JENERAL ATM JAWAB TUDUHAN NGO ISU KEHADIRAN TENTERA AS DI KELANTAN

on Wednesday, September 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Panglima ATM jawab isu Eksesais Keris Strike dengan tentera AS

17 SEPT: Kehadiran kira-kira 300 anggota tentera Amerika di kem Pangkalan Chepa dan kem Desa Pahlawan bagi eksesais Keris Strike sehingga cetuskan persoalan orang ramai bukanlah sesuatu yang baru.

Malah tegas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin latihan ketenteraan ini turut diadakan dengan beberapa lagi negara lain dan bukannya hanya dengan amerika syarikat sahaja.


Menurutnya lagi antara negara luar yang datang ke Malaysia untuk melakukan latihan bersama termasuklah Australia, New Zealand, Thailand, Singapura, Indonesia dan beberapa lagi negara jiran lain.

Malah katanya tentera Malaysia juga pergi ke negara luar untuk menjalani eksesais seumpama ini cuma ia tidak diwar-warkan kepada umum.

Tambahnya kedatangan tentera Amerika itu adalah salah satu rancangan yang telah dirancang awal untuk melakukan eksesais Keris Strike di Kelantan.

Tetapi disebabkan pesawat C17 tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa jadi terpaksalah ia mendarat di lapangan yang terdekat sekali iaitu di lapangan terbang di Terengganu.

“saya yakin tidak semua rakyat malaysia paranoid yang paranoidnya hanya ada segelintir sahaja rakyat yang cuba spin dan memutarbelitkan yang mengatakan tentera amerika mendarat dengan pesawat 777 dan sebagainya.....ini adalah untuk mengeruhkan keadaan,” katanya pada sidang media sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-81 di ibu negara pada Rabu.



Tambahnya kerajaan negeri dan penduduk sekitar telah pun dimaklumkan lebih awal akan kehadiran tentera Amerika ini melalui ketua-ketua masyarakat mengenai pelaksanaan eksesais itu namun bagi mereka yang tidak tahu memandang tetap serong dengan kehadiran anggota tentera Amerika ini.

Jelas Zulkifeli ini adalah rancangan latihan untuk kedua-dua negara membuat latihan timbal balik dan belajar di antara satu sama lain bagi mendapatkan lebih pengetahuan dan pengalaman gerak gempur setiap negara yang menggunakan taktik yang berbeza.

Malah ia juga dilihat sebagai satu pendedahan bagi anggota tentera untuk menambahkan lagi kemahiran mereka dan pengetahuan mereka.



One Response

  1. Anonymous says:

    TERBAIKLAH TENTERA MALAYSIA.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.