PENULIS berkesempatan berada di Dewan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC) pada hari terakhir persidangan bagi melihat sendiri keadaan disitu. Jangan kata orang hanya pandai cakap saja tapi tengok sendiri tidak mahu. Kehadiran penulis juga untuk memantau kerja-kerja mengedarkan risalah Pakatan Rakyat di luar kawasan PWTC (kawasan jejantas menuju stesen LRT).
Dari pemerhatian penulis sendiri memang ahli UMNO yang hadir cukup ramai, dari mana mereka ini datang, penulis tidak boleh nak cakap, tapi ramai oranglah. Ini agak berlawanan dengan persepsi di media sosial yang mengatakan UMNO sudah tidak ada sokongan, penulis sendiri nampak sokongan itu ada tambahan pula di kalangan wanita.
Satu yang menarik perhatian penulis, handbanner, T-Shirt, Topi dengan perkataan I Love PM kelihatan hampir di setiap ceruk bangunan, mengalahkan imej UMNO itu sendiri. Nampaknya disitu, Najib berjaya mempotretkan dirinya sebagai ikon UMNO, bukan sebaliknya. Seolah-olah tanpa Najib, UMNO tidak bermakna langsung.
Khabarnya, T-Shirt dengan perkataan I Love PM tersebut yang diedarkan secara percuma pada hari terakhir persidangan, habis dalam masa beberapa minit sahaja diedarkan. Malah penulis melihat sendiri bagaimana orang-orang UMNO berebut-rebut untuk mendapatkan T-Shirt tersebut.
Bagi mata yang tidak terlatih, nampak macam orang UMNO ini kebulur barang percuma, tapi dari satu sudut pemerhatian yang lain, keadaan ini menunjukkan, semua usaha Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan imej Najib, hampir tidak berjaya. Dimana salahnya disini?
Penulis rasa, Pakatan Rakyat perlu mengubah strategi. Pendekatan menambah tunai dalam pendapatan rakyat, melalui penghapusan tol, pinjaman PTPTN, penambahan subsidi makanan dan sebagainya, memang baik tapi lebih baik lagi kalau rakyat merasa tunai yang dijimatkan Pakatan Rakyat nanti. Lagipun bukan semua dari kalangan 28 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman PTPTN, hanya segelintir sahaja.
Begitu juga dengan penghapusan tol, ia lebih menguntungkan penduduk di kawasan bandar sedangkan yang di luar bandar, kurang terbeban dengannya. Najib jelas berjaya menggunakan pendekatan ini.
Dari pelbagai pemberian tunai oleh kerajaan kepada rakyat ini, Najib seolah-olah mengambil peranan ‘bapa’ kepada rakyat, kerana kita tahu dalam banyak hal, hanya bapa yang beri wang tunai kepada anak-anaknya. Sebab itulah penulis rasa, Najib tidak kekok meletakkan dirinya sebagai ikon hampir dimana-mana walaupun pelbagai macam pendedahan kurang menyenangkan dibuat Pakatan Rakyat terhadap Najib dan keluarganya selama 4 tahun menerajui pentadbiran negara.
Dengan tempoh 15 minggu yang dijanjikan Najib kepada para perwakilan UMNO untuk mengadakan pilihanraya umum, penulis rasa masih ada masa untuk Pakatan Rakyat merencanakan sesuatu bagi mengatasi kelebihan yang dimiliki Najib sekarang. -FreeMalaysiakini-
Komen GPB
Akhirnya mereka akui kekuatan BN & UMNO bagi menghadapi PRU 13 terletak kepada kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak .
Jadi , selama ini yang mereka dok fitnah isu Altantuya dan Scorpene hanya untuk rosakkan imej beliau supaya BN mudah ditumbangkan ...