Archive for December 2010

default

Nama Harimau Malaya tidak perlu ditukar

on Friday, December 31, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.

Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.

"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.


PB tidak bersetuju cadangan beberapa pihak yang mahu penggunaan nama Harimau Malaya pada pasukan bola sepak negara ditukar . Apa masalah dengan nama Harimau Malaya ini ? Kalau Indonesia boleh guna gelaran Garuda untuk pasukan mereka , mengapa Harimau Malaya yang diambil nama spesifik harimau di negara ini hendak ditukar ?

Kepada Pak Menteri Shabery , tak perlu bincang lagi tentang nama kononnya bagi menjaga sensitiviti semua rakyat . Adalah mereka ini tak suka kepada nama Malaya itu ? Gelaran ini sudah sinonim dengan pasukan bola sepak negara sejak dahulu lagi . Bila pasukan kita muncul Juara Piala Suzuki , baru apa pihak itu terbeliak baru tahu gelaran harimau Malaya itu .

Persoalannya di sini , mengapa baru sekarang hendak pertikaikan ?

Untuk Pak Menteri Shabery , elok KBS bantu FAM dengan jaga pasukan ini dengan baik dan tingkatkan lagi pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi bagi melahirkan barisan palapis pemain bola sepak . Tak perlu dok sibuk bincang tentang benda remeh temeh seperti mahu tukar nama gelaran Harimau Malaya ini .



default

Tribute to Malaysia National Team , Champion Of Suzuki Cup 2010

on Thursday, December 30, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih & yakin bahawa kita boleh



Harimau Malaya sudah kembali mengaum di pentas bola sepak antarabangsa

Wira negara , Safee Sali yang menjaringkan 3 gol untuk menobatkan
Malaysia sebagai Juara Piala Suzuki 2010

Malaysia Boleh !





Ulasan / Komen

" Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia . Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaaan dan kita mesti bina kejayaan untuk menggerakan bola sepak maju ke hadapan pada tahap lebih tinggi ." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

" Kejayaan ini membuktikan tiada yang mustahil sekiranya kita benar -benar idamkan kemenangan . Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia - megah ,terharu dan paling utama , semua berasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit " Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin

Ini adalah permulaan era baru . Sebelum ini orang kata bola sepak Malaysia sedang menjunam .Sekarang apa yang dikehendaki penyokong menjadi kenyataan " Presiden SSFC


kejayaan pasukan negara dipuji oleh bintang Man United Rio Ferdinand


"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki . Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas , memang satu pasukan yang bagus ". Pemain Man United / England Rio Ferdinand .

default

Harimau baham Garuda , Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

on Wednesday, December 29, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Barisan wira negara ..




WE ARE THE CHAMPION !! HARIMAU MALAYA MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO !

Sah Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki 2010 ! Malaysia menang dengan aggregat 4 -2 dengan Indonesia . Penyerang berbisa skuad negara , Safee Sali terus menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan 1 gol lagi bagi menambahkan lagi jurang gol pada minit 53 . 2 Gol Indonesia saguhati mereka dijaringkan oleh Mohamed Nasuha & Mohd Ridwan .

Pada separuh masa pertama , pasukan Indonesia dilihat menguasai permainan dengan asakan bertali arus ke kubu skuad negara menerusi rangkaian Cristian Gonzalez , Irfan bachim dan Arief . Tetapi pertahanan Malaysia terus kental bertahan dan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi banyak menyelamatkan pintu gol negara.

Indonesia mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang 3 gol apabila mendapat sepakan penalti selepas bola rembatan Arif terkena tangan Sabre Abu . Malang sekali ketua pasukan mereka Firman Utina gagal menjaringkan gol apabila sepakan lemahnya mudah dibaca oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che mat . Mungkin selepas ini media Indonesia & Presiden PSSI akan menyalahkan lagi Dukun & Bomoh di Malaysia sebagai punca Firman Utina sepak bola slow dan mudah didakap oleh penjaga gol Malaysia .

Masuk sahaja separuh kedua , hasil hantaran counter attack terus ke penyerang Safee Sali yang keseorangan berada dalan kawasan lawan dan beliau terus merembat kencang menerusi kaki kirinya terus ke gawang Indonesia menewaskan Markus . Gol Safee ini terus mendiamkan ribuan penyokong Indonesia serta membunuh semangat pemain Indon yang pulun untuk menjaringkan gol bagi merapatkan jurang gol .

Indonesia terus mengasak pintu gol Malaysia dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol menerusi Mohamed Nasuha dan Mohd Ridhwan . Walaupun mereka terus menyerang pintu gol skuad negara , tetapi pemain kita kental bertahan sehingga wisel penamat .

Skuad negara terus bertuah apabila pemain kita Safee Sali dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 selepas menjaringkan 5 gol .

SYABAS & TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGARA !

KAMI RAKYAT MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI !

MALAYSIA BOLEH !

default

Julia Perez mahu tayang Bra Laser ganggu pemain Malaysia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Dalam akhbar HM hari ini , simbol seks artis Indon Julia Perez (Jupe) berniat hendak mengenakan bra laser ketika final leg kedua Indonesia vs Malaysia. PB tidak pasti samada Jupe hanya melawak atau pun benar-benar mahu melakukannya nanti .

Tetapi hasrat Jupe telah ditentang oleh FPI (Front Pembela Islam) menyatakan protes terhadap tindakan berkenaan

"Enggak boleh itu! Itu bisa kena UU Pornografi. Kalau kayak begitu, ane kagak mau dukung Indonesia. Itu enggak ada tujuan baik kalau kayak begitu. Itu mah malah arogan. Itu kan campur maksiat. Orang kemarin istigosah, kok dicampur begituan," tentang Ketua DPD FPI DKI Jakarta, Habib Salim Alatas, saat dikonfirmasi, Selasa (28/12/2010).

"Itu bisa kena UU Pornografi. Polisi bisa menangkap dia. Kabar ini baru kita dengar. Kita akan lihat dulu karena belum dengar dari tim investigasi juga," paparnya.


Macam-macam karenah penyokong Indonesia ini yang terlampau taksub sangat terhadap pasukan negara mereka ini . Cuma kita harap pasukan negara tidak hilang fokus dalam perlawanan ini dan pertahankan bekalan 3 gol yang dihasilkan di Bukit Jalil bagi menjuarai Piala Suzuki 2010 .

default

Penyokong Indon berdemo depan hotel penginapan skuad bola sepak negara

on Tuesday, December 28, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Hari ini terdapat gerombolan penyokong tegar pasukan bola sepak Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan bola sepak Malaysia di Hotel Sultan sambil membawa kain rentang yang jelas berbaur provokasi menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Senayan , Jakarta .

Penyokong Indonesia ini marah dan tak puas hati kekalahan skuad negara mereka kepada Malaysia pada 26 /12/2010 lepas di Stadium Nasional , Bukit Jalil . Malah media-media di sana juga mengapi-apikan lagi kemarahan penyokong mereka bahawa kekalahan skuad mereka disebabkan pancaran laser kepada penjaga gol mereka Markus .

Tindakan penyokong Indonesia ini yang melakukan demontrasi ini jelas tidak profesional dan langsung tiada semangat kesukanan . Semasa pasukan mereka datang ke Malaysia , adakah penyokong kita pergi berdemo seperti ini ? MEMALUKAN !!

Kepada pasukan Harimau Malaysia ... terus mengaum di Stadium Senayan !

default

Syabas Harimau Malaya !! Piala Suzuki 2010 dalam gengaman

on Sunday, December 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Ultra Malaya penyokong kuat skuad negara


Syabas Malaysia ! Kita sudah sebelah kaki untuk mengengam Piala Suzuki 2010 selepas membelasah 3- 0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi

Gol-gol Malaysia hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 manakala satu gol lagi daripada Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-68. Menariknya , 2 gol gol oleh Safee dan Ashaari adalah hasil kebijaksanaan Nor Shahrul Idlan yang bijak mengelecek dan melakukan hantaran cantik kepada rakan .

puluhan ribu penyokong Harimau Malaya ...


Permainan skuad negara malam ini seakan-akan permainan cantik anak buah Arsene Wenger yang terkenal dengan permainan cantik dan short pass mengelirukan untuk menghasilkan gol . Kelebihan pemain kita adalah kerana mereka adalah pemain muda dan mempunyai kecergasan yang cukup baik bagi menghadapi perlawanan antarabangsa seperti ini. Lihat lah bagaimana mereka mengejar bola ke segenap penjuru padang bagi merampas bola serta menyekat serangan skuad Indonesia .

Selain itu , Padan Muka kepada Goalkeeper Indonesia , Markus yang komplen sangat kena pancaran laser la kononnya daripada penyokong Malaysia . Sengaja nak psyco pemain Malaysia bagi hilang fokus tetapi akhirnya makan diri mereka semula apabila selepas beberapa minit akhirnya gol pertama Malaysia muncul bukan dari bantuan laser .

mat indon sudah balik awal bila kena 3 - 0



Jadi , untuk perlawanan kedua final ini di Gelora Bung karno minggu depan .. kepada penyokong Indonesia tak payah la hadir ke stadium ... Confirm kalah !!


Piala Suzuki 2010 milik MALAYSIA !!

default

Syabas Malaysia ke final Piala Suzuki AFF 2010 !

on Sunday, December 19, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Syabas Malaysia !! Akhirnya Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi untuk layak dengan agregat 2-0.

Sejak wisel permulaan lagi, Vietnam jelas mengasak kubu skuad negara tetapi barisan pertahanan kita kental bertahan menahan asakan . Di samping itu juga ketangkasan penjaga gol Kelantan , Khairul Fahmi Che Mat juga banyak menyelamatkan pintu gol negara .

Malaysia juga mendapat banyak peluang untuk menambahkan gol selepas pasukan Vietnam bermain 10 orang kerana seorang pemainnya dilayangkan kad merah. Peluang terbaik negara menerusi Amri Yahya yang hanya perlu menerjah masuk sahaja bola itu tetapi beliau menyepak bola terbabit hingga tersasar .

Walau bagaimanapun , lebih penting kita sudah layak ke Final dan kemungkinan bertemu dengan musuh tradisi Indonesia . Bola Sepak negara sudah bangkit !!

MALAYSIA BOLEH !

default

Ayuh Malaysia ! Buktikan skuad Harimau Malaya kembali mengaum

on Saturday, December 18, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


oleh : Shebby singh

PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasukan bola sepak harus mempunyai tulang belakang yang kukuh. Setiap pasukan dibina dengan posisi penjaga gol, bek tengah, pemain perancang serta pemain penyerang.

Inilah posisi yang memberi asas untuk beraksi mantap. Skuad negara bertuah kerana miliki tulang belakang kental di bahagian pertahanan, jentera tengah kreatif serta tajam di bahagian serangan.Setiap pemain beraksi menentang Vietnam mempersembahkan aksi terbaik dan keyakinan setiap pemain harus dipuji.

Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tenang dan sentiasa memberi arahan kepada pertahanan dan komunikasi penting dalam keadaan tertekan.

Kedua-dua bek tengah, Mohamad Muslim Ahmad serta Mohamad Fadhli Shas seperti pasangan kembar kerana memahami pergerakan satu sama lain. Mereka juga begitu selesa memenangi bola tinggi yang dihantar lawan.

Satu pasangan unik menerajui bahagian tengah dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bertindak sebagai perancang utama manakala Amar Rohidan tenang sebagai ‘holding midfielder’. Kualiti Amar memberi keyakinan buat Safiq untuk mara membantu bahagian serangan.

Akhirnya, tulang belakang ini diterajui dua penyerang terbaik Asia Tenggara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee menyerlah sebagai ‘penyerang utama’ bijak mencari ruang tepat manakala Norshahrul pula lincah menggelecek lawan.Mujurlah kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman serta kombinasi telepatik.

Selepas menyaksikkan kedua-dua separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, saya berpendapat pasukan negara mampu menjadi juara tetapi biarlah pembangunan pasukan ini diatur selangkah demi selangkah.


Inilah kali pertama pasukan kita menghadapi tekanan kerana memiliki kelebihan dua gol ketika mengunjungi Hanoi tapi saya yakin kelebihan ini memberi kesempatan buat jurulatih, K Rajagobal menyediakan taktik tepat.


Buat sekian lama, kita kini mempunyai jurulatih yang berjaya mengelirukan lawan dengan formasi fleksibel di padang. Pasukan kita kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 4-5-1 dan 4-1-4-1 sepanjang tempoh 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Apa jua keputusan di Hanoi, kita harus bangga dengan potensi dan corak permainan dipamerkan dan akhirnya saya rumus kita kini sudah bangkit di arena antarabangsa.



Komen PB

Selamat berjuang kepada skuad bola sepak negara pada malam ini dalam pertemuan kedua Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Hanoi. Bermainlah bermati-matian dalam perlawanan penting ini dan anggap ia seperti final . Buktikan Malaysia Boleh !

default

Syabas Safee ! Malaysia benam Vietnam 2 - 0

on Wednesday, December 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

2 gol oleh disumbangkan Safee Sali dibawa ke Vietnam


tandukan cantik untuk gol pertama


Tahniah & Syabas kepada skuad kebangsaan bimbingan K Rajagopal yang menewaskan pasukan Vietnam 2- 0 hasil jaringan penyerang Safee Sali dalam perlawanan Separuh Akhir Piala Suzuki 2010 di Bukit Jalil . Semua gol skuad negara ini dihasilkan pada separuh masa kedua dan perlawanan antara kedua-dua pasukan jelas seimbang .




Gol pertama Malaysia dihasilkan menerusi tandukan Safee hasil sepakan percuma oleh Ketua pasukan , Safiq Rahim yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Vietnam . Manakala gol kedua juga bermula juga melalui Safiq yang melakukan shoot jauh ke pintu gol Vietnam dan bola itu muntah betul-betul dekat dengan Safee lalu beliau menolak mudah bola ke dalam gawang Vietnam.

Bekalan 2 goal yang dibawa skuad negara untuk ke Stadium Myn Din , Hanoi pada Sabtu ini nampaknya memberi sedikit kelebihan untuk berdepan puluhaqn ribu penyokong Vietnam Tetapi PB juga berharap skuad negara bimbingan K Rajagopal ini tidah mudah alpa dan berpuas hati dengan dengan bekalan 2 gol ini kerana sejarah skuad kebanggsaan bola sepak sebelum dalam Piala AFF ini telah terbukti jika kita alpa dan selesa maka akan menerima padah sepertimana berlaku pada Piala AFF 2002 dulu bila kita tewas kepada Indonesia di Bukit Jalil walaupun berbekal kelebihan 1 gol .

Tahniah skuad negara !!

default

Bila KJ ke Parlimen hanya berjalan kaki

on Tuesday, December 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Ketua Pemuda UMNO cuba mencari bas untuk ke Parlimen dari LRT Masjid Jamek



Rembau MP Khairy Jamaluddin walked to Parliament House when he was unable to get a bus after getting off the light rail transit (LRT) at Masjid Jamek.


He hopped on the LRT after a dialogue session with the Youth and Sports Ministry’s Youth Development Trans­formation Laboratory in Bukit Jalil near lunch hour.

“Going to see how close we can get to Parliament without car or taxi,” he posted on Twitter yesterday.

Relating his experience further, he said, when he arrived at the Masjid Jamek station, he wanted to see if there was any bus that could take him to Parliament House.However, no one could tell him the location of the nearest bus stop.He then started to walk and reached Pasar Seni but failed to find a bus stop.He then decided to walk all the way to Parliament House.

souce : the star


Komen PB

Nampaknya Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin yang sering dilanda kontroversi , kali ini mencetuskan lagi idea-idea barunya dengan turun padang untuk pergi ke Bangunan Parlimen menggunakan pengangkutan awam .

Bermula dari stesen LRT Masjid Jamek , beliau cuba mencari bus yang pergi ke Parlimen @ berdekatan bangunan itu . Tetapi beliau gagal dan akhirnya berjalan kaki sendiri ke Parlimen . Dahulu geng pembangkang pernah menggunakan basikal untuk ke Parlimen tetapi KJ lebih advance berjalan kaki sahaja .

** jalan kaki ini pagi-pagi menyihatkan badan kita ..

default

Jururawat bakal mengundi pos

on Wednesday, December 8, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PUTRAJAYA 6 Dis. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos.

Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian.

Kata beliau, berbanding ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak diletakkan di bawah kategori pengundi pos, golongan yang terlibat dalam perkhidmatan wajib itu akan diberi keutamaan dahulu oleh pihaknya.

"Kita akui mereka (rakyat Malaysia di luar negara) ada hak dalam Perlembagaan (untuk mengundi) tapi buat masa ini tak ada undang-undang melayakkan mereka untuk diletakkan dalam pengundi tidak hadir yang membolehkan SPR mengeluarkan undi pos.

"Namun SPR juga ingin jelaskan adakah mereka ini semua pengundi berdaftar, katakan ada 100,000 orang, adakah semuanya pengundi berdaftar.

"Jadi, ini soal berhijrah (ke luar negara) atau tidak mahu mencurah bakti di tanah air sendiri sedangkan keutamaannya adalah rakyat di sini yang mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam bahagian pilihan raya tersebut, itu yang lebih utama," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.




Komen PB

PB bersetuju dengan SPR bahawa kerjaya seperti Doktor ,nurse , dan juruterbang perlu dipertimbangkan untuk undi Pos tetapi bukannya wartawan . Mengapa perlu wartawan pulak mengundi undi pos dan tidak rasional rasanya kerjaya ini dimasukkan juga.

Mengenai hasrat rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang mahu mengundi , buat apa dok sibuk orang seperti ini , mereka ini tinggal di luar negara kerana hendak gaji lebih dan tidak mahu berbakti di negara sendiri . Tidak adil rasanya orang luar yang tidak berada di negara ini dan tahu masalah rakyat di kawasan itu tiba-tiba mahu pilih wakil rakyat . Keutamaan sepatutnya kepada pengundi yang berdaftar dan tinggal di negara ini .

default

Terima kasih Bambang Pamungkas , Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010

on Tuesday, December 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Gol Bambang Pamungkas membawa Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010




SYABAS MALAYSIA !! Skuad bola sepak negara layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2010 apabila berjaya mengalahkan Laos 5 -1 .

Kejayaaan skuad negara membelasah Laos ini tidak bermakna jika tidak kerana 2 gol jaringan bekas penyerang Selangor yang juga Kapten Indonesia Bambang Pamungkas yang membenam Thailand dengan keputusan 2 -1 .

Terima kasih kepada Bapak Bambang Pamungkas dan rakan2 yang membantu Malaysia ke Separuh Akhir Piala Suzuki ini . 1 MALAYSIA !

default

Pendakwaan Khir bukti SPRM tidak pilih bulu , peluang bersihkan dirinya dari fitnah pembangkang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Semalam berita memuatkan bekas MB Selangor , Datuk Seri Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan untuk saya dan isteri suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

PB melihat pendakwaan rasuah terhadap pemimpin BN ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap telus dan tidak 'pilih bulu' dalam menjalankan tugas. Ini bercanggah dengan tuduhan Pakatan Rakyat yang dalam ceramah-ceramah mereka bahawa bila SPRM menangkap pemimpin mereka berhubung rasuah , terus akan dituduh SPRM pilih bulu dan tidak telus .

Reaksi Dr Khir juga bagi PB menunjukkan keyakinan terhadap dirinya yang boleh dikatakan bersedia untuk menghadapi pendakwaan ini . Selain itu , pendakwaan ini juga menurutnya boleh memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan sepenuhnya isu ini di Mahkamah serta peluang membersihkan dirinya .

Ini kerana sebelum ini wakil rakyat kerajaan negeri Selangor menerusi Adun Sekinchan Ng Suee Lim menuduh rumah yang dibelinya sekarang itu berharga RM 24 juta. Jadi , jika mahkamah mendapati beliau tidak bersalah , ternyata tuduhan Adun DAP selama ini adalah fitnah dan pembohongan .

default

Kisah Bloggger Mesra Kerajaan dalam Utusan

on Wednesday, December 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Terima kasih kepada sdr Zaini Hassan yang mengiktiraf peranan bloggger mesra kerajaan seperti PB dan rakan2 yang lain yang siang dan malam menentang Pakatan Rakyat . Jarang sekali hasil kerja bloggger ini dipandang oleh banyak pihak malah ada Ketua Pemuda UMNO negeri itu kata blog ini orang dah tak baca , semua orang la ni dok layan facebook . Facebooker mana ada create isu , semua bahan diambil dari blog juga ..

Ikuti rencana menarik pandangan dari kolumnis terkenal Utusan ini .



MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).

Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.

Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu -- sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut.

Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.

Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak.

Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.

Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.

Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky‘s Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.

Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.

Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).

Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!

So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.

Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.

The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei.

Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.




Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.

Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.

Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.

Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM...?”

Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan...???

Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.

Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan?

Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.

Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?

Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?

Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.

Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.