
Oleh Indera Ahmad
Alor Gajah -- Pemuda UMNO akan terus menjadi jambatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan batasan agama yang mengalami kesusahan untuk memastikan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.
Atas dasar itu, satu keluarga berketurunan India di Melaka yang ketiadaan kad pengenalan mendapat perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO semalam.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata keluarga M. Amara, 48, yang mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 18 orang termasuk anak dan cucu beliau akan dibantu untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut.
Menurut beliau ketiadaan kad pengenalan telah menyebabkan anak serta cucu M. Amara sukar untuk membuat sebarang urusan termasuk urusan persekolahan.
"Atas dasar inilah kita tampil bersama Pemuda UMNO Melaka serta MIC negeri itu untuk membantu bagi memastikan keluarga berkenaan mendapatkan kad pengenalan bagi memudahkan sebarang urusan kelak.
"Kita difahamkan, suami M. Amara sebelum meninggal telah pun berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut. Dan setelah kematiannya pada 2001, balu beliau sekali lagi telah berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan berkenaan, namun masih belum selesai sehingga hari ini", katanya.
Kata beliau lagi, M. Amara yang mempunyai kad pengenalan mempunyai kesukaran untuk menyokong permohonan anak serta cucu beliau ekoran segala dokumen yang berkaitan tidak dijumpai kerana dokumen tersebut disimpan oleh suami beliau sebelum kematiannya beberapa tahun yang lalu.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas mengunjungi keluarga berkenaan semalam.
Tambahnya lagi, pihaknya telah mengatur pertemuan dengan agensi yang berkenaan minggu depan bagi menyisat serta menyelesaikan permasalahan tersebut.
"Kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya keluarga M. Amara mendapat kad pengenalan untuk meudahkan segala urusan beliau nanti", ujarnya.
sumber : pemudaumno.org.my
Pemuda UMNO Bantu Dapatkan 18 Kad Pengenalan Anak, Cucu M.Amara
on Sunday, June 7, 2009
by Pejuang Bangsa
-
6 Comments
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!2 weeks ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan5 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H3 months ago
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
-
-
Lynas Corp’s website still down9 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
Apabila berita dimanipulasikan2 days ago
-
-
-
-
-
-
BAJET PERTAHANAN 20122 weeks ago
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World












Alor Gajah -- Pemuda UMNO akan terus menjadi jambatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan "BATASAN AGAMA" yang mengalami kesusahan untuk memastikan mereka mendapat bantuan yang sewajarnya.
cuba saudara jelaskan disini.. apa makna BATASAN AGAMA tu...
adakah dengan melanggar segala batasan yg menjadi pendinding agar tidak tergenlincir dari landasan agama....?? please...!!!
batasan agama jgn disalahkan ertikan
ia bermaksud tanpa mengira orang itu beragama apa pun seperti Hindu,Buddha ,Kristian yang mengalami kesusahan , Pemuda UMNO akan membantu . Tiada perbezaan dia walaupun orang itu bukan beragama islam pun ,Pemuda akan menolong bantu mereka.
jd mereka semua dan dengan kita2 sekali yg beragama islam leh langgar batas agama ker?
pada awalnya saya cuma merasakan saudara tersilap taip.. tp skrg saudara telah pun membuktikan betul apa yg saudara taipkan.... syabas kerana sanggup langgar batasan agama.. kesian tul lah...
abgmat
nampak sgt hang ini bodoh dlm bahasa melayu ... jangan dok putar belit pusing bahasa. orang maksud lain hang dok cakap langgar batas agama apa... hang ni memang cakap pusing punya org .
orang cakap lain ,hang faham kot lain ..balik p mengaji sekolah balik la .
ini kes tersalah cakap atau tersalah bahasa atau tersalah faham atau dah tersalah silap
kalau dah tersalah cakap atau tersalah bahasa mengaku sajalah,,habis cerita
hanya memperjuangkan bangsa sahaja mengesaid,
nampak sgt hang ini bodoh dlm bahasa melayu....
ni biar abemat7902 ngesaid plok...
biar bodoh bahasa melayu.. jgn bodoh bahasa agama (ilmu)