi - visi yang akan membangunkan Pemuda atau kita hanya akan memilih Ketua Pemuda UMNO yang biasa sahaja tanpa keistimewaan yang extra ordinanry.

Dengan adanya debat ini juga, bolehlah mereka berbangga bahawa ini adalah satu cara berkempen yang baru dan Pemuda kini berada dalam proses perubahan yang sihat, bukan sekadar hanya melaungkan perubahan tetapi tidak nampak apa yang mahu di ubah. Mukhriz boleh membentangkan perubahan yang dirancang dan persembahan kepada perwakilan pemuda untuk dinilai kan dan Khir Toyo juga boleh membentangkan wawasan beliau yang mahukan pemuda berani dan Khairy boleh menerangkan mengenai setiakawan yang mahu diketengahkan.

Penolakan Mukhriz mengakibatkan Pemuda merasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk menyaksikan calon-calon pemuda untuk berdebat dan mempersembahkan kekuatan diri mereka. Alasan Mukhriz bahawa debat akan memberikan impak yang buruk kepada UMNO dan akan mendedahkan keburukan UMNO adalah satu perkara yang tidak masuk akal melainkan Mukhriz mahu terus memburukkan UMNO dalam debat berkenaan. Debat boleh dikawal secara positif jika nawaitu debat itu diambil secara positif.

Ramai yang mendesak agar debat ini perlu diadakan dan dijadikan cara berkempen yang sihat. Semua calon diberikan peluang untuk membentangkan perancangan dan visi mereka. Mukhriz memilih bertemu dengan Pemuda bahagian dan menerangkan kepada mereka, ini adalah cara yang rumit dan lambat dan ini juga akan mengundang politik wang. Bertemu dengan Bahagian -bahagian sepatutnya telah lama dilakukan dan bukan hanya bertemu mereka diwaktu pemilihan.

Cara Mukhriz menuduh sebuah laman web yang mahu menganjurkan debat ini sebagai sebuah laman web yang beragenda juga amat menyedihkan dan memalukan bagi seorang calon yang menganggap debat ini adalah satu perkara yang tidak baik. Jelas Mukhriz begitu negatif dan tidak berfikiran terbuka dengan menganggap debat sebagai satu perkara yang negatif. Ini mencerminkan bahawa Mukhriz adalah seseorang yang sering menghentam orang lain dalam setiap tutur kata beliau dan jika beliau berdebat juga beliau akan menelanjangkan calon yang akan menentang beliau. Debat ini perlu diusahakan sebelum pemilihan UMNO. Jika tidak ibarat makan nasi tanpa berlauk.

Oleh: Mohd Ghazali Mohd Dom kpmu.net

default

Sessi Soal Jawab Parlimen 29 Oktober 2008: Memperkasakan Surau

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Soalan No 9. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan untuk memperkasa dan membaik pulih surau-surau terutama yang sudah usang dan tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, pembinaan dan pembangunan sesebuah surau adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Selaras dengan kedudukan agama yang terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Bagaimanapun, pada kebiasaannya pembinaan dan membaik pulih surau-surau adalah dibiayai oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri, Pusat Pungutan Zakat ataupun Institusi Baitulmal. Malah masyarakat Islam setempat, dermawan dan wang sumbangan orang ramai juga turut menyumbang dalam pembinaan dan pembangunan sesebuah surau berkenaan.

Kerajaan menyedari walaupun pihak berkuasa agama negeri dan umat Islam secara sukarela telah membantu pembinaan surau-surau tetapi masih juga terdapat surau yang tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna. Dalam mengatasi surau-surau ini, kerajaan bercadang untuk mengadakan beberapa permohonan, perbincangan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM bagi menimbang peruntukan yang sesuai.

Namun, dari segi usaha untuk memperkasakan pengisian surau-surau berkenaan pihak kerajaan melalui JAKIM ada menyedia peruntukan untuk mengimarahkan surau-surau melalui program pendidikan iaitu kelas-kelas KAFA dan kelas-kelas Ta’mir yang dijalankan di surau-surau seluruh negara.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Soalan saya adalah mengenai surau-surau yang terbiar dan tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan tentang kelas-kelas KAFA dan sebagainya. Akan tetapi,
realitinya kita harus mengakui bahawa golongan belia memang kurang kehadiran mereka di surau-surau. Yang pertama, apakah perancangan kerajaan untuk menyediakan programprogram untuk membantu dalam ini?

Yang keduanya, mengenai surau-surau yang terbiar ini, saya hendak mencadangkan kepada menteri agar Kerajaan Persekutuan mengadakan satu bancian bersama dengan kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan, untuk betul-betul melihat kepada surau-surau yang terbiar dan surau-surau yang memerlukan kepada kemudahan asas yang lebih kukuh lagi.

Tanpa bancian ini kita tidak tahu sejauh mana surau-surau yang terbiar ini dapat dikembalikan dan dapat dipulih dengan sempurna. Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Habis Yang Berhormat Jerlun.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya lihat terdapat trend yang agak meningkat terhadap kehadiran orang-orang muda ke surau-surau dan masjid. Ini mungkin disebabkan oleh kesedaran terhadap agama itu telah meningkat, di samping kelas-kelas Ta’mir yang dilakukan serta usaha-usaha dakwah yang telah berjalan serta melata begitu baik sekali. Namun demikian, tidak ada satu kaji selidik yang dilakukan terhadap jumlah sebenar surau-surau yang terbiar. Namun usaha telah dilakukan dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan Majlis Agama Islam negeri-negeri serta Pusat Pungutan Zakat untuk melakukan satu tinjauan secara menyeluruh dan terperinci terhadap surau-surau yang terbiar.

Oleh sebab permasalahan masjid dan surau ini terletak sepenuhnya kepada kerajaan negeri maka tidak mustahil JAKIM mengadakan kerjasama yang erat dengan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri kerana usaha untuk melakukan pengimarahan pada agama Islam bukan pertanggungjawaban hanya pihak kerajaan tetapi para ulama, ahli-ahli politik dan seluruh pemacu-pemacu dalam organisasi dan institusi agama keseluruhannya. Insya-Allah.

Sumber: Hansard Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

-APA MAKSUD " HABIS YB BERHORMAT JERLUN" OLEH YB MAHFUZ...

default

Resolusi Sidang Parlimen Blogger 24 November 2008

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


TAJUK UTAMA : RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang. Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam dinegara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita


Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

default

Khir,Muhkriz ..siapa yang mahu melantik mereka ini menteri? adakah syok sendiri..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tiba-tiba mengulangi hasratnya, tidak mahu menjadi anggota kabinet, jika menang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Ulangan percakapannya itu, dibuat selepas beberapa bulan yang lalu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor ini menolak tawaran menganggotai kabinet.

Dr. Mohamad Khir terpaksa mengulangi janjinya itu kerana, seorang lagi calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir juga bercakap soal yang sama, tidak mahu menjadi Menteri, kalau menang jawatan Ketua Pemuda.

Mereka berdua seolah-olah sepakat. Sama-sama tidak mahu menjadi Menteri. Baguslah! Cuma, siapa yang nak tawarkan jawatan itu kepada mereka berdua? Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hendak melantik mereka menjadi Menteri? Kalau tidak ada tawaran, kenapa seorang tidak mahu dan seorang lagi menolak?

Bukankah elok, kedua-duanya bercakap soal-soal parti, ketuanan Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu dan perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan kepentingan ramai. Kenapa hendak bercakap soal yang tidak akan kena mengena dengan mereka, jauh sekali mereka sudah ditawarkan jawatan oleh mana-mana Perdana Menteri.

Dr. Mohamad Khir pernah mahu merubah sejarah kelahiran Umno yang didakwanya dilahirkan di Selangor dan bukan Johor. Maka, lihatlah sejarah Umno dan Pemuda Umno secara betul. Bukan semua Ketua Pemuda Umno dilantik menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, kalau cerdik tidak boleh diikut… beginilah jadinya calon-calon yang hendak menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Bercakaplah benda dan perkara yang wujud dan jangan bercakap benda dan perkara yang tidak perlu diperkatakan. Untuk apa semua itu? Adakah dengan menolak jawatan, mereka mahu membuktikan mereka hebat dan ikhlas?

Atau Dr. Mohamad Khir dan Mukhriz menyindir Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menerima perlantikan menjadi Menteri, ketika menjadi Ketua Pemuda Umno menyebabkan Umno lemah?

Memetik kata-kata Mukhriz ketika mengatakan dia tidak mahu menjadi Menteri kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Barangkali Mukhriz tidak nampak Hishammuddin yang masih memegang jawatan Ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, telah gagal menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Dr. Mohamad Khir pula mengatakan, Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan. “Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu,”

Mungkin Dr. Mohamad Khir nampak Pemuda Umno di bawah kepimpinan seorang yang berjawatan Menteri tidak berani dan terhad kerana banyak halangan hingga menjejaskan pergerakan itu. Mudah-mudahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno ini mendapat respon dari Hishammuddin kerana Hishammuddin tidak dikagumi oleh kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, mungkin kerana Hishammuddin menyandang jawatan Kabinet.

Malahan, kenyataan kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini, bolehlah (jika ianya baik) diguna pakai oleh calon-calon Naib Presiden Umno, Ahli-Ahli MT, Ketua Pergerakan Puteri dan Wanita, supaya jangan menerima tawaran menyertai cabinet, dikhuatiri menjadi tidak cukup berani, terhad dan banyak halangan untuk bergerak dan berjuang.

Jika inilah tahap pemikiran calon Ketua Pergerakan Pemuda, dengan alasan memegang jawatan kabinet menjadikan mereka terhalang daripada meneruskan perjuangan, malangnya bagi Pergerakan Pemuda Umno yang menyokong mereka berdua.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, kedua-dua calon Ketua Pemuda Umno ini ingin memberitahu, semua penyandang jawatan Menteri dalam Kabinet yang ada hari ini, tidak berani menyampaikan suara akar umbi kerana halangan jawatan mereka itu.

Hanya mereka berdua sahajalah kononnya yang mampu memperjuangkan Umno tanpa jawatan dalam kabinet. Siapa sebenarnya yang hendak menawarka jawatan kabinet kepada mereka ini? Dr. Mohamad Khir jangan ‘bergurau’ kerana dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor yang merupakan jawatan yang cukup besar dalam usianya yang cukup muda, tetapi telah memusnahkan harapan Umno dan BN di Selangor.

Sedarkan dia sekarang, dengan pelbagai isu yang melanda Selangor, termasuk apa yang berlaku dalam PKNS, sebenarnya airmata orang-orang Melayu yang dikecewakan oleh Dr. Mohamad Khir. Jika Dr. Mohamad Khir tidak mempersenda-sendakan ‘isu penyapu’ dan ‘makan tempe’, hari ini Umno dan BN masih berkuasa di Selangor.

Isu banjir di Shah Alam dan pengondolan bukit-bukit di Selangor yang Dr. Mohamad Khir harus bertanggungjawab juga sebenarnya sedikit sebanyak membantu Umno dan BN di Selangor hancur. Adakah Dr. Mohamad Khir mahu bangkir dengan Pemuda Umno sekarang atau, dalam hatinya mahu menghancurkan Pergerakan Pemuda Umno yang sudah semakin gemilang sekarang!

Bekerjalah sekarang kerana sekarang tiada jawatan Kabinet. Kuatkan Umno dan Pemuda Umno di Selangor terlebih dahulu sebelum menjelajah ke seluruh bahagian-bahagian ‘membahagi-bahagikan’ tempe untuk semua Pemuda Umno menjadi ‘putih’ seputih pipi Dr. Mohamad Khir.

Oleh Zainal Yusof KPMU.net

default

Kenalilah Khairy melalui isi hati kita sendiri…

on Monday, November 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Saya amat berbangga apabila Hang Tegar menyiarkan beberapa gambar Khairy dengan tujuan gambar tersebut dapat menangkis persoalan yang sering mengatakan Khairy ini tidak pernah berbakti pada masyarakat.

Namun disebalik setiap kebaikan yang ditunjukkan ada juga yang sangsi dengan ketulusan Khairy melalui gambar tersebut. Kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Pada pandangan saya, jika kita mempunyai hati dan jiwa yang bersih maka tidak akan menjadi persoalan pada gambar tersebut kerana apabila kita melihat gambar tersebut kita boleh memahami apa yang sedang Khairy lakukan.

Berbeza pula jika kita mempunyai perasaan iri hati atau buruk sangka, maka buruklah cara kita menilai gambar tersebut.

Justeru itu eloklah sekiranya jika kita menilai gambar tersebut melalui isi hati kita sendiri dan janganlah kita menipu diri kita, sedangkan kita tahu akan kebenaran disebaliknya.

Hormatilah kebenaran dan terus mencarinya, kerana itulah yang dituntut Tuhan bagi kita semua. Mungkinkah, ada keengganan diantara kita untuk membayangkannya, tapi kebenaran itu adalah bahagian Tuhan jua adanya.

Disini juga saya lampirkan beberapa lagi gambar Khairy yang dirakam oleh saya sendiri dan saya berharap pembaca boleh boleh menilai dari pihak mana kebenaran itu berada?










proKJ.com

default

Kebangkitan PEWARIS untuk pejuangan bangsa Melayu dan agama Islam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi meminta pihak berkuasa mempertahankan kedaulatan agama Islam serta hak kaum Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

urucakapnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, siri jelajah yang akan bermula bulan depan di Selangor sebelum diperluas ke seluruh negara itu, bertujuan menjamin kesejahteraan hubungan kaum dan keamanan di Malaysia.

Menurutnya, siri jelajah itu penting bagi menyedarkan semua pihak bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kini cuba menggugat keistimewaan Islam, Melayu dan bumiputera, seterusnya mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Kata beliau, siri jelajah itu bertujuan mendapatkan persefahaman di antara semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi mengadakan resolusi dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ancaman-ancaman tersebut.

''Selepas itu, memorandum dan resolusi yang terhasil akan dihantar kepada Perdana Menteri dan wakil Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pelancaran siri jelajah itu di sini hari ini.klik di sini untuk baca



-Saya menyokong kebangkitan NGO-NGO Melayu seperti Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) yang mahu mempertahankan hak keistimewaan orang melayu dan kesucian agama Islam. Saya sendiri pernah menghadiri Kongres Masa Depan Melayu pada bulan lepas yang membincangkan tentang masa depan Melayu dan membuat resolusi untuk dihantar ke PM dan Yang DiPertuan Agung. Saya akan menyertai Majlis Profesional Melayu jika pertubuhan itu berjaya mendaftar telah disahkan .

-Sekarang ini bukan waktu untuk bangsa Melayu berdiam diri dan melihat bangsa lain memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan yang memepertahankan hak keistimewaan orang Melayu ,agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ,kita harus bangkit mempertahankan dan menyerang balik jika siapa yang mahu mengugat bangsa Melayu dan kesucian agama islam.

-JIka kita lihat sekarang ini sudah berani NGO seperti Sister In Islam yang mempertikai pengkid dan amalam yoga yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang baru-baru ini diumumkan . Mereka seperti berani mempertikai kewibawaan Mufti-Mufti dan ulama yang telah duduk berbincang mendalam sebelum membuat kenyataan mengharamkan pengkid dan yoga.Oleh itu, kita harus mempertahankan agama Islam dan kenyataan mereka jelas memperlekehkan Islam .

Perjuangan untuk Bangsa,Agama dan Negara

default

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 BERKAITAN ISU HARGA BARANG KHUSUSNYA DI SABAH SARAWAK

on Sunday, November 23, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Bloggers Pembela Negara yang bersidang secara maya pada 23 November 2008, jam 9.00pm-10.00pm atas tajuk :

“Bagaimanakah kita boleh membantu Sabah, khususnya dan semua negeri umumnya bagi merendahkan harga barangan?”

Kami telah mengenalpasti bahawa kegagalan menurunkan harga barangan walaupun kerajaan telah menetapkan harga siling dan menurunkan harga petrol adalah disebabkan sikap para peniaga, dan bukannya kerana masalah kos terutamanya kos pengangkutan, termasuk di Sabah.

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:klik disini untuk membaca

default

Strategi baru Tun dalam pemilihan UMNO

on Friday, November 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan dalam blog saya," katanya pada sesi soal jawab dalam majlis Dialog Bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


- Tun sudah keluar parti tetapi apa hak dia membuat tuduhan kepada orang ini mengamalkan politik wang .Biar Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan dan jangan kalut sangat untuk meraih populariti anaknya yang dikatakan bersih dari POLITIK WANG.

-Apakah modus operandi Tun kali ini seperti pembunuhan karakter dan kredbiliti calon yang tidak disukainya dengan menuduh pemimpin ini amal politik wang dalam pemilihan UMNO. Sudah tentu nama pemimpin yang disenaraikan itu akan di blacklist kan dari pandangan perwakilan nanti walaupun belum ada bukti yang beliau mengamalkan politik wang.

-Kesan yang saya rasa lebih besar ialah ia akan menunjukkan kelemahan pemimpin2 UMNO dan parti sendiri kepada pembangkang dan rakyat. Kita sekarang mahu memulihkan dan menguatkan parti tetapi Tun seperti mahu melihat pepecahan dalam parti.

-Kenapa dahulu semasa Tun menjadi Presiden UMNO dan PM selama 22 tahun tidak membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin malah akan senaraikan nama-nama pemimpin yang mengamalkan politik wang seperti Anwar Ibrahim. Hal ini kerana Tun sendiri membenarkan perkara yang haram menjadi halal dalam UMNO zaman pemerintahannya dulu.

-Adakah Tun berkempen lagi melalui blog beliau bagi memastikan kemenangan anak manjanya Mukhriz yang kini kian terhakis sokongan Pemuda UMNO . Walaupun Mukhriz mendapat pencalonan yang tertinggi namun stamina Mukhriz tidak kesampaian dan telah kelihatan termengah-mengah dan diakhir-akhir ini terserlah banyak kebodohan Mukhriz dan terserlah kelemahan beliau seorang pemimpin yang bergantung 100% kepada ayahnya.




.

default

Siapa pilihan Pemuda UMNO ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Siapa bakal Ketua Pemuda UMNO? bagi yang melihat hanya dari segi mata kasar tanpa punya kira-kira atau sempua akan terus berkata, tentulah Mukhriz. Bila ditanya apa alasan mereka berkata begitu, jawab mereka ringkas, tengok saja pada pencalonan. Bagi saya jika ada orang yang berkata begini, saya tahu saya membuang masa saja melayan dan berbicara mengenai politik kerana saya merasakan orang ini tidak membuat homework atau kata mudah tidak melihat jauh trend dan statistik turun naik gelombang senario politik dalam UMNO.

Jika mood saya baik dan merasa seakan mahu melayan saya akan menyambung perbualan, jika tidak saya akan terus membisu dan akan melupakan saja bicara politik. Jika saya ingin menyambung perbualan saya, saya akan bertanya, what’s make. you say that ? Apakah Mukhriz akan menang hanya berdasarkan pencalonan. Apakah pencalonan menjanjikan kemenangan ? Saya juga akan bertanya pasal market trend di luar sekitar kempen menjelang pemilihan UMNO. Pastinya saya akan dapat berbagai-bagai jawapan. Mungkin saya akan bertanya lagi. Kenapa Tun terdesak sehingga menulis artikel yang memburukkan calon Ketua pemuda pemuda lain.

Apakah ranking Mukhriz kini sudah ke tahap yang membimbangkan sehingga Tun gelabah untuk
mempertahankan ke populariti anak manjanya itu.Tun bijak membaca trend politik. Tun sudah nampak Mukhriz berada ditahap tidak stabil. Tun terpaksa membantu Mukhriz. Namun apa saja yang akan Tun lakukan, pemuda bukanlah buta dan tidak dapat menilai kan permata dengan kaca. Sampai bila Mukhriz mahu bertahan dibawah ketiak Tun. Jika setiap kali statement yang keluar dari mulut Mukhriz mencerminkan tahap pemikiran yang rendah. Setiap kali beliau membuka mulut, setiap kali popularitinya menjunam.

UMNO sekarang telah kembali normal dan bukannya tidak waras lagi seperti mula-mula UMNO berada dalam keadaan panik dahulu ketika terkejut dengan Tsunami PRU. Trend dalam market sekarang adalah :

1) Pemuda mahukan seorang Ketua Pemuda yang datangnya dari kerusi Ketua Pemuda Negeri.- Mukhriz bukan Ketua Pemuda Negeri, mahu pun Khir Toyo

2) Pemuda sekarang mahukan Ketua Pemuda yang berani, bijak serta tegas dan komited kepada sayap Muda UMNO ini.- Mukhriz tidak komited kepada sayap ini mahupun Khir Toyo

3) Pemuda mahu seorang ketua yang boleh menghadapi dan bertentangan dengan Anwar Ibrahim.- Mukhriz tidak boleh lakukan ini, begitu juga Khir Toyo. Pernahkah kita tengok Mukhriz dan Khir Toyo menegur Anwar Ibrahim, mereka tidak ada keberanian untuk melakukan ini.

4) Pemuda sekarang mahukan ketua pemuda UMNO yang boleh menghadapi sikiu, yang boleh menghadapi Hindraf.- Mukhriz tidak boleh melakukan ini mahu pun Khir Toyo yang tidak mungkin boleh menghadapi Hindraf. Jika Khir bercerita pasal Hindraf maka akan keluar lah isu-isu Kuil yang di roboh.

5) Pemuda mahukan pemimpin yang kuat dan bukan lembik. - Sendiri mahu ingat siapa antara mereka yang kuat dan siapa kah si lembik.

6) Pemuda juga mahukan pemimpin yang beradab dan tidak biadab kepada Pemimpin tertinggi UMNO Khususnya mereka yang telah lebih lama dalam UMNO dan yang telah lama menikmati garam dari mereka - Mukhriz agak biadab dan Khir Toyo juga terikut menentang kepimpinan tertinggi.


Pemuda juga kini seringkali diingatkan agar kembali ke trek asal, menolak mereka yang memberikan rasuah, trend pemuda sekarang berada ditahap yang normal, Khairy mempunyai peluang yang baik jika Pemuda berada dalam keadaan yang normal. Kita tunggu Tun dedahan siapakah yang benar-benar main duit, kita lihat Tun akan meletakkan anaknya disatu tahap yang paling bersih dan kononnya anaknya tidak
main duit dalam membeli pencalonan. Bagi pemuda yang menerima duit dari agen-agen Mukhriz, fikirkanlah, jenis hipokrasi anak dan ayah. Apakah ini adalah calon yang pemuda mahukan, Apakah sebenar yang Pemuda mahukan ?

Terbaru mengenai statement Mukhriz

Mukhrz tak mampu pegang dua jawatan sekali. Jika Hishamuddin boleh jadi ketua Pemuda dan Menteri Pelajaran, Mukhriz tak boleh. Dia tak mampu, katanya kalau ketua Pemuda - Ketua Pemuda sahaja, ini bermaknan kita akan dapat Ketua pemuda yang hanya mampu jadi Ketua
Pemuda sahaja. Sian satu stetment yang kurang akal lagi dari Mukhriz sebab nak ikut Khir Toyo.

Petikan : Baru-baru ini Datuk Seri Dr Khir Toyo beliau tidak berhajat nak pegang sebarang jawatan kerajaan jika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia…rupanya Datuk Mukhriz Mahathir juga berpegang
kepada pendirian yang sama. Bercakap kepada para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata ini kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian untuk tarik balik sokongan rakyat di lima negeri yang Barisan Nasional kalah. Katanya ia tidak ada kena mengena dengan soal kemampuan untuk pegang jawatan dalam kerajaan. Menurut Mukhriz kalau nak pegang kedua-dua sekali ‘payah sikit’.

Oleh: Selamat Sadikin - Kajang

default

Hala tuju Pemuda UMNO akan datang di bawah KJ

on Wednesday, November 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tajuk ini cukup menarik kerana ia berkait rapat dengan visi dan kepimpinan baru pada Pemuda UMNO. Dengan semua calon telah melepasi 39 pencalonan ,masing-masing yakin mempunyai kelebihan masing-masing termasuk YB KJ yang menjadi pilihan saya .

Saya cuma agak musykil kerana pada mulanya Muhkriz menganggap dirinya favourite setelah menjadi calon pertama melepasi pencalonan tetapi kini beliau menganggap diri nya pulak underdog .Hal ini kerana pada minggu 3 dan ke 4 ,graf pencalonan muhkriz telah turun ,dan 90% pencalonan pergi kepada KJ dan KT. Adakah benar seperti yang Muhkriz cakap dalam The Star mengatakan bahawa di mendapat sokongan seluruh akar umbi.

Di sini saya sertakan soal jawab kepada YB KJ oleh Wawancara Sinar Harian pada 12 Nov 2008 yang menarik dan beliau berjaya mengemukakan visi dan misi untuk membawa Pemuda ke mana ?

SOAL : ADAKAH ANAK DAN MENANTU INI MENJADI FAKTOR PENCALONAN KALI INI ?

KJ: Saya tidak pasti apakah menjadi menantu PM ada kelebihan dalam meraih pencalonan.Saya sendiri tidak suka dikaitkan dengan mertua. Dia orang kata sebab saya menantu PM,orang calonkan saya. Boleh jadi betulnya.Saya tidak salahkan orang yang ada anggapan demikian. Tetapi ,ada baiknya juga Pak Lah akan melepaskan jawatan MAC depan. Orang yang calonkan saya sekarang sedar saya bukan menantu PM ketika pemilihan tahun depan .

Kalau tengok kepada peringkat permulaan ,saya tidak dapat banyak pencalonan.Tetapi sejak awal saya yakin dapat melepasi kuota,bukan kerana menantu PM,tetapi saya ada kekuatan sendiri. SAYA MAHU ORANG CALONKAN SAYA SEBAB KEKUATAN SAYA SENDIRI. Tetapi kalau ada persepsi bahawa saya dicalonkan sebab saya menantu PM ,saya tidak boleh buat apa.

Sebenarnya saya sudah lama dalam keadaan serba salah.Dia orang tuduh saya jadi BUDAK TINGKAT 4 ,ada kuasa yang cukup besar yang boleh menentukan semuanya. Ini satu tuduhan tidak adil. Bukan sahaja tidak adil pada saya tetapi tidak adil pada Pak lah juga.

SOAL: Sekiranya dilihat jumlah pencalonan,boleh dikatakan semua calon kuat.Sejauh mana pencalonan sekarang akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti pada Mac 2009 ?

KJ : Saya yakin saya dicalonkan kerana kekuatan dan keupayaan saya.Saya percaya bahagian -bahagian yang mencalonkan saya telah memahami saya. Mereka melihat apa yang saya telah lakukan semasa menjadi Naib Ketua Pemuda. Dia orang kata sepanjang menjadi Naib Ketua saya lebih menonjol daripada Ketua dan ada yang merasa tidak senang .Pada hal apa yang saya lakukan selama ini adalah benda-benda yang patut saya lakukan untuk Pemuda. Apakah dia orang lebih suka saya diam sahaja sepanjang menjawat tugas Naib.

Suara dan tindakan saya selama ini adalah atas rasa tangungjawab .Bagi saya orang yang diberi amanah menjawat satu-satu jawatan mesti melaksanakan amanah tersebut.Say telah buat apa yang patut saya lakukan . Walaubagaimanapun, masa masih panjang ,apa-apa pun boleh terjadi dari sekarang hingga Mac depan .Pencalonan telah dibuat,saya serahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat penentuan pada pemilihan nanti .Saya percaya mereka semua sudah matang.

SOAL: Sekiranya dipilih nanti menjadi Ketua,apakah yang akan dilakukan untuk memperbaiki parti khasnya Pemuda.Apakah visi dan misi ?

KJ : Selama menjadi Orang No 2 dalam Pemuda,saya bercampur dengan semua orang dari pemimpin hingga ke peringkat akar umbi.Menerusi lawatan-lawatan tersebut saya boleh buat kesimpulan bahawa semua mahukan perubahan dalam kepimpinan dan tindakan.Orang muda hari ini berbeza sangat dengan orang muda dulu. Saya memahami ini sebab saya masih muda dari segi usia.

Pada hemat saya apa yang terjadi pada Mac tahun depan bukan sahaja peralihan kepimpinan tetapi juga peralihan generasi . Kita harus melihat ke mana generasi ini 10 tahun akan datang ? Apa keperluan mereka , dan apa yang mereka boleh sumbangkan kepada negara ?

Sekiranya saya diberi peluang untuk memimpin Pemuda, saya akan merealisasikan apa sebenarnya yang dikehendaki oleh golongan muda. Saya tahu apa yang mereka kehendaki ,saya memahami apa inspirasi golongan ini.

Mereka ada idea yang baik ,tetapi mereka perlukan bimbingan .Mereka boleh memberi sumbangan besar kepada parti ,tetapi mereka perlu diberitahu apa yang patut dilakukan. Saya akan bersama mereka.

sumber :wawancara sinar harian


Pada hemat saya ,dengan pengunguman Pak lah tidak mempertahankan jawatan ,YB KJ akan masuk ke gelanggang tanpa bayangan PM. Beliau akan bertanding di atas kekuatan sendiri berlainan dengan muhkriz dengan pengaruh bapanya. Kepada perwakilan , masa depan Pemuda di tangan anda , pilih la calon yang boleh memimpin dan berkualiti seperti kata rakan saya Saudara blogger SUKJ .

default

Dilema UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Jika kita mahu berbicara mengenai perpecahan, jelas perpecahan kini telah pun berlaku, walaupun untuk menyedapkan hati dan mata serta telinga kita hanya mampu berkata, semoga tiada perpecahan dalam UMNO jika ada pertandingan. Mujurlah Pak Lah sayangkan UMNO dan tidak bertanding kerana mahu mengelakkan dari perpecahan yang lebih buruk berlaku. Apakah mungkin tidak akan ada perpecahan dalam Wanita apabila akan muncul kem Rafidah dan Kem Shahrizat. Tidak ada perpecahan dalam Pemuda dan Puteri ?

UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi, peduli tidak, UMNO sekarang penuh dengan kerakusan penuh dengan ketamakan. Mungkin mereka berkata, ini perkara biasa dalam UMNO, kita bercakaran dan bermati-matian untuk mengejar jawatan, kemudian UMNO akan kembali seperti sedia kala. Ini sememangnya selalu berlaku. Tetapi apa yang berlaku kali ini adalah luar biasa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO, pemberian wang secara terang-terangan berlaku. Tetapi kali ini ianya berlaku dengan begitu ghairah sekali, tikam menikam dan buruk memburuk.

Yang lebih buruk apabila ada agenda, ada agenda untuk melenyapkan pengaruh Pak Lah, ada agenda mahu menghapuskan terus bau -bau Pak Lah dalam kabinet. Dendam untuk melihat Pak Lah tersungkur pada pemilihan tidak kesampaian kerana Pak Lah memilih untuk tidak bertanding. Hasrat untuk mendesak Pak Lah dirasakan telah berjaya, kini tiba masanya untuk menyapu semua kerusi dan menerima imbuhan atas desakan berkenaan. Kumpulan Mahathir mahu menguasai semua kerusi yang dikosongkan kerana tugas mengosongkan telah berjaya mereka laksanakan. Apa cara sekali pun kerusi berkenaan perlu diisi oleh mereka.

Apakah teori RAHMAN akan berakhir selepas Perdana Menteri terakhir mengisi huruf N, Najib akan merealisasikan teori berkenaan. Apakah setelah selesai Rahman maka selesaikah Perdana Menteri yang akan disi oleh pemimpin UMNO. Kepentingan parti dan sikap sayang kepada Parti sudah hilang dan lenyap dalam pemilihan kali ini. Yang tinggal adalah kepentingan diri sendiri sahaja.

Pujian perlu diberikan kepada Pak Lah kerana sanggup berkorban demi sayangkan parti demi tidak mahu melihat perpecahan. Kualiti kepimpinan telah tiada, siapa banyak duit, mereka akan menang. Langsung tidak ada kompromi lagi. Shahrizat akan lawan Rafidah.. Mukhriz , Khir Toyo akan lawan Khairy Jamaluddin, Shahaniza akan lawan Rosnah. semua orang akan bertanding.

Kononnya mahukan perubahan, berani berubah. Malangnya bukan berubah kepada yang baik tetapi berubah kepada yang paling buruk. Yang paling teruk sekali apabila ada orang yang mahu menentukan barisan kepimpinan kali ini adalah barisan mereka. Walaupun berada diluar UMNO, diluar bidang kekuasaannya, UMNO hampir lunyai ketika Pak Lah memimpin dikerjakannya. Bila Pak Lah mengundur diri, niat dan hasrat untuk mencapai apa yang beraja dihatinya belum tercapai. Pemilihan UMNO pula dijadikan medan melunyaikan UMNO lagi.

Mukhriz, kuda yang dipertarungkan. Kuda lembik yang tidak langsung punyai kehebatan dan kekuatan. Kuda yang tidak pernah berdepan dengan pembangkang. Kuda yang pernah bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mukhriz adalah merupakan calon Ketua Pemuda yang paling lemah. Pernahkah kita dengar Mukhriz berhadapan dengan pembangkang sebelum ini di mana-mana pilihanraya berbanding dua lagi calon pemuda yang bertanding. Mukhriz juga adalah calon yang paling tidak berpengalaman dan kurang bijak menggunakan akal dan fikiran.

Contoh, di Permatang Pauh Ketika Naib Ketua UMNO berdepan dengan pembangkang, Mukhriz berada dalam gelanggang yang sama tetapi memilih untuk berkempen untuk diri sendiri bagi persediaan menghadapi pemilihan UMNO. Pembangkang lebih gerun kepada Khairy jika dibandingkan dengan Mukhriz. Keberanian Mukhriz hanyalah didalam parti, menjadi ayam jaguh menentang pemimpin sendiri. Menjadi jaguh biadab dengan pemimpin sahaja.

Kini menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk menyelamatkan UMNO. Jika mereka sayangkan UMNO, pastikan…

1) Tolak Kumpulan Mahahtirisma dalam UMNO, kerana inilah kumpulan duri dalam daging yang tidak habis-habis mahu mengacau bilaukan UMNO. Selagi kumpulan ini berada dalam UMNO selagi itulah UMNO akan jadi kacau bilau.

2) Tolak calon yang banyak taburkan wang untuk kepentingan diri, selagi ahli UMNO menyokong mereka selagi itulah UMNO akan menjadi sebuah parti korupsi.

3)Berikan undi mengikut kualiti kepimpinan dan mereka yang benar-benar mahu berkhidmat kepada UMNO.

Janganlah sampai UMNO terkubur tanpa nesan dan janganlah kerana kepentingan diri kita terpaksa mengandaikan maruah parti yang selama ini mempertahankan dan memperjuangkan hak Melayu. Siapa Melayu tanpa UMNO selama ini. Semoga Allah merestui perjuangan yang tulus kerana bangsa dan agama bukan kerana kuasa dan wang.

Oleh : Hazami KPMU

www.kpmu.net

default

Siapa Musuh Malaysia ?

on Tuesday, November 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Persoalan seperti siapa musuh Malaysia dan tuduhan rasuah apabila sistem pertahanan negara dibangunkan kadangkala menjadi stereotaip yang menjelekkan. Sedangkan rakyat negara jiran seperti Indonesia dan Singapore cukup berbangga dengan kemajuan pertahanan mereka.

Saya hendak mengulas sedikit mengenai perolehan set pertahanan negara dipandang negatif seperti apa yang berlaku dalam perolehan Eurocopter EC-725 dan kapal selam Scorpene dalam Dewan Rakyat oleh pembangkang. Mungkin saya bukan pakar mengenai pertahanan dan ketenteraan ,tetapi saya bangga jika negara saya mempunyai kelengkapan pertahanan yang canggih . Melihat YB Sallahudin Ayub dari pembangkang dalan rancangan Hujah semalam , beliau berasa bangga apabila isu Eurocopter ini menjadikan suasana riuh rendah dalam Parlimen sehingga menyebabkan PM menangguhkan pembelian itu dahulu.




Setiap pembelian peralatan pertahanan sebenarnya berpandu kepada Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang memungkinkan negara ini mengambil pendekatan pertahanan bersifat defensif (bertahan) atau ofensif (menyerang) dalam mempertahan kedaulatannya.

Memetik kata-kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata berasaskan dasar ini, pihak berwajib mewujudkan perlu Operational Concept (OC).

"OC ini adalah mustahak iaitu bagaimana angkatan tentera akan mendukung DPN dalam mempertahan kedaulatan kita dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),"


Perancang pertahanan pula akan melihat jika ada kelemahan yang perlu diatasi dalam pertahanan negara misalnya adakah negara ini mempunyai peralatan maritim yang mencukupi untuk mempertahan EEZ, katanya.

"Di sinilah perancang-perancang di Markas Angkatan Tentera akan menentukan apakah yang kita perlu ada untuk mengatasi kepincangan ini, adakah kita perlu ada kapal perang, kapal terbang, lebih ramai infantri atau sebagainya.

Kadang-kadang sikap sesetengah rakyat Malaysia dan ahli politik pembangkang mempersoal mengapa perlu beli jet Sukhoi ,kapal selam,helikopter, lebih baik peruntukan itu untuk pembangunan rakyat dan membantu golongan miskin. Selalunya apabila kerajaan mahu melakukan pembelian ,maka akan kedengaran isu rasuah ,komisyen la sedangkan ianya seperti mainan politik pembangkang.

Adakah kita mahu lihat negara-negara di sekeliling kita memajukan bidang ketenteraan dengan peralatan lebih canggih,moden dan kita hanya dilengkapi peralatan kententeraan lama dan tidak digunapakai lagi negara2 lain . Zaman cepat berubah dan ATM perlu seiring dengan perubahan itu .

default

YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati

on Monday, November 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Gambar atas: SUKJ berbaju kemeja biru]

Sebelum ini saya ada dengar sesetengah orang mengatakan KJ itu sombong dan susah untuk kita dekati dirinya.

Maka atas faktor itu, saya telah berusaha untuk mengenal pasti apakah dakwaan-dakwaan sesetengah pihak itu benar atau disebaliknya.

Akhirnya saya dapat bertemu juga dengan KJ minggu lepas. Di sini saya ingin menyatakan bahawa apa yang dikatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Pertama kali dapat berjumpa KJ, saya rasa beliau sememangnya merupakan seorang pemimpin yang amat mudah untuk kita dekati.

Dalam pertemuan pertama kali itu, saya telah melontarkan berbagai-bagai soalan sama ada berkaitan politik, sosial, ekonomi sama ada dalam mahu pun luar negeri. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah saya akui dan mengiktiraf YB Khairy Jamaluddin sememangnya merupakan seorang Pemimpin generasi muda UMNO yang amat berkualiti pada masa kini.




Terus terang saya katakan UMNO akan rugi sekiranya pemimpin pemuda seperti Khairy Jamaluddin ini tidak diberi tempat oleh ahli-ahli UMNO khususnya dikalangan pemuda-pemuda. Bukanlah niat saya untuk sengaja mengangkat atau memujinya tanpa sebab dan fakta tetapi itulah realitinya. Pemilihan KJ sebagai pemimpin masa depan pilihan saya adalah tepat sekali dan tidak boleh dinafikan lagi.





Sebenarnya pada hari ini UMNO kekurangan pemimpin-pemimpin yang 'berkualiti'. Jika UMNO mempunyai pemimpin yang berkualiti, saya percaya UMNO tidak akan menghadapi masalah seperti hari ini.






Hari ini rakyat dahagakan dan mahukan seorang pemimpin yang berkualiti. Saya tidak menafikan bahawa Dr.M adalah seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang pemimpin yang berkualiti.

Kenapa Dr.M boleh bertahan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun? Ini kerana beliau seorang pemimpin yang berkualiti. Begitu juga kenapa kini ramai dikalangan anak muda agak condong ke pihak pembangkang? Ini kerana di situ terdapat seorang pemimpin yang lebih berkualiti iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Oleh itu mulai sekarang sekiranya UMNO mahu kekal sebagai parti pilihan rakyat dan parti pilihan golongan muda-mudi, saya fikir UMNO mestilah melahirkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin yang lebih berkualiti.





Dalam hal ini saya ingin meyakinkan semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO bahawa Khairy Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berkualiti yang ada dalam UMNO pada hari ini. Oleh itu tidak salah lagi sekiranya saya meletakan diri beliau sebagai pemimpin masa depan pilihan saya.

SUARA SUKJ

default

Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab

on Sunday, November 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Apabila saya membaca akhbar alternatif SIASAH terbaru ,saya lebih berminat berita mengenai temuramah oleh Editor SIASAH MSO . Temuramah ini merupakan kali pertama dan YB KJ sedia ditemuramah oleh akhbar itu . Kemunculan KJ di dalam arena politik negara menimbulkan banyak kontroversi ,fitnah dan pelbagai tohmahan .Apakah persepsi terhadap beliau merupakan realiti atau pun retorik untuk memburukkan imej beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO ?

Di dalam temuramah itu ,beliau telah memberi pandangan tentang permasalahan dalam UMNO dari pandangan seorang anak muda iaitu UMNO perlu perubahan dan pembaharuan untuk menarik minat orang muda kepada UMNO. UMNO perlu tonjolkan lebih terbuka ,lebih inklusif dan bukannya imej elite yang tidak berpijak di bumi yang nyata.

Selain itu ,beliau juga menerangkan kaedah2 yang akan digunakan untuk menarik golongan muda iaitu tidak hanya mengadakan program untuk Pemuda sahaja,malah perlu bersama dengan generasi muda di luar . Turun padang dan bertemu golongan muda di setiap negeri di sesi dialog bersama golongan muda ,town hall meeting merupakan antara idea-idea bernas KJ untuk menarik orang muda kepada UMNO.

Saya cukup tertarik soolan ini dan YB KJ telah menafikan tuduhan mengenai pembahagian projek2 kepada ketua2 pemuda.

" Seperti yang saya cakap dalam interview saya akhir-akhir ini ,ada usaha nak buruk dan menjatuhkan saya.Dilempar tuduhan saya kaya ,main projeklah dan macam-macam.Ini semua semata-mata untuk menjatuhkan imej dan secara tidak langsung tempiasnya kena kepada PM. Memang saya terima padahnya hari ini dengan pencalonan begitu rupa .Tetapi saya tidak mudah patah semangat,saya berjumpa dengan perwakilan saya exlain.Kalau saya tidak explain maka ia akan terima saja aa yang dia dengar itu "

Selain itu ,KJ apabila ditanya mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh Tun dan beliau bersikap tidak menjawab ,ini jawapan KJ

" Beginilah ..segala tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.Tetapi saya memilih untuk diam sebab saya rasa tidak sesuai saya jawab kepada seorang Negarawan yang semua orang hormat. Saya rasa untuk menjawab yang Tun berpendapat sedemikian kalau perkara itu mempengaruhi pendapat orang ramai tidak apalah yang saya boleh buat,memang kod diri saya dan kod budaya kita tidak elok kita menjawab .

Kita kadang-kadang nak menjawab dengan fakta dan sebagainya ,tapi bekas PM..orang lama ..tak elok .SAYA RELA MENJADI MANGSA DARIPADA MENJADI BIADAB "






Debat

KJ juga menghuraikan debat antara calon Ketua2 Pemuda ini baik,diadakan dalam tertib dan sebagai platform terbaik untuk calon2 tunjukkan perubahan apa yang hendak di bawa. Sebenarnya debat itu sendiri adalah perubahan dalam UMNO dan UMNO perlu lebih terbuka. Tafsiran Muhkriz bahawa pemilihan UMNO ini adalah hal dalaman UMNO ini yang masalah dan persepsi orang UMNO ini tertutup. Debat ini juga boleh kita tonjolkan bahawa kita bukan parti perkauman kepada kaum lain dan gagasan Melayu boleh dibawa dalam agenda kebangsaan .


Untuk semua perwakilan Pemuda ,jangan menilai seorang itu dari mendengar cerita dari orang tanpa mengetahui cerita sebenar @ mengenali peribadi beliau . Jika ada kemusykilan lebih baik terus ke bertanya kepadanya sendiri @ berjumpa. Betul lah apa yang dilakukan oleh Khairy, biar lah kita menjadi mangsa dari kita di cop sebagai biadab. Kita tidak akan dipanggil hero apabila kita biadab dan kurang ajar kepada yang lebih tua kepada kita. Kini Mukhriz telah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.

" jangan kita tutup hati dan minda kita atas rasa kebencian dan ketaksuban kepada seseorang "


klik link:Saya lebih rela menjadi mangsa dari menjadi seorang biadab

default

Swot Analysis KJ

on Friday, November 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SWOT analysis adalah satu analisa yang biasa digunakan sebagai kaedah mengkaji dan menilai sesuatu subjek atau strategi secara sistematik dan metodologikal. Ia meliputi kajian dari perspektif dalaman iaitu kekuatan dan kelemahan serta pendekatan dari perspektif luaran yang meliputi ancaman dan peluang.

Untuk itu, susunan artikel ini mencuba untuk membuat satu analisa SWOT kepada ketiga-tiga calon KP yang bertanding. Dalam Siri 1, kita cuba menilai KJ dahulu:

Khairy Jamaluddin

Kekuatan

(1) Beliau merupakan calon yang mempunyai karisma; kekuatan, kepetahan dan kapasiti intelek yang tinggi dan diakui ramai, mendapat pindidikan dari university tersohor, Oxford University, serta pemikiran yang mencapah

(2) Beliau mempunyai kekuatan inkumbensi selaku Naib Ketua Pemuda UMNO dan jaringan sokongan kenalan. Ia jua mempunyai kekuatan organisasi hasil daripada gerak kerja, pendedahan dan penglibatan dalam UMNO sejak 1999 lagi serta jawatan-jawatan Exco dan jawatan kuasa yang di pegang, termasuklah projek atau gerak tindakan khas Pemuda UMNO

(3) Beliau merupakan calon termuda pada usia 32 tahun. Ini memberi kekuatan tenaga di samping membawa wajah muda yang boleh dirantaikan kepada generasi muda sekarang. Pada usia ini, beliau lebih memahami dan menjiwai nawaitu, iltizam, kehendak dan masalah yang dipendam dan dirasai oleh hati-hati orang muda

(4) Kekuatan dari segi pandangan ramai bahawa beliau adalah menantu Perdana Menteri. Namun begitu faktor ini tidak lagi menjadi kekuatan utama beliau cetusan dari keputusan Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

(5) Prestasi beliau sebagai seorang Ahli Parlimen jua terserlah sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang lantang dan bijak berbahas.

(6) Pengalaman sebagai penulis di Economist, kajian dasar semasa bertugas di pejabat PM dan TPM, serta sebagai Pengarah di Syarikat Kewangan dan Pelaburan memberi kelebihan dan pendedahan berguna sebagai calon bakal KP

(7) Tema Setiakawannya begitu inklusif dan merangkumi bukan sahaja Pemuda UMNO, tetapi Pemuda BN dan golongan muda se Malaysia.

Kelemahan

(1) Beliau adalah mangsa serangan dan propaganda pembunuhan peribadi yang berterusan dan terancang , hatta menyalahkan beliau atas segala isu, termasuklah yang berkait dengan PRU 12

(2) Kurang dan lambatnya usaha menjawab dan memerangi tohmahan yang dilontarkan kepada beliau

(3) Beliau dianggap sombong, elitis dan bongkak oleh pengkritik beliau

(4) Hasil keputusan Pak Lah untuk tidak bertanding, memperlihatkan seperti adanya penyokong yang berubah haluan dalam proses pencalonan.

Peluang

(1) KJ sekarang dilihat sebagai seorang yang begitu memperjuangkan isu dan prinsip keterbukaan, ketelusan dan perbincangan yang berhemah sepertimana dalam forum UKEC, cadangan debat bersama calon KP UMNO yang lain serta yang terbaru adalah pelawaan debat bersama KP PAS, YB Salahuddin Ayub tentang isu ISA. Ini semua mencerminkan bahawa KJ sekarang adalah seorang yang mencerminkan kehendak masyarakat median dan golongan muda zaman ini.

(2) KJ juga dilihat begitu mudah didekati, wajahnya pula tampak manis dengan senyuman dan tangan yang murah menyapa dan dan bersalam dengan semua, terutama golongan kampong dan desa. Ini menggambarkan imej KJ yang manis kepada semua.

(3) Dengan keputusan Pak Lah tadi, mungkin inilah masanya KJ dilihat dan dinilai dari daya upaya kandidasinya sendiri

(4) Sepetimana kekuatan tadi, segmen muda adalah segmen idealis yang kadang-kala berubah mengikut rentak dan angin, terutama sekali dari impak idealisme dan pendekatan ikon yang mendekati mereka. Dalam hal ini, KJ merupakan calon yang paling terbaik dari semua calon-calon lain yang sudah luput usia dan tiada stamina, kekuatan, kepandaian dan idea mendekati golongan muda ini.

Ancaman

(1) Ancaman beliau masih lagi dari segmen serangan peribadi dan propaganda pembunuhan karakter yang telah di buat bertahun-tahun lamanya. Namun, strategi dan pendekatan pihak musuh seperti ini pasti ada kepenatan staminanya kerana lambat laun elemen kasihan akan muncul dan perasaan tak patut akan menjelma. Jua, muak pun akan datang.

(2) Dari segi upaya pembiayaan, calon-calon lain mempunyai empayar perniagaan serta track record sebagai kepala syarikat dan ketua negeri. Ini memberikan mereka added advantage.

(3) Adanya pihak yang menganggap sokongan kepada calon lain sebagai fenomena sokongan akar umbi, tetapi hasil kajian blog ini dalam artikel sebelum ini menggambarkan sebaliknya.

Secara keseluruhan dan keseimpulannya: KJ mempunyai gerombolan kekuatan dan peluang yang boleh di adun bersama untuk mengatasi segmen kelemahan dan ancaman beliau. Akhirnya, KJ kita lihat KJ mempunyai competitive dan comparative advantage yang lebih tinggi dari calon-calon lain, terutama dalam memenangi hati dan jiwa golongan pengundi muda.

pro.khairy.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.