..

..
Archive for April 2014

default

TAHNIAH @PDRMsia & RISIKAN BERJAYA BERKAS 9 SUSPEK MILITAN DI MALAYSIA

on Tuesday, April 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Foto
KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.
Foto
KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.
Foto
KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.

Kuala Lumpur: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang janda dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor semalam selepas semua suspek disyaki terbabit kegiatan militan di negara ini.

Menurut sumber, segelintir suspek ditahan di rumah masing-masing dengan sebahagiannya adalah pelajar madrasah, penjual burger serta pembantu restoran.

Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas (operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam selepas pihak polis mendapat maklumat suspek sudah menjalani latihan ala ketenteraan untuk melakukan keganasan.

“Dianggarkan 30 individu menganggotai kumpulan militan itu yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu.

“Buat masa ini nama kumpulan berkenaan tidak boleh didedahkan supaya tidak mengganggu siasatan polis,” katanya. (myMetro)



default

SERONOK SANGAT SPIN MALAYSIAKINI GELAR ANWAR KETUA PEMBANGANG !!

on Monday, April 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Selalu sangat kaki putar belit ...kadang-kadang kantoi juga . Punya nak promosi Anwar Ibrahim ketika lawatan Obama sampai menggelar Anwar sebagai ketua pembangang ..hahaha

ANWAR IBRAHIM A.K.A KETUA PEMBANGANG  - MALAYSIAKINI ...KAH KAH KAH ...

default

Pemimpin UMNO berjiwa besar , TPM ziarah Nik Aziz di Kelantan

on Sunday, April 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Walaupun berbeza fahaman politik ..tetapi perpaduan sesama Islam terus utuh .

TPM TS Muhyiddin hari ini menziarah bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sedang uzur di rumahnya di Pulau Melaka.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
   
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
   
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
   
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
   
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
   
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara.  - Bernama





default

GAMBAR MENARIK KETIBAAN PRESIDEN AS OBAMA KE MALAYSIA @NajibRazak

on Saturday, April 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Malaysia mengucapkan "Selamat Datang" kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan hamparan permaidani merah pada upacara sambutan rasmi bagi pemimpin Amerika itu di sini hari ini. Obama sebelumnya mendarat di Kuala Lumpur untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke negara Asia Tengggara ini yang mempunyai 30 juta penduduk. 

Beliau disambut di Bangunan Parlimen di sini oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalon Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

 Lawatan Obama ke Malaysia, sebahagian daripada lawatan ke empat negara Asia, adalah yang pertama oleh seorang presiden Amerika Syarikat dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

 Obama sebelum ini melawat Jepun dan Korea Selatan. Negara terakhir yang akan dilawatinya dalam lawatan ke Asia ialah Filipina.

 Upacara sambutan di Dataran Parlimen dengan tembakan meriam 21 das. Presiden Obama kemudian diperkenalkan kepada menteri-menteri Kabinet pada upacara sambutan yang juga dihadiri oleh anggota-anggota kor diplomatik.

 Obama akan berlepas ke Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya pada Ahad untuk mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum bertolak ke Cyberjaya bagi pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang akan menjadi platform bagi para usahawan mengembangkan sayap mereka.

 Jadual lain dalam lawatan Obama adalah mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan melawat Masjid negara. - Bernama







default

DAP warning PAS keluar pakatan jika laksana hudud

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan. 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

 "Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

 Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

 Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

 Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

 Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud. 

Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu. Kerajaan negeri Kelantan meletakkan sasaran pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu seawal-awalnya pada tahun depan.

 Rancangan kerajaan negeri Kelantan itu kemudiannya mendapat bantahan pemimpin kanan DAP yang mengingatkan PAS bahawa pendirian parti itu berhubung hudud tidak pernah berubah. Beberapa ahli parlimen DAP juga menegaskan semua wakil rakyat DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkenaan.

Hasrat PAS itu juga mendapat bantahan daripada MCA. Selain Kelantan, Dewan Undangan Negeri Terengganu juga meluluskan enakmen yang sama pada 2002 ketika kerajaan negeri itu ditadbir oleh pimpinan PAS. Bagaimanapun enakmen berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

 Dalam kenyataannya, Anthony sekali lagi mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini kerana "ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia". 

Antara lain, beliau berpendapat pelaksanaan hudud akan mewujudkan dua set undang-undang jenayah yang akan dipakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sama juga antara lain dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, Anthony mengingatkan pendirian DAP menolak hudud bukan bermakna ia menentang agama Islam atau bersikap anti Islam.


 "DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA," katanya.

 Beliau merujuk kepada tindakannya mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Parlimen apabila ada pemimpin MCA memfitnah Mursyidul Am PAS itu kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol.

 Tambah Anthony, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan fobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Katanya, beliau melakukan itu semua untuk mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman Read

more at: http://www.astroawani.com/news/show/hudud-dap-syor-pas-keluar-pakatan-rakyat-34696?cp

default

NGO lapor SPRM ada unsur rasuah dalam kerajaan DAP

on Friday, April 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pagi tadi, lebih kurang dari jam 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari, Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) bersama-sama dengan Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) telah membuat aduan tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada SPRM di pejabat SPRM Pulau Pinang yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Aduan tersebut dibuat berhubung salah guna kuasa serta mengesyaki wujudnya unsur-unsur rasuah dalam projek yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Seramai lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Minda Sosial Prihatin dan Kongres Melayu Pulau PInang serta wartawan-wartawan tempatan telah hadir. Antara mereka termasuklah Rahmad bin Isahak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang serta Ramesh Rao Krishna Naidu yang merupakan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.

Antara aduan yang dibuat membabitkan Pencerobohan Bukit Relau (Bukit Botak) di mana KMPP dan PMSP membuat aduan bagi mendesak SPRM menyiasat kelulusan kedua projek berkenaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah dan salahguna kuasa serta ketirisan. Turut diadukan adalah membabitkan projek parkir kereta (kupon dan elektronik) yang dilihat dijalankan secara curiga dan penuh putar belit

Sumber : buletin247

default

Catuan Air : MP DAP mengamuk desak MB Selangor letak jawatan !!

on Wednesday, April 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.

 Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.

 “Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.

 "Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun. 

"Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini," katanya. Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini.

 Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.

 Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat.

 Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah.

default

PENYELEWENGAN : ANWAR HANYA " KAKI GORENG " - TUN DAIM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kaki goreng’ kerana mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang penyelewengan yang beliau lakukan di luar negara.


Katanya, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.

Daim diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Dalam menjelaskan, pada tahun 1999 ketika Anwar dalam Kabinet, Ketua Pembangkang itu pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul," jelas beliau.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Anwar yang menyatakan mempunyai beberapa kotak mengandungi dokumen penyelewengan oleh tokoh-tokoh politik.

"Tetapi sehingga kini tidak ada apa yang didedahkan oleh ketua pembangkang itu," katanya - UM

default

TRAGEDI #MH192 , KEHEBATAN PILOT MAS & KOMEN KAPTEN NIK HUZLAN

on Monday, April 21, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.

Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas  tayarnya terbakar sewaktu berlepas.

Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam.

Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. astro awani

default

Ceramah TURUN Tasek Gelugor bertukar ceramah agongkan Karpal Singh !

on Sunday, April 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments





Semalam ceramah  TURUN PAS/PKR  di Tasek Gelugor menampilkan penceramah  Mat  Sabu  ,Malik itik ,  Mahfuz Bean , Zairil  Sharif Omaq..

Ia lebih banyak mengagung-agungkan KARPAL SINGH dengan jutaan  pujian melangit ayah pin.

 Mereka ternyata muda  lupa siapa KARPAL yg pernah MENGHINA RAJA2 MELAYU/ISLAM.

PAS terutamanya cukup  lupa PENGHINAAN YG DI BUAT TERHADAP MELAYU/ISLAM dgn UGUTAN "LANGKAH MAYAT AKU DULU SEBELUM MELAKSANAKAN HUDUD";

Malah  mereka juga lupa SIAPA yg memusing LIDAH 360 darjah dlm kes liwat ANWAR IBRAHIM...dulu 1997 semasa Anwar dalam BN, dia melemparkan tuduhan liwat di parlimen terang-terang dan hari ini membelanya .

Memang  CERDIK sungguh pemimpin MELAYU PAS/PKR ...haha

default

NGO : KECAM WARDINA TAK AKADEMIK & MERBAHAYA , PERTIKAI USTAZ DON DIBENARKAN !!

on Saturday, April 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments


Sebuah NGO Islam hari ini mempertahankan tindakan selebriti terkenal Wardina Safiyyah membangkitkan persoalan sama ada pendakwah terkenal Don Daniyal menggunakan hadis palsu dalam sebuah rancangan televisyen.

Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), yang bekas mufti Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi penasihatnya, berhujah, tindakan Wardina tidak sesekali biadab atau radikal.

“Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam,” kata Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin (kanan).

Wardina sebelum ini dilapor mempersoalkan ceramah Don Daniyal atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, yang dikatakan mengetengahkan hadis palsu dalam rancangan televisyen di TV Al Hijrah.

Banyak pihak kemudian menimbulkan reaksi negatif, termasuk menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut di mata umum.

Wardina, yang terkenal dengan rancangan Spanar Jaya sebelum ini bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai niat demikian dan hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran

Don Daniyal, 30, pengacara program “30 Minit Bersama Ustaz Don” pula semalam dilapor meminta pihak yang menuduhnya agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan berkenaan.

Katanya, tidak adil dia dinilai berdasarkan kepada sebuah video yang diedit daripada ceramah terdahulunya bagi digunakan untuk menfitnahnya.

Don juga dilapor berkata, dia tidak akan lagi menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu berkenaan kerana bimbang ia mengundang pelbagai pandangan negatif.

TV AlHijrah dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu memberitahu akan meneliti kandungan rakaman video kontroversi itu terlebih dahulu sebelum memikirkan tindakan lanjut.

'Merbahaya, memalukan, tak akademik'

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Abu Hafiz berkata, kecaman terhadap Wardina sebenarnya “cubaan yang amat berbahaya”, bersangka buruk, memalukan dan tidak akademik.

“Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah',” katanya.

Abu Hafiz juga menegur pengubahan fokus perbincangan daripada kandungan ceramah kepada latar belakang dan sejarah silam Wardina.

“Sekatan terhadap hak bertanya sebegini dibimbangi akan menatijahkan kesan yang buruk iaitu sesiapa sahaja bebas bercakap tentang urusan agama tanpa perlu membawa bukti hujah al-Quran dan al-Sunnah yang thabit dan tidak boleh dipersoalkan,” katanya. 
 

default

HADIS PALSU : WARDINA NAFI AIBKAN USTAZ DON , MOHON MAAF KERANA TEGURAN TERBUKA

on Thursday, April 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 21 Comments




Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.

Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.

"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don  siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun  mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.

default

USTAZ DON DANIYAL JAWAB TUDUHAN MELAMPAU WARDINA ISU HADIS PALSU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 35 Comments




Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakaN media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunaka video tersebut untuk menghentam dirinya.


Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don


Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. 

Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...

Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.  sumber 

default

KECOH !! GAMBAR PENYOKONG PERAK MENGAMUK & BERTEMPUR DENGAN FRU STADIUM IPOH !!

on Wednesday, April 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Pasal kalah bola sepak  je nak merusuh dan mengamuk .. sampai mencederakan orang lain itu sudah  teruk .

Kalau nak marah kepada pengurusan PAFA , jangan la membuat onar dan boleh membahayakan orang lain.


Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.






Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.


Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.






default

PENDEDAHAN DI PARLIMEN BAGAN INI MUNGKIN PUNCA PENANG DILABEL BANDAR SEKS !!

on Saturday, April 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Ini lah gambaran sebenar di kepesatan pembangunan industri URUT di Parlimen Bagan yang mana wakil rakyatnya adalah Guan Eng. Ia disebarkan di media sosial dan kalau tak percaya pergi la ronda sendiri di Jalan Raja Uda dan sekitar parlimen itu .

Sehinga kini, kerajaan DAP belum lagi memberi berhubungan penjelasan laporan kajian NGO yang mendakwa P.Pinang  " Bandar Seks " berikutan terdapat 200 kawasan panas untuk khidmat seks .

Bila negeri diperintah kerajaan PR di Selangor & P.Pinang  , begitu hebat pertumbuhan rumah urut diluluskan

Adakah ini hadiah kepada tauke2 Cina yang menyokong tegar di PRU13 dan mengekalkan kuasa DAP ?


Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks. 

 Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

 "Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan. 

 "Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

default

Jawapan @Zahid_Hamidi tuduhan fitnah beri kerakyatan kepada BOC

on Friday, April 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC) ADALAH DUSTA BELAKA!

 1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

 2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

 3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

 4. Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

 5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

 6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia.

 7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

default

TEORI PESAWAT #MH370 MENDARAT DI DIEGO GARCIA TERJAWAB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.


Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa. - sumber

default

ELAUN MP DAP DAPAT BERBELAS RIBU , NAK JAGA ANAK SENDIRI MINTA KEPADA KERAJAAN !!

on Thursday, April 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Tindakan bangang MP DAP kelmarin membawa anak kecil  ke Parlimen bagi menyuruh kerajaan Malaysia menjaga keturunan mereka cukup memalukan !!

Ke mana gaji mereka  berbelas ribu tak termasuk  elaun lain untuk menghantar anak ke pusat asuhan atau mengupah pengasuh sendiri ??

Kalau anak sendiri pun tak boleh jaga , bagaimana nak menjaga kebajikan rakyat ??  Ada masalah je salahkan kerajaan BN ...

Tak mustahil selepas ini pemimpin chauvinis DAP ini akan mengusung pulak  mak bapak & atuk nenek mereka Parlimen supaya kerajaan Malaysia buka pulak pusat jagaaan orang tua .




default

ISYARAT PING DIKESAN OCEAN SHIELD MAKLUMAT TERBAIK KESAN #MH370

on Tuesday, April 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.  

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Jika itu berlaku, pesawat itu nampaknya seakan meluncur di atas air dan berguling-guling, bukannya menjunam terus ke dalam air, katanya.

Ketua Marshal Udara (B) Angus Houston, yang mengetuai pencarian pelbagai negara sebelum ini berkata, kapal tentera laut Australia mengesan dua set denyutan isyarat yang berbunyi "seperti isyarat kedudukan kecemasan".

Kumpulan pertama ping itu didengar pada Sabtu lalu selama dua jam 20 minit, dan kemudian isyarat itu hilang.

Tetapi kapal Ocean Shield itu kemudiannya berpatah balik dan mendengarnya sekali lagi untuk kira-kira 13 minit.

Selepas itu, kata laporan itu, kapal itu kehilangan hubungan lagi dan cuba mencari kedudukan isyarat itu semalam.

Houston memberitahu wartawan, kumpulan isyarat yang kedua termasuk suara yang kuat dan jelas dengan transmisi daripada dua 'pinger' yang dipasang pada kotak hitam yang mengandungi perakam data pesawat dan perakam suara di ruang juruterbang.

"Ini adalah maklumat yang paling baik yang pernah kita dapat dalam pencarian ini," Houston dipetik sebagai berkata.

"Kami sangat yakin kita semakin dekat dengan apa yang perlu kita buat. Saya memerlukan lebih maklumat untuk berkata 'inilah dia'."

Chris McLaughlin daripada syarikat Inmarsat British, yang membantu mengenalpasti laluan pesawat melalui "handshake", memberitahu The Daily Telegraph bahawa lokasi isyarat baru itu sama dengan kawasan pesawat itu memberikan isyarat misteri pada 8.19 am (waktu Malaysia) - lapan minit selepas ia memberikan isyarat secara berterusan setiap jam.

Inmarsat, lapornya, mengesan "half-handshake" dua minggu lalu dan selepas itulah ia dijangka tempat terakhir pesawat itu adalah lebih ke utara berbanding sebelumnya.

Sekumpulan pakar antarabangsa kemudian bekerja memperbaiki analisis dan kemudian menyimpulkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju daripada yang difikirkan, membakar lebih bahan api, dan sepatutnya mendarat lebih jauh ke utara di sepanjang laluan yang sama, katanya.

McLaughlin memberitahu akhbar harian itu: "'Partial handshake' boleh berlaku kerana pesawat kehabisan bahan api dan bergegar seketika, apabila sistem terputus hubungan dan hidup semula, justeru mempunyai komunikasi dengan rangkaian. Pesawat itu kelihatan cuba untuk berkomunikasi sebelum mati."

Seorang bekas juruterbang British Airways yang menerbangkan Boeing 777, Stephen Buzdygan berkata, pesawat itu akan meluncur di atas air dan mungkin berguling ke belakang kerana kemungkinan enjin tidak ditutup secara sistematik.

"Tanpa bahan api dan anggapan bahawa anak kapal semua tidak sedarkan diri dan tiada yang memandu kapal terbang itu, ia akan meluncur," beliau dilaporkan sebagai berkata dalam laporan itu.

"Enjin mempunyai bekalan bahan api yang berasingan, maka kemungkinan besar ia tidak akan sampai ke sayap. Dengan tiada pembetulan autopilot, ia perlahan-lahan akan hidup kembali dan turun pada sudut dan sayap akan patah, " katanya dalam laporan itu.

Akhbar harian itu berkata, bateri kotak hitam Pinger pesawat sudah melebihi 30 hari, walaupun ia boleh bertahan dua minggu lagi.

Houston juga mengingatkan bahawa kapasiti kapal selam yang mencari dalam air hanya 4,500 meter manakala zon carian mempunyai kedalaman yang hampir sama.

"Ini adalah kawasan air yang sangat dalam - kita berada di pinggir keupayaan," kata Chin lapor The Malaysian Insider.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.