Archive for June 2009

default

Hari Belia Negara PP - Tiada penglibatan kerajaan negeri lagi baik

on Tuesday, June 30, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DAPSY P Pinang kesal k'jaan negeri diketepikan
Jun 29, 09 4:08pm
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang kecewa kerana kerajaan negeri telah diketepikan dalam penganjuran sambutan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang - kedua-duanya terletak di bawah arahan dan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Dalam satu kenyataan bersama, Timbalan Ketua DAPSY negeri, Lau Keng Ee dan Setiausaha DAPSY negeri, Ng Wee Aik berkata program yang begitu bermakna untuk para belia, telah dianjurkan di negeri Pulau Pinang

Bagaimanapun, mereka kesal kerana wakil kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dijemput, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Exco Belia dan Sukan negeri, Lydia Ong Kok Fooi.

Menurut mereka, program tersebut telah diadakan dari jam 9 pagi lagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada jam 8 malam hari yang sama, suatu perhimpunan Hari Belia Negara 2009 peringkat negeri Pulau Pinang berlangsung di tempat yang sama.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Antara tetamu khas yang hadir termasuk ADUN Bertam, Zabariah; pegawai kemajuan negeri Pulau Pinang, pengarah belia dan sukan negeri dan presiden Majlis Beliau Pulau Pinang.

Semua 21 badan gabungan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dijemput dan jumlah peserta daripada persatuan belia setempat yang hadir adalah kira-kira 1,000 orang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa anugerah beliau negara peringkat negeri Pulau Pinang, dikurniakan kepada belia dan persatuan belia negeri.klik di sini


Hari Belia kali ini diadakan di IKBN Bukit Mertajam .Tiada lagi penjualan arak berlaku seperti mana dahulu di Autocity anjuran kerajaan negeri .

Komen PB

Ini DAP jangan dok cakap banyak dan melalak pulak pasal isu Hari Belia Peringkat Negeri PP ini Ahad lepas. Sudah lupa ka dahulu semasa kerajaan negeri anjurkan aktiviti Hari B elia sebegini di Auto City Juru , banyak orang membuat aduan kerana berlaku penjualan tin minuman arak secara berleluasa dan isu ini cukup sensitif untuk orang beragama Islam . MAIPP,Menteri KBS dahulu Ismail Sabri ,MBM juga komplen dan mengecam di dalam suratkhabar mengenai isu ini dan seperti menggalakan belia kita untuk minum arak selain tidak peka sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu.klik di bawah

Karnival belia jual arak secara terbuka dikecam
Aktivis PAS sedia bantu halang penjualan arak terbuka

DAPSY jangan dok buat lupa pulak kerana kegagalan kerajaan negeri menghalang aktiviti penjualan arak secara terbuka arak jenis 'Shandy Anglia' RM3.00 untuk dua tin jelas merupakan satu tindakan yang merosakkan anak bangsa kita.

Kalau DAPSY menggesa mengambil tindakan terhadap jabatan terbabit kerana mengagalkan slogan 1 Malaysia yang diilhanmkan Najib , adakah kerajaan negeri PP mengambil tindak terhadap peniaga yang menjual arak pada Hari Belia yang lepas dahulu di AutoCity??

default

Manik Urai : Pengurus Kanan VS Penjual Ikan

on Monday, June 29, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Calon BN daripada UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat adalah dipilih berdasarkan selera pengundi serta perubahan yang sedang dilakukan parti bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Perlu ditegaskan bahawa tidak berlaku `cah keting’ kerana Tuan Aziz diterima semua pihak samada diperingkat bahagian ataupun pemimpin tertinggi parti.

Beliau juga diterima masyarakat setempat kerana sering berurusan dengan mereka sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Tuan Aziz adalah anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerana dibesarkan di kawasan ini, beliau memang tahu kehendak penduduk disitu.

Anak seorang guru ini berkahwin dengan Suzana Husin yang juga seorang guru mempunyai rekod perkidmatan yang cemerlang, berpengalaman dan yang lebih penting beliau bukan PENJUAL IKAN.

Pemilihan calon yang berkebolehan dan layak adalah penting supaya `tragedi memalukan' yang berlaku di DUN Perak tidak berulang apabila pengundi-pengundi memilih `beruk-beruk' menjadi anggota dewan.

sumber : UMNO Bagan Pinang

link
Penceramah BN diarah jangan sebar fitnah di Manik Urai
Ikan ikan ..pemborong ikan

Komen PB

PAS ini tiada calon lain ke yang lebih layak menjadi pemimpin . Kalau sapa nak jadi wakil rakyat lepas ni ,balik kampung jadi tok peraih ikan boleh la layak jadi wakil rakyat PAS..hehe . Jika kriteria itu dijadikan kayu ukur maka sudah tentu PAS perlu lebih ramai pemborong ikan atau udang untuk dijadikan pemimpin.

Ini menunjukkan PAS di Kelantan ketandusan calon yang berkaliber dan berpendidikan sikit untuk dijadikan pemimpin . Memang kita ketahui dari sudut geografi Manik Urai ini terletak agak pendalaman dan terpencil ,tetapi cari lah pemimpin yang boleh kata globalisasi ( seperti kata abe mie) untuk dijadikan pemimpin . Ambil pemimpin penjual ikan ,maka jika menang nanti DUN akan jadi seperti pasar la jawabnya .

Mungkin ada juga orang cakap PAS terlalu over confident boleh menang 100% di Manik Urai dan jika diletakkan siapa pun confirm akan menang . Cari la pemimpin yang elok sikit wahai Nik ajis ,aku ingat di Kelantan cukup ramai rakyatnya yang mempunyai degree,Phd untuk diangkat menjadi calon . Penjual ikan pun penjual ikan la....Orang yang dituduh peliwat pun boleh diangkat dan dijulang lagi menjadi pemimpin .

default

Debat : buang masa sahaja

on Sunday, June 28, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Hari ini pemimpin UMNO termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sekata dalam isu debat bahawa cabaran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik PAS dan UMNO hanya buang masa dan tidak berfaedah.

Menurut mereka perdebatan tidak akan dapat membantu mencapai titik temu antara kedua pihak dalam isu berkenaan.


Di ALOR SETAR, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perdebatan antara UMNO dan PAS tidak akan membawa sebarang faedah malah beliau menganggapnya sebagai hiburan semata-mata.

Dr Mahathir berkata debat di Malaysia tidak sama dengan debat pemilihan presiden Amerika Syarikat yang banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

"Di sini, apabila berdebat kita masuk belah kita, dia masuk belah dia walaupun ia salah," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas hasrat Nik Aziz.


Dr Mahathir ditemui selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat Kedah (MUBARAK) di sini.

"Perdebatan itu hanya membuang masa dan sebagai hiburan sematamata," katanya dan sambil menambah wakil rakyat dipilih bukan untuk menghiburkan rakyat dengan perdebatan yang tidak memberi makna. Mengenai pilihan raya kecil Manik Urai Julai ini, Dr Mahathir berkata beliau akan turun membantu BN jika diminta oleh parti.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihatkan Pas dan Umno supaya menyelesaikan kemelut antara dua parti itu secara perbincangan dan bukan berdebat secara terbuka.

Beliau berkata, pendekatan berdebat itu tidak akan membawa keduadua parti itu ke manamana jika isu atau masalah pokok yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam tidak diselesaikan.

"Tak perlulah pendekatan seperti itu (debat terbuka). Adalah lebih baik keduadua parti itu duduk dan berbincang apa yang menjadi masalah sehingga menimbulkan keadaan tidak senang hati di kalangan orang Melayu.

"Apakah masalah itu ada kaitan dengan agama yang menyebabkan perselisihan faham dan menyebabkan Umno dan Pas bercanggah pendapat dan pendirian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Menurutnya, orang Melayu boleh bergaduh dan berpecah belah kerana agama dan adalah lebih baik keduadua pihak mewujudkan persefahaman dan tidak berbalah tentang perkara itu lagi supaya keadaan dalam masyarakat Melayu lebih tenang.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, keduadua parti itu perlu menyelesaikan bersama isu penting tentang Melayu dan Islam segera supaya mereka tidak bertelagah lagi mengenainya pada masa akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan faedah kepada UMNO dan rakyat.

"Untuk apa mahu berdebat? Tak masuk akal untuk berdebat dengan pemimpin PAS yang bercakap dolak dalih.

"Apa yang penting UMNO dan kerajaan mahu memperjuangkan kepentingan rakyat di Manek Urai. Ini yang lebih penting daripada melayan cabaran debat itu," katanya kepada wartawan di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) Manek Urai di Kampung Sok Luar di Manek Urai.

Tengku Adnan meminta Nik Aziz melihat apa yang telah dilakukannya kepada rakyat Kelantan pada masa PAS memerintah lebih 19 tahun.

"Apa yang dia buat. Semua apa yang ada itu hasil usaha yang dibuat Kerajaan Pusat. Apa yang PAS tahu buat fitnah dan burukkan pemimpin semata-mata," katanya sambil menambah jika BN yang memerintah dalam tempoh itu sudah tentu Kelantan akan jauh lebih membangun.

default

Manik Urai : Pemuda terus giat mendekati pengundi muda

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Oleh Yus Iskandar

Kuala Krai -- Pemuda UMNO akan memberikan tumpuan untuk mendekati seramai mungkin 3,020 pengundi muda menerusi pendekatan bersua muka dalam tempoh berkempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludddin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kira-kira 1000 petugas terdiri daripada jentera tempatan khususnya dari bahagian Kuala Krai dan seluruh Kelantan.

Selain pendekatan bersua muka jelas beliau lagi Pemuda juga turut melaksanakan program seperti ceramah, gotong royong, ziarah rumah ke rumah, mendampingi masyarakat, bersukan dan sebagainya.

Bola Sepak Muhibbah Pemuda UMNO





"Kita sudah pun mengenal pasti semua pengundi muda untuk didekati sepanjang tempoh kempen ini.

"Pada kali ini juga kita memberi tumpuan kepada jentera tempatan untuk tugas melaksanakan kempen kita. Untuk itu, kira-kira 1,000 jentera kita terdiri daripada Pemuda UMNO Kuala Krai dan seluruh Kelantan akan menjadi petugas secara tetap berkempen di sini", katanya.

Beliau juga memberitahu jentera tempatan ini turut akan dibantu jentera luar di mana beliau sendiri bertindak sebagai pemantau kepada jentera tersebut.

Ini kerana katanya bagi memastikan kehadiran jentera petugas dari luar Kelantan benar-benar menjalankan tugas membantu kempen pilihan raya dan bukannya menjadi pelancong politik.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa beramah mesra sambil bertemu peniaga dan orang ramai yang mengunjungi pasar minggu di Kampung Laloh di sini, Jumaat pagi.

Sebelum itu beliau turut meninjau program bengkel motosikal yang dikendalikan bekas Juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid. Malah apa yang menarik ketika dalam perjalanan beramah mesra dengan peniaga pasar minggu di Kampung Laloh, beliau turut melawat dan beramah mesra petugas Pas di markas berhampiran.

Selain beberapa Exco Pemuda UMNO pusat, turut hadir Ketua Pemuda Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengenai program Pemuda Prihatin pula beliau memberitahu pelbagai program telah diaturkan termasuk program keluarga angkat di mana beliau dan Exco Pemuda akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di sini.

Ini katanya sebagai pendekatan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat selian memahami sensitiviti penduduk tempatan.


Sementara itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda UMNO pada sebelah petangnya, beliau mengingatkan jentera Pemuda bahawa pillihan raya kecil di Manik Urai ini mempunyai makna yang cukup besar terutama untuk mencipta satu titik perubahan baru di negeri ini di bawah kepimpinan baru parti.

"Kita perlu buktikan di bawah kepimpinan baru iaitu Presiden kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed di Kelantan, kita akan bawa satu perubahan baru.

"Sebab itu pilihanraya ini walaupun satu pilihanraya kecil tetapi ia membawa makna yang cukup besar"
, katanya sambil disahut laungan “Pemuda Gempur” oleh lebih 2000 jentera Pemuda yang hadir.

Beliau turut berkata UMNO khususnya BN mempunyai peluang untuk menang di Manik Urai memandangkan perpecahan dalam Pas semakin ketara.

Sebab itu kata beliau Pas menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan untuk mengalih pandangan umum daripada konflik dalamannya.

"Mursyidul Am Pas, Nik Aziz bertindak seperti 'orang hilang punca' untuk mengukuhkan sokongan ahlinya sehingga sanggup menggelar UMNO sebagai parti ajaran sesat, menyamakannya dengan komunis dan pengikut Ayah Pin.

"Saya nampak tok guru amat menyedari masalah dalaman Pas sebab tidak pernah berlaku keadaan yang Mursyidul Am Pas sendiri meminta timbalan presiden keluar parti.

''Ini satu tindakan drastik yang memberi gambaran bahawa perpecahan dalam Pas agak ketara,'' katanya.

Nik Aziz kata beliau lagi kini dilanda wabak H1N1 yang merujuk kepada Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa.

default

Nik Aziz riak dan mahu UMNO berdepan dengan saya

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?

MURSYIDUL Am Pas, Tok Guru Nik Aziz melenting dan mengamuk sakan sehingga membuat kenyataan dalam keadaan berang mahu menyaman Utusan Malaysia dan juga saya yang menulis di ruangan Pendapat akhbar berkenaan pada 16 Jun yang mengulas tentang ungkapan memastikan nasihatnya didengar yang kononnya beliau tidak kata begitu tetapi telah dilapor dengan niat jahat.

Ekoran lentingan dan ngamukkannya itu, gagasan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas dibatalkan dengan penggagasnya sendiri tidak menyokong gagagasan itu. Pelik tapi benar.

Tentulah Tok Guru Nik Aziz bangga sakan kerana semua orang Pas, termasuk Presidennya terpaksa 'tunduk menguku' kepada apa yang dimahukannya.

Hari ini Tok Guru Nik Aziz dalam cabarannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak antaranya dilaporkan berkata: "UMNO mesti berdepan dengan saya sebagai pemimpin Islam, Perdana Menteri sebagai pemimpin sekular, maka kita berdebat.....". Mudah-mudahan tidak akan berbangkit soal salah lapor lagi bagi setiap patah yang saya petik semata-mata untuk lari dari keperluan bertanggungjawab terhadap apa yang dikata.

Pada pendapat saya 'mesti berdepan dengan saya' sama juga dengan 'mesti didengar' , membawa maksud sesuatu yang mutlak, tidak boleh menolak atau membahaskannya, apakah lagi mempertikaikannya dari sudut apa sekali pun.

Nampak sangat betapa angkuh, sombong, riak dan bongkaknya bila seseorang mengucapkan demikian.

Secara tidak langsung sebenarnya ada bibit-bibit 'over perasan' bahawa takah ketokohan beliau sama dengan Perdana Menteri.

Tidak hairanlah kalau gagasan Presiden mengenai kerajaan perpaduan ditolak kerana apa pun yang Pas mahu, yang pimpinan Pas nak gagas dan sarankan tidak boleh menduhului beliau, tidak boleh tidak dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

Saya secara peribadi, malah saya yakin rakyat negara ini yang tidak terkatup pemikirannya tanpa mengira fahaman politik, kaum dan anutan agama sudah mendapat jawapannya kepada pertanyaan kenapa gagasan kerajaan perpaduan ditentangnya.]

Juga boleh diteka jawapan kepada pertanyaan kenapa Timbalan Presiden Pas yang menang jawatan itu hasil majoriti undi perwakilan boleh dianggap menjadi sampah sarap dalam Pas kerana menyokong gagasan itu.

Menyamakan perdebatannya nanti sama seperti secara amalan nabi-nabi, contohnya Nabi Ibrahim berdepan dengan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad s.a.w. berdepan dengan Abu Jahal adalah juga menunjukkan betapa takbur, angkuh, sombong, bongkak dan riaknya beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Yang pasti yang secara Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad s.a.w.nya adalah beliau dan Pas 'lah bagi beliau manakala yang secara Namrud, Firaun dan Abu Jahalnya adalah Dato' Seri Najib dan Umno.

Sekali lagi nampak sangat betapa takbur, angkuh dan riaknya beliau, bahana terlalu anggap diri tersangat tokoh dari segala tokoh gara-gara diuji dengan anugerah kuasa dan kedudukan oleh Allah.

Macam mana pun saya yakin jika Pedana Menteri menyahut cabaran itu, pelbagai alasan dan syarat yang tidak munasabah akan dikenakan supaya cabaran perdebatan itu tidak akan menjadi kenyataan yang nantinya akan diletakkan pada batu jemala Umno di atas tidak menjadi kenyataan cabaran perdebatan itu nanti.

Tetapi lebih baik bagi Dato' Seri Najib biarkan cabaran itu sebagaimana Si Luncai dibiarkan terjun dengan labunya.

Perdana Menteri atau mana-mana anggota kabinet dan pimpinan Umno atau pun BN tidak perlu buka langkah silat apabila gendang yang dipalu awal-awal lagi sudah pun sumbang.

Tidak akan ada apa hasilnya yang akan diperolehi jika Umno berdebat atau berbincang dengan pihak yang telah menganggap Umno sama dengan komunis, seruapa ajaran sesat Ayah Pin, sama dengan Namrud, Firaun dan Abu Jahal kerana pihak yang membuat anggapan itu terlalu yakin bahawa Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas, malah seolah-olah pemimpin Pas sudah ada senarai nama dalam syurga macam para sahabat yang menerima anugerah rodhiallahu-anhu.

Bagi saya 'Pak Had Ceton Tembus' pun nampak betapa terkatupnya pemikiran politik Nik Aziz oleh daki angkuh, sombong, riak, takbur dan bongkak apabila beliau berkata sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini, rakyat belum mendapat jawapan mengenai dasar Umno.

Bagi saya, bukan rakyat yang belum mendapat jawapan, tetapi Nik Aziz dan pentaksubnyalah yang ketinggalan 'beca roda tiga' dalam perkara tersebut.

Harus diketahui dan diterima hakikat bahawa Umno bukannya tentang Pas kerana Umno itu sendiri lahir lebih awal dari Pas, tetapi Pas 'lah yang tentang Umno.

Sebenarnya sejak tahun 1951 lagi Umno melawan tentangan Pas terhadapnya. Ini suatu fakta yang tidak boleh dipinda dan tidak mungkin terpinda kalau pun usaha dibuat oleh mana-mana pihak sekali pun.

Umno melawan tentangan Pas kerana Pas perasan dan melabelkan Pas itu Islam dan Islam itu Pas yang pada saya kalau itulah yang menjadi pegangan orang Pas, ianya boleh rosakan akidah sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pas dan Islam adalah dua item yang berbeza. Pas tidak cukup suci untuk disama-tarafkan dengan Islam. Saya mohon alim ulamak, termasuk para mufti membantu saya memberi hukum dalam soal ini.

Harus diingat bahawa yang Umno tolak adalah Pas, bukannya Islam. Hanya Pas yang anggap Umno tolak Islam kerana tolak Pas.

Lagi pun Mana tahu apa yang Pas labelkan macam-macam terhadap Umno betul-betul selari dengan Islam dan yang Pas label terhadap Pas sendiri pula memang betul macam tetak dengan golok dari penilaian Allah dan Rasul-Nya.

Apakah halal Umno dilabelkan sama dengan komunis atau sama dengan ajaran sesat Ayah Pin atau dengan melabelkan Umno memusuhi Islam dan hukum hakam semata-mata kerana melawan tentang Pas terhadapnya?.

Saya amat bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tok Guru Nik Aziz tidak perlu meminta maaf kepada Umno bila beliau menyamakan Umno sama seperti komunis dan ajaran sesat Ayah Pin atau pun apa-apa juga pelabelan dan tanggapan yang memisahkan Umno dari Islam, sebaliknya beliau kena minta ampun dari Allah.

Cuma kalau saya boleh nasihatkan orang Umno, jangan sekali-kali ikut rentak berparti politik dan bepolitik terkatup fikiran macam Nik Aziz dan pentaksub-pentaksubnya yang anggap diri sendiri sahaja yang betul tanpa mengambil falsafah dari tundingan jari yang mana ketika sebatang jari dituding ke arah orang lain, empat batang jari lagi tertuding ke arah diri sendiri.

Berparti politik dan berpolitiklah secara rasional dan profesional serta sentiasalah berdoa memohon petunjuk dari Allah agar apa yang dilakukan menjadi kerja ibadah.

Manakala kepada orang Pas pula, saya juga mengambil peluang ini mengajak anda semua agar berpolitik secara rasional dan profesional dan elakkan dari berparti politik dan berpolitik secara taksub dan seakan memBERHALAkan sesama manusia.

Rujuklah al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak untuk semua perkara.

Buka telinga untuk mendengar dengan fikiran dan dada yang lapang hujah dari ulamak yang dilabelkan sebagai ulamak Umno dan ulamak tanpa berparti politik, jangan hanya dengar sebelah pihak, yakni dari ulamak Pas sahaja sebagai pendukung dan penyokong Pas.

Kena ada rasa bimbang kalau-kalau apa yang kita sangka perbuatan ahli syurga sebenarnya perbuatan ahli syurga dan sebaliknya.

Dengan itu kita tidak akan leka dan hanyut dengan keyakinan kerana terpengaruh dengan apa yang kita rasa selari dengan Islam yang dikatakan oleh orang yang dianggap alim tetapi pada masa yang sama ada dia kepentingan politik bagi parti politik yang didukung.

sumber : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/06/muncul-kembali.html

Komen PB

Debat yang dirayu oleh Nik Ajis kepada Perdana Menteri sebenarnya tidak ikhlas. Yang ikhlasnya ialah Pertemuan, Muzakarah, Muqabalah, Perbincangan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Pemimpin2 Pro-Ulama PAS dengan pemimpin2 UMNO tahun lepas dahulu.Nabi kita sendiri menganjurkan Musyawarah bukan debat seperti Amerika . Debat ini adalah cara di Amerika dan cukup digemari oleh Anwar Ibrahim. Aku takut di atas pentas itu Nik Aziz dimalukan sahaja seperti mana anak didiknya Husam yang dibantai teruk di depan ribuan penyokong PAS oleh Khairy Jamaluddin di Kota Bahru dahulu.

default

Forum Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kelemahan organisasi, komunikasi dan pemasaran adalah punca utama UMNO mengalami banyak kekalahan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12. Selain itu sikap sombong, kegagalan menangani persepsi serta tidak bijak memanupulasi perkara untuk kebaikan turut menjadi faktor sampingan.

Zaharin Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, berkata untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, langkah pertama perlu dibuat oleh parti itu ialah memusnahkan persepsi buruk yang telah ditanam oleh pembangkang.

“Cara terbaik untuk menangani persepsi yang dicipta oleh pembangkang ialah dengan mencipta persepsi kita sendiri. Bagaimanapun persepsi yang dicipta itu mestilah positif dan profesional. Apabila orang sudah dapat menerima persepsi itu, kita boleh memanupulasinya dengan cara yang positif dan seterusnya dapat menimbulkan provokasi yang sihat,” katanya.

Beliau menyampaikan pandangan itu semasa forum bual bicara anjuran UMNO berjudul Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi di ibupejabat UMNO, pada Jumaat malam,

Menurut Zaharin yang pernah dipecat oleh UMNO kerana kelantangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya membina persepsi positif terhadap dirinya sebagai pejuang Islam dan penentang rasuah di kalangan penyokongnya, dan kegagalan UMNO menangkis persepsi ke atas Anwar membuatkan pemimpin pembangkang itu terus dipercayai rakyat.

Selain itu katanya UMNO harus menggunakan strategi bertarung dengan musuh di gelanggang sendiri selain melakukan sebanyak provokasi yang boleh untuk membangkitkan semangat rakyat kembali mempercayai dan menyokong parti.

“Isu kerajaan perpaduan adalah contoh terbaik. Pembangkang bijak mencipta persepsi dan memanupulasikan keadaan sehingga ia kelihatan seperti UMNO yang bersalah,” katanya.

Forum berkenaan turut disertai oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain sementara Datuk Chamil Wariya bertindak sebagai moderator.

Dalam penerangannya, Tan Sri Isa pula berkata, satu lagi kelemahan orang UMNO ialah sikap malas dan takut serta tidak tahu mencetuskan provokasi. Katanya orang UMNO lebih bijak berprovokasi sesama sendiri tetapi apabila berdepan dengan pembangkang, mereka menyerah kalah.

Menurutnya jika UMNO gagal mengubah persepsi negatif rakyat terhadapnya, parti akan mengalami kekalahan lebih besar dalam PRU akan datang. Beliau berkata UMNO harus mencontohi cara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berdepan dengan persepsi.

“Ketika Datuk Seri Anwar berusaha menjatuhkan Tun Mahathir, beliau telah berjaya menimbulkan persepsi bahawa Tun Mahathir mengamalkan nepotisme dan kronisme serta kononnya seorang dikator, firauan dan sebagainya.

“Tetapi Tun menguruskan persepsi itu dengan bijak dan sebaliknya berjaya mengembalikan persepsi negatif terhadap Anwar pula.

“ Selain itu UMNO juga bergerak lembab. Contohnya semasa pilihanraya Bukit Gantang, ketika UMNO sedang merancang mengadakan ceramah, pembangkang sudahpun mengedarkan risalah dan membuat penerangan di setiap pelusuk kampung,” katanya
.

Isa juga mengingatkan UMNO supaya jangan mengambil ringan setiap perkara, terutama isu tempatan, negeri dan nasional. Bagaimanapun katanya, UMNO harus bijak mengurus dan memanupulasikan isu-isu berkenaan.

“ Kita boleh memanupulasi, tetapi kita janganlah berbohong. Tetapi apa yang jelas, untuk PRU akan datang isu pembangunan tidak boleh dijadikan modal lagi,” katanya.

Prof Ahmad Atory pula berkata, berdasarkan kajian yang dibuatnya, PAS telah banyak menyimpang dari landasan asal perjuangan mereka, tetapi disebabkan parti itu bijak menanamkan persepsi, memanupulasikan isu dan melakukan provokasi, mereka dilihat hebat.

Katanya, antara persepsi masyarakat terhadap UMNO ialah ia sebuah parti yang sombong dan kerajaan pula dilihat gagal melaksanakan DEB serta mendiskriminasikan kaum dalam perkhidmatan awam dan polis.

Beliau juga berkata UMNO masih relevan dan kemerosotan sokongan kepada BN pada PRU ke-12 banyak disumbangkan oleh parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC.

“Sejak selepas PRU ke-12, pembangkang dan blogger pro-pembangkang terus menerus melakukan manupulasi dan provokasi untuk memberikan persepsi kononnya BN sudah jatuh sehingga ia tertanam dalam benak fikiran rakyat.

“Jika kita tidak menguruskan UMNO dengan baik, maka Perdana Menteri sekarang akan menjadi Perdana Menteri yang terakhir menjelang PRU ke-13.

default

Khalid Ibrahim kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

"Isu besar seperti ini biasanya dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi perkara ini tidak pernah langsung dibincangkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa beliau berkemungkinan mengosongkan kerusi itu selepas pilihan raya kecik Manik Urai Julai ini, bagi memberi laluan kepada Zaid bertanding sekali gus membantu memperkukuhkan PKR.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata, pihaknya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya atas apa sebab sekali pun.klik di sini

Link

MB Selangor kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?

PAS tidak tahu Khalid akan kosongkan kerusi Bandar Tun Razak

Komen PB

Adakah benar pengunduran MP Bandar Tun Razak TS Khalid Ibrahim selepas berakhirnya PRK Manik Urai akan berlaku ?? Ini adalah bagi memberi laluan untuk Budak Suruhan Anwar yang terbaru Pak Zaid Ibrahim untuk menjadi Ahli Parlimen bagi menguatkan parti mereka di Parlimen terutamanya bagi menghadapi Menteri JPM Datuk Seri Nazri Aziz. Kini sudah menjadi 2 orang sudah budak suruhan Anwar berasal dari Kelantan iaitu Husam dan Zaid . Jika ini terjadi lagi ,sekali lagi demokrasi di main wayang lagi oleh Anwar selepas Penanti .

default

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2009

on Saturday, June 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pada : 28 Jun 2009 ( Ahad )
Tempat : IKBN Bukit Mertajam
Masa : 9.00 pagi - 10.00 malam

Acara dan aktiviti diadakan

- Pameran Agensi Kerajaan /Swasta
- Pertandingan Futsal
- Program 1 Belia 1 Malaysia ( kuiz ,teka teki ,aktiviti kanak-kanak )
- Pertandingan Kompang
- Petunjukkan Motor Show
- Karnival Generasi Belia Bebas Jenayah
1) Paitball
2) Bola Jaring
3) Sukaneka
4) Tarik Tali
5) Sepak Raga Bulatan
6) Mewarna

- Perhimpunan Hari Belia Negara 2009

SEMUA DIJEMPUT HADIR !! DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2009 !! 1 BELIA 1 MALAYSIA " BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KECEMERLANGAN "

default

Pelancaran jentera Pemuda BN Manik Urai

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


“Kita mahu menang di Manek Urai, kita akan mulakan kerja di sini untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, kemenangan ini bukan saja untuk Manek Urai tetapi untuk pilihan raya umum akan datang,’’ Datuk Seri Mustapa Mohamad



Kehadiran jentera Pemuda BN Manik Urai ketika mendengarn amanat dan ucapan Tok Pa





Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bersama Tok Pa ketika pelancaran jentera Pemuda


kata-kata semangat YB KJ untuk jentera Pemuda BN bagi menghadapi pilihanraya Manik Urai



Skuad Pemuda BN Cakno Manik Urai siap sedia untuk berkempen di Manik Urai

default

Cerita Pak Haji dari Perak dah muak , keluar dari PAS

on Friday, June 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Dulu saya amat mempercayai perjuangan PAS, kini apa yang berlaku di Perak, di Parlimen yang dilakukan oleh Nizar dan menguatkan lagi apa yang di lakukan oleh Tok Guru Haji Hadi mengenai kerajaan perpaduan yang sememangnya saya ikuti perkembangannya.

Hari ini saya dah muak melihat kelakuan yang tak bermoral dari pemimpin - pemimpin PAS ini dan saya tak dapat maafkan, kata pak haji yang teman temui dalam satu majlis kenduri perkahwinan baru - baru ini.

Beliau dengan bangga memakai baju terpampang gambar DS Zambry, Menteri Besar Perak. tanpa segan silu, katanya lagi ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, seorang yang lengkap ilmu agamanya, ilmu duniawinya, berpelajaran tinggi berkelulusan UIA dan bekerja untuk menaikkan kembali kekuatan ekonomi ummah tanpa dikongkong oleh orang lain, pak haji dah le susah, nak harap pada siapa untuk bela pak haji dan keluarga pak haji dan umat, jika kita asyik berpolitik dan politik kita pun di kawal oleh bangsa lain oleh penganut agama lain, pak haji ingat apabila diberi perintah kita akan memajukan ummah, ini tidak sebaliknya kita terus berpolitik tak sudah - sudah, bila masa bekerjanya, gaji besar dibayar untuk bekerja untuk bantu kami yang susah.

Maka ini lah pemimpin yang pak haji mahukan, sambil menunjuk jari kelingking ke baju yang dipakainya sambil melemparkan senyuman.

sumber : blog http://ddinbunga.blogspot.com

Komen PB

Harap semua rakyat Perak yang atas pagar ,penyokong PAS dapat mengikut langkah Pak Haji ini kembali menyokong BN dan MB Perak yang lebih 100 kali baguih daripada Nizar komunis itu .Di belakang Nizar semua itu yang berkuasa dan Nizar ini hanya mengikut telunjuk mereka sahaja .

default

Manik Urai : BN umum calon Ahad ini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


BN UMUM CALON AHAD


Pada ketika PAS Kuala Krai terpaksa bermesyuarat semula pilih calonnya hari ini, UMNO pula dijangka akan mengumumkan nama calonnya Ahad ini.

Menurut laporan, mesyuarat ahli jawatankuasa PAS kawasan Kuala Krai bersetuju memilih bendahari kawasan itu, Fauzi Abdullah untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai bulan depan.

Bagaimanapun, kerana ada di kalangan ahli jawatan terbabit 'menukar fikiran' dan mahu calon lain dipertimbangkan untuk bertanding di situ.

Menurut seorang ahli jawatan PAS kawasan itu, Zulkifli Yaacob, dalam mesyuarat dua hari lalu, dua nama - Fauzi dan beliau sendiri - telah dicadangkan untuk menjadi calon PAS di Manek Urai.

Di pihak Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan BN dijangka umum calon Ahad ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Najib yang juga Pengerusi BN itu selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara malam semalam.

Beliau yang juga perdana menteri berkata, pengumuman tersebut akan dibuat di Manek Urai.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai, bulan depan.

Beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno daripada kem yang bertentangan antara kumpulan ketua bahagian kini Datuk Ramzi Abdul Rahman dan tokoh yang digantikannya Datuk Wan Zaid Abdullah.

Malaysiakini diberitahu semalam, Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian.

Dua lagi nama ialah Naib ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Malam semalam MT turut mendengar taklimat mengenai persiapan menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai serta mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyampaikan taklimat t mengenai pilihanraya kecil Manek Urai itu.

Kata Najib, maklum balasnya juga diperolehi daripada sayap-sayap - Pemuda, Wanita dan Puteri Umno - berhubung persediaan bagi pilihanraya kecil tersebut.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihanraya DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai depan.

default

PAS tak berguna satu sen pun di Pulau Pinang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


GEORGETOWN - Pas Bukit Bendera menganggap usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) untuk membanteras maksiat tidak begitu serius dan sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Saiful Lizan Mohd Yusoff berkata, aduan demi aduan yang dikemukakan selama ini tidak diberi perhatian dan seolah-olah sepi begitu sahaja.

Beliau tidak nampak kesungguhan pemimpin kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan selama ini seolah-olah hanya perkara kecil sedangkan ia sebenarnya menjejaskan umat Islam kerana melanggar hukum Allah.

“Saya sudah mengemukakan aduan mengenai sebuah pusat aktiviti gay yang berselindung di sebalik nama kelab menjaga kesihatan di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Burma.

“Saya sudah hantar surat rasmi kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow lebih seminggu lalu tetapi hingga hari ini, masih tiada maklum balas.

“Saya juga hantar melalui e-mel kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Tak tahulah sama ada dia baca atau tidak e-mel saya ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau kesal dengan sikap dingin kerajaan negeri mengenai beberapa perkara yang menyentuh kepentingan umat Islam, terutama yang berkaitan dengan maksiat.

“Masalah ini pernah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tetapi hanya dipandang sepi. Lantaran itu, ia diserahkan kepada Ahli Exco dengan harapan mendapat penyelesaian segera, namun hampa juga,” katanya.

Menurutnya, rakyat menaruh harapan tinggi kepada kepimpinan Guan Eng untuk membawa perubahan sejajar dengan pendekatannya ke arah masyarakat berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuaian dengan prinsip ‘amar ma’ruf nahi mungkar’.

“Tetapi ia masih belum menampakkan kesungguhan ke arah itu termasuk konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diterapkan oleh kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Saiful Lizan berkata, Pas Bukit Bendera mendesak MPPP menyemak semula dan mengambil tindakan tegas terhadap premis hiburan.

Sinar Harian

Komen PB

PAS Pulau Pinang dipandang sebelah mata sahaja oleh LGE .Satu kerusi DUN Permatang Pasir sahaja di Pulau Pinang yang PAS ada. Desak pi lah banyak mana pun ,e mail ka kepada LGE dia tidak amik peduli. Tetapi kalau aduan bodoh menerusi email mengenai alam sekitar ,habuk banyak ka , dia terus amik action kerana hendak jaga pengundinya. Kalau bab mengenai maksiat ,gay ,pusat hiburan ..minta maaf lah PAS ,balik bungkus p Markas Pongsu Seribu la . LGE akan buat pekak sahaja aduan hang pa tu semua . PAS cuma kuda tungangan DAP sahaja bila pilihanraya kerana orang PAS la akan pacak dan kibar bendera roket nanti ..haha

default

Hari Penentuan 8 Julai

on Thursday, June 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



KUALA LUMPUR 22 Jun - Kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan sehingga 8 Julai ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan bagi membolehkan beliau mendengar dua permohonan Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes tersebut bermula. Menurutnya, pada 1 Julai ini beliau akan mendengar permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu setelah Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam mewakili Anwar memohon penangguhan bagi membolehkan pihaknya memfailkan jawapan kepada afidavit balasan pihak pendakwaan. Permohonan tersebut sepatutnya didengar oleh hakim tersebut pada hari ini. Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan 8 Julai ini bagi mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadualkan didengar pada Jumaat ini. ''Perbicaraan kes utama yang ditetapkan pada 1 Julai pula ditangguhkan kepada 8 Julai ini,'' kata hakim tersebut. - Utusan


Manakala Blog Saiful Bukhari Melaporkan Sebegini :

http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2009/06/sah-dsai-ke-washington-dc-25hb-jun.html


8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya. Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan). Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini (22 Jun), Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan. Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya. Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka. [Ulasan sebelum ini] Tidak terkata, jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

sumber: blog azli shukri

Komen PB

Saya setuju ulasan oleh sdr Azli Shukri iaitu konspirasi peringkat tertinggi, khususnya dalam badan kehakiman negara bagi memastikan Anwar Ibrahim terlepas daripada sebarang hukuman dan jenayah liwat. Kita harap badan kehakiman telus dan tidak berpihak mana-mana pihak. Mahkamah juga sepatutnya berlaku adil kepada Saiful yang telah menunggu sekian lama perbicaraan ini . Kita semua dah tahu sikap dan taktik licik Anwar untuk melenggah-lengahkan perbicaraan.

Sekarang ini juak2 puak PKR sedang memainkan isu di akhbar mereka iaitu sokongan 100% Majlis Peguam memohon mahkamah mengenepikan kes liwat ini terhadap Anwar dengan mengatakan laporan perubatan HKL tidak mengesahkan tanda diliwat ,ujian DNA boleh diubah,panggilan ke Mindef dan lain-lain lagi . Hal ini supaya mengubah persepsi orang ramai bahawa tiada bukti untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat ini. Kita harap kes ini akan dibicarakan kerana semua rakyat mahu tahu kebenarannya . Suruh Anwar bersumpah ,dia tak mahu .Sekarang ini kita minta dia dibicarakan ,tak mahu pulak .Pengecut !!

default

Ketua Dewan Ulama PAS Perlis pun tak betul ,didakwa dera isteri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Macam-macam dah cerita tentang Pakatan selepas isu hangat kerajaan perpaduan tutup kedai. Saya dimaklum oleh rakan bloggger hari ini Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Ini apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap hebat mengenai ISLAM di ceramah-ceramah .. tetapi perangai macam penyamun tarbus ( anwar suka sebut dalam ceramah)

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

default

Pergi jalanlah DAP

on Wednesday, June 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu.

"Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam."Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."

Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.

Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.

"Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaan

Ibrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Komen PB

PB menyokong PERKASA ini sejak ianya ditubuhkan dan matlamat perjuangannya cukup jelas iaitu membela dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra serta agama Islam .Jangan salahkan PERKASA, kerana PERKASA adalah payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak dan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Perkara 152 dan 153.

PERKASA bermatlamat memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum. Cogankata PERKASA antaranya adalah

�perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara
�. yang bergerak secara berhemah, bijaksana dan berdisplin.


Jadi apa salahnya PERKASA?Memang kita tahu golongan pembangkang ini memang tidak senang dengan Perkasa yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali yang jugsa seorang Ahli Parlimen yang lantang di Dewan Rakyat . Insyallah PB akan menantikan Perkasa ke utara dan akan menyertai ahli Perkasa.Hidup Melayu !!

default

Kerajaan perpaduan wayang PAS sahaja

on Tuesday, June 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat,” kata kenyataan itu.Serentak dengan itu, pembangkang mengulangi pendirian mereka untuk mengukuhkan pakatan sedia ada bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Sudah tamat drama Kerajaan Perpaduan mainan PAS .

1- Inilah pemimpin Flip Flop dalam PAS. Sekejap cakap hendak kerajaan perpaduan tetapi akhirnya tuduh UMNO pulak . Saya hairan dengan kenyataan di atas di mana Pakatan menuduh UMNO/BN melakukan fitnah dan tohmahan kononnya mengada-adakan isu penubuhan kerajaan perpaduan bersama parti Pakatan ! Memang berbelit betul kenyataan Anwar dalam sidang media itu dan stailnya memang suka salahkan BN walhal idea kerajaan perpaduan datang dari Hadi Awang .klik di sini UG

2-Saya tidak menafikan memang UMNO/BN telah menyambut baik kerjasama di antara PAS dan UMNO ini di negara ini tetapi kita mesti tahu bahawa isu yang panas diperkatakan sekarang ini bertitik tolak kepada idea Hadi Awang bukannya UMNO/BN.Saya rasa Hadi Awang yang sebenarnya patut tarik balik kenyataan beliau itu dari menyalahkan UMNO /BN kerana idea dari beliau sendiri .Jangan jadi seperti seorang munafik ,di depan sidang media cakap bohong . Orang ramai bukan bodoh kerana sudah lihat hadi sendiri yang melontarkan idea kerajaan perpaduan ini di muktamar PAS .Nak Politik-politik la sampai malam pun ,tetapi Cakap jangan berbohong dan berulang kali sehingga menjadi munafik. Kalau si Anwar itu cakap memang la aku tak terkejut sangat kerana perangai dia memang seperti itu ,tetapi ini pemimpin yang berjubah dan berserban .

3. PB ingin ulas sikit sidang media itu ,dan kita lihat ramai orang PKR dan DAP berada di sidang media itu. Yang bercakap biasalah didominasi Anwar dan Kit Siang dan PAS hanya terkedu sahaja ikut . Gambar di atas pun boleh huraikan 1001 macam persoalan .Senyuman pemimpin DAP jelas terpancar di wajah LGE,LKS dan Ngeh kerana rancangan mereka berjaya untuk tidak mahu lihat Melayu bersatu dan kuat.

4. UMNO /BN , teruskan maju ke depan . Tidak payah toleh belakang lihat bulan lagi kerana Roket sudah berjaya sampai di Bulan .


"Istilah kerajaan perpaduan datang daripada mereka (PAS) sendiri.Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang"
DS Najib Tun Razak



Link

Kerajaan perpaduan: Tidak timbul soal BN lemah, kata Najib
Tolak sebab fitnah dan mainan UMNO- PR

default

Gagasan Melayu Perak - MB Perak & Tun M

on Monday, June 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kekuatan Tun Mahathir ialah nilai keintelektualannya yang tidak jemu-jemu menyentuh tentang Melayu.

Pandangannya tentang nasib dan masa depan Melayu tetap konsisten. Adakalanya Tun dikritik kerana menempelak sikap Melayu yang selesa dan mudah lupa. Adakalanya ia diangkat sebagai wira Melayu atas keberaniannya.

Pada 20hb June, Gabungan Melayu Perak telah menjemput Tun untuk merasmikan Persidangan mereka. Melihat wajah Tun dan kecergasannya saya terpanggil untuk membandingkannya dengan Lee Kuan Yew.

Jelas Tun masih gagah. Kebetulan pula LKY baru sahaja melawat Perak. Seperti biasa Tun tidak pernah menyembunyikan sikapnya terhadap LKY yang dianggap sebagai Little Emperor sehingga ada pemimpin-pemimpin yang katanya "terbongkok-bongkok" pergi mengadap LKY dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.

Kita memahami hubungan kedua-dua pemimpin ini yang telah menempa sejarah kepimpinan dunia.

Apa yang menarik dari ucapannya ialah keadaan Melayu hari ini yang semakin lemah dan menjadikan mereka cemas. Sikap cemas dan bimbang dengan keadaan adalah petanda positif kerana ia akan membawa kepada perubahan.

Tetapi katanya Melayu tidak boleh ambil mudah. Demografi dan geopolitik Malaysia sudah berubah. Melayu tidak boleh selamanya bergantung sesama sendiri untuk menentukan kemenangan dalam pilihanraya.

Dulu jumlah pengundi Melayu sebanyak 80 peratus. Tetapi selepas pemberian kerakyatan 1 juta kepada bukan Melayu di zaman Tunku, katanya, keadaan sudah berubah. Keadaan menjadi lebih sukar apabila Melayu terus berpecah.

Hari ini jumlah majoriti Melayu bukan lagi menentukan kuasa mereka. Ini kerana kuasa politik Melayu yang sudah terhakis akibat perpecahan ditambah lagi dengan kehilangan kuasa ekonomi.

Fenomena kuasa ditentukan oleh ekonomi berlaku di mana-mana sahaja. Amerika sebagai contoh, kuasa politik seorang Presiden ditentukan oleh golongan Yahudi yang hanya mempunyai seramai 10 juta orang dari keseluruhan penduduk Amerika yang melebihi 300 juta.

Sekarang ini golongan muda semakin hilang keyakinan terhadap dasar DEB yang melahirkan mereka. Mereka sendiri tidak lagi menganggap Dasar itu adalah dasar yang baik. Di pihak yang lain pula, mereka mengambil mudah segalanya dengan meyakini bahawa ini adalah negaranya, maka ia lebih gembira untuk menjadi Mat Rempit dan sebagainya.

Akibatnya juga ramai yang terjerumus dalam penagihan dadah, kes-kes rogol dan buang anak yang melibatkan Melayu. Apakah wajah baru Melayu yang dihidangkan untuk tatapan masa depan bangsa.

Generasi muda adalah harapan kita, tetapi lihatlah keputusan saluran-saluran peti undi yang mewakili mereka sudah tidak lagi memihak kepada Barisan Nasional. Mereka lebih percaya kepada hidangan propaganda pembangkang melalui media baru yang menyajikan segala bentuk tuduhan, fitnah, cacian, sehinggakan semua itu dianggap suatu kebenaran.

Wacana baru dengan generasi muda perlu dimulai dengan menyingkap tabir kesinisan dan kebencian mereka terhadap UMNO dan pemimpinnya. Saya yakin generasi muda akan kembali bersama UMNO dan BN apabila permainan politik yang disajikan kini khususnya oleh pembangkang semakin dilihat sebagai suatu helah dan tipu daya.

Dipetik dari Blog Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir

default

MPSP pilih bulu robohkan gerai peniaga Melayu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


KEPALA BATAS 20 Jun – Beberapa peniaga kecil di Taman Bertam Perdana di sini kesal terhadap sikap ‘pilih kasih’ Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang merobohkan gerai mereka tetapi tidak mengambil tindakan ke atas peniaga lain yang turut melakukan kesalahan.

Peniaga terbabit mempersoalkan tindakan MPSP merobohkan gerai peniaga kecil tepi jalan seperti mereka tetapi pada masa sama membiarkan ratusan premis yang didirikan di atas jalan di banyak kawasan lain termasuk di Taman Chai Leng, dekat sini.

Menurut mereka, adalah tidak wajar MPSP merobohkan gerai peniaga berpendapatan kecil yang tidak berpeluang dan tidak mampu menyewa tapak gerai yang mahal tetapi ‘menutup mata’ membiarkan peniaga kaya meneruskan perniagaan walaupun menyalahi peraturan.

Peniaga yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohd. Rosli Md. Isa, 33, berkata, dia terkejut apabila MPSP bertindak merobohkan gerainya semalam dengan memberikan notis kurang daripada 24 jam.

Menurutnya, dua penguat kuasa MPSP ada datang menghantar notis arahan meroboh gerainya kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan memintanya datang ke pejabat MPSP jika ingin membuat sebarang rayuan.

“Tapi belum sempat (buat rayuan), lebih 30 penguat kuasa datang robohkan gerai saya dan gerai rakan-rakan lain. Kalau datang seorang (penguat kuasa) sekalipun, saya tidak lawan sebab saya ini cacat, tapi itu bukan soalnya.

“Saya ingin tanya kenapa MPSP beria-ia mahu roboh gerai kecil saya ini sedangkan banyak lagi gerai yang buat salah tidak diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Mohd. Rosli yang cacat kaki kiri dan memakai kaki palsu memberi contoh bagaimana deretan premis perniagaan di Taman Chai Leng yang didirikan sehingga mengganggu lalu lintas dibiarkan beroperasi sejak bertahun-tahun lamanya.

“Tapi gerai kecil kami ini pula dirobohkan, kami bina gerai tepi jalan dan tidak kacau siapa-siapa. Pendapatan pula tidak seberapa berbanding mereka. Adilkah begitu?” katanya yang berniaga menjual air kelapa sejak dua tahun lalu.

Seorang lagi peniaga, Che Yam Edon, 52, mempersoalkan mengapa baru sekarang MPSP bertindak merobohkan gerai peniaga di situ yang sudah wujud antara dua hingga tiga tahun lalu.

“Mereka datang seolah-olah kami buat jenayah besar, sudahlah pendapatan tidak seberapa, habis segala barangan perniagaan rosak dan ada pula yang dirampas.

“Dulu tidak pula MPSP nak datang roboh dan orang-orang (penduduk) di sini tidak pernah merungut malah ramai yang datang membeli kuih- kuih saya,” tambahnya.

Peniaga kuih-muih, Bahari Osman, 59, pula berkata, sepatutnya MPSP memberi peluang kepada peniaga di situ kerana mereka dalam proses untuk mendapat kebenaran berniaga secara sementara di kawasan itu.

sumber : www.utusan.com.my

Komen PB

Saya cukup kesal dengan tindakan MPSP ini yang baru sahaja menerima YDP MPSP yang baru merobohkan gerai mereka dengan zalim dengan memberi notis tidak kurang 24 jam .Saya setuju dengan kenyataan mereka ini ,tidak dinafikan kalau kita lalu di Taman Chai Leng Park ,deretan banyak penjaja berniaga di tepi jalan yang menganggu jalanraya . Kenapa MPSP memilih kawasan penjaja untuk dirobohkan di Bertam ini dan tidak melakukan tindakan yang sama di Taman Chai Leng mahupun di sekitar Kubang Semang ? Kerana di Bertam ialah kawasan Parlimen BN iaitu Kepala Batas manakala Taman Chai leng ialah kawasan majoriti pengundi Cina dan di dalam Parlimen Bagan . Adakah mereka ini menjual air kelapa dan kuih telah melakukan jenayah berat sama seperti membuka pusat perjudian sehingga MPSP sanggup meroboh dan merampas barang mereka. Yang jelas dan nyata Melayu Pulau Pinang akan terus dipinggirkan.. ..

default

Selamat Hari Bapa

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Selamat Hari Bapa untuk abah saya yang sekarang tengah bekerja di outstation .Kenapa saya meletakkan gambar lokomotif keretapi ini kerana saya dari kecil hidup membesar ,belajar di sekolah hingga ke IPTA hasil dari titik peluh abah saya bekerja sebagai Pemandu Lokomotif yang sudah lebih 28 tahun .Keretapi cukup sinonim dengan kehidupan saya sekeluarga ,dari kuartes keretapi kini kami sekeluarga mempunyai rumah sendiri hasil dari pengorbanan abah bekerja sebagai Pemandu Keretapi.

Jasa dan pengorbanan abah saya yang bekerja siang dan malam untuk membesarkan saya dan adik-adik tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih abah .

default

Perpaduan kini untuk semua rakyat Malaysia

on Sunday, June 21, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KAUM INDIA PULA BINCANG KE ARAH PERPADUAN

KUALA LUMPUR 20 JUN — MASYARAKAT INDIA JUGA KINI MENGGERAKKAN USAHA KE ARAH PERPADUAN, MUNGKIN MENGAMBIL PETUNJUK DARIPADA APA YANG DIUAR-UARKAN MENGENAI PERBINCANGAN PERPADUAN UMNO-PAS, YANG DILAPORKAN KINI MASIH DI PERINGKAT AWAL.

MENGUSAHAKAN GAGASAN ITU ADALAH MIC BERSAMA-SAMA DENGAN PRESIDENNYA, DATUK SERI S. SAMY VELLU YANG MENYERU KAUM INDIA DI NEGARA INI UNTUK BERSATU PADU BAGI BERBINCANG DAN BERTINDAK DENGAN SATU SUARA.

“HANYA MELALUI SATU TINDAKAN BERSATU PADU KAMI BOLEH TERUS WUJUD DAN MENCAPAI KEMAJUAN,” KATA SAMY VELLU DALAM PORTAL WEB MIC. – BERNAMA

Komen PB

Ini merupakan langkah ke depan oleh MIC dan saya rasa samy mungkin sudah sedar bahawa kaum India kini sudah berpecah seperti juga Melayu . Petunjuk daripada isu muzakarah UMNO -PAS sebenarnya telah membuka mata MIC untuk kembali menyatupadukan kaum India dalam MIC. Perpaduan bukan hanya perlu kepada bangsa Melayu , tetapi kepada semua kaum di Malaysia iaitu Melayu ,Cina dan India. Apabila kita bersatu ,pasti kita akan menjadi kuat. " Bersatu teguh bercerai roboh " . Harap MCA juga dapat mengikut jejak MIC yang mahu perpaduan dikalangan kaum mereka diutamakan .

default

Saiful vs Anwar - Siap yang takut akan kebenaran ??

on Friday, June 19, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim di siri ceramah di Bukit Gelugor semasa PRU 12
sumber : blog saiful bukhari




Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S.N.Nair, Anwar, 62, juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini - Bernama


Komen PB

1 Julai 2009 adalah tarikh perbicaraan kes liwat yang dinantikan Saiful Bukhari dan hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Jika Anwar berani datang ke mahkamah 1 Julai ini berhadapan dengan keadilan dan Saiful sendiri. Orang suruh bersumpah ,tak nak bersumpah . Ini nak bicara di mahkamah pun sudah takut dan minta Mahkamah membatalkan pulak tuduhan liwat. Dahulu Anwar berani sangat cakap kepada media minta dibicarakan tetapi kini sudah berubah pulak . Kita tunggu sama-sama 1 julai ini kebenarannya





Link


Anwar mohon buang tuduhan sebelum bicara
berjayakah anwar gugurkan kes sebelum perbicaraan ??
Apabila Nurul Izzah & S Nair bersuara

default

Nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin letak jawatan

on Wednesday, June 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan hari Rabu melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan ‘orang kuat’ kepada idea tersebut.

Melahirkan pendiriannya, beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan terbaru berhubung kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Nasharuddin hari Selasa menyambut baik reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menilai PAS ikhlas dalam melontarkan idea kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.- 17/6/20

Reaksi Pemimpin UMNO

"Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO”, YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO

"Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima.Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya.YB Datuk Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO

Komen PB

Nik Aziz marah betul gara-gara UMNO -PAS mahu bersatu demi masa depan agama dan bangsa . Fikir-fikirkan la kerana Islam sendiri menyuruh umatnya bersatu dan jauhi persengketaan tetapi pemimpin yang dikatakan memperjuangkan Islam sendiri tidah mahukannya.Penyatuan sesama umat Melayu dianggap seperti SAMPAH !!

default

Nizar barua DAP sudah buat gila di Parlimen

on Tuesday, June 16, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



BEKAS Menteri Besar Perak, Nizar barua DAP telah diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakan melaungkan slogan "bubar DUN" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan Speaker supaya menanggalkan lilitan "BUBAR DUN" Perak. Turut diarah keluar adalah beberapa ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat seperti sepupu dia Ngeh dan Nga yang sudah gila kuasa setelah kerajaan negeri mereka tumbang. Inilah penyakit gila kuasa dari sivakumar sudah berjangkit ke Nizar di Parlimen .Mungkin mereka ini fobia dengan sidang dewan jadi bila dapat sahaja peluang untuk menggila ,maka mula lah drama mereka .







Antara kerja gila Nizar untuk berlakon mencari publisiti . Nizar sebagai pelakon utama dan Pengarah nya ialah Ngeh-Nga ,Produser = DAP Production



Nizar sengaja mencari publisiti di Parlimen supaya rakyat masih ingat mereka lagi dan ini diteruskan di hari ini setelah acara mogok lapaq gagal .Inilah Melayu yang tidak bermaruah ,beliau sanggup ikut apa saja cakap DAP kafir harbi suruh. Hari ini bukti sudah ada iaitu Nizar sudah buat kerja bodoh dan gila di Parlimen .

**** Dont try this at home *********

Reaksi Ahli-Ahli Parlimen

" Beliau nak tarik perhatian dunia dan beliau sudah mendapat perhatian dunia,” katanya merujuk kepada tindakan Mohammad Nizar memakai lilitan bertulis “Bubar DUN” pada songkoknya selain melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan seamalam. Ahli Parlimen PAS Bachok Nasharudin Mat Isa

'Dia langsung tidak menghormati dewan selain cuba membawa budaya rimba pakatan pembangkang Perak ke dalam Dewan Rakyat," Ahli Parlimen BN Rembau - Khairy Jamaludin

''Tingkah laku yang tidak baik yang dibuat oleh mereka yang berpendidikan tinggi ini adalah seperti meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Ini amat menyedihkan saya.Tindakan mereka memakai lencana (lilitan kepala) dan memekik dalam dewan adalah perbuatan yang tidak menghormati peraturan dan tidak selaras dengan usaha kita untuk menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia," Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali

"Ini berlaku disebabkan beliau terlalu memikirkan tentang kuasa. Ini akan menyebabkan kita hilang akal dan arah hala tuju. Tiba-tiba dia ikat kepala dan macam hendak berperang " Ahli Parlimen Kinabatangan -Datuk Bung Moktar Radin

Link
Pas dakwa tidak tahu rancangan Nizar - Nasharudin
Nizar bawa undang-undang rimba ke Parlimen

default

Pemuda Umno masuk bandar tumpu golongan muda

on Sunday, June 14, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Pemuda tumpu golongan muda di bandar

KUALA LUMPUR 14 Jun — Pergerakan Pemuda Umno mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka.

“Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada pendduk muda di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sehari Bersama Pemuda Umno Malaysia di Bandar di PPR Kerinchi, di sini hari ini.

Katanya, sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan, kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit adalah masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan.

“Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan Pemuda Umno perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinGgal di bandar,” katanya. - Bernama


Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO





Perasmian Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia



Pusat Aduan Komuniti yang terletak di Unit 2-3, Plaza RAH, 111 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, Khairy berkata, pusat itu akan dijadikan medium pemudahcara untuk rakyat datang dan berkongsi masalah serta berperanan menyelesaikan masalah yang dilaporkan.



"Kita tak nak pusat ini hanya jadi pusat pos semata-mata...bila orang datang buat aduan, kita terima dan kemudiannya bawa aduan itu ke kementerian dan jabatan berkenaan bagi tujuan penyelesaian.

"Saya mahu pusat ini sendiri dapat bantu selesaikan masalah, bukannya hanya jadi perantara untuk diserahkan kepada pihak tertentu. Saya mahu mereka sedaya upaya membantu pengadu dengan merentasi segala halangan birokrasi yang mungkin menghalang kes itu daripada diselesaikan," katanya.

Khairy berkata, pusat yang akan beroperasi secara total dalam masa dua minggu lagi itu akan turut menyediakan unit aduan guaman bagi membantu menyelesaikan kes-kes yang melibatkan perundangan.

Beliau berkata, jika dahulu Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno hanya beroperasi di ibu pejabat Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sahaja, tetapi kali ini, ia dibawa ke luar supaya lebih senang untuk sesiapa sahaja datang meminta bantuan dan menyatakan aduan.

Pusat itu akan menjadi 'premis harapan' kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan ia dilihat sejajar dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, katanya.

default

Pro Kerajaan Perpaduan diminta jangan berkempen di Manik Urai

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen
Jun 14, 09 5:37pm
Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.

sumber : Malaysikini.com

Komen PB

Apabila kuasa politik Melayu lemah maka kaum lain mula mengugut dan menuntut macama-macam. Kini 2 parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS menghadapi situasi ini , UMNO menghadapi ugutan oleh MCA dan Gerakan yang mahu keluar BN dan PAS pulak dari DAP yang mahu PAS minta maaf berhubung cadangan Hadi mahukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS . Fikir-fikirlah sebelum tanah air nenek moyang kita ini tergadai ..

default

Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DAP dan PKR

on Friday, June 12, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Presiden PAS perlu minta maaf dengan DAP, PKR - Karpal

PULAU PINANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meminta maaf kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno kerana jelas ia tidak jujur, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Katanya DAP mengkritik para pemimpin PAS setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan yang melampau.

"Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dalam nada penuh emosi dan marah dipetik sebagai berkata bahawa pemimpin ini (pemimpin PAS) mahu merosakkan parti itu.

"Malah Nik Aziz secara terbuka mengkritik rakannya dalam PAS kerana menyokong agenda perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno," k
atanya.

Katanya DAP juga tidak membiarkan walaupun Abdul Hadi yang mencadangkan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno baru-baru ini.

Komen PB

Memalukan !! Hadi Awang baru mengekalkan jawatan sebagai Presiden PAS dalam Muktamar lepas kena pulak pergi sujud dan mohon maaf kepada DAP dan PKR . Itu lah PAS perlu sedar diri semula ,PAS paling rendah dalam jumlah kerusi di Parlimen berbanding DAP dan PKR . Bagaimana PAS hendak membuat keputusan sendiri dan ingin menjadi dominon dalam PR jika kerusi mereka di Parlimen sedikit . PAS hanya kuda tungangan sahaja dalam PR ..tidak boleh cakap dan menyuarakan langsung pendapat .Isu SIS pun dikecam hebat oleh PKR dan DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.