Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor.
Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu.
"Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di Selangor.
Dalam kenyataan segeranya petang ini, Ibrahim berkata, beliau bersedia sekiranya kerajaan negeri memutuskan mahu mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataannya sebelum ini.
"Jika mereka nak saman saya, samalah. Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putuskan apa yang saya kata 'mungkin' berlaku itu dan ini, salah atau tidak. Kalau salah saya masuk jail, tak ada hal," katanya.
Menjelaskan kenyataannya semalam, Ibrahim berkata, bila ditanya pemberita pandangannya tentang perkara itu, beliau menjawab:
"Jika Khalid MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku hal-hal yang berkaitan dengan Islam".
"Itu cabaran padanya," katanya lagi.
Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.
Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.
Faekah ingat Selangor ini bapak dia punya - Ibrahim Ali
on Monday, January 23, 2012
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2012
(827)
-
▼
January
(49)
- Nasihat Ah Jib Gor tentang isu sampul angpau putih
- Tun Mahathir sahkan Anwar memang rapat dengan Yahudi
- Panas ! Forum Anak Muda 13 di Permatang Pauh
- Tahniah Khalid Gagap ! Fenomena GRO punggung pulak...
- Anwar beri amaran Muhyiddin jangan putar belit ken...
- Azizan mengamuk,gelarkan Aziz Bari buta undang-undang
- Live HIMPUN: Ribuan rakyat PP hadir untuk Selamatk...
- DAP tentu meroyan rahsianya dibongkarkan Muhyiddin
- Zul Nordin dedah IMR diserang secara halus DAP
- KEMAS akan dibubarkan jika pembangkang menang PRU ...
- NFC : Mengapa Ketua Audit Negara baru sekarang ber...
- Adakah MB Kedah bakal dipecat seperti Hassan Ali ?
- Chegubard dalang pencetus pergaduhan HINDRAF VS p...
- Forum Seks anjuran Kelab Taat Suami diserbu Jabat...
- Malaysiakini malu besar,pereka fesyen dedahkan cer...
- Kenyataan Ketua Audit Negara sahkan Rafizi penipu ...
- Jom lihat kehebatan Majlis Peguam berbelit macam ...
- Faekah ingat Selangor ini bapak dia punya - Ibrahi...
- Hang Tuah adalah wujud , bukan tokoh mistik !
- Mahasewel SMM jadi sarkas opera untuk hina Profeso...
- Mat Sabu bodek MB Selangor pegang portfolio agama
- Anwar mesti berang bila Najib cakap tentang undang...
- 2 orang Melayu masuk Dap kerana suka Guan Eng ?
- Adam Adli bangga bergelar budak jahat sejak sekola...
- PANAS ! Anwar Ibrahim dihentam media barat !
- Pengalaman Tony Pua & Saifuddin bila masuk MINDEF...
- Murtad jika umat Islam sokong perjuangan LGBT
- Ambiga tergamam kena amaran gara-gara ugut kerajaan ?
- Jom lihat PKR berbelit jawab Anwar sokong homoseksual
- Iklan sempena Tahun Baru Cina yang wajib kita ton...
- Timb Menteri kaum Cina pun anggap seks luar tabiee...
- Asrama roboh ,bukti PKR musnahkan masa depan anak ...
- Gempar ! Din Binjai larikan diri kerana saman Rais...
- Adakah AMK PKR terlibat sabotaj konsert Awie dan E...
- Apa makna bila Duta Amerika hentam kerajaan BN me...
- Rumah Wardina kena rompak, pun nak dipolitikkan ?
- Gantung 3 semester,Adam Adli kini bebas berpolitik !
- Adam Adli juga bakal dibebaskan seperti Anwar ?
- Anwar bebas , PRU 13 akan dilewatkan ?
- Mahkamah isytihar Anwar tidak bersalah ,
- Live Mahkamah Tinggi KL ! Adam Adli hadir sokong A...
- Penyokong Pas mengamuk, lebih 1000 di rumah Hassan...
- Azmin Ali gembira PAS pecat Hassan Ali
- Panas ! 10 orang saja sokong Adam Adli di USM !
- Hassan Ali nasihat mahasiswa tolak himpunan 901
- Isu moral Anwar mungkin pengaruhi Aziz Bari tak s...
- Kerajaan PAS Kedah buat bodoh bila pusat karaoke &...
- Betul ke ini awek Adam Adli ?
- Penyokong DAP marah polis tahan amoi GRO China Do...
-
▼
January
(49)
contoh PR punya 'freedom of speech"
Salam, U all dah solat istikhrahah ke sebelum pos kan ni atau sokong mana-mana parti