..

..
Archive for September 2010

default

Nurul Izzah sah bertanding , PKR kini parti anak beranak Anwar

on Friday, September 24, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan November ini.

Nurul Izzah berkata, beliau membuat keputusan itu selepas melihat pencalonan yang menggalakkan yang diterimanya minggu lalu walaupun tidak aktif berkempen. Setakat ini beliau telah menerima lapan pencalonan.

Beliau bagaimanapun tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana semua cabang PKR bebas membuat pencalonan dan bagi menghormati pilihan ahli.
"Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka bebas untuk membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka. "Saya berterima kasih atas pencalonan dan suara akar umbi akan menjadi suara saya sendiri dan saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk berkhidmat.



PKR memang parti anak beranak keluarga Anwar dan kroni-kroninya . Azmin kroni paling kanan Anwar akan bertanding Timb Presiden PKR manakala Nurul Izzah pula bertanding Naib Presiden PKR . Wan Azizah sekarang nampaknya akan terus pertahankan jawatan Presiden manakala Anwar terus jadi Penasihat tetapi sebanarnya paling berkuasa !

Walau apapun alasan Nurul Izzah jelaskan kepada media mengenai keputusannya untuk bertanding , tetapi ramai orang akan melihat kedudukannya sebagai anak Presiden parti dan Anwar Ibrahim memudahkan laluannya untuk merebut jawatan dalam parti .

Pemilihan PKR kali ini nampaknya bukan lagi dilihat sebagai wadah untuk perkasakan dan menguatkan parti tetapi sebenarnya merebut kuasa dengan cara apa sekalipun .


PKR = PARTI KELUARGA ANWAR


default

WARNING !! MALWARE ATTACK BLOG DAN LAMAN WEB

on Monday, September 20, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : GAP

SILA BUANG IKLAN MANGGAONLINE
SILA BUANG IKLAN YANG MEREPEK SILA TUKAR TEMPLATE. AMBIK BLOGGER PUNYA

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

default

Konsert Siti Nurhaliza oleh kerajaan Pulau Pinang batal !!

on Thursday, September 16, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PB mendapat makluman bahawa konsert percuma kerajaan Guan Eng sempena Hari Malaysia yang menggunakan tarikan artis terkenal Siti Nurhaliza telah dibatalkan . Alasannya dikhabarkan Siti Nurhaliza telah mendapatkan nasihat doktor supaya membatalkan konsert berikutan keadaan kesihatannya .

Artikel PB mengenai kisah ini akan menyusul ....



p/s : syabas Siti kerana tidak menjadi alat kepada Ketua Menteri berlidah biawak ini !!

default

Selamat Hari Raya Aidilfitri

on Thursday, September 9, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Salam Lebaran kepada Saudara dan Saudari sekelian,



بسْــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

‫السلام‫ عليكم ورحمة الله وبركاته



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada semua rakan blogger , pembaca dan seluruh umat Islam di Malaysia . Mohon maaf zahir & batin.

Semoga anda senantisa ceria dan gembira bersama keluarga di hari yang mulia ini esok hari sahaja lagi. Insyallah selepas hari raya ini , pejuangan menentang kezaliman Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS-PKR-DAP akan diteruskan terutama di negeri kelahiran saya iaitu Pulau Pinang . Kepincangan , pembohongan , kemungkaran kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri berlidah biawak yang sekarang sedang balik kampungnya di Shanghai akan terus didedahkan kepada rakyat PP oleh PB dan rakan2 blogger PP .


Salam Mesra Aidil-Fitri ,


Generasi Pejuang Bangsa

default

Panas !! Zahrain balun diktator Guan Eng isu kampung Melayu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



PULAU PINANG 8 Sept. – Kerajaan negeri perlu mempunyai pelan penempatan semula untuk kampung-kampung tradisional supaya penduduknya tidak terabai apabila pemaju mahu mengambil-alih tanah bagi tujuan pembangunan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, adalah zalim sekiranya tiada program langsung disediakan untuk penduduk terbabit kerana kebanyakan kampung sedemikian telah wujud kira-kira seabad lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menganggap masalah berkenaan sebagai ‘ad-hoc’ kerana pembangunan di Pulau Pinang akan berterusan pada masa depan.

“Kerajaan negeri janganlah sewenang-wenangnya bila sudah meluluskan sebarang permohonan pembangunan, biarkan saja pemaju usir penduduk di kawasan terlibat.

“Walaupun Kanun Tanah Negara menyatakan jika sesuatu pelan pembangunan diluluskan, pemaju ada hak, mengusir penduduknya begitu saja adalah tindakan zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.

Beliau mengulas nasib 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud kira-kira 100 tahun lalu.

Kampung-kampung tradisional lain di negeri ini yang mungkin menerima nasib sama adalah Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong dan Kampung Tengah terletak bersebelahan.

Zahrain memberitahu, kerajaan negeri perlu membuat satu dasar di mana sesebuah kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai pelan penyusunan semula penduduknya.

“Kalau luas kampung yang diambil-alih empat hektar, peruntukkan sedikit buat kampung tersusun untuk penduduk,” ujarnya.

Sebagai contoh, jelas beliau, di Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad, kerajaan republik itu mempunyai program khas untuk menempatkan semula penduduk terlibat di kawasan sama.

Beliau menambah, kerajaan republik itu menyediakan flat yang selesa untuk penduduk berkenaan.

Zahrain berkata, jika mahu mempertahankan budaya khususnya orang Melayu di Pulau Pinang, masyarakat kaum itu perlu memiliki cara hidup yang betul serta sempurna. - Utusan

default

Dalang Perlembagaan baru sudah dijumpai !!

on Monday, September 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.

Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.



Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.

Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.


Komen PB

credit to Angin Perubahan yang berjaya mendedahkan gerak kerja siapa dalang yang mahu menukar Perlembangaan negara seperti yang didedahkan Mufti Perak baru-baru ini .

SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA !!!

default

TV3 perlu tarik balik Iklan Raya 2010 ini !!

on Sunday, September 5, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




PB membantah video iklan raya oleh TV3 ini yang jelas menghina agama Islam dan menyamakan hari raya Aidilfitri menyerupai hari Krismas . Sudah gila ka orang yang bikin ini iklan hari raya ada orang tua seperti Santa Claus ?? Mana pergi ustaz2 dalam TV3 ?? tak kan tak boleh nilai sendiri iklan ini yang jelas menyentuh sensitiviti umat Islam ?

CEO TV3 dan Ketua Media Prima yang untung jutaaan ringgit setiap tahun perlu jawab isu ini dengan segera dan menarik balik iklan kontroversi ini ??


dipetik dari blog just khai

Scene 1
– Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan ting…kap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu

default

Hishamuddin Amaran sibuk jaga keselamatan Indon , tetapi Namewee bangsat tak diambil tindakan

on Friday, September 3, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


SEPANG 2 Sept. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap soal keselamatan warganegara Indonesia yang bekerja atau berkunjung ke negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada masa yang sama turut memberi jaminan pihaknya terus memantau sekiranya berlaku sebarang aktiviti tidak bertanggungjawab sehingga boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita perlu mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab supaya ia tidak menghasilkan tindakan balas. Ia bagi mencegah penularan sesuatu kejadian yang tidak diingini.
"Saya mahu memberitahu warganegara Indonesia yang berada di bumi Malaysia bahawa keselamatan mereka adalah terjamin," katanya.

Komen PB
Orang dok kalut suruh tangkap Namewee di bawah ISA , Hishamuddin Menteri Amaran KDN ini pulak dok sibuk jaga keselamatan puak-puak Indonesia yang bekerja di Malaysia pulak . Orang Indonesia di sana dok bakar bendera Malaysia di sana , kita pulak dok kalut jaga keselamatan depa di negara kita.
Yang Namewee bangsat ini tak mau ditangkap dan sekarang ini polis hanya panggilnya memberi keterangan sahaja . Adakah Namewee ini diberi keistimewaan kerana mengaku depan media sokong 1 Malaysia dan PM menyebabkan beliau dilepaskan ??


default

Jalur Gemilang dibakar lagi, telur, ikan masin busuk dilontar

on Thursday, September 2, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


JAKARTA 1 Sept. - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-Undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis “diplomasi mati suri”, “ganyang Malaysia”, “bela harga diri bangsa” serta “malingsia serumpun yang durhaka”.

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.