..

..
Archive for October 2015

default

PAS BUAT PENDEKATAN BARU, SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO & KERAJAAN BN

on Wednesday, October 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.


“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya

default

PAS REJECT FORMULA DAP AJAR CARA AGIH KERUSI TANDING PRU14

on Sunday, October 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pas menolak cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang agar kerusi yang bakal ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 diagihkan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan formula tertentu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, terutama Amanah dalam soal pembahagian kerusi.

Sehubungan itu, tegas beliau, Pas tidak berminat untuk mene­liti lebih lanjut cadangan Kit Siang tersebut.
"Itu pandangan DAP, bagi Pas, kita tidak ada pandangan macam itu. Kita ada Majlis Syura, ada Dewan Ulama dalam parti yang boleh berbincang perkara ini.

"Kita memang tidak akan berkompromi terhadap perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok Kelantan 2015 di Madrasah Diniyah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh, di sini semalam.
Yang turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kit Siang dalam satu kenyataan akhbar semalam mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Katanya, satu-satu cara menyelesaikan masalah itu ialah Pas hanya perlu bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Amanah pula boleh bertanding di negeri-negeri lain.
Usaha petugas media mendapatkan reaksi Abdul Hadi terhadap perkara itu bagaimanapun gagal kerana beliau enggan ditemu bual.

default

SAIFUDDIN TINGGALKAN PARTI , KURANG SEORANG MUSUH DALAM UMNO - @dzainalabidin

on Friday, October 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang mengalu-alukan tindakan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PKR.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman yang sedikit terkejut dengan keputusan Saifuddin menyertai PKR dan bukannya DAP berkata, kini kurang seorang musuh dalam Umno.

“Beliau sepatutnya menyertai DAP, kerana ia lebih sesuai dengan aspirasi serta matlamat politiknya.

“Bagaimanapun, sebagai bekas rakan seperjuangannya, saya mendoakan yang terbaik untuknya, tetapi beliau sepatutnya melakukannya lebih awal.

“Saya sudah menjangkakannya, tetapi saya rasa beliau tidak akan menunggu terlalu lama.

“Lebih baik tinggalkan parti daripada terus berada di dalam Umno dan mengutuk parti dan kepimpinannya,” kata Zainal Abidin ketika dihubungi hari ini.

Sentimen Zainal Abidin itu turut dikongsi  Azizi Safar yang berpendapat, lebih baik Saifuddin meninggalkan Umno daripada terus menjadi orang munafik.

“Apa jawatan Saifuddin dalam Umno? Beliau hanya ahli biasa, tetapi saya memuji tindakan beliau meninggalkan parti, memandangkan beliau tidak bersetuju dengan parti lagi.

“Lebih baik tinggalkan parti daripada terus menjadi hipokrit,” katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengucapkan terima kasih kepada PKR, kerana sudi menerima bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Jamal berkata, Saifuddin tiada pengaruh di kalangan pengundi, berdasarkan kekalahannya pada Pilihan Raya Umum lalu yang menyaksikan beliau kehilangan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Temerloh.

“Walaupun saya kenal Saifuddin, saya labelkan beliau sebagai (istilah menghina) dan saya berterima kasih kepada PKR, kerana menerima (istilah menghina) untuk duduk di bawah bumbung sama dengan mereka.

“Tindakan beliau sebenarnya didorong rasa kecewa, kerana tidak mempunyai kedudukan (dalam Umno).

“Beliau ialah bekas timbalan menteri, seorang ahli Parlimen, jadi beliau tahu apa rasanya untuk mempunyai keistimewaan, tetapi malangnya beliau ‘lupa diri’, menyebabkan beliau kalah di kawasannya sendiri,” kata Jamal.

Beliau menyifatkan langkah mengejut Saifuddin melompat daripada Umno ke PKR seperti mengeluarkan duri dalam daging daripada Umno.

“Selama ini, kita sedia maklum dengan apa yang boleh dan tidak boleh katakan, kerana beliau adalah sebahagian daripada Umno, walaupun beliau secara konsisten bertindak dan bercakap mengenai pendirian yang diambil kepimpinan parti,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman pula berkata, tindakan Saifuddin itu memang sudah dijangkakan.

“Adalah baik untuk Umno, beliau sudah pergi,” katanya.

Saifuddin memberitahu media bahawa perjuangan berbeza dalam Umno dan Barisan Nasional, mendorong tindakannya untuk melompat ke PKR.

Menurut Saifuddin, beliau mempunyai objektif jelas dalam politik, iaitu untuk berjuang dan melakukan perubahan politik serta pembaharuan institusi, tetapi beliau percaya tidak boleh berbuat demikian, jika bersama Umno.

default

ATM GUNA PELANTAR MINYAK SEBAGAI PENGKALAN LAUT BERDEPAN ANCAMAN MUSUH NEGARA @HishamuddinH20

on Monday, October 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pelantar minyak dijadikan pengkalan laut atau Sea Basing jarang sekali dilihat  tetapi kini sudah ada di Sabah sebagai markas di barisan depan berdepan ancaman musuh negara .

Tahniah kepada DS Hishamuddin yang kreatif menggunakan bekas tapak pelantar minyak sebagai Sea Bassing bagi mengawal perairan Pantai Timur  Sabah.

Ancaman IS merupakan cabaran kuat  kepada negara di dunia  dan Malaysia juga tidak terkecuali.  Pengaruh IS juga sudah mula menular dikalangan puak pemisah Selatan Filipina dan sudab baiah kepada pemimpin agong pengganas itu .

Semoga dengan adanya Sea Basing dapat membanteras penceroboh daripada menggugat kedaulatan negara !!






Kenyataan Media
YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Sea Basing

Tawau, 12 Oktober 2015


Hari ini saya adakan lawatan kerja meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan dan sistem pertahanan di Sabah termasuk bertemu dengan anggota yang terlibat dalam Op PASIR serta menilai sendiri keupayaan Pangkalan Laut (Sea Basing) dalam berhadapan dengan pelbagai ancaman yang wujud dari dalam dan luar negara.

Ini kerana, situasi terkini berhubung ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah telah mengubah lanskap/skop keselamatan dan pertahanan negara. Meskipun situasi di Pantai Timur Sabah terkawal, namun adalah amat penting segala perancangan, pemantapan serta persiapan yang rapi dilakukan dari sekarang untuk mendepani ancaman ini.



Dalam konteks ini, terdapat 4 aktiviti/ gerakan utama yang berpotensi memberi ancaman besar kepada keselamatan dan pertahanan di Sabah, iaitu rancangan penculikan, rompakan laut, rancangan pencerobohan dan ancaman Islamic State (IS).

Berhubung ancaman IS, ianya melibatkan gerakan luar yang lebih bersifat sofistikated dan kompleks.  Pada dasarnya tiada ancaman secara langsung daripada militan IS di Pantai Timur Sabah dan setakat ini belum ada bukti yang kredibel menyatakan elemen-elemen IS telah bertapak di Pantai Timur Sabah. Namun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana kawasan ini sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari Selatan Filipina.



Pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan di kalangan kumpulan-kumpulan pengganas dan pemisah di Selatan Filipina kerana pemimpin-pemimpin kumpulan ini seperti Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Moro National Liberation Front (MNLF) dan Rajah Solaiman Movement (RSM) telah menyatakan kesetiaan (Bai’ah) kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi pada tahun 2014. Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin. Selain itu, ancaman militan ini juga turut berkait dengan 5 anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di Selatan Filipina.

Maka bagi mengukuhkan lagi keselamatan di Pantai Timur Sabah, pihak Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia telah mewujudkan Pangkalan Laut atau Sea Basing. Sea Basing ini merupakan inisiatif baru menggunakan pelantar minyak sebagai pangkalan hadapan untuk menguatkuasa pertahanan Pantai Timur Sabah. Sehingga hari ini terdapat 2 Sea Basing utama iaitu Pangkalan Laut Tun Azizan dan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang telah beroperasi sejak Mei lalu. YAB Perdana Menteri dijangka akan merasmikan Pangkalan Laut ini dalam masa terdekat.

Pelaksanaan Sea Basing ini adalah pendekatan luar kotak hasil inisiatif saya sendiri. Ia adalah pendekatan pertama seumpama di dunia dan kini menjadi model pertahanan kepada negara-negara lain. Tugas Sea Basing ini ialah bertindak sebagai cegah rintang bagi membanteras penceroboh pengganas, pengumpul maklumat perisikan taktikal dan komuniti maritim, berfungsi sebagai pangkalan operasi hadapan, menyediakan bantuan logistik kepada bot pemintas, bertindak sebagai pusat operasi hadapan untuk mengkoordinasikan operasi kawasan ancaman, berperanan sebagai platform pengoperasian helikopter dan bertindak sebagai pelantar untuk pasukan atur gerak cepat.



Demi memastikan fungsi Sea Basing dapat dimaksimakan, pihak Kerajaan telah menambah baik Pengkalan Laut Tun Sharifah Rodziah dan Pangkalan Laut Tun Azizan dengan memasang peralatan komunikasi radar dan CCTV, jacking system, pemasangan Pontoon, motor air compressor, trouble shooting water marker parker dan trouble shooting Maralia dan HVAC. Keupayaan radar yang dipasang iaitu jenis CSS 1206 mampu mengesan sasaran permukaan sejauh 20KM dan akan ditambah baik dengan pemasangan Radar CSS AESA Spexer 2000 kelak. Kesemua kos pembinaan dan penambahbaikan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Petronas.

Selain daripada itu, pihak kerajaan Malaysia juga telah mengatur gerak aset daripada ATM seperti Bot Tempur CB90, aset-aset APMM dan aset Polis Marin bagi terus mengukuhkan lagi kedudukan dan fungsi Sea Basing. Ianya turut melibatkan krew TLDM dan Anggota PASKAL. Pada masa yang sama, kerjasama risikan antara ATM dan agensi keselamatan Filipina terus dimantapkan bagi mendepani ancaman yang wujud.

default

MENTERI BIDAS DAP SALAHKAN KPM ISU KEMATIAN 7 PELAJAR SK TOHOI

on Sunday, October 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya gagal menyediakan prasarana dan suasana yang kondusif di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan sehingga berlakunya kes kehilangan tujuh pelajar sekolah itu pada 23 Ogos lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPM telah menyediakan guru, warden asrama dan juga wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) bagi menjaga kebajikan pelajar di asrama sekolah tersebut.

“Ini peristiwa yang tragik. Apabila ia berlaku semua orang boleh salahkan sesiapa sahaja. Tetapi kita telah lakukan yang terbaik. Saya telah pergi ke sekolah itu dua kali.

“Terdapat guru, guru asrama, pembantu pelajar dan wakil JKOA di sekolah itu. Mereka berada di sana dan menjaga semua pelajar dari tahun satu hingga enam sejak bertahun-tahun lalu dan ini adalah kali pertama kejadian seperti itu berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian selepas hadir dalam Pertandingan Mengeja Spell It Right Challenge Peringkat Kebangsaan anjuran New Straits Times dan RHB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dekat sini.

Mahdzir mengulas isu itu ekoran kenyataan Timbalan Pengerusi Wanita DAP Pulau Pinang, Kasthuri Patto yang mengatakan insiden itu berlaku kerana kelemahan KPM dan ia disiarkan dalam portal My News Hub hari ini.

Sambil menyifatkan tragedi itu di luar kawalan KPM, beliau turut menafikan kementerian itu tidak bertanggungjawab dalam menangani kebajikan mangsa-mangsa yang terbabit.

“Dalam kes ini kita telah lakukan yang terbaik. Bantuan kewangan kepada semua mangsa dan keluarga mangsa akan diputuskan kemudian. Sekarang kita tunggu semuanya selesai dahulu,” ujarnya.




Kehilangan Orang Asli SK Tohoi: Jangan salahkan sesiapa, kata Mustapa


KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad meminta semua pihak tidak menuding jari mencari kesalahan berhubung insiden kehilangan tujuh murid Orang Asli SK Pos Tohoi.

Jelas Mustapa, semua pihak sebaliknya perlu bekerjasama membantu kerana siasatan dan pencarian kanak-kanak berkenaan sedang giat dijalankan pihak penyelamat.

Beliau pada masa sama bersyukur, dua murid ditemui masih hidup dan mencadangkan satu kajian dan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan dijalankan.

"Harus ada satu kajian, yang pertama, kenapa ini berlaku? Kedua, kenapa pencarian mengambil masa selama dua bulan? Ini tempoh yang sangat lama, tak pernah ada rekod pencarian sepanjang ini.

"Pada peringkat ini, kita tak boleh menyalahkan sesiapa (kerana) kita dengar macam-macam andaian. Siasatan rapi penting supaya kita tahu apa puncanya. Yang penting, kita tak mahu perkara in berulang," ujarnya selepas perasmian Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan di sini siang tadi.

Mustapa, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, mengulas luahan dan kemarahan khususnya masyarakat Orang Asli terutama ibu bapa pelajar asli terlibat yang menyalahkan pihak sekolah dan pasukan mencari di atas insiden yang berlaku hingga menyebabkan mereka lambat ditemu


default

BACA INI ! KERAJAAN MALAYSIA TELUS DALAM RUNDINGAN TTPA

on Wednesday, October 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Saya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti “meterai’ dan ‘done deal’ antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.

Pengumuman semalam mengesahkan bahawa ‘negotiations concluded’ atau rundingan telah selesai. Ini bererti pihak-pihak terlibat telah mencapai kata sepakat bahawa tidak lagi perlu rundingan berterusan. Perbincangan sudah menemui jalan penghujungnya.

Apakah ini bererti bahawa rundingan itu kelak akan dipersetujui oleh semua pihak terlibat (12 negara TPP)? Jawapannya tidak. Ini kerana keputusan sama ada negara-negara berkenaan akan menerima atau tidak perjanjian TPP bergantung kepada proses domestik negara masing-masing.

Menteri yang mewakili Malaysia, Mustapa Mohamed telah berkali-kali memberi taklimat dan penerangan kepada pihak media tentang proses ini. Mustapa amat jelas bahawa sebaik sahaja teks perjanjian rasmi diserahkan kepada Malaysia, kerajaan akan memberi akses kepada orang ramai untuk mengkaji sendiri butiran perjanjian tersebut. Kerajaan juga akan mengadakan sessi konsultasi dengan semua pihak berkepentingan dan dengan rakyat.

Keputusan menandatangani perjanjian ini atau tidak akan dibuat secara bersama. Ia bukan keputusan kerajaan semata-mata. Kerajaan akan membentangkan teks perjanjian TPP ke Parlimen dalam tempoh persidangan terdekat ini. Bersama-sama dengan teks itu, kerajaan akan bentangkan juga hasil dua kajian berkaitan untung rugi TPPA.


TPPA akan dibahas oleh ahli-ahli parlimen dan kemudian akan diundi. Keputusan ahli-ahli parlimen ini akan di bawa pula ke kabinet. Selepas itulah baru kerajaan akan memberi kata putus.

Sekiranya kerajaan menandatangani TPPA selepas semua proses domestik ini selesai, perjanjian itu belum akan dilaksanakan kerana kerajaan perlu membuat pengesahan terhadap perjanjian tersebut (ratify) dalam tempoh 24 bulan. Sekiranya di dalam tempoh itu kerajaan mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan perjanjian tersebut, maka ia tetap tidak akan dilaksanakan.

Penjelasan di atas, telah berkali-kali dijelaskan oleh YB Menteri kepada pihak media, kaukus parlimen yang terdiri dari backbenchers dan pembangkang, serta kumpulan-kumpulan berkepentingan, sejak beberapa tahun yang lalu.

Malaysia telah menyertai rundingan TPPA sejak lima tahun lalu. Di dalam tempoh tersebut, kerajaan tidak pernah menyembunyikan perkara yang dibincangkan dari pengetahuan pihak-pihak yang berkepentingan. Kerajaan mengadakan dialog, dan konsultasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memaklumkan status dan juga bagi mendapatkan maklumbalas. Sehingga 13 Ogos 2015, kerajaan telah mengadakan 111 engagement dalam bentuk dialog dan konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan. Pada 13hb Ogos 2015, YB Menteri MITI juga telah memberi taklimat kepada pihak media Malaysia dan antarabangsa mengenai rundingan terkini.

Kekeliruan terhadap masyarakat yang ditimbulkan oleh pihak media massa dan juga oleh pihak-pihak berkepentingan tidak seharusnya berlaku. Ini kerana semua pihak arif bahawa TPPA tidak akan ditandatangani selagi proses domestik tidak diselesaikan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

default

PENYELESAIAN SEGERA BUKAN 3 TAHUN TEMPOH ATASI JERUBU @Zahid_Hamidi

on Monday, October 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Langkah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Indonesia mencari jalan penyelesaian segera untuk masalah jerubu bukannya 3 tahun tempoh  amatlah tepat. 

Tempoh tiga tahun yang dimaklumkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mengatasi je­rebu terlalu lama memandangkan saban tahun Malaysia akan menjadi mangsa kepada masalah itu yang turut mendatangkan kerugian dalam sektor ekonomi dan meningkatkan kos rawatan perubatan.

Nada ketegasan  Menteri Dalam Negeri turut dizahirkan bahawa Indonesia perlu mengotakan  komitmen untuk mengatasinya dalam jangka panjang termasuk penguatkuasaan yang tegas bukan hanya merancang di atas kertas atau mengeluarkan kenya­taan-kenyataan yang menjadi halwa telinga tetapi tiada tindakan diambil.

“Malaysia mengalu-alukan langkah itu namun tiga tahun mungkin terlalu lama kerana setiap kali pembakaran terbuka dilakukan oleh pekebun-pekebun di negara ber­kenaan, kita seolah-olah tidak me­lakukan usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak negara berkenaan.

“Kami sangat berterima kasih dengan Indonesia jika berbincang dengan negara-negara rakan ASEAN untuk mengambil langkah panjang bagi mengatasinya dengan harapan komitmennya bukan hanya di atas kertas atau menjadi halwa telinga, tetapi diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang boleh mengakhiri semua permasalahan ini,” 

default

PM MALAYSIA PULANG MALAYSIA , TAK DITANGKAP PUN FBI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air hari ini setelah mengadakan lawatan kerja ke Milan dan New York, dengan lebih 1,000 orang menyambut ketibaannya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. 

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat pada 9.55 pagi.

 Penyokong-penyokong yang begitu bersemangat menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu tiba di perkarangan kompleks itu seawal 7 pagi. Mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang tertera "Selamat Pulang Wira Negara dan Keamanan Sejagat", "Najib Razak Pejuang Keadilan Terhadap Palestin dan Umat Islam", "Allah Selamatkan Najib, Allah Selamatkan Palestin" dan "PM Najib Help Palestine, Save Syrian Refugees, We Are With You".





 Turut menyambut kepulangan Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet antaranya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta pegawai tinggi kerajaan.

 Najib mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Milan mulai 2 Okt bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Itali. Ketika di Milan, Najib menghadiri resepsi Hari Malaysia di Ekspo Milano 2015, yang dianjurkan oleh penganjur ekspo berkenaan pada Sabtu dan kemudiannya melawat Pavilion Itali di ekspo itu.

 Pada malamnya, Najib melancarkan Festival Makanan Malaysia di Pavilion Malaysia pada ekspo itu. Sebelum mengadakan lawatan ke Milan, Itali, Najib berada di New York, Amerika Syarikat untuk menghadiri Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang bertemakan “PBB pada 70: Jalan ke Arah Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia” pada 1 Okt.

 Di luar persidangan itu, Najib yang mengetuai delegasi terdiri daripada beberapa menteri kabinet juga mengadakan rundingan dua hala dengan beberapa ketua kerajaan dan ketua negara yang menghadiri perhimpunan agung itu. 

Pada sesi ke-70 PBB, Najib merupakan antara pemimpin yang berucap pada Sidang Kemuncak PBB untuk Menerima Pakai Agenda Pembangunan pasca-2015 mengenai Pembangunan Mapan dan juga Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita.

 Najib juga menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak para pemimpin mengenai Pemeliharaan Keamanan dan juga mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang turut dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

 Dalam ucapannya, perdana menteri antaranya mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan dating bagi membantu meringankan krisis pelarian.

 Tumpuan lain perdana menteri semasa berada di New York adalah mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dalam pertemuannya dengan pemimpin perniagaan dan peneraju industri Amerika Syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.