Tokong DAP takut hilang kuasa , tanam kebencian kepada UMNO @dzainalabidin

on Thursday, December 6, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semakin takut Tokong DAP hilang kuasa di P.Pinang menjelang PRU 13.  Kini mereka dah mula fitnah dan tanam kebencian terhadap Umno walaupun program berkenaan tidak berkaitan politik


- Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan berada dalam keadaan begitu terdesak sehingga sanggup menanam perasaan benci terhadap UMNO ketika menghadiri satu majlis makan malam yang dihadiri oleh penganut pelbagai agama.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri, Guan Eng sepatutnya mengajak para hadirin mengamalkan kasih sayang, toleransi dan keharmonian sesama mereka.
Menurutnya, Setiausaha Agung DAP itu sewajarnya memastikan perpaduan kaum terus diperkuatkan, bukannya menyebar fitnah yang boleh menyebabkan rakyat beranggapan UMNO merupakan sebuah parti ekstremis.
"UMNO Pulau Pinang amat dukacita dan kecewa dengan ucapan tidak bertanggungjawab Guan Eng dalam sebuah majlis dihadiri oleh kumpulan pelbagai agama baru-baru ini yang dilihat melampaui batas-batas politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.9


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.