Cadangan peribadi Khairy Jamaluddin agar diadakan debat antara calon Pemuda UMNO tidak perlu dipandang negatif kerana cadangan berkenaan adalah cadangan yang baik bagi mereka yang berfikiran positif.
1) Ianya dapat menerangkan kepada Pemuda malahan remaja Malaysia visi dan corak pentadbiran yang mahu dibawa oleh kesemua calon Ketua Pemuda bagi dinilaikan bersama. Ianya bukanlah merupakan janji-janji manis seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin yang takut calon pemuda tidak dapat menunaikan janji semasa berdebat apabila mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti. Ini adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan adanya debat ini Pemuda boleh memantau janji-janji yang telah diberikan perlu dilaksanakan dan mereka yang berdebat pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan kerana umum telah mengetahui apa yang telah dijanjikan.
2) Mukhriz pula berkata bahawa dengan adanya debat ini akan mendedahkan perkara yang tidak baik didalam kepimpinan Pemuda UMNO khususnya UMNO. Jika debat ini membicarakan mengenai perancangan kepimpinan yang positif dan visi calon yang bakal menjadi Ketua secara Positif, tidak timbul pendedahan keburukan UMNO melainkan Mukhriz masih mengamalkan sikap yang biasa dilakukan oleh beliau dengan ayahnya memburukkan UMNO. Sekurang-kurangnya dengan debat ini dan dengan perancangan yang bijak dan menarik boleh mendorong minat remaja untuk menyertai UMNO kerana faham dan ketahui perancangan dan visi yang menarik yang dibentangkan oleh calon-calon berkenaan.
3) Mengapa debat ini tiba-tiba menghantui Mukhriz dan juga dengan tiba-tiba kekuasaan Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dilontarkan untuk megingati Pemuda bahawa beliau masih Ketua Pemuda UMNO sehingga Mac sedangkan ketika Mukhriz membuat sidang akhbar dan mengutuk Perdana Menteri dan bersikap kurang ajar kepada Pemimpin tertinggi UMNO, Hishamuddin tidak pernah mengingatkan bahawa segala ini mesti melalui beliau selaku ketua peuda UMNO ?
4) Debat adalah lebih baik dari bertemu dengan perwakilan dari bahagian ke bahagian kerana ianya dapat mengelakkan pertumbuhan politik wang yang telah menjadi barah dalam pemilihan UMNO kali ini kerana sikap gila kuasa pemimpin yang mahu merebut jawatan yang dikosongkan. Dengan ada debat ini, perancangan, visi yang baik boleh mengatasi kehebatan sogokan wang.
5) Dengan adanya debat ini, perwakilan boleh menilai kehebatan pemikiran dan perancangan atau kelemahan calon ketua pemuda UMNO yang bakal memimpin Pergerakan muda UMNO ini, Perwakilan juga dapat melihat sama ada buah fikiran datang dari calon ini atau pun calon itu sebenarnya meminjam pemikiran orang lain untuk melontarkan idea atau mengharapkan idea atau perancangan oleh orang lain seperti ayah atau penasihat calon-calon berkenaan, kerana pemuda tidak mahu tertipu mendapat calon yang tidak berakal dan manja hanya mengharap sentuhan dari ayah untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia.
6) Dengan adanya debat ini juga, Perwakilan dapat menilai jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh calon-calon yang akan bertanding untuk pemuda dan boleh menilai kan kembali ketepatan slogan-slogan yang mereka gunakan, seperti Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani.
7) Debat ini tidak akan memberikan keburukkan atau mencalarkan imej Pemuda kerana ianya juga di amalkan dinegara barat untuk memberikan peluang kepada calon menilai dan memilih Ketua Pemuda
yang mereka rasakan layak. Kita tidak akan membuat silap jika kita tahu nilai sesuatu yang mahu kita miliki.
8) Debat ini juga menemukan calon-calon dengan perwakilan untuk menyelami lebih dalam lagi hati masing-masing dan salitulrahim yang diikat akan merapat kan saf-saf Pemuda UMNO dan dengan cara tidak langsung boleh mengikat setiakawan dan memantapkan lagi sayap muda UMNO ini.
Jadilah pemimpin yang berani kerana darah yang mengalir dalam calon-calon ini adalah calon yang berdarah muda dan dengan adanya cabaran ini adalah satu perubahan dalam warna-warni Pumuda yang cuba diubah oleh Khairy Jamaluddin. Anggaplah ini satu pembaharuan dan perubahan yang di bawa oleh Khairy Jamaluddin sebagai satu perubahan dan bukan satu perkara yang cuba memberikan impek yang buruk kepada Pemuda UMNO. Manakah pengisian Berani Berubah Mukhriz jika menikus dengan lontaran idea baru dari Khairy Jamaluddin. Sekurang-kurangnya Khir Toyo melaksanakan visi Pemuda Berani dan menyahut cabaran ini.
Selamat Berdebat www,kpmu.net
Lihat debat dari sudut positif
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
November
(40)
- Aktiviti YB KJ di Rembau
- RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008
- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail me...
- ‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "
- The Fabulous KJ
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER KE 3
- Arak : Pas seperti anak tiri dalam Pakatan Rakyat
- Apabila anak minta tolong bapaknya ...
- Pewaris di cabar oleh GMI
- Mengapa Muhkriz tidak mahu debat ??
- Sessi Soal Jawab Parlimen 29 Oktober 2008: Memperk...
- Resolusi Sidang Parlimen Blogger 24 November 2008
- Khir,Muhkriz ..siapa yang mahu melantik mereka ini...
- Kenalilah Khairy melalui isi hati kita sendiri…
- Kebangkitan PEWARIS untuk pejuangan bangsa Melayu...
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 ...
- Strategi baru Tun dalam pemilihan UMNO
- Siapa pilihan Pemuda UMNO ?
- Hala tuju Pemuda UMNO akan datang di bawah KJ
- Dilema UMNO
- Siapa Musuh Malaysia ?
- YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati
- Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab
- Swot Analysis KJ
- Apabila kita terlepas cakap ...
- Blog terbaru muncul untuk sabotaj geng PRO KJ
- Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak........
- Hulk mengamuk di sidang Umno Seremban, Pak Lah k...
- Tahniah Ali Rustam dan Pemuda Rembau calonkan KJ
- KJ –Siri 1
- Pesanan akhir untuk Pemuda Rembau-kpmu.net
- Visi KJ jelas dan Nyata dalam Astro Awani -kpmu.net
- Pro Tun jangan perkecilkan kemampuan Ali dan Muha...
- THE USUAL SUSPECTS – IDENTIFYING KHAIRY’S DEMONS (...
- Wawancara akhbar Watan dengan KJ
- Muhkriz takut berdebat
- Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin t...
- Lihat debat dari sudut positif
- Fitnah ke 2 - Orang putih dibelakang Nori disangka...
- Putera UMNO membawa pulang Puteri
-
▼
November
(40)
PENJILAT TAU CACAI NAJIS KJ..BRAPA KJ BAYAR KAU TUK JILAT BONTOT DIA
Masalah yang sedang dihadapi oleh pemuda UMNO pada ketika ini, ialah rakyat dan generasi muda sangat membenci KJ! Bukan masalah debat atau siapakah yang petah berkata-kata, jika KJ berani untuk berdebat, tidak perlu jemput Mukhriz atau Khir Toyo untuk berkata yang hak dan benar, cukuplah jika KJ sanggup bersumpah dengan nama Allah bagi membuktikan bahawa beliau sama sekali tidak terlibat dalam menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan daripada mana-mana Ketua Pemuda UMNO bahagian.
cut paste dri blog azli shukri
tiada bayaran @ ganjaran kepada aku .aku menyokong orang bersebab dan bukan seperti anda menyokong membuta tuli anak bapak itu .Anak bapak ini hendak repair UMNO tetapi sebenarnya mereka yg memperlekeh UMNO dan suka pepecahan dlm parti .Kalau tidak suka ini orang ,suka2 ja mengarah orang ini harus dibuang ..
Rakyat terutama orang muda membenci KJ disebabkan kerana termakan sgt kata2 Tun .Entah apa dosa Kj kepada orang tua tu aku pun tak tau. Dendam sgt Tun kepada Kj dan Pak Lah dan aku tidak suka Tun sebab ini lah .Tun masa dahulu memang aku respect dan sanjung tetapi kerana isu jambatan bengkok dia mula menyerang pak lah malah mengutuk UMNO .
tak payah la sumpah2 ..semua pemimpin UMNO main duit termasuk la dalam Pemuda.Jangan cakap la muhkriz tak main duit dan bahagian aku sendiri yang menyokong kuat Muhkriz memang terlibat politik wang . Cerita ini kadang2 orang luar parti bercerita tak payah dok cakap dia ni tak main duit .Semua sama 2 x 5 je .
YB KJ tiada dosa apa2 terhadap TDM.
Apa yg TDM lakukan cuma untuk kepentingan anak nye Mukhris. Itu saja.