..

..
Archive for 2011

default

Selamat Tahun Baru 2012

on Saturday, December 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk seluruh rakyat Malaysia terutama pembaca blog ini .

Tak lupa juga kepada semua rakan blogger pro kerajaan tidak kira blogger Penang , nyamuk , elite , UMB dan lain2 ...tahun 2012 kita kasi gegar lagi hentak Pakatan dan Anwar !


Biarlah kita melangkah ke tahun baru ini dengan perjuangan menegakkan kebenaran Demi perjuangan Alif Ba Ta..

SELAMAT TAHUN BARU 2012

default

Selepas Anwar disamakan Imam Mahdi , muncul pulak pemimpin mengaku Rasul !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air.

Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.

Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.

Komen GPB

Kalau dah pemimpin politik Pakatan Haram pun boleh diangkat & disamakan seperti Khalifah Umar Abd Aziz , Nabi ,dan terbaru  Imam Mahdi ,  setakat artis pun tentu hendak juga .

Memang dah semakin sesat dah pemimpin serta penyokong2 taksub mereka  hingga tidak tahu bahawa gelaran terbabit boleh mengugat akidah mereka sendiri sebagai umat Islam .

default

Satu lagi kejayaan negeri Pakatan , tarian bogel tiang jadi ikon baru !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.



Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo

default

PAS tak tidur lena bila solat Hajat di Madrasah Salihiah Kanchut dibuat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Hari ini program Munajat Solat Hajat bagi menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut telah diadakan dengan lancar tanpa gangguan walaupun puak2 Pemuda PAS membuat laporan polis sebelum ini .

Ia dianjurkan oleh Barisan Bertindak Selamatkan Madrasah ini bagi memohon pertolongan dari Allah agar madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini tidak dirobohkan oleh kerajaan regim PAS Kedah .

Di mana suara penyokong2 taksub PAS bila kerajaan Azizan Razak hendak robohkan madrasah ini ?  Kalau UMNO la yang roboh , sudah tentu puak2 kopiah putih terlebih dulu di depan membantah serta  membuat demontrasi .

Hari ini mereka rela madrasah ini dirobohkan sebab yang mengeluarkan arahan adalah kerajaan PAS sendiri . Nampaknya parti lebih diutamakan mereka daripada sensitivit agama sendiri .



penduduk memohon pertolongan Allah untuk selamatkan 
madrasah Salihiah Kanchut 




gambar : kredit kepada Media Kedah & Kedah Ke KL ..


default

Fitnah PKR terhadap Jamil Khir kantoi !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.

Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.

Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.

default

Adakah Adam Adli berani hadir 9 Jan di UPSI ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Di bawah ini merupakan surat dari UPSI minta Adam Adli hadir perbicaraan tatatertib. Tarikh 9 Jan juga hari penentuan untuk Anwar di Mahkamah Tinggi KL.

Adakah Adam Adli akan ke UPSI atau ke mahkamah tinggi bagi pejuangkan bosnya Anwar ?

Untuk kita lihat sama ada Adam Adli hadir , tunggu malam ini demo mereka di depan UPSI dikatakan selama 16 jam .

default

Saifuddin sedih Adam Adli tetap degil untuk mohon maaf secara terbuka

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sai­fuddin Abdullah menya­rankan, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim yang menurunkan bendera wajah Per­dana Menteri, Da­tuk Seri Najib Tun Razak dibicarakan dan diadili di luar kampus.

Walau bagaimanapun, beliau amat menghormati keputusan yang diambil UPSI yang memanggil Adam Adli untuk hadir perbicaraan di universiti itu pada 9 Januari depan.

“Saya hormati hak UPSI untuk ambil tindakan terhadap Adam Adli. Tetapi jika diberi pilihan, saya lebih suka jika dia diadili dengan undang-undang di luar kampus,” katanya selepas menghadiri persidangan Meja Bulat Akta Universiti dan Kolej Univeristi (Auku) 1971 kedua bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), semalam.

Menurutnya, tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib berlaku di luar kampus dan adalah lebih baik jika dia diadili di luar berbanding di dalam kampus.

Pada 17 Disember lalu, aktivis mahasiswa itu menurunkan bendera wajah Najib di Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Berikutan kejadian itu, UPSI menghantar surat panggilan hadir perbicaraan pada 9 Januari depan, berhubung kes membabitkan dirinya yang didakwa mencemar nama baik universiti dan mengancam ketenteraman awam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keengganan Adam Adli untuk memohon maaf di atas tindakannya itu, Saifuddin berkata, beliau amat berdukacita dengan tindakan penuntut tahun dua Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Tesl) itu.

“Saya sangat dukacita. Saya benar-benar berharap dia akan meminta maaf dan saya tahu Adam ada alasannya tersendiri, tetapi lebih manis kalau dia minta maaf secara terbuka atas perbuatannya itu,” katanya.SH 

default

Zul Nordin dedahkan rahsia baru DAP restu Nurul Izzah calon PM ganti Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mendedahkan perkara tersebut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, itu adalah taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.


“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.UM

default

Adam Adli dah isytihar perang , seru rakyat tolak parti samseng UMNO !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 17 Comments




Kenyataan terbaru Adam Adli di blog Pakatan mengesahkan bahawa beliau sah bersama PKR dan  menentang seluruh  orang dalam  UMNO !    Seruan Adam yang menuduh parti UMNO sebagai parti samseng dan mengajak rakyat menolak UMNO BN memang sudah tahap gampang !

GPB nak cakap mudah saja kepada musibat budak celaka ini . Siapa musuh UMNO bermakna musuh kepada barisan blogger pro UMNO & panglima2 dalam Pemuda .  Sebelum ini Adam berlindung  sebagai   sebagai mahasiswa kononnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik .

Tapi kini sudah semakin berani menghasut rakyat UMNO adalah parti samseng dan perlu ditolak dalam PRU 13 .  Cakapnya pun sudah 2 x5 macam budak pencacai Anwar iaitu AMK , JingGAY 13  .




Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di ’Sudut Pidato’ dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam.


“Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini,” tegas beliau.


Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan.


sumber : Nota Merah 

default

Jom lihat style baru Azmin Ali mengecat sambil memakai baju Melayu !

on Friday, December 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Baru nak turun padang  rupanya pemimpin PKR   mengecat flat selepas 4 tahun memerintah negeri Selangor.  Itu pun sebab PRU 13 semakin dekat & gerun dengan kerja kuat BN Selangor untuk merampas semula negeri ini dari Pakatan .

Yang best gambar ni ,  punya la nak menunjuk buat kerja sampai  mengecat pun pakai baju Melayu ..hahaha..

default

Anwar mahu ulangi skrip 98 buka mahkamah rakyat menjelang 901

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh, perompak, penyangak, perogol, peliwat atau perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi ge mpak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Di celah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari, di kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.




Antaranya Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan. Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.

Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.

Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.

"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.


"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri. Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.

Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.

"Negara kita ada undang-undang.Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada," ujarnya.


"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti," tambahnya.

Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.

Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besa,"tegasnya.

Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Apabila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.

"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.

Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.

Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.

“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.

Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.


“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.


Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.

“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.

“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.

“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya. AGENDA DAILY

default

PKR tentu bengang Dr Asri bantu jelaskan isu Jamil Khir difitnah guna duit zakat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dalam twitter beliau ,Dr. Asri Zainul Abidin,mantan Mufti Perlis yang juga kini Pensyarah Pelawat di Oxford University menyatakan bahawa beliau telah menghantar SMS kepada Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengenai isu tuduhan salah guna wang zakat kepada Jamil Khir dan 2 lagi yang lain untuk mengetahui kesahihan sebenar tuduhan itu.

Berdasarkan tweet Dr. Asri, beliau kemudiannya mendapat balasan SMS dari Jamil Khir yang mengatakan bahawa wang guaman kerajaan yang digunakan dan bukannya wang kutipan zakat untuk bayaran kepada khidmat guaman.

Kemudian DS Jamil Khir sendiri menelefon Dr. Asri menjelaskan satu persatu mengenai permasalahan yang timbul itu dan Dr. Asri faham kedudukan wang yang digunakan

Dr. Asri juga mencadangkan kepada DS Jamil Khir supaya membuat kenyataan terbuka kepada media segera dan beliau akan buat katanya.

Berikut merupakan tweet dari laman twitter Dr. Asri mengenai isu tuduhan itu. - KERIS PUSAKA



default

2 April 2012 tarikh yang ditakuti Guan Eng !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta difailkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan Latheefa Koya, mewakili defendan.



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang   Zainal Abidin Osman , 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas.

Selain Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan, Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan Ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Guan Eng telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatan beliau dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Guan Eng telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.



Katanya lagi, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Akibat kenyataan itu, ujarnya, ia telah merosakkan reputasi beliau dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - BERNAMA


Komen GPB


Lu banyak langsi ...sekarang lu kena la ...

default

Nak solat Hajat selamatkan Madrasah Salihiah pun dibuat laporan polis Pemuda PAS !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yang telah dibuat.

Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah-olah tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yang menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain.

Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan.

Sememangnya kita 'kagum' dengan ketegasan Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar yang tampil membuat laporan polis bagi menghalang himpunan tersebut diadakan.

Tetapi kita juga ingin bertanya, apakah Dewan Pemuda Pas berkenaan sudah bertemu dengan penduduk di kawasan madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka?

Tidak salah untuk Dewan Pemuda Pas menyokong keputusan Majlis Fatwa Kedah tetapi pernahkah mereka melahirkan cadangan kepada kerajaan negeri di bawah penguasaan pemimpin-pemimpin mereka untuk mengkaji semula cadangan merobohkan madrasah tersebut?

Sebagai anak Kedah penulis juga ingin bertanya, di manakah suara Dewan Pemuda Pas apabila terdapat masjid, surau dan madrasah di negeri itu dicemari oleh syarahan, kuliah dan khutbah berbaur politik?

Di salah sebuah masjid di kawasan berkenaan, boleh dikatakan setiap minggu mereka menjemput ustaz-ustaz atau penceramah yang menyelitkan unsur politik menyokong pembangkang dalam ceramah atau kuliah mereka. Soalnya, di mana suara Dewan Pemuda Pas dalam perkara ini?

Malahan penulis juga ingin tahu, bagaimana kalau Madrasah Salihiah ini jawatankuasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokong Pas, apakah Dewan Pemuda Pas akan menyokong cadangan merobohkan premis tersebut.

Dan sekali lagi, penulis juga ingin bertanya apakah Dewan Pemuda Pas akan duduk diam kalau cadangan merobohkan madrasah berkenaan datang daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Adakah ketika itu Dewan Pemuda Pas akan meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kedah?

Penulis percaya, Dewan Pemuda Pas begitu beria-ia dalam isu ini kerana merasakan cadangan merobohkan madrasah tersebut sudah mula memberi tamparan kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.

Mereka faham jika isu ini tidak dikendali dengan betul, ia boleh mendatangkan bahaya kepada kerajaan Pas yang sememangnya dilihat semakin tidak bermaya di Kedah.

Justeru kita ingin berpesan kepada Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar, janganlah hipokrit, kalau benar kalian adalah pejuang Islam dan begitu menghormati Majlis Fatwa Kedah maka bertindak adil dalam semua perkara termasuklah patuh kepada arahan agar masjid, surau dan madrasah tidak dipolitikkan.

Kepada umat Islam di Kedah, janganlah tergugat dengan tindakan Dewan Pemuda Pas tersebut, dalam sebuah negara demokrasi mereka berhak membuat laporan polis tetapi dalam amalan demokrasi juga rakyat berhak melahirkan pendapat mereka.

Tujuan perhimpunan itu bukan bertujuan membantah apatah lagi menentang Majlis Fatwa Kedah, semua umat Islam di negeri berkenaan sentiasa menghormati majlis tersebut. KLIK DI SINI SETERUSNYA

default

Pandangan Ustaz Fathul Bari tentang isu Anwar disamakan Imam Mahdi !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Inilah Ostat PKR iaitu Badrul Amin ..dek kerana terlalu agungkan Anwar , sanggup menggunakan hadis Nabi berkaitan Imam Mahdi untuk disamakan dengan pemimpin agung mereka ini .

Seperti kata Ustaz Fathul Bari , ini bukan isu kecil sebaliknya isu besar yang boleh menimbulkan salah faham akidah umat Islam . Begitu juga dalam isu menyatakan Nik Aziz seperti Nabi pun tak boleh kerana setiap manusia ada had dan kedudukannya .

Kesimpulannya , puak-puak dalam  Pakatan ini jadi seperti ini sebab sudah terlampau taksub kepada pemimpin mereka yang mana bukan sahaja yang beragama Islam tetapi yang kafir pun dijulang juga darjatnya .

Lim Guan Eng disamakan Khalifah Umar Abd Aziz , Anwar pulak Imam Mahdi dan Nik Aziz pun sama macam Nabi .

Ada ke kita dengar ostat UMNO angkat Tun Mahathir atau Najib  seperti mereka ini ?? Itu lah beza parti yang gunakan AGAMA untuk politik dengan UMNO yang berjuang untuk agama sejak merdeka lagi .




default

Adam Adli semakin besar kepala, dakwa UPSI tak layak dakwanya ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Mahasiswa kontroversi, Adam Adli Abdul Halim mendakwa Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) tidak mempunyai asas kukuh untuk mendakwanya atas dua pertuduhan yang dikeluarkan universiti itu.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk peguam dan pakar dalam Perlembagaan yang berpendapat, Upsi tidak ada asas untuk dakwa saya. Saya akan kemukakan surat kepada Upsi supaya gugurkan dakwaan,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) memulakan siri jelajah negara, menyerahkan memorandum dan tuntutan Kebebasan Akademik kepada Kerajaan Negeri.

Memorandum diserah­kan oleh Pengerusi Bebas, Muhammad Safwan Anang kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, di pekara­ngan Wisma Darul Aman.

Adam Adli berkata, pihak universiti telah menghantar surat panggilan hadir perbicaraan pada 9 Januari depan, berhubung kes membabitkan dirinya yang didakwa mencemar nama baik Upsi dan ancam ketenteraman awam.

Dua pertuduhan itu tidak berasas, apa maksud saya cemar nama baik Upsi, sedangkan saya tidak lakukan jenayah atau ditahan polis. Malah setakat ini, polis tidak ambil keterangan daripada saya,” katanya.

Aktivis pelajar yang juga penuntut Upsi ini dikatakan bertindak menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lalu.

Ketika memorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Adam Adli dikatakan berbuat demikian secara spontan.


Komen GPB

Tunggu la nanti polis panggil semua barua-barua Anwar ini termasuk Adam Adli untuk disoal siasat . Jangan dok bohong bahawa diri hang tu tak bersalah langsung  . Laporan polis pun  telah dibuat oleh satu NGO mewakili kumpulan mahasiswa iaitu Suara Keamanan Mahasiswa kepada SMM & Adam Adli kerana berdemo dan menurunkan bendera Najib di PWTC .

Jadi , kenyataan UPSI bahawa Adam Adli   mencemarkan nama baik universiti itu memang tepat kerana sudah ada laporan polis terhadap beliau dan SMM.

default

Tony Pua hanya pandai fitnah ATM tapi pengecut jumpa Zahid Hamidi !

,
by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempelawa Datuk Zaid Ibrahim untuk ‘duduk semeja’ menjelaskan isu pembelian enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Selain Zaid selaku Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu, turut dipelawa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini lantang mempertikai keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua individu berkenaan perlu tampil bertemu beliau bersama bukti agar mereka serta rakyat tidak mendapat maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan terbuka untuk menjawab apa jua persoalan termasuk dakwaan Tony Pua yang mengatakan kos membina kapal tempur pesisir pantai (LSC) melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion.


‘‘Dari mana dia (Tony Pua) dapat jumlah itu? Dari Dr. Kua Kia Soong (Pengarah Suara Rakyat Malaysia-Suaram)? Dia sepatutnya jumpa saya. Jangan takut dengan saya. Saya bukannya singa atau buaya.


‘‘Begitu juga dengan Zaid. Boleh datang jumpa dan saya akan terangkan,’’ katanya.

default

Guan Eng & DAP tentu suka perbuatan macam ini !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Mengapa GPB tulis  tajuk  Ketua regim DAP cukup suka perbuatan & kerja dalam gambar di atas ini ?  

Sebabnya ialah 3 orang ini adalah mahasiswa belaan Anwar adalah Melayu yang  sudi hadir ke pejabat kerajaan DAP dan seterusnya menunjukkan sokongan padu  mereka dari IPTA ini terhadap DAP .

DAP dan Guan Eng tahu mahasiswa bahawa Cina tak  minat buat kerja politik seperti  3 ekor ini kerana  anaka muda bangsanya hanya mahu fokus  berlajar untuk dapatkan CGPA terbaik . Jauh lagi lah nak turun berdemo tengah panas  untuk desak kerajaan  BEBASKAN AKADEMIK .

Itu yang DAP tumpu anak muda bangsa CINA ini supaya  daftar mengundi je bukannya dok hasut  mahasiswa Melayu seperti SMM & BEBAS ini  lawan kerajaan . Jika DAP dok desak sepertimana PKR ini ,confirm parti mereka akan ditolak kerana ganggu mereka berlajar .

Jadi , bila SMM diketuai Ahmad Syukri & Safwan Anang pergi pejabat ketua regim DAP ...memang dialu-alukan sangat kehadiran mereka ini.  Malah tak mustahil jika diminta dana sikit pun mesti depa bagi punya kerana ada anak muda Melayu seperti mereka ini   boleh pecahbelahkan mahasiswa Melayu dan seterusnya melawan kerajaan diterajui UMNO.




***NGO dari rakyat marhaen P.Pinang pun tak dapat layanan seperti ini , itu yang sampai bagi replika kek tahi !! ...hahahaha...

default

Surat beracun : Jawapan penafian Nurul Izzah seperti melepaskan batuk di tangga !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila tersebarnya surat beracun oleh Raja Petra  kepada ahli PKR tentang skandal rahsia hubungan  Nurul Izzah dengan Zaid Ibrahim , memang sudah dijangka mereka akan menafikan sebulat-bulatnya .

Adakah kisah di dalam surat beracun itu benar seperti didedahkan RPK ?

KLIK DI SINI untuk teliti surat berkenaan .


Cuma yang hairannya , Nurul Izzah menjawab seperti mengiyakan apa yang dituduh oleh RPK kerana jawapannya beliau tiada apa-apa hujah pun untuk nafikan hubungan mereka.

Adakah Nurul Izzah takut kepada RPK setelah rahsia hubunganya dengan Zaid Ibrahim kantoi . GPB juga yakin Anwar tentu marah akan hal ini bila sudah diketahui hubungan skandal politik terlarang ini .



Yang menimbulkan persoalan besar ialah kenyataan Nurul Izzah terlalu ringan jika dibandingkan dengan dakwaan yang amat berat melibatkan beliau dengan Azmin Ali.

Dan jika dakwaan Raja Petra dan Malaysia Today itu 'palsu dan tidak benar', Nurul Izzah sepatunya mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dan Malaysia Today !
 


T
etapi Nurul Izzah tidak menyebut pun tentang 'tindakan undang-undang' !





sumber : Dr MIM 

default

Rakyat mula yakin BN menjelang PRU 13, filem blockbuster Anwar dah tak laku !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan.

Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008.Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990.

Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka.

“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib.

“Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.”

Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13.

Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.



`Tiada box office lagi’

Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13.

Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi.

“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya.

Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini.
Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka.

Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat.

Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.-FMT

default

GELI GIRL pulak jadi tarikan utama P.Pinang di bawah kerajaan DAP !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai ‘Call Girl’ atau ‘Escort Girl’, kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu ‘Geli Girl.’


“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.

“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka.

“Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.-HARIAN METRO


default

VIDEO PANAS : SMM hantar orang PAS ini untuk provokasi KP UMNO P.Pinang

on Thursday, December 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Musibat PAS  ini ke SMM hantar pertahan Adam Adli  untuk provokasi Pemuda UMNO P.Pinang petang tadi .  Yang budak biaDAP  itu dan kawan2 nya tak berani turun pun tengah panas  ketika itu kerana seronok menghirup udara sejuk di bilik air cond Komtar .

Nasib baik KP UMNO P.Pinang steady dan sabar  jawab apa dia tuduhan liar  terhadap Pemuda UMNO . Yang bangang itu , bila dah hilang akal  dimalukan ...samdol ini kurang jar pulak dan   cuba nak ajak gaduh . .

Guan Eng pun lari masa di Taman Bagan dengan Ir Shaik ...
inikan pulak pencacai PAS yang bahalol !














default

Jom lihat gambar SMM tak nak dituduh penakut , berpidato syok sendiri pun ok !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ramai orang kecewa termasuk  para  wartawan yang menunggu lebih 4 jam di Speaker Corners  kononnya budak balaci Anwar ini iaitu SMM hendak datang berpidato . Sebaliknya mereka datang sudah lewat petang yang mana ramai orang yang menunggu   sudah pun  balik .

Apakah kehadiran SMM & BEBAS lewat petang ini bagi menunjukkan gimik bahawa mereka berani  juga hadir  ke situ dan berpidato  ?  Ini kerana sudah tersebar di facebook dan blog  berita SMM  takut untuk hadir ke Speaker Corners  ketika itu .

Nampak sangat mahasiswa belaan Anwar & PKR yang berapa kerat  ini hanya syok sendiri saja berpidato dikalangan mereka .




Adakah benar mereka berpidato atau hanya berlakon dan diambil gambar ? 

Mengapa tak ramai orang datang untuk dengar pidato mereka ? Entah tak ada
orang kot ketika itu ..hahaha


ini bukan lokasi sebenar  Speaker Corners sebalik laluan 
tepi laut ke medan selera Padang Kota 

default

Adam Adli & SMM tak pi Pdg Kota Lama, takut kena haria mamak Penang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Akibat terlalu takut dibelasah oleh mamak dan melayu Penang, Adam Adli dan pencacai-pencacai SMM tidak kelihatan di Sudut Pidato Di Padang Kota Lama pada tengahari ini.Sebelum ini, SMM dan Adam Adli sungguh-sungguh nak tunjuk hero hendak datang ke Penang untuk tunjukkan kuasa diorang yang berupaya mendesak kerajaan sesuka hati dengan tunjuk perasan macam tak ada akal.

Menurut laporan yang diterima,mereka terpaksa membatalkan program itu atas sebab-sebab keselamatan.Nah, tau pun takut,dulu berani sangat di PWTC,kini kat negeri sendiri pun sudah ketar lutut nak datang. Seterusnya di sini


Komen GPB 

Perancangan barua-barua Anwar Ibrahimn  iaitu SMM  & Adam Adli untuk membuat onar di negeri P.Pinang
nampaknya gagal hari ini . Walaupun negeri ini diperintah kerajaan regim DAP dan mereka mendapat restu sepenuhnya Guan Eng , tetapi  kehadiran Mamak & anak muda Melayu P.Pinang menunggu sejak 1 tenghari sehingga pukul 4 ptg langsung tidak nampak kelibat puak-puak ni .

Tahniah GPB ucapkan  kepada anak muda Melayu P.Pinang yang berjaya buatkan kumpulan  mahasiswa pelampau seperti  SMM dan  Adam Adli ini takut . Jangan ingat mereka  sahaja boleh maki orang kerajaan & Najib .

Setakat Guan Eng lidah biawak itu pun mamak Penang tak takut , inikan budak hingusan belaan Anwar Ibrahim ....

Nak tahu di mana geng SMM ini menyorok di P.Pinang , akan didedahkan !!!

default

SMM jumpa Pas Kedah, bila masa nak berlajar?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Bila GPB ber tweet dengan seorang mahasiswa tentang SMM dan Adam Adli nak round jelajah semenanjung tentang kebebasan akademik, dia beritahu sekarang ini kebanyakan IPTA tengah exam .

GPB dok pikiaq la bila masa puak2 dalam NGO seperti SSM dan BEBAS nak belajar jika dok sibuk berpolitik dan berdemo sana sini. Hari ini mereka jelajah ke Kedah dan Penang, bila masa depa nak berlajar ?

Lagi GPB musykil , mana duit dan dana depa dapat untuk pergi jelajah seperti ini ? Tak kan la duit hasil kutipan sesama rakan untuk buat kerja lawan dan burukkan kerajaan ini.

Mesti gerakan mereka ini dibelakangnya didalangi pembangkang.

Kalau PKR boleh bikin kempen 901 untuk bebaskan Anwar dengan peruntukan yang besar hingga nak jelajah seluruh negara, inikan pulak nak bela budak biaDAP yg telah memalukan Najib iaitu Adam Adli.

Gambar SMM di Wisma Darul Aman..budak mahasiswa lain sedang sibuk ulangkaji sempena exam, depa ini sibuk nak jadi orang politik




default

PANAS ! Rahsia sulit skandal Nurul Izzah & Zaid Ibrahim dibongkar dalam surat beracun PKR ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

AIDCNews – 28/12/11 – Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam kolumnya, THE CORRIDORS OF POWER, malaysia-today.net menyiarkan sepucuk surat beracun disasarkan kepada kepada Nurul Izzah Anwar yang dakwanya sedang diedarkan secara meluas.

Menurut RPK, di belakang surat beracun itu adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang berusaha menghalang kebangkitan anak sulung Anwar itu daripada terus menguasai PKR.

Katanya lagi, berdasarkan perkembangan politik semasa, ramai yang menjangkakan peperangan terbuka di antara Nurul Izzah dan Azmin Ali akan meletus tidak lama lagi.

Berikut disiarkan surat tersebut :

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!

sumber : AIDC

default

Kempen 901 Anwar : AMK tak berani confirm berapa ramai hadir , bukti ahli PKR sendiri tolak Anwar !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Plan , strategi , taktik PKR sedang berjalan  menjelang tarikh  9 Jan 2012 yang mana keputusan Kes Liwat Anwar akan diketahui . Tapi belum apa-apa lagi , Anwar dan konco-konconya sudah  menyerang  minda rakyat supaya menjadi sendiri HAKIM menilai kes liwat Anwar dengan mangsa iaitu Saiful Bukhari Azlam .

Jika rakyat kesian dan  melihat Anwar tak bersalah dek kerana terpadaya pembohongan PKR ini  , maka ia sudah dianggap tidak adil kepada si Saiful  yang cuba mencari keadilan untuk dirinya .

Terbaru yang GPB dapat maklumat , selepas penyebaran risalah -risalah fitnah oleh PKR kepada orang ramai di kawasan tumpuan awam , siri Jelajah kempen 'Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901' telah ke 10 negeri dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

 Antara negeri yang terlibat termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan. Tujuan kempen diadakan bukan saja menunjukkan sokongan tetapi mahu mengajar rakyat ke Mahkamah Tinggi untuk Anwar Ibrahim .


“Kempen bermula 18 Disember lalu bertujuan mengajak rakyat hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu.


"Kempen secara besar-besaran di Twitter, Facebook, dan blog turut berperanan penting sebagai saluran media alternatif untuk membina gelombang kebangkitan rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini..KLIK DI SINI

Lihat lah betapa terdesaknya Anwar  mengajak rakyat ikut serta dalam masalah peribadinya sendiri pada 9 Jan 2012 ini. Hal ini kerana sebelum ini kehadiran penyokong beliau cukup mengecewakan sekali setiap kali hari perbicaraan kes .  Sudah banyak kali Shamsul AMK dimarahi Anwar kerana gagal membawa ramai ahli PKR sendiri bagi memberi sokongan kepada pemimpin agung mereka ini .

Malah pada 9 Jan 2012 ini pun , AMK sendiri akui  masih lagi tidak tahu jumlah yang akan hadir mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar.  hahaha...  Nampak sangat orang mereka sendiri tak minat nak pi sokong kepada Sang Peliwat .

default

Kempen 901 Anwar bakal diterjah REFORMIS 98 pada 9 Jan ini !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah membela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah kempen ‘Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901’ yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, mereka yang menentang kempen itu terdiri daripada NGO yang cintakan keadilan dan tidak bersetuju dengan corak kepimpinan Ketua Pembangkang itu.

“Kita tahu, kempen-kempen begini merupakan jalan terakhir Anwar, untuk menyelamatkan karier politiknya.

“Dulu, kami sokong Anwar, tetapi kini kami telah buka mata dan menentang beliau atas dasar dan prinsip kebenaran. Kami tidak dibayar apa-apa malah ini keputusan kami setelah melihat kepincangan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Ramlan ketika ditanya mengenai jumlah NGO yang akan menyertai perhimpunan menentang kempen itu berkata, pihaknya belum dapat memutuskan jumlah tepat memandangkan ia dilakukan atas dasar sukarela.

“Kita boleh bawa sejuta rakyat untuk membantah kempen Bebas Anwar 901 ini, tetapi tiada jaminan sekiranya berlaku tangkapan terhadap mereka memandangkan kita belum mempunyai saluran kewangan yang kukuh.

“Bagaimanapun, saya yakin, pada 9 Januari depan, ramai kumpulan-kumpulan NGO dan rakyat yang akan turun bagi membantah tindakan kurang sopan penyokong dan pengikut Anwar itu,” katanya.

default

Imam Mahdi ialah Anwar , Pemujaan Badrul Amin sangat bahaya - Dr Asri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.
Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkin baru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.

Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:




Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."


Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya


 "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...- AGENDA DAILY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.