28 PEMILIK GERAI DAKWA DIUGUT
"BUTTERWORTH 6 Jun - Sekumpulan 28 pemilik gerai di Taman Selera EMBA di Bagan Ajam di sini mendakwa gerai mereka di kawasan itu bakal dirobohkan jika enggan membayar sewa bulanan kepada seorang individu.
Menurut peniaga terlibat, mereka telah diminta membayar yuran bulanan RM150 sebulan kepada seorang individu yang mendakwa beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Bagan Ajam.
Peniaga terlibat, Mazlan Abdul, 35, berkata, lelaki berkenaan turut mengemukakan surat dipercayai palsu yang menuntut para pemilik gerai supaya membayar sewa bulanan itu dan dia juga mengaku telah diberi kuasa untuk menjawat jawatan Pengerusi JKKK negeri.
"Kami memang tidak mengenalinya dan tidak percaya dengan surat yang diedarkan sendiri kepada setiap pemilik gerai di sini.
"Surat kuasa palsu itu yang bertarikh 1 Jun 2009 juga, kononnya diberikan salinan kepada Timbalan Ketua Menteri 1," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, sebahagian peniaga terlibat kemudiannya telah bertemu pegawai di Pejabat Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bagi memastikan surat yang dibawa oleh individu berkenaan dan mereka menafikan perkara itu.
Sementara itu, Penasihat Koperasi Tenaga EMBA, Ahmad Zainol, 72, berkata, pihaknya mengenali lelaki berkenaan yang turut mengunjungi premis perniagaan berkenaan sambil merakamkan gambar gerai dan dewan serbaguna di kawasan berdekatan.
"Kita kenal individu tersebut kerana selalu nampak dia lalu lalang di sini tetapi operasi gerai makanan di sini tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri pakatan pembangkang.
"Gerai-gerai di sini dibina sejak 22 tahun lalu dengan duit koperasi, bukannya duit kerajaan negeri dan semua peniaga tidak mahu diganggu. Mereka akan hanya membayar sewa bulanan kepada pihak koperasi seperti biasa," tambahnya."
- Utusan Malaysia
Komen PB
PB sudah lama mengikuti perkembangan isu ini dari blog suaramelayubaru .Susulan dari kes cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi JKKK Kawasan dari Pakatan Rakyat. Pemilik gerak terbabit telah melakukan sidang media untuk menerangkan isu sebenar dan laporan polis yang dibuat berhubung cubaan dan mengedarkan dokumen atau surat rasmi yang mempunyai kepala surat Pejabat Daerah secara palsu, salah guna kuasa dan cuba untuk membuat kutipan sewa secara tidak sah, ugutan dan beberapa tuduhan lain terhadap individu terbabit.
Tidak sampai seminggu pun TKM 1 menduduki kerusi TKM 1 ,macam-macam isu sudah timbul .sebelum ini kita dengan Johari Kasim Ahli Majlis MPSP yang gilakan kuasa YDP MPSP ,ini pulak JKKKN PR yang salahguna kuasa pulak . Ibarat seperti meludah ke langit apabila mereka mengata BN salahguna kuasa,rasuah,dan zalim . Kini orang mereka sendiri yang melakukan semua ini . Bagaimana la PR ini hendak memerintah negara ?? ini baru setahun lebih sahaja memerintah ,sudah haru biru dibuatnya .
Link
http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/gempar-jkkk-pakatan-rakyat-sanggup.html
http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/06/laporan-polis-berhubung-kes-cubaan.html
JKKKN Pakatan Rakyat zalim dan kurang ajar
on Monday, June 8, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
June
(41)
- Hari Belia Negara PP - Tiada penglibatan kerajaan ...
- Manik Urai : Pengurus Kanan VS Penjual Ikan
- Debat : buang masa sahaja
- Manik Urai : Pemuda terus giat mendekati pengundi ...
- Nik Aziz riak dan mahu UMNO berdepan dengan saya
- Forum Antara Persepsi, Manupulasi dan Provokasi
- Khalid Ibrahim kosongkan Parlimen Bandar Tun Razak?
- Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau ...
- Pelancaran jentera Pemuda BN Manik Urai
- Cerita Pak Haji dari Perak dah muak , keluar dari...
- Manik Urai : BN umum calon Ahad ini
- PAS tak berguna satu sen pun di Pulau Pinang
- Hari Penentuan 8 Julai
- Ketua Dewan Ulama PAS Perlis pun tak betul ,dida...
- Pergi jalanlah DAP
- Kerajaan perpaduan wayang PAS sahaja
- Gagasan Melayu Perak - MB Perak & Tun M
- MPSP pilih bulu robohkan gerai peniaga Melayu
- Selamat Hari Bapa
- Perpaduan kini untuk semua rakyat Malaysia
- Saiful vs Anwar - Siap yang takut akan kebenara...
- Nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin le...
- Nizar barua DAP sudah buat gila di Parlimen
- Pemuda Umno masuk bandar tumpu golongan muda
- Pro Kerajaan Perpaduan diminta jangan berkempen di...
- Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DA...
- Forum Perdana : Politik - Agenda Perubahan
- Adun DAP Jawi nak letak jawatan pulak gara-gara ...
- Badrul Amin kutuk Mufti Perak
- SPM : Lulus BI wajib ?
- JKKKN Pakatan Rakyat zalim dan kurang ajar
- Mulakan muzakarah UMNO-Pas - Khairy
- Pemuda UMNO Bantu Dapatkan 18 Kad Pengenalan Anak...
- Pemuda mula gerak jentera di Manik Urai
- Ketua Erdogan balik bungkus ..
- Pemuda PAS pun mahu pertahan hak bumiputra
- PR di Pulau Pinang bergolak kembali
- Nama Pemuda UMNO di Muktamar Pemuda PAS
- Dr Mansor - TKM yang mendapat sokongan 46 % sahaja
- Ahmad Maslan guna pendekatan tersendiri dekati rakyat
- Undi PKR menurun di Penanti , Mansor TKM 1 PP
-
▼
June
(41)