..

..

Pemimpin UMNO berjiwa besar , TPM ziarah Nik Aziz di Kelantan

on Sunday, April 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Walaupun berbeza fahaman politik ..tetapi perpaduan sesama Islam terus utuh .

TPM TS Muhyiddin hari ini menziarah bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sedang uzur di rumahnya di Pulau Melaka.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
   
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
   
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
   
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
   
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
   
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara.  - Bernama






6 Responses

  1. Anonymous says:

    Terharu...semoga umat islam bersatu.

  2. Anonymous says:

    Maafkan dan berlapang dadalah !
    Jika mengaku Muslim ASWJ, walau berbeza pendpt dan pndgn, tp tak bersengketa dan bermusuh.
    Akhlak Muslim yg baik yg ditunjukkan oleh TPM kita.
    Aku suka.

  3. Anonymous says:

    alhamdullillah...itu la sikap pemimpin yg sebenar...
    satu pertanyaan...kalau lah terjadi kepada pemimpin UMNO...adakah benda sama akan berlaku???

  4. Anonymous says:

    alhamdulillah...
    shukur ke hadrat MU YA ALLAH.....
    smoga pertemuan yang indah ini dilimpahkan keberkatan dari MU YA ALLAH.

  5. Anonymous says:

    tak munkin akan ada pemimpin PAS yg dtg melawat .......masa Tun M sakit dulu, tak da siapa yg dtg ziarah.....malah berbakul bakul sumpah seranah yg di terimanya agar cepat mati dari puak puak lebai tolol PAS ni.....Najib pun dtg ziarah haron din di IJN ......

  6. Anonymous says:

    lupakan lah cerita -cerita lama. Kita cari persamaan. Jangan cari pekara yang menyebabkan permusuhan dan kebencian.

    SUNGGUH TERHARU AKU DENGAN GAMBAR . NAK KELUAR AIR MATA AKU LIHAT ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.