Archive for April 2013

default

HOT ! VIDEO CHEGUBARD DEDAH KEMUNAFIKAN ANWAR TERSEBAR !! #tolakPR

on Tuesday, April 30, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.

Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi

.Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar.


Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?


Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat.

Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.


 

default

HOT ! PAS DAH DAPAT ARAHAN ANWAR FITNAH DR MAZLAN ! #tolakPR #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Fitnah terhadap Dr Mazlan Ismail telah bermula bila Pas bekas Setiausaha PAS negeri mahu dedahkan cerita fitnah terhadap calon BN Dr Mazlan Ismail.

GPB yakin pendedahan oleh bekas parti Dr Mazlan ini adalah arahan daripada Anwar Ibrahim.  Ini kerana PAKATAN sudah mati akal untuk menyerang peribadi Dr Mazlan yang berimej bersih selain melihat sokongan bertambah terhadapnya dari rakyat Permatang Pauh .





Taktik kotor pencacai2 PAkatan di saat2 akhir ini sudah dijangka tapi GPB yakin pengundi di Prmtg Pauh tidak mudah percaya fitnah dilemparkan Pas ini kepada Dr Mazlan .









default

Hot ! Pemuda BN cedera dilanggar konvoi haram Pas di Kepala Batas ! #tolakPR

on Monday, April 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sudah lah dilanggar hingga terlantar di rumah ,  yang paling  kurang ajar lagi tak ada seekor pun pencacai Pas  datang ziarah .


Sebentar tadi calon calon BN P041 Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican melawat seorang petugas Pemuda BN yang terlibat dalam satu  insiden kemalangan membabitkan  peserta konvoi/jelajah treller berkebajikan PAS

GPB difahamkan  bapa mangsa telah membuat laporan polis trafik selain merujuk dengan  peguam.

Datuk Seri Reezal Merican yang hadir melawat mangsa kecewa dengan insiden kemalangan yang melibatkan dengan penyokong pas ini.


Beliau menyifatkan  penyokong Pas yang terlibat dalam rombongan konvoi hingga melanggar  ini tidak bertanggungjawab.


Ini berikutan hingga kini tiada wakil Pas melawat dan mangsa yang anak jati kepala batas.


Macam ini yang  perjuangan berkebajikan ala Pas ? Langgar rakyat sampai cedera  tapi langsung tidak datang menziarah .





default

HOT ! PEMUDA PAS P.PINANG DEDAH PENIPUAN CHEGUBARD KONONNYA DIPUKUL ! #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan,” katanya.

Beliau berkata, Badrul Hisham tiba bersama calon Dun Sungai Bakap, Maktar Shapie dan calon Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman serta penyokong pada jam 8.40 pagi.

“Mereka datang dan berarak ke arah belakang penyokong Pas. Saya akui, memang ada berlaku sedikit provokasi bila rombongan penyokong PKR cuba merempuh kumpulan penyokong Pas walaupun diminta bersabar. Namun tiada kejadian pukul memukul di situ,” katanya.

Norazman berkata, walaupun berlaku rempuhan, namun ia masih boleh dikawal dengan petugas keselamatan Pas mengarah penyokongnya mengambil ruang sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kumpulan penyokong PKR supaya berkumpul di sebelah kanan.

“Kita kesal dengan tuduhan berkenaan yang jelas berniat untuk menyerang dan memburukkan Pemuda Pas Pulau Pinang khususnya ketika pertembungan tiga penjuru ini. Ketika Mohd Yusni dan pasukannya kempen tidak pernah sekalipun menyerang dan memburukkan Badrul Hisham kerana menghormati semangat setia kawan PR dan mematuhi etika akhlak berkempen yang digariskan Islam dan Pas.

“Sehingga hari ini, Pemuda Pas Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan maaf dan bukti atas tuduhan berkenaan daripada Chegu Bard dan penyokongnya,” katanya.

Norazman berkata, mereka mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu menyerang peribadinya bagi mengelak isu ini menjadi senjata Barisan Nasional (BN) menyerang PR.

Terdahulu, Badrul Hisham mendakwa beliau, anak dan isterinya cuba diserang dan dipukul Pemuda Pas Pulau Pinang pada 20 April lalu di hadapan tempat penamaan calon Parlimen Nibong Tebal.Badrul Hisham mendakwa perkara itu di dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen dari pengikutnya. Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

default

PANAS! Anak Dr Mazlan dedahkan mengapa bapanya lawan Anwar Ibrahim !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments







Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!





Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.

Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. 


Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

default

Hot ! Kerana Pas boikot, ceramah Chegubard yang hadir 70 orang !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kempen ceramah calon PKR Dun Sg Acheh iaitu Chegubard terus diboikot Pas apabila hanya 70 orang sahaja hadir di program ceramah umum mereka di taman ilmu.








Ia berbeza sekali dengan ceramah calon BN di Nibong Tebal yang dilihat lebih mendapat sambutan walaupun sebelum ini digegarkan dengan sabotaj bom .







default

GANAS ! 3 PDM BN DIBAKAR PENYOKONG PAKATAN !

on Sunday, April 28, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tiga sub Pusat Daerah Mengundi (PDM) di dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu dibakar awal pagi tadi dipercayai angkara sabotaj penyokong pakatan pembangkang.


Dua sub PDM itu ialah di Kampung Manggoi, Malau dan Kampung Gelam Pasir yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra manakala satu lagi sub PDM yang dibakar ialah di Kampung Machang yang terletak dalam DUN Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN ONLINE



default

TERKINI ! DR MAZA SOKONG CALON BN DR MAZLAN BERBANDING ANWAR #PRU13

on Friday, April 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Calon parlimen P44 Permatang Pauh hari ini membuat kejutan apabila menerima sokongan dari bekas mufti Perlis, Dr Asri bagi menentang Anwar Ibrahim di kawasan berkenaan.

 Dr Asri yang membuat kunjungan ke rumah Dr Mazlan juga menyatakan keyakinan bahawa calon Umno/BN tersebut mampu menjadi wakil rakyat yang lebih baik dari Anwar.

 Selain itu, Dr Mazlan disifatkan calon yang merendah diri serta lebih mesra rakyat tak kira lapisan umur.

Ini menjadi salah satu faktor anak tempatan Permatang Pauh itu diterima rakyat kebanyakan.

 "Anwar akan berdepan laluan sukar kali ini memandangkan Dr Mazlan amat dekat dihati masyarakat Permatang Pauh..

 Beliau juga mempunyai pengetahuan agama yang tinggi serta memiliki akhlak Islam yang jauh lebih baik dari Anwar..."

sumber : MPP Online

default

Hot ! Ramai ahli PAS kecewa & merajuk Yusni AMat Piah ditendang di Sg Acheh

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments







- Isu pertindihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh di sini antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rupanya masih belum menemui jalan penyelesaian.
Malam tadi, Pas Pulau Pinang menggesa pakatan pembangkang mengambil kira perasaan ahli-ahli sebelum membuat keputusan meletakkan calon PKR bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangan Pas negeri, Bukhori Ghazali berkata, ini kerana sebagai sebuah parti dalam sebuah pakatan perlu wujud situasi 'menang-menang' kerana selama ini Pas menunjukkan kesetiaan terhadap pakatan.

Bagaimanapun, keputusan keras pucuk pimpinan yang mahukan calon PKR, Badrul
Hisham Shaharin atau CheguBard bertanding dan menggesa calon Pas, Mohd. Yusni Md Piah menarik diri telah mengecewakan ahli-ahli Pas.

"Kita menghormati dan berharap ahli Pas bersabar dan beri sokongan kepada calon
yang bertanding demi kelangsungan Pas," katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Pongsu di sini.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Khalid Man mengakui wujudnya kekecewaan dalam kalangan ahlinya berikutan pengguguran Mohd. Yusno sebagai calon sehinggakan mereka menutup beberapa bilik gerakan di DUN Sungai Acheh.

"Saya tidak dapat bagi jaminan seratus peratus bilik gerakan akan dibuka semula kerana ada yang merajuk dan perkara itu akan diatasi,"ujarnya.

Beliau berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di Pulau Pinang pada 28 April ini dan Presiden Pas itu akan memberikan penjelasan berhubung situasi di Sungai Acheh. - UTUSAN ONLINE


Komen GPB

Dikhabarkan ahli2 PAS ada peluru besar akan didedahkan untuk jatuhkan Chegubard tak lama lagi ..

default

PERKEMBANGAN TERKINI TIMB PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini. Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. Shaharuddin Ibrahim.




Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher.

Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi Anda mungkin juga meminati:

default

Hot ! Rahsia komplot jalang ini macai Pakatan terbongkar ! #tolakPR

on Thursday, April 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Checkmate ! Rupanya jalang blogger lucah yang berbogel sambil memegang bendera  adalah pencacai tegar Nurul Izzah dan Pakatan .

Motif dia berbogel dengam bendera BN memang jelas la untuk memalukan BN hasil anutan ajaran PR.

Kita semua jangan terkejut mengapa jalang blogger lucah ini sokong PR sebab pakatan haramjadah ini pun adalah pendokong tegar LGBT . Sudah tentu la LGBT digemari blogger lucahc ino sebab boleh bikin sex bebas sesuka hati atas nama hak asasi



default

Hot ! Kerana sokong BN , kanak-kanak umur 11 tahun diterajang pencacai Pas !! #tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Ganas !! Penyokong Pas  terus menggila ketika kempen bila mana mereka telah menyepak seorang kanak-kanak gara-gara menyokong BN di Sik .

Ikuti laporan yang GPB terima ini :

Salam tn. Insiden penyokong pas menendang budak umur 11 tahun di felda teloi timur. Insiden berlaku pada 22 apr 2013 jam 2137 semasa adik mohamad ismadinel b ar samsudin pulang daripada solat isyak di masjid felda teloi timur.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, adik mohamad ismadinel melalui pos pas yg ketika sedang mengadakan ceramah yg diturut disertai calon pas n.24 jeneri serta konvoi pemuda seramai lebih kurang 300 biji motosikal dari luar kaw. felda.

Semasa melalui pos berkenaan, adik mohamad ismadinel telah ditahan oleh penyokong pas berkenaan sokongan kepada parti pas atau barisan nasional.

Adik mohamad ismadinel menjawab menyokong parti barisan dan serta merta telah disepak sehingga jatuh ke dalam parit. Adik mohamad ismadinel mengalami kecederaan di bhg kaki dan kini masih demam.

Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa.

default

GEMPAR ! KEMALANGAN MELIBATKAN DR MIM ADA UNSUR KHIANAT ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi. 

 Namun apa yang dilaporkan oleh Utusan Online hari ini tidak menceritakan kemungkinan kereta yang dinaiki oleh beliau ada unsur-unsur sabotaj kerana dikhabarkan  tayar hadapan kereta yang dinaiki mereka  kedua-duanya tercabut sebelum kemalangan berlaku dan menyebabkan kereta itu terbalik.


Calon BN Slim River Datuk Khusairi sempat    hadir melawat Dr Novandri sebelum beliau dipindahkan ke hospital  di KL. 





- Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Dr. Novandri Hasan Basri, 45, terbabit dalam kemalangan di Kilometer 381.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Slim River awal pagi tadi.

 Beliau yang terkenal dengan blog Dr. MiM dan seorang rakannya, Azlan Ali, 36, mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Slim River. Menurut jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke arah Selatan. - UTUSAN ONLINE




default

Hot ! Pendedahan besar oleh sahabat Anwar esok di Prmtg Pauh #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Esok kepada rakyat P.Pinang khususnya di Permatang Pauh , jom pakat hadir ke ceramah Perdana Bekas Sahabat2 Karib Anwar di padang Awam Tmn Pauh .

GPB dimaklumkan satu pendedahan besar akan dibuat  Dato Prof Sidek Baba dan Dato Aiditmengenai siapa sebenarnya Anwar .

default

Hot ! Video aksi Karpal tumbang menyembah bumi di Penang #tolakPR #PRU13

on Wednesday, April 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments





Bila semakin dekat hari pengundian , satu persatu Allah dah tunjuk petanda Pakatan akan tumbang teruk di PRU 13 kali ini.

 Sebelum ini kita dah tonton video macai2 Pas jerit Tumbang Pakatan di Marang , kali ini Pengerusi Dap Karpal Singh pulak tumbang menyembah bumi daripada kerusi roda di satu ceramah di P.Pinang.

Bukan geng Umno ye yang pi tolak tapi dia sendiri tersungkur.

Apakah ini  tanda Dap di P.Pinang akan tumbang seperti mana Karpal ?



default

TERKINI ! Bom kedua berwayar pulak ditemui Polis di ceramah BN Nibong Tebal !! @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments








update - Bom kedua siap berwayar ditemui unit pemusnah bom dan ia telah diletupkan .Kekuatan letupannya lebih kuat daripada bom pertama.

Dalang disebalik insiden ini perlu ditangkap segera kerana kita bimbang akan banyak lagi serangan sabotaj ala pengganas ini dibuat di ceramah2 BN di P.Pinang .






Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini gempar apabila berlaku letupan misteri mengakibatkan seorang petugas parti cedera.
Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.

Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.




Seorang saksi, A. Micheal, 39, berkata, dia sedang berdiri berhampiran keretanya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian ketika letupan berlaku.

"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum nampak sampah berterbangan sebaik letupan berlaku dan ternampak seorang lelaki cedera di bahagian kaki.
"Mujurlah saya dan isteri tidak tercedera namun terkejut dengan kejadian itu," katanya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapat rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan ada unsur sabotaj.
Jelasnya, polis masih menyiasat punca kejadian serta bahan letupan yang digunakan.
"Polis akan meningkatkan kawalan di kawasan ceramah di seluruh negeri sepanjang musim kempen pilihan raya ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


default

Hot ! Dr Mazlan Ismail bikin Anwar goyang di Permatang Pauh #PRU13 @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




"GIANT KILLER " BN di Permatang Pauh , Dr Mazlan Ismail terus mendapat kekuatan kelmarin bila mana TPM TS Muhyiddin Yassin hadir ketika perasmian Kolej Komuniti Sbrg Jaya .




 Beliau menyeru rakyat di sini memberi sokongan padu kepada Dr Mazlan sekaligus mengembalikan parlimen ini semula kepada BN. Dianggarkan lebih 5 ribu rakyat sekitar Permatang Pauh hadir ke majlis ini.















BN.

default

VIDEO: DR MAZLAN TERUS GEMPUR & TAWAN HATI RAKYAT PERMATANG PAUH #PRU13

on Tuesday, April 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Video Calon BN terus menyeru rakyat Permatang Pauh agar merampas balik hak kita yang hilang selama 15 tahun di tangan PKR & Anwar Ibrhaim .



  


 Rakyat di Parlimen P44 Permatang Pauh rata-ratanya tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tidak langsung berada di kawasan Parlimennya sendiri ketika kempen pilihanraya umum ke 13 berlangsung masuk hari kedua hari ini.

 Anwar dikatakan lebih mengutamakan pengundi luar untuk memastikan dia mampu menawan Putrajaya dan juga mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menumbangkan UMNO/BN selepas hari pengundian nanti. Calon UMNO/BN iaitu Dr Mazlan Ismail pula dilihat lebih mengutamakan pengundi tempatan dengan membuat kunjungan dari rumah ke rumah.


Malah strategi Dr Mazlan dianggap terbaik apabila beliau menumpukan rumah yang didiami oleh keluarga penyokong Pakatan khususnya Pas. Ketika Anwar lebih menumpukan untuk berceramah di Kuala Kurau Perak kelmarin, Dr Mazlan mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan rakyat di kawasan Kampung Tanah Liat yang merupakan kubu kuat Anwar.




 Kehadiran Dr Mazlan disambut dengan mesra serta beliau dilayan dengan penuh hormat memandangkan sifat beliau yang amat merendah diri. Selain itu juga, kedudukan Dr Mazlan yang pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam struktur organisasi Pas telah membuatkan ahli serta penyokong Pas sendiri malu alah dengan beliau.

 Ketika ditanya mengenai tindakan Anwar yang tak peduli kepada rakyat tempatan, Dr Mazlan memberitahu.., “Sejak semalam Anwar Ibrahim tidak ada di sini. Kalau kita lihat sudah sepuluh tahun (sejak Presiden PKR) Datin Seri Wan Azizah, tidak bagi perhatian kepada penduduk di Permatang Pauh. Lima tahun Anwar memerintah pun sama.” “Dia tidak boleh buat begitu kerana 71,000 pengundi di sini yang mengundi dia,” katanya.

 “Dalam tempoh 15 hari kempen ni pun dia tidak boleh memberikan komitmen, malah lebih memberikan perhatian di kawasan lain,” katanya.

 “Kita akan berusaha untuk terus berkhidmat kepada penduduk di sini. Hanya orang kampung yang lebih memahami kehendak dan permintaan penduduk di sini.”

 “Menerusi tagline kami “BN Harapan Baru Permatang Pauh” dan “Undilah Orang Kampung Kita”, saya yakin BN akan menang pada pilihan raya ini,” ujarnya lagi.

 Sebenarnya tindakan Anwar ini memberikan ruang yang besar untuk Dr Mazlan menumbangkan Ketua Umum PKR tersebut di Parlimen Permatang Pauh. Jika pengundi sendiri pun Anwar abaikan.., apakah rakyat Permatang Pauh terlalu bodoh untuk mempercayai Anwar lagi? ~ MPP NEWS

default

GEMPAR ! WARTAWAN RTM MATI DIPUKUL PENYOKONG PAS !!#tolakPR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan. 

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

 Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

 "Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

 Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini



azmykelanajaya.blogspot.com/2013/04/pru13-jurukamra-rtm-mati-d-pukul.html?m=1

default

PAS akhirnya tunduk kepada Anwar dalam perebutan Dun Sg Acheh #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PAS pusat  akhirnya tunduk juga  kepada anak saudara Anwar Ibrahim iaitu Chegubard apabila setuju serahkan kerusi DUN Sungai Acheh untuk ditandingi PKR .

Manakala Yusni Mat Piah , Ketua Pemuda PAS negeri pulak terpaksa ditendang keluar sebagai calon  yang didalangi oleh PKR .  Memang malang  betul nasib yang menimpa Ostat Yusni yang mana selepas penamaan calon beliau dikutul/ dimaki terusk oleh budak2 Chegubard di blog dan facebook .

Nampaknya anak tempatan P.Pinang sendiri dianaktirikan Pakatan  dan calon luar seperti Chegubard diagkatk sebagai calon seperti mana calon PKR Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang baru 2 tahun kenal politik PKR .

Ternyata PKR kini dah berjaya menSAILANG PAS dengan cara jahat di P.Pinang .. haha..

Salleh Man dan Pemuda PAS Penang hanya pak turut dalam Pakatan je sebab kuasa semua ditangan PKR ..


PAS mahu menyelesaikan isu pertindihan di tujuh kerusi dengan PKR dan akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti, Johor, kepada PKR kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.


 PKR dicadangkan untuk menyerahkan tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS dan DUN Kota Damansara akan dirundingkan lagi diantara PAS dan PKR. 

 Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi, lapor Harakahdaily. 

 Menurut laporan itu lagi, segala perkara berbangkit mengenai pertindihan kerusi PKR-PAS dianggap selesai dengan pengumuman tersebut dan fokus Pakatan Rakyat kini adalah untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei depan. 

 Di samping itu, Abdul Hadi juga menegaskan semua ahli PAS yang sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti tersebut. 

 Awal pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Hadi memberi alasan pertindihan kerusi antara PAS-PKR adalah kerana untuk menggelakkan calon lompat parti selepas berakhir Pilihan Raya 2013 seperti yang berlaku sebelum ini. 

default

Biadap ! Nizar maki Zambry Kadir sebagai "haramjadah " #PRU13

on Monday, April 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggelarnya "haram jadah" sebagai tidak bermaruah sebagai seorang Islam.

Beliau berkata, perkataan kotor seperti itu hanya akan keluar daripada seseorang yang berhati kotor.

"Saya tak sanggup (keluarkan perkataan kotor sebegitu) untuk anak-anak saya dengar. Inikah wajah ahli politik yang kononnya memperjuangkan rakyat atas nama agama?

"Apakah agama Islam (membenarkan) menemplak,  mencaci dan menghina orang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini, hari ini.

Sementara itu, calon Pas bagi kerusi Dun Changkat Jering itu dalam ceramahnya di Kampung Batu Sembilan, dekat Changkat Jering, semalam dilaporkan menggelarkan Zambry "haram jadah" dan mendakwa kononnya Pengerusi BN negeri itu memberi tanah kepada syarikat kroni dan orang tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming, didakwa pernah menggelar Zambry sebagai 'hitam metalik'. – Bernam

default

PANAS! Yusni Mat Piah calon PAS dedah pembohongan Anwar isu kerusi Sg Acheh #PRU13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments






Calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh Mohd Yusni Mat Piah menafikan dakwaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PAS bersetuju menarik diri daripada bertanding di kerusi berkenaan.


Sebaliknya, Ketua Pemuda PAS negeri itu mendakwa PKR sepatutnya menarik diri daripada bertanding di situ kerana kerusi berkenaan hanya ‘dipajak’ kepada PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.


Mohd Yusni berkata, Anwar berbohong apabila mendakwa bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersetuju menetapkan PKR untuk bertanding di Sungai Acheh.


Selain Mohd Yusni, calon PKR Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard turut bertanding di kerusi itu.

default

TerHot ! Spenda Stopa replika terbaru Jom Ubah PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Selain replika kereta kebal , motorsikal ,  meriam , helikopter , wau , roket,dan  kapal terbang mewarnai kempen pilihanraya yang masuk hari ke 3 hari ini, spenda stopa juga dipamerkan .

Gambar spendar stopa juga digantung di Baling dengan dibelakangnya tertera  bulan besar Pas.

Apakah gambar spender putih yang xukup  sinonim dengan stopa  melambangkan Pas ?


default

Boleh ke Calon Pas Yusni Mat Piah bergambar seperti ini dengan Chegubard ?

on Sunday, April 21, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Hari kedua kempen PRU13 , semua calon terus giat berkempen di hari cuti hujung minggu .

Tidak ketinggalan calon BN Dun Sg Acheh  , Datuk Mahmud Zakaria yang berkempen dengan bertemu pengundi  di pasar malam petang tadi.


Secara kebetulan beliau bertemu dengan calon PKR Chegubard dan Dr Mansor yang turut berkempen di situ bertemu pengundi .

Calon BN Datuk Mahmud  cukup sporting dan beliau boleh bersalaman  dan menyapa pihak lawan sepert calon PKR Chegubard .

Apakah Yusni Mat Piah PAS boleh bersalaman dengan Chegubard seperti dibuat calon BN? Dikhabarkan semasa penamaan calon kelmarin pun mereka tidak bercakap .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.