Anwar bebas , PRU 13 akan dilewatkan ?

on Monday, January 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB tak tahu la apa dalam fikiran Hakim Zabidin Mohd Diah ini yang boleh buat keputusan melepaskan Anwar Ibrahim dengan umumkan hanya beberapa minit saja pagi tadi.


Lebih 60 kali tangguh dan pernah beberapa kali untuk dilucutkan dari mengendalikan kes ini, tetapi rupanya HAKIM ini membuat keputusan memihak kepada Anwar dan bukannya mangsa, Saiful Bukhari Azlan.GPB bersimpati dengan Saiful Bukhari dan mungkin pihak pendakwaraya akan melalui rayuan.

GPB juga semasa di luar mahkamah tadi ada menemurah seorang penyokong Anwar selepas keputusan tidak bersalah ini .

Bila ditanya komen tentang keputusan ini dan adakah sistem mahkamah kita telus dan tiada campur tangan Najib . Beliau akui keputusan ini baik dan undang-undang kehakiman kita sudah bebas campur tangan kerajaan BN.

Jelas pemimpin-pemimpin PR berbohong dan memfitnah apabila mereka menuduh bahawa Hakim, mahkamah dan kerajaan BN tidak adil.
Pemimpin Pakatan akan hanya terima sistem kehakiman jika ia memihak kepaa mereka .

Dari sudut politik pulak selepas pasca 901 ini , GPB berpandangan PRU 13 perlu dilewatkan lagi. Anwar akan gunakan sepenuhnya pembebasannya oleh mahkamah ini sebagai mangsa fitnah.

Peguam Anwar, Karpal Singh pernah menimbulkan bahawa insiden antara Anwar dan Saiful adalah perlakuan suka sama suka. Jika itu kesnya, maka adakah rakyat menang jika pemimpin mereka seorang peliwat?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.