PAS akhirnya tunduk kepada Anwar dalam perebutan Dun Sg Acheh #PRU13

on Tuesday, April 23, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PAS pusat  akhirnya tunduk juga  kepada anak saudara Anwar Ibrahim iaitu Chegubard apabila setuju serahkan kerusi DUN Sungai Acheh untuk ditandingi PKR .

Manakala Yusni Mat Piah , Ketua Pemuda PAS negeri pulak terpaksa ditendang keluar sebagai calon  yang didalangi oleh PKR .  Memang malang  betul nasib yang menimpa Ostat Yusni yang mana selepas penamaan calon beliau dikutul/ dimaki terusk oleh budak2 Chegubard di blog dan facebook .

Nampaknya anak tempatan P.Pinang sendiri dianaktirikan Pakatan  dan calon luar seperti Chegubard diagkatk sebagai calon seperti mana calon PKR Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang baru 2 tahun kenal politik PKR .

Ternyata PKR kini dah berjaya menSAILANG PAS dengan cara jahat di P.Pinang .. haha..

Salleh Man dan Pemuda PAS Penang hanya pak turut dalam Pakatan je sebab kuasa semua ditangan PKR ..


PAS mahu menyelesaikan isu pertindihan di tujuh kerusi dengan PKR dan akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti, Johor, kepada PKR kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.


 PKR dicadangkan untuk menyerahkan tiga kerusi DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS dan DUN Kota Damansara akan dirundingkan lagi diantara PAS dan PKR. 

 Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi, lapor Harakahdaily. 

 Menurut laporan itu lagi, segala perkara berbangkit mengenai pertindihan kerusi PKR-PAS dianggap selesai dengan pengumuman tersebut dan fokus Pakatan Rakyat kini adalah untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei depan. 

 Di samping itu, Abdul Hadi juga menegaskan semua ahli PAS yang sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti tersebut. 

 Awal pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Hadi memberi alasan pertindihan kerusi antara PAS-PKR adalah kerana untuk menggelakkan calon lompat parti selepas berakhir Pilihan Raya 2013 seperti yang berlaku sebelum ini. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.