Archive for June 2016

default

AKHIRNYA MUHYIDDIN & MUHKRIZ DIPECAT KEAHLIAN UMNO @NajibRazak @dzainalabidin

on Friday, June 24, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat keahliannya daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin terhadap parti, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Katanya, pemecatan tersebut dibuat berikutan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar disiplin lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin pembangkang, membuat ucapan-ucapan bersama dengan mereka dan menyerang pimpinan parti dan UMNO.

“Itu adalah kesalahan yang besar dari segi disiplin parti. Oleh itu, berdasarkan kepada kelakuan ini maka Majlis Tertinggi (MT) UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn hari ini.

 “Untuk Datuk Seri Shafie, MT mengambil keputusan untuk menggantung keahliannya sehingga laporan diterima daripada Jawatankuasa Disiplin.”

 Dalam masa yang sama, beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bahawa MT telah meminta pihak kerajaan memutuskan segala sumbangan kewangan kepada pihak Yayasan Kepimpinan Perdana sama ada dari segi peruntukan kewangan, penyelenggaraan ataupun kakitangan yang dibekalkan kepada yayasan tersebut.


 “Ini kerana yayasan tersebut digunakan sebagai pusat untuk merancang menjatuhkan secara tidak demoktratik kerajaan yang ada dan mereka menggunakan cara yang tidak sah di sisi undang-undang,” tegasnya lagi. – MediaUMN

default

PEMUDA UMNO MAHU KERAJAAN HENTI DANA KE YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA @azwanbro

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dalam satu move yang tidak disangka-sangka tengah hari Khamis, Pemuda UMNO memanggil sidang media yang dilakukan oleh orang nombor duanya Khairul Azwan Harun mendesak kerajaan menghentikan segera bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Menurut Khairul Azwan, Pemuda UMNO memandang serius tindakan Tun Mahathir Mohamad memperalatkan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
"Pemuda mengecam tindakan Tun Mahathir memburukkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kerana bertentangan dengan Perlembagaan serta sistem demokrasi.
"Justeru, Pemuda mahukan bantuan kerajaan kepada Tun Mahathir dan Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan segera...bantuan termasuk kewangan, harta tetap termasuk bantuan penggajian kakitangan sedia ada hendaklah dihentikan segera," kata beliau.
Yayasan Kepimpinan Perdana mempunyai 22 kakitangan yang dibayar gaji oleh kerajaan.
Jelas Khairul Azwan, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri untuk memberitahu pendirian Pemuda UMNO itu secepat mungkin dan membangkitkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.
"Kita sedia maklum Yayasan ini juga menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, tapi hari ini saya mendesak supaya dana yang berasal dari kerajaan dihentikan," katanya.
Difahamkan, Mahathir sering menjadikan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya ini sebagai tempat untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi menggulingkan Najib.
Sementara itu, Khairul Azwan mahu Tun Mahathir menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Beliau sendiri yang menjadikan kedua-dua pilihanraya itu sebagai referundum kepada Najib. Rakyat sudah bersuara dan mereka yang memilih Najib lebih ramai dari yang sebelum ini. Tun Mahathir sebagainya menghormati keputusan ini dan berehat,"kata beliau ketika menjawab soalan wartawan.
"Saya nak tanya beliau sekarang berkempen hendak jatuhkan Najib mewakili parti mana...? atau itu hanya agenda peribadinya, kerana jika agenda parti... parti mana? adakah beliau ahli PAN, kerana beliau tolong kempen calon PAN tempoh hari?
"Jika sebaliknya atas kepentingan peribadi saya serah pada rakyat untuk menilai... kalau beliau benar-benar ikhlas hendak memperjuangkan agenda PAN atau DAP molek beliau bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan menjadi ketua pembangkang mewakili PAN atau DAP,"katanya

default

BOS MYWATCH DITAHAN POLIS , PERAS UGUT RM25 RIBU SEBULAN TAUKE JUDI EKOR

on Thursday, June 23, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Kononnya menjadi NGO pemantau untuk POLIS bagi membanteras jenayah tetapi rupanya kaki pau serupa gangster kepada tauke judi ekor .

Bahaya individu seperti ini dekat dengan POLIS dan tauke2 judi, maksiat .. ibarat dia ni sudah makan 2 kolam .  Duit boleh sapu setiap bulan dengan ugut dan kegiatan disembunyikan sebab NGO nya membantu POLIS .

Patutlah kaya raya dalam usia yang muda dan sudah menjadi Datuk .  Beliau juga bekas Ketua AMK di Negeri Sembilan dan tidak mengejutkan puak PKR ini terlibat denga kegiatan seperti ini .

Depan rakyat tunjuk HERO OF MALAYSIA tapi sebaliknya gangster besar !!



Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan jenayah yang ditahan lewat malam Rabu di Nilai, Negeri Sembilan menerima wang hasil peras ugut lebih RM300,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, pengerusi bergelar Datuk itu melakukan peras ugut terhadap pengusaha judi ekor haram di seluruh negara.

"Antara pengusaha kedai judi ekor haram yang diugut berada di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

"Jumlah tertinggi yang dibayar pengusaha judi ekor haram kepada Datuk berkenaan mencecah RM25,000 sebulan," kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.

Sumber berkenaan turut memaklumkan siasatan polis juga mendapati suspek merupakan ahli kumpulan kongsi gelap 36 namun tidak memaklumkan sejauh mana penglibatannya dalam kumpulan haram itu.

Terdahulu pengerusi yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap itu ditahan ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram.

Menurut laporan Berita Harian dalam versi dalam taliannya,  pengerusi terbabit yang berusia dalam lingkungan awal 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam Rabu, di Plaza Tol Nilai.

Sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk tersebut sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
"Mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," lapor akhbar itu yang turut mendapatkan pengesahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh berhubung penangkapannya

default

KEPUTUSAN TERKINI PERATUSAN MENGUNDI #PRKKUALAKANGSAR

on Saturday, June 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Keputusan terkini peratursan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kangsar sehingga jam 2 tengahari


 "Kalau betul-betul mereka yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan mereka yang berada di luar kawasan juga balik untuk mengundi, maka sasaran tersebut dapat dicapai.

 "Ini adalah harapan kita dalam menegakkan sistem demokrasi dalam negara menerusi pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di sini, Sabtu.

 Menurut Mohd Hashim, tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku di kedua-dua PRK berkenaan setakat ini malah ia berlangsung dalam keadaan aman dan cuaca yang baik.

 "Saya harap mana-mana penyokong parti agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh menyinggung perasaan dan mencetuskan suasana tidak baik.

 Semoga keadaan ini berterusan sehingga pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang," katanya. Sebanyak 34 peratus pengundi (daripada 42,365 pengundi) di PRK Sungai Besar telah menunaikan tanggungjawab mereka, manakala di PRK Kuala Kangsar, sebanyak 36 peratus (daripada 32,632 pengundi) menunaikan tanggungjawab mereka setakat 11 pagi ini. 

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Sungai Besar, Selangor berikutan kematian Anggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas, manakala PRK Sungai Besar - tiga penjuru antara BN, PAS dan Amanah. -- BERNAMA

default

Slip Bank dijadikan taktik kotor terakhir fitnah calon BN #PRKKualaKangsar

on Friday, June 17, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pihak Barisan Nasional telah mengesan satu gerakan langkah terdesak oleh sesuatu pihak dengan menggunakan taktik kotor untuk memfitnah calon Barisan Nasional P.067 Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid.

Gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners pada tahun 2012. Slip bank ini dijadikan bahan kempen seolah-olah Datin Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

Saya telah mengarahkan laporan polis dibuat dengan kadar segera supaya pihak polis dapat membuat penyiasatan.  Amat malang sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini, fitnah keterlaluan seperti ini dilakukan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat  jelek.

Pada hakikatnya slip bayaran yang ditonjolkan hanyalah bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners, di mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

Adalah lumrah untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham. Akaun bank firma, bukan akaun peribadi, di mana ia akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikin melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.

Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang.

Oleh itu saya menyeru pengundi-pengundi Kuala Kangsar agar tidak terhasut dengan fitnah jahat ini. Sekian.

default

GUAN ENG KINI MAHU JAMBATAN KE 3 , DUIT KAJIAN TEROWONG BAGAIMANA ?

on Wednesday, June 15, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Cadangan pembinaan ‘Jambatan Ketiga’ dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah sesuatu yang amat menghairankan, kataPengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Ini kerana jelasnya cadangan tersebut tiba-tiba muncul setelah Guan Eng bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran dan keperluan pembinaan terowong bawah dasar laut bagi jajaran yang sama dari Bagan Ajam dan Persiaran Gurney atas alasan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian Pulau.
Tambah beliau lagi, adalah sesuatu yang menjadi kemusykilan mengapa Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara tiba-tiba seperti berubah hati mengenai terowong bawah dasar laut sekarang.

“Apakah dapatan Kajian Kebolehlaksanaan yang 83 peratus siap dilaksanakan menunjukkan pembinaan terowong bawah dasar laut adalah tidak wajar dan tidak sesuai dilaksana atau dengan kata mudahnya ‘not feasible’?
“Kerajaan Negeri digesa untuk menjelaskan sama ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membayar ganti rugi atau pampasan kepada Konsortium Zenith-BUCG atau lain-lain syarikat pembinaan yang telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya cadangan pembinaan terowong bawah dasar laut itu dibatalkan, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tegasnya perlu memperjelaskan kedudukan tanah seluas 110 ekar yang diperuntukkan sebagai bayaran kepada Konsortium Zenith-BUCG untuk pembinaan terowong bawah dasar laut dan tiga jalan utama sekiranya projek pembinaan terowong dibatalkan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilaporkan berkata Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan pelan asal dari cadangan pembinaan ‘jambatan kedua’ yang dicadangkan semasa Tan Sri Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya sebagai sokongan kepada cadangan beliau untuk pembinaan “Jambatan Ketiga” kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).
Guan Eng juga dilaporkan akan turut melampirkan dapatan Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Bawah Dasar Laut yang hampir siap kepada KKR.
Seterusnya, Zainal turut menimbulkan persoalan apakah tanah tebusguna laut di STP2 dan persisir Persiaran Gurney yang sama akan digunakan sebagai pembayaran untuk pembinaan “Jambatan Ketiga” nanti.
“Apakah Konsortium Zenith-BUCG akan diberikan kontrak pembinaan “Jambatan Ketiga” sebagai pampasan pembatalan kontrak membina terowong bawah dasar laut sekiranya cadangan tersebut mendapat persetujuan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan?,” soalnya lagi.
Justeru itu, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang menggesa supaya semua persoalan yang dibangkitkan ini dan juga soalan-soalan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Menteri KKR Datuk Sri Fadillah Yusof mengenai isu yang sama dijawab secara jelas dan khusus oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” tambahnya lagi.
“Persolan-persoalan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri perlu dijawab dengan telus dan terang tanpa menyembunyikan atau menyelindungi sebarang butiran atau fakta kerana projek yang dicadangkan pembinaannya ini melibatkan harta rakyat dan kepentingan awam.
“Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang juga berpandangan adalah amat tidak wajar dan demokratik jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Konsortium Zenith-BUCG mengambil tindakan undang-undang atau menyaman mana-mana pihak yang mengemukakan persoalan kepada Kerajaan Negeri mengenai projek terowong bawah dasar laut dan 3 jalan utama ini,” tegasnya. –Media UMNO.

default

MACAI PEMBANGKANG DITAHAN JUAL BUKU & KEMEJA HINA PM

on Monday, June 6, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Polis menahan seorang aktivis pro-pembangkang termasuk tiga individu lain selepas mereka didakwa menghasut dengan menjual kemeja yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan, mereka ditahan ketika menjual baju itu di sebuah gerai yang dibuka sempena program KL Alternative Bookfest (KLAB) di Publika, Sri Hartamas di sini semalam.
Difahamkan juga, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan empat individu terbabit namun enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun, jelasnya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE

default

MENANTU TPM MENINGGAL DUNIA ..TAKZIAH KEPADA KELUARGA

on Thursday, June 2, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Syed Alman Zain Syed Alwi dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam tadi akibat kehilangan oksigen di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Jenazah akan di bawa ke Surau an-Nur, Country Heights sejurus selesai proses bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok.

Dilaporkan, Zahid yang kini berada di Osaka, telah membatalkan lawatan rasmi beliau dan akan pulang ke tanah air malam ini juga. - UTUSAN ONLINE


** Takziah kepada keluarga TPM DS Zahid Hamidi di atas pemergian arwah . semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.