Archive for September 2014

default

KALAU HADI DIKENALI GELAR PERKATAAN " BARUA " , KJ PULAK " BANGANG "

on Thursday, September 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pihak yang mempertikaikan kejayaan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menyumbang emas kedua negara di temasya Sukan Asia ke-17 pada Selasa sebagai bangang dan tidak bertanggungjawab.

Salah seorang pemegang akaun laman sosial Facebook pada Selasa meletakkan komen negatif di status akaun Facebook Khairy dengan memperlekehkan kejayaan Nicol atas alasan sukan tersebut tidak dipertandingkan pada peringkat Sukan Olimpik.

"Bangang," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Khairy berkata beliau tidak kisah jika individu terbabit memperlekehkanya sebagai Menteri Belia dan Sukan namun bukan kepada atlet negara yang bertungkus lumus mengharumkan nama negara di pentas sukan dunia.

"Atlet kita sanggup ketepikan hal-hal peribadi mereka semata-mata untuk mengalas cabaran negara di Incheon dan tidak ramai yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan negara," katanya.

"Saya ingin tahu sama ada individu yang mengkritik kejayaan Nicol tahu bermain skuasy atau tidak, sebelum mereka layak untuk melemparkan kritikan,"katanya kepada pemberita pada Rabu.

Nicol berjaya mempertahankan pingat emasnya selepas mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10  di final.

Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh atlet wushu wanita,Tai Cheau Xuen menerusi acara gabungan Nanquan/Nandao pada hari pertama kejohanan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kejayaan kontinjen negara mengumpul dua pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa sehingga hari kelima kejohanan membuktikan bahawa sasaran lapan pingat adalah satu sasaran yang realistik dan tidak mustahil dicapai oleh negara.

Beliau berkata ada atlet yang gagal meraih pingat dan ia bukan bermakna bahawa mereka telah gagal dalam misi ke Incheon kerana apa yang lebih penting adalah pencapaian  mereka untuk mengatasi catatan terbaik dan bukanya pingat yang dimenangi.

"Sehingga hari ini kontinjen negara masih berada di landasan yang betul apabila meraih dua pingat emas dan diharap kita mampu mengutip lebih banyak pingat lagi," katanya. 

default

Sebab Azmin dipilih MB Selangor oleh Sultan didedahkan !

on Tuesday, September 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


  • Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

    Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

    "Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

    "Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

    Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

    Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

    PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

    Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.
    PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

    Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

    Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

    "Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

    "Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.

default

Tabung Haji nafi Pelaburan di Detroit Amerika Syarikat

on Monday, September 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.  TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.

Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.  Oleh yang demikian,  orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.   Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.


default

UPSR : KPM DEDAH LAPORAN MALAYSIAN INSIDER MENIPU ISU GANTUNG TUGAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kementerian Pendidikan hari ini menyangkal laporanThe Malaysian Insider  mengenai penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr. Nai'mah Ishak  dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias Wan Saleh susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kementerian itu berkata penjelasan yang dibuat oleh Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad , seperti yang dilaporkan di dalam portal itu, adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita.

“Adalah dimaklumkan kenyataan kepada media yang telah di buat oleh Dr Madinah adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Ketika di tanya pemberita selepas merasmikan Program Chill Fest @ Putrajaya, Dr Madinah menjelaskan terma-terma"digantung tugas" dan bukan"digantung kerja" sebagaimana yang di tanya oleh pihak media.

“Dr Madinah telah menjelaskan penggantungan tugas adalah merupakan satu langkah pentadbiran yang diambil oleh Kementerian di mana ia tidak berbentuk punitive atau hukuman yang bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran kertas UPSR.

“Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Tan Sri Muhyiddin, kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan.

“Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu.

Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas kedua mereka sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.
  
Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 Sept.

Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Hari ini pula, Kementerian Pendidikan dan pihak polis dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Ia dilaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu dan siasatan sedang dijalankan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, turut memberitahu Astro AWANI bahawa Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian.


default

PEMBOHONGAN & JANJI PALSU PAS KEPADA PENGKALAN KUBOR DIDEDAHKAN !!

on Saturday, September 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Sepanjang seminggu tempoh berkempen berlalu di Pengkalan Kubor menyaksikan pasukan kempen BN tidak begitu agresif menyerang PAS. Dalam bahasa mudah pasukan kempen BN berkempen dalam kedaaan yang begitu ‘sopan dan lembut’.

Sebaliknya pasukan kempen PAS lebih agresif menyerang BN/UMNO. Situasinya menjadi terbalik sedangkan di Kelantan PAS adalah sebuah kerajaan dan BN adalah pembangkang. Sepatutnya pembangkang yang menyerang kerajaan. Bukannya kerajaan yang menyerang pembangkang.

Dipendekkan cerita, BN lebih banyak membuang masa menjawab serangan PAS baik dalam isu royalti atau GST.  Yang saya tidak faham kenapa begitu susah untuk pemimpin-pemimpin BN menyerang PAS diatas kegagalan-kegagalan mereka menunaikan janji secaranya khususnya di  Pengkalan Kubor serta Tumpat dan di Kelantan secara amnya ?

Salah satu pembohongan besar PAS yang melekat dalam diri rakyat Pengkalan Kubor ialah pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan 18 tahun lalu. Selain pembohongan itu, PAS juga turut berbohong untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu serta pembohongan PAS untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat.

Tanggal 26.Oktober.1996

 MB sekarang, YAB Datuk Ahmad Yakub yang ketika itu selaku Exco Perdagangan dan Perindustrian memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan di Pengkalan Kubor untuk dijadikan Bandar Baru Pengkalan Kubor. Dalam sidang DUN berkenaan beliau menyatakan dengan terbinanya bandar baru berkenaan akan wujud 6000 peluang pekerjaan, 4000 buah rumah yang berharga RM 35,000.00 sebuah akan dibina, Pusat dagangan islam, masjid, institut pengajian tinggi dan pasar borong.

Bukan setakat mengumumkan projek berkenaan dalam DUN Kelantan, malah pada 22.Disember.1996 kerajaan negeri menandatangani perjanjian dengan pemaju projek berkenaan di sebuah hotel di Kota Bharu, dan mula menjual borang kepada rakyat Pengkalan Kubor untuk membeli rumah-rumah yang bakal dibina.

Pada masa itu saya masih belajar di tingkatan 5. Saya masih ingat bagaimana rakyat Pengkalan Kubor dan Tumpat berebut-rebut membeli borang rumah berkenaan dengan harga RM 1.  Begitu tingginya harapan rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah rumah di kawasan yang begitu hebat seperti yang dicanangkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Tahun demi tahun rakyat menunggu projek berkenaan berjalan. Kini 18 tahun telah berlalu, jangan kata rumah , sebatang cerucuk pun belum nampak lagi. Rakyat Pengkalan Kubor ditipu hidup-hidup oleh Kerajaan Pas Kelantan. Kata orang Kelantan, kena tipu atas darat.

Itu baru satu projek. Kerajaan Pas pernah berjanji untuk membina sebuah pelabuhan di Tumpat. Sampai hari ini satu dermaga pun belum nampak lagi. Begitu juga dengan Jambatan Palekbang.

Menjelang pilihanraya 1995 Kerajaan Pas umumkan akan membina sebuah jambatan baru yang menghubungkan Tumpat ke Kota Bharu.

Tahun 1996 mereka membawa Sultan Kelantan turun mencemar duli untuk meletak batu asas projek berkenaan. Tetapi hingga kini batu asas masih tegak terpacak di sana dan sebatang besi pun belum nampak lagi untuk membina jambatan berkenaan.

Itu antara pembohongan PAS yang dekat dengan masyarakat Pengkalan Kubor dan Tumpat. Tidak perlu untuk saya huraikan satu persatu pembohongan PAS di Kelantan.

 Perkara yang saya nyatakan diatas pun sudah cukup untuk BN gunakan bagi menyerang PAS.

Sebab semuanya sudah terbukti di depan mata masyarakat Pengkalan Kubor dan dekat dihati mereka. Apabila dekat dengan mereka maka senang untuk meyakinkan mereka bahawa PAS adalah pembohong. Tetapi sayangnya isu ini belum digunakan sepenuhnya oleh BN untuk menyerang PAS.

Bukan niat saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin BN, tetapi sekadar mengingati. Jika peluru sudah ada mengapa perlu disimpan. Sebaliknya sibuk menepis peluru yang dilepaskan musuh.

Sekian

Pengundi Pusat Daerah Mengundi Kg Geting

default

Terkini ! Adam Adli dipenjara 1 tahun, hasut rakyat tumbangkan kerajaan !

on Friday, September 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments


Akhirnya bekas ex mahasewel Adam Adli disumbat dalam jail disebabkan mengeluar kenyataan berbaur hasutan selepas PRU13 di dalam satu ceramah .

Adam Adli didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

 Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.


RM0.UM.19/09: ADAM Adli dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana didapati bersalah keluarkan kenyataan berbaur hasutan pada Mei tahun lalu.

default

MP Bayan Baru sindir PAS & Ulama hentam PKR #muktamarPas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Muktamar PAS yang dimulai Dewan Pemuda & Ulama begitu kuat menghentam  PKR dan Anwar dalam isu krisis MB Selangor.

Ia tidak begitu disenangi PKR dan MP Bayan Baru ini dengan menyindir Pas dengan mengungkit isu kerusi Pngkalan Kubor diberi kepada parti itu.


Persoalannya , adakah PKR beri kerusi ini bagi menutup mulut Pas bagi menyelesaikan cara mudah krisis MB Selangor ?

Jika benar ..Pas sebenarnya  telah dipermainkan PKR dan maruah mereka hanya diberi laluan bertanding sebagai calon  kerusi DUN sahaja

default

JENERAL ATM JAWAB TUDUHAN NGO ISU KEHADIRAN TENTERA AS DI KELANTAN

on Wednesday, September 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Panglima ATM jawab isu Eksesais Keris Strike dengan tentera AS

17 SEPT: Kehadiran kira-kira 300 anggota tentera Amerika di kem Pangkalan Chepa dan kem Desa Pahlawan bagi eksesais Keris Strike sehingga cetuskan persoalan orang ramai bukanlah sesuatu yang baru.

Malah tegas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin latihan ketenteraan ini turut diadakan dengan beberapa lagi negara lain dan bukannya hanya dengan amerika syarikat sahaja.


Menurutnya lagi antara negara luar yang datang ke Malaysia untuk melakukan latihan bersama termasuklah Australia, New Zealand, Thailand, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara jiran lain.

Malah katanya tentera Malaysia juga pergi ke negara luar untuk menjalani eksesais seumpama ini cuma ia tidak diwar-warkan kepada umum.

Tambahnya kedatangan tentera Amerika itu adalah salah satu rancangan yang telah dirancang awal untuk melakukan eksesais Keris Strike di Kelantan.

Tetapi disebabkan pesawat C17 tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jadi terpaksalah ia mendarat di lapangan yang terdekat sekali iaitu di lapangan terbang di Terengganu.

“saya yakin tidak semua rakyat malaysia paranoid yang paranoidnya hanya ada segelintir sahaja rakyat yang cuba spin dan memutarbelitkan yang mengatakan tentera amerika mendarat dengan pesawat 777 dan sebagainya.....ini adalah untuk mengeruhkan keadaan,” katanya pada sidang media sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-81 di ibu negara pada Rabu.



Tambahnya kerajaan negeri dan penduduk sekitar telah pun dimaklumkan lebih awal akan kehadiran tentera Amerika ini melalui ketua-ketua masyarakat mengenai pelaksanaan eksesais itu namun bagi mereka yang tidak tahu memandang tetap serong dengan kehadiran anggota tentera Amerika ini.

Jelas Zulkifeli ini adalah rancangan latihan untuk kedua-dua negara membuat latihan timbal balik dan belajar di antara satu sama lain bagi mendapatkan lebih pengetahuan dan pengalaman gerak gempur setiap negara yang menggunakan taktik yang berbeza.

Malah ia juga dilihat sebagai satu pendedahan bagi anggota tentera untuk menambahkan lagi kemahiran mereka dan pengetahuan mereka.


default

Terkini ! Ostat PR individu terbaru ditahan Akta Hasutan kerana hina institusi Raja

on Wednesday, September 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Syabas PDRM ..seorang lagi penghina institusi Raja ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 .

Kita tak boleh lagi berlembut dan hanya tindakan tegas sahaja perlu digunakan kepada individu yang biadap dan kurang ajar kepada institusi Raja tidak kira mereka adalah macai PR atau tidak .

default

TERKINI ! Anwar bakal buat U Turn , terima calon PAS jadi MB Selangor !

on Tuesday, September 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments


Jika ini game lakonan Anwar untuk krisis MB Selangor , memang badut  sarkas la Ketum PKR. 

U turn sahajalah  game Anwar seperti juga Pas dan akhirnya rakyat Selangor jadi mangsa .




Kuala Lumpur - Menurut satu sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim diberitakan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan. Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa Anwar juga bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS.

Pujukan PKR kepada Pas beri
laluan di Pengkalan Kubor 

 Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor.

Dap mohon maaf antara
permulaan game mereka untuk
selesai isu krisiS MB Selangor 

 Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan Umno dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak.

 Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Antara nama yang disebut ialah Iskandar Samad. - Utaranews.com



default

Tudia ! Kereta patrol PPS tertera logo roket DAP

on Friday, September 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tudia ...kereta Patrol  macam POLIS pun PPS haram kerajaan Dap ada..

Siap dengan logo DAP lagi di depan..

Macam polis parti pulak tetapi sapu duit  rakyat negeri ini  sebagai dana ...




default

Fakta Sebab PPS diharamkan mengikut undang2 didedahkan !!

on Wednesday, September 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kenapa PPS diharamkan?

Oleh Salleh Buang

SEPERTI dijangka dari awal lagi, isu penahanan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) pada 31 Ogos lalu terus hangat diperkatakan, terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka dengannya mengenai penubuhan PPS itu.

Guan Eng secara terbuka mengecam tindakan polis menahan anggota PPS itu, sambil menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai menyalahgunakan kuasa. Beliau turut bertanya apakah pihak polis akan turut menahannya sama seperti polis menahan Exco yang menjaga hal ehwal PPS, iaitu Phee Boon Poh?

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, memberitahu bahawa polis sedang memburu saki baki anggota PPS yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.

Rahim mendedahkan bahawa 11 anggota PPS dari 156 orang yang ditahan polis pada 31 Ogos itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau - antaranya melibatkan jenayah cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah Akta Kastam dan kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan kerajaan Pulau Pinang membubarkan PPS kerana badan itu merupakan satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu entiti haram

Justeru pada sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Polis menahan 156 anggota PPS semasa mereka mengambil bahagian dalam perayaan Merdeka di peringkat negeri Pulau Pinang. Menjelaskan rasional tindakan polis itu, Khalid menyatakan bahawa PPS dianggap satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Guan Eng sebaliknya mempertahankan bahawa PPS adalah satu organisasi yang sah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Selama empat tahun PPS tidak berdepan dengan apa-apa masalah dari pihak polis kecuali satu dua insiden, di mana tindakan tatatertib telah pun diambil oleh kerajaan negeri dan mereka yang bersalah telah pun dihukum.

Sehari sebelumnya, pada 30 Ogos, Guan Eng menegaskan bahawa anggota PPS akan tetap mengambil bahagian dalam perayaan sambutan Merdeka itu, walaupun telah diberi amaran oleh polis bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan anggota PPS yang menyertai perarakan itu akan ditangkap.

Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, satu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7.

Mengikut Seksyen 2, istilah "pertubuhan" diberi takrif yang luas, meliputi antara lain "kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan", tetapi tidak termasuk beberapa entiti yang disebutkan secara nyata dalam seksyen itu.

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 - boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali. Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 - boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 - boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.

Kenapa Pulau Pinang perlukan PPS?

Mengikut Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, PPS ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 8 April 2009 untuk membantu kerja "community policing" disebabkan Kerajaan Persekutuan tidak begitu berminat melayan permintaan kerajaan negeri untuk meningkatkan Rukun Tetangga dan Rela Corp demi keselamatan negeri.

Pihak yang menyokong penubuhan PPS ini menyatakan bahawa disebabkan kekurangan polis menjaga keamanan di negeri ini, orang awam terpaksa membuat rondaan secara sukarela. Apabila suatu jenayah berlaku, para sukarelawan inilah yang kadangkala sampai dulu ke tempat kejadian jenayah, dan mereka dibenarkan oleh undang-undang menjalankan "citizen's arrest".

Tidak semua yang berpendapat sedemikian itu. Ada yang berkata bahawa negara ini sudahpun ada PDRM, ada Rela, ada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu rakyat negara ini dan menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, Guan Eng sendiri telah pun mengakui bahawa Pulau Pinang telah mencatatkan penurunan kadar jenayahnya selama ini - iaitu 27% pada tahun 2010 dan 25% dalam 6 bulan pertama tahun 2011.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga telah mengakui bahawa penurunan kadar jenayah di negeri adalah hasil kerja kuat PDRM, serta pemasangan CCTV dan penyertaan anggota masyarakat. Jadi apa perlunya lagi diwujudkan PPS?

Isu patut diselesaikan lama dulu

Pengerusi Majlis Peguam Negeri Pulau Pinang, Abdul Fareed Abdul Gafoor, berpendapat isu PPS itu sepatutnya diselesaikan lama dulu lagi. Pada pendapatnya, PPS sepatutnya didaftarkan dengan ROS sebaik sahaja ia diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Mengikut Fareed, kerajaan negeri mendakwa PPS ini tertakluk kepada bidang kuasanya. Tetapi tidak ada satu pun undang-undang negeri yang ada menyatakan sedemikian itu. Andainya kerajaan negeri berkeras menyatakan PPS di bawah bidang kuasanya dan PDRM telah bertindak salah terhadapnya, ia perlu mendapatkan perisytiharan dari mahkamah.

Pada hemat saya, persoalan utama dalam isu PPS ini adalah sekalipun ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, apakah fungsinya boleh meliputi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam? Bolehkah ROS membenarkan satu pertubuhan di negara ini menjalankan fungsi sedemikian itu?

Andainya kita semak secara terperinci Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa dalam Item 3 Senarai I (iaitu Senarai Persekutuan) bahawa "Internal security, including - (a) Police …. Public order" adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.

Jelas sekali, sebuah kerajaan negeri seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa di sisi Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan apa-apa badan atau pertubuhan yang fungsinya seperti polis, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerja berkaitan keselamatan, kepolisan dan ketenteraman awam adalah kerja PDRM. PPS, yang ditubuhkan sebagai pertubuhan ala polis oleh Guan Eng, adalah jelas sekali haram di sisi undang-undang negara.

PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang

default

NGO buat laporan polis fitnah wartawan Malaysiakini

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Sepuluh laporan polis telah dibuat terhadap portal berita Malaysiakini dan penolong editornya yang berpejabat di Pulau Pinang, Susan Loone, berhubung sebuah laporan berita yang didakwa memfitnah polis. 
 
Laporan itu dibuat oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Balai Polis Jalan Pantai di Pulau Pinang pada kira-kira jam 6 petang semalam. 
 
NGO itu menggesa pihak polis menyiasat artikel bertajuk Disoalsiasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah' yang diterbitkan pada hari Isnin di laman Malaysiakini Bahasa Malaysia. 
 
Laporan berita tersebut adalah terjemahan artikel Susan Loone yang bertajuk 'Exco man grilled for four hours, treated like a criminal' yang juga diterbitkan pada hari yang sama. 
 

Laporan berita itu adalah berdasarkan temu bual telefon pada kira-kira jam 1.30 pagi hari Isnin di mana ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh(kanan) mendakwa beliau dilayan seperti seorang 'penjenayah' ketika polis menyoalsiasatnya selama empat jam, mengambil gambarnya dan cap jarinya. 
 
Beliau kemudiannya ditahan semalaman di lokap sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis pada hari berikutnya. 
 
Dalam laporannya, Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menggesa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengambil tindakan terhadap Susan Loone kerana didakwanya memfitnah pasukan itu dengan niat untuk mencemar imej dan kredibiliti polis. 
 
Abdul Rahim, ketika ditanya mengenai komen Phee pada hari Isnin, menolak dakwaan itu sebagai sebagai "pendapat peribadi" ahli exco tersebut dan berkata pihak polis telah mematuhi prosedur operasi standard. 

default

Syabas Polis ! Tian Chua didakwa Akta Hasutan kes Lahad Datu

on Tuesday, September 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai insiden di Lahad Datu Sabah pada Mac 2013.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kenyataan disiarkan portal Keadilan Daily, bertarikh 1 Mac 2013 yang mengaitkan penglibatan Umno dalam konflik berkenaan.

 Tian ChuaTian yang juga Ahli Parlimen Batu, dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

 Terdahulu, peguam yang mewakili Tian, N Surendran menyerahkan surat injuksi untuk menggugurkan dakwaan ke atas Tian disebabkan terdapat satu pengesahan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 30 Ogos lalu yang menyatakan Akta Hasutan akan dimansuhkan dan diganti dengan akta lain.

 Surendran memberi alasan jika terdapat secara jelas bahawa Akta Hasutan dimansuhkan, kes berkenaan tidak patut diteruskan dan tidak adil untuk dijalankan. 

Namun hakim perbicaraan, Norsharidah Awang menolak permohonan Surendran dan meneruskan kes berkenaan.

default

NAK TEGUR JURUKAMERA PUN JANGAN SAMPAI BELASAH #MH17

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



ini kejadian yang tidak mahu kita lihat, tapi jadi di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi pagi Selasa.

Apabila petugas media, jurugambar New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.
Beliau cedera di muka dan kemeranya pecah, ini kejadian pertama petugas media dipukul ketika menjalankan tugas berkaitan memperingati mangsa MH17.-2/9/2014





default

TUN M BALUN PPS ,SOKONG TINDAKAN POLIS

on Monday, September 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara secara terbuka terus dibidas termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.

Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.

"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 135 anggota PPS yang direman.

Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid - Agendaily

default

3 ORANG PPS REGIM DAP POSITIF DADAH & MILIKI REKOD JENAYAH @dzainalabidin @RRafizal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Pulau Pinang – Tiga daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri yang ditahan semalam disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka yang berusia antara 24 hingga 64 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Difahamkan, beberapa anggota PPS yang ditahan semalam turut berada dalam senarai individu dikehendaki polis kerana mempunyai rekod jenayah.

Sementara itu, proses reman kesemua anggota PPS berkenaan sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Kira-kira 20 peguam diketuai Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer dilihat memasuki IPD Timur Laut awal pagi ini manakala keadaan di luar balai polis itu sesak dengan orang ramai.

Polis semalam menahan hampir 200 anggota PPS disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Khalid, polis akan mengambil tindakan menangkap anggota PPS jika mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

default

PPS ditangkap , IGP digelar Anjing BN oleh Cina biadap !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sudah Sampai Masanya Cina Bangsat Berperangai Babi Di Tangkap

Pengarah satu kumpulan penyelidikan yang dikenali sebagai Inter-Research And Studies (IRAS), Viktor Wong, telah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai anjing kerana mengambil tindakan ke atas pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang hari ini.



Selain itu, Viktor turut memfitnah bahawa Polis menyerang anggota PPS dan berlaku kejam, sedangkan proses tahanan berlaku secara aman malah tidak bergari pun. Malahan mereka yang ditangkap kelihatan melambai-lambai tangan kepada media yang membuat liputan.



Pagi tadi Polis menahan Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) selepas menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.

PPS menjadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu apabila orang ramai membuat laporan dan juga mempertikaikan penubuhan pasukan ini yang tidak mengikut undang-undang dan dikatakan menguatkuasa undang-undang sesuka hati mereka.

PPS turut mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Namun kumpulan ini dipertahankan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadi “penaung” kumpulan ini dan menyatakan beliau bersedia mempertahankan kumpulan ini di Mahkamah.

Viktor Wong yang mengaku merupakan ahli Parti Rakyat Malaysia (PRM) menggerakan pusat kajian ini bersama Richard Lim, ahli seumur hidup DAP.

Sementara itu, Khalid telah meminta unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) supaya mengambil tindakan terhadap individu ini.

Dalam Twitter Khalid, beliau meletakkan dua rakaman paparan (screenshot) individu yang menghinanya sebagai ketua polis.

Pada kedua-dua tweet tersebut, Khalid turut menyebut (mention) PCIRC dengan meminta supaya tindakan dapat diambil terhadap dua individu itu.

“PCIRC sila ambil tindakan terhadap orang biadab ini yang menggelar IGP ‘Anjing BN’.

“PCIRC, juga kesan seorang lagi yang biadab ini untuk diambil tindakan,” tulis Khalid.

Dalam salah satu tweet Khalid, beliau memaparkan gambar seorang lelaki memanggilnya “anjing BN” manakala seorang lagi menulis “Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia”.

Mykmu.net

default

Pemuda Umno PP sokong PPS ditangkap POLIS hari ini @Rrafizal @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pihak PDRM yg telah menahan 154 ahli sebuah Pertubuhan yang tidak berdaftar dibawah Akta Pertubuhan 1966 ( Akta 335). Kami berharap agar selebih ahli PPS ini dapat ditangkap dan di bawa ke muka pengadilan dengan segera.

Secara amnya semua mengetahui bahawa PPS ini adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 Manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang ditubuhkan melalui Peruntukan Undang Undang adalah agen pembangunan di peringkat akar umbi didalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung diantara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat.

 JKKKP bukanlah sebuah badan beruniform dan terlibat dalam kawalan keselamatan. Maka membandingkan penubuhan PPS dan JKKKP adalah satu perbandingan yang tidak masuk akal, tidak logik dan dibuat untuk menutup kesilapan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menubuhkan serta menyalurkan geran kepada sebuah pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh ROS.




Kerajaan Negeri telah menubuhkan PPS ini kononya untuk menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat setempat. PPS ini juga telah disalurkan wang rakyat sebanyak RM 1 juta setahun dan di agihkan mengikut ADUN.

 Peruntukan ini selain menyediakan peralatan tambahan, ianya juga MENJAGA KEBAJIKAN AHLI PPS INI.  Tetapi hari ini kita lihat fungsi dan tugas PPS ini hanyalah untuk mengawal dan menjaga keselamatan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

 Ini secara tidak langsung boleh dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri  Pulau Pinang telah memperuntukan RM1 Juta setiap tahun hanya untuk mengupah pasukan ini bagi mengawal dan menjaga keselamatan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

 Maka, kita mendapat gambaran secara jelas dan terang bahawa PPS ini merupakan satu badan yang kononnya bertopengkan kerja sukarelawan tetapi pada hakikatnya mendapat imbuhan daripada wang pembayar cukai di negeri ini.

Pergerakan ini juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pihak PDRM sempena kemerdekaan negara ke 57 ini kerana telah berjaya memastikan keselamatan orang awam sentiasa dipelihara dan diberi keutamaan serta berjaya memerangi dan mencegah jenayah.

Kenyataan ini disokong oleh angka Indeks Jenayah Pulau Pinang yang turun sebanyak 5.5 peratus dalam tahun 2013, berbanding dengan tahun 2013 dan Indeks Jenayah yang turun 14.6 peratus mulai Jan sehingga Mac 2014.

 Oleh yang demikian kami amat pasti dan yakin bahawa tiada keperluan bagi suatu badan pertubuhan lain seperti PPS untuk mengambilalih peranan dan fungsi PDRM.

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.