Polis bagi last warning kepada skuad TAHAN ABU jangan takutkan pengundi #PRU13 #tolakPR

on Friday, April 12, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Polis telah mengenal pasti kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menakut-nakutkan pengundi dan menimbulkan kekecohan di negeri ini pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan NGO itu dikenal pasti di bahagian pulau dan seberang antaranya di Bagan dan Tasek Gelugor. 


"Kumpulan NGO itu menimbulkan kekecohan dengan memeriksa kad pengenalan orang ramai di kawasan mengundi yang kononnya untuk memastikan mereka bukan pengundi hantu.

 "Itu bukan tugas NGO.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menentukan seseorang itu pengundi berdaftar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Khalid yang sebelum itu menghadiri taklimat persiapan PRU13 polis kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini, berkata kawasan-kawasan itu perlu diberi perhatian dan polis akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan terlibat bagi memastikan semua pengundi keluar mengundi.


 Beliau berkata, polis menjamin keselamatan orang ramai dan menasihati pengundi tidak berasa risau serta mendapatkan maklumat mengenai saluran tempat mengundi mereka terlebih dahulu dengan menghubungi SPR.


Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menimbulkan kekecohan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya tanpa mengambil kira mereka yang terlibat penyokong parti mana, katanya. - BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.