Archive for January 2012

default

Nasihat Ah Jib Gor tentang isu sampul angpau putih

on Tuesday, January 31, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Pemberian angpau berwarna putih pada satu perhimpunan Tahun Baru Cina anjuran Perkasa pada Ahad lepas, yang dianggap menghina kaum Cina kerana ia biasanya diberikan semasa kematian, tidak ada kaitan dengan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pemimpin Perkasa, sebuah badan bukan kerajaan, adalah Datuk Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas, dan oleh itu, pemberian paket berwarna putih pada majlis itu tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang dipersetujui oleh kerajaan.

Menulis dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”, Najib berkata :


“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial.” Semalam Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong meminta Perkasa memohon maaf kepada masyarakat Cina berhubung kejadian itu manakala Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai tidak menghormati adat budaya kaum Cina.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar telah menjelaskan bahawa angpau berwarna merah memang digunakan pada majlis itu tetapi disebabkan ia telah kehabisan, envelop putih terpaksa digunakan. — BERNAMA

default

Tun Mahathir sahkan Anwar memang rapat dengan Yahudi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.

default

Panas ! Forum Anak Muda 13 di Permatang Pauh

on Sunday, January 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Forum Anak Muda 13 sedang berlangsung sekarang ini di Pusat Komersial Permatang Pauh .

Perbincangan tentang iklim politik anak muda Permatang Pauh menjelang PRU 13 .

default

Tahniah Khalid Gagap ! Fenomena GRO punggung pulak di negeri Selangor...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Seramai 21 Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang memakai skirt paras punggung di sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Mentari di sini dicekup polis semalam.

Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pusat hiburan itu diserbu selepas mendapat maklumat mengatakan premis tersebut mengupah wanita-wanita warga asing sebagai pelayan.

Selain itu, risikan polis juga percaya GRO terbabit bukan sahaja melayan pelanggan menyanyi malah memberi khidmat seks.

"Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu.

"Kesalahan yang dilakukan adalah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai permit sah kerana siasatan polis mendapati mereka memegang pas lawatan sosial," katanya.

default

Anwar beri amaran Muhyiddin jangan putar belit kenyataannya !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin."

Ketua Pembangkang menegaskan, pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

"Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini - beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan Bernama awal petang tadi memetik Muhyiddin berkata beliau meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita di Muar.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, "saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin."

"Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York," katanya.

Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

"Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," katanya.


Komen GPB

Anwar hormati hak dan keselamatan rakyat Israel !!!..

macam sial la anugerah tuhan PKR ini ! Yahudi laknat yang dok bunuh rakyat Palestin perlu dibela ...

Apa yang penting sangat sampai negara Yahudi ini dibela? Ramai lagi rakyat di Permatang Pauh yang beliau perlu bantu dan bela bukannya Yahudi.

Kalau Anwar nak marah dantuduh orang putar belit kenyataannya , sila lah saman media WSJ . Jangan hanya berani saman Utusan je ...


default

Azizan mengamuk,gelarkan Aziz Bari buta undang-undang

on Saturday, January 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

default

Live HIMPUN: Ribuan rakyat PP hadir untuk Selamatkan Akidah !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


GPB sekarang berada di Dewan Kompleks Budi Penyayang Kepala Batas . Penuh sesak yang dianggarkan 10 ribu umat Islam dari PP hadir ke program HIMPUN kali ini.

Setiap sudut perkarangan di Kompleks Budi Penyayang penuh dengan orang ramai . GPB ucapkan tahniah kepada umat Islam negeri ini yang berani hadir demi selamatkan akidah daripada agenda murtad.



Di bawah ini ialah gambar di dalam dewan utama,belum dikira di luar lagi.

default

DAP tentu meroyan rahsianya dibongkarkan Muhyiddin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Orang Melayu diingatkan jangan sesekali terpedaya dan terperangkap dengan tipu helah DAP yang memang sejak penubuhan parti itu, ia langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata apa jua tindakan parti itu hanyalah helah semata-mata demi untuk menarik sokongan orang Melayu.

"Kenapa baru sekarang dia nak jemput orang Melayu, saya tak tahulah apa tujuan dia, tapi kita dah tahu sejarah DAP ini, jadi orang Melayu kena faham lebih-lebih lagi bila dia menekankan Malaysian-Malaysiannya.

"Dia kata dia bukan parti perkauman, dia kata dia parti multi-racial (pelbagai kaum) tetapi dari segi amalan dan apa yang telah dilakukan oleh DAP sejak ditubuhkan sampai sekarang pun jelas terbukti (ia) parti yang chauvinist," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bahawa lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu.

Beliau turut mempersoalkan kenapa sekarang baru sibuk untuk menjemput orang Melayu, sedangkan parti itu agak bersifat perkauman dan nampak jelas langsung tidak mengambil kira kepentingan orang Melayu.

"Jadi sekarang baru sedar, bila dah ada pihak yang mengatakan tiada wakil Melayu, mungkin dia nak merancang setengah negeri itu nak diberikan kepada wakil Melayu yang dijanjikan bakal jadi EXCO, ketua kerajaan atau pun Menteri Besar baru," katanya.
Muhyiddin berkata, bagi orang yang sudah lama dalam parti politik mereka akan faham benar ia cuma helah pilihan raya sahaja dan diharapkan orang Melayu dapat memahami secara mendalam sejarah DAP itu.

"Latar belakang, perjuangan dan suara lantang DAP apakah dia mewakili orang Melayu, jadi jangan mudah terpedaya kerana dekat pilihan raya ini pelbagai tawaran akan dibuat.

"Akan letak calon-calon Melayulah, nak ambil lebih ramai orang Melayulah dan jika ada pihak yang tidak memahami sejarah perjuangan DAP mereka akan mudah terjebak dengan gaya politik DAP," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi beliau DAP langsung tidak mengambil kira soal kepentingan orang Melayu berdasarkan rekod sejarah yang lalu.

"Apa isu yang disuarakan, soal pendidikan pun dia tidak pernah menyuarakan soal pendidikan kebangsaan, sebaliknya soal pendidikan Cina sahaja, walau pun pendidikan Cina diberi perhatian oleh kerajaan," katanya. - BERNAMA

default

Zul Nordin dedah IMR diserang secara halus DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia!

Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan!

Setelah dihina di Pulau Pinang tanpa sebarang portfolio mahupun jawatan, PAS diaibkan di Selangor dengan hilangnya portfolio Islam dengan pemecatan tokoh pemimpin Melayu-Islam Datuk Dr. Hasan Ali. Bak kata beliau, merampas portfolio Islam daripada PAS sama saperti menjadikan PAS sebuah parti tanpa kaki & tangan. Bemakna PAS dah menjadi kudong dan dikudongkan, saperti sebijik timun. Bergolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah PAS hari ini diperlekeh oleh rakankongsi pakatannya!

Dan apabila seorang pemimpin Melayu-Islam membuat kenyataan bahawa institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang diancam di Selangor & Malaysia”, maka kaum cauvinis dan rasis biaDAP dan para politikus parasit melatah tak tentu pasal, sehingga menuduh kegagalan Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau membuktikan kononnya Kerajaan menggalakkan percambahan fundamentalism, ekstremism dan terorisma Melayu-Muslim!

Begitu takut dan gentar cauvinis biaDAP dan para politikus parasit ini dengan kebangkitan dan ketegasan umat Melayu-Muslim mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja sehingga dicadangkan supaya pejuang saperti itu dilarang menjejak kaki ke bumi Selangor!

Begitulah demokrasi dan kebebasan bersuara yang dikompang oleh kaum parasit ini. Bila kena batang hidung mereka, dengan segera hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang mereka lalakkan siang malam dibenamkan dengan label ektremism, fundamentalism & terorisma!

Pada teman, sebenarnya kegagalan Kerajaan bertindak tegas terhadap para parasit pelampau cauvinis dan rasis inilah yang menyebabkan bertambah bercambah dan dan membiak fahaman radikal yang ekstrim dan biaDAP, yang secara sistematik, terancang dan halus memperlekeh, mempertikai dan cuba melemahkan dan menghapuskan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja!

Sedangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja diberi tempat yang mulia dan gah didalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Malah, dalam hal ehwal Islam-Melayu & Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang berbentuk diskriminatori yang positif; iaitu memuliakan dan memartabatkan kedudukan dan hak keistimewaan Islam-Melayu & Raja-Raja diatas dan mengatasi segala yang lain!

Artikel 3 memperuntukkan “Islam agama Persekutuan”. Tidak ada Perlembagaan dalam dunia ni yang meletakkan Islam sebagai agama negara kecuali Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebab itu adalah satu kesilapan kalau disebut Islam agama rasmi, sebab kalau ada yang rasmi, maknanya ada yang tidak rasmi. Perlembagaan sebut “agama Persekutuan”, maknanya “agama Negara Malaysia ini ialah Islam”.

Kalau mengikut tafsiran ini, bermakna semua dasar, polisi dan perlaksanaan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia ini samada dari segi ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, hubungan diplomatik, hal ehwal luar negara, sukan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain mesti dan wajib berteraskan Islam!

Sama saperti seseorang yang mengaku Islam, segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya mesti selaras dan bersamaan dengan Islam; dari hal makan minum, kekeluargaan, pekerjaan, persaudaraan, jiran tetangga, dan banyak hal lain dalam kehidupan mesti dan wajib berteraskan Islam. Maknanya kalu seorang mengaku Islam tetapi mengaku kafir harbi saudaranya, maka jelas dia tidak mengamalkan akhlak dan peribadi seorang Islam, walaupun dibungkus serban dikepalanya, ditutup jubah ditubuh badannya!

Kedudukan Islam sebagai agama Negara Malaysia diperkuatkan dengan Artikel 3 (2) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri masing-masing, dan “segala hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa” Tuanku Raja-Raja Melayu keatas agama Islam tidak tersentuh dan tercacat oleh apa-apa unsur pun”.

Atas peruntukkan inilah Tuanku Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak menentukan perlantikan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam, termasuk pada pandangan teman siapa yang berhak memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri masing-masing, walaupun terdapat persepsi salah dikalangan sesetengah pihak bahawa hanya Menteri Besar berhak menentukan penyandang portfolio Hal Ehwal Islam.

Begitu juga Artikel 11 (4) memperuntukkan bahawa tiada sebarang kerja pendakyahan boleh dibuat terhadap umat Islam. Malah ianya boleh dikanunkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan penal di Mahkamah sivil! Sebab itu pada pandangan teman, isu pendakyahan ini bukan bidangkuasa Jabatan Agama, sebaliknya ianya adalah dalam bidangkuasa dan bidangtugas Polis DiRaja Malaysia, mungkin dengan bantuan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Berdasarkan peruntukkan ini, pihak berkuasa, termasuk PDRM & pihak berkuasa Islam berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap non-Muslim dan institusi mereka saperti gereja dan lain-lain untuk menguatkuasakan peruntukkan Artikel 11 (4) ini. Sebab itu teman berpendapat tindakan JAIS dalam menyiasat Gereja DUMC mengenai aduan dakyah kristianisasi terhadap umat Islam bukan sahaja diperbolehkan, malahan menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk mereka mengambil tindakan. Bagi golongan yang mempertikaikan kuasa dan bidangkuasa itu bermakna mereka mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 12 Perlembagaan berkaitan dengan pelajaran memperuntukkan bahawa “adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-instusi Islam (persekolahan, pembelajaran, pendidikan, IPTA, IPTS dan lain-lain) atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu”.

Pendek cerita, Kerajaan Pusat & Negeri boleh, dan dibenarkan mengeluarkan perbelanjaan untuk membiaya dan menyelenggara persekolahan dan institusi pendidikan & pembelajaran berkaitan Islam. Ini adalah peruntukkan Perlembagaan. Dan kalau diperhatikan, tiada sebarang peruntukkan diberikan untuk perbelanjaan dan pembiayaan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pembelajaran dan pendidikan yang selain daripada Islam! Maknanya bagi sekolah-sekolah & institusi aliran lain, tidak ada tanggungjawab Kerajaan membantu dan membiaya mereka. Dan apa jua bantuan dan dana yang diberikan selama ini untuk institusi persekolahan, pendidikan dan pembelajaran non-Muslim bukan kerana hak Perlembagaan, sebaliknya hanyalah semata-mata atas ehsan dan budibicara Kerajaan Persekutuan.

Manakala Artikel 74 dibaca dengan Jadual 9 Senara II Perlembagaan memperuntukkan sebuah Mahkamah khas untuk membicarakan hal ehwal umat Islam dalam perkara yang dimaktubkan saperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, amanah, waqaf dan banyak lagi. Dan dibaca bersama Artikel 121 (1A), Mahkamah sivil tidak boleh samasekali mencampuri urusan Mahkamah syariah ini.

Begitu istimewa institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, Artikel 160 memperuntukkan bahawa bangsa Melayu itu wajib beragama Islam! Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Sebab itu orang Melayu yang murtad hendaklah dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting kerana Perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, saperti yang dimaktubkan dibawah Artikel 153.

Malahan, semua Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri-Negeri Beraja memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar dan tiga jawatan turus utama negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam!

Dan begitu istimewa kedudukan Islam didalam Perlembagaan, dalam keadaan darurat diisytiharkan menurut Artikel 150, walaupun Yang DiPertuan Agong dan Parlimen dengan kuasa yang diberi boleh menggubal, menggantung, memansuhkan dan meminda apa-apa undang-undang, namun “Islam, hukum syarak dan adapt istiadat Melayu” langsung tidak boleh disentuh!

Berdasarkan ringkasan diatas, dapatlah dilihat betapa Perlembagaan Persekutuan itu memartabatkan, memuliakan, dan menobatkan kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dengan kedudukan yang tinggi lagi istimewa. Oleh itu, sebarang pencerobohan, pelanggaran, serangan dan kemungkaran terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja adalah satu penderhakaan dan bughah yang perlu ditentang oleh semua lapisan rakyat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks itulah apa yang berlaku di Selangor dan negara Malaysia ini sejak Mac 2008 merupakan satu serangan secara sistematik dan halus terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja oleh para parasit yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Daripada sikap memperlekehkan dan mempermainkan lagu Negara Ku, kepada penghinaan terhadap Jalur Gemilang, mempersoalkan azan, kepada isu mempertikai institusi Raja-Raja Melayu, membawa kepada berjoget-robek di surau masjid, kepada agihan daging korban oleh para kaafirun harbiyun, sehingga kepada usaha dakyah terhadap umat Islam dan penglibatan secara aktif para pastor, missionary dan gereja dalam gejala murtad umat Islam, membawa kepada pemecatan Datuk Hasan Ali dan perampasan portfolio Islam daripada PAS; genosid politik terhadap insitusi dan syiar institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya memang sedang berlaku secara sistematik dan terancang secara halus!

Dan dalam isu murtad contohnya, kita melihat penglibatan gereja dan para pastor secara aktif terhadap orang Melayu. Daripada kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi Melayu pertama dengan nama Father Joshua Jamaludin disebuah gereja di Petaling Jaya, kepada murtadnya Nor Aishah Bukhori dengan nama kristiannya Aishah Felicea, diikuti murtadnya Azlina Jailani dengan nama kristian Lina Joy, hingga kepada isu terbaru dakyah kristianisasi melibatkan gereja DUMC, jelas membuktikan penglibatan secara langsung dan aktif segelintir pendakyah pastor dan gereja-gereja.

Pendedahan seorang ahli tegar parti DAP, saudara Razali mengenai usaha penubuhan Negara Kristian dan sumpah para pastor di Pulau Pinang yang mengadakan perhimpunan meraikan kemenangan beberapa calon DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 jelas membuktikan penglibatan secara langsung para pastor dan gereja dalam politik kepartian dinegara ini.

Malah lebih memeranjatkan, saudara Razali mendedahkan, melalui keterangan, dokumen dan videoklip mengenai upacara sumpah para pastor mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian! Tahniah kepada saudara Razali yang akhirnya menemui kewarasan aqidah apabila beliau meletakkan Islam lebih utama daripada politik kepartian. Tetapi keberanian itu dibayar dengan harga yang mahal apabila beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, sehingga terpaksa menyembunyikan diri dan diletakkan dibawah kawalan keselamatan!

Bayangkan seorang Melayu-Muslim terpaksa bersembunyi dan berlindung dibawah kawalan keselamatan hanya untuk mempertahankan dan membela agamanya yang diserang dan cuba dirobek oleh anasir-anasir subversive, ekstremis dan pelampau yang biaDAP dalam negara umat Islam ini!

Dan kemuncaknya yang dapat disaksikan oleh seluruh umat dan rakyat negara ini apabila Exco Hal Ehwal Islam yang juga tokoh pimpinan Partai Islam SeMalaysia, YB Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh partinya sendiri dan digugurkan daripada jawatan Exco bagi portfolio Hal-Ehwal Islam hanya kerana dia cuba mempertahan dan membela institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor Darul Ehsan!

Dan yang paling malang, pemecatan beliau oleh partinya langsung tidak menurut adab dan peraturan Islam. Beliau langsung tidak diberi notis tunjuk sebab, apatah lagi membela diri ataupun bersuara dalam isu pemecatannya. Semuanya dibuat dengan begitu pantas, dan yang kelakarnya ada segelintir dikalangan mereka ini masih mahu mendabik dada bongkak menyatakan merekalah parti Islam yang lebih Islam daripada orang lain!

Adalah sesuatu yang paling malang, apabila genosid politik terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja ini berlaku dengan sokongan dan dokongan segelintir parasit politikus kalkatus yang rakus dikalangan bangsat Melayu yang mengaku Islam; dan mereka bertopengkan Islam untuk membantu kaum parasit biaDAP dan cauvinis menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka mahu menduduki mahkota Putrajaya yang pernah mereka bersumpah dan berikrar mahu lelong dan gadaikan!

Perlu diingat inilah golongan yang sama yang apabila meletus isu murtad Jamaludin Osman menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin tahun 1986, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristian dan mengadakan satu demonstrasi dipanggil “Himpunan Menentang Kristianisasi” di Sitiawan, Perak pada 29 Oktober 1987! Himpunan yang dibantah keras oleh parti DAP, rakan sekongkol PKR & PAS sekarang! Betapa ironisnya

Malah ada antara mereka menjadi Nujum Pak Belalang apabila membuat satu ramalan dalam ucapan pada 07 Ogos 1987 dalam satu program di Parit Amal, Johor dengan meramal “seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya tahun 2000”!. Malah mereka mendakwa pada masa itu 66,000 orang Melayu sudahpun murtad!

Namun setelah lebih 30 tahun berlalu, apabila tokoh pimpinan PAS, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor sendiri mengambil tindakan terhadap kegiatan gereja DUMC kerana cubaan mendakyah dan memurtadkan orang Islam, dia ditentang habis-habisan. Dan apabila beliau mengadakan Himpunan Selamatkan Aqidah Umat di Stadium Shah Alam, dia dihalang dan ahli partinya dilarang daripada menyertai himpunan itu, walaupun baru beberapa bulan sebelum itu mereka menghalalkan penyertaan dalam satu himpunan haram, walaupun diketuai oleh seorang kafir yang pernah diisytiharkan musuh Islam yang harbi!

Dan yang paling memeranjatkan, ada segelintir dikalangan mereka pula pada hari ini muncul sebagai kaum yang bermati-matian mempertahankan gereja dan kaum kristian. Ramalan mereka pada tahun 1987 bahawa Malaysia akan dikristiankan pada tahun 2000, menjadi kenyataan apabila mereka sendiri rupanya yang mempertahankan institusi kristianisasi ini, sehingga ada antara mereka bukan sahaja sanggup menjual kalimah ALLAH kepada kristian untuk diguna dalam bentuk trinity yang syirik, malah mereka sanggup mati untuk mempertahankan para kafir harbi yang biaDAP ini! Begitu ALLAH kembalikan fitnah kepada mereka! Na’uzubillah min zalik!

Benarlah kata YB Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa pembangkang yang dianggotainya dahulu sudah diresapi oleh racun segelintir para parasit politikus kalkatus yang rakus mahu bermahkota di Putrajaya “at all cost”, sehingga mereka muncul sebagai pelacur politik murahan yang layak ditongsampahkan dalam sejarah kegemilangan dan kebangkitan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara umat Islam Malaysia ini!

Apabila seorang pemimpin yang berjuang mahu membela dan mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja digertak dan diugut akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Selangor Darul Ehsan, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Apabila seorang Exco yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal Islam bangkit untuk memartabatkan dan menobatkan insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja berakhir dengan dipecat dari partinya dan digugurkan daripada jawatannya, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Dan benarlah sabda Rasulullah saw, apabila sesuatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kehancuran! Dan kita nampak itu berlaku apabila parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tidak diberikan portfolio Islam di Pulau Pinang & Selangor!

Kita sedang menyaksikan satu proses genosid politik secara halus untuk menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja secara terancang, sistematik dan halus dihadapan mata kita. Kita sebenarnya adalah umat Islam akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah saw yang akan melalui proses kehancuran akibat fitnah besar akhir zaman.

Maka menjadi wajib ‘ain bagi tiap individu umat Islam bangsa Melayu untuk terus bangkit membela, mempertahankan, memartabatkan, menobatkan dan memuliakan semula insititusi Islam Melayu & Raja-Raja dalam negara ini, termasuk di Selangor Darul Ehsan.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali! Kita memohon dan berdoa kepada ALLAH supaya memelihara iman dan aqidah kita dalam zaman fitan kabir ini!

Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat
04 Rabi’ul Awal 1433
27 Jan 2012

default

KEMAS akan dibubarkan jika pembangkang menang PRU 13 ?

on Friday, January 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak mustahil akan dirombak atau dibubarkan sekiranya parti pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, beliau tidak hairan jika perkara itu berlaku kerana Kemas selama ini berperanan membantu golongan masyarakat luar bandar khasnya orang Melayu.

Jika ia berlaku, katanya, peranan Kemas sejak 50 tahun lalu terutama dalam meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar supaya boleh berdikari, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan dan ekonomi akan terhenti.

"Jika pembangkang mendapat kuasa untuk mentadbir negara, di antara yang mungkin dirombak atau dihapuskan adalah Kemas apatah lagi agenda pengisiannya adalah kontrak sosial.

"Tambahan pula, ada satu parti di dalam pakatan pembangkang yang sejak penubuhannya menuntut hak sama rata melalui konsep Malaysian Malaysia yang nyata bertentangan dengan kontrak sosial yang mengiktiraf hak istimewa orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Kemas di sini semalam.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Lebih 1,500 warga Kemas Johor berhimpun bagi meraikan ulang tahun berkenaan di samping bertemu para pemimpin masyarakat yang hadir.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, anggota Kemas harus sedar cabaran besar yang perlu mereka hadapi terutama dalam menghadapi perpecahan orang Melayu.

"Ayuh warga Kemas, kita kukuhkan perpaduan orang Melayu, kita bersatu padu untuk membentuk perpaduan dan jangan sesekali berpecah demi masa depan bersama.

"Kalau kita berterusan berpecah dan bertelagah, ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus menyebarkan ideologi mereka dan menabur janji-janji manis mereka," katanya.

Abdul Ghani turut mengingatkan semua pengundi supaya sejarah pilihan raya 2008 yang menyaksikan beberapa negeri berjaya ditawan parti pembangkang, tidak berulang lagi.

default

NFC : Mengapa Ketua Audit Negara baru sekarang beri penjelasan & biarkan kerajaan difitnah ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Baru semalam keluar di akhbar dan media arus perdana jawapan dan penjelasan Ketua Audit Negara Ambrin Buang tentang isu NFC yang kuat dimainkan PKR untuk menipu rakyat kononnya berlaku penyelewengan . Sudah begitu lama Rafizi dan Mak lampir fitnah Kak Ijat sehingga terpaksa bercuti , baru sekarang Ambring beri penjelasan ?  


Kerana laporan Audit beliau lah menyebabkan pembangkang menjaja kepada rakyat memburukkan kerajaan menjelang PRU 13 . Ikuti artikel tentang Ketua Audit Negara ini yang membiarkan  kerajaan difitnah  ..



KREDIBILITI dan intergriti Ketua Audit Negara,Ambrin Buang mula dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya terhadap sesuatu yang diaudit menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan lain dan adakalanya beliau dilihat lebih besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.

Kerana keperluannya melaporkan terus segala laporan-laporannya kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana Menteri,ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkinj menjejaskan kerajaan atau tidak sementelahan pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab,pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi mudah percaya.

ISU audit National Fedlot Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik.Sekejap beliau kata rugi,sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan apabila diasak.Lihat disini..

Beliau menjadikan laporan audit zaman beliau ini seperti telah menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja sahaja yang tidak sesuai.

Sejak beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih,dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit sebelum ini.

Sebelum ini ada isu KPM dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.

Kalau benarlah,kita hairan kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.

Malah barangkali kerana kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa Ketua Audit Negara ketika ini,sudah ada yang mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM,beliau dikatakan telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort,Sabah pada tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakannya dalam RMK8.

Tetapi SST dikeluarkan juga dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan persoalan,bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8(jika betul ada) dan memang tidak dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh Parlimen?

Jika ini boleh berlaku,apa akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi dilanggar,kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu,apa gunanya Parlimen meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan dibahaskan?

Jika betul projek yang disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan kos pembinaannya mencecah RM100 juta.

Kalau dikumpulkan jumlah pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun ditukarkan menjadi sekolah vokasional.Apakah keutamaaan projek ini pada masa itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9 yang belum diluluskan oleh Parlimen.

Dakwaan tentang kerja-kerja Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja,permulaan kepada jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar,Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja yang terlibat.


Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah!

Kita juga mengharapkan entity syraikat menyaman Ketua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini terutamanya menjelang PRU13,Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala menyokong pembangkang.

Kita bimbang Ketua Audit Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya berderai tapi ekor bergelumang tahi.

sumber : Sanggah Tok Janggut 

default

Adakah MB Kedah bakal dipecat seperti Hassan Ali ?

on Thursday, January 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.

Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.

Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.

Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.

"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.



Komen GPB

Semakin panas isu AUKU ..selepas geng mahasewel SMM menghentam MB Kedah , kini giliran Prof Pakatan iaitu Dr Aziz Bari.

Aziz Bari mahu Ostat Zizan keluar parti Pas dan sertai BN hanyakerana menyokong AUKU dan mengambil tindakannya terhadap pelajar KUIN.

Lebih menarik lagi beliau mahu Pakatan mengambil tindakan terhadap Azizan ! Amboi besar pengaruh Dr Aziz Bari ini hingga boleh arah diambil tindakannya terhadap MB Kedah.

Adakah MB Kedah bakal menerima nasib seperti Dr Hassan Ali yang dipecat terus dari parti berikutan kenyataanya bertentangan dengan dasar Pakatan ?

Kita tunggu dan lihat kenyataan Tok Jijan yang pasti melompat kerana keceluparan mulut Aziz Bari ini !


default

Chegubard dalang pencetus pergaduhan HINDRAF VS penduduk kampung Jalan Kebun !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menggesa pihak berkuasa untuk menghalang Hindraf daripada memasuki kampung tersebut.

Wakil penduduk, Shaari Basri, 53, ketika ditemui pemberita mempersoalkan kehadiran Hindraf di kampung Sabtu lalu.

Katanya, 100 peratus penduduk di kampung Jalan Kebun adalah berbangsa Melayu dan kehadiran Hindraf di kampung tersebut adalah mencurigakan.

"Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram. Mengapa mereka mahu menganjurkan acara di kampung kami?


“Jangan salahkan penduduk kampung tentang provokasi yang berlaku. Mereka yang memulakannya," dakwa Shaari.

Turut bersama beliau di IPD Shah Alam adalah kira-kira 30 orang penduduk kampung.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan topi keledar.Terlebih dahulu, ketua polis Shah Alam ACP Zahedi Ayub menafikan penglibatan polis di dalam kekecohan yang berlaku.

Katanya, pihak polis langsung tidak dimaklumkan mengenai penganjuran ceramah tersebut dan hanya mengetahuinya selepas menerima laporan berlaku kekecohan,Beliau menasihatkan mana-mana individu ataupun organisasi yang ingin menganjurkan majlis seumpamanya supaya memberitahu pihak polis terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber KL POS. COM








Komem GPB 


Persoalan yang wajib dijawab  Chegubard mengapa diadakan ceramah  ABU bersama HINDRAF di Kg Jalan Kebun yang 100 % penduduknya  adalah orang Melayu .

Chegubard juga adalah dalang yang cuba cetuskan pergaduhan antara Melayu dan India pada malam berkenaan . Pihak polis wajib menyiasat penglibatan beliau dalam insiden ini .

default

Forum Seks anjuran Kelab Taat Suami diserbu Jabatan Agama ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) semalam menyerbu forum anjuran Kelab Isteri Taat (KTS) yang dikatakan untuk mempromosikan "seks suci".

Menurut laporan Berita Harian, jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam".

Lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, yang diasaskan oleh bekas ahli kumpulan al-Arqam yang diharamkan, dilaporkan tergamam apabila sepasukan 10 anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu forum tersebut di Persiaran Harimau.




Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin mengesahkan serbuan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Presiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun, menegaskan kempen tersebut tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi oleh semua pasangan Islam.

"Kehidupan Rasul perlu dicontohi, termasuk mengenai seks... Islam membenarkan seks, tetapi hubungan seks suci di antara suami dan isteri...," katanya dalam laporan Berita Harian.

Ini turut disokong oleh pemimpin KTS di Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu, lapor akhbar itu lagi.

Serbuan itu juga dilaporkan oleh akhbar Inggeris The Star dan New Straits Times, yang memetik Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid sebagai berkata kempen itu boleh merendahkan martabat Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Tamyes Mohd berkata, kempen yang amat pelik itu bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari, adalah tidak wajar kerana Rasulullah "tidak hanya berkahwin untuk seks".

Sebaliknya, kata beliau, Rasulullah berkahwin dengan wanita dari suku kaum yang berbeza untuk menyatukan orang Arab dan menyebarkan Islam," katanya, sambil menegaskan supaya digunakan cara yang lebih bijaksana untuk membanteras seks haram.


** Adakah ada puak2 hak asasi dalam Pakatan akan bersuara sepertimana gereja DUMC diserbu JAIS ?

default

Malaysiakini malu besar,pereka fesyen dedahkan cerita sebenar !

on Wednesday, January 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".


Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera".

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.

Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.

Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan. -malaysiakini

default

Kenyataan Ketua Audit Negara sahkan Rafizi penipu dalam isu NFC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia "kucar kacir atau pun ada penyelewengan."

Justeru menurut Tan Sri Ambrin Buang, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara ialah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat.

Menurut beliau, NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.

Isu NFC muncul kontroversi selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.

"Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sejumlah wang itu melibatkan peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.

"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir 2010 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," katanya lagi.

Menurut beliau, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

"Pinjaman mudah juga telah diluluskan kepada NFCorp yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.

"Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Ambrin menambah, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

"Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.

Katanya, berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini.

Selain itu, perbincangan menerusi 'Exit Conference' telah dibuat dengan wakil-wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek NFc sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke
dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Tegas beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya.

"Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

"Jika dibaca keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan," katanya.

Juster itu katanya, pada pendapat Jabatan Audit Negara, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

default

Jom lihat kehebatan Majlis Peguam berbelit macam lidah biawak !

on Tuesday, January 24, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB hairan dengan satu  geng kumpulan lowyar yang terkenal menyokong Pakatan Rakyat ini .  Memang berbelit betul bila bercakap ...bila dia dihentam , terus cepat spin 360 menafikan ..

Adakah kenyataan  menyokong hak homoseksual  bersuara tidak membawa maksud  kumpulan songsang ini disokong ?? Budak sekolah pun boleh beri jawapan bahawa  iainya satu sokongan kepada perjuangan hak asasi kumpulan  homoseksual ini !

Tapi mengapa kenyataan terbaru di atas ini menafikan pulak dakwaan kononnya menyokong kumpulan homoseksual ? Jangan ingat rakyat bodoh la dengan penafian bangang ini ...

Sokong Hak bersuara adalah 2 x 5 je dengan menyokong kumpulan songsang berkenaan yang dilaknat oleh Allah .

Adakah Majlis Peguam ini bermaksud hak asasi untuk suara kumpulan homoseksual ini lebih utaman dari segala-galanya ???

default

Faekah ingat Selangor ini bapak dia punya - Ibrahim Ali

on Monday, January 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor.

Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu.

"Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di Selangor.

Dalam kenyataan segeranya petang ini, Ibrahim berkata, beliau bersedia sekiranya kerajaan negeri memutuskan mahu mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataannya sebelum ini.

"Jika mereka nak saman saya, samalah. Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putuskan apa yang saya kata 'mungkin' berlaku itu dan ini, salah atau tidak. Kalau salah saya masuk jail, tak ada hal," katanya.

Menjelaskan kenyataannya semalam, Ibrahim berkata, bila ditanya pemberita pandangannya tentang perkara itu, beliau menjawab:

"Jika Khalid MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku hal-hal yang berkaitan dengan Islam".

"Itu cabaran padanya," katanya lagi.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.

default

Hang Tuah adalah wujud , bukan tokoh mistik !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Seorang pakar arkeologi, pada Jumaat mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.

Beliau berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15. - BERNAMA

Kalau Koo Kay Kim cakap Hang Tuah tak wujud , ini 
kubur sapa di Melaka ??

Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.

Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

“Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.

“Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?,” soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.

Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.

“Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?

“Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15,” rumus Mohd. Jamil.

Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.

“Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini,” kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.

Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.

“Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.

“Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula,” katanya.

Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.

Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.

Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.

Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.

“Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut,” katanya memberi contoh.

“Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.

“Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan,” tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.  MYNEWS HUB


default

Mahasewel SMM jadi sarkas opera untuk hina Profesor UPSI !

on Sunday, January 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Inilah budaya barat yang dibawa atas nama kebebasan akademik oleh budak mahasewel Adam Adli dan SMM.

Tak puas hati je buat topeng macam setan seperti ini dan hina mereka di tempat awam. Adakah ini yang Adam Adli dan geng mahasewel SMM cuba pejuangkan kepada seluruh mahasiswa dengan satu tindakan biadap seperti ini ? Dalam agama Islam pun tak diajar memakai topeng bagi menghina orang.


Apa pandangan pelancong bila tengok mahasiwa negara ini berkelakuan macam sarkas opera ini ?

Bagi GPB tindakan demo protes oleh mahasewel kepada keputusan jawatankuasa tatatertib UPSI adalah perbuatan paling bangang dan bahalol !






default

Mat Sabu bodek MB Selangor pegang portfolio agama

on Saturday, January 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.


default

Anwar mesti berang bila Najib cakap tentang undang-undang liwat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa jua undang-undang di negara ini tidak perlu dipinda sekiranya ianya masih dilihat mementingkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, apa jua undang-undang yang dilihat masih menjaga kepentingan rakyat di negara ini perlu dikekalkan.

"Apa pun undang-undang, dibuat atas kepentingan masyarakat, kalau kepentingan masyarakat mengatakan undang-undang itu masih wajar dikekalkan, jadi kita takkan pindalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ihsan Samudera, d Kuantan, Sabtu.

Bernama melaporkan, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan sebuah stesen televisyen luar baru-baru ini berkenaan perlunya pindaan terhadap undang-undang yang dilihatnya sebagai lapuk di negara ini.

Ditanya berkenaan perlunya undang-undang berkaitan mengaibkan musuh politik, Najib berkata: "Kita ada undang-undang di bawah "defamation" (fitnah), saman malu, kalau sesiapa yang mengaibkan orang lain tanpa asas boleh disaman," katanya.

Ditanya dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya sebelum ini adalah bertujuan mengaibkan beliau, Najib berkata: "Tidak diaibkan, ini soal aduan yang dibuat oleh seorang individu, undang-undang di negara ini, semua orang ada hak, mana-mana tanpa kira kedudukan, ada hak yang sama," katanya. Najib turut menempelak parti pembangkang di negara ini yang disifatkan bersikap "double standard" (pilih kasih).

"Ada elemen "double standard", macam mereka cakap tentang demokrasi, tapi ada akhbar tertentu saja boleh hadir sidang akhbar mereka, dan ada akhbar yang disekat sama sekali.

"Walhal kalau kita percaya pada kebebasan kepada media, kenapa kita nak sekat media tertentu daripada hadir sidang akhbar, itu (sebagai) contohlah," katanya Najib.

default

2 orang Melayu masuk Dap kerana suka Guan Eng ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

GPB tak terkejut pun dengan penyertaan 2 orang Melayu sertai DAP yang dibanggakan sangat mereka. Zaman komunis dulu pun ada Melayu masuk parti pengganas itu .

Tetapi alasan yang cukup dangkal la bila ditanya mengapa sertai parti paling rasis ini.

Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan peguam Dyana Sofya memberi alasan di dalam Sinar Harian hari ini bahawa selepas melihat kekuatan ideologi dan kejayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengurangkan kadar kemiskinan tegar.

Selain itu , beliau juga berkata DAP sudah lama mengamalkan ideologi demokrasi sosial dengan terus memberi perkhidmatan dan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Hanya propaganda Umno menyebabkan rakyat meletakkan DAP sebagai sebuah parti diskriminasi bangsa. Kejayaan Pulau Pinang berjaya mengatasi kemiskinan tegar menjadi contoh terbaik kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

GPB ingin tanya sejak bila miskin tegar hapus di PP ? Kalau sudah hapus mengapa masih ada lagi penerima E-Kasih dan sebagainya dari JKM.

Ingat dengan beri bantuan RM100 kepada warga emas sudah boleh hapus terus miskin tegar?

Budak Melayu masuk Dap ini mungkin tak tahu sejak pemerintahan regim Guan Eng la orang Melayu dihimpit dan ditindas. Habis gerai2 Melayu diroboh
dan beberapa kampung Melayu di sebelah pulau pun bakal lenyap untuk dibina rumah mewah jutaan ringgit.

Kalau sebanyak 2 orang Melayu sertai Dap itu dibanggakan sangat mereka kononnya tidak rasis, GPB cabar letakkan calon Melayu mereka ini bertanding di majoriti bukan Melayu.



default

Adam Adli bangga bergelar budak jahat sejak sekolah rendah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.

Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana
Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya

"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."

Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.

Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".

Pada 9 Januari lalu, Adam - pelajar semester kelima pengajian Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) - digantung pengajiannya selama 18 bulan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jawatankuasa disiplin universiti itu menggantung pengajian Adam kerana dituduh menjejaskan nama baik institusi tersebut selepas mengambil bahagian dalam protes menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 17 Disember tahun lalu.


Komen GPB

Perangai budak mahasewel Adam Adli sama seperti bapanya iaitu jenis orang yang degil dan keras kepala . Cakap dia saja yang betul ...

itu yang GPB serba sikit tahu tentang latar belakang anak bekas pemandu lokomotif ini.

default

PANAS ! Anwar Ibrahim dihentam media barat !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Yusof Haron – Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”

Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.

Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.

Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.

Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.

Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.

Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.

Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.

Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.

Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.

Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.

Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.

Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.

Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.

Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.

Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.

Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.

Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.

Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?


Sumber : AIDC

default

Pengalaman Tony Pua & Saifuddin bila masuk MINDEF jumpa Zahid !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas bising-bising mempertikai kos pembelian kapal tempur pesisir pantai (LCS) kononnya ada penyelewengan ekoran peningkatan harga RM6 bilion kepada RM9 bilion bagi enam buah kapal berkenaan, tiga Ahli Parlimen pembangkang pada Khamis didedahkan maklumat mengenai kekeliruan tersebut.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang lantang membangkitkan perkara itu bersama ahli Parlimen PKR Machang ,Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad diberikan penjelasan kira-kira 2 jam oleh Kementerian
Pertahanan berhubung isu itu.

Turut serta menghadiri taklimat itu wakil Kelab Penyokong Kerajaan atau BNBBC diketuai timbalannya Datuk Bung Moktar Raden, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Ahmad Hamzah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan P;Kamalanathan.

Mereka diberikan taklimat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ismail Ahmad.Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Isu tersebut mula dibangkitkan semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Parlimen, apabila Zahid menyatakan bahawa RM6 bilion diperuntukkan bagi pembelian 6 LCS.Bagaimanapun pembangkang membangkitkan perkara itu apabila Boustead dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia memetik harga siling sebanyak RM9 bilion bagi enam unit LCS tersebut.

Dana untuk RMK-10 telah diperuntukkan bagi tempoh lima tahun, dari 2011 hingga 2015.

Kementerian Pertahanan Khamis menjelaskan bahawa kos pembelian LCS telah meningkat sebanyak RM3 bilion daripada RM6 bilion kerana ia adalah jumlah sebutan sebenar untuk pembinaan kapal-kapal tersebut oleh Boustead Naval Shipyard, tetapi diperuntukkan RMK 10 dan RMK 11.

Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata, berlaku kekeliruan apabila pembangkang menganggap RM6 bilion adalah siling perolehan LCS sedangkan RM9 bilion sudah ditetapkan pada 2008 dengan menggunakan Bajet RMK 10 dan RMK 11.

"Berlaku kekeliruan apabila mereka menganggap RM6 bilion merupakan harga siling perolehan LCS tersebut walhal RM9 bilion telah ditetapkan pada 2008 dengan menggunakan bajet dalam RMK10 dan RMK11," katanya.

Justeru katanya, penjelasan yang diberikan di dalam pertemuan itu diharap dapat memuaskan hati pihak pembangkang dan tidak ada lagi isu pertahanan yang cuba dibangkitkan selepas ini.

Menurut beliau ini kali ke tiga Kementerian Pertahanan secara terbuka memberi penjelasan kepada pembangkang berhubung isu berbangkit ,pertama kehilangan enjin pesawat F5E, kedua isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam dan kiniLCS.

Bagaimanapun kata Zahid, pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak yang memerlukan penjelasan berhubung sebarang isu membabitkan kementeriannya.

Sementara itu, Tony Pua berkata pihaknya tidak berniat mempertikaikan perolehan aset pertahanan, tetapi mahu memastikan pembelian tersebut munasabah dan berbaloi.

Saifuddin pula berkata, menjadi tanggungjawab pembangkang untuk meneliti setiap perolehan aset yang dibuat setiap kementerian.Hasil pertemuan itu juga sebuah jawatankuasa khas bagi memantau perolehan setiap kementerian dicadang ditubuhkan bagi mengelakkan kekeliruan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk rakyat.

“Perkara ini akan dibincangkan secara teliti oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sebelum dibentangkan di Parlimen, "...jika Parlimen memutuskan jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Khas Pemantau Perolehan oleh Kementerian-kementerian itu perlu ditubuhkan, maka kami akan patuh," kata Zahid -19/1/2012.- AGENDA DAILY

default

Murtad jika umat Islam sokong perjuangan LGBT

on Wednesday, January 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.


‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut Nooh, selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ia kata beliau, termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

‘Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’,” katanya.

Katanya lagi, kefahaman yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Justeru tambah beliau, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah SWT serta Rasulullah SAW itu bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan yang sesat dengan kesesatan yang nyata.

Dalam pandangan serupa, bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.

Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.

“Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.

Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.

“Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu,” katanya.

default

Ambiga tergamam kena amaran gara-gara ugut kerajaan ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran kepada pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan supaya, jangan hendak mengugut kerajaan dan sudah cukup lah Ambiga mengugut kerajaan.

Terdahulu Ambiga berkata, jika kerajaan tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, kemungkinan mereka akan anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya. Ambiga membayangkan akan mengadakan himpunan BERSIH 3.0 jika syor PSC ditolak.

Khairy turut mempersoalkan kenapa perlu di adakan BERSIH 3.0 di waktu pilihanraya yang akan berlangsung dalam masa yang terdekat ini.

“Apa faedah jika di adakan BERSIH 3.0, kenapa pihak mereka tidak mahu berhadapan dengan kita (BN) sedangkan pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat”, bidas Khairy kepada Ambiga.



“Jadi kenapa perlu untuk mengugut kerajaan sedangkan Kerajaan sudah banyak bersetuju di atas permintaan BESIH 2”, kata Khairy selepas perasmian Pra Pelancaran BN Youth Ride di PWTC.

Sebagai contoh Khairy berkata kerajaaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas terpilih Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Jawatankuasa tersebut dibuat secara terbuka dimana dianggotai oleh sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Selain daripada itu, kerajaan juga sudah bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Tambah Khairy lagi, Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan lain dengan kerjasama SPR, malah SPR juga sudah bersetuju untuk membersihkan senarai pengundi dan banyak daripada permintaan BERSIH telah kerajaan laksanakan.

“Kerajaan juga mahu melihat kemenangan yang secara terbuka dan tidak mahu dilihat menang pilihan raya dengan cara yang tidak adil.

“Yang penting jangan nak main ugut, tidak perlu nak mengugut kerajaan, kerajaan tahu apa yang kerajaan buat,” Katanya lagi.

default

Jom lihat PKR berbelit jawab Anwar sokong homoseksual

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat minggu lalu menegaskan beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim berkata, bagaimanapun Anwar berpendirian bahawa undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim, malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, beliau ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam."Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," katanya lagi.

Kata beliau, susulan pembebasan Anwar minggu lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang Muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Beberapa hari kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

"Fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC," katanya.

Tambah beliau, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.

"Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan," katanya lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.