Archive for December 2012

default

Giliran Ngeh hina umat Islam tentang kalimah Allah !!

on Monday, December 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Selepas Guan Eng , kini giliran paderi Ngeh pulak menghina umat Islam berhubung isu penggunaaan Kalimah Allah oleh Kristian .

Memang benarlah kata seorang pemimpin Perkasa, desakan kuat oleh berhubungan penggunaan kalimah Allah adalah seperti AMANAT DAP . Mereka  sudah tak hirau lagi kemarahan umat Islam tetapi sebaliknya semakin melampau dengan  menyamakan Bible dengan Al Quran .

PAS pulak akan bersikap  syaitan bisu kerana jika mereka tibai  Ngeh bermakna akan mengugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ia telah terjadi di P.Pinang di mana PAS negeri telah melabelkan ahli yang bantah Guan Eng berhubung kalimah Allah adalah musuh parti .KLIK DI SINI

Apakah akan terjadi jika negara ini diperintah Pakatan ?? Tak mustahil kalimah Allah akan dibenarkan Pakatan digunakan oleh agama Kristian .


 Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.

Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.



Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

“Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)

default

Fadli cabar Razali buktikan FAM boleh tingkat bola sepak negara !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sila buktikan kami salah! Itu cabaran kumpulan penyokong Harimau Malaya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa tindakan mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan jalan penyelesaian terbaik mengangkat martabat bola sepak negara.

 Tidak mahu disalah anggap mencari kesilapan orang lain, jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata tujuan mereka menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presiden meletak jawatan kerana mahu melihat bola sepak Malaysia maju dan berdaya saing seperti Jepun dan Korea Selatan.

 Objektif kami hanya untuk melihat prestasi skuad kebangsaan meningkat dan bukan mahu menuding jari atau memburukkan mana-mana individu. Kami tidak ada kepentingan malah bukan mahu menentukan siapa yang bakal menjawat jawatan presiden.

 Anggap apa yang kami buat ini adalah satu cabaran buat FAM. Kalau orang FAM sekarang mahu terus kekal, sila buat sesuatu dan buktikan yang kami salah. Kami tidak dapat apa-apa cuma mahu tengok peningkatan pasukan bola Malaysia.

Kami tidak malu jika apa yang kami buat ini salah kalau bola sepak tempatan kita maju, katanya semalam.

 Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai tindakan mendesak Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan merombak pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu bukan penyelesaian terbaik.

 Razali beranggapan bola sepak adalah antara sukan paling sukar diuruskan kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk memerlukan dana yang banyak. Jatuh bangun prestasi pasukan bola sepak negara juga katanya terletak kepada sejauh mana usaha pembangunan yang dijalankan.

 Al Fadli berkata, sesebuah persatuan tidak boleh terlalu bergantung kepada seseorang individu untuk mendapatkan tajaan atau dana sebaliknya perlu melihat kepada industri sukan itu sendiri.

 Kita lihat England sekali pun, negara itu tidak bergantung kepada Ratu Elizabert tetapi mendapatkan dana melalui tajaan dan keuntungan daripada industri bola sepak itu sendiri, katanya.

 Beliau berkata, kalau seseorang lihat sesuatu benda itu susah, sudah semestinya ia akan menjadi susah kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri. Contoh, kalau kita lihat pembinaan KLCC (Kuala Lumpur City Center) itu susah, maka saya rasa sampai sekarang pun KLCC tidak akan wujud di Malaysia.

 "Kalau kita sudah tahu Korea Selatan memiliki lebih 500 pasukan pelapis, saya rasa tidak salah jika kita tiru sistem yang mereka guna pakai," katanya ketika mengulas mengenai kebergantungan skuad kebangsaan terhadap Harimau Muda A dan B.



** Razali kalau nak defend FAM pun ..jangan bagi jawapan yang buat orang ketawa.  Sukan bola sepak boleh diuruskan dengan baik jika pengurusan /kepimpinan FAM itu betul-betul komited mahu angkat martabatkan bola sepak negara .  Hendak seribu daya tak nak seribu dalih ......

default

Hotel Majestic, bangunan monumen sejarah negara

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar tempat beristirehat semata-mata tetapi ia sebenarnya bangunan yang sarat dengan momen sejarah.
Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun.
Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu.
Sudut kemerdekaan negara dirintis di hotel ini dengan penubuhan Parti Pembebasan Malaya yang turut disertai oleh MCA diwakili oleh Presidennya, Tun Tan Cheng Lock termasuk wakil daripada kaum India pada tahun 1951.
Malah, pada tahun yang sama, Yang Dipertua UMNO semasa itu, Tunku Abdul Rahman telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada 'Merdeka' pada satu mesyuarat.
Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO juga di bangunan ini pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada Merdeka.
Tidak berhenti begitu sahaja, Hotel Majestic menjadi saksi Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan pada 26 September 1950. Beliau ialah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Namun, pada 26 Ogos 1951, UMNO melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman sebagai presiden parti yang kedua di Persidangan Agung keenam.
Selain itu, pada 21 Mei 1984, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merasmikan bangunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 13 November 1998 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sesungguhnya, hotel ini bukan sekadar bangunan tapi ia merupakan saksi sejarah Malaysia.
Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi.
Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.
Selain itu, bangunan ini penuh dengan aktiviti majlis kerajaan dan negeri.
Uniknya, terdapat perkhidmatan yang mana pihak pengurusan hotel mengupah isteri pekerja untuk menjaga anak orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM2 sejam dengan masa kemuncaknya ialah semasa hujung tahun.


HOTEL Majestic pernah menjadi Balai Seni Lukis Negara selama 14 tahun.



Menurut Ted Miles, 80, yang merupakan seorang bekas pendidik, dia masih dapat mengimbas kembali semasa menetap di dalam bilik Hotel Majestic.
Hotel pilihan
"Kejadian itu berlaku pada 1964. Itu kali pertama saya menonton televisyen hitam putih di restoran. Televisyen hanya dipasang dari jam 6 petang sehingga 11 malam.
"Hanya satu siaran berita sahaja dan peristiwa itu menyebabkan saya dapat melihat wajah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon Johnson membuat pengumuman tentang Perang Vietnam," katanya.
Miles pernah menyaksikan pengumuman kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dengan duduk di tempat bernombor 389.
Katanya lagi, dia masih mengingati bunyi lif yang bising kerana pintunya hanya jeriji besi bersambung.
Kini Miles menetap di sebuah kediaman di Bentong, Pahang.
Seorang bekas pakar perubatan, Tan Sri Dr. M Mahadevan memberitahu, stik yang dihidangkan pada awal 1970-an sudah cukup untuk membuatkan beliau kecur liur.
"Sedap dan murah diselangi layanan kakitangan restoran yang cukup menghiburkan," katanya.
Pengalaman tentang makanan turut dikongsi bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara kini Balai Seni Visual Negara (BSVN), Wairah Marzuki yang menganggap Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hotel.
"Saya banyak menghabiskan masa bekerja di bangunan ini apabila menjadi Galeri Seni Negara pada 1984 hingga 1998. Perpindahan itu satu kenangan yang nostalgik kerana ruang yang lebih besar untuk mengendalikan pameran serta program pendidikan," cerita Wairah.


DATUK ONN JAAFAR mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin UMNO di hotel ini.



Tambahnya, dia masih mengingati harga set makanan ala Barat iaitu RM6 yang lengkap dengan sup, roti bersaiz besar dan chicken chop.
Bagi aktres terkenal, Datuk Maria Menando, menikmati minum teh lebih 50 tahun yang lalu di hotel itu cukup mengujakan.
"Nikmatnya terasa selain bangunan yang cantik sekali," katanya.
Wajah baharu
Namun pada 8 Disember lalu, hotel ini mula dibuka semula selepas ditutup lebih 28 tahun.
Pembangunan semula ini menelan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 1.3 hektar oleh YTL Corporation Bhd.
Menurut Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh, syarikatnya bertekad untuk membawa era baharu hotel tersebut tetapi masih mengekalkan identiti asalnya.
"Kami yakin dengan gabungan unsur tradisional dan moden ini, Hotel Majestic akan kembali gah dan menjadi ikon di negara ini seperti dahulu," katanya.
Menurut arkitek yang menjenamakan semula hotel ini, Zaidan Tahir, dia tidak menyangka pengalaman mengunjungi BSLN di situ pada 1985 menjadi titik tolak bagi dirinya menjenamakan semula hotel itu.
"Kami ingin mengekalkan gambaran dan perasaan pengunjung tetapi dalam masa yang sama memberikan nafas baharu.
"Saya mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkannya serta mengkajinya," katanya.
Kini, hotel ini gah dengan 300 buah bilik yang selesa namun masih mengekalkan bangunan asal yang menempatkan bilik suite, The Colonial Cafe, The Bar dan The Tea Lounge.
Tetapi, anda perlu menyediakan RM1,080 hingga RM10,000 ke atas untuk bermalam di suite tersebut.
Bagaimanapun, pengalaman kru Jurnal menetap semalam di Kolonial Suite cukup menenangkan dengan gabungan rekaan bilik klasik dan moden yang cukup menenangkan.
Aura perabot lama seperti mengimbau kenangan silam walaupun penulis belum dilahirkan lagi semasa itu.
Ruang yang besar memberi keselesaan dan terdapat ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen.
Selain itu, satu menara baharu setinggi 15 tingkat turut memuatkan bilik deluxe, suites, restoran, 16 bilik mesyuarat dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,200 orang, gimnasium dan kolam renang.
Uniknya, terdapat jambatan khas yang menghubung bangunan lama dan baru ibarat satu transisi masa yang menakjubkan khas untuk tetamu.
Keistimewaan hotel ini ialah sebuah bilik yang menempatkan ribuan pokok bunga orkid jenis Phalaenopsis.
Ditempatkan di bilik berhawa dingin bunga yang berwarna kuning, jingga dan putih ini pasti membuai perasaan anda seperti berada di taman bunga.
Dilengkapi dengan meja dan kerusi suasana ibarat kolonial Inggeris lengkap dan enak dinikmati bersama minuman teh pada waktu petang.
Menurut Pegawai Perhubungan Awan YTL Hotel, Izan Yusof, hotel itu mempunyai bilik khas untuk tetamu menghisap rokok dan bersantai.
"Ini untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang tidak merokok," katanya.


KEMUDAHAN bilik yang selesa tetapi anda perlu menyediakan wang lebih RM1,000 untuk menyewanya.



Tarikan lain yang terdapat di hotel ini ialah bilik menonton yang boleh memuatkan 15 orang dalam satu masa untuk berehat sambil menonton filem yang dihajati.
"Anda boleh berehat sambil menonton filem yang dihajati bersama keluarga dengan tenang," katanya.
Tutur Izan, terdapat khidmat bas perantara kepada pengunjung terutamanya pelancong asing untuk mengunjungi pusat beli-belah Starhill di Bukit Bintang.
"Selain itu, kedua-dua bas ini ada yang menuju ke Kl Sentral untuk tetamu hotel menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.
"Kekerapan bas ini setiap 30 minit sekali," ujarnya.
Paling utama, The Majestic Spa, selepas kepenatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur, saat ini untuk anda memanjakan diri dengan di urut di bahagian kepala dan kaki dengan urutan yang menyegarkan.
Kesimpulannya, rasanya sendiri baru tahu meneroka hotel yang lama tetapi tidak usang malah sarat dengan kemewahan dan ketenangan.

default

Hot ! Jemaah Malaysia lari dikejar wanita Bogel di Masjidil Haram !!

on Saturday, December 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Sumber : MPP Online




default

Gambar Amy Search bersama jersi baru pasukan termahal Malaysia !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Anak jati Johor , Brader Amy Search nampaknya hadir juga di sesi menayangkan jersi baru pasukan termahal Malaysia , Johor Darul Takzim  .

Jersi tajaan ini   daripada jenama terkenal Kappa   ( dari Italy rasanya )  yang memperlihatkan warna rasmi bendera negera Harimau Selatan ini .

Apapun kehadiran penyanyi rock terkenal negara ini pastinya menyemarakan  lagi semangat  pasukan ini bagi menghadapi Liga M musim depan .

bersama 2 pemain import Johor Darul Takzim 


GPB dikhabarkan Safee mendapat gaji lebih daripada RM 100 K ??
Harap beliau pamerkan aksi setaraf yang dibayar la ..kalau tak 
dapat piala musim ni ..malu la ...

default

DAP lidah bercabang , arah Zairil buat penafian isu kalimah Allah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kini cuba “gostan” daripada kenyataan awalnya mendesak Putrajaya membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible. 
Bukan sahaja “gostan”, malah beliau menafikan membuat sebarang desakan sebegitu dalam perutusan Hari Krismas beliau kelmarin. 
Penafian pantas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat selepas menyedari bahawa PAS makin tersepit untuk menjelaskan kenapa beliau (Guan Eng) mahu isu polemik Kalimah Allah terus dipermainkan di Semenanjung.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata Bible sepatutnya hanya menggunakan istilah Tuhan dan bukan Allah sebagaimana yang disarankan oleh Guan Eng. 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa turut meminta Guan Eng memberi penjelasan di sebalik kenyataannya itu. 
Malah Mujahid bersetuju bahawa orang Kristian di Semenanjung menghormati undang-undang syariah beberapa negeri yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tertentu termasuk Allah.  
Motif politik Guan Eng
Kenyataan awal Guan Eng mahu semua Bible bebas menggunakan kalimah Allah tentunya bertujuan mencari keuntungan politik di kalangan penganut Kristian di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. 
Ini  memandangkan pilihanraya umum dijangka diadakan beberapa minggu sahaja lagi. 
Anehnya, dalam perutusan sempena Hari Krismas, Guan Eng langsung tidak merujuk kepada keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan penganut Kristian melawat tempat-tempat suci agama itu di Israel. 
 Sekatan itu menyerlahkan iltizam kerajaan mendokong hak dan kebebasan beragama semua kaum mengikut prinsip Rukun Negara dan mengikut kesesuaian masa. 
Sebaliknya Guan Eng memilih untuk berpolitik dengan mengungkitkan semula polemik penggunaan Kalimah Allah dalam perutusan Hari Krismasnya. 
Penafian Guan Eng dirancang
Apabila menghidu penentangan PAS terhadap cadangannya itu, Guan Eng bingkas mengarahkan Setiausaha Politiknya Zairil Khir Johari untuk membuat penafian. 
Berikut adalah petikan teks perutusan Guan Eng sempena Krismas bersabit isu Kalimah Allah dalam Bahasa Inggeris: 
DAP urges the BN Federal government to allow the use of the word Allah on the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.
TERJEMAHAN : "DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
Zairil mendakwa “bosnya” tidak pernah menganjurkan supaya Bible di Semenanjung turut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. 
"Beliau (Guan Eng) hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak,” dakwa Zairil.
"Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia,” katanya. 
Penafian Zairil ada dua “kekurangan.” 
Bible Bahasa Melayu sebenarnya  didapati boleh di jual di gedung-gedung di Semenanjung dan digunakan di gereja-gereja .   
Kedua: Dalam perutusannya, Guan Eng jelas menyebut bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible DIBENARKAN  di Sabah dan Sarawak. Jadi,  sudah tentu desakan Guan Eng  kepada BN adalah supaya kelonggaran penggunaan Kalimah Allah dalam Bible diperluaskan di Semenanjung.
Tindakan bingkas Guan Eng menafikan kenyataannya itu  hanya menguatkan tuduhan dan persepsi bahawa beliau mengamalkan politik lidah bercabang. 
Jika kenyataan awal dibuat oleh Guan Eng mensasarkan undi Kristian, penafian yang menyusul menerusi Zairil  hanya untuk meredakan kemarahan umat Islam. - ANTARA POS-


        

default

Gambar Proton Preve Hatchback warna putih di jalanraya

on Thursday, December 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Terima kasih kepada blog funtastickodesign yang berkongsi gambar Proton Preve Hatchback / P3-22A yang sedang dipandu uji . Kali ini ia berwarna putih pulak  dan pengeluaran kereta ini dijangka tahun depan .


default

Kalimah Allah: Desakan Guan Eng wujudkan Kristianofobia

on Wednesday, December 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

 "DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP)."Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.

 Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian."Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah.

 Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan,"Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.

 Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.

 "Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya.Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu.Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak.

default

PAS haram bayar zakat fitrah kat orang UMNO ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.

Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.


** PAS keluar fatwa isu amanat Hadi dah basi ...tapi penyokongnya tetap amalkan lagi .. 

Sokong PAS bermakna sokong  pepecahan perpaduan umat Islam .

default

Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalimah Allah !!

on Tuesday, December 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ustaz  Ismail Mina Ahmad menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan 'Allah' digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.

Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi di kalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini.

 "Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini.

"Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada pengganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng tadi menggesa kerajaan Persekutuan supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi bahasa Malaysia.

Menurut Guan Eng gesaan ini datang atas sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun," katanya.

Ismail turut menyifatkan penganut Kristian di negara lain pun tidak menjadikan perkataan 'Allah' sebagai sandaran untuk sewenang-wenangnya mengelirukan orang ramai terutamanya penganut Islam.

"Orang Kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah di dalam Biblenya, kenapa tidak menggunakan perkataan Allah kerana di dalam Bahasa Melayu Tuhan kan?

"Sepatutnya dulu dalam tulisan Bible mereka, mereka menggunakan khalimah Allah, mereka sendiri pun tidak menggunakan khalimah Allah, maka sebab itu kita katakan ini adalah satu provokasi (Lim Guan Eng) kepada umat Islam sebab semua teks-teks di dalam Bible dalam bahasa tempatan, atau bahasa German ke, mereka tidak menggunakan perkataan Allah," katanya.

Untuk rekod sebelum ini akhbar Mingguan Khatolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan dengan masalah Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'Allah' dalam agama Kristian.

Pada Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan perkataan 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Malah tindakan menggunakan perkataan 'Allah' itu oleh The Herald mendapat teguran Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Baginda bertitah bahawa Negeri Selangor hendaklah teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama di Negeri Selangor.

Adalah penting kedudukan agama Islam dipelihara setiap masa sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47 Undang-Undang Tubuh Kerajaan (Negeri Selangor) 1959 yang memperuntukkan bahawa Agama Islam sebagaimana yang dianuti dan diamalkan dalam Negeri ini hingga kini hendaklah menjadi agama Negeri, dengan syarat bahawa semua agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai oleh orang-orang yang menganutinya di mana-mana bahagian Negeri ini.- ANTARA POS-

default

Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





DAP Pulau Pinang dicabar supaya membariskan calon berbangsa Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jika benar parti itu tidak bersifat perkauman.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, sekiranya DAP masih meneruskan amalan meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu sahaja, maka keikhlasan mereka menerima orang Melayu khususnya, boleh dipertikai.

“Saya nak cabar (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng, kalau dia betul-betul mahukan calon Melayu bertanding dalam DAP, letak di kawasan Cina. Kita nak tengok dia ikhlas atau tidak ikhlas.

“(Kebiasaannya) Dia (DAP) akan ambil calon Melayu ini dan letakkan di kawasan Melayu. Kalau dia ikhlas nak orang Melayu duduk dalam DAP, letak di kawasan Cina. Suruh orang Melayu DAP ini, bertanding di kawasan Cina. Barulah dia ikhlas,” katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.


Walaubagaimanapun Musa yakin parti yang didominasi oleh kaum Cina itu tidak pernah ikhlas meletakkan calon Melayu bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.

Selama ini dakwa beliau, DAP dilihat sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ dengan hanya membariskan calon Melayu apabila terdapat desakan dan tekanan untuk berbuat demikian.

“Bagi saya dia tak ikhlas..Dia tak ikhlas nak gunakan calon-calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya.

"Kalau ada yang desak, dia akan berilah sebagai melepaskan batuk di tangga. Itu sahajalah..,” ujar beliau.


Ketika merasmikan kongres DAP baru-baru ini, Guan Eng melahirkan hasrat untuk memnjadikan DAP sebagai pilihan orang Melayu.

Namun begitu agenda tersebut mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.

Antara yang tewas adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin  S.M. Omar yang mendapat 348 undi.
 
Keputusan tersebut jelas menunjukkan rata-rata perwakilan DAP menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu, apatah lagi untuk memberi peluang mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13.

Bagaimanapun untuk meredakan kekhuatiran orang Melayu terhadap DAP, 20 ahli CEC yang terpilih memgumumkan Ariffin dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2012-2015. -ANTARAPOS-

default

Kerana "Pelesit jalanan Mazidul " ,geng bikers serbu Sri Pentas

on Monday, December 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PETALING JAYA: Pengacara TV3, Mazidul Akmal Sidek terus didesak agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan penunggang motosikal sebagai 'pelesit jalanan'.
Mazidul dan Tv3 sebelum ini pernah membuat kenyataan maaf bersabit isu itu. Namun hari ini sekumpulan penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun dihadapan Sri Pentas bagi menuntut pengacara sensasi itu memohon maaf secara terbuka dalam masa tiga minggu.



Mereka mengugut jika Mazidul dan program Majalah 3 tidak berbuat demikian, satu himpunan besar-besaran akan diadakan.


Kumpulan yang turut dianggotai Motor Corner dan ARC Selangor itu turut menyerahkan memorandum kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya, sambil melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Wakil kumpulan motosikal itu, Mohd Shahid Tasiran menyatakan permohonan maaf Mazidul baru-baru ini tidak menyeluruh dan atas sebab itulah mereka menuntut ia dibuat secara terbuka.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.


Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.
Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.


Mazidul sebelum ini melaporkan sebuah laporan khas bersabit isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menerusi Majalah 3, yang menonjolkan penunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai penunggang berbahaya di jalan raya.


Mazidul turut menggelarkan mereka pelesit jalanan. Hakikatnya adegan menunggang motorsikal itu adalah hanya lakonan semula dan bukan aksi sebenar. -ANTARA POS-















default

Umi Hafilda pilih Doktor Pakistan sebagai suami...

on Sunday, December 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.

Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Komen GPB

Akhirnya kahwin juga Adik Azmin Ali ini iaitu Umi Hafilda Ali . Pasangannya bukan lekeh tapi mat Pakistan iaitu Dr Zaman Khan yang lebih muda. Tahniah !


default

Puak PAS panas telinga Dr Asri desak amanat Hadi ditarik balik !!

on Wednesday, December 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Sambil menyifatkan isu Amanat Haji Hadi sebagai "kisah lama", bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.
Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.


“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.


“Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi). Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.

Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu.
“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.

“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.
Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka.


“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.


Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.
“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.
“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.



default

Polis beri amaran guna Akta Hasutan jika sebar berita palsu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau laman sosial termasuk blog bagi menyekat penyebaran berita palsu mengenai rusuhan di daerah Kuala Muda.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata mereka yang didapati masih cuba berbuat demikian akan dikenakan tindakan sewajarnya.

"Kita akan pantau, jika ada bahasa, perkataan atau ayat yang digunakan itu mempunyai unsur-unsur hasutan, kita tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan menjejaki mereka yang terbabit.


"Siasatan masih berjalan ketika ini dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan atau Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan talian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur, di sini hari ini.



Syed Ismail juga menegaskan berita yang disebarkan menerusi menerusi laman sosial, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar dan meminta orang ramai merujuk kepada laman Facebook rasmi PDRM, bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai insiden berkenaan.



"Inilah bahayanya Internet kerana mereka boleh menggunakan identiti orang lain, malah gambar juga boleh diganti dengan gambar kejadian di tempat lain sehingga menyebabkan pembacanya keliru.



"Tidak ada kematian yang berlaku dan polis sudah bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia untuk mengawal keadaan. Jangan percaya kepada khabar angin dan jika mahu, dapatkan maklumat melalui Facebook rasmi polis," katanya. - Bernama



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.