Kemunafikan Tuan Ibrahim semakin teruk sejak jadi Ketua Penerangan PAS !

on Tuesday, December 13, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Exco Pemuda UMNO, Hishamuddin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yob, menggesa Tuan Ibrahim agar berhenti terus atau paling tidak pun mengurangkan sikap munafiknya yang semakin keterlaluan dan semakin ketara semenjak kebelakangan ini.

Ini berikutan Tuan Ibrahim menggesa agar Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana 'kegagalan' program NFC sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak Pakatan, terutama sekali dari kem PKR.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim adalah seorang munafik yang berselindung di sebalik jubah dan kopiah seorang ulama. Kemunafikannya terserlah apabila Tuan Ibrahim Tuan Man begitu menyokong Anwar Ibrahim yang sudah pun didapati bersalah kerana meliwat dan menyalahguna kuasa pada tahun 1998 dahulu dan sekarang, sedang berhadapan pula dengan satu lagi kes liwat di mana para peguambelanya kelihatan sangat gagal untuk mencetuskan keraguan dalam kes tersebut.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim seharusnya membaca Laporan Ketua Audit Negara itu dengan sejelas-jelasnya dan kalau tak faham, eloklah juga ke sekolah semula untuk belajar mengeja dan memahami ayat.

"Tiada sebarang perkataan GAGAL dalam laporan berkenaan. Justeru, bagaimana Tuan Ibrahim boleh mengatakan ianya adalah satu kegagalan?"

Kata Hishamuddin lagi, program tersebut sedang berjalan dengan lancar dan menjelang 2015, target sebenar iaitu 60,000 ekor lembu disembelih dalam program tersebut akan dicapai tanpa sebarang halangan.

"Semalam, 1615 ekor lembu lagi dari Australia untuk batch ke-8 telah didaratkan dan dihantar ke pusat fidlot, Gemas. Januari nanti, batch ke-9 pula. Jadi, di mana gagalnya?" soal Hishamuddin lagi.

Menurut Hishamuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man sebenarnya hanya bermain persepsi dan cuba menipu rakyat Malaysia, terutama sekali pengikut PAS memandangkan kebanyakan daripada mereka hanya suka mendengar ceramah dan sentiasa menolak untuk membaca sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka. Dek kerana itulah, walaupun tiada di dalam Laporan Ketua Audit Negara tentang kegagalan NFC, mereka tetap percaya ianya adalah satu kegagalan kerana terlalu kerap ditohmah oleh para pemimpin Pakatan.

"Munafik tak munafik, perhatikan sendiri tingkah laku Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia bekerja bagi pihak kartel daging yang selama ini memopoli pasaran daging negara dan kebanyakan daripada kartel tersebut bukannya beragama Islam. Bukan itu sahaja, daging yang dikatakan halal pun, sebenarnya diragui. Kenapa agaknya Tuan Ibrahim membela kartel-kartel tersebut kalau bukan kerana dia seorang munafik!" kata Hishamuddin lagi.


One Response

  1. Unknown says:

    SALAM BRO, MACAM FAUZIAH DI PAHANG, BISING PUNYA BISING BERJUTA KONTRAK DAPAT DGN LYNASS.. TU JADI AGEN DAP LE TU NAK BOIKOT PROJEK DAGING HALAL NASIONAL.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.