KUALA LUMPUR – Gara-gara mendapat berita suami kesayangannya kemalangan, penyanyi wanita tanah air, Datuk Siti Nurhaliza telah membatalkan persembahannya dalam Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin.
Berita mengenai kemalangan yang dialami oleh Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K di Queensland, New Zealand sewaktu menunggang motorsikal berkuasa tinggi disampaikan oleh rakan Datuk K kepada kakak ipar Siti, Datin Zaiton.
Kata Zaiton, Siti yang sukar dihubungi kerana dalam perjalanan ke Banjarmasin ternyata terkejut menerima berita sedih itu.
Sejurus selepas itu, Siti mengambil keputusan untuk membatalkan persembahannya dalam konsert tersebut dan ingin pulang ke Malaysia pada hari ini.
Siti dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang juga kakak iparnya dijangka tiba pada jam 6 petang.
“Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.
“Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan,” kata Zaiton yang dipetik dari portal Murai.com.
Siti yang cemas dan risau telah meminta kakak iparnya itu menempah tiket ke New Zealand dengan kadar segera.
Namun, tiket penerbangan yang ada hanyalah pada hari esok dan mereka dijadualkan akan berlepas pada jam 12 tengah hari.
Zaiton juga mengambil inisiatif menghubungi hospital yang merawat Datuk K di sana.
Katanya, Datuk K berada dalam keadaan stabil tetapi masih lagi memerlukan rawatan dari pihak doktor.
“Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah dan mereka bimbang kalau-kalau berlaku kecederaan dalaman.
“Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan,” beritahu Zaiton.
Zaiton berharap agar orang ramai mendoakan keadaan adiknya itu dalam keadaan baik dan sejahtera.
Zaiton dijadualkan berlepas ke New Zeland bersama Siti dan beberapa ahli keluarga lain.
Sumber:mynewshub
Siti Nurhaliza batal konsert gara-gara Datuk K kemalangan
on Thursday, December 13, 2012
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2012
(827)
-
▼
December
(61)
- Giliran Ngeh hina umat Islam tentang kalimah Allah !!
- Fadli cabar Razali buktikan FAM boleh tingkat bola...
- Hotel Majestic, bangunan monumen sejarah negara
- Hot ! Jemaah Malaysia lari dikejar wanita Bogel di...
- Gambar Amy Search bersama jersi baru pasukan terma...
- DAP lidah bercabang , arah Zairil buat penafian is...
- Gambar Proton Preve Hatchback warna putih di jalan...
- Kalimah Allah: Desakan Guan Eng wujudkan Kristiano...
- PAS haram bayar zakat fitrah kat orang UMNO ??
- Ulama ingatkan Guan Eng henti provokasi isu Kalima...
- Guan Eng mesti panas cabaran terbaru dari UMNO ini !!
- Kerana "Pelesit jalanan Mazidul " ,geng bikers ser...
- Umi Hafilda pilih Doktor Pakistan sebagai suami...
- Puak PAS panas telinga Dr Asri desak amanat Hadi d...
- Polis beri amaran guna Akta Hasutan jika sebar ber...
- Kenyataan Timb Ketua Polis Kedah mengenai pergaduh...
- Haramkah & pencacai pakatan patut mohon maaf kepad...
- PANAS ! Pergaduhan kaum berlaku di Sungai Petani ??
- Ong Kim Swee sedia bergelar Jurulatih Harimau Malaya
- Akhirnya sistem Kamera AES dibekukan juga ..haha
- Ong Kim Swee pilihan Shebby untuk jurulatih Malays...
- Pasukan termahal Liga Malaysia perkenalkan pemain ...
- Ostazah Abby kata lawan Umno adalah jihad!
- Kongres DAP fitnah @NajibRazak main politik kotor ...
- Gambar Proton Preve Hatchback dipandu uji ..
- Kartun untuk pengadil K-Pop yang bodoh#harimaumalaya
- Watak yang membunuh game #HarimauMalaya beri kemen...
- Siti Nurhaliza batal konsert gara-gara Datuk K kem...
- Kelemahan Apek dah dihidu Thailand #Harimaumalaya
- Selepas minum air Zam Zam , Farida terus peluk Isl...
- Genetik bangsa Melayu lebih tua daripada Cina ..
- Tarikh 12.12.2012 cukup istimewa untuk tok wan ni ...
- Beza orang PAS & UMNO dalam misi ke GAZA !!
- Pas malu Hamas puji Malaysia negara Islam contoh..
- Prof yang gah di wacana , tapi tidak di akar umbi ...
- Palestin puji keberanian Malaysia & @NajibRazak
- Najib sempoi..makan di gerai tepi jalan bersama ke...
- @NajibRazak dedah penipuan pembangkang 300 ribu ka...
- Orang kampung lebih berani pegang nadir bumi Lynas...
- Mesir contoh kerajaan dijatuhkan di jalanan yang g...
- Kemajuan 55 tahun negara rosak jika diperintah pem...
- Tokong DAP takut hilang kuasa , tanam kebencian ke...
- Hot !! DAP berjaya angkat harga rumah Penang pali...
- Pembangkang panik Malaysia perbaiki indeks rasuah ...
- Tragedi Gombak gambaran awal tindakan ganas PR di ...
- Ostazah Abby kata kerajaan Malaysia tipu bantu rak...
- Awas ! Tokong DAP dah mula serang @NajibRazak bil...
- Analisis #PAU2012 dengan Muktamar PAS ..
- Pakar retweet cepat Pas sebar anak bini pemimpin U...
- Penulis pro pembangkang akui kehebatan @NajibRazak...
- UFB tibai tuduhan pembangkang kata UMNO zalim #PA...
- Mengapa Melayu Singapura sokong BN bukan pembangka...
- Pembangkang cukup tak senang situasi UMNO kini ! #...
- #PAU2012 @Zahid_Hamidi hargai perjuangan blogger !!
- Video : Ahli UMNO sebak bila nyanyi lagu anak keci...
- Rumah KP UMNO Prmtg Pauh dirompak semasa di #PAU2012
- Perwakilan bangga jika anak mereka seperti Ariff Y...
- Najib lebih popular bukti orang muda dah kembali s...
- Amy Search teruja melihat perbahasan #PAU2012
- Ustaz Fathul Bari ajak 1 Malaysia tolak fitnah #PA...
- Gambar Majlis Perkahwinan Anak Datuk Hishamuddin &...
-
▼
December
(61)